Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, October 16, 2010

Hutang oh hutang.......

Zaman sudah berubah, kalau dulu bila dah bekerja baru start berhutang, tapi sekarang lahir saja setiap anak itu, sudah ada didalam dirinya tanggungjawab berhutang , lihat apa yang disebut oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

Bukan setakat hutang kereta, hutang rumah, bukan sekadar hutang ceti dan hutang along, tetapi hutang PTPTN dan hutang MARA, hutang TEKUN, hutang AIM dan la ni hutang selepas negara hutang kita juga kena tolong bayar melalui cukai dan duti serta apa juga jenis lain samda secara langsung atau tak langsung yang terbeban kepada negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Saturday, October 16, 2010

Kerana UMNO/BN, setiap rakyat berhutang RM15,000 seorang
PULAU PINANG 16 OKT - Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional 2010 yang meningkat lebih 10 peratus berbanding tahun sebelumnya hanya membebankan dan secara tidak langsung terpaksa ditanggung oleh rakyat ekoran ketidakcekapan kerajaan mengurus kewangan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada 2009 ialah RM362 bilion manakala pada 2010 meningkat kepada lebih RM408 bilion.

"Jelas sekali peningkatan lebih RM40 bilion ini hanya membebankan rakyat dan ini juga bermakna 27 juta rakyat di negara ini terpaksa menanggung beban hutang berkenaan," katanya dalam satu sidang media di pejabat Ketua Menteri di Komtar, Pulau Pinang tengahari tadi.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beban hutan berkenaan jika dibahagikan sama rata dengan 27 juta rakyat di negara ini, bermakna setiap rakyat terpaksa membayar anggaran RM15,000 seorang untuk memikul beban hutang yang ditanggung oleh kerajaan.


Dalam buku bajet 2011, jadual 4.6 (Mukasurat 119) Jadual hutang kerajaan pada 2009, mencatatkan hutang dalam negeri berjumlah RM348 bilion merangkumi Bil Perbendaharaan, terbitan pelaburan termasuk bon simpanan berlandaskan syariah 2009 serta sukuk runcit 1 Malaysia 2010, sekuriti kerajaan dan tabung pinjaman perumahan.

Jumlah hutang negara pula ialah RM13,786 bilion termasuk pinjaman pasaran dan pinjaman projek, namun bagi 2010 jumlah hutang dalam negeri meningkat kepada RM390,724 bilion manakala hutang luar negara pula adalah RM17,454 bilion.

Dalam pada itu beliau juga menolak dakwaan kerajaan Barisan Nasional bahawa tindakan tidak menaikkan kadar tol untuk tempoh lima tahun akan menguntungkan rakyat.

Beliau menambah, jika dilihat pada fakta yang terdapat dalam buku bajet 2011, jumlah pampasan yang diberikan kepada PLUS dari 2006 hingga 2009 berjumlah hampir RM3 bilion.

Jumlah tersebut, katanya adalah RM655 juta bagi 2006, RM698 juta bagi 2007, RM731 juta bagi 2008 manakala 2009 pula sejumlah RM850 juta wang pampasan dibayar oleh kerajaan pada konsesi tol.

"Jika kerajaan mendakwa, kenaikan harga tol dibekukan untuuk tempoh lima tahun, jelas sekali yang menggusarkan saya adalah rakyat sekali lagi bakal menanggung beban yang lebih berat dengan kadar pampasan yang terpaksa dibayar selepas tempoh kenaikan harga tol dibekukan tamat," katanya lagi kepada media.

Menurutnya lagi angka-angka pembayaran pampasan kerana tidak menaikkan kadar tol sebelum ini sekaligus menangkis dakwaan kerajaan Barisan Nasional bahawa mereka mementingkan rakyat dengan tidak menaikkan kadar tol selama lima tahun kerana hakikatnya kerajaan hanya 'cakap kosong'.

"Ini bukan pentingkan rakyat...ini namanya hanya menguntungkan kroni sahaja," tambah beliau lagi.

Beliau seterusnya mengesyorkan supaya kerajaan mengambil alih terus semua konsesi tol di negara ini secara 'one - off' supaya rakyat tidak akan dibebankan dengan isu pampasan kepada konsesi dan juga kenaikan kadar tol.

Desakan rakyat agar perjanjian konsesi tol didedahkan kepada rakyat sampai sekarang tidak diberi perhatian, mesti ada yang tak kena nih...
Siapa nak kalah, kalau zaman Dr Mahathur dibina menara berkembar Petronas yang menjadi kebanggaan beliau, kini tak kurang juga Najib RM akan pula berbangga nanti untuk melakarkan satu lagi sejarah negara , bangunan yang lebih tinggi lagi daripada apa yang telah Dr Mahathir bina, bangunan 'Warisan Merdeka'. sekitar Stadium Negara dan Merdeka satu bangunan setinggi 100 tingkat , melepasi menara berkembar 85 tingkat zaman Tun Dr Mahathir bernilai RM 5 billion ringgit Malaysia.

Bangunan Sri Perdana (kediaman rasmi PM) di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM15.8 bilion.

Seandainya kedua-dua kes ini dibaca bersama, maka akan didapati bahawa kerajaan BN masih tidak mengambil iktibar daripada "projek mega" zaman Perdana Menteri ke-empat, Mahathir Mohamad. Projek mega seperti Putrajaya misalnya, telah membebankan generasi akan datang dengan kos penyelenggaran yang terlalu tinggi.

Pembinaan projek mega semestinya memanfaatkan golongan kontraktor, yang menjadi asas kepada UMNO. Najib cuba menghalalkan kesinambungan "projek mega" dengan "Semangat Malaysia Boleh", tanpa menyedari bahawa keghairahan untuk menghambat kemegahan pencakar langit inilah yang menjejaskan ekonomi Malaysia.

Wartawan Australia, M.Backman dalam bukunya Asia's Future Shock, mengulas situasi Malaysia dengan satu artikel berjudul "From Malaysia Boleh to Malaysia Bodoh". Backman menganggap Malaysia memiliki kelebihannya yang tersendiri, kerana kaya dengan sumber semulajadi, malah telah mewarisi satu sistem yang moden dari tangan penjajah British.

Namun demikian, kelebihan-kelebihan ini telah dibinasakan, kerana dasar ekonomi yang lebih mementingkan pengagihan daripada penghasilan, hubungan etnik yang teruk, malah terlalu bermegah-megah dengan projek yang indah khabar dari rupa untuk mengubati perasaan inferior dirinya. Mahathir pernah mengibaratkan menara Petronas KLCC sebagai kotak untuk si pendek, Abdullah Ahmad Badawi pula ghairah dengan khayalan angkasa-nya. Sampai sekarang apakah hasil kajian yang dibawa oleh Angkasawan negara pertama dan terakhir itu memberi manfaat kepada rakyat di Baling dan Padang Terap serta Kenawit dan Sibu?.Dimana hasil kajian dan analisis kajian kuman , sel barah atau kesan antibiotik kepada bakteria itu sehingga ini memberi manfaat kepa rakyat, bahkan masalah dangue dan leptospirosis menjadi hantu kepada mimpi ngeri setiap rakyat yang pastinya sedang menghadapi suasana bakal disaman inspektor kesihatan ketika rumah mereka diperiksa nanti?.

Meneliti secara terperinci bajet 2011 ini, rata-rata rakyat Marhaen dibawah mengeluh, pekerja disektor awam dan swasta juga merungut, apakah kali ini peminggiran dahsyat rakyat terlaksana dengan begitu jaya sekali oleh regim Najib dan RM. Apakah harga barangan yang menggundah gulanakan rakyat sekian lama ini tidak diambil kira oleh beliau, makanan harian yang naik tak mahu turun sekali minyak dinaikkan harga , apakah uasaha untuk mengendurkan bebanan ini kepada rakyat diberi keutamaan.
Rakyat bertanya lagi apakah begtangan yang diturunkan cukai itu menjadi kegunaan harian makcik dan pakcik dikampong, berapa benyak tas tangan yang dibeli oleh mereka sebulan, bahkan setahun pun mungkin tak pernah diperbaharui pun, apakah seluar dalam dan minyak wangi dipakai oleh penoreh setiap kali pulang dari menoreh itu yang diturunkan cukai oleh DS Najib!. Bahkan seingay ana, satu kelambu yang dibeli boleh tahan sampai 10 tahun, bahkan zaman ini anak dan cucu pun tak pernah lagi tahu apa itu tidur didalam gua (kelambu), itulah yang diturunkan bajet oleh DS Najib. alahai malangnya nasib kita rakyat Malaysia.

Dalam banyak hal, yang amat gembira adalah isteri tersayang lah, tahun lalu 100 juta untuk pintar, kini dilonjakkan kepada 111 juta, tambahan 11 juta , untuk buat permata baru dan maintain yang sedia ada, amat bernasib baik isteri tersayang ini, tanpa ada potfolio dan jawatan menteri, tetapi unit yang dipegang beliau terus mendapat perhatian dan agihan yang lumayan. Apakah ini hasil daripada himpunan para first lady yang begitu riuh dan ramai menghadiri persidangan tempoh hari, atau inikah hasil dari contoh apa yang perlu PBB ikut Malaysia yang akan dilaksanakan oleh mereka didalam program mendidik anak-anak kecil masadepan kita. Tahniah First Lady !.

Memang jelas dan sah lagi bersuluh, nampaknya apa yang dikatakan oleh ramai adalah bajet menghadapi pilihanraya ke 13, yang jelas mendapat laba selepas ini adalah yang menjadi para pengempen dan pekerja parti , tetapi untuk tidak menampakkan terlalu bias,maka dimasukkan sekali imam dan guru KAFA agar tak terlalu nampak sangat bahawa ini untuk bahan menaikkan kekuatan semasa nak mengundi, jadi orang kami dapat, hampa ambik la sikit.
Lepas ni hampa tutup mulut la, pi main jauh-jauh no. RM 500.00 habuan untuk anak masuk sekolah, itu dihadiahkan kepada kakitangan awam , 2 orang anak habis la banyak tu, baju, seluar, kasut, setokin dan lain-lain, habis liu , walaupun Ceupacs minta dua bulan gaji, namum yang ni kerajaan tak ddapat penuhi kerana implikasi kewangan yang berat terpaksa kerajaan tanggung.
Ya lah, kalau untuk rakyat terbanyak bebanan kepada kerajaan, tapi kalau nak buat pencakar langit yang tak tahu apa itu faedah kepada rakyat dan negara dalam suasana terlalu banyak dah ruang dan pejabat yang tak tersewa sekarang ini, apakah ini berbaloi untuk kita. ?
Itu belum bicara lagi pasal hak orang Kampong Baru yang baru akan tergadai, belum sebut lagi pasal tanah Pengkalan Tentera Sungai Besi yang akan dipenuhi simen dan besi menjadi satu lagi bangunan pencakar langit, dimana sistem pertahanan negara didalam bandar akan berpindah lepas ni, begitu juga belum lagi kita bicara pasal tanah hutan milik FFRIM di Sungai Buluh yang juga akan menjadi terang ditebang nanti, hai entahlah Malaysia.....

Thursday, October 14, 2010

Runding terus kepada kroni lagi!!!

Maya Maju? Siapa Man Bin Mat??


Siapakah dia Maya Maju Sdn Bhd yang membina Istana Negara baru yang menelan belanja hampir RM1 bilion daripada kos asal RM400 juta?


Semakan daripada Pendaftar Syarikat (Registration of Company - ROC) mendedahkan yang Maya Maju Sdn Bhd pemegang saham didaftarkan adalah Mr Ko Chin Teck (RM15,000 unit saham), Mr Lo Sin Li (RM85,000 unit saham).


Pengarahnya adalah Mr Ko dan En Mohamad Muslim Hamzah (Mohamad Muslim tidak memiliki sebarang pegangan saham).


Maya Maju Sdn Bhd Company No: 252091-T. Penyata kewangan berakhir sehingga 31 Dis 1993 (yang dilampirkan dalam rekod RoC) dengan nilai Aset Tetap RM82,655.00 and Aset Semasa RM415,169.00 serta Tanggungan Semasa pada RM456,501.00.



Selain itu terdapat syarikat yang didaftarkan melaui ROC dibawah nama Maya Maju (Malaysia) Sdn Bhd, (Reg No: 254750-T). Pengarahnya adalah Datuk Haji Man Bin Mat, Md Nizam B. Md Sharif, Rasidah Bt. Salleh, Lim Hooi Mooi (Setiausaha), dan Tan Enk Purn (Setiausaha).


Manakala pemegang sahamnya adalah Maryna Keh Abdullah @ Miss Keh Kim Lan (RM1,450,000 unit saham) dan Man B. Mat (gambar) (RM3,550,000 unit saham).

Data Terbaru:



Mengikut carian di laman web CIDB, Maya Maju (M) Sdn. Bhd. mempunyai ahli-ahli lembaga pengarahnya seperti berikut:

1) Dato Haji Man Bin Mat (Pengarah)
2) Rasidah Binti Salleh (Pengarah)
3) Md Nizam Bin Mat Sherif @ Mat Sharif (Pengarah)
4) Dato Raja Azwane Bin Raja Ariff (Pengarah)

Syarikat ini didaftarkan di alamat 78A, 1st Floor, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur dan nombor telefonnya adalah 03-40434607 (Rujuk pautannya dari semakan CIDB DI SINI )

Maklumat Projek:

Bil : 1
Tajuk : Cadangan Istana Negara Di Atas Lot No 54283, Jalan Duta, Mukim Batu, Kuala Lumpur
Tarikh Anugerah : 26 Oktober 2007
Nilai : RM649,995,507.51
Klien : Jabatan Kerja Raya Malaysia

Man Bin Mat juga mempunyai profil berikut di Syarikat Wong Engineering Corporation Berhad yang beralamat di 6762, 2nd Floor, Jalan Kampong Gajah, 12200 Butterworth, Pulau Pinang (Maklumat tahun 2001).

Independent and Non-Executive Director

Dato' Haji Man Bin Mat DMM, AMN, BKM, PJK, a Malaysian, aged 52, was appointed to the Board on 9 April 1999.

He graduated from Ohio State University, USA with BBA degree in 1977. He has approximately 29 years of working experience, both in the public and private sector. He sits on the Board of Putera Capital Bhd and Aktif Life Holding Bhd. He is currently a businessman, and acts as Executive Chairman of I-Bord (M) Sdn Bhd and S.M. Nusantara Sdn Bhd .

'Kontrak diberi kepada kroni tiada kelayakan'


Kontraktor utama yang dipertanggungjawab membina Istana Negara yang baru tidak layak mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit itu, dakwa ketua pemabngkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, syarikat berkenaan, Maya Maju (M) Sdn Bhd, disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat ketika ia diberikan tender untuk projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya pada 26 Oktober 2007.

"Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok,” kata Anwar pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

"Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib.”

Anwar berkata tiada penjelasan diberikan berhubung mengapa kos pembinaan projek Istana itu naik berlipat ganda daripada kos permulaan di bawah RM400 juta kepada melebihi RM800 juta sekarang.

"Cadangan pembinaan dengan kos RM395 juta ditawarkan kepada Maya Maju mengikut konsep penswastaan tetapi selepas rundingan terus dengan JKR, ia naik menjadi RM650 juta.

"Tiada penjelasan berhubung kenaikkan mendadak ini dan kosnya itu sekarang meningkat kepada RM811.2 juta," katanya sambil menambah bahawa kontarktor utama itu tidak mendapat kebenaran menggunakan nama Maya Maju, yang telah didaftarkan sebelum itu kepada syarikat lain.

Menurutnya, pihak pembangkang melalui ahli parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, akan menimbulkan isu itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menuntut sisatan terperinci berhubung projek kontroversi berkenaan.

Lepas satu, satu aih depa ni gadai, dahsyat sungguh...

Perjanjian Pangkalan Sungai Besi Tanpa Surat Tawaran Dan Faktor Keselamatan Negara


Cadangan memindahkan pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke lokasi lain yang tidak strategik akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk keselamatan dalam negara.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata pihak terbabit perlu mengambil kira samada keselamatan ibunegara ini akan terjejas memandang hanya segelintir saja negara di dunia ini tidak mempunyai perlindungan keselamatan kepada ibunegara negara terbabit sambil memberi contoh pangkalan udara Andrews di Maryland Amerika Syarikat hanya terletak 13km dari pusat pentadbiran Washington DC.

Pandangan beliau juga disokong oleh ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang menggesa kerajaan membentangkan kertas putih berhubungan cadangan menempat semula pangkalan Sungei Besi memandangkan tiada petanda yang menunjukkan wujud kawasan lain yang sama strategik untuk dibina pangkalan yang baru.

Sebelum itu, Tian mempertikai rasional di sebalik tindakan kerajaan tdak mengeluarkan sebarang surat tawaran (Letter of Intent) sambil menyifatkan projek kontroversi pembangunan semula pangkalan Sungei Besi lebih banyak menimbulkan persoalan.

Beliau memberikan reaksi tersebut selepas menerima jawapan bertulis oleh Menteri Pertahan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dalam sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

Dalam jawapan bertulisnya, Datuk Ahmad Zahid berkata, kerajaan pada dasarnya telah menerima cadangan oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimana badan penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak namun tiada sebarang surat tawaran dikeluarkan.

Merujuk kepada jawapan bertulis yang diberikan, Tian Chua berkata 1MDB telah menandatangani perjanjian dengan Mubadala Development dari Abu Dhabi untuk membangunkan pangkalan seluas 458 ekar berkenaan Jumaat lalu.

Menurutnya, perjanjian tersebut yang disaksikan oleh Najib membabitkan pembangunan semula pangkalan udara moden yang pertama di negara ini di Lembah Kelang kepada sebuah pusat kewangan antarabangsa (KLIFD) bernilai lebi RM26bilion.

"Jika benar 1MDB menandatangani perjanjian tersebut, maka jawapan yang diberikan oleh Zahid adalah mengelirukan memandangkan sesuatu projek itu tidak boleh ditawarkan kepada sebuah syarikat tanpa surat tawaran," katanya lagi.

Tian Chua menambah, kerajaan juga perlu jelas dengan dasarnya berhubung perkara ini kerana jika alasan utama mereka ialah kerana harga tanah di kawasan tersebut adalah tinggi, maka tiada apa yang boleh menghalang mereka untuk memindahkan lagi pangkalan udara tersebut jika harga pasaran hartanah meningkat lagi.

Hai Najib, oh Ahmad maslan, kenapa kamu ni!!!

Felda : Ahmad Maslan Dan Najib Ibarat Cacing Kepanasan
Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Apabila keputusan Mahkamah memihak kepada para peneroka Felda Kemahang, pihak yang bertanggungjawab menjaga Felda menyatakan bahawa sebenarnya kekalahan itu kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Kini apabila keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan memihak kepada peneroka Sungai Koyan, Ahmad Maslan dan Najib bertungkus lumus menyatakan bahawa sebenarnya Felda tidak kalah.

Najib dan Ahmad Maslan masih lagi di dalam “denial syndrome” (sindrom penafian) - tidak dapat menerima dua keputusan Mahkamah yang menyebelahi peneroka dan tidak menyebelahi Felda.

Maka bagi menegakkan benang basah kedua-dua pemimpin ini nampak sangat terkial-kial cuba menyelamatkan imej Felda yang terguris teruk di sini sana. Hakikatnya semakin mereka cuba mempertahankan Felda semakin jelas mereka tercungap-cungap !


Kita lihat dulu kes Felda Kemahang. Felda menyatakan bahawa institusi tersebut kalah kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Secara tersirat Felda ingin menyatakan bahawa peneroka menang kes tersebut bukan kerana kes mereka kuat.

Persoalannya benarkah Felda kalah hanya kerana semata-mata peguam Felda tidak hadir di Mahkamah ? Memang mudah untuk menipu rakyat dengan berselindung di sebalik hujah ini. Namun Najib dan Ahmad Maslan kena ingat pepatah Amerika yang menyatakan “ kita boleh berbohong seseorang dalam sesuatu masa, tetapi kita tidak boleh bohong semua orang dalam semua masa”.

Ya, benar antara sebab Felda kalah dengan peneroka Kemahang kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Tetapi itu hanya sebahagian dari kebenaran. Kebenaran lain yang disorok oleh Najib dan Ahmad Maslan adalah meskipun peguam Felda tidak hadir, Hakim yang mendengar perbicaraan tersebut tidak memberikan kemenangan mudah kepada peneroka Felda Kemahang.

Dalam bahasa undang-undang hakim tersebut tidak memasukkan penghakiman ingkar ( judgment in default ) ke atas Felda hanya kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Untuk makluman para pembaca penghakiman ingkar adalah penghakiman yang direkodkan oleh Mahkamah jika salah satu pihak tidak hadir di Mahkamah dan penghakiman tersebut dibuat tanpa Hakim mendengar keterangan dari pihak-pihak atau saksi-saksi mereka.

Dalam kes Felda Kemahang meskipun Felda dan peguam mereka tidak hadir di Mahkamah , Hakim Dato’ Azman Hussin masih mahu mendengar keterangan saksi-saksi peneroka sebelum membuat keputusan. Hanya setelah Hakim mendengar keterangan barulah hakim berpuashati bahawa terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa unsur penipuan dalam kes tersebut dan sekaligus Hakim memerintahkan Felda membayar peneroka-penerokan yang menyaman itu gantirugi RM 11 juta.

Berdasarkan hal tersebut adalah TIDAK BENAR untuk Najib dan Ahmad Maslan menyatakan Felda kalah hanya kerana peguam Felda tidak hadir. Hakikatnya meskipun peguam Felda tidak hadir kes tersebut masih boleh menyebelahi Felda jika Hakim , setelah mendengar saksi pihak peneroka, merasakan peneroka telah gagal membuktikan kes mereka.

Kita lihat pula isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan di dalam kes para peneroka Sungai Koyan 2 dan 3. Ahmad Maslan berkata, laporan akhbar Harakah yang berjudul “Felda Kalah Lagi” mengelirukan dan tidak tepat.

"Kalau Felda kalah, sudah tentu rayuan akan dibuat sebaliknya keputusan mahkamah itu dengan jelas menyatakan peneroka hanya berhak dapat tuntutan mereka jika patuh kepada prosedur Felda. Jadi, tindakan saman itu hanya merugikan mereka kerana terpaksa membayar khidmat peguam. Kalau mereka tak saman pun, kita tetap bayar," katanya pada sidang akhbar pada 7/10/2010.

Malah, menurut Ahmad, tiga daripada sembilan peneroka itu telah mula menerima bayaran semula daripada Felda kerana mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Ahmad Maslan cuba bermain dengan logik. Logik beliau kalau Felda kalah sudah tentu Felda akan merayu. Oleh kerana Felda tidak merayu maka mengikut logik Ahmad Maslan Felda tidak kalah.

Baiklah jika itu logik Ahmad Maslan kita juga boleh menjawab dengan logik berikut. Jika Felda tidak kalah maka sudah tentu peneroka yang kalah .Dalam Mahkamah tidak ada keputusan seri. Jika peneroka kalah sudah tentu saman yang dikemukakan oleh peneroka akan ditolak oleh Mahkamah. Dan jika peneroka yang kalah sudah tentu peneroka yang kena buat rayuan.

Persoalannya bagaimana peneroka hendak dikatakan kalah jika apa yang mereka minta dibenarkan oleh Mahkamah meskipun tidak keseluruhan. Mereka meminta Mahkamah membuat perintah perisytiharan bahawa mereka dibenarkan tanam secara sendiri dan Mahkamh membenarkan perintah itu.

Mereka juga meminta Mahkamah mengisytiharkan bahawa mereka layak diberi RM 1700 seeekar dan Mahkamah juga benarkan perintah tersebut. Hanya kerana Mahkamah menambah bahawa bagi tujuan bayaran RM 1700 seekar perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan tidak boleh ditafsirkan Felda menang dan peneroka kalah.

Sepertimana kes Felda Kemahang, Ahmad Maslan sekali lagi tidak mendedahkan kebenaran yang sebenar. Beliau menyatakan kalau tidak saman pun kita ( felda ) tetap akan bayar. Ini satu pembohongan yang amat terang dan nyata.

Kalau Felda akan bayar apa yang diminta oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 mengapakah peneroka tersebut perlu bersusah payah pergi ke Mahkamah untuk mendapatkan hak mereka ? Kalau betul Felda akan bayar mengapakah Felda bertungkus lumus lawan para peneroka habis-habisan di Mahkamah ? Saksi Felda sendiri apabila disoal oleh saya bersetuju bahawa para peneroka perlu pergi ke Mahkamah kerana ingin mendapatkan keadilan. Lihat soal jawab berikut :-

Soalan (S): Sekarang ni bila Felda uruskan tanam semula, Felda guna duit dalam tabung,sebahagian duit itu sebahagian duit Plaintif,betul?

Jawapan (J) : Betul

S: Maknanya Felda diberi izin berdasarkan perjanjian ini untuk guna wang tabung tanam semula,duit itu yang sebahagiannya ada duit Plaintif.tapi bila peneroka nak tanam sendiri macam-macam syarat dikenakan.wajar tak wajar?

J: Wajar.

S: Kalaulah saya katakan Peneroka yang tanam melalui Felda mereka boleh guna RM 1,700,sepatutya hak yang sama diberikan kepada Plaintif,betul?

J: Betul

S: Tiba-tiba 2002 tak dapat langsung. Adil ke tak?

J : Tak adil.

S: Kalau tak adil tu la pergi mahkamah. Tu la mereka pergi mahkamah untuk dapat keadilan. Betul?

J: Betul

Ahmad Maslan menyatakan tiga daripada sembilan peneroka itu telah mula menerima bayaran semula daripada Felda kerana mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Sekali lagi bercakap bohong jadi hobi Ahmad Maslan.

Mengapakah Ahmad Maslan enggan menyatakan kebenaran bahawa semasa saksi Felda memberikan keterangan saksi Felda tanpa berselindung menyatakan bahawa ketiga-tiga peneroka itu hanya layak menerima RM 11,000 lebih sahaja setiap orang sedangkan berdasarkan garis panduan Felda sendiri mereka layak menerima RM 1700 seekar ( RM 1700 x 14 ekar = RM 23, 800-00 ).

Jika 3 peneroka ini tidak saman Felda di Mahkamah apakah jaminan Felda setuju bayar mereka jumlah penuh sebanyak RM 23, 800-00 ? Apabila Mahkamah memutuskan mereka layak dibayar RM 1700 seekar tindakan Felda hanya bayar RM 11,000 lebih sahaja kepada 3 peneroka tersebut adalah jelas tidak betul.

Akhir sekali Ahmad Maslan menyatakan saman itu hanya merugikan para peneroka kerana mereka terpaksa membayar khidmat peguam. Mengapakah Ahmad Maslan tidak pula menyatakan bahawa tindakan Felda menggunakan peguam dan membayar kos peguam Felda yang tinggi juga membuang duit Felda sahaja hanya semata-mata Felda mahu tegakkan benang basah dan ingin menafikan hak peneroka.

Oh mungkin bagi Ahmad Maslan tidak salah Felda membazir duit bayar yuran peguam Felda sebab duit Felda itu hakikatnya datang dari hasil penat lelah peneroka juga ! Bukankah lebih baik Felda bayar peneroka wang tanam semula dari bayar wang kepada peguam Felda bagi membela Felda untuk tidak mahu bayar wang tanam semula kepada peneroka.


www.peguampas.blogspot.com

Pasai tu kut agaknya hanya 15 wanita pertama dunia yang hadir, depa dah tau cerita di malaysia ni dari a sampai z, rakyat sendiri yang miskin jadi peneroka pun kena masuk mahkamah kerana nak hak , bagaimana kalau orang lain bukan rakyat, tentu mereka was-was untuk datang , agaknya le. Daripada 198 negara , yang hadir hanya 15 saja,itupun tak nampak dari negara membangun atau maju yang menghadirinya.
Apa yang best lagi, bila resolusi yang dibuat hanya diserah sesama sendiri , tidak nampak pun yang terima tu wakil PBB ke, atau mana-mana wakil badan dunia ke, entahlah yang pasti berapa los persidangan tu agaknya....

tak kan nak biax saja kot Hisham! siasat la tengok,,

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang untuk membuat siasatan ke atas dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam urusan polis.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementerian juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan ke atas dakwaan tersebut.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu hasil siasatan dakwaan bekas Ketua Polis Negara itu, pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Pada 6 September lepas, Musa melahirkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

Kementerian berkenaan kemudiannya menafikan dakwaan tersebut. - Bernama

Tu dia , kena atas batang hidung sendiri, kata tak perlu, dan tak akan ambil tindakan keatas Musa Hassan pun. Tapi kalau kena orang lain, belum sempat habis tulis report polis, terus arah siasat, kes belum tentu apa-apa dah terus arahkan siasatan, lepas tu buat heboh dalam berita dan putar belit cerita. Dalam hal ini ana kesian juga kat Musa Hassan ni, jenuh dia dok kelepiax masa jadi KPN dulu, kata dia ada pihak ketiga yang selalu ganggu dia, entah manusia entah hantu raya , entah jin atau pelesit dia tak cakap pula, tapi bila pencen baru dia habax ada pihak ketiga yang ganggu, bila rakyat suruh siasat siapa dia, Menteri kata tak perlu, padahal yang kata ganggu itu bukan sembarangan orang, tapi bekas ketua polis negar, apa la nak jadi dengan polis Malaysia ni nanti tak tahulah kita.

Wednesday, October 13, 2010

Apa punya jawapan ni aduhai Menteri?

Semalam dalam soalan no 4 kepada Menteri Pertahanan ana kemukakan permasalahan berhubung dengan pasukan pengaman kita yang mengikuti misi pengaman di beberapa buah negara yang berkonflik sejakselepas perang dunia keuda dari tahun 60an lagi.
Mengikut jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Datok Dr Latif itu, Malaysia telah beberapa kali diberi kepercayaan menjadi anggota pengaman ini sejak dari Congo , Namibia, Campuchea, Iraq, Somalia, Lubnan dan terakhir sekarang masih lagi di Afghanistan dalam kor Perubatan.
Dalam konflik yang berlaku, Malaysia telah beberapa kali membuat syor tetapi seolah-olah tidak dilayan oleh PBB walaupun pada ketika itu kita menjadi pengerusi OIC dan NAM .
Sebagai soalan tambahan ana telah bertanya pada konflik Lubnan Israel Malaysia telah mengesyorkan satu Misi Pengaman Negara OIC , semasa konflik di Lautan Aden , yakni semasa berleluasanya lanun disitu, Malaysia telah mengesyorkan penubuhan pasukan pengaman maritim antarangsa sebagai pasukan pengaman, serta semasa menjadi anggota pengaman di Bosnia Herzegovena dimana pasukan kita melihat penyembelihan rakyat Bosnia oleh Serbia dan misi UNPROFOR , Malaysia mengesyorkan supaya ditambahkan persenjataan kepada anggota, tetapi semua syor Mlaysia itu semasa ada taring dan gigi iaitu pengerusi OIC dan NAM , syor kita tidak dilayan , apatah lagi pada ketika ini kita tidak mempunyai apa-apa gigi dan taring lagi, apakah plan kita didalam memperkasakan lagi penglibatan kita didalam pasukan pengaman ini.
Apa yang sedihnya ana tidak mendapat jawapan yang memuaskan daripada Timbalan Menteri tersebut.

Adakah ia akan terbina ditempat anda???

Loji nuklear: Lapan lokasi dikenalpasti
Okt 13, 10 3:52pm
Kongsi 0Kerajaan sudah mengenal pasti lapan lokasi di Semenanjung Malaysia untuk membina loji janakuasa nuklear pertama negara yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad berkata lokasi itu bagaimanapun masih lagi dalam kajian untuk dipilih sebagai lokasi sesuai yang memenuhi kriteria sebelum diumumkan oleh kerajaan.
"Antara kriteria yang mesti ada untuk membina loji janakuasa nuklear ini ialah kita memerlukan kawasan yang berhampiran dengan sumber air, mempunyai struktur tanah yang berbatu keras dan kawasan yang tidak mudah banjir."Jika ada penduduk di kawasan yang dipilih itu, mereka harus berpindah manakala kawasan yang sudah dibangunkan pula kita perlu pindahkan tetapi kosnya sangat mahal."Apa-apa pun segala keputusan akhir akan dibuat oleh kerajaan dan dijangka ditetapkan dalam tahun 2012," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Pengurusan Kualiti 2010 di Kuala Lumpur hari ini.Mengenai aspek keselamatan loji janakuasa nuklear itu, Daud berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana pelbagai proses penambahbaikan telah dilakukan mengikut peredaran teknologi pada masa kini.Menurutnya pihak agensi turut mengadakan pelbagai program untuk menghebahkan maklumat kepada orang ramai mengenai kebaikan dan keburukan pembinaan loji janakuasa itu.
Beliau berkata semua pihak termasuk Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli politik termasuk pembangkang, dan pihak swasta bolh memberi pandangan mengenai pembinaan pusat janakuasa itu."Kita perlukan maklum balas daripada mereka, jadi adalah penting untuk mereka tahu mengenainya (loji janakuasa nuklear) sebelum keputusan dibuat," katanya.Mengenai simposium itu, Daud berkata ia menyentuh tentang budaya kualiti dan pengurusan pengetahuan, penanda aras kualiti dan penjenamaan, perkhidmatan pelanggan, standard dan akreditasi, pengurusan kualiti menyeluruh, penambahbaikan kualiti berterusan dan persaingan pasaran.Seramai 120 peserta dari agensi-agensi kerajaan, NGO dan swasta menghadiri simposium dua hari itu.- Bernama

Monday, October 11, 2010

Lubang oh lubang!!!!

Cukup memberi keinsafan membaca tulisan saudara Lim daripada blog Merdeka review ini. Nampaknya inilah suasana politik negara yang sudah cukup tidak bermaruah kini. Politik yang hanya bergantung kepada satu lubang, yang penuh dengan najis dan jijik, yang menggunakan segala bentuk konspirasi dan institusi untuk menjatuhkan seseorang dengan cara yang amat jelik dan jijik yang tak pernah memikirkan apakah itu dosa dan pahala, asalkan aku akan dapat terus berkuasa, itu saja matlamatnya.
Memang teori lapok Mechiavelli masih lagi menjadi pegangan dan diimani oleh puak dan kumpulan sebegini, apa nak kisah dengan suasana selepas kita mati, susudah dibahan ulat dan selepas menjadi tanah semula, apa nak dihirau dengan ruh dan moral kepada anak-anak dan apa pula nak dikisah dengan apa yang akan berlaku kepada anak cucu yang sudah pasti akan menghentam dan mengherdik kita nanti dek kelakuan tak senonoh ini. Kalau tidak tidak akan adalah ' fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh'. Alfitnatu asyaddu minal qatli.
Oleh itu hanya keinsafan dan keimanan sajalah yang diharap agar dapat membuka minda dan jiwa manusia merdeka ini agar menjadikan semua ini sebagai pengiktibaran didalam kita menghadapi suasana politik negara dalam masa terdekat ini agar capaian ke Putrajaya diberi kemudahan oleh Allah subhanahu wataala.
Hentikanlah politik yanghanya bergantung kepada satu lubang sahaja, carilah perkara lain yang lebih meyakinkan rakyat dan boleh dijadikan pedomabuat anak cucu dan generasi akan datang. Kita tidak rela dan mampu untuk ditempelak oleh generasi zaman baru nanti , generasi dekad mendatang sebagai politikus yang bertahan dek kerana satu lubang dibelakang. mampukah kita........?.

Ingatan buat semua

KUALA LUMPUR, 11 Okt: MCA diberi peringatan bahawa masyarakat Cina di negara ini sekarang lebih bimbang dengan Umno berbanding dengan PAS. Peringatan ini diberikan oleh pengarang laman web The Malaysian Insider (TMI).

Peringatan ini diberikan ekoran amaran yang diberikan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kononnya PAS akan memerintah negara ini dengan Islam autokratik jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran, meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan “pendirian autokratik Islam” jika PR menguasai Putrajaya.

“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten.

“PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” tegas Dr Chua dalam ucapan dasar presiden MCA pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-57 semalam.

Amaran itu dijawab oleh pengarang laman web TMI itu semalam.

"Sesiapa yang tinggal di Kelantan akan memberitahu anda, bahawa pentadbiran PAS jauh lebih toleransi dan menghormati hak lain-lain pihak berbanding dengan negeri-negeri yang diperintah Umno.

"Faktanya jelas, undi Cina bandar sangat penting dan mereka lebih bimbangkan Umno berbanding PAS," tulis pengarang TMI itu.

Bagi TMI, pandangan Chua itu hanya mengulangi rekod lama yang dibuat MCA untuk menakut-nakutkan pengundi Cina sahaja.

"Masejnya adalah, walau pun Umno dan MCA tidak baik, PAS lagi buruk," tulis pengarang laman web itu semalam.

Bagi pengarang itu, dengan keadaan Umno yang sangat baik dengan Perkasa yang dipimpin Ibrahim Ali, keboleh percayaan orang terhadap ancaman MCA itu diragui.

"MCA sekarang tidak dihiraukan lagi oleh Umno. Dan tidak banyak lagi yang boleh ditawarkan oleh Chua kepada masyarakat Cina kecuali menakut-nakutkan mereka," tulis pengarang itu.

Sementara itu, seorang bekas petugas sebuah badan yang dimiliki MCA menjangka, 80 peratus pengundi Cina di Galas akan mengundi PAS dalam pilihan raya kecil ini.

Ketika ditemui di majlis hari raya yang dianjurkan Harakah baru-baru ini, beliau berkata, walaupun tidak ada kajian mengenainya, "Saya yakin angka ini betul."

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, 24.01 peratus dari 10, 330 pengundi Galas adalah dari masyarakat Cina.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.