Semalam, hari Khamis 24 September 2009, atas tugasan yang diberikan oleh pihak Muslimat Negeri Kedah, maka ana anak beranak telah melaksana satu amanah iaitu menyediakan kacang kuda rebus buat satu satu daripada menu didalam rumah terbuka YAB MB Kedah di Mentaloon. Sebanyak 75 Kg kacang telah direbus anak beranak sejak seusai Solat Subuh sehinggalah waktu jamuan bermulam jam 11 pagi.
Apa yang cukup membanggakan ana adalah sambutan daripada segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum dan keturunan hadir didalam majlis tersebut. mereka tidak menunjukkan rasa segan atau kekok berada didalam majlis yang diadakan dimana selama ini berbagai tohmahan dilemparkan kepada Parti PAS terutama oleh mereka yang tidak ingin melihat perkembangan Islam didaulatkan di bumi Kedah ini.
Beranika juadah disediakan melalui kiosk yang diberikan kepada pihak tertentu untuk dikendalikan terutama Dewan-dewan didalam PAS negeri Kedah. Ada pasembor, nasi Dagang, lemang, ketupat, kueh-mueh, satay, lontong, soto, mee goreng, tapai, meehoon soup. ais cream, buah-buahan, cendol, murtabak, teh dan kopi tarik disamping minuman sejuk dan panas dan apa yang menggembirakan terutama anak-anak kecil adalah sumbangan duit raya .
Ana juga dapat melihat sambungan yang membanggakan daripada
Kunjungan seluruh kaum pada tahun ini rasanya lebih hebat daripada tahun lepas , dan rasanya tahun ini lebih meriah daripada tahun lepas serta tiada hujan pada kali ini berbanding tahun lalu yang diselangi dengan hujan agak lebat. Cuma satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh penganjur adalah ketidak cukupan tempat untuk duduk makan sehingga ramai yang menggunakan surau diperkarangan kediaman resmi MB sehingga banyak sisa tumpah dan ini sudah tentu mencemarkan tempat beribadat tersebut.
Apa yang boleh ana sebut adalah 'tahniah kepada semua yang terlibat didalam menyediakan jamuan raya ini'.