Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, December 19, 2009

Konvensyen di Bangkok.

Konvensyen selama 2 hari di Kota Bangkok menemukan lebih kurang 50 orang Ahli Parlimen yang berkelulusan doktor perubatan bertujuan untuk membincangkan kesan perubahan cuaca kepada kesihatan manusia sejagat amat bertepatan dengan apa yang juga diperbahaskan diperingkat dunia di Copenhagen yang berakhir semalam.
Ada diantara peserta yang mendedahkan adanya kepulauan dinegara mereka yang telah lupus ditelan air laut dek kerana naiknya paras air sehingga Negara mereka menjadi kecil dan tiada lagi diatas air kerana kesan kenaikan paras air kerana panasnya bumi ini menyebabkan ais yang berada diartik dan antartika cair, semua ini keran kesan gas rumah hijau akibat daripada perbuatan tangan-tangan manusia sendiri.
Konvensyen anjuran Asian Forun of Parliamentarian on Population and Developtment (AFPPD) tajaan kerajaan Jepun dan United Nation ini diharap dapat memberikan input yang berguna untuk diimplimentasikan diperingkat Negara agar masalah kesihatan yang pasti sedang melanda dunia hari ini dapat diatasi kerana perubahan cuaca dan iklim ini akan mengenai semua orang, tidak terkecuali , ini merupakan antara bala daripada Allah akibat kerakusan tangan manusia itu sendiri.
Penyakit-penyakit saperti cholera, dengue, chikungunya, H1N1 dan H5N1 semuanya merupakan masalah yang terpaksa yang berterusan dihadapi oleh umat manusia tanpa mengira bangsa dan agama, semua ini adalah sebagai amaran daripada yang maha pencipta diatas kerakusan tangan manusia memusnahkan ala mini sehingga factor penstabil suhu dan penapis kepada system suria yang menyebabkan ianya menjadi nipis dan terus terkesan kepada alam buana ini.
Dalam menghadapi suasana masalah yang dicari sendiri oleh manusia saperti HIV /AIDS dan penyakit yang seangkatan dengannya, maka sesuatu harus diberi perhatian agar ianya tidak berterusan menjadi bebanan kepada kewangan Negara , apa tidaknya kera Malaysia sendiri membelanjakan ratusan juta daripada bajet tahunan untuk menghadapi para penagih tegar kita yang sudah pasti menjadi penyumbang utama kepada peratusan HIV/AIDS ini sehingga program Harm Reduction yakni menukar jarum suntikan dan memberikan dadah metadon untuk mengurangkan ketagihan kepada dadah sebenar ( psychotropic saperti heroin dan morphine). Walaupun hukuman gantung dikenakan kepada mereka yang mengedar dadah ( melebihi 15 gm), tetapi masalah ini tidak juga selesai. Dimana silapny, sudah pasti kitab yang menjadi panduan manusia tidak diambil sebagai petunjuk didalam merangka strategi pelaksanaan undang-undang kita.
Apa yang menjadi masalah kepada golongan ini adalah mereka akan menjadi sumber jangkitan kepada isteri mereka didalam menyebarkan virus HIV ini dan seterusnya apabila mengandung, virus itu akan diturunkan kepada anak-anak mereka , dan nanti habis satu keluarga akan menjadi pesakit AIDS. Sebab itulah ujian screening untuk bakal pengantin memang satu keperluan agar nanti pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga akan mendapat satu keluarga yang bebas daripada bala AIDS ini. Ini semua kerana ada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa wanita berkahwin menghidapi AIDS 5 kali ganda lebih berbanding dengan pekerja seks !! kenapa ini berlaku, sudah tentu pasangan merekalah yang menjadi dan membawa balik virus itu kerumah , oleh kerana isteri tidak tahu, maka langsung terkena. Bagi pekerja seks, mereka sudah arif dengan hal ini, sehinggakan di Thailand disberitahu bahawa ada kempen 100 % kondon pepada pekerja seks ini !!
Ingatlah, manusia dijadikan diatas muka bumi Allah ini dengan peraturan dan undang-undang yang sudah tersedia, kalau kita menyimpang dari peraturan tersebut, maka sudah pasti kebinasaanlah yang akan menimpa kita.

Banyak kemusnahan telah kelihatan menimpa kita kesan perubahan cuaca kini saperti banjir di Johor , tanah runtuh, kawasan rendah tenggelam, bertambahnya penyakit bawaaan vektor yang diakibatkan oleh nyamuk dan lalat serta berbagai lagi masalah yang perlu ditangani oleh semua agar kehidupan kita lebih selesa.

Ana bersama Dato' Dr Tikee Lafe mewakili Parlimen Malaysia.
Bila sebut Bangkok ni, semua tahu bahawa suasana sosial dan kegiatan seks menjadi sesuatu yang lumrah, mungkin itulah sebabnya ia dipilih sebagai tempat berseminar ini, dan apa yang dapat ana lihat kebetulan dimalam minggu, suasana hipuk pikuk bising dengan muda mudi yang berpeleseran ditengah kota Bangkok ini, memberikan satu kepastian bahawa inilah sebabnya maka segala apa yang Allah turunkan bala dan penyakit adalah berpunca daripada kegiatan manusia itu sendiri. Entah sampai pukul berapa pun ana tak pasti kerana pukul sepuluh malam saja ana sudah masuk bilik dan tarik kain selimut.

Friday, December 18, 2009

Kota Bangkok dimalam hari.

Malam ni dalam pukul 9.30 baru sampai ke Hotel Holiday Inn Bangkok. Flight delay lebih 1 jam kerana hujan lebat di KLIA. Hampir pukul 5 bari departure tadi, sampai di Lapangan terbang Suvarbabhumi dekat jam 7 waktu Malaysia tapi pukul 6 waktu Bangkok, tapi sudah masuk Maghrib.



Nak sampai ke Hotel Holiday Inn ni pula ambil masa dekat sejam, kerana jam yang agak teruk, itu pun teksi tu kata ikut jalan bawah, bukan highway atas angin sana.
Ana datang dengan Dato' Dr Tikee Lafee bekas Timbalan menteri Luar bandar yang kini jadi Pengerusi PLKN untuk satu seminar Inter Country Medical Parlimentarian Conference on Emerging Helath Issues anjuran AFPPD.

Konferen ini hanya melibatkan Ahli Parlimen dalam bidang perubatan sahaja, dulu sekali pernah dibuat di Kuala Lumpur pasal reproduktif 2-3 tahun lepas, ana hadiri juga, kali ni dibuat di Bangkk, Parlimen hantar mari, kita mari lah, dengar dan ambil maklumat, cuma Dr Tikee sahaja yang bentang kertas kerja mengenai kesan kesihatan kepada perubahan cuaca dunia masakini.

Harap sesuatu dapat diambil iktibar untuk faedah rakyat negara kita hasil dari seminar ini.
La ni pukul 10.30 Malaysia , baru 9.30 waktu Bangkok, tapi dah mengantuk yang amat, nak tidur dulu.Nanti malam esok lah kut kalu boleh pi tengok apa yang ada disekeliling hotel ni, boleh beli bawa balik apa barang pun yang sesuai.

Thursday, December 17, 2009

Kesian, kesian, letih nampak lepas turun takhta ni!

Sebagai seorang yang berjasa buat seketika menjadi orang nombor satu negara dan begitu gah dengan Islam Hadharinya, ana kadang kala rasa kesihan tengok bekas PM ni, nampak makin letih mutakhir ni kerana terpaksa berkejar datang keparlimen dalam waktu-waktu senja begini kerana ada satu kesilapan besar yang telah berlaku 3 hari lepas dimana 70 orang MP BN telah melakukan satu aib besar kepada Perdana Menteri dengan kemenangan hanya 3 undi bacaan kali ketiga bajet negara, bajet sulong Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri.
Hanya 66 daripada 137 orang ahli yang hadir , bahkan ahli bebas yang nak masuk UMNO tapi tak jadi pun tak datang juga, ini semua bukan apa, nak tengok atau nak beritahu dunia bahawa mereka semua tu becadang atau berpakat atau bersekonkol untuk menjatuhkan suatu bebanan besar keatas PM sekarang ini, hendak memberitahu rakyat bahawa setakat itu sahajalah sokongan yang boleh diberikan kepada bajet PM ini, bahkan ianya merupakan bajet sulong yang tak sepatutnya berlaku.
Hari ini PM kata semua yang tak hadir kena beri alasan kenapa tak hadir, maknanya kenapa tak sokong bajet beliau. Dalam parlimen ini, ikut kata Speaker TS Pandikar Amin, kalau tak lulus bajet maknanya kerajaan yang ada kena adakan pilihanraya semula, mendapat mandat baru, tapi kalau di barat, dah kena letak jawatan tu, dan kalau di Jepun, nak masuk kubur tu, dah terjun bangunan, sebabitu yang tak hadir tu kena beri alasan.
Pasal tu pada petang kelmarin, hari last sidang parlimen kali ni, terkocok-kocoh bekas PM tu datang, elok sampai ketangga parlimen nak masuk dewan, speaker tangguh mesyuarat jam 5.20etang kerana dah habis urusan dan mungkin ramai yang nak balik tengok bola Malaysia lawan Vietnam, tahniah lah menang 1-0.
Beliau mendengar khabar akan ada undi belah bahagi, takut nanti kena jawab dekat PM semula kenapa tak hadir, jadi dekat dengan masa nak mengundi baru nak datang, padahal masa jadi PM dulu beliaulah yang lantang menyeru semua MP agar jangan abaikan sidang parlimen.
Tapi kalau kita lihat sekarang ni, kerusi lebih banyak kosong daripada penuh terutamanya belah Menteri atau Timbalan Menteri sana, bahkan apa persoalan yang kita kemukakan dalam perbahasan pun masih belum mendapat jawapan daripada Menteri, janji nak jawab bertulislah, nak kaji dululah dan nak dapat info dari pegawailah. Ambil satu contoh pasal yang ana sentuh mengenai perumahan guru di Tajar, Kubor Panjang dan Sumgai Tiang yang tidak diduduki kerana masalah meter air, meter letrik dan ketiadaan lift serta menjadi sarang maksiat, sampai sekarang Menteri janji nak jawab masih belum mendapat jawapan baik secara lisan ataupun tulisan. Itu timbalan Menteri pelajaran yang janji nak jawab tu, begitu juga dengan jemputan kepada wakil rakyat dari Pakatan yang tidak dibenarkan untuk menghadiri program disekolah kerajaan SM atau SK atas alasan tidak diberikan green light oleh PPD, ana nak dapatkan kepastian secara hitam putih dan nak bawa kemesyuarat tindakan daerah kalau ini menjadi dasar kementerian, tak berani pula nak jawab, padahal setiap kali nak adakan program, bertimbun surat minta sumbangan nak buat majlis itu dan ini, padak nak jemput kita duduk atas pentas pun takut kena tindakan.!!

Wednesday, December 16, 2009

Alahai Menteri kita ! nak tanya , soalan mesti yang senang!!

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin
bertanya tentang jawapan daripada Menteri, kita kemukakan masalah bertulis masih belum dapat jawapan.
Tuan Yang di-Pertua: Apa dia Yang Berhormat?
DR. 15.12.2009
29
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Jawapan daripada Menteri, soalan
bertulis belum lagi dijawab, sesi sudah hendak habis Tuan Yang di-Pertua.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Pelajaran, pelajaran dari dasarnya belum dapat
lagi, Kementerian Pelajaran.
Tuan Yang di-Pertua: Ya?
Seorang Ahli: Ada dua yang belum dijawab.
Tuan Yang di-Pertua: Ini peringatan kepada Menteri yang berkenaan supaya jawapanjawapan
itu disampaikan kepada Ahli Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin
mengingatkan supaya dalam sesi akan datang, semua jawapan dari soalan-soalan bertulis
hendaklah dijawab lebih awal, kerana kita sudah hantar soalan sebelum sesi persidangan
bermula, tetapi jawapan kita dapat hanya di akhir-akhir ini sehingga kita tidak boleh
menggunakan jawapan-jawapan bertulis itu sebagai panduan kita semasa kita hendak bertanya
ataupun berbahas. Jadi, saya ingat trend ini sudah lama sangat. Perlu diperbaiki lagilah.
1140
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Dan juga Tuan Yang di-Pertua, soalan-soalan yang
kita bangkitkan dalam perbahasan Jawatankuasa, sampai sekarang saya belum dapat jawapan
bertulis. Saya rasa Menteri-menteri ataupun Timbalan Menteri-timbalan menteri, mereka telah
berjanji untuk beri kita jawapan bertulis. Akan tetapi, sampai sekarang saya tidak dapat jawapan
itu.
Tuan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Serdang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, terutama sekali kepada Menteri-menteri dan pegawai-pegawai yang
duduk di belakang Menteri. Ambil ingatan kepada perkara yang ditimbulkan oleh Ahli Yang
Berhormat daripada sebelah kiri dan juga sebagai ingatan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat
sebelah kiri.
Kalau mahu soalan itu dijawab dengan cepat, tanyalah soalan-soalan yang senangsenang.[Dewan riuh] Nanti dahulu, nanti dahulu Ahli Yang Berhormat, saya belum siap lagi Ahli
Yang Berhormat. Biasanya soalan-soalan yang mendalam perlu untuk dikaji selidik dahulu
sebelum dijawab. Maka, panjanglah masa yang diperlukan oleh Menteri. Jadi, mesti ada sikap
tolak ansur dalam soal ini. Sila Setiausaha.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Nampak Menteri pun tidak berapa cerdik.
Kena cari soalan-soalan yang senang sahaja.


Dalam suasana ketakutan datangnya gelombang kedua H1N1 dengan strain mutasi dan resistant kepada antiviral ni!, ana tanya Menteri, apa dia jawab.....

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tuan Yang di-Pertua, satu lagi boleh?
Ini kerana mutasi ini...
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, saya mohon maaf...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ada strain yang telah mutasi.
Tuan Yang di-Pertua: Ya saya tahu Yang Berhormat.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai: Makmal kita sentiasa memantau mutasi...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: ...Strain yang konsisten kepada ubat
antivirus ini.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai: Strain antivirus. Buat masa ini di Malaysia, kita belum dapat
mengesan strain...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kita dalam gelombang yang kedua
sekarang ini.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai: Memang, di luar negara memang ada strain yang mutasi...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kapal terbang bawa mari.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai: Belum sampai ke Malaysia. Kita tengah membuat
pemantauan yang rapi, terima kasih.

Tuesday, December 15, 2009

Apakah Pak Lah and the gangs juga boikot bajet Najib?.



Hanya 66 orang daripada 137 ahli Parlimen BN yang menyokong bajet DS Najib yang diluluskan oleh parlimen malam semalam setelah lebih sebulan kami berbahas didalam berbagai Kementerian diperingkat dasar dan jawatankuasa berbanding Pakatan 63 daripada 82 ahli. Kurang daripada separuh nampaknya memberi sokongan kepada PM Najib, dahlah kalah pada Mac 2008 dulu , tidak dapat majoriti 2/3, ini pula tak sampai 1/2 menyokong bajet beliau. Tak apalah alasan yang mungkin diberi adalah pada 2008 tu Pak Lah yang jadi PM, tetapi dengan sokongan tak sampai separuh ini apa pula alasan beliau nanti, bajet sulong pula tuh!. Apa yang ana rasa adalah ini merupakan sabotaj daripada ahli Parlimen BN terhadap kepimpinan DS Najib.

Bukan setakat ahli Parlimen biasa, bahkan bekas PM
dan bekas Ketua parti komponen pun tidak datang untuk mengundi bajet DS Najib ni, itu pun pada permulaan masa perbahasan akhir peringkat JK oleh Masjid Tanah DS Abu Seman, Tim Menteri Dalam Negeri menggulung perbahasan, speaker nampaknya semacam memberikan ruang yang lama untuk beliau menjawab untuk menunggu kehadiran PM dan TPM untuk datang kedewan, setelah masuk saja PM maka dengan tangkas beliau berkata saya akan beri jawapan yang tidak sempat dalam penggulungan ini dengan cara bertulis.Belum pernah ana dengar speaker berkata sebelum ini, jawablah menteri, lambat-lambat pun tak apa, biasanya speaker akan tanya menteri berapa lama lagi nak jawab, nak habiskan cepat cepat , bahkan biasa ana dapat berucap hanya 5 minit dan dua minit dalam perbahasan kerana mengejar masa, ini lain pula bunyinya yang ana dengar.

Maka sempatlah PM dan TPM datang untuk mengundi, kalau dibuat awal lagi maka sudah pasti ianya akan menemui kekalahan kerana ramai yang datang hanya lewat malam , pukul 10 lebih baru terkocoh-kocoh datang hanya untuk mengundi padahal pada masa kami berbahas, tak ada pulak ramai Menteri atau Timbalan yang datang mendengar apa yang kami bahaskan, lepas tu kata nak jawab secara bertulis, padahal bila hampir habis sidang pun, soalan yang kami kemukakan nampaknya belum lagi diberikan jawapan. Sampai sekarang hanya Menteri yang jaga MARA saja yang memberi jawapan secara bertulis, bahkan Menteri Pelajaran habuk pun tarak lagi. Masa menjawab kata nak beri secara bertulis.

Bekas Presiden MCA TS Ong Ka Ting tidak hadir, Ku Li pun tak mengundi ,bekas SU MCA DS Ong Ka Chuan pun tak nampak bahkan Dato' Saravanan dari MIC masa untuk belah bahagi peringkat kedua saja baru masuk dewan , sebab itulah masa undian untuk Kem Dalam Negeri hanya perbedaan satu undi saja untuk meluluskan bajet tersebut, tetapi bila sampai kepada undian untuk bacaan kali ketiga bajet sulung DS Najib, mereka menang dengan 66 daripada 137 ahli berbanding 63 undi dari pakatan berbanding 82 ahli.
Ana tak tahulah apa yang DS Nazri nak kata kat Pak Lah dan TS Ong Ka Ting serta Ku Li bila bertemu nanti kenapa boikot bajet Najib yang sulung ni, apa punca nya dan kenapa tak setuju hingga tak mahu hadir untuk mengundi bajet tu.
Dari keputusan yang diperolehi, nampaknya PM mesti lakukan sesuatu dalam pelaksanaan bajet 2010 beliau ini agar rakyat akan dapat faedah daripada pembentangan dan perbahasan oleh ahli serta manfaatkanlah kelulusan tipis ini untuk faedah rakyat dan janganlah gunakan kelulusan ini untuk menambah tembolok kroni dan menindas rakyat termasuklah menafikan royalti kepada kerajaan negeri Kelantan saperti juga apa yang dibikmati oleh Sabah dan Serawak.
Satu masej jelas dari rakyat dan bekas PM serta the gangs yang boikot bajet ini adalah agar PM melaksanakan tanggungjawab ini dengan telus dan tulus serta jawablah segala persoalan yang timbul mutakhir ini agar pelabur percaya dengan apa yang berlaku dalam negara dan jangan selindung daripada pengetahuan rakyat terbanyak, kerana ketelusan didalam pemerintahan pasti akan memberi kepercayaan kepada pelabur untuk masuk melaburkan wang mereka kedalam pasaran negara kita. Kalau setakat segala masalah 'sweep under the carpet' pasti tidak akan menjanakan pulangan daripada pelabur asing nanti.

Monday, December 14, 2009

Keputusan undi pada 11.30 malam.


Huh malam ni kami diarah tunggu sampai habis perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Dalam Negeri yang jaga polis dan imigresen kerana kami nak dapat keputusan belah bahagi, tetapi agak kurang bernasib baik kerana kerajaan menang dengan 64 lawan 63, ada beberapa orang MP yang terpaksa meninggalkan dewan kerana urusan yang lebih penting dan komitmen yang tak dapat ditinggalkan serta ada yang masih berada diluar negara.

Sebenarnya banyak perkara yang kami tidak puas hati dengan Kementerian yang jaga polis ni kerana banyak keadaan yang berlaku dalam negara kita kutakhir ini baik dari segi indek jenayah mahupun keselamatan rakyat nampaknya tidak rasa selamat dan selesa.

Sebutlah apa saja dan dimana saja pasti masalah keselamatan rakyat masih jauh daripada apa yang diharapkan. baru-baru ini di Perlis misalnya, seorang remaja yang ditembak mati oleh Polis beberapa das sehingga menemui ajal atas alasan menyerang Polis , tetapi apabila mati ditemui beliau dalam keadaan bergari, mengikut laporan akhbar, bahkan polis memberi alasan beliau menyerang polis, lalu untuk menyelamatkan diri terpaksa menembak beliau, padahal apa yang kita selalu diberitahu kalau hal keganasan sebegini, polis boleh menembak kaki atau pinggang kebawah untuk melemahkan pergerakan beliau bukannya didada sebingga beliau mati tergolek.

Begitu juga halnya dengan semakin ramai mangsa yang mati didalam lokap polis dan juga kes ragut dan jenayah lain yang semakin hari semakin banyak, bunuh, rompak, ragut, bahkan kes tikam dengan keadaan suasana sadis sekali seringkali memenuhi dada akhbar, dan menteri yang bertanggng jawab dan keta polis yang ditambah kontrak inilah yang perlu dipertanggung jawabkan. Sebelum itu usul potong gaji Menteri sebanyak RM 100 juga tak mendapat kelulusan.

Malam ni sampai PM pun tunggu dalam dewan takut undi mereka kalah , tetapi ini akan menjadi satu pengajaran kepada Menteri jangan sering mengabaikan tanggungjawab keatas keselamatan rakyat, kalau nampak Ketus Polis yang tak menjalankan tgas dengan efisien t, usahlah lagi sambung kontrak dia, gantilah dengan yang lain. Kesian pula dengan timbalan yang menunggu lama nak rasa habuan sebagai ketua polis pulak.

Peristiwa malam ini yang berakhir pada jam 11.30 malam perlu menjadi pengajaran kepada BN supaya buat kerja baik-baik dan KPI bukan hanya sekadar atas kertas, tetapi perlu dilaksanakan agar rakyat dapat faedahnya.

Sunday, December 13, 2009

Jenuh ber TEKUN la hampa.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan, telah megutus surat menangis TEKUN kepada para peminjam yang liat dan gagal membayar hutanf tekun berjumlah dalam lingkungan RM 130 juta .

Kandungan surat tersebut antara lain menyebut:

'Dengan rendah diri dan penuh hormat, saya merayu kepada saudara/saudari supaya dapat membayar balik tunggakan hutang tersebut kepada TEKUN Nasional.

Seperti mana saudara/saudari maklum bahawa bayaran balik pinjaman saudara/saudari itu akan diberikan pula kepada peminjam dan bakal-bakal usahawan Melayu/bumiputera lain yang memerlukan modal dan pertolongan daripada pihak TEKUN Nasional.

Sekiranya saudara/saudari berkemampuan dan boleh membayar balik pinjaman tersebut, maka sekali lagi saya merayu tolonglah bayar balik hutang tersebut.

Sebaliknya, jika saudara/saudari menghadapi kesulitan dan tidak mampu membayar ansuran tersebut, maka saudara/saudari boleh membayar jumlah yang termampu.

Di samping itu, sekiranya usaha niaga saudara/saudari tidak berjaya, tetapi masih mempunyai keazaman untuk memulihkan kembali dan meneruskan perniagaan, maka berhubunglah semula dengan pihak TEKUN Nasional, bagaimana kami boleh membantu lagi, mungkin dengan memberikan pinjaman tambahan atau menjadualkan semula balik supaya saudara/saudari dapat memulihkan dan meneruskan semula perniagaan ataupun menceburi bidang yang baru.

Segala perhatian dan kerjasama/ saudari saya dahului dengan ucapan terima kasih dan saya mendoakan semoga saudara/saudari keberkatan daripada Allah SWT di dunia dan akhirat dalam menjalankan urusan harian."

Pendekatan yang digunakan oleh TEKUN ini sangat berbeza dengan 'surat peguam' yang dihantar oleh pihak bank atau syarikat mikro kredit lain.

Surat 'menangis' TEKUN itu telah dihantar kepada 39,576 peminjam bagi menuntut RM130 juta hutang lapuk sejak Ogos lalu.

Daripada maklumat dan keluhan yang sering ana dapat daripada rakyat dibawah bahawa kalau nak memohon pinjaman TEKUN ini, salah satu cara yang pahit terpaksa ditempuhi adalah mendapat tandangan dan sokongan daripada JKKK pada ketika dulu dan disokong pula oleh Ketua bahagian UMNO. Tetapi bila ana pernah tanya dalam Parlimen Menteri dari Lenggong sebelum ni pernah jawab soalan ana, mana ada macam tu, tapi kalau tak percaya pergilah tanya sekelian rakyat yang gagal dapat pinjaman , apasal mereka gagal dan adakah tidak kena mendapat tandatangan daripada JKKK bahkan sokongan ketua bahagian.

Sebab apa ana kata macam tu, pejabat TEKUN Pendang sebelum ini ada di Pejabat UMNO Pendang, di Belakang Bank CIMB dan siapa nak ambil borang, sudah pasti kena pergi ke Pejabat UMNO, setelah beberapa kali ana komplain kepada Menteri ketika itu, barulah Pejabat TEKUN dipindahkan ke Bangunan MDP seberang jalan , tidaklah lagi berada didalam bangunan UMNO. Alasan yang diberikan adalah senang, tak kena sewa. Kalau kita lihat di Selayang pun, pejabat TEKUN berada didalam Komplek UMNO Darul Kifayah.Jadi susah nak kata mereka ni terpisah daripada unsur-unsur politik baik dalam memberi pinjaman atau membayar balik pinjaman.

Tu pasal agaknya yang dapat tu liat nak bayar, kerana mereka ni sebenarnya tak ramai yang sangat-sangat memerlukan duit untuk memulakan perusahaan kecilan, tetapi hanya menambah koleksi dalam akaun bank , lepas tu tak ada apa tindakan oleh TEKUN, maka itulah sebabnya jadi RM 130 juta tuh.

Nanti kita minta menteri jawab pula siapakah yang liat sangat nak bayar ni, dan siapa pula yang tukang jadi penyokong mereka semua tu, lepas ni kita minta pula kalau nak buat pinjaman, mesti perlu penjamin, kalau tak bayar penjamin kena tolong bayar, sebab seingat ana satu pun borang tak pernah minta sokongan dari ana walaupun ada kolum boleh disokong oleh Ahli Parlimen, maklumlah kita ni bukan dari BN, tak layak la nak sokong depa. baguih juga, nanti bila kena penjamin, tak lah teruk kita kena tolong bayar nanti, macam jamin anak nak masuk U tu. Anak tuang, penjamin kena tolong bayar hutang. Masa tu baru boleh tengok siapa yang ramai tuang tak nak bayar hutang TEKUN nih.

minyak oh minyak, sampai bila ?

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Itu kelohan Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengasaskan Petronas dan perjanjian mencarigali minyak dan perjanjian dengan kerajaan negeri pada tahun 1974 dulu dimana Akta Perjanjian Minyak menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Petronas memberikan 5% wang tunai kepada kerajaan Negeri dimana minyak diperolehi dari perairan mereka dan tak disebut pun pasal 3 batu nautikal yang menjadi hujahan Menteri di JPM sekarang ini . Apa yang menjadi kemushkilan rakyat adalah dari mana datangnya istilah 3 batu nautikal dan wang ehsan tersebut.

Apa yang rakyat marhean semua tahu adalah, bila sebut saja ehsan, bermakna itu adalah ehsan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri bukan lagi menjadi hak negeri atau tanggungjawab pusat saperti dalam perjanjian untuk menyumbangkan hasil mahsul negeri kepada kerajaan negeri yang mana minyak diperolehi dari negeri tersebut.
Apakah tindakan pusat ini bertepatan dengan apa yang pernah ditandatangani pada 1974 atau ianya hanya satu penyelewengan fakta dan melanggari perjanjian yang sama-sama disepakati? Apakah gelaran yang patut kita berikan kepada mereka yang melanggari perjanjian, kalau ikut hadis Rasulullah jelas mereka ini golongan ........!

Sebab itulah kalau ujud golongan begini jelas menggambarkan bahawa mereka sengaja menzalimi rakyat yang berhak menerima hadis sumber negeri mereka untuk digunakan demi kemakmuran rakyat dan kalau peminggiran habuan ini dilakukan dengan sengaja, maka jela ianya adalah satu lezaliman, dan kita juga sering membaca pesanan daripada Rasullullah bahawa doa orang yang dizalimi tidak ada hijab dengan Allah saperti mana doa pemimpin yang adil dan doa orang yang berpuasa.!

Oleh itu bangunlah rakyat sekelian memohon doa kepada Allah agar mereka ini diberi pengajaran oleh Allah tentang apa kesannya terhadap kezaliman yang mereka lakukan terhadap hak rakyat dan kezaliman yang mereka letakkan keatas bahu rakyat semua. Istilah kezaliman perlulah diketahui oleh semua dan bukan hanya kepada perbuatan membunuh atau mencederakan sahaja, tetapi kezaliman dalam Islam adalah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.


Hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.

Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.

Kemana hasil Petronas selain dari membesarkan tembolok mereka yang dekat dengan pemerintah ? Lihat saja apa yang wujud di Putrajaya dan Menara Berkembar Petronas, berapa belanja hasil dari wang Sumpahan Minyak tersebut, kemana arah tuju rakyat marhaen dikampong dan petani miskin yang saban tahun ditimpa banjir dan tanaman musnah ditenggelami air banjir? Dimana wang Petronas kalaulah mereka ini ada hak untuk dibantu.

Nanti siapakah pula yang bakal menjadi kaya dengan wang ehsan tersebut, pasti yang nyata dan ternyata telah berlaku di Terengganu adalah mereka yang menghurungi JPP.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.