Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, November 12, 2008

Teringat perbahasan lama 2.4.2007.

5.27 ptg.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya hendak mulakan perbahasan ini berhubung
dengan perkhidmatan perubatan. Sektor perkhidmatan perubahan dan kesihatan di dalam negara
kita hampir meliputi segenap pelosok dalam negara kita ini tetapi masih ada ruang yang boleh dan
perlu dibaiki selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan ratio doktor:penduduk, 1:600 pada
tahun 2020.
Melihat kepada perkembangan yang berlaku sekarang ini dengan bertambahnya pusat
pengajian perubatan di dalam dan juga luar negara, saya rasa tahap ini akan dapat dicapai dengan
lebih cepat lagi. Perkembangan industri kesihatan di bidang swasta dengan bertambahnya pusatpusat
perubatan dan hospital swasta, maka jumlah pakar dan juga pegawai perubatan yang
meninggalkan perkhidmatan awam juga akan bertambah setiap tahun. Bahkan ini berlaku pada
setiap bulan.
Ini sebaiknya diganti dengan pegawai yang baru. Cuma yang masalahnya dari segi
pengalaman terutamanya pegawai-pegawai yang mempunyai skill yang tinggi seperti
neurosurgery, plastic surgery, micro surgery dan sebagainya, banyak kalau kita hendak katakan.
Bagi mencapai perkhidmatan kesihatan yang baik yang memerlukan sebuah badan ataupun
organisasi yang tersusun dan komprehensif seperti dalam perkhidmatan awam, kita mempunyai
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Dalam pendidikan kita mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran. Begitu juga polis mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Polis. Begitu juga dengan
tentera, mempunyai satu badan khusus untuk melatih ataupun mengambil anggota tentera.
Saya rasa perlu bagi pihak Kementerian Kesihatan mempunyai satu suruhanjaya yang
dinamakan Suruhanjaya Perkhidmatan dan Perubatan yang bakal melatih doktor-doktor gigi,
jururawat, pembantu perubatan, ahli-ahli farmasi, makmal dan sebagainya yang memerlukan
latihan yang berhubung kait dengan rawatan dan juga penjagaan kesihatan manusia yang lebih
tepat dikendalikan oleh sebuah suruhanjaya khas.
DR 2.4.2007
112
Soal-soal seperti pengambilan pegawai, kenaikan pangkat, skala pegawai, latihan kepada
pegawai, keperluan kepakaran dalam bidang tertentu dan pengkhususan dan juga kepada
distribusi pegawai kepada kawasan-kawasan tertentu termasuklah dalam masalah berhubung
dengan peperiksaan PTK.
Tuan Yang di-Pertua, kerja seorang doktor misalnya doktor siswazah yang terpaksa
bertugas sampai berhari-hari di dalam wad, dari siang ke malam dan malam ke siang kerana ada
seorang doktor siswazah yang lain bercuti. Sepatutnya mendapat perhatian suruhanjaya yang
bakal dibentuk ini. Kerana ini merupakan satu bidang yang khusus untuk memerhati tugas dan
juga kerja-kerja yang dilakukan oleh pegawai tersebut. Bagaimanakah tentang elaun lebih masa,
tentang elaun risiko tinggi, tentang cuti ganti dan berbagai-bagai lagi senarai yang kalau hendak
sertakan memang terlalu panjang.
Tetapi siapakah yang dapat memahami ini semua kalau tidak wujud satu suruhanjaya khas
yang memikirkan tentang keperluan ini termasuklah risiko kepada doktor ini terhadap penyakit HIV
misalnya tibi, STD, pendedahan kepada radiasi x-ray misalnya radioterapi dan juga lain-lain radiasi
yang kita rasa cukup berbahaya kepada kesihatan seorang manusia. Begitu juga dengan masalah
penamatan tugas seorang pegawai pakar ataupun pegawai perubatan biasa, penghijrahan ke
sektor swasta. Tidak dinafikan ini memberikan kesan terhadap ratio doktor dan penduduk yang
bakal diperolehi oleh negara pada tahun 2020 nanti.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini iaitu pada tahun lepas dalam senarai Kementerian
Kesihatan disebut tentang adanya perubatan tradisional dan juga complementary yang telah
didaftar oleh Kementerian Kesihatan. Di mana time massage 80, reflexology 40, akupunktur 22,
ayurveda 48. ini merupakan perubatan tradisional yang telah didaftarkan di bawah Kementerian
Kesihatan. Saya rasa apakah salahnya Kementerian Kesihatan sekarang ini mengiktiraf perubatan
homeopathy yang juga merupakan satu unit daripada perubatan complementary yang boleh
memberi faedah kepada kita kerana ini merupakan satu bentuk jenis perubatan yang telah begitu
berkembang di negara maju seperti Jerman dan juga di England.
Yang kedua adalah tentang masalah kemudahan kesihatan kepada pesara kerajaan. Kita
tahu pesara kerajaan ada yang masuk dalam skim pencen dan mereka ini mendapat pencen dan
kemudahan kesihatan. Tetapi ada di antara pegawai yang telah lama berkhidmat dengan kerajaan
yang tidak masuk skim pencen tetapi mereka ini tidak mendapat kemudahan kesihatan di dalam
hospital kerajaan. Apakah salahnya jika sekiranya mereka yang tidak masuk dalam skim pencen
ini juga dimasukkan ke dalam senarai kemudahan untuk mereka dapat setelah mereka berhenti
berkhidmat dengan kerajaan kerana mereka juga telah memberikan khidmat yang begitu banyak di
dalam masa mereka bertugas sebagai pegawai kerajaan. Begitu juga dengan kemudahan
kesihatan untuk ibu bapa.
DR 2.4.2007
113
Kalau sekiranya anak-anak dan juga kadang-kadang yang mempunyai dua ataupun tiga
isteri dapat kemudahan kesihatan di dalam sistem hospital kerajaan, kenapakah ibu bapa juga
tidak dimasukkan sebagai senarai di dalam kemudahan kesihatan untuk kakitangan kerajaan.
Seterusnya saya hendak menyentuh tentang pembangunan luar bandar. Oleh kerana Yang
Berhormat Menteri ada di sini, saya rasa mungkin perkara ini boleh direct terus sampai kepada
menteri. Antara peranan yang dimainkan oleh JKK misalnya pegawai-pegawai daerah misalnya,
ini memberikan kesan yang besar dalam pembangunan di luar bandar.
Di kawasan saya terutamanya di kawasan Kampung Charok Tukmin, sudah berapa kali
saya masuk dalam senarai untuk disampaikan kepada Kementerian Luar Bandar, tetapi sampai
hari ini masih lagi belum mendapat bekalan air. Hanya jarak dengan main pipe dalam 100 ke 200
meter. TV3 pun sudah pergi tengok, Harian Metro pun sudah masuk dan akhbar perdana yang
lain pun sudah masuk. Sudah berapa kali dilihat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah
dan juga ADUN Sungai Tiang. Jadi, saya harap pihak menteri dapat mengarahkan pegawai untuk
meneliti perkara-perkara seperti ini. Begitu juga dengan jalan-jalan bertar. Semasa pegawai dari
Kementerian Luar Bandar datang ke Parlimen, saya telah menyenaraikan senarai-senarai ini,
seperti mana di
(i) Kampung Alur Nan Kokbah dan Bukit Cepat;
(ii) Paya Nedam Seberang Sungai Baru; dan
(iii) Kampung Bakar Arang.
Ini yang telah saya senaraikan tetapi sampai sekarang masih lagi belum mendapat apaapa
perhatian daripada pihak kementerian. Seterusnya tentang benih padi sah. Saya
mengucapkan terima kasih kepada menteri yang telah pergi ke kawasan Pendang baru-baru ini
yang menyampaikan input pertanian dan juga sumbangan jentera pembajak kepada petani-petani
di kawasan Pendang. Apa yang disarankan oleh menteri adalah pada tahun 2010, kementerian
tidak lagi mengiktiraf petani-petani yang menanam padi menggunakan benih selain daripada benih
padi sah. Apa yang menjadi masalah adalah sekarang ini pun benih padi sah ini tidak dapat
mencapai tahap pertumbuhan 85% ke atas seperti mana yang dijanjikan.
Mereka juga apabila musim petani berada dalam keadaan sibuk, tidak dapat memberikan
benih-benih padi yang cukup kepada petani. Mereka akan mengambil benih-benih padi daripada
kawasan yang lain dan kadar pertumbuhan tidak dapat menepati 80% ke atas seperti mana yang
dijanjikan. Syarikat-syarikat yang mengeluarkan benih padi ini pula hanya satu ataupun dua
sahaja yang dimonopoli oleh syarikat ini dan kita harap kementerian akan dapat meluaskan dan
memperbanyakkan lagi jumlah syarikat-syarikat ini dan berikanlah syarikat-syarikat ini ataupun
mereka yang mengeluarkan benih padi sah ini kepada orang-orang yang betul-betul melakukan
proses ataupun menanam padi dengan cara yang sempurna kerana kita dapati benih yang
DR 2.4.2007
114
diberikan kepada petani ini memang dijaga, dibelai, ditanam dengan sempurna macam mak jaga
bayi dalam buai.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan mesyuarat]
Apabila padi atau benih ini dimasukkan ke dalam ladang yang terbuka, sudah tentulah ia
akan dihinggapi oleh pelbagai masalah ataupun penyakit daripada yang melata, yang merayap,
yang terbang, yang berjalan dan macam-macam racun terpaksa digunakan oleh petani dan ini
sudah tentulah akan meningkatkan kos pertanian ataupun input pertanian tersebut. Dan yang....;
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang terakhirlah.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Belum, dua yang terakhir. Tentang
pengecualian yuran peperiksaan oleh Kementerian Pelajaran dan baru-baru ini semasa Yang
Berhormat bagi Kuala Pilah memberi perbahasan saya hendak menyentuh tentang yuran untuk
STAM. Saya rasa ini merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh kementerian kerana
STPM diberikan pengecualian dan mereka yang lulus STPM boleh masuk universiti begitu juga
dengan mereka yang mengambil STAM. Mereka ini juga berhak untuk masuk universiti dan
apakah salah atau silapnya mereka ini juga diberikan pengecualian di dalam yuran peperiksaan
STAM. Ini akhir Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan identiti AirAsia. Apabila kita naik AirAsia,
mungkin Tuan Yang di-Pertua tidak pernah naik kot...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kita naik AirAsia kita tidak nampak ada identiti
Malaysia di dalam AirAsia kerana kalau kita naik Singapura Air Line, ada dengan batik, dengan
kebaya, begitu juga dengan MAS ada identiti Malaysia tetapi AirAsia ini saya berharap pihak
pengurusan akan dapat mengubah pakaian pramugari dia kepada yang beridentitikan Malaysia,
terima kasih.

Tuesday, November 11, 2008

Tahniah BN dan UMNO 51 tahun memerintah Malaysia.

Melayu paling ramai berpendapatan bawah RM1,000
Roy Rasul
Tue | Nov 11, 08 | 3:55:36 pm MYT
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Hrkh) - Jabatan Perdana Menteri mendedahkan orang Melayu paling ramai yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan berbanding dengan kaum lain di negara ini. Iklan



Perkara ini diperolehi melalui perangkaan yang dibuat oleh Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang terkini tahun 2007 yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, S K Devamany di Persidangan Dewan Rakyat, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, anggaran isi rumah yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan itu dijalankan ke atas seramai 496,500 isi rumah.

Daripada jumlah tersebut katanya, pecahan mengikut kaum ialah seramai 301,000 (Melayu), 50,900 (Cina), 29,000 (India), 29,300 (Kadazan), 7,500 (orang Asli) dan kaum lain - 78,800.

Bagi kumpulan berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 di mana daripada jumlah tersebut 976,500 adalah (Melayu),300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan), 2,500 (orang Asli) dan lain-lain 89,9000," katanya yang menjawab soalan yang dibangkitkan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (KeADILan - Sungai Siput) dalam sesi soal jawab.

Keseluruhan bilangan isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 Melayu juga paling tinggi iaitu 614,700, berbanding Cina 300,800 dan India 121,500 daripada jumlahnya keseluruhan isi rumah iaitu sebanyak 1,144,700.

Manakala, kumpulan pendapatan RM3,001 hingga 4,000 kaum Melayu berada di tempat teratas iaitu 380,500 daripada keseluruhan isi rumah 734,000.

Beliau berkata, bagi julat pendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000 yang melibatkan 914,200 isi rumah Melayu sebanyak 419,200 berbanding Cina sebanyak 368,400.

Sementara itu beliau berkata, kumpulan berpendapatan RM10,001 -RM20,000 dengan melibatkan 235,300 isi rumah kaum Cina menguasai pendapatan tersebut iaitu sebanyak 118,700 berbanding Malayu 85,700 dan India 23,400.

"Kumpulan pendapatan melebihi RM20,000 pula terdapat 49,500 isi rumah dan daripada jumlah tersebut 16,500 merupakan isi rumah Melayu, 27,900 Cina, 3,600 India dan 1,500 dari lain-lain kumpulan etnik," katanya.

Ini belum kita bicara tentang pemilikan kedai dan rumah.
Ini belum ditanya pemilikan ekuiti dan saham.
Ini belum ditanya pemilikan syarikat dan hartanah.

Saham yang ditaja kerajaan saperti kata bekas Presiden PAS Ust Fadhil Nor, saham kora bau sampai sekarang masih belum tahu dok dimana, sudah kena lelong atau tinggal hampas saja, siapa yang pinjam bank beli saham , sekarang ni hanya tunggu nak bayar interest saja sebab nilai saham RM 1.oo sekarang rata-rata tak sampai pun 40 sen.
Tapi yang kaya, yang berebut nak jadi calon dan nak menang MT, kerana lubuk emas sedang menunggu.

Lihatlah gambar-gambar yang ana paparkan dalam blog ini, itu belum dipaparkan gambar dari Sabah dan Sarawak lagi. Yang lain tu fikir dan bayangkan sendiri lah, malas ana nak ulas lagi.

Monday, November 10, 2008

Dr Mohd Hayati bin Othman
AHLI PARLIMEN PENDANG


Tarikh: 7 November 2008


Kepada
Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia,
Yang Di Pertua Dewan Rakyat,

YB Tan Sri,

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DIBAWAH PERATURAN 18(1).

Saya, Dr Mohd Hayati Othman ( Pendang) akan mencadangkan.

“ Bahawa dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini membincangkan satu isu tentang keretakan hospital Queen Elizebeth yang masih digunakan walau pun diketahui berlaku keretakan sejak setahun yang lalu”.

Tuan Yang Dipertua,

Dalam berita TV3 jam 1.30 tengahari 6 November 2008 telah mendedahkan bahawa hospital QEH masih digunakan walaupun berlaku keretakan hampir 1 tahun tanpa diambil tindakan dan ini cukup membahayakan keselamatan rakyat awam dan pesakit serta petugas. Dalam lawatan meninjau kerosakan yang berlaku, Y Bhg Ketua Pengara Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Marican juga merasa hairan kenapa masalah keretakan tidak diberitahu kepada pihak atasan walaupun sudah disedari lama.

Tuan Yang Dipertua,

Kebanyakan unit-unit penting adalah terlibat dengan bahaya keretakan ini dan difahamkan pesakit dari wad-wad orthopedic, surgery, ENT, ophthalmology, radiology dan ICU terlibat dengan masalah keretakan ini dan terpaksa dipindahkan ke Hospital lain terutamanya Hospital Likas dan Hopital Daerah lain yang berdekatan. Kita bersyukur kerana pesakit telah selamat dipindahkan sebelum suatu yang lebih buruk berlaku akibat pengabaian ini. Tetapi bagaimana pula dengan jumlah pesakit yang berada dihospital lain tersebut kemana mereka dipindahkan, kalau tidak bayangkan akan kesesakan yang akan terjadi disana.

Tuan Yang Dipertua,

Saya menyeru supaya sebuah jawatankuasa siasatan dibentuk segera untuk mengkaji apakah masalah sebenar yang sudah berlaku didalam proses pembinaan hospital ini , apakah ada masalah teknikal saperti gempa bumi yang pernah terjadi dipersekitaran perairan Filipina dan Indonesia di sekitar Sabah tidak lama lalu menjejaskan struktur binaan bangunan tinggi di Sabah. , juga apakah bangunan tinggi yang lain terdapat di Sabah perlu di beri perhatian dan pemeriksaan teliti untuk meninjau struktur binaan mereka.

Kerajaan perlu memberi perhatian tehadap jumlah pesakit yang datang mendapatkan rawatan dengan mencari segera bangunan lain yang selamat atau menyewa agar khidmat kesihatan dan rawatan tidak terjejas kepada rakyat dapat dilaksanakan..

Saya merasakan bahawa perkara ini adalah tertentu dan perlu disegerakan untuk kepentingan ramai khususnya masyarakat di Sabah.

Saya yang mencadangkan,



Dr Mohd Hayati bin Othman,
Ahli Parlimen Pendang.


Namun ianya ditolak oleh Speaker Parlimen.

Ana patuh atas peraturan mesyuarat yang dibaca oleh speaker, dan kita harap Kementerian mengambil tindakan tegas atas perkara yang ana sentuh dalam ucapan usul tersebut. Ini memandangkan keluhan Ketua Pengarah yang mengatakan beliau juga kesal mengapa setelah retak 1 tahun baru hendak diberitahu kepada rakyat dan mulalah rakyat panik dan bagai nak rak pindah kerata tempat yang sudahpun sedia 'crowded' sekarang ini. Apa pula yang akan dibuat kepada bangunan QEH yang sedia ada ,akan diruntuhkan atau jika boleh direpair adalah ianya boleh dijamin selamat untuk digunakan untuk pesakit dan pekerja.

Miskin bukan untuk ditindas, kuasa bukan untuk menindas.

Sedi, sedih, dan paling sedih.
Itu saja yang dapat ana luahkan apabila didatangi oleh seorang yang tidak mempunyai rumah dan ada sedikit tanah untuk memohon perumahan mesra rakyat yang dibuat oleh SPNB dibawah Kementerian Luar Bandar , tetapi apa yang dikata kepada beliau..kena masuk jadi ahli UMNO dulu Pakcik.
Ceritanya begini, beliau telah mendengar khabar bahawa Kementerian Luar Bandar melaui SPNB ada mempunyai kemudahan ini dan pemohon terpaksa meletakkan geran mereka kepada PSNB dan khabarnya sekarang ini hanya fotokopi gern sahaja dan pembayaran adalah RM 100 sebulan sahaja. Beliau berminat dan apabila diberitahu borang boleh didapati di Pejabat UMNO Bangunan Tunku Alor Star, maka sewa teksi dan pergi ke Pejabat UMNO Jalan Tunku Ibrahim, bila masuk dan bertemu Pegawai bertugas maka beliau diminta Kad pengenalan dan setelah disemak didapati tidak menjadi ahli UMNO, maka beliau didesak supaya mengisi borang UMNO untuk mendapat borang. Oleh kerana mengetahui bahawa pemberian borang tidak memerlukan seseorang menjadi mana-mana ahli parti, maka beliau tak jadi nak ambil borang terus balik.

Ini salah satu dari rintihan penduduk yang bermasalah tidak berumah sekarang ini, nak dapat borang pun diminta jadi ahli UMNO dulu, padahal mereka bukan hendak dapat free, tetapi kena sandar geran dan kena bayar hutang, tak taulah kalau jadi ahli UMNO tak payah bayar hutang kut !

Begitu juga yang pernah ana bangkitkan dalam parlimen satu ketika dulu yang dijawab oleh Tim Menteri Dato Khamsiah Yob ketika itu, pasal TEKUN yang nak dapat pinjaman mesti jadi ahli UMNO dulu, tai beliau menafikan, cuma beliau tak nafikan bahawa pejabat TEKUN Pendang berada dalam Komplek UMNO Pendang. Katanya kerana sewa murah, tak ada tempat lain.
Tak faham ana sebuah agensi kerajaan yang nak bantu rakyat miskin tetapi berada dalam naungan parti politik tertentu, jadi sampai bila pun penghapusan kemiskinan tegar tak dapat nak dicapai kalau kaedah ini terus digunakan.

Begitu juga dengan rumah KEDA yang dibuat untuk rakyat , yang dua kali ana dah sentuh dalam persoalan dan perbahasan didalam Parlimen, menteri janji nak sisat tapi belum tahu jawapan nya lagi, hanya yang sokong UMNO sahaja nampaknya yang dapat , macam la dalam negara kita ni orang UMNO sahaja yang tak ada rumah, tetapi itulah hakikat yang kita lihat dan dibuat oleh Pegawai yang memegang amanah. Yang tak sokong UMNO kalau dah dipilih oleh Pegawai Penyiasat pun , ditolak atas alasan tertentu yang ana nampak hanya alasan politik sempit.

Kalau macam ni la, ana rasa sampai kiamat pun kita tak akan berjaya menghapuskan kemiskinan tegar, macam tak berjayanya kita menghapuskan penagih dadah pada 2015 saperti janji PM . Sebab itulah pada PRU 12 lalu, rakyat sudah pun memberi jawapan diatas segala diskriminasi yang ditimpakan keatas mereka ini, dahlah tak bernasib baik, ditindas pula dengan berbagai alasan yang tak masuk akal.



Contohnya rumah diatas ni, En Yaacob Husin, Kampong Kepala Bukit, Tobiar, anak tujuh dengan isteri 9 orang tinggal dalam rumah ni, dah berkali-kali pohon dan baru-baru ni baru beliau dapat khabar gembira bahawa beliau perlu sedia tapak untuk bantuan dari pejabat zakat nak buat rumah untuk beliau. Alhamdulillah.

Miskin bukan diminta, tetapi sekadar nak amanah dilaksanakan.
Harap perubahan dapat dilakukan.

PERKIM sudah tak ada gigi.

Sila Yang Berhormat Pendang.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Kubang
Kerian, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Kubang Kerian
menyebut tentang murtad kerana kita diberitahu bahawasanya ramai mereka-mereka yang
murtad adalah mereka daripada memeluk Islam kemudian mereka keluar daripada Islam balik.
Itu yang berlaku dalam kes-kes murtad yang ada dalam negara kita sepertimana yang diberitahu
oleh pihak-pihak tertentu. Apa yang menarik di sini adalah peranan yang dimainkan oleh agensiagensi.
Sebelum ini kita ada agensi yang banyak mentarbiahkan ataupun mendidik merekamereka
yang menjadi mualaf ataupun memeluk Islam ini adalah PERKIM tetapi sekarang ini kita
nampak PERKIM tidak berperanan banyak di dalam memberikan gambaran ataupun kaedah
sebenar ilmu-ilmu dalam Islam bagi mereka yang baru memeluk Islam. Apakah pandangan
ataupun ulasan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian supaya kita memperkasakan balik
PERKIM ini sepertimana yang berlaku di zaman-zaman menteri yang sebelum ini. Apa
pandangan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian. Terima kasih.
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Ya, saya sangat bersetuju dengan
pandangan itu supaya isu di mana seseorang orang bukan Islam itu mereka tertarik atau pun
mereka memeluk agama Islam itu tidak hanya sekadar atas dasar isu-isu yang bersifat
sementara. Isu jatuh cinta ataupun isu hanya untuk mendirikan rumah tangga tanpa mereka itu
mendapat suatu kefahaman yang sebenarnya kenapakah mereka masuk Islam. Jadi isu-isu yang
seperti inilah saya merasakan institusi seperti JAKIM, seperti PERKIM yang disebutkan tadi,
mestilah melihat peranan mereka pada hari supaya apa yang mereka laksanakan ataupun
khidmat nasihat yang mereka berikan itu tidaklah berasaskan hanya kepada metodologi, ataupun
kurikulum, ataupun asas-asas yang mungkin diterima pakai pada 20 tahun ataupun 30 tahun
yang lalu.

Dulu PERKIM nampak bertaring masa zaman Tunku, tetapi mutakhir ni dah tak bergigi lagi nampaknya, saperti kata SS Mufti Perak, ramai yang murtad. Ana harap diberi taring semula walaupun berada dibawah JAKIM.

Sakit,! beban akan bertambah kini dihospital awam !!

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Sungai
Siput, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum masuk kepada garis kemiskinan saya tertarik
dengan konsesi penswastaan di hospital. Selama ini beberapa unit dobi sisa klinikal telah
diswastakan. Sebenarnya ini tidak direct kena kepada pesakit dan saya telah pun menyentuh
dalam perbahasan iaitu berhubung dengan x-ray, bius dan juga makmal. Tiga unit ini merupakan
bebanan direct yang terkena kepada pesakit yang bakal diswastakan dan saya mendapat beritaberita
daripada mereka yang bekerja di Makmal Patologi khususnya, sedang dipanggil oleh
kementerian dan di brainwash supaya mereka ini menerima penswastaan ini. Jika sekiranya tidak
diterima pakar-pakar dari uar negara akan dibawa masuk menggantikan mereka di dalam
hospital kerajaan.
Apakah pandangan ataupun ulasan daripada Yang Berhormat Sungai Siput tentang
penswastaan yang akan dikenakan direct kepada pesakit yang terpaksa membayar ini. Terima
kasih.

Jawapan Menteri ada dibawah, tak nafi pun , hanya kata tak bebankan rakyat.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.