29 Mei 2010. Buat kesekian kalinya pada hari ini, Nisak Kawasan Pendang mengadakan kem pengukuhan solat untuk UPU Paya Rawa pula, kali ini ia diadakan disurau Kampong Gelong Gajah . Penyertaan diluar jangkaan dimana 84 orang peserta mendaftarkan diri untuk mengikuti motivasi dan kem ini yang dikendalikan oleh 14 orang fasilitator yang terdiri dari anggota Nisak Kawasan Pendang. Apa yang menariknya pada kali ini, ibu bapa juga memberikan kerjasama yang padu dan ada antara mereka yang menghulurkan seekor lembu untuk akikah untuk jamuan kepada peserta dan ibu bapa yang turut hadir menghantar anak-anak mereka. Sambil menunggu anak-anak yang diberikan motivasi dan kursus, mereka melakukan kerja gotong royong memasak makanan untuk jamuan tengahari. Beberapa orang waris yang ditemui melahirkan rasa bersyukur kerana perkara serupa ini perlu diadakan selalu untuk memberikan kesedaran kepada anak-anak dan juga ibubapa sendiri tenteng betapa pentingnya ibadat sembahyang yang diperintahkan oleh Allah kepada nabi Muhammad dengan menjemput sendiri Baginda pada peristiwa Israk dan Mikraj . Daripada 50 waktu yang diperintahkan hinggalah kepada hanya 5 waktu setelah dinasihatkan oleh nabi-nabi yang lain kepada Baginda untuk memohon daripada Allah untuk dikurangkan kerana umat baginda amat daif untuk mengerjakan sebanyak itu. Memang tepat, bayangkan sekiranya 50 waktu yang terpaksa kita tunaikan kewajipan sembahyang ini, berapa ramai yang akan culas didalam menunaikan kewajipan tersebut.Dalam 5 waktu ini pun, berapa ramai umat dizaman ini yang tidak dapat melunasi tanggungjawab tersebut. Semasa membuat ucapan penutup didalam kursus tadi, ana menyentuh mengenai betapa pentingnya ibubapa mendidik dan melatih anak-anak kecil mengerjakan sembahyang, bahkan perlu diajar seawal usia 7 tahun saperti didalam hadis nabi dan dipukul seandainya sampai usia 10 tahun masih tidak mahu bersembahyang, dan dipisahkan tempat tidur mereka. Sembahyang juga merupakan ibadat yang awal sekali akan dihisap oleh Allah dikhirat kelak, seandainya sembahyang tidak sempurna atau sangkut, maka jangan harap apa yang kita buat yang akan akan diambil kira nanti. Anak-anak yang berusia diantara 7 hingga 13 tahun ini, mengakhiri kursus tadi dengan membaca ikrar taat kepada Allah dan Rasul, serta patuh kepada ibubapa. Majlis berakhir sekitar jam 4 petang.
Saturday, May 29, 2010
Friday, May 28, 2010
Subsidi,,, oh subsidi.
Heboh, bising, bengit , tengit, itulah yang dicanang dan diwar-warkan kepada rakyat. Kalau tak hapuskan , nanti negara akan bangkrap pada tahun 2019.
Nasihat dari pakar yang berjaya dalam Shell dan MAS sebelum ini, tapi tak tahulah setakat mana dia akan pakar didalam kerajaan yang dipenuhi dengan komisyen dan insentif ini.
Memang kalu kepada rakyat marhaen dibawah dikatakan beri subsidi, slow, sedih dan merayu macam minta simpati daripada rakyat, tetapi kepada taukeh dan kroni, bernilion habis, berjuta lesap, itu bukan subsidy, itu komisyen perniagaan , itu insentif kepada peniaga demi untuk mereka melabur dan kini sehingga kertajaan dah nak lebur pun mereka masih lagi diberi itu semua agar terus datang melabur.
Apa yang rakyat hairan, masa nak sign kontrak hari tu, tak ada pakar penasihat ke yang nak beri tahu bahawa apa yang ada dalam perjanjian anatara PLUS dengan kerajaan , antara IPP dengan kerajaan dan antara banyak lagi syarikat saperti Perimekar ke, atau lain-lain yang berlambak tu kalau dibuat juga kena bayar komisyen dan akhirnya negara akan habis duit dan rakyat kena bail out kepada kerajaan melalui GST dan pengurangan subsidi dan kenaikan harga minyak??. Tak ada penasihat keh, atau penasihat tu yang lebih daripada 25 %.!!
Kalau dah tahu nak bangkrap, cara mudah orang bodoh ekonomi kata, naikkan income dan kurangkan belanja dan jangan bebankan rakyat, barulah rakyat suka dan sayang kerajaan. Yang rakyat boleh buat telahan sekarang adalah bilamana kerajaan nak halalkan judi bolasepak, kerajaan nak mansuhkan subsidi, kerajaan nak laksanakan GST, manggambarkan sudah tidak berduit lagi sekarang ni.
Apakan tidak kalau satu PRK habiskan beratus juta hanya nak pancing undi, kalau menang tambah lagi, tetapi apa yang berlaku di Hulu Selangor dan Sibu , tidak saperti yang dijangkakan, berniaga buluh kasap, untuk tak dapat, modal lesap. Itulah dalam peraturan SPR dah kata, jangan main duit, kalau nak bertanding pakai duit, biar lah beri kepada 40 orang hillionair dalam negara kita tu aje yang masuk pilihanraya, boleh sedekah kepada semua pengundi setiap kali nak mengundi, orang tak berduit tak ada peluang la nak bertanding macam tu.Bila dah nampak kantung nak kering, maka rayu dan keluh kepada rakyat, negara yang kita sayangi dah nak bangkrap, tolong rakyat, tolong kami, kalau tidak tak makan nasi kita, negara nak bangkrap.
Masa nak bail out syarikat anak beranak dan kroni, apakah itu yang ditanya kepada rakyat, masa nak bayar komisyen kepada syarikat sahabat apakah itu yang dilauangkan kepada rakyat, hanya bila tengok kepul dah kekeringan, barulah nak mintak rakyat tolong, inilah perangai yang tak belajar daripada sejarah Nabi Yusof yang tergambar didalam Al quran.
Macam Ketua Pembangkang kata, bila nak umpan suruh lo,pat,. berjuta dibayangkan akan berpindah tangan , apakah ini tidak diambil dari kantung yang akan menyusut, tak kira kantung siapa, kalau kantung taukeh judi, maka sekarang waktu untuk membalas, maka by hook or by crook, kena beri jugalah lesen walau pun rakyat tentang dan hukum mencegah.
Lepas kalau benar subsidi nak dihapuskan, maka tunggulah harga gula akan melambung, harga minya akan naik, bil elektrik anakn mencanak kerana cuaca makin panas ni, apakah akan terlunas apa yang dihasratkan oleh pemimpin negara walaupun mereka tahu kalau beri lesen judi itu haram, kalau naikkan harga minyak itu satu penginayaan, kalau laksana GST itu satu kezaliman dan kalau hapus subsidi itu adalah satu malapetaka yang akan menimpa rakyat marhaen yang ramai dibawah sana.
Apakah semasa menyerahkan Blok L dan M kepada Brunai tidak difikirkan negara akan kekurangan hasil RM 320 billion, ditambah dengan peyerahan tanah KTMB di Singapura akan menambahkan lagi kemiskinan negara??
Kenapa masa nak buat itu semua rayuan t6idak dihalakan kepada rakyat, kenapa, dan kenapa,. tolong cari jawapan bagi mai sat!!!!.

Karnival Belon Panas Antarabangsa
Pagi tadi bertempat di Taman Jubli Emas , Jalan Suka Menanti Alor Setar berlangsung peristiwa yang julung kali diadakan di Negeri Kedah ini, iaitu karnival International Hot Air Baloon yang di sempurnakan peresmiannya oleh Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim . Karnival yang diadakan selamg 3 hari sehingga 30 Mei ini mendapat tarikan ramai pengunjung yang merasa sendiri suasana belon yang terapung diudara dinaikkan dengan menggunakan gas yang dipanaskan nun tinggi diawan dan berlegar mengikut arah angin dan berterbangan tanpa kawalan dari bawah , hanya akan berputar mengikut bawaan angi, cuma yang dikawal hanya pelepasan gas panas untuk menaikkan belon tersebut dan kawalan semasa hendak turun kebawah sahaja. Oleh kerana inilah kali pertama ianya diadakan, maka tiket untuk menaikki belon panas ini sold out cukup pantas , hanya RM 10 untuk sekali merasa berada diatas awangan , tetapi yang dinaikki ini diikat agar tidak pergi jauh supaya senang dikawal untuk naik dan turun supaya boleh dinaikki oleh ramai pengunjung. Disamping adanya belon panas ini, berbagai lagi pertunjukan menarik juga terdapat sempena dedngan karnival ini saperti go kart, pin ball dan gerai jualan serta berbagai lagi pertandingan dan pertunjukan belon remote control dan kapal terbang remote control.
Nampaknya acara pioneer ini mendapat respon yang baik dan oleh kerana ianya baru disebelah utara , selain dari Langkawi, maka dirasakan ianya akan menjadi pendorong kepada YB S Manikumar selaku EXCO Pelancongan untuk membawa lebih banyak lagi program sebegini dimasa akan datang, dan tohmahan menyatakan beliau dan rakan-rakan akan keluar dengan jelas terbukti dengan perancangan aturcara dan program yang menanti dimasa depan. Moga berjaya YB.

Thursday, May 27, 2010
Mudahnya depa dapat buat, NGO berdaftar ke!!
Membaca berita dua tiga hari ni, asyik le berjumpa penafian demi penafian dari abang long terbesar dalam BN ni. Sebelum ni penafian daripada bekas MB Kedah dan bekas EXCO Kedah mengenai umpanan untuk ahli PKR lompat parti akhir 2008, tetapi cerita tu dah ana masuk dalam blog ini sebelum ini sekali dengan ucapan Ketua Pembangkang didalam Parlimen pada 19 Feb 2009 lagi, tetapi nampaknya sampai la ni, dari BPR sampai kepada SPRM tak pun ada dengar berita mereka ni kena siasat , siap dengan CCTV punya gambar, kot kalu gambar tak jadi tak tahulah ana , tapi yang pasti Ketua Pembangkang Parlimen kata pegawai tu dah kena tranfer keluar dari Kedah. Apa pasai , apa alasan, sendiri tau la no, begitulah nasib pegawai kerajaan berbanding dengan orang kuat BN dalam zaman BN memerintah ni, sampai kiamat pun rasuah tak akan terkawal selagi SPRM ke BPR ke kalu duduk dibawah ketiak JPM, macam tu le akan jadi, dulu, kini dan selamanya. Nak mereka ni ada kekuatan dan kebebasan kepada semua rakyat , kena beri orang lain perintah atau keluarkan SPRM dari dalam sentung JPM.
Hal kedua mengenai mudahnya sebuah pertubuhan yang entah daftar ke belum ,tak menasabah nak daftar kerana dengar namanya pun setelah 2 hari beliau dipecat daripada partinya terus ada nama tersebut, tak taula kot ada kabel HSBB yang boleh daftar NGO dalam sekelip mata, boleh dengan mudah dapat permit dan kemudahan menggunakan dewan PWTC untuk mengadakan perhimpunan ramai sehingga 10 ribu orang bertujuan mendesak bekas presiden ketua kumpulan ini cepat letak jawatan sebagai presiden parti dan berambus, macam MSO kata dia la ni dah jadi lembu tua, nak perah susu dah kering, nak suruh mengala dan mengirik padi dah tak ada kudrat, apa tunggu lagi dah kena sembelih la, hanya yang ada, daging , hak lain tak boleh nak guna dah, buat habis boras kata orang N9.
Maka menafikanlah si orang kuat belah sana abang long BN tu kata bukan kami jadi dalang , mohon anak SV mohon maaf dan bermacam lagi syarat dikenakan.
Congaknya mudah saja, kalau pertubuhan yang entah apa nama dan siapa yang jadi AJK daftar ke belum boleh dapat guna rumah kita dengan senang dan dapat pulak permit polis dengan mudah, apa lagi kalau kita tak beri lampu hijau. Yang tersurat dan yang tersirat sudah dapat dibaca oleh rakyat, la ni bukan zaman kalam batu, dah masuk ke twitter dan facebook dah, sms pun dah dimahiri oleh budak tadika dah, serba canggih la katakan, usah dok nafi lah aduhai teruna ooi. Terkilas ikan diair, orang dah tahu jantan ke betina, bahkan ikan pondan pun orang dah kenal la ni cik ooi.
Macam kita lihat ada satu pertubuhan tu, senang je dapat permit keluarkan akhbar, padahal orang lain berpuluh tahun mohon, haram tak bagi, bila beri pun, berbagai karenah kena, rampas la, gantung la, dan nak jual pun kena curi-curi letak belakang sana.
Apa nak jadi dengan negara 1 Malaysia ni, dah berbagai cara berlaku dah.
Lagi kuat kita nafi, lagi kuat orang percaya kita yang terlibat.

Nak nafi apa lagi , minta SPRM buka fail balik..
2 Hari lepas Bekas MB Kedah menafikan terlibat apabila pendedahan YB Kulim buat pada malam 22 Mei lalu di Batu 9, lepas tu Dato' bashah pula kata YB Kulim ni tok sah nak merapu pasal umpan dia untuk lompat parti, disini ana hanya nak perturunkan apa yang dibahaskan oleh YB Ketua Pembangkang dalam parlimen pada 19 Februari 2009 lalu .
Apa yang kita amat hairan adalah dah ada CCTV pun, tapi pihak SPRM buat apa tak tau dengan rakaman tu,yang kita dengar pegawai yang menyiasat tu kena tukar pi tempat lain.
Kalau macam ni punya kaedah, sampai kiamat pun kita tak boleh elakkan diri kita daripada najis rasuah ni. Beli orang, umpan orang dan jual orang ni tidak dilakukan oleh manusia bersih, tetapi oleh manusia kotor, lebih kotor dari penagih dadah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Baik, saya terima. Saya tak pernah
menolak, memang ada kelemahan dan insya-Allah kita perbaiki, termasuk program tarbiah dalam
parti. Saya tak ada masalah, [Tepuk] tetapi jangan gunakan itu untuk menghalalkan jenayah,
Yang Berhormat Batu Pahat sebagai tokoh muda yang kena ingat perkara ini, jangan halalkan
jenayah. Jikalau nak gunakan satu alasan teknikal, oh belum bukti, mengapa Polis tak siasat?
Mengapa tidak ada siasat, seorang buat tuduhan kepada Timbalan Perdana Menteri
tentang penculikan, bagi tarikh jumpa, di rumah, pukul berapa, dengan siapa. Jumpa di rumah
Timbalan Perdana Menteri dengan siapa, siasat. Kalau itu tidak boleh dilakukan dan nak katakan
ini teknikal kerana dia lemah, memang betul dia lemah, sebab dirangka satu pertuduhan rasuah
dan dia rasa gelisah.
Jumpa saya dua tiga kali nak selamatkan. Bagaimana, saya kata kena lawan di
mahkamah sajalah, itu cara saya jawab. Bukan saya kata nak boleh runding dengan Timbalan
Perdana Menteri, bukan kerja saya begitu. Jadi saudara kata tuduhan itu palsu, seorang ahli
Exco hilang 10 hari, kemudian saya kata, ha mana boleh di culik, ini apa dia ini? 10 hari seorang
Exco hilang, Menteri Besar tak tahu, ketua parti tak tahu, bini pun tak tahu dan saudara nak
pertahankan.
Ini pertahan apa? Tak betul, tidak boleh, tidak boleh kita pertahankan, Tuan Yang di-
Pertua, kalau nak buat dengan rela hati, ya berdepan, jumpa Press, biar Press tanya. Ini dah
sebulan, belum lagi pergi ke depan kepada rakyat, ya kita tak percaya dengan Pakatan Rakyat
dan Anwar dan apa pun. Sebut, dia sebut, kita berdepan dengan politik, jangan hilang. Kalau
macam ini pun politik begini, direstui oleh kepimpinan tertinggi dalam negara, ini yang saya
pertikai Yang Berhormat Batu Pahat.
Saya nak sambung kalau boleh, kerana ada isu Kedah dan Selangor belum habis lagi
dan ini bangkit Bukit Lanjan, saya sampai kalau perlu. Laporan dibuat, di Kedah Darul Aman, di
bawah pimpinan Dato Seri Azizan Abdul Razak, 11 April 2008, ini lebih serius daripada tadi. Sri
Gading, dengar betul-betul, ya, betul. 11 April 2008, Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Yang
Berhormat Lim Soo Nee daripada Pakatan Rakyat telah dihubungi oleh seorang agen Barisan
Nasional yang mewakili Datuk Seri Mahadzir Khalid, Pengerusi Barisan Nasional Kedah dan
bekas Menteri Besar, minta Lim Soo Nee melompat parti, dengan tawaran RM4 juta. Betul, Yang
Berhormat kata ini hanya tuduhan longgar. Okey, saya terima. Saya sambung.
Tawaran itu dinaikkan RM5 juta. Ya, ini juga mungkin kenyataan melulu. Kemudian
perjumpaan diatur untuk menemukan Yang Berhormat Lim dengan Datuk Seri Mahadzir Khalid
dan Timbalan Perdana Menteri. ADUN Kulim itu diganggu dengan tawaran, pujukan lompat parti
April, Mei, Jun dan Julai 2008, kemudian itu pun tuduhan Yang Berhormat Sri Gading. Kita tak
boleh pakai politik ini, banyak orang tuduh, baik.
Yang Berhormat ADUN Lunas, buat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah
mengatakan dengan bukti tarikh-tarikh agen UMNO cuba beli beliau, maka beliau bersedia
DR. 19.2.2009
68
berpakat dengan BPR untuk menjadikan diri sebagai umpan untuk menangkap orang yang cuba
beli. Ini kali pertama saya dedah kepada awam, saya nak tengok BPR, suruhanjaya sekarang
sanggup bertindak ataupun tidak. [Tepuk] Saya nak tengok benar atau bebas, bebas benar yang
mereka dakwa. Saya sokong suruhanjaya itu, saya sokong kenaikan gaji dan elaun mereka,
saya yakin dengan keupayaan mereka. Akan tetapi saya nak tengok sejauh mana tekanan yang
diberikan oleh pimpinan politik.
Pertemuan demi pertemuan diatur oleh agen Barisan Nasional dan Yang Berhormat Lim.
Semuanya dengan pantau BPR, Kinabatangan yang ini memang pukulan K.O. [Tepuk]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Siapa nama itu agen-agen? [Ketawa]
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ada, ada, jangan lupa, baik. Kemuncak
pemantauan ini Tuan Yang di-Pertua, pertemuan di antara bekas Menteri Besar Kedah, Datuk
Mahdzir Khalid dengan Yang Berhormat Lim di sebuah hotel di Seberang Jaya pada akhir 2008.
Dia pilih hotel Seberang Jaya di Permatang Pauh, memang cari maut. [Tepuk][Ketawa] Ini
kerana hotel Permatang Pauh itu walaupun UMNO punya tapi penyokong kita 100% [Tepuk]
maka apabila sampai, pertemuan itu dirakam CCTV.
Bukan astaghfirullah, alhamdulillah. [Ketawa][Tepuk] Sri Gading kata astaghfirullahlah.
Alhamdulillah kerana dia nak cari bukti jenayah berlaku. Kita tuduh berbuih mulut-mulut, dia tak
nak dengar, baik CCTV pasang, Yang Berhormat Lim, Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar
Kedah.
Semua perbicaraan, sogok menyogok, ugutan, dirakam oleh BPR ketika itu, belum lagi
Suruhanjaya, apa jadi? Tidak ada tindakan susulan diambil, pegawai yang bertanggungjawab
dikeluarkan dari Kedah, saya difahamkan. Ya, yang itu astaghfirullah betul. Yang Berhormat ini
macam mana, tadi dikatakan belum cukup bukti. Sekarang ini, CCTV, pegawai BPR, rakam,
siapkan semua di Hotel Seberang Jaya.
Saya ucap tahniah kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh kerana membantu
dalam mendedahkan kes jenayah besar ini. Tindakan sampai sekarang tidak ada. Jadi saya
persilalah kalau ada soalan daripada Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Saya cuma nak tanyalah pasal apa ni,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nak tanyalah pasal video tadi tangkap tadi, ada gambar
tengah bagi duit.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ini
maknanya kalau dah sampai dah, tak mahu juga, terima kenyataan ini, jawapan saya [membaca
sepotong ayat Al-Quran] selamatlah kamu...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Laluan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Jawablah terus terang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya tidak tengok, saya bukan, dengar
dulu...
DR. 19.2.2009
69
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Cakap terus terang, ada nampak tak bagi
duit.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Dengar dulu. Tuan Yang di-Pertua,
saya tidak tonton kerana saya bukan pegawai BPR; yang saya tahu ada rakaman. Dengar dulu.
■1510
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu Pahat
duduk dahulu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Yang Berhormat Batu Pahat ialah,
hendak jadi jaguh murahan kata Yang Berhormat Gombak. Pertahan, sudahlah, sudah. Ada hal
lagi yang kita boleh pertahankan. Lagi banyak Yang Berhormat Batu Pahat
bercakap,pertahankan ini lebih jatuh kredibiliti dia sebagai wakil rakyat. [Tepuk]
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat]: Itu sebab, apa salahnya saya tanya
berterus terang nampak atau tidak gambar tersebut, kenapa tidak mahu jawab?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia tidak bagi jalan Yang
Berhormat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Malu kepada anak-anak kita. Yang
Berhormat Permatang Pauh cuba bangkitkan bukti, Yang Berhormat Permatang Pauh bangkitkan
bagaimana berbulan-bulan seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat bekerjasama dengan BPR
untuk memerangkap orang yang hendak beri sogokan rasuah dengan diambil CCTV. Yang
Berhormat Batu Pahat pertahankan, mana tahu, mana bukti, mana gambarnya? Bukan kerja
saya, saya bagi tahu suruhanjaya ambil tindakan dan dedahkan sekarang kerana saya boleh
bertahan.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat]: Yalah, kalau setakat berjumpa, saya
pun selalu jumpa orang-orang PKR. Orang boleh ambil gambar saya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak bagi jalan Yang Berhormat
Permatang Pauh.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Kalau inilah cara ahli Barisan Nasional
yang agak terbaik dalam sidang yang ini, qaalu salamaa. Yang Berhormat Machang.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Yang Berhormat
Permatang Pauh. Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh sedar bahawa dalam pendedahan
kes ADUN Kulim Lim Soo Nee ini. Kerjasama yang telah diberikan oleh beliau kepada BPR pada
waktu itu, BPR Pulau Pinang sudah berlangsung seawal bulan empat dan semua catatan
pergerakan beliau dan agen-agen BN dan namanya, alamatnya di mana, nombor telefonnya,
berjumpa di mana, berapa nilai umpan, restoran mana, tempat mana, pekan mana, semuanya
dalam pengetahuan dan pemantauan BPR Pulau Pinang. Apakah Yang Berhormat Pematang
Pauh sedar perkara ini yang pertama.
DR. 19.2.2009
70
Yang kedua, sehinggalah kemuncak akhir tahun lepas sebuah hotel yang disebut oleh
Yang Berhormat Permatang Pauh, CCTV itu dipasang oleh BPR, rakaman itu dipasang oleh BPR
dan selepas itu pegawai BPR yang bekerjasama dengan Lim Soo Nee ini mengucapkan tahniah,
terima kasih Yang Berhormat, rakaman jelas, gambar jelas. Masalahnya apa, pegawai itu
selepas itu kena tukar. Hari ini kalau Yang Berhormat Batu Pahat hendak tanya betulkah ini ada
atau tidak.
Kalau soal isteri menangis, itu kredibiliti dipertikaikan. Kalau ada laporan polis itu
dipertikaikan, ini kerjasama wakil PKR ini kerana mengharapkan masih ada cebis-cebis kredibiliti
dan wibawa BPR dalam menghapuskan rasuah, itu pun bersepai juga. [Tepuk] Jangan tanya
kami, tanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang kita bahas aktanya dan berkuat
kuasa 1 Januari tahun ini. Kenapa tukar pegawai itu, mana pergi CCTV bukti itu, kenapa tidak
tangkap Mahadzir Khalid sekarang, itu persoalannya. [Tepuk] Jangan tanya kita. Kerja kita
dedahkan kita punya semua catatan pergerakan. Kalau itu masih kredibiliti hendak dipertikaikan,
qaalu salamaa. [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh jawab sekali.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat]: Boleh penjelasan lagi sekali Yang
Berhormat Permatang Pauh.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh jawab sekali, sekali.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya sambung, biar saya jawab ini
dahulu. Saya memang punyai maklumat dan kebanyakan daripada Yang Berhormat Lim Soo
Nee dan semalam pun dia ke rumah saya. Saya bagi tahu Lim saya hendak kemukakan di
Parlimen, dia kata silakan dan dia oleh kerana pertemuan berulang kali, ramai rakan-rakan
UMNO confident lah dia sudah tangkap satu, cerdiknya UMNO ini di Kedah, sudah kena tangkap
satu. Rakan-rakan kita pun ada yang syak wasangka kepada beliau, eh asyik duduk jumpa
Mahadzir Khalid ini tetapi ini lah program kita dan saya bagi tahu sekarang ini dia. You hendak
berbincang dengan pimpinan Keadilan, PAS, DAP silakan, you ugut, you hendak beli orang, kita
siap CCTV. [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat
Permatang Pauh. Sebetulnya saya tidak ada keraguan berhubung dengan insiden-insiden yang
berlaku cuma kita harus ingat pertemuan demi pertemuan, perjumpaan demi perjumpaan ini
boleh berlaku di mana-mana. Cuma mungkin BPR tidak boleh buktikan ada transaksi di antara
kedua-dua pihak. Niat itu dengan apa yang kita laku tidak sama. Di mahkamah tidak boleh
dibuktikan. Kalau benar Mahadzir Khalid ini melakukan kesalahan sebegitu, saya memang tidak
berkompromi, tangkap mereka yang terlibat. [Dewan Riuh] Akan tetapi mungkin tidak ada bukti,
macam mana mahu tangkap. Itu sahaja.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Sudah, sudah.
DR. 19.2.2009
71

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang lain diam-diamlah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya setuju kenyataan Yang Berhormat
Kinabatangan terakhir tentang bukti yang saya difahamkan dengan CCTV itu berakhirlah
siasatan. Dengan CCTV itu terteralah bukti cuma kita tunggu tindakan. Jadi saya hendak bagi
jaminan kepada Yang Berhormat Kinabatangan, betul or boleh bercakap, orang ada pertemuan
bahkan saya dalam Pakatan Rakyat terutama Parti Keadilan tidak pernah melarang mana-mana
ahli kita bertemu dengan sesiapa sahaja kerana saya juga bertemu.
Yang diharamkan ialah kerja jenayah dan saya harap Yang Berhormat Kinabatangan
jangan ikut Yang Berhormat Batu Pahat kerana saya hendak sebut di sini pertama perkara itu
seperti mana yang disebut Yang Berhormat Machang berulang berbulan-bulan dan kemuncaknya
ialah BPR memerangkap dengan CCTV, itu kemuncaknya. Selepas itu BPR kata lengkap,
selesai, terima kasih banyak kamu telah bagi kerjasama cukup baik, tutup cerita, tutup untuk
ambil tindakan tetapi mungkin kerana tekanan di atas tindakan belum diambil.
Jadi hendak tunggu tahap profesionalisme suruhanjaya yang kita sokong habis-habisan
dan Yang Berhormat Kinabatangan tahu di antara masalah saya...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: [Bangun]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Bangun]
Datuk Seri Anwar Ibrahim [permatang Pauh]: ...Ini ada juga ada personel sedikit
kerana masalah saya berbalah dengan beberapa teman-teman saya sebelah sana. Itu mengenai
Akta Pencegahan Rasuah. Yang Berhormat Sri Gading tahu benar kerana dia memang kasih
betul dekat saya dahululah. [Ketawa] Ya, tahu benar kes ini di antara kes sampai beberapa
orang kawan-kawan saya Ahli-ahli Parlimen masa itu nasihat, “Anwar perlahankanlah sedikit, tak
usahlah push Akta Pencegahan Rasuah ini nanti dia orang marah”. Akan tetapi pada masa itu
saya kata itu sudah maksimum yang saya boleh lakukan. Yang Berhormat Shah Alam.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat]: Yang Berhormat Permatang Pauh
kan berani orangnya, cakap sahajalah memang nampak bagi duit, cakap sahaja, apa salahnya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Yang Berhormat Batu Pahat, kita tahu
maklumat saya ini cukup, hendak ambil tindakan silakan. Kalau tidak mahu ambil, kita memang
tahu kelemahan. Tidak usah cabar saya berikan maklumat yang saya tidak sepatutnya tahu, ini
tidak ikhlas kalau begitu. Jadi yang saya beri yang setakat saya tahu dan saya hendak bagi tahu
yang BPR bagi tahu kepada Yang Berhormat terima kasih kita ada cukup bukti sekarang, terima
kasih kerana bagi kerjasama yang cukup baik, cukuplah, fahamlah itu. Yang Berhormat kan Ahli
Parlimen, katanya guru dahulu, guru mana macam ini. [Ketawa] Yang Berhormat Shah Alam.
DR. 19.2.2009
72
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat
Permatang Pauh, mungkin dahulu apabila guru itu ada anak murid, dia ikutlah guru itu masa itu
betul. Sekarang ini guru...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tanyalah, jangan berucap ya.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kalau sekarang ini yang saya, orang
hot dengan saya, saya tidak tahulah kenapa hari ini. [Ketawa] Dia orang jaki tengok baju aku,
jaket aku cantik kot. [Ketawa]
Saya hendak dapat penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Permatang Pauh
berdasarkan apa yang disebut oleh Batu Pahat agak keliru, dia kata salahnya ialah PKR caloncalonnya
tidak standard katanya. Dia hendak calon-calon yang standard ini yang boleh dimakan,
yang boleh ditahan ugut, yang boleh ditahan rasuah, yang boleh ditahan kena culik, yang boleh
kena macam-macam, dia hendak calon-calon macam itu. Dia tidak kisah seolah-olahnya yang
persoalan ugutan, persoalan sogokan, persoalan segala-galanya ini BN, ini memang BN akan
lakukan.
Maka carilah calon-calon yang boleh tahan, ini sikap mereka. [Tepuk] Adakah itu satu
sikap yang bertamadun, yang orang yang bangun cakap pasal Islamlah, cakap ini, cakap itu
tetapi dia hendak kita cari calon, insya-Allahlah kita boleh cari calon-calon yang sebegitu, yang
boleh rendam tidak basah, jemur tidak kering, insya-Allah. [Tepuk]
Akan tetapi tidak malukah Barisan Nasional, tidak malukah Barisan Nasional
mempertahankan tindakan-tindakan yang sebegitu rupa. Lalu saya harap bagi pihak Barisan
Nasional, hendak pertahankan tetapi apabila sampai soal sampai begitu sekalilah sama-samalah
kita cuba selamatkan negara kita ini. [Tepuk] Terima kasih.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih, saya cuma sambut
kenyataan Yang Berhormat Shah Alam yang terakhir itu, yang lain tidak mengapalah, kita
mungkin berbeza pendapat dari segi polisi dan sebagainya tetapi apabila bukti nyata diberikan,
kalaupun tidak sanggup sokong pendirian kita, diam sudahlah, jangan kita secara terang
pertahankan begini, tidak boleh. Saya hendak menasihatkan mungkin isu lain, laporan polis kita
boleh berbalah sedikit sebanyak tetapi dalam isu ADUN Kulim, tidak boleh pertahan, cukup.
􀂄 1520
Lebih baik kita diam dari berbicara kerana berbicara parah akibatnya. Ini terutamanya
anak-anak kita dengar...

Wednesday, May 26, 2010
Tuesday, May 25, 2010
Surat terbuka untuk sahabatku, Menteri agama di JPM, dari TamrinTun Gaffar..
Judi bola: Surat terbuka Tamrin untuk Jamil Khir
Tamrin Ghafar
Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri.
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom
Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.
Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.
Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian terhadap isu kelulusan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola Sepak Piala Dunia akan datang yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.
Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut.
Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.
Yang Berhomat Dato’,
Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi ketidakupayaan polis?
Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?
Padahal, kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan untuk menyimpang daripada hukum-Nya.
Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa lagi orang tertentu?
Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam msuarata kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?
Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.
Ertinya : Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-Baqarah : 219)
Dan juga larangan selanjutnya:
Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)
Yang Berhormat Dato’
Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam ini. Bukankah ini nanti akan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?
Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam atau pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras (oleh orang Islam dan bukan Islam). Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.
Saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:
i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA
Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.
ii) BELUNGGU HUTANG
Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.
iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK
Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral.
iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN
Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.
Yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.
Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak' oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka membunuh dan berlaku kejam terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis.
Lihat saja pasport antarabangsa kita hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu ini?
Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama memainkan peranan agar lesen perjudian ini dibatalkan serta merta. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.
Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” an-Nahl 16:116.
Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita. Sabda Nabi SAW,
“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].
Saya akan menyokong siapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini. Saya berdoa agar seluruh rakyat Islam bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya perjudian ini kerana cintakan bangsa, negara dan agama adalah teras kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.
Untuk yang Berhormat Dato’ saya ucapkan terima kasih atas kesudian membaca seterusnya meneliti isi surat ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.
Sekian. Wassalam.
Yang benar,
TAMRIN TUN GHAFAR
Sk : Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Kebawah DYMM Raja Raja Melayu
YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO
YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO
Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ahli Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan
Mufti Mufti
Media Cetak dan Elektronik

Apa komen anda!!
Sekadar membuka kisah lama, lihat apa ada dalam mulut beliau, adakah kotak yang dibawa selama ini sudah terbuka.
Siapa yang ikhlas sekarang. Tepuk dada tanya Iman.
Monday, May 24, 2010
Tahniah pasukan DUN Sungai Tiang
Sebagai meraikan kemenangan pasukan DUN Sungai Tiang menjuarai zon 4 Pertandingan bolasepak Piala MB Kedah baru-baru ini di Sik, maka satu majlis telah diadakan khas untuk memberi semangat dan ransangan kepada para pemain dan pengurus serta jurulateh agar pasukan DUN Sungai Tiang ini akan terus mara dan menjadi jura didalam Pertandingan peringkat suku akhir dan separuh akhir nanti seterusnya menjuarai Piala MB Kedah.
Majlis diadakan di Kedai Makan En Dahlan Abd Manaf, AJK MTD Sungai Tiang dan juga staff di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat di Kampong Baru.
Kesemua pemain, pengurus dan jurulateh telah hadir didalam majlis tersebut yang didahului dengan ucapan oleh Setiausahan PAS Kawasan dan Ahli parlimen Pendang.
Diakhir ucapan juga disumbangkan bola untuk mereka teruskan latihan sebelum perlawanan suku akhir nanti dan sedikit imbuhan wang untuk persiapan didalam latihan mereka nanti.
Semasa ucapan ana berharap mereka bermain bersungguh-sungguh dan mengikut tunjukajar jurulateh dan membuat persiapan yang teliti agar Piala MB nanti menjadi genggaman kita Sungai Tiang.
Kebanyakan mereka yang menjadi pemain ini adalah merupakan pilihan daripada jura Piala Ahli Parlimen Pendang yang menghadapi liga Piala baru-baru ini yang diadakan di Padang Awam Felda Sungai Tiang.
Suasana demam Piala Dunia sekarang dan juga isu lesen judi bolasepak yang diberikan kerajaan kepada Kumpulan Berjaya perlu dijadikan iktibar kepada kita bahawa permainan yang asalnya untuk memupuk persahabatan dan semangat sukan sekarang sudah dicemari dengan perlawanan untuk mendapat wang dan hasil judi . Maka dimanakah semangat dan sifat pertandingan kalau judi hendak dijadikan ukuran didalam menang atau kalah sesuatu pasukan?. Jadi bahaya inilah perlu dipupuk agar kita semua benci kepada judi dan seumpamanyanya kerana ia jelas bertentangan dengan hukum Allah.
Pemain kemudian dihidangkan dengan jamuan ayam panggang, satay dan nasi goreng.
Moga Pasukan DUN Sg Tiang akan menjadi juara Piala MB Kedah nanti, insyaallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)