Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, July 16, 2010

Apakah ini agenda pendaftaran 1:40

Akhir sekali, saya melihat juga dalam isu kemasukan pekerja-pekerja asing ke
dalam negara kita ini nampaknya saya sering bertanya apakah mereka juga dieksploit
untuk kepentingan politik. Jadi, sebab itu saya hendak tanya kepada Kementerian
Dalam Negeri, Yang Berhormat Menteri khususnya yang juga bertanggungjawab dalam
imigresen, Jabatan Pendaftaran dan sebagainya, soal isu kewarganegaraan. Saya tidak
tahu bagaimana prosedur yang sebenarnya untuk seseorang orang asing yang ada PR
khususnya, bukan Pakatan Rakyat untuk memohon warganegara. Saya tidak tahu
adakah dibuat secara pergi ke pejabat pendaftaran ataupun dibuat pengumuman mari
pergi ke padang, kita buat satu pendaftaran untuk membolehkan warganegara.
DR.15.7.2010 43
Jadi, saya tidak tahu apakah polisi kerajaan sekarang ini. Apakah kerajaan
bersedia untuk membuka seluasnya kepada pemegang-pemegang PR ini untuk
diberikan hak warganegara dan apakah pertimbangan-pertimbangan? Mereka ini
sebahagiannya adalah pekerja. Apakah pertimbangan-pertimbangan politik yang akan
diberikan pada masa depan apabila kita memperluaskan dan memperbanyakkan lagi
orang asing ini untuk diberikan warganegara? Oleh sebab itu, saya hendak minta
penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, berapa yang sebenarnya dalam negara
kita ini yang memegang status PR, berapa?
Saya hendak beri beberapa maklumat yang saya dapat. Saya tidak tahu siapa
sebenarnya tetapi saya telah difahamkan bahawa ini adalah di bawah operasi kerajaan.
Pada 15 dan 17 Jun bertempat di Kota Warisan di Sepang dipanggil pemegangpemegang
PR ini untuk datang membuat pendaftaran untuk mereka mendapat
warganegara.
Yang Berhormat boleh geleng kepala... [Ketawa] Akan tetapi itu saya sebut 15
hingga 17 Jun sehingga tengah malam ia dibuat. Ramai yang datang dan diberitahu
bahawa, “Bila kami memberikan warganegara ini dan akan diberikan nanti selepas ini
Kad Pengenalan Biru janganlah lupa untuk sokong kerajaan. ’
Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Ketawa]
1210
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Yang Berhormat boleh gelaklah
bukan tidak gelak, baik. Pada 3 Julai bertempat di Dewan Centrum Setiawangsa, satu
operasi telah dibuat, dipanggil pemegang-pemegang PR ini. Pada 10 Julai sekali lagi
bertempat di Kota Warisan untuk diberikan kad pengenalan biru bagi mereka yang
sudah pun diproses. Apabila...
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Yang Berhormat Pokok Sena,
mencelah sedikit.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Sekejap, sekejap. Okey.
Seorang Ahli: Buang masa lah.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Apa pula buang masa? Ini untuk
masa depan negara...
Seorang Ahli: Ini Parlimen!
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tuan Yang di-Pertua, saya
hendak tanya penjelasan daripada Yang Berhormat Pokok Sena ini, apakah ini ada
DR.15.7.2010 44
hubung kait dengan baru-baru ini dikeluarkan kenyataan 1:40 ini, apakah ianya
mempunyai hubung kait dengan pendaftaran dengan SPR-1:40 ini?
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Saya akan teruskan dulu sebelum
saya berikan respons. Kemudian pada 10 Julai ini, ada gambar persekitaran yang
sempat diambil oleh beberapa orang anak buah saya dalam majlis tersebut di Kompleks
Integrasi Warisan Arca (KIWA), Pusat Pertanian Labu Lanjut. Baik, bila 10 Julai berlaku,
maka satu report polis telah dibuat. Report polis telah dibuat, saya percaya bahawa
tidak mungkin polis akan siasat benda yang dibuat oleh agensi bawah kementerian yang
sama.
Kemudian semalam ada satu sidang media kepada orang yang membuat report
dan sepatutnya semalam 14 Julai di halaman surau perkampungan warga Indonesia
Taman Melati sudah pun dipanggil semua pemegang PR ini. Mereka sudah pun hadir
apabila ada satu sidang media yang telah dibuat di Sepang oleh beberapa orang rakan
daripada PAS, DAP dan juga Keadilan lalu program di halaman surau yang sudah
dipasang khemah soal pendaftaran sudah pun mula dibuat daripada pendaftaran
kehadiran hendak mendaftar nama dan sebagainya di perkampungan warga Indonesia
Taman Melati dibatalkan dengan tiba-tiba.
Alasannya kononnya ada agen yang membawa pemegang PR ini ambil komisen.
Diberikan alasan itu tetapi saya kira bahawa kerana sidang media yang dibuat oleh
beberapa orang rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat di Sepang semalam. Jadi saya
tidak tahu adakah ini merupakan operasi rasmi kementerian sebab saya telah pun
melihat beberapa pembuktian yang ditunjukkan kepada saya mereka yang telah diberi
kad pengenalan tetapi tidak dikeluarkan sijil kewarganegaraan negara.
Sedangkan saya difahamkan, saya ditunjukkan satu lagi orang yang mengikut
proses biasa, prosedur biasa maka bila pergi mohon dan sebagainya, kemudian mereka
akan diberi kad pengenalan biru dan juga sijil warganegara tetapi, untuk operasi ini,
mereka hanya dikeluarkan kad pengenalan biru sahaja tanpa sijil warganegara. Saya
tidak tahu sama ada ini merupakan satu sindiket yang tanpa pengetahuan Kementerian
Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara dan juga pihak-pihak yang lain ataupun
sememangnya satu sindiket yang dalam pengetahuan kementerian ataupun merupakan
satu operasi rasmi yang dibuat oleh pihak kementerian atas alasan-alasan tertentu
untuk survival politik UMNO dan Barisan Nasional.
Apakah ini yang akan memenuhi senarai daftar pemilih yang dikatakan berapa
juta masih yang sudah pun layak RM4 juta yang layak untuk daftar pemilih dan
DR.15.7.2010 45
beberapa juta Melayu, hampir dua juta orang adalah terdiri daripada orang-orang
Melayu yang layak mendaftar tetapi belum mendaftar. Apakah ini yang akan memenuhi
senarai daftar pemilih untuk pilihan raya umum akan datang. Jadi saya minta penjelasan
daripada pihak kerajaan bahawa saya sebenarnya memang sudah bertemu dengan
beberapa orang yang dipanggil untuk diberikan kad pengenalan saya sendiri tengok kad
pengenalan tersebut dan tanpa ada sijil warganegara. Saya fikir bahawa apakah ini satu
manipulasi terhadap mereka sekali lagi bila berlaku sesuatu kad pengenalan itu akan
ditarik balik dan mereka tidak ada apa-apa dokumen dan sebagainya.
Jadi saya minta jadi jangan sampai ke peringkat sudahlah kita membiarkan pihak
tertentu agensi tertentu memperdagangkan manusia kemudian kita eksploit pula untuk
kita pula memperdagangkan mereka untuk kepentingan politik. Syarikat-syarikat yang
memperdagang membawa mereka itu untuk kepentingan perut tuan punya syarikat
tersebut tetapi kita pula atas nama kerajaan atas nama agensi kerajaan memperdagang
untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional. Jadi saya hendak kata Tuan
Yang di-Pertua ini sudah disahkan oleh mahkamah apa yang saya sebut ini ia sudah
disahkan oleh mahkamah dalam kes di Sabah yang menunjukkan bahawa ada
pendatang-pendatang asing ini yang diberikan dalam satu operasi untuk pendaftaran
memilih projek ‘M’ kah apa dulu, satu ketika dulu.
Ini merupakan satu perkara yang sangat serius dan saya melihat bahawa dari
sudut keselamatan masa depan negara kita ini satu perkara yang sangat serius. Jadi
saya mohon penjelasan daripada rakan sejawat saya. Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua.

Kita amat bimbang, saperti pernah berlaku di Sabah, ini mungkin salah satu daripada cara untuk menambah jumlah pengundi dengan cara yang cepat dan tak payah nak susah cari penyokong kerana dengan cara ini, ia akan terus mendapat sokongan atas dasar aku sudah dapat IC kenapa tak boleh sokong depa. Ini juga pernah berlaku di Langkawi. Sejaran boleh berulang.

Thursday, July 15, 2010

Bahas 14/7/2010 RUU sewa beli

4.04 ptg.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Hanya untuk menyambung sedikit sebanyak apa yang tidak disentuh oleh
sahabat-sahabat tadi. Pertama sekali saya mahu menekankan tentang kereta yang
ditarik ini. Banyak disentuh tentang kereta yang ditarik. Apabila ditarik didapati barangbarang
sudah hilang. Jadi, saya rasa di dalam rang undang-undang ini tidak disebut
tentang inventori barang-barang yang ada dalam kereta yang ditarik. Saya harap kita
perlu menambah, pindaan atau apa-apakah peraturan supaya setiap kereta yang ditarik
hendaklah mengadakan satu inventori?
Menyentuh tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bakri tadi, apabila
suatu barang tulen yang ada dalam kereta tetapi diganti dengan barang tiruan. Ini juga
perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian berhubung dengan penukaran barangbarang
daripada yang tulen kepada yang tiruan dalam jenama yang sama. Mungkin
sekarang kita dapat lihat banyak barang-barang tiruan yang mempunyai jenama yang
DR.14.7.2010 92
bagus-bagus. Asalnya daripada Jerman tetapi ditiru dengan barangan yang diperbuat
daripada negara China.
Keduanya, tentang trade-in. Trade-in ini juga merupakan satu masalah kepada
mereka-mereka yang menjual kereta kepada second hand dealer. Apabila kita trade-in
suatu kereta seperti yang disentuh oleh kawan-kawan tadi, nama kita tidak ditukar
kepada syarikat yang membeli kereta tersebut. Maknanya apabila berlaku sesuatu
terhadap kereta tersebut misalnya yang berlaku di Alor Setar baru-baru ini. Apabila dia
trade-in suatu kereta tiba-tiba dia mahu pergi lihat kereta itu semula, kereta itu telah
terlibat dengan perlanggaran dan kerosakan banyak berlaku pada kereta tersebut.
Walhal masih lagi menggunakan nama dia dan pihak bank mengejar dia supaya
membayar bulanan tetapi kereta sudah tidak boleh dipakai lagi. Jadi, saya berharap
pihak kementerian dapat mengadakan suatu peraturan supaya mengehadkan sesuatu
masa tertentu mungkin sampai dua minggu atau pun satu bulan. Apabila pembeli kereta
yang kita jual ini tidak menukar nama, kita hendaklah membuat laporan polis ataupun
ada surat menyurat untuk menyokong bahawasanya kereta ini sudah tidak menjadi milik
kita lagi, itu kedua.
Ketiganya, berhubung dengan masalah kereta Proton. Proton ini, apabila kita
mahu membeli suatu kereta Proton. Sekarang ini ia masuk dalam satu konsortium
kereta baru yang disebut sebagai Konsortium Logistik Sendirian Berhad. Konsortium
Logistik Sendirian Berhad ini, ia membeli banyak kereta Proton dan kereta ini akan
diedarkan kepada pengedar-pengedar. Kadang-kadang kunci dan geran dapat tetapi
kereta ini masih belum lagi kita dapat, walau pun duit sudah dibayar. Ini makna ada
sesuatu, mereka yang mendapat keuntungan di atas angin untuk hanya menjadi
pengedar kepada kereta ini melalui satu konsortium. Jadi, saya harap pihak kementerian
dapat menghuraikan ataupun memberi penjelasan terhadap Konsortium Logistik ini.
Seterusnya, tentang mengubah nama kepada pemilik berhubung dengan tradein
tadi ini. Saya bimbang apabila nama kita masih lagi ada dalam kereta yang kita tradein
tersebut, mungkin kereta ini digunakan untuk kerja-kerja yang tidak baik ataupun
digunakan untuk kerja-kerja yang mempunyai risiko. Misalnya dibawa terlalu laju
semasa dia mahu membawa semula kereta itu ke kedai dan apabila terkena dengan
saman ekor, kita terpaksa bertanggungjawab di atas saman ekor tersebut.
Sekarang pun kita sudah hadapi. Ada 2.5 juta, polis sedang mengejar merekamereka
yang tidak membayar saman ekor ini. Saya harap perkara ini perlu diberi
perhatian kerana ini akan membebankan kepada pengguna padahal dia telah pun
DR.14.7.2010 93
menjual atau pun men trade-in kereta tersebut. Jadi, saya harap pihak kementerian
dapat memberi penjelasan dan juga menghuraikan perkara ini. Sekian, Tuan Yang di-
Pertua. Terima kasih.

Wednesday, July 14, 2010

Antara Perbahasan RUU sewa beli 14/7/2010.

Parlimen sekarang sedang dalam perbahasan RUU.
Semalam ana ada menyentuh mengenai RUU sewa beli dan dikaitkan dengan ujudnya satu konsortium untuk mengumpul kereta keluaran proton yang diedarkan oleh penjual dan juga kelewatan didalam menguruskan penegdaran kereta ini setelah Konsortium Logistik menjadi orang tengah didalam menjadi penegedaran kereta proton yang dibeli lewat sampai kepada penjual dan seterusnya kepada pembeli. Konsortium Logistik SB yang menjadi orang tengah ini sebenarnya mengambil untung atas angin, kita nak tahu siapa yang menjadi orang kaya segera ini?
Kedua berhubung dengan tidak adanya Islamic Hire purchase act untuk mengendalikan aktiviti pinjaman sewa beli mengikut kaedah syariah yang perlu diujudkan untuk kemudahan orang Islam kerana dalam jawapannya Menteri berkata RUU sewa beli ini tidak terpakai untuk mengendalikan [injaman secara Islamic, habis kemana akan dirujuk kalau ada pertikaian didalam hal-hal berhubung dengan AITAB atau al bai' bithamanil ajil nanti?
Faktor penarikan kereta yang berleluasa dan menjadi satu fobia kepada mereka yang tergendala kewangan mereka adalah sikap bengis mereka yang tidak kenal belas kasihan ini perlu diberi peraturan dan kaedah, saperti terdapat dalam RUU ini seandainya bayaran dibuat oleh pembeli sudah melebihi 75%, maka perlu ada arahan atau kebenaran mahkamah untuk melakukan proses penarikan balik kereta ini, tetapi kalau tidak sampai pada kadar itu, maka tidak perlu kebenaran mahkamah, tetapi mesti ikut kaedah dan peraturan yang akan dibuat nanti, kita tunggu dan lihat bagaimana tertibnya nanti penarik kereta ini?
Begitu juga ana sentuh mengenai penjualan kereta kepada 2nd hand dealer yang kerap kali tidak mengubah nama didalam geran bila kita jual kereta, kadankala sampai berbulan bulan sehingga kita dikejar bank kerana tidak membuat pembayaran padahal kereta sudah dijual , sudah pasti ini akan menimbulakan masalh dan bayangkan kalau kereta itu dibawa oleh orang lain untuk aktiviti tidak sihat atau dibawa laju dan terkena dengan saman ekor, saperti yang sedang diamokkan sekarang oleh PDRM ni, tak ke susah kita kerana yang diblacklist bukan kereta, tetapi tuan punya kereta walaupun orang lain yang bawa.?. Biasanya penjual kereta tidak akan mengubah nama sehinggalah kereta itu dibeli oleh orang lain, tetapi mereka sepatutnya menjelaskan bayaran berbaki kepada bank supaya tuan yang menjual tidak menghadapi masalah , tetapi ini seringkali berlaku dalam pengamalan harian kini.
Begitu juga dengan penyerahan kereta ditarik balik ini perlu mempunyai inventori barangan yang terdapat didalam kereta tersebut kerana biasanya barangan akan hilang atau ditukar kemodel yang lebih kurang kualiti bila ditebus balik kenderaan tersebut, jadi invemtori ini perlu disaksikan dan ditandatangan bersama oleh penarik kereta dan tuan empunya, seandainya hilang, maka syarikat yang menarik itu perlu dipertanggungjawabkan.
Dalam hal tidak ubah nama jika kereta dijual, maka harus ada satu jangka masa tertentu, masilnya 2 minggu jika sekiranya nama kita masih ujud didalam geran kereta, maka satu laporan polis perlu dibuat agar jika sesuatu berlaku keatas kereta tersebut, maka kita tidak boleh bertanggung jawab diatas apa-apa kejadian diatas kereta tersebut , atau kertas penjualan kereta bolehlah dijadikan sesuatu bukan yang ianya sudah tidak menjadi milik kita lagi.

Tuesday, July 13, 2010

malu, malu besarnya ..malu..kami.

Namanya gah, tapi beritanya hancuss.
Itulah yang terjadi kepada apa yang dilaporkan didalam akhbar harian yang semakin tersisih sekarang ini, smapai terpaksa KDN kena ambil tindakan kepada akhbar keluaran pembangkang kerana jelous terlalu laris dan menjadi bacaan rakyat teramai sekarang ini.
Berita pasal DSAI jadi agen CIA telah dengan jelas dinafikan oleh bekas Duta USA ke Malaysia En Malliot beberpa hari lepas.
Satu lagi berita yang tersiar juga dalam akhbar yang sudah hampir menjadi pekasam dan setiap hari dibeli untuk dijadikan bungkusan nasi lemak dikampong-kampong mengenai CNN dibayar untuk DSAI keluar dalam CNN," connect the world" juga dengan jelas dan tegas dinafikan oleh wakil mereka di Hong Kong. Amat malu kalau ini boleh berlaku dalam negara yang kononnya mempunyai integreti dan berjuang berdasarkan kepada KPI ini.
Tak tahulah nak sorok muka kat mana kalau pergi Hong Kong ke, Washington DC ke, ada orang tanya hal ini, bagaimana lah jawapan yang sesuai nak diberikan ya.
Apa boleh buat, itu tahap menteri yang kita ada, ceduk berita dari akhbar yang ambil cerita dari blog entah mana-mana, terus jadikan berita utama, lepas tu jaja serluruh negara, bila orang berkenaan jawab, malu kita, nak buat macam mana itu saja yang kita ada. Hai nasib la badan labu.

Hebat Menteri DS Najib ni!

semalam ana tengok TV3 dalam berita pukul 8 , hebat juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kita ni, la ni sejak jadi Menteri dah pandai sewa helicopter untuk buat tinjauan pasal penjualan pasir di Selangor , gayanya macam bekas Setuausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dulu yang naik heli tinjau pembalakan di Lojing aje nampaknya, lepas tu terus merundum jatuh dalam pilihanraya bagi Parlimen Machang.
Rakyat nak tanya juga berapa kos sewa heli tu YB. Nanti boleh ke YB Menteri sewa lagi masa musim banjir di Kedah dan Perlis untuk tinjau kawasan sawah yang terkena banjir macam lautan akibat permasalahan perparitan MADA yang tidak dibersihkan secara berkala dan pembinaan double tracking yang menghalang aliran air sungai bila huja lebat, kerana sudah tentu ini juga akan membebankan kerajaan membuat pampasan kepada petani setiap kali berlaku kejadian padi rosah dek banjir . Bila dah menteri boleh naik heli macam ni, senang la nanti boleh tinjau kawasan yang terkena bencana serupa ditempat lain pula, macam TPM naik heli masa kempen diPRK Manik Urai hari tu. Cuma rakyat tanya juga, berapa kos semuanya semasa Menteri naik heli tu, heli sapa punya tu, nampak warna biru macam ...............punya je. Ada apa-apa ke?
Menteri kita ni hebat sikit, boleh berlegar dan bersiar dengan sorang ADUN Negeri Selangor tinjau pengorekan pasir yang dikatakan berleluasa di Selangor sekarang ni, ana ucapkan tahniah kepada beliau atas maklumat yang sudah pun lama diketahui rakyat Selangor sejak BN perintah lagi, sebab tu Khir Toyo dari awal dah tahu maklumat ni dan mengikut MB Selangor sekarang, senarai syarikat yang ada dalam simpanan pun dah diketahui oleh semua, tak perlu didedahkan lagi kerana habis JKKK, Ketua kampong dan ketua cawangan ada bahkan gangster pun ada, cuma mengikut YB Gobind mengikut artikel 145(3) perlembanggaan Malaysia, AG ddan SPRM sahaja yang ada kuasa mendakwa mereka ini.
Nampaknya baguslah menteri buat macam tu, moga lepas ni cepatlah sikit geng yang buat kerja tu dapat didadkwa oleh mereka, biar depa rasa nasi bungkus dalam lokap ke tengok.
Kita berharap juga lepas ni, sewa lah pulak heli tu pergi round di Negeri Sembilan dan Johor pula, tenagok berapa banyak pula negeri yang TPM pernah jadi MB dulu tu , berapa banyak pula pasir yang menaikki tongkang untuk belayar melalui Sungai Muar menuju ke Singapura untuk membesarkan Pulau Singapura saperti yang pernah dibuat laporan polis oleh Pemuda PAS Johor dan pernah dikeluh oleh bekas PM Tun Dr Mahathir semasa dia tak lagi jadi PM .

Muhyiddin 'Yes', Nazri 'No'.

Nak lawan tokeh nampak.
Tu dia apa yang TPM kata nampaknya dah disanggah siang-siang oleh DS Nazri pasai nak tubuh Perkasa versi China dan India nih. Nanti ada pula yang diSabah nun jauh diseberang laut China Selatan nak tubuh Perkasa Kadazan , Perkasa Iban dan Perkasa Malanau dan lepas ni hancus habis 1 Malaysia DS Najib. Kesian dia, dia ingat dia tu masih lagi jadi MB Johor , buka TPM sekarang ni.
Memang dah nasib rakyat Malaysia dapat TPM macam ni, nak buat macam mana. Kalau semua orang keluarkan idea macam nih, ana rasa lepas ni jenuh kita buat kem Kemunting banyak-banyak, semua yang bercakap dibawah sana akan diperosok kedalam pasal isu kaum dan perkauman akan kembali mencanak menjadi topik hangat dalam perbincangan harian dikedai kopi dan parlimen rakyat . Dan inilah juga masanya mungkin akan wujud operasi lallang kedua untuk menutup mulut agaknya.
Sebab itu nabi Muhammad saw telah memberitahu dalam hadis baginda, tiada kelebihan bagi Arab dan Ajam (bukan arab) melainkan yang bertakwa kepada Allah. Nah ini jelas apa yang kita seru yakni menjadi manusia yang takwa kepada Allah, yakni buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
Nampak nya lepas ni TPM kena explain dengan PM kenapa dia nak gagalkan usaha 1Malaysia PM dengan membiarkan apa yang dia sebut tu ditubuhkan.
Hari ni juga nampaknya DS Nazri dengan Pasir Mas bertikam lidah atas kes yang sama, satu kata kalau biar DS Nazri dok dalam, pasti UMNO /BN akan hancus, satu lagi kata kalau Perkasa terus dibiarkan maka perpecahan kaum akan terus berlaku, kita biarkan kedua-dua manusia yang asalnya satu kem ni bertengkar dan kita cuma nak lihat siapa nanti akan hancus, cuma yang rakyat nak lihat dalam PRU 13 nanti, BN tumbang terus dan tak ada harapan nak bangkit lagi dah, biar Malaysia bangun dengan satu konsep yang baru dan kepimpinan yang baru. nampaknya DS Najib kena tanya APCO balik lah, kena ambil nasihat lain daripada apa yang didapati selama ini, nampaknya TPM sendiri pun sudah tidak dapat lagi memahami konsep 1 Malaysia yang diterapkan beliau.
Begitu juga nampaknya apa yang disetujui oleh TPM ni juga disanggah oleh DS Nazri Menteri yang jaga undang-undang di JPM, tukang kipas PM sejak dari zaman Tun Dr M lagi, pasai tu dia boleh kekal walaupun bertukar beberapa PM.
Apakah ini akan menmbahkan lagi upah APCO worldwide ? setelah 76.8 juta telah di'bankin'kan sebelum ini.!
Nasib badanlah kamu rakyat Malaysia, kalau ada sorang lagi macam ni, alamat cepat lagilah jadi bangkrap , lebih cepat dari yang dijangka oleh DS Idris Jala tu.

RUU Perlindungan haiwan 12/7/2010

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Pendang.
12.13 tgh.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua dan Menteri yang telah membentangkan rang undang-undang ini. Saya tidak
berhasrat untuk memperkatakan tentang keseluruhan rang undang-undang ini tetapi
beberapa permasalahan yang berlaku di kawasan pertanian di tempat saya yang akhirakhir
ini sering mengganggu petani-petani kita terutamanya petani-petani buah-buahan
tempatan. Saya rasa ini merupakan salah satu daripada masalah yang perlu diberi
perhatian oleh pihak kementerian, bahawa sejak akhir-akhir ini terdapat gangguan
daripada kera ataupun monyet-monyet yang berkeliaran di kawasan pertanian yang
telah pun disuarakan sebelum ini di Parlimen ini, tetapi masalah ini tidak juga
diselesaikan.
Apa yang memusykilkan petani-petani adalah monyet-monyet ini merupakan
monyet-monyet yang cukup jinak Yang Berhormat Menteri. Kadang-kadang mereka
masuk ke dalam rumah, membuka periuk dan makan nasi seperti mana kita makan
tetapi tidaklah bersama dengan kita kerana mereka itu monyetlah. Apa yang menjadi
masalah adalah gangguan terhadap hasil-hasil pertanian. Jika seperti musim sekarang
buah durian, buah rambutan, dan buah cempedak habis dimakan oleh monyet-monyet
tersebut dahulu. Mereka mengatakan bahawa monyet-monyet ini telah didatangkan
daripada Pulau Pinang. Saya tidak tahulah kena tanya Menteri KPI sama ada betul
ataupun tidak. Disebabkan oleh kejinakan monyet tersebut kalau kita pergi ke Pulau
Pinang memang kita dapat bermain dengan monyet tersebut, memberikan kacang
kepada mereka dan datang kepada kita. Begitulah perangai mereka apabila berada di
tempat saya ini. Jadi, saya harap pihak kementerian dapat memberi perhatian sungguhsungguhlah.
Kedua, baru-baru ini kita dapat berita berhubung dengan penduduk membunuh
harimau kerana harimau ini mengganggu keselamatan penduduk. Akan tetapi, apabila
DR.12.7.2010 46
harimau itu dibunuh, pihak kementerian akan mencari ataupun mengambil tindakan
terhadap siapakah yang membunuh harimau tersebut kerana mereka telah melakukan
kesalahan. Apakah ini juga termasuk dalam rang undang-undang yang dibentangkan
pada hari ini untuk dikenakan tindakan kepada mereka yang membunuh musuh yang
mungkin akan membunuh ataupun mengancam nyawa penduduk di kawasan
persekitaran?
Ketiga, berhubung dengan ancaman tempat-tempat hidupan liar ini. Aduan
minggu lepas saya telah menyentuh tentang kawasan tapak hospital di kawasan saya
yang tidak dibersihkan sehingga menjadi tempat ataupun kawasan pembiakan babi
hutan dan juga binatang-bintang buas seperti ular sawa yang mengganggu
keselamatan penduduk. Apakah ini juga termasuk di dalam rang undang-undang ini
apabila kita membersihkan kawasan tersebut ia akan mengganggu hidupan liar dan
mereka yang membersihkan kawasan hutan tersebut akan dikenakan tindakan penalti
yang disebutkan oleh Menteri tadi? Oleh sebab banyak kawasan bukit dan juga hutanhutan
yang telah dibersihkan untuk dibuat kawasan pembangunan misalnya membuat
double tracking di kawasan tempat saya hutan dibersihkan, kawasan yang menjadi
kediaman babi hutan dan juga musang telah dimusnahkan dan haiwan-haiwan ini telah
masuk ke kampung penduduk dan mengganggu penduduk, kalau sekiranya mereka
bunuh, mereka akan dikenakan tindakan penalti di bawah rang undang-undang ini?
Jadi, saya hendak bertanya kepada kementerian, kalau sekiranya perkara begini berlaku
apakah mereka ini akan dikenakan tindakan?
Seterusnya berhubung dengan proses kembiri haiwan-haiwan tersebut untuk
mengurangkan jumlah populasi mereka. Apakah proses kembiri ini kita nampak boleh
misalnya saya sebut tadi monyet banyak di kawasan saya, kita tangkap bapanya,
tangkap dua tiga ekor dan kita mengembirinya supaya ia tidak terus membiak? Apakah
ini suatu yang lunak ataupun yang kita kata bermoral untuk kita jadikan sebagai alasan
untuk kita mengurangkan populasi haiwan-haiwan tersebut. Oleh sebab, kalaulah
kepada manusia mungkin kita tidak boleh melakukan perkara tersebut, tetapi kepada
haiwan, adakah ini bermoral untuk kita lakukan?
Tuan Yang di-Pertua, kemudiannya tentang apa yang disebutkan oleh Menteri
iaitu haiwan hibrid. Saya ingin bertanya setakat ini, apakah haiwan-haiwan hibrid yang
ada di negara kita. Apakah sebelum ini kita pernah mendengar selembu, seladang dan
juga lembu? Apakah populasi selembu ini menjadi satu populasi yang dilindungi oleh
rang undang-undang ini, kerana kita tidak mahu apabila petani kita dapat membuat atau
DR.12.7.2010 47
menghibridkan haiwan selembu ini menjadi banyak, adakah ia menjadi kesusahan
ataupun ia akan menjadi kesusahan kepada petani, mungkin akan menyembelih
selembu tersebut kerana ia termasuk di dalam haiwan-haiwan hibrid yang terdapat
dalam rang undang-undang ini? Saya rasa itulah Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
kerana memberi peluang ini.

Monday, July 12, 2010

Tandanya PRU hampir.

Dunia politik dalam negara terus bergolak, dan semakin hampir dengan PRU 13 nampaknya bahangnya semakin bergelegak dan apabila tiba tarik dan waktu penentuan hari pemilihan maka akan semakin panaslah bahang yang dirasai.
Semakin dekat dengan PRU maka semakin banyak pula fitnah dan suara sumbang yang dipetik entah dari mana dan dijadikan berita besar oleh akhbar harian dalam negara tanpa perlu kajian dan penelitian akan sah atau tidaknya sumber tersebut.
Berita tentang Ketua Pembangkang menjadi talibarut atau ajen CIA yang dipetik oleh Menteri dan akhbar dari penulis blog yang tinggal atas gunung bersama kuda dan ayam itik peliharaan nya telah dijadikan sumber yang maha tepat dan jitu untuk dijadikan alasan untuk mengenakan beliau selaku ketua pembangkang dan akhirnya apa yang dapat dicongak oleh rakyat adalah ISA lah tempat terakhir kediaman yang dihadiahkan kepada musuh politik jika tidak dapat dipatahkan hujah yang dibawa.
Hal berhubung dengan SD dan laporan polis serta laporan kepada SPRM tidak pernah dijadikan landasan untuk siasatan tetapi penulis blog yang entah daripada mana datangnya itu dijadikan tajuk besar untuk mejatuhkan imej seseorang, itulah tahap mentaliti yang kita ada dan jadi menteri dalam Malaysia hari ini.
Ana merasa apa yang didedahkan oleh ketua Pembangkang selama ini mengenai APCO dan kontrak perlantikan semula dalam membaharui perjanjian tersebut serta hubungan Asiasoft dengan penaikan taraf sistem maklumat PDRM tidak dapat dijawab oleh kerajaan setelah dibongkar oleh Ketua Pembangkang, tetapi menjadi ajen CIS pula yang diletakkan kepada beliau.
Apakah hujahan menjadi ajen Yahudi dan Amerika sebelum ini tanpa ada bukti kukuh sehingga bekas Duta Amerika Syarikat sendiri bangkit menafikannya tidak memberikan kesan penafian tersebut?.
Inilah yang dikatakan bahawa politik menghalalkan cara anjuran Machievelli itu terus menjadi pegangan pemimpin negara, sebut apa saja asalkan meruah seseorang dapat dijatuhkan , maka selepas itu bertepuklah tangan mereka bila melibat beliau jatuh padahal negara akan menerima parah diatas keterlanjuran kita melakukan onar dan malapetaka nanti akan diterima rakyat terbanyak.
Dari kes menjadi ajen US kepada kes liwat 1 dan sekarang liwat 11 yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang, semuanya tidak dapat meyakinkan rakyat sehingga kepada penolakan rakyat diddalam PRK Sibu baru-baru ini, menjadikan mereka terus memburu beliau kepada satu tahap yang cukup menjijikkan yakni menjadi ajen asing pula , atas kadar bahawa yang ini boleh disenyapkan suara dan pengaruh dengan menghumbannya didalam ISA tanpa perlu bicara dan bersua didalam mahkamah lagi !.
Begitu juga apa yang menimpa kepimpinan parti lain dari Wahabi ke JI tanpa ada pun kajian penyiasatan , terus menerima tohmahan sehingga sanggup menjadikan ulamak sebagai landasan untuk mengwar-warkan bahawa kamilah yang benar dan betul sehingga berduyun-duyun menerima sokongan lepasan agama ini, tetapi akhirnya menerima tempelakan daripada ulamak itu sendiri bahawa mereka tertipu dan ditipu akhirnya daripada 100 orang menjadi hanya belasan orang sahaja, alahai malunya !!.
Inilah hakikat yang berlaku didalam negara, padahal apa yang ditulis oleh blogger didalam negara dan SD yang dibuat didalam negara tidak diambil; sebagai sandaran untuk dibuat pengkajian dan ulasan, daripada persoalan bagaimana rakyat asing yang masuk kedalam negara tetapi boleh hilang dari senarai imegresen kita, bagaimana rakyat kita boleh keluar negara tanpa diketahui dari pintu masuk mana ia keluar, juga daripada SD yang dibuat oleh bekas anggota SB yang tidak dikaji apakah benar ada orang tertentu yang bayar duit kepada beliau untuk menarik balik SD 1 dan membuat SD 11, semuanya ini rasanya lebih relevan untuk diulas daripada mengambil tulisan blogger yang entah dari gunung mana ia datang dan dijadikan berita utama dalam negara.
Apakah berita penyiasat Perancis yang datang meyisat didalam negara kita tidak jadi berita penting, kenapa dia datang dan apakah jenis sisasatan yang dijalankan dan atas kesalahan apa kenapa terpaksa ia datang dari jauh untuk menyiasat.?.
Juga apakah yang terjadi kepada kapal selam kita yang berharga berbilion itu sekarang ini tidak penting untuk diketahui oleh rakyat?. Bagaimana statusnya dan adakah harganya berbaloi dengan kondisi serta gerenti masakini?.
Semua persoalan ini sepatutnya menjadi berita muka depan akhbar harian kita dan bukannya kutipan dari blogger entah dari mana-mana?

Sunday, July 11, 2010

Technopertanian kepada grassroot? bagaimana ?

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada 167 teknologi yang
disebutkan tadi dan 32 memasuki pasaran. Jadi saya ingin bertanya kepada
kementerian, berapakah sebenarnya hasil-hasil daripada teknologi ini yang dapat nikmat
kepada petani-petani di grass roots sendiri. Ini adalah sebab kita tahu seperti makanan
ternakan ikan misalnya, ini mungkin penternak di grass roots boleh mendapat faedah.
Akan tetapi yang lain-lain itu, biasanya yang dapat adalah orang-orang tengah yang
menjadi pengend
ali ataupun stakeholder yang mengendalikan teknologi tersebut. Jadi,
apakah sebenarnya ataupun berapakah sebenarnya peratusan yang benar-benar
sampai kepada petani-petani di grass roots di bawah untuk menolong mereka
meningkatkan pendapatan pertanian mereka itu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat yang prihatin
mengenai kajian yang dibuat oleh MARDI. Seperti mana yang saya nyatakan tadi
bahawa dalam kita berusaha membantu petani-petani untuk menikmati hasil kajian
MARDI ada beberapa peringkat. Pertamanya, kalau syarikat-syarikat besar ini yang
ingin mengeluarkan ataupun mengkomersialkan tentang MARDI, kita menggunakan
TechnoFund. TechnoFund kita beri sedikit subsidi dan dikomersialkan.
DR.7.7.2010 12
Keduanya, kalau untuk peringkat usahawan, kita ada satu program dinamakan
Program Pembangunan Usahawan. Di bawah Program Pembangunan Usahawan ini,
hari ini hampir lebih 50 orang yang boleh dikatakan telah pun berjaya menjadi jutawan.
Kalau yang rendah lagi, kita ada pula Program Anak Angkat. Di bawah ketigatiga
program ini, MARDI akan memperkenalkan bahawa ciptaan mereka dan mereka
akan memberikan bimbingan bukan sahaja daripada segi teknologi tetapi juga daripada
segi kepakaran. Hasil daripada ciptaan ini kita lihat seperti sawah padi. Hari ini dia
sudah mula cipta untuk tanam padi, semuanya sudah pakai mesin. Sembur racun pun
sudah pakai mesin. Hendak asing buah durian pun hari ini sudah ada satu mesin.
Ertinya hendak asingkan isi durian dengan kulit durian pun sudah ada satu mesin. Jadi
ini semuanya memberikan faedah kepada rakyat terutamanya petani-petani untuk
mereka komersialkan hasil-hasil pertaniannya.

Program dihujung minggu.

Ana mengucapkan takziah kepada En Mazlan diatas kembali kerahmatullah ibu tiri beliau pagi tadi dan ana sempat bersama penduduk setempat menyembahyangkan jenazah ibu beliau dimasjid Bendang Bukit .Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau alfatihah. Amin.
En Lan merukakan SU PAS Cawangan Kampong Paya Lipai.
Kunjungan menghadiri majlis walimatul urus masih lagi berlangsung, hari ini dirumah kakak sahabat Abdul Rahman di Kampong Bukit Raya dalam , mengahwinkan anak saudara beliau dengan muslimat dari Kampong Gandik, Alor Setar.
Satu program khusus dibuat untuk masyarakat Siam di Kampong Padang Peliang, Sungai Tiang , iaitu program rawatn percuma yang diadakan disalah sebuah rumah penduduk disitu.
Rombongan yang terdiri daripada AJK Nisak Pendang dan AJK Muslimat serta pemuda dan Dewan Himpunan Pengokong PAS juga hadir memberi kerjasama.

Kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan oleh tuan rumah dan ana ingin mengucapkan terima kasih diatas kerjasama dari penduduk setempat serta MKK Cikgu Piang serta SU Dewan Himpunan Penyokong PAS Sdr Kunasegari serta tuan rumah sekeluarga, En Ebau.

Selepas program di Kpg Padang Peliang, ana sempat mengadakan perjumpaan dan dialog dengan penduduk di Kampong Bukit Choras Luar, topik perbincangan adalah sekitar masalah banjir yang sering dihidapi petani di kawasan tersebut dan saliran yang tidak dapat menampung limpahan air terutama dimusim hujan dan waktu air laut pasang. Antara pandangan yang diberikan adalah mengadakan pintu air automatik di Sungai Sala dan juga membesarkan pembentong di Sungai yang menghubingkan Sungai Choras dengan Sungai Sala , kerana kebanyakan pembentong ( KOK ) sudah agak tenggelam dan tidak dapat menampung limpahan air yang banyak, dan disyorkan ditukar dengan jembatan.
Pintu air yang sedia ada kebanyakannya tidak dapat berfungsi ketika hujan lebat kerana air akan melimpah masuk kesungai dari laut ,jadi dengan adanya pintu air automatik ini, ia akan menyekat air laut masuk kesungai ditambah dengan pam dipintu air untuk mengepam air keluar kelaut dari Sungai Sala dan Sungai Kedah. saperti yang dibuat di Belanda.
Sebelum pulang ana menyumbangkan sebuah papam karem untuk pemuda bermain dimasa terluang terutama diwaktu petang dikampong berkenaan.
Ada juga pandangan yang menyatakan perlu kita mempunyai pam dipintu air kelaut

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.