Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, September 27, 2008

Terima kasih Harakah.

Dalam laungan takbir membesarkan Allah, betapa hiba dan sayunya hati ini mengenangkan nasib mereka yang kurang bernasib baik dalam syahdu pagi aidil fitri. Bagi mereka yang ada ayah dan ibu, mungkin kerinduan itu dapat diubati dengan belaian kasih sayang tangan ayah dan ibu disubuh hening pagi hari, tapi bagaimana pula bagi mereka yang sudah tiada ayah dan ibu, dipanggil menemui tuhan rabbul jalil lebih dulu dari kita disamping meninggalkan zuriat untuk dibela dan dibelai oleh mereka yang lebih tua didalam rumahtangga tersebut.
Itulah yang berlaku di Kampong Bukit Nibung Jenun, Pendang, ayah dan ibu sudah pergi dalam suasana beliau masih belajar, tetapi apakan daya takdir sudah menentukan bahawa walaupun pelajaran itu penting, tetapi menjaga adik yang masih bersekolah juga penting, lalu diambil tindakan nekad berhenti sekolah untuk menjaga adik yang masih ramai bersekolah.

Itulah yang dipikul oleh saudara Yusof Aziz yang terpaksa menamatkan pengajian setakat STAM untuk memberi laluan kepada adik seramai 4 orang meneruskan pelajaran.
Beliau kini menjadi guard di Sekolah Menengah Teknik Pokok Tai untuk mencari sesuap nasi setelah pemergian ayah dan ibu beberapa tahun lalu. Dengan jumlah wang gaji itulah maka beliau membesarkan adik-adik , menyekolahkan mereka dan membantu memberi pelajaran kepada mereka walaupun beliau sendiri terpaksa berkorban menamatkan pelajaran dalam usia yang masih lagi menjadikan dunia pelajaran gelanggang untuk beliau berada. Namun dek kerana memegang amanah ayah dan bonda yang pergi mengejut, maka beliau terpaksa lakukan juga.
Ana berterima kasih kepada pengurusan Harakah terutama Pengarah Urusan yang telah sudi memberikan sumbangan dalam bulan Ramadhan ini untuk meringankan bebanan beliau menyambut hari raya yang menjelang tiba beberapa hari saja lagi.
Dengan wang tersebut bolehlah beliau membuat persiapan untuk adik-adik membeli baju raya dan juadah untuk menyambut syawal nanti.
Juga terima Kasih ana kepada En Kunasegaree SU Kelab penyokong PAS yang tinggal di Kilang Besar, Jenun yang memberikan maklumat berhubung dengan masalah En Yusof ini sebelum ana panjangkan ke pihak pengurusan harakah. Moga Allah menambahkan lagi rezeki Harakah dimasa akan datang.
Minnal aaidin wal faizin, kullu amin wantum di khair.
Illal liqa'.

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri,


Sempena kehadhiran Syawal kali ini,
ana mengucapkan Kullu 'amin wa antum bikhair.
Maaf zahir batin. Kepada semua sahabat dan kenalan jauh dan dekat, berdoalah semoga Allah memberikan kesihatan dan kejayaan kepada semua pejuang Islam .
Ta qabbalallah ming kum, minna wa mingkum, taqabbal ya karimm.

Kem solat Nisak Pendang.

Sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan.
Sesungguhnya amalan yang pertama sekali yang akan dihitung oleh Allah adalah sembahyang.
Sesiapa yang mendirikan sembahyang, maka ia mendirikan agama, sesiapa yang meninggalkan sembahyang, maka ia meruntuhkan agama.


Begitulah bunyi kata-kata dari Hadis Rasulullah saw , berata beratnya amalan sembahyang. Bahkan Rasulullah menyuruh ibubapa mendidik anak mengerjakan sembahyang oada usia mereka memaiyiz, dan menyuruh sembahyang pada usia 7 tahun, dan rotan jika tidak sembahyang pada usia 10 tahun. Tetapi kini ibu bapa moden akan phobia bila disebut rotan, kerana itulah maka masalah sosial begitu berleluasa sekarang kerana jiwa sembahyang tida dalam diri anak remaja kita, kalau nak sembahyang pun takut ibubapa tanya sudah sembahyang ke belum. Konsep dan ruh pengajaran sembahyang tidak boleh mencegah daripa melakukan perkara keji dan mungkar, maka sebab itu buatlah apa pun dengan masalah dadah, curi kabel dan jenayah lain pasti tidak akan berkurangan jika konsep takutkan balasan dhari kemudian tidak ada dalam jiwa anak remaja dan remaja tua kita. Kalau remaja dengan masalah dadah, hidu gam dan lepak serta rempit nya, tetapi remaja tua yang berusia 40 ke 60 tahun rosak dengan kes tipu, sapu duit dan rasuah serta berbagai kelentongan lain dalam masyarakat, jadi bagaimanakah kita akan menjadi sebuah masyarakat yang baik dan betul kepada Allah, mungkin makanan yang dibawa balik untuk dimakan oleh famili mereka adalah dari sumber yang haram dan tidak berkat.
Oleh sebab itu lah maka anak tak dapat berjaya dalam pelajara, anak selalu sakit, sering menghadapi masalah dalam keluarga dan berbagai lagi kemelut yang akhirnya duit yang banyakpun akan hilang kerana tidak ada keberkatan dalam mendapat hasil.
Tetapi kini ada manusia yang masih budak berusia 40 , 50 tahun masih liat lagi hendak sembahyang. Bayangkan betapa sukarnya untuk mengajak mereka ini menghadiri masjid , apatah lagi kalau dibulan puasa ini mereka inilah yang menjadi masalah kepada pejabat agama kerana terpaksa membuat pemantauan dan intipan mencari ruang dan tempat mana mereka ini makan dan yang menjadi masalahnya adalah ada juga orang kita yang menjual makanan kepada manusia perperangai syaitan ni.
Apakah mereka tidak sedar bahawa satu hari mereka tidak berpuasa tanpa uzur syarii, maka jika sekiranya mereka ganti sampai setahunpun, ganjarannya tidak sama dengan puasa dibulan ramadhan tadi.
Maka konsep dan asa didikan inilah, maka baru-baru ini Nisak Pendang yang dikemudikan oleh adik-adik remaja puteri kita telah mengadakan kem solat kesekian kalinya buat melatih dan membimbing anak-anak kecil agar dapat melakukan gerakkerja solat sebagaimana yang dikehendaki oleh rasulullah saperti sabda baginda, solatlah kamu sapertimana kamu lihat aku bersolat. Tetapi siapakah yang pada masa kini yang melihat rasulullah bersolat, kerana baginda hidup dan sudah wafat meninggalkan kita sudah lama, maka ulamak lah yang menjadi pewaris kita membawa segala ilmu dari rasulullah melalui alquran dan hadis baginda.
Oleh itu maka ulama dan quran serta hadislah yang menjadi panduan dan pegangan kita dalam melakukan amalan harian masa kini. Merekalah yang akan membimbing kkita untuk menjadi manusia yang diredhai oleh Allah.

Jadi dek kerana ulama menjadi pembimbing, maka kita 'wajib' meletakkan ulama sebagai perisai hadapan kita dalam apa juga gerak kerja baik duniawi maupun ukhrawi.
Dalam kem solat kali ini, peserta hanya dihadkan dalam sekitar 100 orang sahaja kerana para fasilitator ingin memberikan penekanan yang lebih dalam aspek praktikal saperti aktiviti sembahyang dan bacaan yang menjadi rukun dalam mengerjakan solat.
Ana ucapkan tahniah dan syabas kepada Nisak Pendang kerana berjaya mengendalikan satu lagi program untuk meningkatkan amalan Islam kita dibumi Allah ini.
Tahniah Nisak.

Tuesday, September 23, 2008

Tipu dibulan puasa, lebih jahat dari syaitan.




Semalam, ana tersentak apabila melihat dalam hp sahabat ana yang ada massage menyatakan' tahniah kerana kad sim anda telah memenangi hadiah RM15,000.00. hadiah dari shell berhad, sila dial ke no 0178903136, massage datang dari pengirim bernombor 0178311243.
Lalu beliau pun mendial no tersebut, katanya seorang lelaki bertutur dalam bahasa Indonesia menyatakan dari Shell Bhd, berjanji akan memberikan hadiah kepadanya berdasarkan kad sim tersebut yang didaftar atas nama beliau, lalu lelaki Indonesia tersebut meminta no akaun bank, bertanya jumalah baki yang ada dalam bank, samada akaun masih aktif atau tidak dan setelah menyatakan jumlah baki sebanyak RM 1500.00 , maka lelaki tersebut mengarahkan beliau berada dihadapan mesin ATM. Oleh kerana berita ini sering beliau dengari sebelum ini, maka beliau pun tahu bahawa ini adalah penipuan licik yang berulang diera ini yang telah pun pernah berlaku sebelum ini.
Modus operandinya mungkin begini, apabila dimasukkan kad ATM dan mereka dapat laluan bila dimasukkan pin, maka dengan mudah mereka akan memindahkan wang yang ada dalam akaun kita tersebut. Sebab itulah orang yang bertutur tadi menanya samada akaun masih aktif, dan berapa baki yang ada dalam akan tersebut.
Ini sudah banyak kali berlaku dan bagi mereka yang tidak berfikir panjang, terus terjebak dalam jenayah siber ini, berhati-hatilah dengan manusia yang tidak beriman ini. Kembali kepada hadis nabi ' setiap daging yang tumbuh dari hasil yang haram, maka api neraka lebih layak baginya'
Sebenarnya kawan saya memberitahu bahawa jumlah wang dalam akaun beliau hanya RM 3.00 sahaja , kerana memang beliau nak tahu setakat mana kebenaran dakwaan SMS tersebut.
Mana logik kalau kita fikirkan dengan senag sesebuah syarikat nak memberikan wang begitu mudah hanya dengan adanya no SIM kad telefon tanpa ada apa-apa peraduan.
Moga pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepada semua.

Monday, September 22, 2008

Manziarahi pesakit kanser


Dengan bantuan ahli Majlis Daerah dan Setiausaha Kelab Penyokong PAS Pendang, En Kunasegere a/l Anandan dari Kilang Besar Jenun, petang tadi membawa ana menziarahi seorang India pesakit kanser yang terlantar sekian lama setelah mengidap kanser dalam perut. Perut beliau membusung , ana rasa mengidap penyakit kanser ovarian cyst stage ketiga dan ascites .
Menurut suami beliau, beliau telah pun dimasukkan kedalam hospital selama sebulan dan dinasihatkan membawa balik kerana sudah tidak ada rawatan lagi. Dalam usia sebegini memang bentuk rawatan biasa untuk Ca ovari adalah chemotherapy sudah tidak sesuai untuk beliau kerana kesan sampingan yang begitu berat untuk ditanggung kerana umur yang lanjut ini.
Suaminya hanya bekerja kampong, menolong apa jua kerja dikampong dengan sedikit upah ala kadar yang diberikan.
Kami sedang berusaha untuk mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat agar dapat mengurangkan bebanan beliau menghadapi kehidupan .
Beliau mempunyai tiga orang anak, semua perempuan dan sudah berumahtangga dan menetap di Sungai Petani.
Ana mengucapkan terima kasih kepada En Kuna kerana menjadi penghubung antara PAS dengan masyarakat India di Daerah Pendang ini.

Ribut membawa terbang atap rumah Ust Din.



Dalam kesyahduan umat yang bertaqwa menghidupkan malam mengintai lailatul qadar dan dalam keheningan manusia lain diulit mimpi diatas tilam nan empuk memeluk bantal dibawah selimut, maka makhluk Allah yang diutus menjamah hambanya di Kpg Bukit Jambul rumah Ustaz Din sekeluarga telah dilanda ribut yang kuat sehingga mengangkat dan melarikan habis bumbung rumah dapur beliau ,mendedahkan kepada air hujan yang meembasahi bumi malam tadi sekitar jam 2 pagi.
Ana sempat menziarahi keluarga Ustaz Din dan melihat usaha sedang dilakukan oleh rakan taulan memasang semula atap yang rosak dan kayu kasau yang patah. Memang malam tadi rata-rata dikawasan lain tidak kedengaran ribut dan hujan, dan Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana hanya rumah beliau sahaja yang terkena ribut.
Ana bersama pembantu, Saudara Abd Rahman Ahmad telah menziarahi Ustaz Din dan menyampaikan sedikit sumbangan termampu untuk mengurangkan bebanan beliau membaik pulih bumbung rumah tersebut.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.