Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, February 6, 2010

Hai enjin, bagaimana kamu boleh terbang ke Uruguay, body ada sama ke?


Akhirnya enjin jet F5E ditemui juga di Uruguay , bukan Argentina saperti yang di sebut sebelum ini. Itu kata Peguam Negara. Heran juga rakyat Malaysia sekarang ini, biasanya kalua hilang dan jumpa ni pihak polis yang beritahu, tapi kali ni kenapa AG pula yang cakap.
Apa yang lebih menghairankan macam mana 2 tahun baru benda hilang ni boleh sampai kepada rakyat dan kenapa disusup dari pengetahuan rakyat sampai dua tahun. Rakyat nak tanya kenapa Menteri Pertahanan masa tu tak perasan ke yang enjin yang penting untuk keselamatan Negara kita tu boleh hilang, tetiba Menteri Pertahanan yang la ni boleh tahu dan umum kepada rakyat. Juga rakyat ada tanya tak ada rekod dalam laporan audit Negara setiap tahunkah pasal enjin jet yang penting ini hilang, tak bagi laporan ke atau saja tutup laporan daripada pengetahuan akauntan Negara. Depa kata kalau beli computer lapan ribu jadi 48 ribu pun akauntan boleh tahu, ini kan pula enjin berharga 50 juta kemudian jadi 300 ribu akauntan negara tak tahu ? Ada apa-apa ke ni?.

Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

Cuma apa yang paling menarik perhatian rakyat adalah apabila PM bekas Menteri Pertahanan menyatakan "Kedua-duanya adalah enjin yang sangat lama...bukan enjin canggih. Jadi ia bukan satu aset strategik kepada negara. Ia bukanlah seperti enjin Sukhoi atau F-18", kenyataan Najib selaku ketua kerajaan Malaysia merangkap bekas Menteri Pertahanan.
Kalau macam nilah , kita boleh saja buat andaian dan analogi mudah bahawa siapa yang nak jual atau seludup keluar barang lama yang ada dalam Kementerian yang pernah dijaga oleh PM mungkin tak menghadapi masalah kalau barang itu sudah lama dan tak canggih lagi dah.
Cuma satu yang rakyat nak tanya PM kita ni, barang ini adalah barang Kementerian Pertahanan, dalam kem atau tempat yang sepatutnya ada didalam jagaan yang cukup rapi , seharusnya tak mudah dilesapkan dari stor yang menyimpan, samada ia masih canggih atau sudah tak berapa canggih, itu bukan alasan untuk dilarikan dan dihantar sampai ke Uruguay sana, bahkan kalau boleh sampai ke Puket pun sudah dikira Negara boleh dan mudah dibolos oleh musuh. Kalau begitu memang senanglah C4 hari tu nak bolos daripada simpanan tentera untuk UTK didalam proses meletupkan warga Monggolia tu. Apakah c4 tu sudah tak canggih lagi kut, bom yang sudah ketinggalan zaman sebab tu mudah dibawa pindah dari stor simpanan. Agaknya siapa yang menulis indent keluar masuk stor tu? Boleh tanya ke siapa yang last sekali kita jumlah C4 yang tersusun rapi dalam stor sana? Atau kalau tak ada kenapa dan kalau ada atas arahan siapa agak nya, rakyat sekadar nak tanya saja, maklumlah keselamatan mereka terletak didalam jagaan mereka dibawah penguasaan Allah.


Juga rakyat lagi hairan sebab apa pihak kastam dan pelabuhan tak buat pemeriksaan dengan teliti barang yang nak dieksport , apakah tidak ada scan atau apa benda ke alat yang canggih manggih yang beli berjuta-juta tu supaya yang nak dihilangkan tu dapat jumpa lebih awal sebelum dua tahun macam yang sekarang ini.
Hairan lagi pasal hanya Sarjan saja yang boleh buat kerja seludup lepas curi dan boleh jual kepada Negara luar sampai Menteri dan pegawai atasan yang jaga Kem pun boleh tak tahu nih. Bijak dan cekap sungguh, mungkin kot Negara boleh tumpang kebijaksanaan beliau didalam menghilangkan sesuatu daripada dikesan pegawai atasan jaga kem dan pegawai kastam jaga pelabuhan , mungkin setaraf David Copperfield yang masyhur tu boleh dianugerahkan kepada beliau. Mungkin boleh gunakan kepandaian beliau untuk hilangkan askar Amerika di Iraq atau Afghanistan ke!.
Rakyat lagi hairan bila Menteri yang jaga pertahanan Negara kata rahsia Negara bocor keluar, zaman sapa jadi menteri tu rahsia Negara boleh bocor tu ha! Bukankah salah satu daripada istilah petualang Negara adalah mereka yang membocorkan rahsia Negara , apakah lebel ini telah diberikan kepada mereka ini. Kena ISA ke depa ni?.
Heran juga rakyat nak tahu macam mana boleh segala indent dan buku log tentang simpanan barang baru dan lama boleh tak perasan ada barang yang terlupus keluar Negara tanpa pengetahuan pegawai bertugas hingga 2 tahun ? Awat Menteri dulu tak nak suruh pegawai semak ke segala rekod yang ada?
Kesian kat pegawai buat rekod, sia-sia kerja dia sampai AG pun tak tengok dan Menteri pun tak perhati bahkan Penguasa kem pun tak ambil tahu pula tuh !.

wasitoh didalam pekerjaan antum , nasihat PM kepada ulamak.

Tahniah diucapkan kepada sahabat karib ana masa di Maahad Mahmud dulu yang sekarang ini sudah menjadi Ketua di JPM bahagian jaga Agama Islam tu, masuk dengan payung terjun tanpa diuji dengan pilihanraya yang telah dapat menasihatkan PM kita agar semua umat Islam berada dalam suasana wasitoh , memang itu adalah gesaan daripada Nabi Muhammad saw dalam hadis baginda ‘ khairul umur ausatuha’ setiap perkara itu mestilah dalam keadaan pertengahan, hendaklah kita sentiasa menjadi umat pertengahan, ‘ummmatan watasan’. Cukup idelistik sekali. Tahniah sahabatku.

Nampaknya sudah lekat wasitoh ni didalam sanubari PM kita sehingga beliau telah menasihatkan ulamak kita supaya wasitoh didalam kerja buat mereka, jangan melampau dan jangan lemah sehingga cuai.
Beliau telah member nasihat kepada ulamak agar berpegang kepada pesanan Nabi tersebut dan ini juga merupakan satu nasihat yang kena pada tempatnya. Ana Cuma teringat satu lagi hadis nabi yang bererti tentang ‘dua jenis manusia, jika baik manusia tersebut maka baik masyarakat manusia itu dan jika buruk manusia tersebut maka buruklah masyarakat tersebut, mereka berdua adalah ulamak dan umarak.’
Kali ini kita lihat umarak yang menasihati ulamak supaya bersifat wasitoh ( bersederhana), apakah kita tidak pernah dengar sebelum ini ulamak telah menasihatkan umarak tentang wasitoh dalam keja buat umarak ?. Rasanya telah berbiuh mulut ulamak kita menerangkan itu semua tetapi apa yang telah diambil teladan oleh umarak itu itu.
Cuma saya harap lepas ni jangan jadi macam kakak tua tahu sebut tapi tak faham apa itu ausad atau wasitoh yakni pertengahan didalam kontak Islam. Ana nak tanya juga ulamak muktabar kita di Malaysia ni, apakah wasitoh itu bermakna kita tutup aurat ikut arahan Allah dan nabi , atau kita tutup semasa berada didepan Kaabah saja dan buka bila tidak berada didepan kaabah itu pun dinamakan wasitoh. Maklumlah masa tengah belajar bab ni dulu tok guru ana sakit dan meninggal, tak habis la bab wasitoh ni.
Atau juga nak tanya wasitoh juga ke kalau beli baju dan pakaian sampai satu kapalterbang dari mana-mana oleh sesiapa pun untuk dibawa balik kenegara ini sehingga terpaksa sewa jet eksekutif lain kerana nak selamat daripada diketahui oleh sesiapa, ana Cuma nak tanya kot-kot ada dalam Negara kita macam tu, sebab dinegara luar Nampak macam ada, harap disini tak ada lah, apakah itu juga dinamakan wasitoh.
Atau adakah dikatakan wasitoh juga kalau tuduhan kepada sesama Islam dalam hal jenayah rogol ke, atau zina ke atau liwat ke tanpa bawa empat orang saksi saperti didalam ayat Allah yang bererti ‘mereka yang menuduh seseorang yang muhsan kemudian tidak membawa empat orang saksi maka sebatlah mereka sebanyak lapan puluh kali sebatan dan jangan menerima persaksian mereka selama-lamanya ‘, tapi tak dibawa empat orang saksi itu dinamakan wasitoh juga ke aduhai bijak pandai ugama kita, sekadar nak tanya kerana ana tak arif hal begini.
Ana akur dengan nasihat umarak kepada ulamak yang perlu dipatuhi tetapi apakah tidak perlu umarak juga bersifat wasitoh didalam mendengar nasihat ulamak kita.
Wasitohkah kita bila membiarkan satu golongan membuat demontrasi dengan membakar gambar Ketua
kerajaan sesebuah negeri dengan diketuai dalang import dari negeri lain yang tak sanggup diterima menjadi anggota oleh mana-mana parti politik kerana sifat yang tak digemari oleh semua orang tanpa ada apa-apa tegahan bahkan diberi permit tetapi dimasa yang lain dibelasah dan bantai serta sembur air asid terhadap orang tua dan kanak-kanak berdemo dalam mempertahan bahasa Melayu tanpa adapun bakar gambar atau pijak mana-mana gambar pemimpin dimana-mana negeri.
Ana rasa masih banyak lagi nasihat yang telah diberikan oleh para ulamak yang berbentuk wasitoh atau sederhana yang perlu dilunasi oleh para umarak sama dengan gesaan supaya para ulamak mengikut nasihat umarak dalam perkara-perkara wasitoh didalam pekerjaan ulamak mereka.

Friday, February 5, 2010

Angkara siapa semua ni ha!

Masa BN dulu berapa ramai Melayu telah lari ke Tanah Besar . Siapa punya kerja, siapa jadi pemerintah masa tu kalau bukan BN , Gerakan dan UMNO. Apakah masa tu DAP atau Pakatan yang menjadi punca Melayu lari dari pulau ke Kulim , Sungai Petani dan lain lagi.
Masa masa BN/ Gerakan/ UMNO perintah Penang dulu berapa ramai orang Melayu dapat melalui open tender, atau berapa kroni dapat given tender.
Ana lihat hari ini siapa yang jadi kepala demo dan bakar gambar KM Pulau Pinang tuh, apakah orang tu ada persamaan dengan demo dan bakar tayar di Kota Bharu pada tahun 1978 dulu. Siapa yang bakar semangat buat demo pada 1978 dulu ada persamaan dengan yang buat demo di Pulau Pinang semalam.?

Siapa yang menjadi punca sehingga berlakunya MAGERAN sehingga PAS kalah pada 1978 selepas orang itu jadi pembakar semangat sehingga menjadi huru hara menyebabkan terjadinya peralihan kuasa tersebut.
Rakyat Kelantan yang Melayunya 99 % telah dinafikan royaltinya oleh Kerajaan BN Pusat bukan oleh Petronas , apakah orang itu ada demo atau jadi pembakar semangat sehingga rakyat Kelantan dapat balik bayaran royalty 5% dari petronas tersebut dalam bentuk cash kepada KERAJAAN KELANTAN mengikut perjanjian akta industry petroleum 1974.
Kalau jadi rakyat membangkang dinegeri PAKATAN , polis Malaysia memang cukup adil memberikan permit untuk buat demo hingga bakar dan pijak gambar ketua menteri pun tak apa, hanya lihat saja, kalau pijak kepala lembu juga tak apa,lihat saja juga, tetapi kalau berkumpul di mahkamah tinggi Jalan Duta tanpa buat demo dan pijak gambar sapa-sapa pun , polis cukup baik hantar FRU dan lori bawa air mandi dan air asid. Adilnya polis Malaysia.
Cuba lihat siapakah yang paling aktif didalam mengusung tilam dan mendakwa serta membawa cebisan tilam pada 1998 , siapakah pula yang tampil didalam sodomi 2 tahun 2010 ini.
Dimana pelakon katif tersebut pada 1998 dan dimana pula pelakon aktif kini pada tahun 2010 ini, tentu taraf sudah dan dan pangkat sudah tinggi, tapi minda masih lagi terjajah, pegawai yang terjajah minda mereka dek orang politik, macam mana pelabur tak lari, sebab itu apa yang menteri MITI kata pelaburan turun 50 % tu memang tepat dan benar cuma dia tak bagi alasan yang menyebabkan penurunan tersebut.

Apakah cerita penglipur lara yang anak tadika asyik tanya bila lihat berita dalam TV ada beza pada tahun 1998 dan 2010 ini. Tentu ada yang mudah lupa tetapi ramai Melayu yang tak akan lupa , kecuali bila dah berusia 83 dan sudah nyanyuk.

Rakyat sudah tahu siapa penulis skrip dan siapa perancangnya.
Mulanya aibkan, jauhkan dari politik, salahkan , buat provokasi, huru hara, mageran, buat pilihanraya, aku masih disokong rakyat, lepas tu enjin hilang ke, PKFZ berulang ke, mati jatuh bangunan atau kena C4 ke, aku apa peduli. Dapat kuasa sudah, naik cukai itu dan ini apa susah, aku dah menang.

Enjin hilang ke, M16 hilang macam di Sauk dulu ke, sapa nak peduli, bila mai PRU beri kain batik dan wang sikit, selesai kerja . Dengar kata lepas ni jururawat dan doktor kena undi pos pula dan tentera dapat pula my ID untuk senang nak isi minyak kereta, apakah ini akan pula menjadi myID nak mengundi sebagai pengundi awam bagi tentera selain dari kelayakan mereka yang sudahpun mengundi sebagai pengundi POS.

Terima kasih Tranung kite kerana artikel dibawah yang ana tumpang siarkan untuk faedah anak cucu kita nanti.


Apakah cerita penglipur lara yang anak tadika asyik tanya bila lihat berita dalam TV ada beza pada tahun 1998 dan 2010 ini. Tentu ada yang mudah lupa tetapi ramai Melayu yang tak akan lupa , kecuali bila dah berusia 83 dan sudah nyanyuk.
Rakyat sudah tahu siapa penulis skrip dan siapa perancangnya.

Mulanya aibkan, jauhkan dari politik, salahkan , buat provokasi, huru hara, mageran, buat pilihanraya, aku masih disokong rakyat, lepas tu enjin hilang ke, PKFZ berulang ke, mati jatuh bangunan atau C4 ke, aku apa peduli. Dapat kuasa sudah, naik cukai itu dan ini apa susah, aku dah menang.


Di bawah ini beberapa fakta untuk tatapan Melayu Umno Pulau Pinang.


1) Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.


2) Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

3) Pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

4) Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini.

5) Kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

6) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar. Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, atu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

7) Pada 2009 pula, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

8) Pada tahun 2009 juga, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.

Sebenarnya orang Umno dengki dan susah hati kerana mereka sudah tidak mendapat kontrak dan projek sebagaimana zaman pemerintahan BN. Mereka gagal mendapat projek kerana sememangnya mereka tidak berkemampuan untuk melaksanakan sesuatu projek yang diberikan. Mungkin sebutharga mereka mungkin tinggi, pengalaman dan kepakaran tiada dan sebagainya.

Selama ini mereka mendapat projek kerana tender rundingan dan mereka mendapat projek atas dasar kroni BN dan Umno. Jadi mereka sekarang berada dalam keadaan tenat kerana hendak beri rasuah kerajaan PR tidak makan rasuah, hendak bodek kerajaan PR 'tidak makan' bodek

Apa kata EXCO Pulau Pinang la ni !

Abdul Malik Abul Kassim, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika mengulas perkara ini semasa ucapan beliau dalam ceramah anjuran PAS Pulau Pinang di tapak ekspo, Seberang Jaya, berkata demonstrasi yang dianjurkan oleh mereka ini adalah demonstrasi yang tidak berjaya.

"Mereka uar-uarkan untuk mengumpul seramai 10 ribu orang Melayu untuk berhimpun bagi menentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang.Tetapi yang datang pada hari itu dan berucap diatas lori itu pun bukannya orang Melayu Pulau Pinang.Datuk Ibrahim Ali bukannya Melayu Pulau Pinang.Dia mewakili parti yang tidak diketahui di Pasir Mas, Kelantan.

"Kini muncul untuk memperjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang.Saya cabar Umno Pulau Pinang jika mereka benar mereka ingin memperjuangkan nasib orang Melayu Pulau Pinang, tukar dan ubah dulu Pengerusi Barisan Nasional yang ada di Pulau Pinang.

"Yang itu pun Umno tak boleh lakukan walaupun mereka ada majoriti kerusi yang dimenangi oleh BN jika dibandingkan dengan Gerakan. Tapi itu pun tak dapat mereka laksanakan bagaimana hendak laksanakan reformasi memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang.

"Dulu semasa mereka berkuasa kenapa mereka tak adakan demonstrasi dan bantahan apabila Melayu memang benar-benar miskin dan ditindas, tapi mereka yang menindas orang Melayu di negeri sendiri.Itu mereka tidaksedar.


"Kini apabila Pakatan Rakyat yang memerintah dan kroni-kroni mereka yang tidak mendapat projek apabila Kerajaan Negeri mengamalkan tender secara terbuka maka mereka kata kita menindas orang Melayu. Sebenarnya apa yang mereka perjuangkan ialah Melayu Umno dan bukannya orang Melayu dalam konteks yang sebenar,"katanya lagi.

Tuesday, February 2, 2010

Terima kasih pembantu DS Najib.

Kata orang kalau nak tahu perangai seseorang, kena tengok perangai kawan rapat beliau, nak tahu kebaikan seseorang kena tanya musuh dia.
Rakyat kena ucap terima kasih kepada pembantu Khas DS Najib PM Malaysia sekarang yang telah menyerlahkan apa sebenarnya yang wujud dalam hati sanubaru beliau. Dalam gegaran dan laungan satu Malaysia ni, rupanya didalam kocek PM ada manusia yang masih lagi ada sikap yang tak enak didengar dek telinga bahkan menyerlahkan apa yang selama ini sedang dan terus diajar didalam modul BTN untuk pegawai yang nak naik pangkat didalam kerajaan Malaysia.
Sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Nasir Safar ini jelas menggambarkan laungan satu Malaysia hanya satu retorik menggantikan Islam hadhari Pak Lah adalah betul dan benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka. Apakah beliau tidak sedar bahawa beliau berada didalam kocek PM . You are what you eat, itu pepatah pasal makanan, tetapi kalau dikiaskan dengan perangai lebih kurang samalah dengan apa yang didik adalah yang yang akan terlekat dalam benak dan pemikiran mereka. Dalam sejarah rasanya Nabi Musa alai hissalam sahaja yang tidak mengikut acuan apa yang didik oleh Firaun laknatullah kerana baginda dibawah didikan Allah . Walaupun segala yang dimakan dan diminum adalah hasil kerja yang dibuat Firaun,, tetapi apa yang terhasil adalah apa yang dikawal oleh Allah.

Bercakap pasal 'aide' DS Najib PM kita ni, fikiran rakyat rasa tak terjadi macam apa yang berlaku diatas,( Nabi Musa dan Firaun), tetapi mungkin hasil didikan begitulah maka terpancut perkataan yang dia telah keluarkan tersebut walaupun ada dicanang dan diwar-war seluruh negara bahawa satu Malaysia rakyat didahulukan tetapi hakikatnya adalah saperti yang telah beliau pancutkan dari lidah dan mulut beliau itulah.
Bayangkan kalau itu yang terkeluar dari pembantu EXCO Kedah ke, EXCO Kelantan ke, atau EXCO Selangor atau P Pinang ke, rasa nya belum masa sampai ofis lagi kawan tu dah masuk lokap, dak pun dah kena ISA kerana mengganggu keharmonian kaum atau nak cetuskan rusuhan kaum, ini tidak , berlaku dalam lingkungan kuasa besar negara yang serba kebal dan kukuh macam tembok besar Cina, maka dengan rela hati letak jawatan, lepas tu selesai kerja.

Selamat wanita kita di Kedah dan Kelantan!!

Kalau anda berjalan ke bandar Alor Setar sekarang ini, pasti anda akan merasa satu kelainan yang nyata dan ini sudah pasti akan menjadikan Menteri wanita DS Shahrizat merasa bangga kerana tiada lagi gambar wanita diperdagangkan saperti semasa BN memerintah sebelum ini, dan bandingkan juga gambar dipapan iklan di Negeri Kedah serta Kelantan dengan negeri-negeri lain yang diterajui BN,
Sudah berbuih mulut kami dalam parlimen menyeru agar semua papan iklan yang mengiklankan produk barangan janganlah jadikan wanita sebagai bahan dagangan sesuai dengan taraf wanita yang diangkat oleh Rasulullah setelah kedatangan Islam, tetapi masih direndahkan martabat sebagai bahan dagangan barangan saperti kereta dan alat audio visual dinegeri dibawah BN, tapi dibawah PAS alhamdulillah, sudah pun dihapuskan unsur dagangan wanita tersebut.

Perkara ini boleh dilakukan hanya jika kita mempunyai 'political will' yang tinggi dan meletakkan pemerintahan itu sebagai satu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak.
Oleh kerana antara perkara yang akan dinilai oleh pembeli adalah barangan yang hendak dibeli, kenapalah gambar wanita yang sengaja dicari tak cukup kain untuk buat baju itu sebagai bahan ditempelkan bersama didalam iklan.
Apa yang menarik didalam papan iklan sekarang disamping bahasa Melayu tulisan rumi, tulisan jawi juga digalakkan, bahkan tulisan dalam bahasa Tamil dan Manderin juga dibenarkan asalkan tulasan dalam Bahasa Melayu hendaklah lebih besar. Siapa kata PAS menyekat perkembangan Bahasa yang lain?



Pernah beberapa kali ana sentuh perkara ini didalam perbahasan semasa sessi parlimen yang kesebelas dulu, namun kerana hanya Kelantan saja yang berada dibawah naungan pemerintahan PAS, maka bagai angin lalu saja teguran kita tersebut, sekarang ni alhamdulillah nampaknya dah ada dua negeri yang rakyatnya selamat dari bala bencana perdagangan wanita dalam iklan ini, mohon komen dari DS Shahrizat sama lepas ini. !

Lihat pula papan iklan di Sabah yang ana ambil di Persimpangan Luyang , tepi jalan Ke Likas, di Kota Kinabalu.

Monday, February 1, 2010

Kesempatan menziarah kawasan!.

Semalam agak sibuk ana, kebetulan hari cuti bagi keluarga dan masa yang ada diambil kesempatan untuk menziarahi pesakit didalam kawasan . Ana ambil kesempatan untuk menziarahi Kampong Alor Besar kerana sudah beberapa bulan ana tidak kesitu dan juga di Guar Kepayang menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada pesakit lumpuh.
Bermula dari awal pagi , menziarahi pesakit barah usus En Fauzi yang sudah berada pada stage 4 , telah memasuki hati dan beliau sudahpun selesai menjalani rawatan chemotherapy di Pulau Pinang. Keadaaan beliau agak keletihan dan mengalami lemah disebelah kiri badan pada power grade 4. Beliau ketika itu sedang bersiap untuk membuat rawatan follow up dihospital.


Kemudian menziarahi Mak Tam Che Embun yang menghadapi masalah vascular disease di kaki kiri beliau sehingga terpaksa dipotong kerana gangrene dan tidak tahan sakit yang amat sangat. Below knee operatiaon telah dilakukan dan sekarang nampak sudah semakin pulih. Beliau tidak menghidapi kencing manis saperti yang biasa kita lihat dimana terpaksa dipotong kaki kerana gangrene. Vascular disease jenis ini selalunya didapati pada penyakit Berger's disease dimana saluran darah tersumbat dan menyebabkan tisu kaki tidak mendapat pengaliran darah yang sempurna sehingga terjadi gangrene. Biasanya masalah ini berlaku pada mereka yang menghisap rokok, tetapi mak Tam Embun tidak merokok. Ana telah menghubungi pihak JKM kerana ia telah membuat permohonan untuk mendapatkan sebuah kerusi roda, ana mendoakan semoga beliau akan diberikan sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan beliau.

Kemudian kami menziarahi Pak Su Chin( Husin) yang menghadapi masalah penat( lelah) COAD yang menghadapi kesukaran untuk bernafas . Beliau sedang dalam rawatan mengambil inhaler ventolin dan ubatan bronchodialater, namun nampak masih dalam keadaan kesukaran bernafas ( respiratory distress). Beliau hanya dapat bertahan dengan memakan ubat dan inhaler, namun tidak dapat melakukan sebarang kerja sekarang ini.

Kesempatan juga digunakan untuk melawat sebuah rumah ibu tunggal dua anak yang masih dalam pembinaan tetapi terbantut kerana tidak mempunyai wang untuk meneruskan pembinaan. Ana menasihatkan beliau supaya berusaha mencari dana melalui JKM dan Pejabat Zakat dan insyaallah kami juga akan turut membantu melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat.


Seterusnya menziarahi En Sharif yang menghadapi masalah renal abscess yang terpaksa membawa renal tube kesana kemari dipinggang beliau kerana masih terdapat nanah disekeliling buah pinggang beliau.

Pak Cik Din yang sudah lumpuh empat tahun, juga diziarahi dan berdoa supaya beliau tabah menghadapi ujian dan terus dengan rawatan physio dan memakan ubat darah tinggi beliau.

Akhir sekali ana dibawa malawat bangunan PASTI yang sedang didalam pemulihan kerana bangunan lama yang terpaksa dirobohkan kerana dimakan anai-anai. Mereka memerlukan sumbangan atap untuk menyiapkan banguanan tersebut untuk pengajian anak-anak disitu . Kepada mereka yang ingin membeli saham akhirat ini , diharap bolehlah membuat sumbangan melalui PAS Kawasan Pendang , ( PASTI Alor Besar dibelakang cek).Hantarkan kepada Pejabat PAS Kawasan Pendang, Km 3 Gajah Mati, Pendang Kedah. Poskod 06700.

Kemudian ana ke Guar Kepayang menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada pesakit lumpuh , tetapi sudah agak hampir pulih.

Sunday, January 31, 2010

Mananya walk the talk Menteri Pelajaran oii. KPI kamu dimana!!

Kalau dizaman Pak Lah, sering kita dengar perkataan " walk the talk", tetapi diaman DS Najib ni tak lagi kedengaran perkataan macam itu, apa yang sering didengari adalah hanya satu Malaysia, rakyat didahulukan.
Beberapa kali didalam perbahasan ana telah menyentuh berkenaan dengan walk the talk yang sering diabaikan oleh kebanyakan Menteri BN ini, Apa yang mereka perkatakan itulah yang mereka langgari. Sering kita dengar sekolah jangan dijadikan gelanggang politik, guru dan anak murid disekolah jangan dicampur adukkan dengan politik, tetapi itulah pengkhianatan yang amat sering dilakukan oleh UMNO dan BN ini.
Mereka larang orang gunakan sekolah untuk gelanggang politik, tetapi merekalah yang sering menjadikan sekolah sebagai gelanggang politik.
Dalam perbahasan peringkat jawatan kuasa bajet 2010 dalam perlimen bulan Disember lepas, ana ada sentuk pasal sekolah tidak benarkan kami wakil dari Parti Pemerintah di negeri Kedah ini masuk kedalam dewan sekolah untuk sama-sama berada diatas pentas semasa majlis pencapaian hadiah cemerlang, tetapi kalau mohon derma sekolah kerajaan Malaysia inilah yang paling kerap memohon, apa yang dijawab oleh Dr Fuad Zarkashi, ia akan beri jawapan secara bertulis berhubung perkara tersebut, namun sampai sekarang ana masih belum menerima jawapan daripada beliau lagi.
Apa yang ana paparkan disini adalah apa yang berlaku 2-3 hari lepas di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Puteh Dalam dalam kawasan ana di Pendang dimana ketua UMNO bahagian, telah menggunakan dewan SMK itu untuk berucap menghentam kerajaan Negeri Kedah dibawah Pakatan Rakyat dengan berbagai hujjah yang tidak ada fakta dan bukti kepada para ibu bapa yang terpaksa hadir atas alasan anugerah cemerlang untuk anak-anak mereka , ramai yang melahirkan rasa meluat dan geram dengan program ini, kata mereka kalau tahu Ketua Bahagian UMNO yang hadir, dari awal mereka tak sudi untuk hadir pada hari itu. Mereka merasakan telah ditipu, Menteri mengajar supaya sekolah tidak digunakan untuk kepentingan politik, tetapi membiarkan UMNO menyalahgunakan sekolah untuk kepentingan politik.
Ana tak kisah kalau mereka nak bagi wang ke, hadiah ke kepada murid cemerlang kerana duit peruntukan untuk Ahli Parlimen Pendang satu sen pun ana tak dapat dari peruntukan untuk kawasan Parlimen, tetapi janganlah menggunakan sekolah untuk meracuni fikiran anak-anak murid kerana itulah yang dilarang oleh Menetri Pelajaran sendiri, harap suatu tindakan perlu dikenakan kepada mereka yang membenarkan sekolah digunakan untuk program meracuni fikiran murid sekolah dengan aktiviti songsang ini.
Yang datang pula buka PPD ke atau Ketua Pengarah Pelajaran ke, tetapi Ketua UMNO Bahagian. Dah nampak jelas tak ada KPI Menteri Pelajaran ni.
Kalaulah begini kata mereka, makin ramai guru dan ibu bapa akan lebih meluat kepada UMNO pada PRU ke 13 nanti. Ana memang sokong cara ini kerana kalau berterusan peristiwa macam ini berlaku, ana tak payah lagi nak teruk berkempen kepada cikgu-cikgu untuk memberi sokongan kepada PAS lepas ini.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.