Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, March 27, 2010

Lepas ni boleh guna air bawa kereta.

Hah dengar ni sapa yang tak boleh bayar, miskin tegar la ni!

Kemterian Luar bandar.


Pasal rumah KEDA ni sampai hari ni pun belum terima jawapan lagi. Menteri dah bertukar beberapa kali, tapi masalah masih tak selesai, apa nak buat.

Hampa masuk tak pa no.


Tu cerita dia.
depa masuk buat pa pun tak pa, di Kedah ni MB nak masuk sekolah pun tak boleh, ana dok minta juga nak masuk, duduk atas stage dengan VIP lain dan tak berucap pun, haram depa tak bagi, Cikgu besar akan jawab dan dah pernah jawab nanti PPD marah. Bila kena marah, masa depan gelap la tu. Maklumlah makan gaji dengan KPM.
Ini yang ana bahas hari tu

Dimana penilaian seorang sahabat

Peluang diberi walau mendapat tentangan sahabat dan musuh, tetapi penerangan dihidangkan agar menerima beliau dengan baik . Strategi dilakar, organisasi disusun, gerakkerja dilaksanakan, akhirnya membuahkan hasil maka menanglah beliau , lalu bermegahlah dengan gelaran dan title Yang Berkhidmat.
Setelah kemenangan dan gelaran diperolehi, maka terus mencanang bahawa aku tidak ada ikatan dengan sesiapa lagi, sudah bagai burung diawangan, tidak semacam layang-layang yang terikat dibumi, aku dah bebas, dah lepas.
Itulah manusia yang semua orang kenal perangai dia.
Masa dalam kelemasan, berkawan dengan semua orang, bila dah ada nyawa sikit habis orang lain kena libas.
Ana teringat apa Allahyarham Dato' Fadhil Mohd Nor, pernah kata dalam ceramah dia lembu kalau dah nak mati kena sembelih, dia kelupur habis tendang dan terajang orang sekeliling tak kira kawan dan lawan habis kena libas. Akhirnya matilah dia.
Itulah kisah kalau nak mati, sebab itu dia buat macam-macam la ni agar orang sanggup terima jadi ahli puak depa dan lepas ni dapat dahan bergantung dan terus boleh hidup.
Ana teringat satu hadis nabi dalam hal ini,bererti "tidak ada kelebihan bagi orang Arab atau Ajam(bukan Arab) malainkan bertaqwa kepada Allah". Maknanya Allah akan melihat siapa yang bertaqwa kepadaNya sahaja di akhirat kelak, usah melalak bela itu dan ini kalau tidak takut atau taqwa ( melaksanakan apa yang Allah perintah dan meninggalkan apa yang Allah larang ),kepada Allah tak ana maknalah hidup ini pada hari akhirat kelak.

Friday, March 26, 2010

Bahas titah di Raja

Ini antara tek ucapan ana semasa berbahas menjunjung kasih atas Titah Baginda Yang Dipertuan Agong semasa meresmikan sidang dewan Rakyat pada 15 Mac lalu.
Ucapan sebenar akan dikeluarkan dalam handsard kemudian, ada anatara perkara yang tidak terdapat dan ada penambahan dan kekurangan daripada teks ini boelh dilihat pada handsard nanti.
Perbahasan Titah agong 2010.

1. Pendidikan dan kesihatan adalah dua perkhidmatan penting yang menjadi kewajipan pemerintah untuk dinikmati oleh rakyat. Oleh itu apa juga persediaan mestilah kepada usaha untuk menjadikan rakyat sihat dan cerdik. Usaha kearah itu perlu dilakukan agar perubatan yang mampu diperolehi oleh rakyat dan pendidikan yang berkualiti dan murah tidak membebankan demi melahirkan generasi yang berilmu , kerana generasi yang berilmu dan cerdik serta sihat lah yang akan membantu membangunkan negara. Kalau negara tidak mempunyai rakyat yang sebegini, sudah pasti akan menemui kesusahan untuk pembangunan negara.
2. Rakyat amat hairan dan ibubapa amat terkilan apabila mendengar peruntukan ratusan juta untuk permata negara padahal dalam masa yang sama peruntukan untuk anak-anak disekolah biasa khabarnya terpaksa dikurangkan sehingga 10 ke 15 % dek kerana kekangan bajet 2010 yang semakin menguncup pada pembentangan hujung tahun lepas. Keluhan terhadap makanan asrama yang dikurangkan daripada 250 hari setahun kepada 200 hari memaksa sesetengah ibu bapa membawa balik anak mereka disetiap hujung minggu kerumah , yang sudah pasti akan lebih membebankan kalau mereka tinggal agak jauh, bukan setakat kos minyak, kos tol bahkan masa dan tenaga terbuang begitu sahaja. Begitu juga pakaian pasukan beruniform yang diberikan dizaman Pak Lah telah ditarik balik, peruntukan tuisyen juga sudah ditiadakan .
3. Jadi adakah berbaloi dengan kita memperhebatkan peruntukan pra sekolah melalui permata tetapi mengkesampingkan sekolah aliran perdana yang menjadi intipati utama pendidikan anak-anak disekolah.
4. Ada kedengaran dan disebut didalam parlimen tadi bahawa wujud desakan daripada pihak PIBG sesetengah sekolah di Pahang untuk anak-anak membawa cat kesekolah untuk menceriakan sekolah dengan mengecat semula. Begitu teruk sekali suasana kewangan di kementerian yang nak mendidik anak-anak kita ini. Sampai cat pun ibu bapa kena beri kepada sekolah, konon wang tak cukup, bajet mengecil tetapi ratusan juta disediakan untuk permata negara , pet project isteri perdana menteri. Bahkan ada sekolah yang diberitakan membuka ruang seluas-luasnya untuk ibubapa membayar yuran sekolah sehingga akhir tahun hanya untuk memberikan ruang supaya sekolah dapat duit yuran ini .
5. Apakah benar bahawa KWAM sudah tiada atau menyusut jumlahnya berbanding dulu, bantuan biasiswa sukan sudah tiada terutama mereka yang berada disekolah sukan, RMT , yuran tuisyen yang dimulakan dizaman Pak Lah , pendek kata selagi potongan ini tak sampai 10-15 %, maka senarai ini tak akan berhenti.
6. Saya ingin bertanya apakah khabar ini hanya khabar angin atau memang berita sahih, kerana keluhan ini saya perolehi daripada ibubapa yang anak mereka berada disekolah sukan yang tinggal diasrama.
7. Seperkara lagi yang tak kurang pentingnya adalah masalah kos rawatan perubatan. Pelaksanaan ‘full paying patient’ atau ‘private wing in major government hospital’ akan diteruskan ke semua hospital berkepakaran ini sudah pasti akan menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan rakyat . Apa tidaknya kalau pesakit yang akan membayar kos perkhidmatan untuk mendapat rawatan pakar yang sama akan juga terpaksa melakukan rawatan kepada pesakit yang tidak membayar saperti kos diswasta. Ini sudah pasti akan menimbulkan ‘conflic of interest’ kerana beliau terpaksa melayan pesakit yang membayar melebihi rawatan pesakit biasa yang tidak membayar saperti petani dan penoreh dikampong yang datang kerana dirujuk dari hospital daerah misalnya.
8. Fokus untuk memberi rawatan tentulah lebih kepada mereka yang membayar, walaupun dikatakan hanya boleh dibuat selepas waktu pejabat. Sakit tidak kira jam dan saat. Masa dia datang maka Dr lah manusia yang dia buru. Itu baru petugas yakni Pakar itu sendiri, bagaimana pula dengan kemudahan lain saperti peralatan, dewan bedah, pakar bius dan seangkatan dengannya. Bayangkan kalau ibu yang mengandung hendak bersalin telah menjadi pesakit berbayar dan pakar bius sedang merawat pesakit biasa yang tak berbayar, apakah pakar bius yang akan memberi bius untuk LSCS padahal pesakit telah membayar akan meninggalkan pesakit yang tak berbayar tadi untuk melayan pesakit yang membayar tersebut.Sudah pasti pakar tadi berada didalam dilema.
9. Perlu diingat bahawa didalam negara kita yang terdiri daripada 28 juta rakyat, 60 % masih lagi didalam kategori miskin.
10. Pelaksaan skim FPP ini dilakukan pada awalnya adalah satu usaha untuk menghalang daripada doktor pakar berhijrah kesektor swasta , tetapi kerajaan kena membuat kajian yang lebih lagi berhubung perkara hijrah ini kerana bukan setakat gaji yang menjadi teruhan tetapi dari segi khidmat dan kemudahan lain perlu juga diberikan perhatian didalam membendung masalah ini. Kewujudan terlalu banyak hospital swasta didalam sesuatu kawasan sudah pasti akan menjadi daya tarikan kepada bertambahnya penghijrahan ini berlaku. Menghadkan jumlah kewujudan hospital swasta ini perlu difikirkan seccara serius juga untuk keutuhan sistem di hospital awam. Khidmat sokongan termasuk peralatan canggih dan terbaru perlu diwujudkan dihospital awam selari dengan yang ada di swasta, barulah khidmat yang diberikan menimbulkan rasa kepuasan kepada para pakar tadi.
11. Mengujudkan skim perkhidmatan yang lebih baik serta peluang kenaikan pangkat dan memberikan insentif yang lumayan sudah pasti akan mengurangkan penghijrahan ini.
Pada masa ini , daripada keseluruhan doktor yang ada didalam negara ini, 30 % doktor yang bertugas di hospital awam terpaksa merawat 70 % pesakit yang datang berbanding dengan 70 % doktor disektor swasta yang merawat 30 % pesakit disana. Perkhidmatan yang tidak seimbang ini sudah tentu akan menjadikan kerjaya disektor awam begitu membebankan sehingga berlaku punca kepada penghijrahan kesektor swasta ini.
12. Kita bimbang pelaksanaan FPP bukan nanti menghalang Doktor berhijrah tetapi ia akan menjadi push faktor pula untuk menambah lagi syarat untuk dr berhijrah keluar kerana ratio sekarang masih jauh daripada standard iaitu 1: 1,105 pesakit.
13. Memang sudah terang lagi bersuluh, tindakan awal didalam usaha untuk membuka ruang kepada penswastaan sepenuhnya hospital saperti kerja-kerja yang lain yang sedikit demi sedikit telah terlaksana sekarang di bahagian pembekalan ubat, dobi, pembersihan, pelupusan sisa perubatan dan lain lagi kesemuanya yang melibatkan enam perkhidmatan sekarang ini dihospital awam telah berlaku.
14. Sebab itulah kalau sesuatu pembedahan itu hendak dilakukan dan memerlukan sesuatu peralatan atau prosthesis saperti kanta mata, besi untuk patah dan sebagainya pesakit diarahkan membeli dahulu sebelum pembedahan dapat dijalankan. Ada barang ada pembedahan, atau kena hutang dan bayar kemudian. Kalau tidak, tunggulah disitu melainkan ada peruntukan daripada tabung bantuan perubatan yang diluluskan.
15. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan baru-baru ini dlm akhbar 17 Mac 2010 menyatakan Kementerian akan melaksanakan penghantaran ubat kerumah melalui pos laju. Saya ingin tahu apakah jenis penyakit yang akan dihantar melalui pos ini . Alasan yang diberikan adalah untuk mengurangkan kesesakan dihospital dan memudahkan pesakit kerana menjimatkan masa. Bagaimana dengan pemeriksaan sebelum rawatan diberikan misalnya darah tinggi ke, kencing manis ke ,epilepsy ke atau lain-lain penyakit yang memerlukan pemeriksaan dan diagnosa tepat sebelum rawatan diberikan .
16. Apakah kementerian sudah mulai lari daripada konsep asal rawatan iaitu mesti melakukan diagnosa dahulu kemudian baru merawat kerana bagi rawatan sambungan saperti ini , ia memerlukan pemeriksaan berkala dan setelah doktor berpuas hati barulah rawatan diteruskan atau pun perlu kepada penambahan dos atau pengurangan dos bergantung kepada hasil pemeriksaan atau ujian makmal kalau diperlukan.
17. Apakah konsep klinik 1 Malaysia juga akan digunakan disini kerana tidak perlu pemeriksaan doktor , hanya pembantu perubatan sahaja terus dirawat, atau hanya pegawai farmasi sahaja yang memainkan peranan . Apakah kalau terjadi sesuatu komplikasi, maka pembantu perubatan atau pegawai farmasi ini boleh dipertanggungjawabkan.
18. Satu persoalan yang merunsingkan saya sebagai pengamal perubatan adalah kewujudan klinik 1 Malaysia ini, nak dikatakan dibawah hospital tidak, dibawah PKD pun tidak, bahkan kalau swasta pun sudah pasti tidak. Didalam RUU Akta 586 penjagaan kesihatan swasta, yakni menubuhkan klinik mestilah diketuai oleh seorang pegawai perubatan yang berdaftar dengan MMC dan diperbaharui sijil amalan tahunan setiap tahun, premis mesti menepati kriteria tertentu umpamanya saiz pintu, kemana pintu dibuka dan arah pintu, berapa jumlah pintu serta apa peralatan yang perlu ada didalam klinik dan semua ini termasuk didalam syarat untuk menjadi sebuah klinik, jadi dimanakah letak Klinik 1 Malaysia ini. Setelah semuanya ada barulah bahagian amalan swasta akan datang memeriksa dan meluluskan untuk boleh beroperasi dibawah pengendalian pegawai perubatan berdaftar dengan MMC.
19. Sekiranya dibawah PKD, PKD manakah yang bertanggung jawab, kalau dibawah hospital unit manakah yang mengendalikan klinik ini. Janganlah kepada pengamal swasta kita kenakan deraan dengan berbagai karenah birokrasi yang berat-berat, tetapi bagi klinik 1 M ini, semuanya boleh. Siapakah nanti yang menanggung risikonya.

20. Dr T Jayabalan, yang mewakili pekerja dan Majlis Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) penasihat kesihatan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
mendakwa, kajian klinik-klinik 1Malaysia mendapati ada pegawai pembantu perubatan memberikan ubat yang silap kepada pesakit.
Kajian berkenaan didakwa dilakukan di Kampar, Perak.
“Mereka memberi preskripsi untuk ubat yang salah dan ada juga yang membekalkan ubat yang mereka tidak ditauliahkan untuk berbuat demikian.
"Ada juga yang didapati gagal mengenalpasti sakit yang dihadapi oleh pengunjung klinik itu,” .
21. Baru beberapa bulan Klinik 1M ini dibuka, sudah ada kes sebegini, saya bimbang banyak lagi kes kesilapan diagnosa dan rawatan serta kesilapan memberi preskripsi akan berlaku sekiranya amalan ini diteruskan , pastinya Pembantu Pegawai Perubatan tidak mampu untuk dipertanggungjawabkan seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku.

22. Saya juga ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Pelajaran berhubung mengkategorikan pelajar cemerlang SPM yang kerap mengelirukan rakyat terbanyak apabila sahaja keputusan diumumkan. Sebagai contoh pada keputusan SPM 2009 lalu, pelajar cemerlang peringkat negara Gladys Tan Yee dari Sek Men Keb Green Road Kuching mendapat 10 A+, beliau dinobatkan sebagai pelajar cemerlang negara , tetapi kalau ditinjau daripada keputusan , ada pelajar lain yang lebih daripada itu saperti Saudara Zamer Eizaaz Ab Raihan dari maahad Tahfiz Al Quran Pulai Chondong yang mendapat 14A ( 13 A+ dan 1A) serta hafiz 30 juzuk , dan Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki 15A ( 12A+, 2A, 1A-), Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammadi Perempuan 15A (10A+). Cemerlang apa maknanya begini , apakah banyak A+ yang diperoleh atau dari mana sekolah dimana pelajar datang ?.



Media perlu bebas dari kongkongan fitnah .
Dinegeri Pakatan Kedah misalnya, media tidak menyebarkan kerja yang dibuat Kerajaan yang memerintah tetapi menyiarkan tugas wakil rakyat pembangkang, bahkan tugas ketua UMNO pun dimasukkan didalam RTM , tetapi apa program yang dihadiri MB untuk menfaat rakyat langsung tidak diberikan liputan. RTM nampaknya sudah tidak menjadi lagi Media kerajaan tetapi sudah menjadi media parti politik UMNO BN di Negeri Pakatan Rakyat.

Thursday, March 25, 2010

Di Kedah ke , di Penang ke atau Selangor ni!!

Dari sini UMNO lahir.
Di sini UMNO tak pernah jatuh
disini UMNO gah
disini juga UMNO memerintah dari sejak merdeka
Tetapi disinilah juga UMNO yang akan kata pemusnah kalau dilakukan ditempat lain
kalau yang lakukan Ust Azizan
kalau yang buat TG Nik Aziz
kalau yang buat TS Khalid
Kalau yang bikin YAB Lim Guan Eng
tapi hakikatnya inilah.
Kpg Beremban dapat saguhati
Kg Buah Pala dapat rumah flat
Kpg di Negeri Darul UMNO dapat apa????
Kemusnahan
kehancuran dan
air mata.
oh
PERKASA.
Mana suara
mana pembela
Bangsa dan nusa
oh Melayu ku.
begini jadinya

Wednesday, March 24, 2010

Oh macam tu ke ceritanya.!!

Syok juga baca posting kawan ana sorang nih. Bukan apa, tapi cerita yang keluar ni bak kata otang menimbau sejarah lama saperti luka yang telah berparut tetapi berdarah semula.
Maklumlah banyak yang dah lupa, bila disebut semula maka cerita tu jadilah benda baru dan perlu di refresh balik agar terus kekal dalam ingan, bahkan kalau yang tak tahu pun akan tahu dan nak tahu lagi apa yang mereka masih belum tahu.
Inilah sebenarnya faedah yang ada pada media internet ni, terima kasih lah kepada PM yang telah melancarkan HSBB malam tadi dimana peruntukan 1 B termasuk dalam usaha nak beri budak bersekolah notebook untuk mereka lebih pandai dan cerdik, tapi harap jangan la pulak yang diberi tu macam yang terjadi pada PPSMI yang entah kemana menghilangnya. Tenguk juga apa jadi pada KWAM, RMT disekolah, biasiswa sukan untuk sekolah sukan, yuran makan asrama dari 250 hari setahun jadi 200 hari saja setahun , elaun tuisyen dan uniform pakain kokurikulum yang khabarnya sudah menyecut dan mengecil, kemana semua tuh.
Aulawiyat mana yang kita pakai notebook ke persekolahan ke.?. Tak kan nak flip flop lagi kot.
Dalam ucapan semalam, beliau banyak menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan yang cuba diberikan.
Nak tahu lebih lanjut kena tanya lawyer la, ana tak arif hal mahkamah ni.

Hanya kebetulan, ilham dari mimpi la tu.

Ilham boleh datang bila-bila masa.
Kalau penyair,masa tidur dan bangun tengah malam pun boleh datang ilham, tengah dok meneghan dalam rumah kecil pun boleh datang ilham, bahkan tengak bawah kereta pun boleh datang ilham.
Jadi jangan hairanlah jika ia bersamaan dengan sesuatu, itu semua mungkin ter serupa sahaja.
Sebab itu DSAI kena jawab dalam masa 1 minggu.

Tekun oh tekun.

Pasal TEKUN ni dah jenuh dah kita berkokok, tapi yang dapat tu tahu sajalah siapa dia . Sebab tu lah bila mai tang nak bayar hutang, hanya 73 % saja yang dapat melunasi perjanjian mereka nak bayar, yang lain tu buat-buat tak bayar atau saja tak mau bayar. Kena tengok pula yang berhutang tu jenis buat sungguh ke atau hanya bila ada peluang boleh pinjam, maka aku pinjamlah.
Ditempat ana dulu pejabat TEKUN pun duduk dalam pejabat UMNO, macam mana nak kata depa ni tak bias. Konon kata free, tapi bila Menteri jawab dia kata pula kena sewa yang kecil.
Kalau kita tengok AIM, walaupun yang pinjam kebanyakannya kaum wanita, tetapi tahap bayaran mereka adalah 90 % lebih, kenap dan mengapa. Antaranya mereka ada sahabat AIM yang tolong peringat dan kalau tak bayar kena tolong bayar, jadi yang lain janganlah buat onar nanti dia kena tolong bayar kepada orang lain pula.
TEKUN tak payah penjamin dan mudah sangat nak pinjam, kalau pemimpin BN/UMNO sokong memang mudah lah dapat, kalau kami yang sain, alamat tong sampahlah dia.
Apa yang jadi masalah duit tu adalah duit yang diluluskan oleh parlimen, bukan diluluskan oleh perhimpunan agong UMNO tau.
Lihat sini apa Menteri jawab semalan .

Bila nak 'tiru macam saya'.

وَاتَّقُواْ فِتْنَةً لاَّ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمْ خَآصَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

8.25. Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya

Bila agaknya kita akan berjumpa dengan keadaan begini dinegara kita

Mewahnya depa di Kedah.

Dulu Allahyarham Ust Fadhil kata Perlis dan Kedah mana ada minyak, minyak gamat ada la di Langkawi sana, sebab tu Kedah miskin. Kalau kita perintah apa yang kita ada untuk buat bajet di Kedah ni. Macam serigala yang tak dapat capai anggur kerana tinggi, dia kata anggur tu masam.
Begitulah bila kita tak dapat tawan Kedah dulu.
Tapi bila terdengar apa yang disebut oleh YB Machang dalam parlimen hari tu masa mencelah Marang berbahas, rupanya baru kita tahu bahawasanya apa yang depa dapat hari tu sebelum Pakatan perintah rupanya bukan duit minyak gamat, tetapi duit minyak sungguh yang di 'syphon' dari negeri Terengganu hasil dari royalti minyak.
Padan la belanja sakan depa hari tu.

Betui ka ni, siasat jangan tak siasat.

Apa yang saya beritahu ini adalah benar, tidak ada yang tak benar melainkan benar sebenar-benarnya.
Itulah agaknya apa yang biasa kita dengar sumpah dalam mahkamah, lain daripada sumpah yang dibuat oleh seseorang didalam masjid mengaku diliwat dan lain pula dengan sumpah yang dibuat oleh seseorang didalam dewan rakyat mengenai saham dan ALP syarikat taukeh judi.
Itu hal yang diakui dan disahkan sebelum memberi keterangan didalam mahkamah, tetapi apa pula halnya saperti yang dilaporkan kepada polis oleh YB Subang ni mengenai KPN kita yang bakal bersara pada September nanti, yang kabarnya memang kamcing dengan Menteri Dalam Negeri.

Petua nak kaya cepat.

Soalan ana hari ini kepada Menteri yang jaga SUBUR dan Pertanian serta industri asas tani.
DR. 24.3.2010
8
2. Dato’ Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani menyatakan berapakah jumlah hutang TEKUN yang belum dijelaskan
dan usaha untuk mengambil balik hutang tersebut serta kategori peminjam, jenis
perniagaan atau usahawan serta kesan daripada ‘surat menangis’ yang dilaksanakan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Seri Noh bin Haji Omar]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. TEKUN Nasional adalah sebuah institusi yang
menyediakan peluang perniagaan serta peluang menjana pendapatan pembiayaan
modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta jaringan usahawan. Di
antara sektor perniagaan yang diceburi oleh usahawan TEKUN adalah seperti sektor
perkhidmatan, pemborongan, pembuatan, peruncitan, pertanian dan juga industri asas
tani.
Sehingga 28 Februari 2010 sebanyak 198,739 pembiayaan yang bernilai
RM1.47 bilion telah dikeluarkan kepada 159,587 usahawan di seluruh negara. Daripada
jumlah tersebut sebanyak 17% iaitu 33,149 pinjaman dengan nilai tunggakan sebanyak
RM133.27 juta yang masih belum dijelaskan oleh peminjam TEKUN. Kaedah
pembiayaan yang dikeluarkan oleh TEKUN adalah mudah, tanpa penjamin dan cagaran
menyebabkan sebilangan usahawan gagal membayar balik pinjaman mengikut jadual.
Untuk meningkatkan kutipan bayaran balik TEKUN Nasional telah mengambil
beberapa langkah. Di antaranya dengan mengeluarkan surat rayuan yang juga dikenali
sebagai ‘surat menangis’ kepada peminjam tegar yang mempunyai tunggakan yang
tinggi. ‘Surat menangis’ yang dikeluarkan mulai Disember 2009 telah dikeluarkan
kepada 3,206 orang peminjam. Daripada jumlah tersebut hanya 2,303 ataupun 72%
membayar balik pinjaman TEKUN apabila menerima surat menangis dan 28% lagi tidak
mengendahkan surat tersebut.
Langkah yang kedua apabila ‘surat menangis’ ini tidak diendahkan TEKUN akan
mengeluarkan pula surat peringatan melalui Jabatan Undang-undang daripada TEKUN
kepada peminjam-peminjam yang masih lagi tidak mahu membayar hutang. Sekiranya
gagal surat dakwaan, surat notis ke mahkamah pula akan dikeluarkan oleh TEKUN
melalui syarikat guaman yang dilantik oleh pihak TEKUN. TEKUN juga telah
mengadakan perbincangan dengan Bank Negara untuk menyenaraihitamkan peminjampeminjam
TEKUN yang masih lagi degil untuk membayar hutang mereka. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita tahu banyak cara orang hendak
DR. 24.3.2010
9
jadi kaya sekarang ini. Antaranya masuk MLM, Skim Cepat Kaya dan ada yang lompat
parti ataupun ugut hendak lompat. Ini boleh cepat kaya.
Beberapa Ahli: [Menyampuk][Ketawa]
Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Janganlah buat fitnah.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Saya hendak tanya
kepada Menteri.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kalau tuduhan itu betul you
lompatlah. You jadi kaya.
Seorang Ahli: Yang Berhormat Kalabakan sudah sebut semalam!
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Yang Berhormat Menteri,
saya ingin bertanya. Saya sudah jadi wakil rakyat dua penggal. Banyak borang yang
telah saya tandatangani untuk permohonan TEKUN ini. Akan tetapi apabila saya
bertanya kepada mereka yang memohon kebanyakannya tidak dapat.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat bila hendak
lompat?
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Apabila tidak dapat saya
tanya kenapa tidak mohon semula? Setiap jawapan yang saya dapat daripada
pemohon-pemohon ini mereka mengatakan hendak ambil borang pun kena pergi
pejabat TEKUN yang berada di Kompleks UMNO. Hendak tandatangan borang pun
kena wakil rakyat daripada UMNO. Hendak serah borang pun kena serah borang di
pejabat TEKUN yang ada di pejabat UMNO. Di Pendang, alhamdulillah, telah tiga kali
dalam sesi yang lepas saya kemukakan soalan ini dan sudah dipindahkan keluar
daripada Pejabat UMNO Pendang. Akan tetapi di Selayang saya nampak ada masih
lagi di Darul Kifayah di Kompleks UMNO. Jadi soalan saya bilakah...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Hendak pindah itu silap itu.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Bilakah kementerian
akan mengeluarkan TEKUN ini daripada kepompong bahawasanya hanya merekamereka
yang berada di kelompok tertentu sahaja yang layak untuk memohon pinjaman
TEKUN. Terima kasih Menteri.
Datuk Seri Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Ini soalan ini
berbau soalan politik ini. Hendak jawab secara politik ke secara fakta? Yang Berhormat
saya sudah nyatakan tadi pinjaman yang telah kita keluarkan kepada 159,587
usahawan. Bolehkah Yang Berhormat buktikan kepada saya bahawa daripada 159,587
ini tidak ada seorang pun orang PAS dapat pinjam?
DR. 24.3.2010
10
Kedua, isu duduk di bangunan UMNO ialah kerana TEKUN pada mulanya
diberikan pembiayaan tanpa ada wang pengurusan. Mula-mula wang TEKUN ini
diberikan lebih kurang RM982 juta sahaja Yang Berhormat, tanpa duit pengurusan.
Kemudian daripada wang perkhidmatan yang kita buat daripada RM982 juta ini TEKUN
telah mampu untuk mengadakan wang pusingan sebanyak RM1.4 bilion.
1030
Oleh kerana bangunan UMNO ini, kerana UMNO ini parti yang menolong rakyat.
Berjuang untuk rakyat dan setiap UMNO kalau ada bangunan, ada bangunan sendiri.
Saya tidak tahulah kalau setiap kawasan PAS pula ada bangunan seperti mana UMNO
ada bangunan sendiri.
Jadi oleh itu kita menggunakan bangunan UMNO ini dengan understanding kita
bahawa ada UMNO memberi percuma. Percuma. Tidak ada sewa. Kadang-kadang kita
bagi percuma sahaja. Kita bagi. Jadi oleh itu kita hendak membantu rakyat. Jadi oleh
kerana sewa daripada UMNO ini ada yang bagi percuma ada pun ada, ada yang bagi
sewa yang cukup rendah.
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk][Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sri Gading percuma. Sri
Gading percuma kerana hendak membantu rakyat.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Saya pun tidak faham macam mana Naib
Presiden boleh menang macam ini perangai. [Ketawa] Dengarlah saya cakap. Saya kata
ini orang PAS ini salah pilih Naib Presiden ini. [Disampuk]
Tengok, Yang Berhormat Naib Presiden UMNO. Rileks sahaja jawab sebagai
Menteri. Itu baru betul.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya setuju.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Dia dulu bergaduh dengan polis
dulu ini.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itu warga pengundi PAS salah
pilih.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Dengar, Yang Berhormat. Saya kata ada
bangunan UMNO yang bagi percuma. Ada juga UMNO yang memberi sewa yang
minimum.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Oh, UMNO makan sewa jugalah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat.
DR. 24.3.2010
11
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Oh, tengok itu Timbalan
Presiden PAS. [Disampuk]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Oleh itu Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat,
saya minta jangan mengganggu. Yang Berhormat Menteri sedang menjawab Yang
Berhormat ya.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Soal Yang Berhormat kata kalau kata
Pendang. Keluar daripada UMNO Pendang, itu bukan kerana desakan daripada Yang
Berhormat. Tidak ada kena mengena. Kalau dia pindah kepada Pendang pun, bahawa
TEKUN di Pendang sudah mampu untuk berdikari dan boleh menyewa bangunan dia
sendiri dan mungkin juga UMNO Pendang sudah tidak ada tempat untuk beri ruang
kepada TEKUN kerana mungkin bangunan-bangunan di Pendang begitu padat untuk
kita gunakan. Jadi kerana itu Yang Berhormat, kalau tuduhan mengatakan bahawa
TEKUN ini hanya untuk orang UMNO sahaja, itu adalah tuduhan yang tidak betul.
Saya juga tadi, Yang Berhormat nyatakan bahawa apa tadi kata lompat parti
Yang Berhormat itu salah tuduh. Yang sebelum 16 September, siapa punya idea lompat
parti ini? Bukan daripada Barisan Nasional. Ini pembangkang punya idea. Sekarang ini
bila idea pembangkang tidak jadi lompat parti...
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Yang Berhormat Kalabakan kata
umpan yang diberi kepada Yang Berhormat Bayan Baru itu besar.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: ...pun hendak tuduh kita juga. Jadi Yang
Berhormat. [Ketawa]
Seorang Ahli: Ini sudah meleret ini.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Ini bukan meleret, saya jawab sebab saya
kata tadi soalan yang ditanya soalan politik, saya jawab secara politik. Kalau soalan
ditanya secara profesional, saya jawab secara profesional...
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Yang Berhormat Kalabakan, Yang
Berhormat Kalabakan.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: ... Terima kasih.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Yang Berhormat Kalabakan kata
umpan dibagi besar. Sebab itu dia lompat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Setiu.
Dato' Haji Mohd. Jidin bin Shafee [Setiu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya ingin mengucapkan terima
DR. 24.3.2010
12
kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kerana TEKUN
yang ada ini dapat membantu banyak orang miskin terutama di kawasan luar bandar.
Cuma saya hendak minta soalan tambahan saya untuk menambahkan soalan kepada
soalan yang telah dibuat. Apakah Yang Berhormat Menteri melihat bahawa peminjam
Amanah Ikhtiar Malaysia dengan peminjam TEKUN ini, adakah diselaraskan sama ada
kalau sudah dapat pinjaman TEKUN, maknanya pinjaman Amanah Ikhtiar itu tidak dapat
ataupun kedua-duanya dapat ataupun digabungkan bersama? Boleh atau tidak Amanah
Ikhtiar Malaysia pun dapat, TEKUN pun dapat. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Kalau
seseorang peminjam sudah mendapat Amanah Ikhtiar tetapi Amanah Ikhtiar ini
jumlahnya sedikit. Namun kalau dia hendak membesarkan lagi perniagaannya, maka
sudah tentu TEKUN tidak ada halangan untuk kita memberikan pinjaman untuk
membesarkan lagi modal perniagaannya.
Bila Yang Berhormat kata TEKUN, kita sedar bahawa TEKUN – Bila Yang
Berhormat sebut Amanah Ikhtiar, kita sedar bahawa Amanah Ikhtiar merupakan satu
kelompok pinjaman yang bayaran yang cukup baik kerana ada sistem pier-pressure.
Oleh itu TEKUN juga akan menubuhkan Kelab Komuniti TEKUN di tiap-tiap kawasan
Parlimen di mana kelab ini nanti akan dianggotai oleh peminjam-peminjam TEKUN dan
juga ahli-ahli kelab ini nanti akan diberi bimbingan usahawan dan juga kita akan beri
peluang kepada kelab ini untuk membantu pegawai-pegawai TEKUN untuk mengutip
hutang di kalangan mereka.
Insya-Allah saya yakin apabila Kelab Komuniti TEKUN ini ditubuhkan di setiap
kawasan Parlimen, maka lebih mudah untuk kita memastikan peminjam-peminjam
TEKUN ini menggunakan duit mereka untuk perkara-perkara yang benar dan juga
masalah kutipan hutang ini dapat kita atasi. Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Soalan tambahan, Yang
Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah, Yang
Berhormat. Cukuplah.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Soalan ini penting, Yang
Berhormat. Melibatkan rakyat di luar bandar termasuk kawasan Tuan Yang di-Pertua
juga.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah, Yang
Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

Katak emas kata katak puru

Hari ini berlaku lagi peperangan dalam dewan dimana kisah kata mengata antara Pasir Mas dan machang, kedua-duanya datang dari Kelantan , yang dipersoal pasal saham syarikat judi , yang untung taukeh judi, yang beri lesen Menteri Kewangan, yang main dan beli rakyat ada yang beragama Islam.
Saham dalam syarikat ini sudah tentulah taukeh judi yang punyai, tetapi siapa lagi yang pegang kena semak tengok dalam SSM lah.
Ada yang bersumpah tadi tidak ada sedikit pun saham judi ini dan sanggup junjung Quran dalam sumpahnya tersebut, ana fikir sama dengan sumpah seseorang yang pernah mengaku diliwat oleh seorang bekas pembesar negara.
Sebut pasal sumpah junjung quran ni, teringat juga masa budak-budak dulu, sikit-sikit sumpah junjung quran, tetapi fahamkah kita apa yang ada didalam al Quran tersebut dan kenapa Al Quran itu diturunkan dan tujuan apa. Allah menurunkan Al Quran kepa Nabi Muhammad untuk kita laksanakan peraturan dan hukum yang terkandung didalamnya . Yang pernah ana belajar sumpah ni berlaku pada masalah liaan dimana sisuami menuduh isteri melakukaan dosa zina depan mata dia tanpa dapat membawa 4 saksi kerana tidak ada saksi, itupun sebanyak 3 kali.
Adapun pasal yang lain tidak ada sumpah nak junjung Al Quran pulak tu. Sumpah budak-budak ada la rasanya.
Pertikaman itu boleh dilihat disini

Tuesday, March 23, 2010

Satu lagi , diutara pulak dah.

Satu lagi PRK bakal diadakan.
Kali ini dinegeri besar kelemboi, Perlis. ADUN dari MCA dari DUN Titi Tinggi telah meletakkan jawatan dan sudah menghantar surat kepada Speaker Perlis dan sedang menunggu keputusan SPR. Mengikut kaedah apa yang berlaku di Kota Siputeh, maka makan la masa setahun dua sebelum boleh diadakan PRK . SPR kata tak payah, masuk mahkamah kata sah, SPR rayu kata tak sah , mahkamah rayuan kata sah dan sampai macam tu lah kut sampai lah tiga tahun lepas tu SPR kata masa dah lepas dan ikut undang-undang maka tak payah PRK, maka selamatlah BN sekali lagi. Macam apa yang terjadi kepada DUN Kota Siputeh, sampai la ni masih dok tunggu bila nak buat keputusan. Hukum dah rayu dah cuma keputusan belum. Orang sana semua dah dapat, jalan tar, rumah baru, Menteri dah turun tidur dirumah pengundi , sekolah pun dah semua dilawati, batuan demi bantuan dah diperolehi, cuma mungkin masih menunggu musim mengerat kot boleh Menteri turun mengerat dan mukoi padi, lepas tu masuk TV lepas tu baru buat pilihanraya. Kalau di Kuala Krai hari tu boleh pi motong, di Kota Siputeh bendang banyak, pi megerat padi pulak la walau pun la ni orang dah pakai mesin semua dah.
Tapi baru saja habis musin padi ni, kena tunggu 3 bulan lagi la, atau nak cepat suruh pi menanam cepat sikit. Ambik gambar dan siar dalam TV , menteri berjiwa rakyat turun bandang tanam padi.

Speaker DUn Perlis kata dia serah kepada SPR dan tak hantar surat lagi kepada SPR, lepas tu dia kata keputusan ada pada SPR dan khabarnya DS Najib kata PRK tak jadi kerana ADUN itu tak letak jawatan. Lepas tu SPR pun kata PRK tak jadi. Rakyat sekali lagi keliru, mana satu yang berhak memutuskan kekosongan kerusi dan mengadakan pilihanraya ni, Speaker ke atau SPR ke, PM ke atau SPR ke. Nampaknya habis dak terbalik kuang dalam negara kita hari ini. Mana yang lebih berautoriti tak tau dah, dengar seakan-akan PM semua yang kawal dari Speaker, SPR dan PRK. Kalau macam ni bilalah orang luar nak oercaya dengan sistem negara kita dan bagaimana nak tambah keyakinan mereka untuk menarik melabur kedalam negara kita nih.
Walaupun tak jadi letak jawatan, salah satu ahli parti komponen BN mendesak supaya beliau mesti letak jawatan.Depa kata ini menjatuhkan imej BN di Negeri Perlis. Memang jatuh dah pun, hari tu PBT tak bayar bil letrik sampai kena sita oleh mahkamah. Tak tahulah apakah punca maka jawatan diletak, surat dihantar, tetiba PM kata tak letak. Main silap mata pulak demo nih.

Nasib baik juga bukan Titi Serong yang buat surat tu, kalau tidak belum sampai surat kepada speaker DUN, SPR dah tetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi.

Bukan 8 tapi 40 le! siapa tu ha.

Bukan 8 tapi 40 orang semuanya.
Itulah pengakuan Bayan Baru kepada pemberita semalam setelah diasak oleh Kalabakan untuk beliau mendedahkan berapa ramai ahli Parlimen BN yang akan melompat parti. Beliau bangun untuk meminta penjelasan daripada Kalabakan semasa perbahasan, tetapi tidak dibenarkan oleh Kalabakan bahkan Seri Gading bangun untuk menenangkan suasana pun tak diberi jalan.

Maknanya apa yang dikatakan 16 September tu memang adalah, cuma bila kena bawa lari ke Taiwan , maka tidak jadi lah undi tak percaya pasal jumlah tu tak cukup. Ana agak lagu tu lah dari apa yang diberitahu oleh Bayan Baru kepada pemberita. Yang lain tu buat ulasan sendiri lah , kan Malaysia ni negara demokrasi.
Cuma apa yang berlaku semalam semasa perbahasan Kalabakan tu nampaknya ada bayangan bahawa Bayan baru sudah makan umpan sehingga gemuk sekarang ni.
Beliau juga mempersoalkan siapakah yang komunis boleh berada dalam dewan yang mulia ini, atas tuduhan Bayan Baru bahawa KM Pulau Pinang adalah Komunis dan Cauvanis.
Mulai hari ini , PM kena lebih hati-hati kerana ada 40 orang dalam blok belah sana yang sudah pasang angan-angan nak lompat tu kalau sesuatu tak dilakukan!.
Rujuk sini
lihat apa pulak yang berlaku pada hari ini.
Beliu tidak menyebut pula siapa timbalan Speaker yang dikatakan akan mempengerusikan mesyuarat tu

Tekun punya hal.

Alahai inilah jadinya kalau hak kerajaan dan rakyat dikatakan hak depa.
Pinjam dan hutang itu dijadikan faraid untuk kaum kerabat depa saja. Bila dah ramai tak bayar, baru nak gaduh, pasal sumpit dah kecut, yang pohon ramai, yang hutang tak mau bayar, tu la kalau yang diatas buat kerja macam yang dibawah ikut, tunggulah nanti hancur negara.baca sini

Pembela bangsa, penyelamat agama.

Hari ini dalam perbahasan di Parlimen YB Machang Sdr Saifuddin Nasution telah mendesak Kementerian Kewangan menjelaskan bagaimanakan syrikat yang diberikan lesen untuk beroperasi dalam pertaruhan syarikat judi yang sahamnya juga di punyai oleh seorang pembela agama dan bangsa, pembela Melayu tapi bernaung dibawah syarikat judi yang memberikan hasil lumayan, apakah ini suatu kerja yang menjana pendapatan yang berkat?. Dah jelas haram nak berkat macam mana.Ulasan disini.

Ghafur minta Zahrain mohon maaf kepadanya

Hari ini satu kejutan berlaku di dalam Dewan Rakyat, apabila BN Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh meminta Bebas Bayan Baru, Datuk Zahrain meminta maaf dan menarik balik tuduhan yang beliau antara MP yang akan melompat kepada PKR.

Datuk Ghafur menyifatkan Zahrain sebagai penipu besar.

Pukulan maut buat Bayan baru

Kalabakan hari ini menunaikan janji beliau kepada pemberita berhubung dengan isu lompat parti dan peristiwa 16 September 2008 yang dikatakan telah gagal dilaksanakan dan melibatkan nama beliau sebagai salah seorang daripada 8 MP yang dikatakan akan melompat.

Antara perkara yang beliau tekankan adalah beliau tidak terlibat langsung dan menafikan nama beliau juga tidak terdapat didalam senarai mereka yang berkunjung ke Korea dalam jangka masa 16 September 2 tahun lepas . Tidak tahulah kenapa nama beliau turut terjangkit didalam senarai tersebut.
Beliau dengan begitu tinggi suara menafikan dan tidak memberikan peluang kepada Bayan Baru untuk memberikan penjelasan dan bahkan tidak juga memberi peluang kepada Seri Gading untuk mencelah kerana beliau ingin meminta supaya penuduh yang tak profesional ini memohon maaf secara terbuka.
Beliau semacam menyatakan bahawa lompatan Bayan Baru itu dilunasi oleh sejumlah wang yang boleh menyebabkan Bayan Baru gemuk. Tidak pula dinyatakan berapa jumlah wang yang telah berpindah akaun. Wallahu aklam.
Tamparan hebat Kalabakan pada hari ini kepada Bayan Baru secara total telah mematikan hujjah berhubung dengan plan 16 September yang melibatkan penafian daripada beberapa ahli sebelum ini dan juga pihak ATM. Jadi apakah perlunya lagi siasatan kalau kenyataan yang dikeluarkan telah dinafikan oleh nama-nama yang dilibatkan terbabit kononnya dalam komplot ini.
Akan ana masukkan handsard parlimen pada petang ini 23 Mac yang ditambah hingga 8 malam.Ghapur: Zahrain penipu besar - Malaysiakini

Boleh ke Tuan Sheikh !

YB Machang hari ini memberikan jaminan kepada Pasir Mas dan Sdr Shiful Azlan tiket kapalterbang dan logistik untuk mereka bertemu dengan Prof Dr Sheikh Yusof Qardawi penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431 Malaysia berhubung dengan isu liwat 11 ini.

Kes ini dibawa oleh Pasir Mas didalam keluhan beliau bahawa mungkin Sheikh Yusof Qardawi telah memberikan fatwa berhubung dengan isu liwat fitnah keatas DSAI ini tidak adil kerana Sdr Saiful tidak memberikan penerangan kepada Sheikh Yusof ini apa yang telah dilakukan keatas beliau. Maka untuk mendapat keadilan kata Pasir Mas, Sheikh Yusof kena juga dengar sendiri apa yang telah berlaku kepada beliau. Baru boleh buat fatwa.Atau beliau boleh juga bersumpah depan tuan Sheikh tersebut, apakah cara ini dapat diterima oleh tuan Sheikh tersebut, kerana didalam al Quran jelas menyatakan bahawa mereka yang membuat tuduhan perlulah membawa 4 orang saksi terutama kes zina atau liwat, kalau tidak kena sebat 80 rotan kalau tidak persaksian mereka tidak akan diterima selama-lamanya , dan beliau juga menyatakan bahawa mereka yang menuduh tanpa saksi itu adalah munafik dan sesiapa yang mempercayainya dan menolong menybarkan pula kepada orang lain dikategorikan sebagai fasik.
.: Si pembacuh kopi

Boleh sesiapa beri fatwa ini.

Berapa sebenarnya yang APCO dapat dari Kerajaan IMalaysia sekarang ni.
Apakah tujuan sebenar maka APCO dipilih sebagai Syrikat yang memberikan nasihat kepada Kerajaan dan apakah antara nasihat yang telah diberikan kepada PM dan rakan-rakan beliau.
Apakah antara salah satu nasihat mereka termasuk menamatkan tugas duta Malaysia ke PBB setelah beliau tidak menyokong usul US untuk mendesak supaya Iran memberhentikan usaha penguraian uranium untuk tenaga nuklear didalam usaha menjana tenaga letrik.
Apa yang tergambar didalam web page syarikat ini terdapat nama-nama besar pembesar dan diplomat serta ahli politik Yahudi yang menjadi Ahli Lembaga Pengarah Syarikat ini . Maknanya mereka ini terdiri dari Syarikat yang dikendalikan Yahudi yang memberi nasihat kepada sebuah negara umat Islam. Jadi kita pohon agar mana-mana mufti dapat memberikan fatwa kepada hal ini .
CINA ISLAM (林川興): Minta fatwa hukum bayar RM60 juta pada syarikat Yahudi

Monday, March 22, 2010

Dimana rational kita.

Mana lebih bahaya.
1.Menyatakan one Malaysia hasil ciptakan One Israel atau
2.Mengambil syarikat diterajui oleh Yahudi menjadi penasihat komunikasi negara kita.
Tepuk dada tanya iman.
DSAI kena beri jawapan dalam satu minggu ini berhubung dengan ucapan beliau didalam perbahasan YDP Agong tempoh hari kerana menyatakan one Malaysia adalah ciplatan daripada one Israel melalui nasihat APCO, syarikat yang diterajui oleh 50 Politician, bussinesman dan diplomat terkemuka dunia yang mana duduk didalamnya 3 orang bekas duta Israel ke Germany, USA dan Pengarah ISA.
Mana lebih membahayakan negara dan umat kalau hanya kata cirlakan dengan mengambil orang itu menasihat kita didalam usaha menaikkan imej diri dalam negara dan luar negara masa kini dan akan datang.
Anda boleh fikir dan buat ulasan sendiri.
Itulah yang dipertikai kelmarin hingga lebih 1 jam , akhirnya hukuman berdasarkan usul yang dibawa konon mengelirukan dewan, lalu masa satu minggu ketua pembangkang kena jawab.
Itu belum disentuh mengenai 16 September yang ditembak oleh wakil Bayan Baru yang mana sudah dinafikan oleh mereka yang tersebut nama didalam perbahasan hari tu. Kinabatangan sudah nafi, Gua Musang sudah nafi, Tawau dan Sepanggar juga sudah nafi, cuma Kalabakan saja yang akan sentuh dalam perbahasan beliau nanti, jadi kita agak hairan kenapa setelah semua yang kena tuduh dah nafi, tiba-tiba yang kena siasat Ketu Pembangkang pula. Sepatutnya Bayan Barulah yang mesti disiasat kerana dia yang kata mereka ini semua terlibat, kalau benar ya terlibat, maka barulah siasat Ketua Pembangkang. Kalau yang kena sebut semua ni menafikan, maka siapa yang nak percaya yang Bayan Baru sebut tu benar ke tidak, sudah pasti kelentong dia. Atau pun polis siasat mereka ini dulu baru tahu benar ke tidak, lepas tu siasat le Ketua Pembangkang, ni tidak, hari ni ada report, besok terus nak siasat.
Inilah agaknya apa yang disebut oleh KPN ada pihak ketika yang membuat arahan kepada institusi polis ni. Tapi heran juga dalam kes wanita Monggolia tu, tak ada siapa pun yang kata ada pihak ketiga terlibat dalam membuat arahan.

Habuan pemuda la malam ni!




Sebelum ana mari KL untuk meneruskan sidang dewan rakyat, hujung minggu dan dikelapangan jadul tersebut, sempat mengadakan ceramah dengan Naib Presiden PAS Dato' mahfuz Omar di Pokok Tai.
Isu yang menjadi topik panas di Kedah pasal air dan kemajuan serta 2 tahun PAS menerajui Pakatan di Kedah telah ana huraikan untukm maklumat mereka di Pokok Tai. Isu air yang menjadi bualan harian dan paparan TV dan akhbar serta kemiskinan rakyat yang tidak berumah.
Apa yang ana perhti hari ini paparan pasal anak yang tak dapat bersekolah dari Kpg Sukamari dan rumah yang dipohon dah 8 tahun tapi tak dapat.
Ada satu paparan makcik bongkok tiga mengangkut air dijalan berdebu tanah merah bila ditanya sudah berapa lama masalah air ini, dia jawab dah 12 tahun makcik tinggal disini macam nilah setiap tahun.
Jadi inilah paparan yang dibawa oleh TV 1 dan 3 supaya memburukkan Pakatan di Kedah tetapi dengan sendirinya rakyat boleh melihat bahawa kalau sudah 8 tahun dan 12 tahun masalah ini tak selesai, maka siapakah yang punya angkara ini.
Insyaallah dengan paparan tersebut diharap dalam masa Kedah diterajui Pakatan ini kita harap akan dapat sedikit sebanyak menyelesaikan masalah rakyat ini. Terima kasih kepada RTM yang telah membuka pekung BN sehingga kemiskinan masih lagi wujud di Kedah walaupun sejak merdeka diperintah oleh BN/UMNO.
Itu kita belum tanya mereka di Hujong Ketun dan Lincan lagi, apa jawapan yang akan kita dapat, dah 25 tahun macam ni. Kesian BN. Kesian RTM.

Sebelum pulang ana menyumbang bola dan bola takraw kepada pemuda cawangan disitu untuk kegunaan mereka.

APCO, Yahudi, Malaysia.

Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.
Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharapkan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.
Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri.
Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh .

Kata empunya cerita one srael ini tidak ada kena mengena dengan 1 Malaysia. Mungkin bunyi dia dekat nak sama. Tapi kalau one ordan, yakni satu Jordan mungkin sama kot, wallahu aklam.
Tadi heboh dalam Parlimen Malaysia pasal wakil Kota Belut bawa usul 37 (1) mengenai misleading the dewan oleh Permatang Pauh yang mengkaitkan antara one Malaysia dengan one Israel yang dinasihati oleh APCO . Cuma yang beliau tak nafi adalah nasihat yang diambil oleh PM kita daripada APCO worldwide yang mana diketahui bahawa terdapat 50 orang yang menjadi lembaga pengarah syarikat ini adalh terdiri daripada bekas diplomat, peniaga dan ahli politik dan tiga daripada mereka merupakan orang kuat Yahudi yang pernah menjadi duta Israel ke USA dan Germany dan menjadi pengarah kepada ISA ( Israel Security Agency).
Dalam salah satu jawapan kepada soalan wakil dari Serdang, Tan Sri Dr Koh Soo Kon menjelaskan bahawa memang kerajaan mengambil syarikat ini sebagai usaha untuk menaikkan imej kerajaan dimata dunia.

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (picture) confirmed in Parliament today that the government had engaged Apco Worldwide, an international public affairs and media relations company, to boost its image overseas.

Umum tahu bahawa pada tahun lepas, kebanyakan akhbar dunia melaporkan berhubung dengan kaitan antara PM dengan kematian warga Monggolia telah tersebar merata dunia hasil daripada itu maka imej ini perlu dibetulkan kembali, oleh itu APCO adalah penyelesaiannya . Perancis, UK, India, Thailand, Hong Kong, Indonesia merupakan negara dimana berita dunia ini tersebar pasal Altantunya ini. Pernah didalam parlimen disyorkan supaya PM menyaman saja akhbar tersebut kalau ini merupakan fitnah kepada PM, tetapi beliau senyap sahaja, mungkin salah satu cara yang dibuat adalah APCO ini lah .
Kalau disemak didalam web page syarikat ini, maka ditemui nama-nama saperti dibawah.

At least three among them, Itamar Rabinovich, Shimon Stein and Doron Bergerbest-Eilon, are individuals who are direcly linked to Israel and its notorious political and military institutions.

Rabinovich was the Israeli ambassador to the US, and acted as the Zionist regime's chief negotiator with Syria during the era of Yitzhak Rabin. A former president of the Tel Aviv University, Rabinovich is also the chairman of the Israeli-based Dan David Foundation, named after a Romanian-born Jewish philanthropist who was active in the Zionist youth movement of the 1940s.

Shimon Stein served as the Israeli ambassador to Germany, and according to Apco's website, follows "a long and distinguished career in the Israeli government and Foreign Service". Later, he served as minister-counselor for political affairs for the Israeli embassy in Washington.

Doron Bergerbest-Eilon is the former head of the protection and security division and a senior security official of the Israeli Security Agency (ISA), a position equivalent to the rank of major general. In May 2005, Bergerbest-Eilon was awarded with The Director’s Recognition Award, the US Secret Service director’s highest commendation. Among his expertise listed are security and defence, with Singapore as one of his "regions of expertise".

Atas segala pendedahan yang amat melukakan hati kerajaan diterajui BN inilah, maka peritnya terasa bila rakyat tahu selama ini perjuangan rakyat Palestin yang diperangi oleh Yahudi dan US , Rakyat Palestin yang juga disokong oleh Malaysia melalui OIC rupa-rupa nya dalam masa yang sama mereka mengambil bekas duta Yahudi melalui APCO ini menjadi penasihat kepada usaha menaikkan imej Malaysia dan PM.
Mungkin agaknya inilah pedihnya rasa kepanasan tersebut maka Kota Belut yang disokong oleh Menteri mambawa usul ini. Alasannya adalah 'misleading the dewan', atas jawapan APCO yang menyatakan bahawa mereka tidak terlibat didalam menyesyorkan konsep 'satu Malaysia 'kepada PM secara khusus. Idea itu adalah idea beliau sendiri. Mereka tidak menafikan bahawa mereka menjadi penasihat, atau pun menolong untuk proses komunikasi yang lain.
Pasti rakyat sudah faham apakah nasihat dan kerjabuat yang bekas duta Israel ini boleh berikan kepada PM atau Malaysia berhubung dengan Islam dan umat Islam. Apakah proses penamatan Duta malaysia ke PBB kerana tidak menyokong usul USA menyekat Iran daripada meneruskan usaha penguraian uranium bersama Cuba itu atas nasihat penasihat berbangsa Yahudi inikah??.
Ketua Pembangkang diberi masa 1 minggu untuk memberi penjelasan atas isu satu Mlaysia adalah ciplakan daripada 1 Israel atas nasihat APCO.Maka kita tunggu apa penjelasan Permatang Pauh, kalau tidak beliau akan dirujuk kepada JK Hak dan Kebebasan dewan.
Maka atas asas yang masa, misleading the dewan maka Machang juga tadi mengambil asas Kota Belid, membawa usul yang serupa terhadap Manteri dari Padang Rengas bilamana beliau menjawab hujah mengenai royalti minyak Kelantan menyatakan 3 batu nautika yang menjadi sempadan maka mereka tidak berhak mendapat royalti 5% tersebut, padahal beliau menggunakan akta dharurat yang telah dimansuhkan, kerana akta yang telah mansuh tidak boleh digunakankan sebagai sandaran untuk penghujahan dalam dewan, dan ini ada asasnya , tetapi macam biasalah, kalau mereka misleading the dewan, boleh pulak, padahal ia jelas satu penipuan yang jelas dan nyata. RUU pembangunan petrolium 1974 tidak ada pun menyebut pasal 3 batu nautika ini. satu kelentongan bontang saja walaupun dalam memberi jawapan dalam parlimen. Itulah Menteri UMNO.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.