Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, June 24, 2010

 Hairan bin pelik, dah pencen tu buat kerja pencen, nak kacau orang yang sedang bekerja ni buat apa. Itulah susahnya kalau dah lama sangat , rasa macam dia tu masih lagi Perdana Menteri. Apa yang dikesalkan pihak Gerakan dan DAP yang jelas ramai bukan Islam pun menentang judi sukan bola ni, tapi yang mengaku Malaysia negara Islam boleh kata nak luluskan judi sukan bolasepak ni.Alasan yang diberikan oleh bekas PM itu adalah judi dan babi memang tak haram bagi orang bukan Islam ( China), tetapi bagi orang Islam memanglah ianya haram. Oleh itu untuk keadilan untuk orang bukan Islam ini ialah dengan benarkan mereka berjudi.

Itu alasan budak tadika , tetapi dikeluarkan oleh budak 85 tahun, saya harap orang yang waras perlu memikirkan semula isu ini samada kita hanya bercakap soal selain hukum sahaja disamping masalah lain yang bakal dihidapi masyarakat selain daripada haram yang dibicarakan hukum oleh umat Islam, tetapi masalah lain dalam masyarakat bersosial dizaman modern ini dari segi jenayah kewangan dan bunuh diri. Baru semalam sahaja ada seorang mangsa bunuh diri telah berlaku dan disiarkan diakhbar dengan nota bahawa dia tidak mahu lagi berjudi kerana masalah hutang yang dia hadapi hasil daripada judi yang sedang berleluasa kini.

Apa yang amat kita kesali bilamana beliau mengaitkan masalah penentangan judi sukan ini adalah semata-mata kerana politik, kononnya orang yang menentang hanya hendak political mileage , tetapi hakikat yang disuarakan sekarang bukan sahaja orang pihak pembangkang saperti diwar-warkan oleh bekas PM itu, walhal negeri Johor Darul UMNO pun menentang dan juga Perak yang diperintah oleh UMNO pun menentang judi sukan bolasepak ini. Jadi dimana ianya adalah hanya untuk political mileage. 

Kita amat keliru kenapa bekas PM beria-ia sangat nakkan lesen judi ini diluluskan, tak lihatkah statistik kecelaruan keluarga, perceraian dan gejala sosial yang sering dipaparkan didada akhbar berpunca daripada gila judi dan mabuk arak. Walaupun rakyat tahu penglibatan keluarga beliau didalam bidang arak ini di Filipina sana. 

Judi ini selain dari jelas digambarkan didalam Al Quran, kalau kita gunakan otak manusia biasa pun kita sudah pasti ini kerja orang yang tak berakal, suatu permainan yang tak boleh dipelajari baik disekolah hingga ke Universiti dan tak akan dimenangi oleh walaupun seorang Prof di Universiti. 

Banyak masalah akan muncul dengan hal judi ini, kita belum pernah lihat orang yang bermain judi itu menjadi kaya raya tetapi yang menjadi milionair adalah taukeh-taukeh judi , dan inilah mereka yang sering berjanji memberi bantuan beratus juta kepada kerajaan saperti yang dijanjikan oleh TS VT tempoh hari sebanyak RM 252 juta.

Apakah hanya kerana kita nampak jutaan atau bilionan ringgit maka kita sanggup gadai nilai kemanusiaan dan agama Islam kita , harap perkara ini perlu diberi perhatian semua.Jangan menyesal nanti bila apa yang berlaku dinegara luar berlaku ditempat kita hasil kemurkaan Allah kerana kedegilan kita membangunkan negara ini.

Wednesday, June 23, 2010

Belanja sikit je tu, baru di Sibu.

Kerajaan belanja RM37.7 juta semasa PRK Sibu baru-baru ini. Sebanyak 107 projek yang telah dirancang sebelum ini telah dilaksanakan di Sibu , bukan kerana PRK Sibu tersebut.
Hebat juga kerajaan BN ini ana rasa. Dalam masa 2 minggu dan sepanjang PRK Sibu, boleh buat 107 projek yang dirancang sebelum ini , baik DUN atau pun Parlimen, yang sekian lama dirancang, yang boleh dilaksanakan tiba-tiba dalam masa kempen PRK,
Kalaulah kaedah segera , cepat dan tangkas ini dibuat ditempat lain, ana rasa lepas ni tak ada lagi kawasan yang akan banjir, tak ada lagi kawasan yang tiada letrik dan air dan tidak ada lagi kawasan yang tidak ada jalan yang tak bertar dah, dan peluang yang nak lawan BN dalam pilihanraya pun sudah pasti tidak ada isu lagi nak bawa. Bayangkan kalau dalam 2 minggu tu, 107 peojek boleh dilaksanakan, memang hebat, sekolah dapat peruntukan, masjid dan gereja dapat duit, bahkan sebut tang mana perlu dibaiki pasti akan dapat dilaksanakan bagai dapat lampu ajaib Aladdin.
Pelik bin hairan juga bila yang disebut projek yang dah lama dirancang, baik kawasan DUN atau Parlimen, dan kita pun tak tahu bila pula peojek tu dirancang kerana sampai 107 dan tidak juga sesiapa tahu yan bekas MP Sibu tu sakit tenat dan akan meninggal dunia, tetapi BN sudah ada perancangan sebanyak itu projek.
Atas alasan yang sama kita berharap agar kerajaan dapat memberikan juga senarai projek yang telah lama dirancang untuk dibangunkan di Kota Seputeh , Kedah yang sekarang ini sudah tidak ada ADUN dan juga di Batu yang bakal tidak ada wakil ekoran pertikaian mahkamah dan parlimen tentang gugur tidaknya kerusi parlimen yang disandang oleh YB Tian Chua tu.
Kalaulah setengah daripada RM 37 juta dapat diagihkan kepada penduduk di Kota Seputeh sebelum penamaan calon disitu, ana rasa rakyat di bawah parlimen Jerlun tu akan berterima kasih dan berbaloi bayar cukai selama ini kepada kerajaan, tetapi apakan daya projek biasanya hanya datang apabila tiba dengan hari penamaan calon sampailah kepada hari mengundi, bagai dikata you help me, i help you, akan tetapi selepas hari mengundi, belum tentu peojek tu akan siap, tak percaya lihatlah jalan di Kulim semasa PRK Lunas dulu, sebelum hari mengundi, siang malam buat, tetapi bila BN kalah , jalan tar depan Taman Keladi hanya sebelah diturap, sebelah lagi masih yang lama, bila tanya dijawab kontraktor dah lari.
Macam peenah terjadi ditempat ana, sebelum hari mengundi, tiang telefon berceracak dipasang masuk kampong, tiba-tiba 2-3 minggu kemudian, habis dicabut tiang tersebut, bila ditanya , jawapan diberi kerana duit tak dibayar kepada kontraktor, habis cabut baliklah tiang tu.
Harapan rakyat agar kalau dah projek tu ada, buat lah apa tunggu nak PRK baru nak jalan, itu amanah untuk dilaksanakan, mati ke tidak ke wakil rakyat, duit cukai yang rakyat bayar tu kenalah dibelanjakan mengikut yang diamanahkan, sebab kita nak hidup 2 kali , mati cuma sekali sahaja, dah bangun kembali nanti, apa nak dijawab bila kena tanya pasal pelaksanaan amanah ini.
Bayangkan kalau satu PRK , sudah 37.7 juta, dah berapa yang digunakan untuk beberapa PRK selepas PRU 12 lau tu, mungkin sebab tu lah kot Hakim kata dia tak mahu lagi wang dihabiskan untuk PRK di Batu nanti, banyak sangat dah la tu. Agaknya pasal tu lah TS VT tu nak derma sampai ratusan juta duit judi bola tu, dan ramai juga puak-puak yang mengaku Islam menyokong pulak dan sokong nak bagi lesen, kerana yang nak masuk tu banyak kata depa, rugi kalau tak ambik, yang depa tak nampak amaran Allah tentang kemusnahan yang berlaku dengan bahana judi nih.

Kenapa tiada asas keusahawanan di GIATMARA? 21.6.2010.

1050
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan Timbalan Menteri. Memang kita ketahui bahawasanya GIATMARA ini banyak melatih
belia-belia, anak-anak muda yang tidak berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran ke
institut pengajian tinggi. Akan tetapi masalah yang kita hadapi pada anak-anak muda ini ialah
apabila mereka selepas kursus, tidak dapat ramai yang menceburi bidang perusahaan yang
mereka diajar. Mungkin di dalam kokurikulum pengajaran yang diajar oleh GIATMARA itu
tidak didedahkan kepada inovasi dan juga keusahawanan yang lebih untuk apabila mereka
lepas kursus, mereka boleh membuka kedai sendiri, bengkel sendiri sepertimana kita lihat
kepada rakan-rakan bangsa Tionghua – mereka hanya berada di bengkel motor tetapi
akhirnya boleh membuka bengkel yang menghasilkan pendapatan jutaan ringgit sebulan.
Jadi apakah kementerian sedar akan perkara ini dan mungkin akan mengubah persepsi atau
konsep pengajaran di GIATMARA ini? Terima kasih.
Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima
kasih Yang Berhormat Pendang. Kita menyediakan kemahiran untuk pelajar-pelajar yang
kurang berpeluang pergi ke universiti secara langsung ataupun ada yang di panggil sebagai
‘lead developer’ maka kita perlu didik pada peringkat asas. Adalah bukan kerana kita hendak
DR 21.6.2010 14
menyediakan mereka semata-mata untuk menjadi pengusaha tetapi memang kadangkala kita
ambil dari keluarga yang miskin misalnya supaya dia mendapat kerja selepas dia tamat
pengajian ataupun mengikut latihan di pusat-pusat GIATMARA ini. Ada juga yang mempunyai
ataupun yang mendapat keputusan yang excellent, kita terus hantar mereka ke tempat yang
– misalnya dari GIATMARA dia boleh pergi Institut Kemahiran Mara (IKM).
Ada segelintir daripada mereka ini yang mahu selepas mendapat latihan, berusaha
dalam bidang yang mereka sudah menjadi pakar. Yang satu lagi Yang Berhormat, ada juga
mereka ini walaupun bidangnya welding misalnya tetapi disebabkan semasa dia berlatih dia
mempunyai bermacam-macam kecekapan terutama sekali dari segi disiplin dan sebagainya,
ada majikan yang mengambil mereka untuk bekerja dalam bidang yang lain. Ini pun ada juga.
Satu lagi, sebenarnya dari GIATMARA, mereka tidak diajar dalam bidang soft skill
ataupun dalam kemahiran business misalnya. Itu adalah di peringkat KKTM (Kolej Kemahiran
Tinggi Mara). Di sana ada pengajaran, pendidikan ataupun pelajaran dari segi business,
accounting dan sebagainya. Yang keluar dari sana lebih ramai lagi pergi menjadi pengusaha.
Sekian, terima kasih.

Perbahasab RM 10 pada 22 Jun 2010.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya, Yang
Berhormat Pendang.
3.48 ptg.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Pendang, saya ingin beri penjelasan sedikit. Saya tidak perlu beri penjelasan tetapi,
saya beri juga. Sekarang saya hendak mengadili kedudukan orang yang sudah bercakap. Ada 15
orang sudah daripada DAP, baru 10 orang daripada PKR, 9 orang daripada PAS. Jadi saya pun
kena lihat ini juga. Sila Yang Berhormat Pendang.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya juga ingin membangkitkan beberapa
perkara yang saya rasa perlu dibangkitkan dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh
yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Jun 2010 yang
lepas iaitu merangkumi Program Transformasi Kerajaan melalui enam NKRA, Transformasi
Ekonomi melalui 12 NKEA dan juga pembaharuan ekonomi strategik yang disebut sebagai New
Economic Model.
DR. 22.6.2010 76
Memang kita tahu pengkhususan yang diberikan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh
adalah tentang pengkhususan bidang pendidikan. Memang kita tidak menghadapi apa-apa
masalah dalam perkara ini. Cuma, seperti yang disebutkan oleh beberapa orang Ahli Yang
Berhormat sebelum ini tentang masalah brain drain yang akan dikendalikan oleh Talent
Corporation, kita harap perkara ini tidak akan menjadi sepertimana yang berlaku pada
Rancangan Malaysia sebelum ini di mana beberapa perkara telah dibangkitkan oleh mereka
yang berada di luar negara yang dibawa masuk ke dalam negara kita tetapi mereka keluar
kembali dan yang tinggal hanya boleh dibilang dengan jari.
1550
Kita tidak mahu masalah pendapatan mereka dan birokrasi yang diberikan kepada
mereka serta masalah diskriminasi politik yang dihadapi oleh mereka. Saya rasa ini telah
dibincangkan banyak kali dalam Dewan Rakyat ini. Apa yang ingin saya sentuh pada perbahasan
pada hari ini adalah tentang perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan
berhubung dengan apa yang dirancang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam
RMKe-10 ini.
Berhubung dengan model ekonomi yang akan dikendalikan berdasarkan produktiviti,
inovasi, dan juga kreativiti kita meski memahami bahawasanya kita hanya mempunyai 25%
mereka yang berada di dalam bidang berkelulusan tinggi dan selebihnya berada di dalam bidang
kelulusan SPM atau pun ke bawah. Jadi, inilah yang perlu dihadapi oleh pihak kerajaan untuk
mengendalikan mereka yang 75% lebih ini.
Keduanya, berhubung dengan keadilan regional. Kita dapati banyak berlaku dalam
negara kita selama ini keadilan tidak di sebarkan melalui regional. Ia bergantung hanya kepada
negeri yang mempunyai dan membayar cukai yang banyak. Sepatutnya negeri-negeri yang
memerlukan keadilan regional ini seperti di sebelah utara contohnya, Kedah, Perlis, dan Kelantan
perlulah diberi perhatian yang serius dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Ini kerana
banyak negara yang membuat pengadilan regional ini seperti di negara Kanada. Mereka
menggunakan keadilan regional ini bukan hanya bergantung pada cukai yang dibayar oleh
negeri-negeri di dalam negara tersebut.
Ketiganya, tentang pendidikan formal yang hendak diturunkan ke umur lima tahun. Saya
rasa penekanan perlu diberikan juga kepada pengisian di dalam pendidikan formal yang akan
diturunkan ke lima atau enam tahun ini menjadi pendidikan biasa di sekolah yang selama ini
hanya bermula pada umur tujuh tahun. Ini kerana kita tahu sebagai seorang Muslim, awwaluddin
makrifatullah itu yang penting kita terapkan ke dalam anak-anak kita dari segi pengisian agama
dan juga didikan moral agar apabila mereka ini besar berada di dalam masyarakat tidaklah
berlaku seperti mana yang berlaku atau pun sedang berlaku dan kemungkinan akan berlaku jika
sekiranya pengisian agama ini kita terapkan di dalam usia yang begitu muda.
DR. 22.6.2010 77
Keempatnya, saya juga merasa keliru apabila di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh
ini, Lebuh Raya Pantai Timur hanya diberhentikan setakat negeri Terengganu. Kenapakah tidak
diteruskan pembangunan ini hingga ke utara, negeri Kelantan, dan juga kenapakah di dalam
suasana kita sedang membuat projek double tracking sekarang, ini tidakkah boleh disambungkan
landasan kereta api Ipoh ke Gua Musang yang saya rasa mungkin sahabat saya Yang Berhormat
Tumpat akan bersetuju dengan cadangan saya ini?
Kemudian, masalah yang dihadapi oleh kerajaan kita dalam Rancangan Malaysia
Kesepuluh ini mungkin akan berterusan dengan pembaziran yang disebut sebagai ‘pembaziran
big top’, di mana kita mempunyai banyak kementerian dengan hanya 27 juta rakyat berbanding
dengan Amerika Syarikat yang mempunyai enam setiausaha dengan 220 juta rakyat. Akhirnya,
banyak kementerian yang wujud dalam negara kita ini menjalankan tugas-tugas yang bertindih.
Saya harap pengkajian dalam RMKe-10 ini memberi juga perhatian terhadap pembaziran di big
top ini.
Kemudian, pertindihan di antara kementerian-kementerian, misalnya saya lihat
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Ia mempunyai atau pun ditambah
dengan tugas sebagai kesejahteraan bandar. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Wilayah
Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, apakah maksud kesejahteraan bandar ini hanya di
bandar-bandar oleh Persekutuan sahaja atau pun meliputi badar-bandar yang lain yang diberi
tugas kepada Menteri yang tidak mempunyai ADUN ini?
Seterusnya mengenai lambakan pekerja-pekerja asing. Walaupun pihak NGO yang
mengendalikan misalnya di Hulu Langat - Dia selalu menyebut tentang gaji minimum. Walau pun
banyak majikan yang tidak atau pun kurang selesa dengan peletakan gaji minimum tetapi kalau
kita pandang terhadap jumlah pekerja-pekerja asing yang ada di dalam negara kita yang digaji
dengan gaji yang murah tetapi setiap tahun mereka telah menghantar atau pun membawa duit
negara mengalir keluar berbilion-bilion. Kalau kita bandingkan dengan pekerja kita yang
dinaikkan gaji, gaji yang dinaikkan ini mungkin akan mengurangkan pendapatan majikan tetapi
wang yang didapati oleh pekerja-pekerja tempatan ini tidak akan mengalir ke negara luar. Jadi,
saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian oleh Kementerian Sumber Manusia iaitu tentang gaji
minimum yang perlu dilaksanakan oleh majikan-majikan yang berada di dalam negara kita.
Seterusnya tentang technology transfer. Walaupun kita telah mempunyai kilang Proton
agak lama, lebih daripada 20 tahun tetapi kita masih lagi tidak mampu menyaingi kilang kereta
yang dibuat oleh Korea atau pun China yang sekarang ini sudah memasuki pasaran dunia
bahkan lebih canggih daripada apa yang kita ada. Ini kerana mereka mempunyai satu political
will untuk menaikkan atau pun menggunakan teknologi transfer dalam perkara-perkara yang
dibuat oleh mereka. Kita lihat telefon, misalnya. Dahulu kita tidak pernah mendengar nama
Samsung atau pun HTC Dopod tetapi sekarang ini, inilah yang menyaingi Nokia atau pun Sony
Ericsson.
DR. 22.6.2010 78
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang saya rasa perlu saya kemukakan di
dalam perbahasan ini berhubung dengan malah yang berlaku di kawasan saya. Baru-baru ini,
dua minggu yang lepas, hujan sedikit sudah tenggelam lebih kurang 2,000 hektar sawah padi.
Apa yang saya kesalkan di sini adalah pihak MADA yang mengendalikan saliran sawah padi di
kawasan negeri Kedah ini tidak memberi perhatian yang serius terhadap saliran yang cetek,
tersumbat, dan yang tidak dibersihkan. Kalau sebelum ini mereka sentiasa mengendalikan tetapi
oleh kerana mungkin Pengerusi MADA sekarang ini berada di tangan Ketua Pembangkang
negeri Kedah, mungkin dia tidak dapat melaksanakan tugas-tugas ini dengan sempurna. Jadi,
saya harap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini tolong tengok-tengoklah sedikit kepada
MADA di negeri Kedah ini. Ini kerana banyak kawasan sawah padi yang masih lagi tidak
mempunyai saliran yang sistematik seperti mana di Kampung Bakar Arang dan Kampung Paya
Kecut di mana petani-petani terpaksa menggunakan air hujan. Bayangkanlah kalau air hujan
sahaja yang digunakan untuk mengairi sawah mungkin...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Tinggal seminit
sahaja, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Setahun sekali sahajalah mereka
dapat mengerjakan sawah tersebut. Begitu juga dengan kerjasama di antara MADA, GAMUDA,
MMC, dan juga pihak PLUS. Sebelum adanya Lebuh Raya PLUS dan juga GAMUDA MMC yang
membuat double tracking ini, petani tidak menghadapi beberapa masalah terhadap
tenggelamnya sawah mereka. Akan tetapi apabila GAMUDA melaksanakan Projek Double
Tracking, mereka tidak memerhatikan saliran air yang melalui sawah-sawah padi tersebut.
Apabila kita bertemu dengan engineer GAMUDA, dia kata MADA tidak bekerjasama. Apabila
berjumpa dengan engineer MADA, dia kata PLUS tidak beri kerjasama. Jadi, saya harap pihak
kementerian cuba perhatikanlah setiap tahun berjuta duit dihabiskan untuk membayar pampasan
kerana sawah padi tenggelam.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Baik Yang
Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Jadi sekiranya kerjasama ini
dapat diadakan, saya rasa mungkin MADA tidak perlulah memberi pampasan kerana sawah padi
tidak tenggelam. Oleh kerana masa tidak mengizinkan sampai di sini sahaja. Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua.

Tuesday, June 22, 2010

Biarlah ia tinggal kenangan.

Harap ini jadi kenangan

Ilham selepas jumpa Obama kot, bukan nasihat APCO.




Betoi ke ni, mana bukti?

Sejak APCO menjadi penasihat didalam negara kita ini, berbagai perkara dah mula kedengaran dan ini amat merisaukan rakyat yang sayangkan negara dan keharmonian kaum yang selama ini dinikmati bersama oleh semua rakyat Malaysia.
Terbaru, bila timbul semula masalah Malaysia menjadi sarang kepada penjenayah antarabangsa yang disebut JI walaupun tak terbukti pun didalam ataupun luar negara, sudah tentu rakyat akan mengalih tumpuan dan membicarakan berhubung dengan perkara tersebut, walhal masih ada banyak lagi benda yang menyangkut masalah kehidupan rakyat dan negara yang perlu diperbahaskan.
Masalah negara nak bangkrap, masalah subsidi nak dihapuskan, masalah hutang negara yang menggelembong besar, masalah komuditi negara dan hasil mahsul saperti minyak yang berkurangan, masalah rasuah dan ketirisan didalam membuat projek pembangunan, masalah ketidak ketelusan didalam pengagihan kekayaan, masalah biasiswa yang bakal dihapuskan atau dikurangkan semuanya nanti akan tersenyap daripada persada berita dan perbahasan didalam negara kerana kita akan tertumpu kepada masalh yang mungkin dibawa masuk atas nasihat penasihat yang dikatakan berwibawa iaitu APCO untuk didendangkan ketelinga rakyat iaitu JI.
IPTA kita diresapi JI, pensyarah kita diresapi JI, JI sedang mealtih kader-kader baru JI di IPT kita, penuntut dari luar membawa fahaman JI, maka tiuh dan rendahlah nanti hari-hari masuk dalam berita , dan tentunya mereka yang berpegang kepada Islam yang agak teguh akan dijadikan mangsa dan ISA pun akan mula menjalar mencari mangsa.
Maka ana fikir apa juga bentuk tekanan dan ugutan pun akan dikenakan kepada pelajar dan pensyarah, jika tidak mahu kena ISA atau masuk dalam , kenalah hampa sokong kami. Berita yang dimuatkan 100 ulama akan masuk UMNO hari jumaat nanti, ana rasa mungkin ada hubungan dengan perkara yang tersebut ini. Ada faham Wahabi, ada Salafi, ada Hizbut Tahrir dan berbagai lagi istilah yang digunakan untuk mengabahkan bahawa mereka ini adalah bertujuan untuk memecahbelahkan masyarakat dan mengganggu keharmonian kaum maka patut dan wajib disumbat dalam ISA , maka kalau tak mahu masuk dalam, maka kena sokong kami. Oleh itu maka berbondong-bondonglah nanti akan serah tengkok dan serah borang lalu berjela-jelalah berita menyatakan ramai ulama yang telah mau dan mendekati bahkan masuk sokong parti mereka.
Padahal dalam suasana harta negara makin kurang, wang negara makin sedikit, hutang negara makin bertambah, politik mereka makin kucar kacir, ahli mereka makin meluat, maka dialih isu dan topik perbincangan untuk menghalalkan kerja-kerja atas nasihat penasihat antarabangsa yang kononnya bertaraf dunia itu.
Macam apa yang disebut oleh YB Khalid Samad semalam dalam perbahasan di parlimen, Islamiphobia sudah mula kedengaran balik didalam negara kita sejak APCO menjadi penasihat setelah sekian lama berita itu senyap selepas heboh ketika 911 dulu, kini menjadi panas ditatkala bukan Islam sudah mulai mendekati PAS dan parti atau jemaah Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua, dilihat suasana keamanan dan keharmonian sudah tergambar didalam program dan perhimpunan yang dihadiri oleh mereka, kepercayaan kepada Islam yang boleh menyelesaikan masalah berbanding dahulu , dan menjadikan wadah perjuangan Islam sebagai saluran untuk mereka berpaut kasih, maka keakrapan ini cuba hendak dipecahkan dan dileraikan , maka isu ini ditimbulkan balik, dan inilah nampaknya kejayaan terbesar penasihat yang dibayar dengan harga yang lumayan ini.
Ada juga perkara yang perlu rakyat perhati dan ambil iktibar daripada berita terbaru yang akan membawa kejutan kepada sistem perbankan didalam negara kita ini, dan berita itu bolehlah dibaca disini.

Tak kesampaian nak sampaikan, hanya 10 minit mana dan.

Masa perbahasan dibenarkan hanya 10 minit, tetapi persediaan yang dibuat agak panjang, maka terpaksalah ana turunkan hasrat hati untuk memperkatakan apa yang tersihat dilubuk hati didalam blog ini agar dapat dijawab oleh pihak berkenaan secara tak langsung, kalau dan dalam penggulungan Menteri dapat sentuh balik , itupun kalau diberi peluang dan kesempatan, insyaallah. Tek ucapan sebenar apa yang sempat diucapkan akan dimuatturun daripada hansard nanti.

Didalam pembentangan RM 10 pada 10 Jun lalu, YAB PM telah menggariskan perancangan melalui beberapa langkah, melalui
1. Program tranformasi kerajaan. 6 NKRA.
2. Program tranformasi ekonomi. 12 NKEA.
3. Pembaharuan ekonomi strategik. Yakni dengan pelaksanaan Model ekonomi baru NEM.
. beliau menaruh Harapan agar kepelbagain etnik yang ada dalam negara dapat bekerjasama dalam memacu ekonomi berpendapatan tinggi lalu ia akan memudahkan kita memasuki arena antarabangsa.
. menjadikan bidang pengkhususan sebagai landasan kearah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, yakni mempergiatkan bidang pendidikan pengkhususan.
.Justeru itu dalam usaha mengharmonikan suasana dalam negara, peluang sama rata dan pengkhususan hendaklah ditujukan kepada golongan yang memerlukan ( the needs). Pengagihan haruslah mengikut keperluan golongan tersebut.
.Kejayaan dalam arena antarabangsa memerlukan penggembelingan sumber yang ada kerana jika tidak kita tidak berupaya memasuki pasaran global yang memerlukan pertumbuhan bidang eksport.
Kita harus ingat bahawa dalam dekad ini, didapati momentum pertumbuhan ekonomi duni a sedang menjurus ke Asia, oleh itu tumpuan dan jurusan ini perlu diambil peluang seluas-luasnya oleh negara, disamping penerusan kepada rakan dagang yang sedia ada saperti eropah, australia dan amerika.
.Dalam kemajuan infrastruktur pula, penglibatan antara negara akan memberikan kesan imbal balik yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi dan menguntungkan kedua negara. Apa yang berlaku sekarang hanya negara India dan China yang banyak terlibat, negara Timur tengah nampaknya banyak yang sehala.
.Projek ‘brain gain’ melalui Talent corporatin diharap dapat menyediakan satu bentuk insentif dan suasana yang kondusif untuk menerima balik mereka seandainya dan sememangnya negara memerlukan mereka, jika tidak program yang telah lama dilancarkan ini tidak mendapat respon yang memuaskan bahkan apa yang lebih dibimbangkan adalah lebih banyak ‘brain drain’ yang berlaku. Hanya beberapa kerat yang balik tetapi ada yang keluar semula, suasana yang tidak kondusif bagi mereka didalam sini perlu perbaiki. Pendapatan, birokrasi, sikap elitis pemerintah, diskriminasi political.
.Memperkasa human resource untuk mereka dapat memelihara dan mengaplikasi natural resources supaya tidak terbazir dan dapat dimanfaatkan. EM di Jepun, dalam pemeliharaan alam sekitar yang dipinjamkan drp anak cucu kita.
.Universiti yang melahirkan human resources ini perlu melahirkan ‘niche’ tersendiri dan bidang tertentu dan kalau perlu pergabungan , misalnya bidang motoring technology, bidang sains robotik, bidang bioteknologi, bidang perubatan dan sebagainya. Tidak perlu 10 Universiti dengan produk yang sama. Tidaklah masing-masing nak keluarkan produk, akhirnya semua tak boleh masuk pasaran. Typhoid test kit, HIV test kit. Dangue kit.
.Lapuran AG tahun lepas, semburan cegah Dangue setelah berlaku kes, bukan berdasarkan Aedes atau Brouteu index yang sepatutnya, alasan nya kekurangan staff. Itu sebab kes mencanak naik .
.Ada negara yang tidak banyak sumber alam, tetapi mempunyai human resource yang baik, dapat membangun dengan baik dan menjadi penjana ekonomi negara tersebut berlandaskan human resource mereka dengan hasil negara lain, Singapura , kenapa kita yang ada hasil mahsul yang banyak tetapi kurang human resources , maka kita terpaksa bergantung kepada orang lain. Buahan , sayuran dari Singapura.
.Usaha untuk menambah peruntukan dalam kerja-kerja R & D memang dialu-alukan , kerana inilah antara usaha yang akan melahirkan produk yang bermutu dan dapat menembusi pasaran. Tanpa R & D yang mantap, hasil kita tidak akan kemana dan untuk mencapai ini semua, kita memerlukan human resource yang berinovatif . Kereta Korea dan China, sudah memasuki pasaran dunia dan ada yang lebih laris daripada Jepun dan Eropah, padahal mereka dulunya menciplak dari barat juga.
Kita tak pernah dengar Samsung dulu, kini seluruh dunia. HTC Dopod, kini boleh melawan Nokia.
.Oleh itu dalam usaha mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, memerlukan suatu aktiviti yang berintensifkan pengetahuan.
. banyak subsektor yang terhasil yang berintensifkan pengetahuan ini sudah ada, Cuma mempergiatkan lagi memerlukan usaha yang berterusan dari semua pihak , dan swasta diharap lebih berusaha misalnya bidang opto-elektronik dan sistem embedded.
. Dalam usaha untuk mengarusperdanakan teknikal dan vokasional, memang ianya harus disokong kerana tidak semua yang sudah berpelajaran dapat diserap kealam pekerjaan khusus dimasa akan datang , sektor pekerjaan khusus dalam bidang kerjaya awam memang terhad, tetapi seandainya rakyat memiliki pengetahuan teknikal dan vokasional yang tinggi, maka bidang lebih luas terbuka dipasaran luar memang akan memberi peluang mereka untuk mencari rezeki.
.Berita tentang kerajaan tak ada peruntukan lagi nak sediakan biasiswa untuk pelajar cemerlang amat tidak wajar, kita harus mencari jalan agar pembaziran , salah guna, kebocoran , rasuah dan komisyen tidak terus berlaku.
.Dalam kita berusaha menghasilkan modal insan, satu aspek yang didapati tidak dititikberatkan adakah latihan kerohanian, keimanan, dan moral, yakni pekerja yang beramanah, tidak menipu, berintegriti,, telus , tidak rasuah , bagi orang Islam mempunyai sifat Ihsan.
.Satu lagi adalah aspek pemantauan yang berterusan agar apa yang dilakarkan tidak tergendala ditengah jalan.

Antara perkara utama yang memerlukan perhatian didalam RM 10 ini dan mengharapkan kepada penyelesaian .
1. Model ekonomi berlandaskan kepada produktiviti, inovasi dan kretiviti berhadapan dengan halangan institusi dan sumber manusia, kerana hanya 25 % tenaga kerja berkelulusan tinggi. 75% lulusan SPM.
2. Keadilan regional didalam pengagihan peruntukan, formula baru perlu dicari dari segi peruntukan mengikut negeri berbanding sumbangan cukai kepada persekutuan ( eg Kanada). Kedah, Perlis, Kelantan diutara walaupun kurang cukai dibayar, tetapi memerlukan pembangunan juga, perlu diberi perhatian.
3. Memperkasa sistem inovasi regional bagi memantapkan sistem inovasi national yang sememang telah wujud diseluruh pelusuk negara.
4. Perlu penekanan kepada masalah akhlak dan gejala sosial kerana ini juga akan meranapkan ketamadunan manusia yang hendak dibina, kerana jika budaya tidak sihat ini berleluasa, maka pembangunan yang dibuat sudah pasti akan terbantut pada jangka masa panjang dan akan memusnahkan negara. Saperti hal judi bola sepak piala dunia ni, kata setengah ahli YB agama letak tepi dulu, kita kita 20 billion yang akan mengalir keluar negara. Dimana letaknya barakah dalam ekonomi kita??.
5. Pendidikan formal bermula 5 tahun, perlu kepada penekanan bentuk pengisian yang hendak dilaksanakan. Bagaimana prasarana . ada sekolah yang masih 2 sessi. Awwaluddin makrifatullah, didikan agama diperingkat awal mestilah diutamakan.
6. Kenapakah lebuhraya LPT hanya setakat Trengganu,tidak terus keutara di Kelantan, jadi apakah Kelantan tidak termasuk didalam persekutuan Malaysia. Apakah jaluran keretapi Ipoh Gua Musang tidak boleh diberi perhatian , semetelah double tracking sedang dalam pembinaan sekarang ini.
7. Pembaziran didalam big top dinegara , 22 Kementerian untuk 27 juta rakyat , berbanding AS 6 Setiausaha menjaga 220 juta. Akhirnya yang dilantik ramai dari kalangan senator. Yang menang tiada jawatan. Menteri Wilayah Persekutuan, dan kesejahteraan bandar, adakah bandar-bandar lain juga dia kena jaga.
8. Berlaku pertindihan didalam fungsi diantara Kementerian yang terlibat serta juga agensi. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan bandar, adakah hanya bagi WP sahaja atau kepada bandar-bandar lain juga.
9. Perlambakan pekerja asing yang nampaknya masih lagi belum dapat diselesaikan , kerana masalah gaji dan imbuhan serta karenah birokrasi yang terpaksa dihadapi majikan ,. Walaupun gaji besar tetapi pekerja tempatan, duit tak dihantar keluar negara, tetapi pekerja asing, walau gaji murah tetapi setahun berbillion duit dihantar keluar.
10. Ketidak sungguhan didalam memperkasa technology transfer sehingga dasar pandang ketimur kita tidak memberi banyak kelebihan kepada negara berbanding negara rakan lain yang juga dari timur spt Korea yang mencedok idea luar tetapi dapat mengeksport semula idea tersebut dalam bentuk barangan dengan nilai tambah , oleh itu mengharapkan semata-mata kepada FDI bukanlah suatu yang mampan untuk negara bagi jangka masa panjang.

TYDP.
.Hasrat orang kampong akar umbi, tidak berlandaskan angka dan fakta dari RMK 10 ini, tetapi mereka ingin melihat apakah projek dan program yang direncanakan , terbengkalai dan diheret dari RM9 ke RM 10 ini dapat dilaksanakan atau tangguh lagi ke RM 11.
1.Masalah petani dikawasan MADA yang sudah sekian lama dibebani dengan saliran yang tidak dinaiktaraf , selenggaraan yang tidak dibuat secara berkala, saliran yang tersumbat dan cetek, saliran yang tidak efisien, pelepasan dan pembuangan air yang menjejaskan pertumbuhan anak-anak padi disawah sering menjadi rungutan mereka, bila ditanya bila nak dibuat, jawapan RMK 10.
2.Bahkan masih ada lagi kawasan sawah yang tertinggal daripada sistem saliran bersistemati kini dikawasan saya, di Kpg Bakar Arang, di Paya Kercut, petani masih mengharapkan air hujan untuk mengairi sawah, NCER pandai buat jalan tar tepi sungai, tapi saliran mereka tak nampak.
Jadi dengan adanya NKEA dan NKRA ini, sektor yang menyumbang kepada makanan rakyat Malaysia ini tidaklah dipinggirkan.
4.Sehubungan dengan ini saya amat hairan jawapan yang Timbalan Menteri pertanian dan industri asas tani beri pada 9 Jun lepas, bahkan beliau pun rasa hairan kenapa pam temporary yang dipasang di Alor Tebuan , boleh menjangkau 30 tahun, itu temporari, kalau permanent tak tahu lah, mungkin dari RM 4 hingga RM 9 kot.
5.Begitu juga dengan kerjasama antara jabatan yang terbabit dengan projek pembangunan yang dijalankan, haruslah ada perbincangan dan understanding , ini tidak, satu jabatan menghadapi masalah, jabatan yang lain tidak mahu beri kerjasama akhirnya masalah petani tidak selesai, jadi apakah makna kita membangun tetapi rakyat merasa masalah dan bebanan mereka tak terlerai. Saya beri contoh, pembangunan lebuhraya PLUS , banyak mengganggu saliran sungai MADA , dulu petani tidak mengalami banjir besar dalam sawah, tetapi bila ada lebuhraya PLUS, air tersekat dan menjadi banjir mudah berlaku dan sawah tenggelam yang susah MADA kerana terpaksa membayar sejumlah pampasan kepada petani setiap tahun bila berlaku padi tenggelam, ini tidak ditambah dengan masalah siput gondang emas dan padi yang terpaksa ditabur ada sampai 7 kali akibat ditenggelami banjir tadi. Puncanya pihak PLUS tidak menyediakan saliran yang mencukupi untuk air mengalir bila berlaku pertambahan dimusim hujan lebat.
6.Masalah ini ditambah lagi dengan adanya pembangunan yang sedang dibina iaitu landasan berkembar, apakah ini juga akan mengikut konsep PLUS tadi, dan ini saya lihat sendiri dan berbincang sendiri dengan pihak engineer MMC Gamuda, daripada saliran yang sepatutnya berukuran sungai hanya dibuat pembetong yang sudah dinilai oleh petani akan membawa bencana kepada mereka, dan ini disahkan baru-baru ini , hanya sekadar 12 jam huja n yang sederhana lebat, sudah menenggelamkan kampong dan nasib baik padi masih belum ditabur atau ditanam. Bila keluhan dibuat , MADA menyalahkan PLUS dan , Gamuda menyalahkan MADA yang meluluskan bentuk saliran yang harus mereka buat, yang tanggung bahana nya adalah petani miskin yang hanya mengharapkan hasil dari sawah mereka untuk mendapat rezeki.
7.NCER dan NCIA.
Memang diakui program dan agensi ini dapat memberikan suatu nilai tambah kepada prasarana sedia ada dikawasan utara terutama prasarana untuk petani, sehinggakan tebing sungai yang tidak pernah dilalui kenderaan sebelum ini pun ditarkan, terima kasih atas program yang dilaksanakan dijalan PM yang lalu, tetapi bagaimana dengan jalan yang menjadi laluan utama petani masuk keluar kampong, adakah ini juga akan diberi perhatian didalam RM 10 ini, masih banyak kampong dikawasan saya yang bertanah merah dan memerlukan penaiktarafan , untuk kemudahan petani membawa hasil ladang mereka keluar. Janji bekas menteri Luar Bandar TS Muhammad Mad Taib bahawa 30 km dari kawasan bandar akan diturap perlu dilunaskan, rakyat tidak mahu lihat hanya tinggal janji setelah beliau meninggalkan jawatan tersebut. Begitu juga dalam proses maintainence jalan NCIA tadi, siapakah yang akan bertanggungjawab untuk membuat pemantauan dan pembaikan, pihak MADA rasanya tidak mampu berdasarkan kepada ketidak mampuan mereka untuk menyelesaikan masalah saliran tersumbat tadi. Nak kata jalan persekutuan, buka, jalan negeri bukan bahkan jalan MADA juga bukan, apakah NCIA akan meneruskan kerja mereka didalam skop RM 10 ini didalam menjalankan kerja maintainance ini?

Harapan kepada janji terdahulu. Permohonan drp rakyat Pendang yang sejak sekian lama di bawah BN,
1. Hospital Pendang, tapak 40 ekar sudah naik hutan, Binatang buas banyak bersarang disitu.Janji RM 10, kalau lambat buat agar dapat dibersihkan .
2. Balai bomba di jalan pintas Pekan Pendang apakah sudah masuk dalam jadual, dulu janji dalam RM 10.
3. Balai Polis sedang naik, apa jadi kepada 3 syarikat yang sudah lari tu, apa tindakan yang telah dikenakan. Taukeh asal janji 3 balai polis, 1 saja siap, yang 2 lagi, kerajaan tangung.
4. Naiktaraf Loji Air di Jeneri yang menjadi punca air didaerah Pendang juga, Lubuk Merbau, dan kawasan sekitarnya.
5. Naik taraf jalan Pendang sungai Tiang, pernah disentuh sebelum ini semasa DS Samy Vellu jadi menteri Kerjaraya dulu, belum nampak lagi progressnya. Apa dah jadi. Macam biskut Chip More.
6. Perhubungan bandar luar bandar , keperluan kepada bas dari Pendang, Jenun dan Guar Chempedak dulu MARA , sekarang tiada, MRSM, Matrikulasi Vokasional dan sekolah lain disekitar untuk kegunaan penduduk dan murid sekolah.
7. Kebajikan rakyat, terutama masalah pesakit yang memerlukan prosthesis, ketelusan didalam pemberian sumbangan daripada tabung kebajikan perubatan .
8. Bot ambulan Langkawi ke Tanah besar, dilaksanakan selepas kejadian perlanggaran feri Langkawi Kuala Kedah yang menyebabkan kematian, bahas dalam sessi Parlimen 11 lepas bersama MP Langkawi,Perkhidmatan yang menjadi penantian penduduk Langkawi lebih 10 tahun itu ditunaikan pada 7 Mei, tahun lalu. MV Suhail dimana sekarang, apakah Kementerian Kesihatan sanggup mengabaikan penduduk Langkawi dengan kos 8 juta itu hanya kerana masalah teknikal yang kecil , dikatakan kelajuan bot ini sudah menurun daripada 28 knot kepada 16 knot maka ianya direhatkan. Pohon penjelasan daripada Menteri.

Monday, June 21, 2010

Giat MARA mana halatuju anda?

Dalam soalan tambahan ana pada pagi tadi, untuk soalan Sipitang berhubung dengan Program Giat Mara yang dijalankan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah yang ana rasa tidak melahirkan sikap berdikari dan semangat keusahawanan. Dalam module yang dijalankan oleh Kementerian, tidak ada dan disahkan bahawa memang tidak ada module keusahawanan untuk pelajar di Giat Mara untuk melatih pelajar disana untuk menjalankan matapelajaram keusahawanan kerana ianya diajar oleh institusi lain. Apa yang saya bangkitkan adalah apabila saya dapati ramai mereka yang dilahirkan oleh Giat MARA ini tidak dapat berjuang didalam lapangan perniagaan sebagaimana mereka dari kalangan bukan Melayu , macam kaum Tionghwa misalnya mereka hanya mendapat ilmu keusahawanan didalam bengkel sahabat sebelah rumah tetapi akhirnya menjadi usahawan berjaya menggaji pekerja beratus dan berpendapatan jutaan ringgit sebulan tanpa pun memasuki mana-mana institusi didikan saperti yang nak-anak kita Melayu dapat di Giat MARA hanya kerana semangat keusahawanan yang mereka dapat dripada bengkel tadi.

Dalam kesedaran  inilah, rasanya tranformasi daripada pendidikan akedemik biasa kepada teknikal dan vokasional akan dilaksanakan diperingkat sekolah dan institusi pengajian lanjutan, mungkin atas kesedaran diatas kelemahan dan kelengahan kita menyedari masalah ini, nasib baik sedar ,kalau tidak mungkin parah lagi keadaan kita didalam merebut peluang ekonomi negara dimasa depan.

Sunday, June 20, 2010

Antara ucapan YB Kota Belud bahas RM 10 , hal judi bola

Fakta yang pertama, RM20 bilion wang kita mengalir keluar negara.
Kebanyakannya mengalir ke luar negara kerana ramai di antara kita yang berjudi melalui
internet dan ‘Ah Long’ dan sebaginya yang terpaksa keluar daripada negara – duit itu.
Duit ini jugalah Tuan Yang di-Pertua, yang akan digunakan untuk membiayai kegiatan
organize crime, prostitution, ‘Ah Long’, drugs, human trafficking. Inilah semua duit ini
dipakai. Dalam kekalutan kita bercerita tentang polemik judi ini, kita terlupa apa
sebabnya kerajaan mahu mencadangkan supaya lesen judi sport betting ini diadakan.
Saya tolaklah hujah-hujah agama sementara sebab itu nanti saya akan serahkan
kepada pihak kerajaan. Kalau pihak kerajaan menarik balik, kita ikut. Sebenarnya if we
have a choice, kalau kita ada pilihan, sudah tentu tidak ada satu negara yang mahu
melesenkan judi ini. Akan tetapi kita berdepan dengan satu polemik, satu masalah yang
terang. Kita selalu berkata di dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua, tentang masalah
dadah di negara kita, tidak habis-habis. Kenapa? Kerana organize crime mempunyai
duit yang cukup banyak yang kebanyakannya duit ini daripada illegal gambling ini.
Tuan Gwo Burne Loh [Kelana Jaya]: Yang Berhormat, boleh saya minta
penjelasan?
Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tidak mengapa, nantilah Yang
Berhormat. Saya pun tidak tahu Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Masa
tidak ada lagi Yang Berhormat.
Tuan Gwo Burne Loh [Kelana Jaya]: Sebab jikalau you buat argument on
lesen judi...
Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tidak apa, dengar dahulu saya
cakap Yang Berhormat.
Tuan Gwo Burne Loh [Kelana Jaya]: ...I think we can solve the dadah problem
by legalize dadah juga? If we ikut awak punya argument.
Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Apa dia?
DR.16.6.2010 91
Tuan Gwo Burne Loh [Kelana Jaya]: Kita juga boleh mengatasi masalah
dadah kita if we follow your point of argument macam itu. If we legalize dadah, then we
can solve prostitution and dadah juga, bukan? If we follow your points.
Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Yang Berhormat, with all due
respect, you are the one of the worst Yang Berhormat I have ever heard statement from
you. Are you saying that we are supposed to legalize drug because....
1550
Tuan Gwo Burne Loh [Kelana Jaya]: No. I’m saying we - No argument. Do
you understand? [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: You listen to me and you sit down.
Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Minta penjelasan, minta penjelasan.
Minta penjelasan.
Tuan Gwo Burne Loh [Kelana Jaya]: [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Kelana Jaya.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bercakap tanpa pembesar
suara]
Tuan Gwo Burne Loh [Kelana Jaya]: [Menyampuk] [Bercakap tanpa
pembesar suara]

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.