Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, December 19, 2008

Ucapan ana pada membahaskan SPRM9 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)

DR. 16.12.2008
33
11.54 pg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Harapan rakyat untuk melihat suruhanjaya yang dibahaskan pada hari ini tidak menjadi seperti mana suruhanjaya-suruhanjaya yang telah ada, seperti mana SUHAKAM dan juga suruhanjaya untuk penambahbaikan polis, kerana syor-syor yang dibuat oleh dua-dua suruhanjaya ini nampaknya tidak berjalan dan kita harap ini tidak akan berlaku kerana suruhanjaya yang dibentuk untuk membanteras rasuah ini.
Sebagaimana yang kita tahu, rasuah ini merupakan satu penyakit. Kalau dadah kita boleh najis, rasanya rasuah ini lebih teruk daripada najis, kita boleh sebut kepada pengamal-pengamal dan juga bentuk rasuah itu sendiri. Jaminan yang telah diberikan oleh Padang Rengas iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengatakan suruhanjaya ini akan mempunyai gigi yang tajam, kita rasa ini merupakan satu jaminan dan kita harap Menteri yang selepas beliau yang menjaga, akan mengotakan apa jaminan yang telah diberikan oleh beliau kerana jaminan hanya jaminan mulut, tidak ada terkandung di dalam bentuk tulisan dan juga bentuk undang-undang.
Jadi kita harap menteri yang ada, seperti mana yang disebut oleh Padang Serai tadi, adalah menteri yang mempunyai tahap ataupun integriti yang sama seperti mana yang ada pada hari ini. Kita tidak mahu suruhanjaya yang ditubuhkan ini menggunakan hanya banyak wang pembayar cukai untuk membayar emolumen kepada mereka-mereka yang menjadi anggota suruhanjaya, tetapi apa yang disyorkan oleh mereka tidak terpakai, ataupun tidak akan menjadi apa-apa pelaksanaan di dalam melaksanakan, kerana yang akan menjadi titik tolak kepada pelaksanaan syor-syor adalah terletak pada Peguam Negara ataupun AG dan juga Perdana Menteri sendiri.
Di dalam rang undang-undang ini, tidak nampak satu ikatan yang memberikan kuasa kepada Suruhannya untuk bertanggungjawab dalam proses pendakwaan dan tidak ada kemestian bagi Peguam Negara mematuhi syor yang dibuat oleh suruhanjaya ini. Apakah ini menandakan suruhanjaya ini tidak bebas menjalankan tugas mereka setelah mereka bertungkus-lumus menjalankan siasatan. Tiba-tiba bila sampai kepada proses untuk dakwaan, sebagaimana saya sebut tadi, Peguam Negara tidak mahu meneruskan prosedur tersebut kerana tidak ada klausa di dalam rang undang-undang ini yang menyatakan syor itu mesti dipatuhi oleh Peguam Negara.
Peguam Negara pula tidak tertakluk kepada persoalan yang boleh mempertikaikan keputusan beliau, apakah beliau boleh ditanya dan dipersoalkan, kenapa tidak didakwa kes yang telah disiasat oleh suruhanjaya, dan apakah beliau boleh dipersoalkan juga di dalam Parlimen, sebagaimana yang kita pernah lihat di zaman Tan Sri Kadir Yusof dan juga Tan Sri Hamzah Abu Samah. Kita lihat ada tiga Jawatankuasa yang dibentuk yang terdapat dalam rang undang-undang ini iaitu Jawatankuasa Pemantau, Jawatankuasa Aduan, dan juga Lembaga Penasihat
DR. 16.12.2008
34
yang mana satunya dilantik oleh Yang di-Pertua Agong, satunya oleh Perdana Menteri dan satu lagi oleh Menteri.
Akan tetapi dari satu segi, yang nampak mengamalkan Suruhanjaya ini macam dipengaruhi oleh sama ada yang dilantik oleh Agong, dilantik oleh Perdana Menteri ataupun yang dilantik oleh menteri. Cuma kita lihat Jawatankuasa Aduan sahaja yang boleh mempertikai ataupun membuat apa-apa laporan terhadap ketidaktelusan ataupun apa-apa yang kita rasa tidak puas hati berhubung dengan jawatankuasa ini.
Walaupun roh suruhanjaya ini nampak menunjukkan ketelusan dan akan mencengkam semua yang mungkin terlibat dengan rasuah seperti yang disebut oleh menteri semasa pembentangan sampai anak, menantu, saudara mara juga akan terkena, sebenarnya ia nya akan akhirnya berakhir ataupun berpunca ataupun ditentukan oleh Peguam Negara itu sendiri.
Jadi saya rasa ini merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian dalam rang undang-undang ini. Dalam tugas Ketua Pesuruhjaya tersebut bahawa mereka hendaklah mempunyai kuasa, pegawai suruhanjaya ini hendaklah mempunyai apa-apa kuasa Timbalan Pendakwa Raya sebagaimana yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya, tetapi apabila sampai kepada pendakwaan mestilah dimulakan oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya. Apa mana kuasa Pendakwa Raya yang diberikan kepada Ketua Pesuruhjaya tadi.
Ini yang dikatakan suruhanjaya ini kita tak mahu menjadi sebuah suruhanjaya yang disebut sebagai suruhanjaya harimau yang tidak bergigi ataupun harimau robot yang tidak mempunyai gigi. Rang undang-undang ini juga, Tuan Yang di-Pertua, menyamakan suruhanjaya ini seperti polis dan juga Pegawai Penjara di dalam sesetengah klausa dia dalam menjalankan tugas seperti tugas menahan dan juga pejabat suruhanjaya dikatakan sama seperti pejabat polis, boleh menahan orang-orang yang disiasat.
Apakah selepas ini akan ada pusat tahanan di dalam pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ini seperti mana yang wujud di pejabat polis yang lain dan bagaimana pula dengan latihan yang mereka terima, adakah mereka yang berada dalam suruhanjaya ini mendapat latihan sebagaimana latihan yang diberikan kepada pegawai polis dan juga kepada pegawai-pegawai penjara. Dalam klausa yang mengatakan...
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Perhatian, sedikit penjelasan.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: 30 saat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: 30 saat sahaja. Adakah Yang Berhormat merasakan bahawa SPRM ini akan mempunyai taring untuk menyemak kembali kes-kes yang telah diselesaikan oleh BPR yang sekarang ini berada ataupun tersekat di Pejabat AG. Harap dapat penjelasan. Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kita harap kalau kes ini adalah prima facie ataupun integriti ataupun komitmen yang ditunjukkan seperti mana yang dijelaskan oleh
DR. 16.12.2008
35
menteri, kita harap benda ini akan dapat berjalan dan akan membuka balik kisah-kisah lamalah yang sepatutnya dibawa ke muka pengadilan.
Di bawah klausa yang menyatakan tugas pegawai bawahan anggota suruhanjaya, mereka hendaklah menerima arahan dan petunjuk dari pegawai atasan secara lisan atau tulisan. Apakah ini bukan merupakan satu perangkap kepada pegawai bawahan kerana kalau hanya arahan berbentuk lisan yang perlu dipatuhi, maka apa akan berlaku jika berlaku penafian setelah sesuatu yang nampak akan mengenai atau membabitkan pegawai atasan tersebut, maka tidakkah pegawai penyiasat tadi akan menjadi kambing hitam.
Saya rasa ini menganiayai pegawai yang menyiasat, hanya mendapat arahan dalam bentuk lisan, tidak bentuk tulisan. Tidakkah lebih baik jika dikatakan arahan lisan yang mesti dituruti, arahan lisan tetapi mesti dituruti dengan arahan bertulis atau arahan lisan dan bertulis kerana kita tahu dan masih segar dalam ingatan kita di mana kes Menteri memberi arahan bertulis dengan tulisan tangan kepada Ketua Setiausaha satu kementerian satu masa dahulu, akhirnya Ketua Setiausaha masuk jel, menteri bebas dan masih dapat mengumpul....
■1200
Akhirnya Ketua Setiausaha masuk jel, Menteri bebas dan masih dapat mengumpulkan harta. Akan tetapi kalau kita lihat kepada kuasa menyiasat terhadap aduan pula. Walaupun ianya dalam bentuk lisan tetapi ia mesti diubah ke dalam bentuk tulisan dan dibaca kepada pengadu dan ditandatangani oleh pengadu serta dimasukkan dalam rekod untuk siasatan, simpanan dan rujukan. Saya rasa ada macam satu perbezaan di antara arahan dengan siasatan tadi.
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kesalahan rasuah ini dia berbeza dengan kesalahan jenayah untuk lain. Di mana dalam pertuduhan jenayah pendakwa mesti membuktikan bahawa orang yang kena tuduh melakukan kesalahan dengan bukti yang nyata. Akan tetapi dalam kes rasuah orang kena tuduh mesti membuktikan bahawa harta dan barangan dan lain-lain yang ada pada beliau itu bebas dari unsur-unsur rasuah. Maka tidak hairanlah jika suatu ketika dahulu bekas Ketua Polis Negara mengatakan bahawa 40% daripada pegawai atasan polis boleh disabitkan dengan rasuah hanya kerana gaya hidup mewah mereka.
Dalam proses menerima aduan, apakah pihak anggota suruhanjaya akan menjalankan siasatan hanya apabila;
(i) menerima aduan atau;
(ii) hanya dengan mensyaki sesuatu kelakuan mewah yang tidak sepadan dengan tugas pegawai tersebut atau;
(iii) menerima aduan dengan hanya surat layang atau hearsay; dan
(iv) gaya hidup seorang pegawai tersebut hanya berdasarkan maklumat yang diterima oleh pegawai suruhanjaya untuk melakukan penyiasatan.
Saya bersetuju jika pembawa fitnah dihukum dengan hukuman yang berat sepertimana yang disebut Yang Berhormat Maran tadi [Membaca sepotong ayat al-Hadis] “Sesungguhnya
DR. 16.12.2008
36
fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh”. Harapan agar kerahsiaan nama pemberi maklumat perlu dijaga walaupun oleh sesiapa dan tidak perlu didedahkan oleh pendakwaan raya dan pegawai suruhanjaya. Melainkan hanya untuk tujuan siasatan dan dalam mahkamah. Tidak seperti yang dinyatakan dalam fasal 29 (4). Saya rasa Rang Undang-undang Pelindungan Saksi yang dibentangkan pagi ini diharap dapat membuka ruang untuk lebih ramai memberi maklumat berhubung dengan kes rasuah ini. Tahniah kepada menteri yang membawa undang-undang pada pagi tadi.
Tuan Yang di-Pertua, pegawai suruhanjaya juga dikatakan sentiasa dalam keadaan bertugas. Apakah maknanya mereka ini dalam sentiasa dalam keadaan bertugas. Apakah macam di dalam hospital kita ada tugas on call ataupun tugas standby call? Bagaimana pula dengan elaun yang didapati oleh mereka. Apakah berdasarkan masa ataupun ketika yang mereka gunakan untuk melakukan tugas-tugas. Adakah sentiasa dalam keadaan ini, bermakna mereka boleh mendapat over time elaun sentiasa kerana mereka ini sentiasa dalam keadaan on call. Jadi saya minta penjelasan daripada menteri berhubung dengan perkara ini.
Satu lagi saya rasa kredit kita berikan kepada rang undang-undang ini yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan jelas mengatakan bahawa pemberi dan penerima rasuah adalah merupakan satu kesalahan. Sesuai dengan hadis yang dibaca oleh ramai sahabat-sahabat tadi, [Membaca sepotong ayat al-Hadis]. Ini kerana kita tahu hasil yang mereka dapati daripada hasil rasuah ini merupakan satu hasil yang haram bagi orang Islam. Kita kena tahulah, [Membaca sepotong ayat al-Hadis] “Setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram itu, api neraka adalah lebih aula”.
Jadi sekiranya kita tahu terutamanya orang yang beragama Islam, kita mestilah kena faham bahawasanya setiap yang tumbuh itu walaupun setitik darah yang kita dapat itu daripada sumber yang haram maka, akhirnya akan dihumban oleh Allah SWT di dalam api neraka. Walaupun begitu, saya rasa satu penelitian harus diberikan kepada mereka yang menerima dan memberi rasuah yang tidak mempunyai kaitan. Ini kerana dalam rang undang-undang ini ada menyebut khusus berhubung dengan kaitan ataupun orang yang tidak mempunyai kaitan dengan hal ehwal perniagaan atau principle. Bahkan mereka yang tidak ada kuasa atau tidak ada niat, bahkan tidak sebenarnya berbuat sesuatu dan tidak pun ada hubungan dengan hal ehwal yang melibatkan rasuah tersebut.
Kita mula berasa hairan di dalam klausa ini dikatakan agen kepada seseorang tetapi dalam sub klausa dikatakan tidak mempunyai kuasa. Ini suatu yang agak janggal dan contradict atau mungkin kesilapan daripada penjelasan yang diberikan kepada saya. Saya harap menteri juga dapat memberikan penjelasan terhadap klausa ini. Bagaimana ia boleh menjadi agen kalau ia tidak ada kuasa, bahkan tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi.
Kalau kita lihat kepada apa yang berlaku dalam negara kita ini kadang-kadang kepada driver menteri misalnya ataupun mereka yang dekat dengan menteri walaupun dia tidak
DR. 16.12.2008
37
mempunyai kuasa tetapi ia boleh mempengaruhi. Adakah ini yang dimaksudkan di dalam klausa ini. Kalau kita sebut tentang tolong ataupun kuasa ataupun membantu saya rasa kesusahan hati yang disebutkan oleh seorang daripada wakil BN semalam, saya tidak ingat dari mana. Orang-orang politiklah merupakan mereka-mereka yang mungkin terdedah kepada mereka yang boleh didakwa dalam klausa ini.
Tentang penterjemahan dokumen terdapati dalam ini disebut tentang mereka-mereka yang akan diberikan ganjaran apabila mereka dikehendaki untuk menterjemah sesuatu dokumen ataupun data. Saya hendak tahu adakah mereka yang sedang disiasat itu sendiri akan diberikan sesuatu kredit ataupun ganjaran sekiranya mereka itu sendiri yang menterjemah.
Dalam ini hanya disebut orang yang membantu untuk menterjemah kepada sesuatu yang disiasat. Harta yang disita yang tidak mudah rosak dan tidak perlu dijual didapati susut nilai. Apakah ganti rugi akan dibayar seandainya habis siasatan. Maka tidak didapati tidak disabitkan kesalahan kepada orang yang disiasat supaya penganiayaan tidak berlaku kepada mereka yang siasat tetapi tidak bersalah dalam keadaan harta ataupun bahan bukti tersebut sudah susut nilai.
Di akhir perbahasan ini saya ingin menyeru sekali lagi supaya sama-samalah kami di sini juga menyokong dan pihak Barisan Nasional juga menyokong supaya kita dapat membentuk sebuah masyarakat yang bebas dari rasuah ini kita letakkan satu konotasi kepada rasuah ini sebagai satu najis yang akan merosakkan diri dan juga masyarakat. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Thursday, December 18, 2008

Jualkan IJN, kerajaan tak ada fulus ke!!

Memang benar selera Menteri Kewangan yang pertama bakal menjadi Perdana Menteri ini, mempunyai selera besar yang akan menjadikan BN pada PRU 13 nanti menjadi bahan sejarah.
Kalau dilihat kepada ucapan Ketua Pembangkang dalam perlimen baru-baru ni, 2 hari sebelum melepaskan jawatan Menteri Pertahanan, satu persetujuan untuk membeli eurokopter yang kontroversi didalam penggunaan menggantukan NURI, pemberian kontrak dan spesifikasi serta harga yang jauh berbanding dengan Brazil tuh heboh seluruh negara, sehingga Menteri Pertahanan yang baru terpaksa memikirkan semula untuk pembelian tersebut. Alkisah Brazil yang berada di Amerika Latin pun lebih cerdik dari kita, dahlah harga jauh lebih murah, kena pasang pula di negara dia untuk memberi pekerjaan dan kemahiran teknikal kepada anak tempatan dia berbanding dengan kita yang beli lebih mahal, dan tak ada pula perjanjian yang memberikan peluand pekerjaan kepada anak negeri sendiri.

Perkara kedua yang berlaku sekarang adalah pusat perubatan yang telah dibina dengan duit kerajaan untuk menjaga jantung rakyat, satu organ yang amat penting dalam tubuh dimana itulah benda yang berguna untuk mengepam darah yang membawa makanan, oksijen dan mengeluarkan karbon dioksid daripada badan , akan dijual kepada Sime Darby. Sime Darby yang sudah ada 2 pusat perubatan akan menambah pusat jantung negara ini menjadi koleksi mereka yang akan merawat masalah yang menjadi salah satu penyebab kematian utama rakyat selain accident dan barah.

Memang cukup lumayan perolehan mereka nanti, kerana ramai rakyat kita pasti akan berhadapan dengan masalah jantung ini dikala tua mereka, jadi senanglah nanti Sime Darby menahan lukah dipergentingan dan sudah pasti akan membuat banyak keuntungan dan rasanya akan lebih ramai lagi pakar jantung yang ada dan pakar bedah jantung akan beraluh kepada mereka , maka yang tinggal didalam kerajaan hanya yang terpaksa menghabiskan masa sebab mengambil biasiswa.

Ana hanya memikirkan apa akan terjadi kepada kakitangan kerajaan dan mereka yang berada ditahap bawah , rakyat dikampong dan pekerja rendah serta penoreh dan pekebun, dimanakah nanti mereka akan mendapat rawatan sempurna saperti yang diperolehi sekarang daripada IJN ini.

Apakah sebab maka pusat yang sudah establish dan maju serta banyak berbakti kepada rakyat ini hendak dijual, apakah kerajaan dibawah Menteri Kewangan baru ini tidak ada wang lagi, atau ada mereka dibelakang yang akan menunggu laba yang banyak hasil dari menahan lukah dipergentingan ini.

Khabarnya kerajaan akan membuat satu pusat jantung yang lain di Negeri Selangor, yang akan dilengkapi saperti di IJN, mungkin di Serdang, ana belum pasti, tetapi apakah lebih baik kalau Sime Darby sendiri yang bangunkan pusat yang baru tu dan jadikan pusat IJN sendrir bukannya mengambil atau membeli yang kerjaan punya yang di Miliki oleh MOF incorporated ini.

Kita tak dapat gambarkan berapa kos untuk satu coronary bypass atau stenting, atau angioplasty di IJN milikan Sime Darby itu nanti.

Ana memeng tak setuju dengan hal penjualan IJN kepada Sime Darby ini , kerana mengambil yang orang sudah buat dan establish lalu kan mengaut keuntungan belimpah ruah atas pemimdasan kepada rakyat marhaen. Mungkin inilah yang dapat ditunjunjukka oleh Menteri Kewangan yang baru setelah nitch lain masih belum ada pada beliau sebagai bekalan untuk menjadi PM nanti. Kalau inilah pertunjukan beliau, maka amat malang bagi rakyat yang mempunyai PM saperti ini. Tetapi kita harus ingat, sebelum ini belum ada Menteri Kewangan yang akan berakhir menjadi Perdana Menteri, Tun Tan Siew Sin, Tun Daim, Tengku Razaleigh, semuanya tidak berakhir dengan Perdana Menteri, tak tau Menteri Kewangan yang satu ni, dari awal sudah nampak akan memeritkan kantung rakyat .

Tuesday, December 16, 2008

Perbahasan ana dalam RUU SPRM (ganti BPR ).

TYDP

1. Harapan rakyat agar suruhanjaya ini tidak akan menjadi saperti suruhanjaya-suruhanjaya yang telah ditubuhkan banyak sebelum ini saperti suruhanjaya hak asasi manusia ( SUHAKAM) yang menjadi harimau kertas yang tak bergigi, buat syor dan tak dipatuhi dalam melaksanakan syor tersebut, hanya ada laporan dan tak dibenarkan untuk dibahaskan dalam parlimen laporan mereka dan syor mereka mengenai perhimpunan aman dan ISA semacam tak diendahkan.
2. Begitu juga syor dari suruhanjaya penambahbaikan polis sampai sekarang tinggal syor saja dalam isu IPCMC, begitu juga dengan suruhanjaya video Lingam , ia berjalan bagai kura-kura dalam melunasi hasrat anggota suruhanjaya terhadap mereka yang terlibat. Jadi rakyat tidak mahu selepas ini ada satu lagi penambahan koleksi suruhanjaya yang tidak ada gigi , hanya tinggal gusi yang tidak dapat berfungsi dengan tegas dan bebas. Jaminan yang diberi oleh Menteri dari Padang Rengas menyatakan suruhanjaya ini akan mempunyai gigi yang tajam, harap jaminan ini dapat menjadi kenyataan dan indeks persepsi rasuah kita juga akan menjadi lebih baik dimasa depan.
3. Kita tidak mahu suruhanjaya yang ditubuhkan ini, menggunakan banyak wang pembayar cukai untuk emolument mereka, tetapi bila syor yang dibuat, akhirnya PM dan peguam Negara juga yang menjadi kata putus dalam menentukan siapa yang akan didakwa dan siapa yang akan terlepas.
TYDP
4. Didalam RUU ini, kita tidak nampak satu ikatan yang memberikan kuasa kepada suruhanjaya ini untuk bertanggungjawab dalam proses pendakwaan dan tidak ada satu kemestian bagi Peguam Negara mematuhi syor daripada suruhanjaya ini. Apakah ini menandakan suruhanjaya ini tidak bebas menjalankan tugas mereka, setelah bertungkus lumus menjalankan siasatan, tiba-tiba bila sampai kepada proses untuk dakwaan, Peguam Negara tidak mahu meneruskan presedur. Tidak ada satu klausa yang menyatakan syor dari suruhanjaya hendaklah dipatuhi oleh AG.

5. AG pula tidak tertakluk kepada persoalan yang boleh mempertikai keputusan beliau, apakah beliau boleh ditanya dan dipersoal kenapa tidak didakwa kes yang telah disiasat oleh suruhanjaya dan apakah beliau boleh dipersoalkan juga didalam parlimen yang membahas dan meluluskan RUU ini.
6. Kalau kita telusuri sejarah yang ada sebelum ini saperti dizaman Allahyarham TS Abd Kadir Yusof, yang menjadi menteri undang undang, dan TS Hamzah Abu Samah dan duduk dalam parlimen yang boleh dipersoalkan tindakan mereka , oleh sebab itu pada zaman itu banyak jerong yang merengkok didalam penjara berbanding sekarang ini dimana bilis sahaja yang lekat, kerana jaring yang dipasang adalah jaring sarang labah-labah
7. Memang kita tidak nafikan ada 3 Jawatan kuasa yang akan dibentuk dalam RUU ini dan ada lagi jawatankuasa lain yang tidak dimasukkan dalam RUU ini, khabarnya akan ditambah kemudian, saperti Lembaga Penasihat, Jawatankuasa Pemantau dan Jawatankuasa aduan, masing-masing dilantik oleh Yang Dipertuan Agong , Perdana Menteri dan Menteri, tetapi dari satu segi sudah nampak bahawa ia menggambarkan Suruhanjaya ini boleh dipengaruhi, tidak bebas. Lembaga penasihat boleh menasihat, lembaga pemantau boleh memantau , Cuma JK aduan saja mungkin boleh melihat mana yang tidak betul lalu boleh membuat aduan, tetapi apakah aduan itu akan dipatuhi atau tidak, ianya masih belum menggambarkan adanya kebebasan SR. Bahkan dinyatakan ada 2 lagi JK yang tidak dilepaskan dalam RUU ini, hanya dijelaskan dalam akhbar sahaja.
TYDP
8. Walaupun roh suruhanjaya ini nampak ianya menunjukkan ketelusan dan akan mencengkam semua yang mungkin terlibat dengan rasuah, tetapi dari klausa yang ada, kita tidak nampak suruhanjaya ini akan dapat berfungsi dengan tuntas dan telus. Saperti yang saya sebutkan tadi, akhirnya hanya AG yang berkuasa saperti yang ada pada hari ini dibawah BPR. BPR siasat polis dan polis siasat BPR akhirnya simpan dalam buku rekod, masuk menjadi sejarah dalam fail siasatan, kerana keputusan akhir ada pada AG.
9. Didalam tugas Ketua Pesuruhjaya disebut bahawa mereka hendaklah mempunyai segala kuasa pegawai suruhanjaya dan hendaklah mempunyai apa-apa kuasa timbalan Pendakwa Raya sebagaimana yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya , tetapi bila sampai kepada pendakwaan mestilah dimulakan oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya. Apa makna kuasa pendakwa raya yang diberikan kepada ketua pesuruhjaya tadi. Ini yang dikatakan harimau robot tanpa gigi.
10. RUU ini juga menyamakan anggota suruhanjaya ini sama saperti Polis dan penjara didalam sesetengah klausa didalam tugas menahan , dan pejabat suruhanjaya sama saperti balai polis. Apakah selepas ini akan ada pusat tahanan didalam pejabat suruhanjaya ini saperti dipejabat polis yang lain. Bagaimana pula dengan latihan yang mereka terima apakah sama saperti pegawai polis dan pegawai penjara ?. Dan apakah nanti akan berlaku saperti pertindihan kuasa diantara tugas pegawai polis, pegawai penjara dan anggota suruhanjaya pula.
11. Didalam klausa yang menyatakan tugas pegawai bawahan anggota Suruhanjaya , mereka hendaklah menerima arahan dan petunjuk dari pegawai atasan secara lisan atau tulisan. Apakah ini bukan merupakan satu perangkap kepada pegawai bawahan kerana kalau hanya arahan lisan yang perlu dipatuhi, maka apa akan berlaku jika berlaku penafian setelah sesuatu yang nampak akan mengenai atau membabitkan pegawai atasan tersebut, maka tidakkah pegawai penyiasat tadi akan menjadi kambing hitam. Naya kawan.
12. Tidakkah lebih baik jika dikatakan arahan lisan yang mesti dituruti dengan arahan bertulis atau arahan lisan dan bertulis. Kes Menteri memberi arahan bertulis dengan tulisan pensil kepada KSU suatu Kementerian suatu masa dulu masih kekal dalam ingatan kita dimana akhirnya KSU yang masuk jel, tetapi menteri masih bebas mengumpulkan harta, inikan pula arahan hanya dalam bentuk lisan sahaja.
13. Tetapi kalau dilihat kepada kuasa menyiasat terhadap aduan pula, walaupun ianya dalam bentuk lisan tetapi ia mesti diubah kedalam bentuk tulisan dan dibaca kepada pengadu dan ditandatangani oleh pengadu serta dimasukkan kedalam buku rekod siasatan untuk simpanan dan rujukan.
TYDP.
14. Kesalahan rasuah berbeza daripada kesalahan jenayah lain, dimana dalam pertuduhan jenayah, pendakwa mesti membuktikan bahawa OKT yang melakukan kesalahan dengan bahan bukti yang ada, tetapi dalam kes rasuah, OKT mesti membuktikan bahawa harta dan barangan dan lain-lain yang ada pada beliau itu bebas dari unsur-unsur rasuah. Maka tidak hairanlah jika suatu ketika dulu bila bekas ketua polis Negara menyatakan bahawa 40 % pegawai atasan polis boleh disabitkan dengan rasuah hanya kerana gaya hidup mewah mereka. Rasuah adalah merupakan sumber yag haram yang bila digunakan untuk memelihara, membeli makanan yang halal, maka akan menjadi makanan yang haram hadis nabi ada menyebut ' kullu lahmin nabata minal haram, fannaru aula bih' , setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram , maka api neraka lebih aula baginya.


15. Didalam proses menerima aduan, apakah pihak anggota suruhanjaya akan menjalankan siasatan hanya apabila menerima aduan atau hanya dengan mensyaki sesuatu perlakuan mewah yang tak sepadan dengan tugas beliau, atau menerima aduan daripada surat layang dan ‘hearsay’ atau gaya hidup seseorang pegawai tersebut hanya berdasarkan kepada maklumat yang diterima oleh pegawai suruhanjaya untuk melakukan penyiasatan.
16. Saya bersetuju jika pembawa fitnah dihukum dengan hukuman yang berat, kerana fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh’ alfitnatu ashaddu minal qatlu’, fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.
17. Harapan agar kerahsiaan nama pemberi maklumat perlu dijaga walaupun oleh sesiapa dan tidak perlu didedahkan hatta oleh pendakwa raya dan pegawai suruhanjaya melainkan hanya untuk tujuan siasatan dan dalam mahkamah, tidak saperti yang ada didalam pasal 29(4). RUU Perlindungan saksi yang dibentang pagi ini diharap dapat membuka ruang untuk lebih ramai memberi maklumat berhubung kes rasuah ini.

TYDP
18. Pegawai suruhanjaya juga dikatakan sentiasa dalam keadaan bertugas, apakah maknanya mereka ini sentiasa dalam keadaan ‘on call’ atau ‘standby call’ macam Doktor didalam hospital, dan bagaimana dengan elaun mereka, ataukah berdasarkan masa tersebut atau hanya apabila tugas itu berlaku dan telah terjadi.? Ataukah mereka ini mendapat elaun lebih masa ’ overtime allowance’.
19. Kredit kepada RUU ini kerana dengan jelas menyatakan bahawa menjadi kesalahan kepada pemberi dan penerima rasuah. Sesuai dengan hadis rasulullah ‘ ar rashi wal murtashi fin nar’. Orang yang memberi dan menerima rasuah didalam Neraka. Sepatutnya rasuah ini boleh disebut najis yang lebih buruk dan hina daripada dadah, kalau dadah manjadi buruan , maka rasuah juga sepatutnya menjadi buruan selepas ini. Bagi orang Islam, pesanan nabi ‘ setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api Negara lebih aula bagi mereka.’
20. Walaupun begitu, suatu penelitian harus diberikan kepada mereka yang dianggap menerima dan memberi rasuah yang tidak mempunyai kaitan dengan hal ehwal perniagaan atau principal, bahkan mereka yang tidak ada kuasa , atau tidak ada niat , bahkan tidak sebenarnya berbuat sesuatu dan tidakpun ada hubungan dengan hal ehwal yang melibatkan rasuah tersebut. Kita merasa hairan didalam klausa ini dikata ejen kepada seseorang, tetapi didalam subklausa dikatakan tidak mempunyai kuasa, ini sesuatu yang agak janggal dan kontradik, atau mungkin saya tak jelas, harap menteri tolong beri penjelasan. Bagaimana ia boleh menjadi ejen kalau ia tidak ada kuasa bahkan kuasa mempengaruhi, misalnya pemandu kepada menteri, walaupun ia tidak berkuasa dari segi tugas,, ia masih berkuasa dari segi mempengaruhi, oleh itu istilah tidak mempunyai kuasa disini harus diperhalusi lagi.
21. Bila menyebut pasal tolong disini, saya rasa orang politiklah yang akan terdedah dan paling ramai dalam kesalahan ini kerana mereka akan sentiasa didatangi untuk mendapat pertolongan diatas sesuatu tindakan atau tidak dilakukan apa-apa tindakan , kalau tak tolong tak dapat undi nanti !!, kalau tolong kena dakwa nanti !!.
22. Penterjemahan dokumen atau data oleh orang yang tidak terlibat sebagai disiasat akan mendapat upah menterjemah, apakah orang yang disiasat yang membuat penterjemahan juga boleh mendapat upah menterjemah, kerana tiada arahan menyatakan dia mesti menterjemah.
23. Harta yang disita didalam sesuatu penyiasatan yang tak mudah rosak dan tak perlu dijual didapati susut nilai , apakah ganti rugi akan dibayar seandainya habis siasatan maka didapati tidak disabitkan kesalahan kepada orang yang disiasat supaya penginayaan tidak berlaku kepada mereka yang disiasat tetapi tidak bersalah dalam keadaan harta bahan bukti sudah susut nilai .
24. Akhir sekali harapan agar dengan ujudnya RUU ini, masalah najis rasuah dan persepsi rasuah dalam Negara kita dapat dibendung dan seterusnya dihapukan secara total.

Monday, December 15, 2008

Balai Polis terbengkalai, syarikat senang lenang.

Persoalan ana kepada Kementerian Dalam negeri Khamis minggu lepas , kini menjadi isu pasal kegagalan menyiapkan IPD Pendang dan Yan.

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Assalamulaikum warahmatullah, selamat pagi
Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan, ada sedikit tambahan IPD Kuala Muda
di Sungai Petani.
4. Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan
bilakah projek Balai Polis Pendang dibuat dengan cara cross subsidy bersama Balai Polis Yan dan
IPD Kuala Muda Sungai Petani akan diteruskan, apakah status projek itu sekarang, hukuman kepada
syarikat terbabit.
■1030
Menteri Dalam Negeri [Dato' Seri Syed Hamid Albar]: Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat
Pendang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia, projek cadangan Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Pendang, Kedah tidak dilaksanakan secara cross subsidy bersama balai polis
Yan dan IPD Sungai Petani seperti Yang Berhormat tanyakan tadi. Sebenarnya projek ini asalnya
termasuk dalam pakej projek penswastaan IPD Kuala Muda, Pendang dan Yan Kedah yang telah
dimeterai perjanjian dengan kerajaan pada Julai 2001.
Tempoh perjanjian penswastaan ialah mulai 11 Julai 2001 selama tiga tahun. Kos membina
ketiga-tiga IPD ini berjumlah RM109 juta. Cara pembayarannya dengan pemberian tanah ataupun
lands award milik kerajaan yang digunakan oleh PDRM di Sungai Petani kepada kontraktor. Harga
tanah tersebut adalah senilai dengan kos projek.
Walau bagaimanapun, dalam kontrak ini pihak kontraktor hanya dapat menyiapkan projek
IPD Kuala Muda sahaja. Kos pembinaan ialah RM53.7 juta. Sijil layak menduduki dikeluarkan pada 2
DR. 11.12.2008
8
September 2004. Kerajaan telah membayar kos projek ini dalam bentuk memberikan sebahagian
tanah yang dijanjikan dalam kontrak yang bersamaan dengan nilai RM53.7 juta.
Projek IPD Pendang telah dimulakan oleh kontraktor pada 15 Mac 2005 tetapi telah
terbengkalai ketika kemajuan kerja yang dicapai hanya sekitar 28%. Atas persetujuan kedua pihak
kontraktor dan kerajaan, kontraktor bersetuju menarik diri dari melaksanakan projek yang seterusnya
perjanjian telah ditamatkan pada 17 September. Status projek tersebut pada masa ini adalah kita
akan laksanakan projek ini melalui private finance initiative dengan izin di bawah Rancangan
Malaysia Kesembilan dan ianya akan dilaksanakan pada 2009. Status projek-projek tersebut adalah
di dalam proses penyediaan dokumen peringkat tender oleh pihak JKR selaku agensi pelaksana.
Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seingat saya projek ini telah dimulakan semasa Pilihan Raya Kecil
Pendang 2002. Kerajaan telah memberikan tanah kepada syarikat ini di Sungai Petani iaitu bekas
kem polis hutan di Sungai Petani dan mereka telah pun berjaya membuat rumah kedai, rumah
penginapan dan telah berjaya menjual dan mendapat keuntungan RM400 juta tetapi dua balai polis di
Yan dan juga di Pendang masih terbengkalai. Di Yan belum dibuat dan di Pendang macam Yang
Berhormat Menteri kata 28%. Hari Khamis lepas Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab 27%.
Tak apalah. Dekat-dekat 27 dengan 28. Masalah yang dihadapi adalah kawasan tersebut telah pun
ditumbuhi oleh pokok-pokok menjadi hutan dan membiak banyak binatang buas. Saya tak tahu
syarikat yang mendapat projek ini kalau tak silap saya Nagasari telah pun diberhentikan dan
menghantar surat surrender tidak mahu lagi meneruskan.
Soalan saya, apakah tindakan yang dikenakan kepada syarikat yang membengkalaikan
projek yang telah diberikan. Mereka sudah dapat tanah, sudah buat bangunan dan untung beratus
juta tetapi ditinggalkan dua buah balai polis ini. Apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap
syarikat ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Syed Hamid Albar: Tuan Yang di-Pertua, 27 dengan 28 samalah kira. Betul Yang
Berhormat cakap tadi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, projek ini telah ditamatkan. Bila
ditamatkan pihak kementerian melihat dari segi nilai kepada projek yang siap. Sebab itu satu sahaja
tanah yang diberikan satu lot di Sungai Petani yang telah diberikan kepada kontraktor yang
bersamaan dengan nilai kontrak yang sudah siap. Yang lagi dua itu tidak diberikan kepada kontraktor
dan akan dilakukan melalui projek PFI sebagaimana yang saya katakan tadi.

Kelmarin Menteri pi Sg Petani dan dia kata memang syarikat tu akan kena tindakan, pada sesi lepas lagi ana dah beberapa kali bangkitkan isu itu dan dah berapa syarikat yang dah surrenda nak buat IPD tu, tetapi sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan yang dikenakan kepada mereka .
Pemaju gagal siap 2 IPD boleh dikenakan tindakan
Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my
SUNGAI PETANI: Kementerian Dalam Negeri menimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pemaju yang gagal menyiapkan ibu pejabat polis (IPD) daerah Pendang dan Yan yang tertangguh sejak lebih 10 tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata kegagalan syarikat pemaju itu melaksanakan kedua-dua projek berkenaan yang pada asalnya hanya bernilai RM55.7 juta menyebabkan kerajaan terpaksa merancang semula pembinaan kedua-dua IPD itu dengan kosnya meningkat kepada RM90 juta.

“KDN sedang meneliti semula terma perjanjian projek itu dan sekiranya ada fakta kukuh, kita akan mulakan tindakan saman.

"Pada masa depan kita kena buat perjanjian lebih ketat supaya kejadian seperti ini tidak berulang kerana kita sekarang kena belanja RM90 juta untuk menyiapkan dua IPD itu," katanya selepas mendengar taklimat projek pembangunan polis Kedah di pejabat polis trafik Kuala Muda di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Logistik Bukit Aman, Datuk Mashuri Zainal dan Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff.

Syed Hamid bagaimanapun enggan mendedahkan nama syarikat pemaju diberikan kontrak membina projek itu yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelapan.
Pembinaan IPD Pendang dan Yan serta Kuala Muda diumumkan pada 1997 menerusi konsep penswastaan, dengan kerajaan menukarkan tanah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bandar ini sebagai kos pembinaan tiga IPD itu kepada sebuah syarikat pemaju.

Bagaimanapun, hanya IPD Kuala Muda disiapkan pada 2003 manakala dua lagi tidak disiapkan dengan IPD Pendang hanya siap setakat 28 peratus, manakala pembinaan IPD Yan belum dimulakan.

Ketiga-tiga projek berkenaan sepatutnya mampu menyediakan 700 unit kuarters untuk anggota polis.

Syed Hamid berkata, kerajaan akan mengambil balik tanah seluas 5.5 hektar yang sepatutnya diberikan kepada pemaju terbabit kerana kegagalan membina IPD Yan dan Pendang.
Bagaimanapun, kawasan seluas 72 hektar di Sungai Petani sudah menjadi milik syarikat berkenaan sebagai kos membina IPD Kuala Muda.

Beliau berkata, pembinaan semula kedua-dua IPD terbabit dijangka dimulakan tahun depan menerusi konsep inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

"Kos asal pembinaan IPD Kuala Muda, Pendang dan Yan ialah RM109.4 juta dengan IPD Yan berharga RM26.7 juta, manakala Pendang RM29 juta.

"Sekarang kita hendak bina semula (IPD Yan dan Pendang) dan setiap satu berharga RM45 juta,” katanya.

Selain itu, beliau juga kecewa kerana IPD Baling baru sudah 95 peratus siap dan sepatutnya sempurna pada 2005 belum boleh diduduki

Senang-senang syarikat dapat untung tetapi lepas tangan kerajaan tak ambil apa-apa tindakan. Dalam sesi lalu ada dinyatakan syarikat tersebut, bunyi macam Nagasari, tetapi ana kena pastikan dulu sama betul atau tidak.
Walau bagaimanapun, kawasan hutan tapak IPD tu sekarang sudah jadi hutan belantara dihuni oelh ular sawa, biawak dan mungkin naga juga .

Sunday, December 14, 2008

Demi kerana undi!!

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Melaka kini membenarkan semua jabatan dan agensinya mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata larangan itu sudah dibatalkan bagi membolehkan kerjasama antara kedua-dua negeri itu dilakukan.

"Lawatan ke Kelantan kini sudah dibenarkan, dulu dilarang disebabkan ada kaitan dengan pembabitan politik," katanya ketika berucap merasmikan Promosi Pelancongan 'Jom Ke Melaka' di Tecso Lembah Sireh dekat sini, semalam.

Ada ana terbaca laporan Ketua Audit negara pasal orang politik yang pergi melawat sesuatu kawasan, lepas tu claim atas dasar lawatan sambil kerja, maknanya claim duit kerajaan la tuh, tak tahu pula ana siapa yang dimaksudkan oleh AG tu.

Rasa nak tergelak juga ana, dulu sampai kakitangan kerajaan negeri Melaka kecut perut habis, takut nak lawat Kelantan takut nanti kena tindakan oleh ketua Menteri yang dikatakan super berkuasa itu. Aleh-aleh tengok dia tercongok ada kat Tesco Kelantan, cuba nak tarik orang Kelantan melawat Melaka pula, ini la memang jenis muka tak malu, jilat kahak pekat sendiri.

Bila sebut pasal kelantan dan Melaka ni, ana teringat kisah Pak Mertua ana orang Melaka, dulu pergi melawat Kelantan masa PAS mula perintah, dikatakan beras tak ada, maka berbungkus-bungkus lah masing-masing bawa beras untuk makan nasi disana, takut kebulur , tetapi bila sampai siap makan berjenis nasi dan sedap pula tu beras di Kelantan, lalu masing masing berbungkus-bungkus pula beli beras dari Kelantan bawa balik ke Melaka. Ini mungkin termakan khabar palsu dari orang-orang KM Melaka kut, tu jadi macam tu .

Berbalik kepada KM Melaka tu, dek kerana nak bertanding Timbalan Presiden dan nak dapat undi dari orang Kelantan, maka terpaksa beliau pergi sendiri merayu perwakilan untuk memberi sokongan kepada beliau, sebab itu dia ada kata kalau tak silap dengar ana, saya pergi atas urusan parti, bukan urusan kerajaan, harap lepas balik nanti jangan claim dari kantung kerajaan sudah lah wahai KM yang sudah 'gostan' kebelakang no!. Jangan ikut macam komen yang telah dibuat oleh akauntan negara dalam laporan lepas tu.

Kita cuma berharap, lepas ni KM Melaka jangan buat perkara yang sama kepada kerajaan negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor sudahlah, nanti habis jadual lawatan kakitangan kerajaan negeri Melaka kena rombak pasal tak boleh nak buat rundingan dengan negeri Pakatan Rakyat dan nanti tinggal negeri Melaka kesaorangan kerana negeri lain tidak boleh dilawati lagi kerana alasan politik KM Melaka saperti yang dibuat dengan Kelantan dulu.

Rasanya sekarang beliau sudah sedar dan sudah kembali kepangkal jalan dan harap tidak ada lagi otak yang serupa ujud didalam MB atau KM Negeri yang lain, biarlah apa yang pernah disuarakan oleh KM Melaka itu menjadi bahan sejarah untuk ditinggalakan dan dikaji oleh anak cucu dari negeri Melaka sahaja. Koleksi sejarah pelik ini biarkan dimasukkan sama kedalam muzium yang banyak di Melaka bersama gambar Shah Rukh Khan bersamping dan bersongkok menerima pingat daripada YDP Negeri Melaka dibawah kepimpinan YAB KM Melaka sekarang ( 2008), calon Timbalan Presiden UMNO.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.