Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, August 22, 2009

Jelas tak payah bersuluh.!!

Kita biasa mendengar ungkapan 3 P oleh seorang pemimpin UMNO dan dan MB Kedah, bermakna dimana ada padi, disitu ada pondok, dimana ada pondok disitu ada PAS.PAS diawal penubuhan dulu memang tidak dinafikan bermula dengan mereka yang berkampong dipondok dan orang yang ahli dalam bidang agama. Kalau di Kedah pondok An Nadhoh Bukit Besar dan Pondok Pak Ya di Padang Lumat serta di Pendang Pondok Pak Chu Him Gajah Mati merupakan antara tempat yang PAS bermula dan menjadi gagah dan kuat.
Itu ada pada PAS dan merupakan sejarah bagi PAS untuk mengajak manusia mendekati ajaran agama dan mendekati Allah dalam amalan dan perjalanan hidup serta memerintah negara.
Ana tertarik bila mendengar ceramah Ust Idris Ketua Penerangan PAS yang berceramah di Pengkalan Pasir bersama Dato' Mahfuz Omar yang diganggu oleh pihak sebelah lagi dengan LCD dan pembesar suara yang besar tanpa ada permit untuk menganggu orang, hampir 100 anggota Polis berada disitu tidak membuat apa-apa bantahan kepada gangguan tersebut sehingga dicabar oleh penceramah PAS kalau terjadi apa-apa yang tak diingini maka pihak Polis akan bertanggungjawab, maka barulah mereka dilarang daripada mengganggu ceramah PAS yang ada permit tersebut.
Rupa-rupa nya sekarang baru kita rakyat semua tahu bahawa untuk mengganggu ceramah kita tidak memerlukan permit daripada polis, kerana apa yang ditunjukkan oleh pihak UMNO malam tu seolah-olah mengesahkan perbuatan tersebut. Apalah salahnya kalau hampir 100 anggota itu pergi memberitahu puak yang tak tahu demokrasi tu supaya memperlahankan suara LCD mereka atau terus padam kerana mereka tidak ada permit.
Bayangkan kalau ini dilakukan oleh Pakatan ketika UMNO berceramah, sudah pasti polis akan datang dan mencabut pembesar suara dan ada yang tertangkap kalau melawan. Bahkan pernah berlaku kalau nama yang berceramah tidak sama dengan senarai dalam permit, maka pernah pihak polis datang dan mencabut pembesar suara .
Sekarang ini wujud fenomena baru dimana tentera digunakan untuk membantu BN didalam menghadapi musuh politik mereka Pakatan Rakyat. Lihat apa yang berlaku di Pekan dengan undi pos dari kawasan kem yang terletak didalam kawasan parlimen Kuantan tetapi untuk memnangkan TPM yang menang nipis pada 1999 dalam jumlah 200 lebih, bibuat sempadan baru mengambil kem itu kedalam kawasan Pekan sehingga kemenangan memuncak pada 2004 dan 2008, dan begitu juga di Belantik dimana pendaftaran ditransit camp di Belatik yang sepatutnya berada dibase camp di Sungai Petani , mereka ini menjadi pengundi di Transit camp di Belantik dan bukan di base camp di Sungai Petani, dan sekarang berlaku di Permatang Pasir dimana tentera jelas berada dalam markas BN dan kata Menteri Pertahanan , tentera membantu rakyat .

Memang unkapan bahawa dimana ada tentera, disitu ada camp, dan dimana ada camp disitu ada undi pos dan dimana ada undi pos disitu BN menang. Sesuailah dengan hasrat Menteri Pertahanan baru-baru ni mengumumkan bahawa setiap kawasan parlimen akan diwujudkan satu batalion askar wataniah, rakyat sudah terhidu bau hancing hasrat tersebut.

Marhaban Ramadhan karim.



Maaf kerana tak sempat nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua sahabat dan taulan yang mengenali diri ini , semuga puasa tahun ini akan memberikan penuh keinsafan kepada kita sebagai hamba Allah yang ditugaskan untuk mentadbir bumi ini dengan segalaperaturan dan undang-undang yang telah termaktub sejak sekian lama melalui Nabi Muhammad SAW yang terkandung didalam Alquran dan Sunnah baginda dan mengikut tunjukajar daripada para lama yang sentiasa memberi pedoman dan jalan kearah mencapai keredaan ilahi.
Peninggalan 2 perkara yang disebut didalam hadis rasulullah iaitu Al quran dan hadis jika sekiranya kita perpegang teguh dengannya nescaya kita tidak akan sesat selamanya iaitu Alquran dan sunnah,maka hendaklah itu menjadi pegangan kita sebagai umat Islam , dan yang menjadi pewaris kepada para nabi dan rasul yang sudah tidak ada lagi untuk menyampai risalah kepada kita masa kini adalah para ulama yang ikhlas berjuang untuk menyampaikan risalah para nabi dan rasuldan bukanya para ulama suuk yang mengikut telunjuk dan perintah selain daripada Allah dan rasul yang sudah pasti akan menyelewengkan ummah dari landasan yang benar. Ulama yang benar adalah ulama yang takut hanya kepada Allah dan berjuang mendaulatkan syariat Allah didalamjiwa dan raga mereka.
Moga dengan kehadiran Ramadhan tahun ini, ianya dapat menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah dan menambahkan juga amalan kita kepadaNya terutama didalammengejar pahala daripada Allah. Kalu didunia kita emngejar wang ringgit untukmenjadi jutawan, apakah diakhirat yang kita akan kekal didalamnya kelak kita tidak mahu mengejar menjadi billionair pahala yang dijanjikan oleh Allah khususnya didalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran ini.Apakah Ramadhan ini akan kita biarkan ianya berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang usaha untuk menjana sebanyak pendapatan pahala yang boleh.
Kepada mereka yang selama ini hidup didalam suasan penuh dengan amalan maksiat dan khurafat, diharapinsaflah kalian semua kerana gunakanlah peluang dan ruang di Ramadhan ini untuk mula mendekatkan diri kepada Allah dan terus istiqamah dibawah lindungan Allah sehinggalah kita dijemput menemuinya didalam kiamat kecil nanti.
Kepada mereka yang mengenali Allah hanya semasa berada di Mekah, cubalah kenali Allah semasa kita berada dimana-mana kerana seandainya kita tidak nampak Allah, tetapi Allah sentiasa nampak kita.Takut kepada Allah bukan hanya semasa di Mekah atau Madinah atau semasa berada Arab Saudi, tetapi hendaklah dimana saja dan bila masa juga, kerana ajal dan maut boleh datang tanpa mengira dimana kita berada. Bayangkan kalau kita berada didalam keadaan melakukan maksiat kepada Allah,tiba-tiba kita diambil nyawa oleh Allah,maka amat malanglah akhir hidup kita ini.

Ubah tiang gol lagi.

Sebut pasal kekosongan sesuatu kerusi DUN atau Parlimen, sekarang ini timbul berbagai persoalan yang agak mengelirukan rakyat. Dari dulu hinggalah kepada PRK 12 lalu, kita tidak mnghadapi banyak masalah kalau sebut pasal kekosongan kerusi didalam sesuatu DUN kerana amalan yang berlaku selama ini adalah speaker mngisytiharkan kerusi sesuatu DUN atau Parlimen kosong, maka SPR mengumumkan suatu PRK akan diadakan, termasuklah tarik mnamaan calon dan tarik mengundi dalam masa tidak lebih 60 hari dari kekosongan.
Tetapi mutakhir ini sejak selepas PRU 12 dan sejak krisis yang berlaku di Perak dimana speaker mengisytiharkan 3 kerusi DUN di Perak kosong kerana ADUN melompat parti dan telah menandatangani surat pelepasan jawatan ADUN , tetapi tidak diterima oleh SPR.

Kalau dulu SPR hanya tentukan tarikh PRK dan tarikh mengundi, tetapi selepas peristiwa di Perak, ketentuan kosong atau tidak kerusi ADUN itu tidak ditentukan oleh speaker lagi, tetapi oleh SPR. Rakyat sudah mula pening, sebab siapa sebenarnya yang mengawal SPR sekarang, kalaulah benar analogi yang dibuat oleh banyak pihak bahawa SPR sudah lama menjadi komponen BN yang ke 16, tak tahulah ana , mungkin SPR boleh buktikan sebaliknya.
Sekarang ini timbul pula satu lagi kekeliruan didalam menentukan kosong atau tidak kerusi ADUN ,kalau di Perak SPR kata mereka saja yang boleh tentukan kekosongan sesebuah kerusi ADUN, apabila peritiwa di Kota Siputeh di Kedah, maka sekali lagi rakyat pening bila SPR kata mereka tidak boleh buat keputusan dan terserah kepada AG untuk menetukan kekosongan tersebut, walaupun didalam peraturan mesyuarat DUN Kedah jelas menyatakan jika sekira seseorang ADUN tidak hadir sidang 2 kali berturut-turut tanpa memberitahu speaker, ia 'mandatory' hendaklah mengosongkan kerusi tersebut.
Ana rasa seandainya ianya berlaku kepada ADUN Pakatan Rakyat kes macam ini, sudah tentu sebelum speaker beritahu SPR pun, awal-awal lagi mereka sudah isytiharkan kerusi tu kosong dan perlu dibuat PRK semula.
Sebagai orang baru dalam politik tanahair, ana memang cukup keliru dengan sikap SPR ini, sekali kata speaker yang menetukan kekosongan ,mereka hanya jalankan pilihanraya, lepas itu bila yang terkena BN, maka mereka kata speaker tiada kuasa dan hanya SPR yang berhak tentukan kekosongan, tetapi kini bila berlaku lagi dan terkena kepada BN sekali lagi, mereka membuat dalih pula mereka tak berhak tentukan, hanya AG saja yang berhak tentukan kosong ke tidak. Maknanya kalau terkena mata, dipejamkan, kalau terkena perut dikempiskan dan kalau nampak bola nak masuk gol, tiang gol diubah dan dipinda. Lepas ni apalagi alasan yang hendak dibawa kita pun tak tahu.

Thursday, August 20, 2009

Kenduri kampong

Begitulah bunyi program yang dijalankan di kampong Baloh pagi hingga petang hari ini yang dianjurkan oleh Sinar dan PRM Global Vission Sdn Bhd dengan kerjasama penduduk tempatan hasil muafakat JKKP dan MKK Kampong berkenaan.
Majlis yang meriah dan julungkali diadakan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara masyarakat setempat tanpa mengira fahaman politik , bergotong royong mengadakan jamuan makan dan mengikuti ucapan dan berdialog dengan masyarakat setempat berhubung dengan masalah yang dihadapi mereka.


Majlis pada pagi tadi menjemput ana sebagai wakil Parlimen dan YB Puan Suraya Yaakob sebagai wakil DUN. Kami sama-sama diberikan ruang untuk berucap dan juga mendengar ucapan daripada Saudara A Jalil Ali Pengarah Urusan Karangkraf Sdn Bhd.
Ana lihat memang program yang dijalankan oleh PRM Global vision dengan kerjasama Sinar ini memberikan faedah yang besar didalam penyatuan masyarakat dikampong terutamanya didalam menjalankan kerja-kerja sukarela dan kalaulah roh kerjasama ini dapat diteruskan tanpa ada perasaan hasat dengki antara satu sama lain, munkin apa yang terjadi kepada orang Melayu sekarang yang serba ketinggalan dalam pelbagai bidang ini dapat kita hindarkan.


Apa yang cukup dikesalkan dewasa ini adalah semangat ini tidak wujud atau sengaja ditidakan agar perasaan sakit hati dan irihati itu meluap-luap didalam dada seseorang sehinggalah timbul perasaan benci dan marah sehingga timbul gejala fitnah dan ingin jatuh menjatuh antara satu dengan yang lain.


Kalau kita ambil saja contoh didalam membangunkan sesebuah kampong, pasti kita akan dapati disana ada rumah yang diberikan kemudahan jalan berturap dan ada rumah yang dinafikan jalan berturap, ini semua adalah kerana fahaman politik yang berlainan. Harapan agar suasana diskriminasi dan ketidakadilan ini dapat diperbaikai bila suasana harmoni didalam masyarakat dapat ditanam dan disemarakkan melalui kerjasama saperti yang ditunjukkan pada hari ini.

Kealpaan kita dalam 52 tahun.


Semasa meresmikan Seminar Perlembagaan Malaysia peringkat Negeri Kedah Darulaman yang diadakan pada 18 Ogos 2009, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Kedah mengharapkan rakyat agar tidak mempersoalkan kontrak social yang telah dipersetujui bersama ketika menyambut kemerdekaan. Memang rakyat baginda amat patuh diatas gesaan tersebut dan akur diatas apa yang termaktub didalam perlembagaan yang sama-sama dijunjung sebagai undang-undang tertinggi dalam Negara Malaysia ini.
Seminar sepagi yang diadakan tersebut anjuran Inspin Kedah dengan kerjasama Biro Tatanegara sudah pasti mempunyai matlamat yang sudah diketahui umum kerana bila kita sebut sahaja BTN, sudah diketahui apa matlamat dan apa tujuan badan kerajaan.
Apa yang menarik perhatian ana adalah apabila Ceramah yang diberikan oleh Dato’ Mohd Noor Abdullah, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya menyentuh beberapa perkara mengenai kealpaan kita didalam memahami perkara yang terkandung didalam perlembagaan Negara menyebabkan kita menjadi saperti terpinggir didalam Negara kita sendiri dan hak kita sehingga terabai sehinggakan ekonomi pun kita tak dapat kuasai walaupun sudah 52 tahun mencapai kemerdekaan.
Lihat saja perkara 89 mengenai Tanah Simpanan Melayu yang telah dengan jelas menyatakan bahawa setiap TSM yang diambil hendaklah diganti dengan tanah yang sama keluasan dan nilai tidak saperti yang telah berlaku selama ini dimana TSM diambil dibandar tetapi diganti dengan tanah yang berada nun jauh dihulu negeri yang sudah tentu tidak sama nilaian nya berbanding tanah yang diambil tadi. Padanlah kalau kita lihat jumlah Melayu dibandar jauh berkurangan jika dibandingkan dengan yang lain.
Dalam fasal 2 perkara 89 ini, disebut mana-mana tanah disesuatu negeri yang pada masa ini bukan TSM mengikut undang-undang yang sedia ada dan belum dibangunkan atau dicucuk tanam boleh diisytiharkan sebagai TSM mengikut undang-undang itu. Beliau mengulas lanjut mengenai sesuai dicucuk tanam dengan member makna bahawa tanah itu mestilah tanah yang cantik, subur dan boleh dijadikan kawasan pertanian yang sesuai dicucuk tanam dengan tanaman dan bukan tanah gersang yang tak boleh ditumbuhi dan tiada kesuburan.
Kalau ditinjau sekarang ini, sejak 50 tahun Merdeka berapa banyak TSM telah hilang dari milikan dan berapa banyak yang berganti dengan nilaian yang sama, apakah selama ini kita sedang mematuhi apa yang termaktub didalam perlembagaan Negara yang kita kata tertinggi didalam Negara itu.
Satu perkara lagi yang juga agak menarik perhatian ana bila beliau menyentuh berhubung dengan agama Islam , tentang SAR yang memberikan hak kepada pemerintah untuk memberikan apa saja bantuan kepada SAR untuk memajukan dan menyebabkan penyebaran agama Islam menjadi lebih mantap dan mudah . Cuma oleh kerana kefahaman kita tentang perlembagaan tertinggi Negara ini kurang, maka SAR ini menjadi pengemis didalam Negara sendiri dengan pelbagai alas an dan peraturan yang sengaja dibuat untuk membantut perkembangan SAR bukan membantu walaupun setelah 52 tahun kita merdeka. Dengan usaha ini, memang jelas perkembangan Ugama Islampun akan turut terbantut kerana pengajian kearah pemantapan Islam itu tidak saperti dulu lagi, payah, susah dan lembab.
Antara perkara lain yang beliau sentuh juga adalah pasal biasiswa yang jelas ada didalam perlembagaan dimana kata beliau Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong hanya perlu menyebut sahaja berapa banyak peruntukan yang diperlukan untuk biasiswa kepada orang Melayu ini, maka jumlah itu perlu dilunasi oleh pemerintah untuk dilaksanakan . Perkara ini telah banyak diperkatakan tetapi bagai air didaun keladi, bukan biasiswa yang dibanyakkan tetapi PTPTN yang digalakkan kerana ini memberikan pulangan melalui faedah yang dikenakan.
Bahkan ana masih ingat didalam perbahasan ana dalam Parlimen sessi lepas semasa RUU PTPTN dibahaskan , ana mencelah mengenai penjara yang akan dikenakan kepada ibu bapa yang anak mereka gagal membayar hutang PTPTN ini, bukan kerana menjadi pencuri atau perompak, tetapi kerana hendak menjadi pandai mencari ilmu, akhirnya tidur didalam penjara. Nasiblah kita berada didalam Negara yang mewah tetapi inilah balasan kepada rakyat yang ingin menjadi pandai tetapi tidak ada duit.
Menyentuh dalam perkara 152 perlembagaan Malaysia mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa Resmi, beliau menyatakan bukan bahasa kebangsaan atau bukan bahasa Malaysia, tetapi Bahasa Melayu adalah bahasa Resmi bertulisan rumi dan tulisan jawi dibenarkan dalam bahasa Melayu, tetapi kalau bahasa Melayu dalam tulisan jawi sahaja adalah bukan bahasa Melayu. Mempersoal perkara 152 menurut beliau adalah kesalahan menghasut. Ada peserta menarik perhatian bab 152 ini dengan mempersoalkan apakah relevannya mengajar Sains dan Mathematik dalam bahasa inggeris dan apakah ianya bertentangan dengan semangat 152 dalam perlembagaan ini, tetapi penjelasan yang diberikan tidak menekankan sangat terhadap persoalan yang ditimbulkan.
Begitu juga persoalan behubung dengan Negeri Islam yang diistiharkan di Malaysia ini, apa yang menarik perhatian juga adalah bila beliau menyebut Serawak adalah satu-satunya negeri yang tidak mengisytiharkan sebagai sebuah Islamic state.
Menyentuh tentang Raja pula dalam perkara 3 perlembagaan malaysia, dua perkara yang ditekan beliau amat menarik perhatian hadirin pada seminar tersebut iaitu pindaan yang dilakukan sejak 1994 dimana kuasa raja telah dilunturkan bilamana undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen , dalam masa 30 hari akan terlaksana walaupun tanpa persetujuan baginda Sultan dan kedua raja-raja boleh didakwa didalam mahkamah khas . Kedua-dua ini berlaku setelah berlaku krisis perlembagaan yang mana semua rakyat masih ingat berlaku diawal 90an dimana himpunan demi himpunan diadakan diseluruh Negara dan segala tingkahlaku raja-raja Melayu didedahkan dimedia sehinggalah pindaan itu diluluskan didalam Parlimen dengan majority lebih 2/3. Masa itu tidak pula kita ingat ada FRU atau pancutan gas pemedih mata dilancarkan kepada rakyat yang membuat demo tersebut.
Semasa soaljawab, ada beberapa perkara yang disentuh tetapi persoalan ini tidak digarap dengan sempurna oleh penyampai seminar, mungkin kerana kesuntukan masa atau kerana alas an yang lain. Antara persoalan menarik adalah apabila seorang pendengar menyoal berhubung dengan samada Malaysia Negara Islam atau tidak dan persoalan hokum Syariah termasuk hudud tidak dijawab oleh beliau, walaupun didalam kertas kerja beliau ada menyentuh perkara tersebut.
Persoalan lain berhubung dengan perlanggaran banyak perkara yang termaktub didalam perlembagaan yang dilakukan oleh pemimpin politik tanah air, apakah pihak kehakiman boleh memberikan nasihat , juga beliau tidak dapat member penjelasan yang memuaskan. Ini ana rasa penting dijelaskan kerana banyak perkara yang diluahkan mutakhir ini mengenai pembangkang saja, padahal yang menyebabkan terhakisnya hak dan penguasaan Melayu Islam itu adalah kerana tidak faham dan tidak peka pemimpin yang lalu memahami dan melaksanakan apa yang terkandung didalam intipati perlembagaan tersebut. SAR dipinggirkan, TSM terlepas tanpa diganti, pengabaian Bahasa Melayu didalam persada pendidikan kita, terhapusnya tulisan jawi, penyebaran Islam sering terganggu dan tersekat dengan pelbagai akta dan undang-undang yang diwujudkan terkemudian dan gangguan kepada kedaulatan raja-raja Melayu sehingga ada yang sanggup mencerca dengan pelbagai perkataan saperti pernah berlaku di Terengganu dan Perlis sedikit masa lalu, pembawaan fahaman baru didalam menterjemahkan Islam dengan berbagai Istilak saperti Islam liberal, Islam hadhari dan Islam modenis dan sebagainya.
Apa yang beliau member penegasan didalam menjawab salah satu persoalan adalah beliau bersetuju akta ISA dikekalkan apabila diminta pandangan berhubung dengan perkara tersebut.
Majlis di’moderator’kan oleh Prof Dato’ Mohd Mustafa dari UUM yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian sebagai penasihat strategic UMNO Kedah.

Memang sakit betul lah tu!!


Kesian pula ana kat ADUN Kota Siputeh ni, sakit rupanya dia. Dulu masa bulan April sakit juga kot, sampai tak boleh hadir siding, dan bulan Ogos ni memang sakit sungguh. Sebab itulah dia kata tulis surat kepada Speaker pada 10 Ogos , padahal sidang Dewan pada 9 Ogos. Biasanya kalau orang sakit ni, dia pi jumpa doctor dan doctor beri cuti sakit dan jabatan akan diberitahu bahawa dia sakit dan tak boleh pi kerja, tapi Dato’ ini bila hari tu tak boleh pi, tak beritahu pula speaker yang dia sakit, Cuma 10 haribulan baru beri surat kepada speaker, maknanya sakit beliau agak beratlah tu, mungkin masuk wad kot.
Cuma SPR nak tunggu arahan pejabat AG dulu baru nak isytihar kosong atau tidak kerusi tu, walaupun undang-undang tubuh DUN Kedah kata tak pi dua kali berturut-turut boleh lucut jawatan tanpa pengetahuan / beritahu speaker.
Ana tak taulah kalau sekiranya yang tak pi siding dua kali berturut-turut tu dari PR, mungkin terus SPR akan kata kerusi tu kosong walaupun speaker belum tulis surat kepada mereka, ana agak lah.
Kalau macam ni buat apa ada peraturan dewan kalau semuanya nak ditafsirkan oleh AG lagi, dan sudah banyak yang kita lihat , dalam peraturan mana pun kalau yang kena kepada PR mesti tafsirannya mudah dan terus serta tulus, tapi bila kena kepada BN mesti berbelit dan terbelit.
Kita tunggu apa kata AG nanti pasal kekosongan kerusi tu, kerana speaker dah tak ada apa-apa kuasa lagi agaknya selepas PRU ke 12 ni.

Kita sama-sama berdoa moga beliau cepat sembuh dan bertugas semula kalau pejabat AG tolaklah peraturan DUN Kedah tu saperti yang diberitahu kepada kita oleh Speaker Dato' Dr Isa ni, dan kekosongan tu tidak berlaku.

Wednesday, August 19, 2009

Aik , merajuk nampak. Bila yang kena siikan paus kot!!

PUTRAJAYA: Accusations of bias, negative public perception and the immense pressure on the Malaysian Anti-Corruption Commission has got the better of its investigations chief, Datuk Shukri Abdull.

An exasperated Shukri threw a bombshell yesterday: the MACC willstop investigating politicians, indefinitely.

Shukri, who is also one of the graft-fighting body’s commissioners, said he and his men felt they could not carry out their duties effectively in cases involving politicians as they were being slammed no matter what they did.

Public scorn, he said, was another reason for the decision.

Shukri said although the decision was personal, he had informed his top bosses in the commission.

However, he added, he would suggest new terms of reference for dealing with politicians next week. The terms of reference will include a separate mechanism for handling corruption cases involving politicians.
Kah kah kah, bunyinya tergelak sakan orang kat kampong Guar Kepayang.
Apakan tidak, anak saudara mereka jadi orang besar di BPR dulu dan SPRM kini. Siasat sana siasat sini, kalau ahli politik PR siasat sampai pukul 3 pagi, guna peruntukan beli bendera hanya RM 2500 untuk agih kepada rakyat bila nak sambut merdeka, tapi bila tiba giliran Menteri BN terima wang RM 10 juta baru siasat 4 jam , kata dah meluat nak siasat ahli politik yang dikatakan terbabit dengan penyalahgunaan wang peruntukan atau rasuah. Lepas tu dah tau mau libatkan diri dengan siasatan terhadap ahli politik lagi dah. Rasanya lepas ni senyaplah isu PFKZ ini kerana ianya jelas melibatkan orang politik, dan jumlahnya bulan seribu dua, tapi sampai billion. Bila yang hendak disiasatb tu pak Menteri, maka berilah alas an dah tak larat lagi nak siasat orang politik, kena tohmahan berbagai dan macam-macam alas an lagilah yang diberikan, macam rakyat tak tahu pasal apa mereka beri alas an macam tu.
Aku fikir depa ni mungkin bila nak jumpa dengan Menteri BN terketar-ketar sampai nak demam macam orang kena HiNi , lepas tu terus serenda kata dah semua yang melibatkan orang politik tak mau siasat lagi dah.
Lalu lepas ni terlepaslah yang terima dan beri RM 10 juta tu, kita tak tudoh depa buat tapi ada yang akui beri tapi tak ada pula yang akui terima sampai RM 10 juta, Cuma terima 10 k saja, kata seorangDatin Seri.
Lebih baik tutup teruslah SPRM tu daripada siasat sampai ada yang mati dan semua letak jawatan,habis cerita boleh balik kampong buat kerja lain pula.

Apa yang cukup menghairankan bila pengarah siasatan SPRM kata mereka tak mau siasat lagi ahli politik , tiba-tiba terdengar berita Fail bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dulu , Saudara Fairuz nak dibuka semula selepas Permatang Pasir ini sedang dalam PRK, dan agaknya mungkin akan lebih deras dan laju perjalanan fail ini agaknya sama deras dengan kerancakan PRK ini. Benda yang dulu kata tak ada kes dan dah tutup bila kawan tu letak jawatan pun akan dibuka semula, hebat betul sahabat kita di SPRM ni. Oleh kerasa mereka terliur balik nak siasat ahli politik, ana harap report yang dibuat oleh Sdr Ezam masa dalam GERAK hari tu dan beratus report yang dibuat oleh DSAI pun disiasat samalah, begitu juga kes PKFTZ ni tak ditutup melainkan setelah diketahui oleh rakyat apa sebeanrnya yang berlaku dan siapa punya angkara semuanya.

Tuesday, August 18, 2009

Islam Kaffah.


Program Islam Kaffah dilancarkan malam ini di Masjid Air Puteh, Pendang.
Program yang dicetus idea oleh 3 gabungan NGO Islam dalam negara kita iaitu TERAS, WEHDAH dan SHURA yang ini melihat masyarakat Islam menjadi masyarakat yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup masyarakat Muslim masa kini. Moderator utama dalam menggerakkan konsep Islam Kaffah dalam masyarakat Islam kini adalah Cikgu Azmi Abdul Hamid, Presiden TERAS dengan kerjasama banyak lagi NGO Islam selain yang utamanya saperti SHURA dan WEHDAH.

Umum mengetahui dan mengakui bahawa kebanyakan umat Islam masa kini sudah ramai yang tersimpang dari landasan Islam yang syumul dan sebab itulah integriti Islam sekarang sudah tercemar teruk sehingga ada yang sudah tergelincir dari landasan sebenar dan terjadinya gejala riddah secara tidak disedari.
Penghayatan Islam sebagai satu cara hidup yang syumul mestilah digarap kembali kerana Islam adalah Ugama fitrah dan sesuai sepanjang zaman. Sejak dizaman Madinah yang bertakhtanya kekuasaan Islam sehingga kepada 2/3 dunia dengan kepimpinan yang diterajui oleh Islam, maka kecemerlangan ini diteruskan lagi dengan adanya semangat untuk mengembalikan kegemilangan ini agar ianya kembali bersinar semula dan dapat menyuluh masyarakt kearah penghayatan Islam yang lebih menyeluruh.
Ayat dalam surah Al Baqarah yang ke 208, jelas menerangkan kepada kita supaya meletakkan Islam itu sebagai panduan hidup kita yang memandu arah perjalanan hidup ini dengan berbekalkan kepada kitab suci Al Quran dan Hadis Nabi saw serta dipimpin oleh ulama yang takut kepada azab Allah.

Berbagai aspek didalam penghidupan kita sudah jelas tergaris didalam Islam untuk dijadikan panduan hidup, cuma masalah kekurangan kita didalam mendalami segala panduan itu yang menyebabkan kita seringkali meminggirkan apa itu kaedah muamalat Islam didalam bidang kewangan , kita lebih memilih pajak gadai daripada arrahnu, atau kita lebih memilih bank kovensional daripada sistem bank Islam dan kita lebih mengutamakan makanan buatan bukan Islam daripada usahawan muslim.
Mungkin itulah sebabnya maka dalam kehidupan kita sering terdapat masalah yang rumit untuk dirungkaikan kerana tidakmendapat petunjuk dari Allah taala kerana makanan kita haram, minuman kita haran dan penuh subahat .
Kewujudan kempen Islam kaffah atau keseluruhan ini diharapdapat menyedarkan umat islam betapapentingnya islam itu menjadi panduan hidup baik dalam bidang apa sekali pun , muamalat, jenayah, ibadat dan sebagainya barulah hidayah Allah akan turun dan kita akan mudah menghadapi masalah ini untuk diselesaikan.

Masa kini kalau kita renung dimana sana permasalahan ini umat Islam yang menjadi jura , sebut saja gejala sosial apa yang wujud dalam masyarakat pasti umat Melayu yang lazimnya beragama Islam pasti medahului, dadah, arak, rempit, judi, buang anak , zina rasuah dan sebagainya menjadi masalah yang memang sukar dirungkai melainkan mendapat hidayah Allah.
Oleh itu, harapan ana agar program Islam kaffah ini akan menggemilangkan kembali hidup Muslim sapertimana gemilangnya islam dizaman para umat terdahulu yang digeruni oleh musuh. islam hanya akan gemilang jika wasiat peninggalan nabi terus dijadikan panduan hidup semua umat islam untuk dicontohi oleh bukan Islam.

Sunday, August 16, 2009

Makan lagi!


Kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini kebiasaannya disambut dengan mengadakan jamuan kenduri aruah oleh kebanyakan masyarakat di Negeri Kedah ini. Maklumlah untuk mekan disiang hari hari tinggal beberapa hari sahaja lagi, jadi kesempatan ini diambil untuk membuat sedekah dan kebajikan sebelum tiba masa yang mana semua yang mukallaf diwajibkan berpuasa disiang hari.
Pada hari semalam, ana dijemput oleh kawan-kawan dari PLUS yang bertugas di Tol Kokbah, didalam kawasan Parlimen Pendang untuk menghadiri majlis kenduri tersebut dengan masakan Rendang Minang dan ala kampong.
Terima kasih sahabat di Tol Kokbah, Pendang, moga dimurahkan rezeki dan boleh buat kenduri banyak-banyak lagi terutama dibulan Ramadhan nanti.

Pelapis masa depan.

Dalam beberapa bulan ini, Kampong Baloh, Pendang telah diharumkan dengan kelahiran dua orang Jaguh di peringkat kebangsaan disamping mengharumkan nama Negeri Kedah . Mereka berdua adalah Ratu Pecut Kebangsaan MILO –MSSM Adik Nor Asyikin Md Isa pada bulan Mei 2009 ,12 tahun anak kepada MKK Kpg Baloh ,dan pada 11 dan 12 Ogos baru-baru ini seorang lagi jaguh Pidato PNB Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dewan Sri Endon, Putrajaya. Beliau ialah Adik Nur Shamiza Bt Khalid 19 tahun.
Anak sulung daripada 4 adik beradik yang sedang menuntut didalam Tingkatan Enam Atas Sekolah Menengah Syed Ibrahim, Pendang. Anak kepada bendahari Muslimat PAS Cawangan Kpg Baloh.
Beliau merupakan seorang pemidato berbakat yang telah beberapa kali memenangi pertandingan pidato peringkat daerah dan negeri .
Diantara kejayaan beliau adalah
Johan Pidato LHDN 2008 Peringkat Negeri Kedah,
Naib Johan Pidato BPR Peringkat Daerah 2008,
tempat keempat Pidato LHDN 2009 ,
Johan Pidato PNB Peringkat Negeri 2009 dan
Johan Pidato PNB Peringkat Kebangsaan didalam “Pertandingan Pidato Kelab Pelaburan Bijak PNB”.
Nur Shazmiza adalah anak seorang pesara tentera yang mendapat didikan awal peringkat Menengah di Yayasan Khairiah, Kampong Pisang, Baling Kedah dari tingkatan satu hingga tiga. Ibu beliau adalah suri rumah . Di kampong , ayah beliau membuka sebuah kedai runcit untuk menyara penghidupan seharian.
Beliau memang meminati bidang pidato dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah.
Diatas kejayaan tersebut beliau mendapat berbagai hadiah daripada PNB termasuk saham bernilai RM 3500.00, wang tunai dan sebuah piala.
Bagi pihak kami, PKWR Pendang telah mengadakan kunjungan hormat kepada beliau dan keluarga serta mengucapkan tahniah diatas kejayaan dan mengharumkan nama Pendang dan Kedah serta mengucapkan syabas dan terus berusaha untuk menempa kejayaan yang lebih baik dimasa akan datang dan mencapai cita-cita beliau menjadi Pensyarah, Insyaallah.
Satu majlis ringkas telah diadakan dirumah beliau malam tadi dengan hidangan mee kari masakan ibu beliau yang berasal dari negeri Selangor.

Selepas itu ana serta Pengerusi HAK , PAS Pendang, En Rusli Mat telah menziarahi keluarga keturunan Siam iaitu Encik Wein ,MKK Kampong Huma , Paya Mat Inson, yang telah meninggal dunia hari Khamis lepas dan berharap anak-anak dan keluarga beliau bersabar diatas kejadian tersebut. Mayat beliau akan dibakar pada hari Selasa ini di watt Paya Mat inson. En Wein merupakan bekas JKKK di kampong tersebut .

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.