Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, August 14, 2009

Tahniah , teruskan usaha anda semua!!!

Kejayaan anak melanjutkan pengajian kepusat pengajian tinggi merupakan satu kebanggan kepada ibu bapa, baik IPTA maupun IPTS. Ilmu pengetahuan merupakan asset yang penting untuk masa ini dan sebagai persiapan untuk masa depan.



Kejayaan seseorang untuk melangkah kaki kemenara gading patut diraikan dan sempena dengan kejayaan tersebut, maka pada hari Selasa 11 Ogos lepas, satu majlis penyampaian sumbangan sebagai tanda meraikan kejayaan sebahagian anak-anak dari Daerah Pendang melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS yang memohon sumbangan melalui PKWR ADUN Tokai dan AP Pendang.

Sumbangan dikeluarkan dari tabung Pelajaran PAS Kawasan Pendang dan sumbangan Kerajaan Negeri Kedah kepada lebih dari 60 orang pelajar mengikut kategori pendidikan,iaitu ijazah, diploma, sijil dan ada juga sumbangan sebagai insentif kepada ibubapa sebagai motivasi untuk mendidik anak-anak dimasa depan yang sekarang masih disekolah rendah dan menengah.
Turut hadir memberi sumbangan bersama ana adalah Dato’ Hj Mohd Taulan Mohd Rasul EXCO Pelajaran ddan Koperasi Kedah .

Didalam ucapan sebelum memberikan sumbangan ana menyeru agar ibu bapa memberikan galakan kepada anak mereka untuk aktif didalam persatuan mengikut kemampuan masing-masing , bukan hanya menjadi ulat buku dan hanya menghabiskan masa didalam perpustakaan kerana pada pandangan ana kebanyakan mereka yang aktif didalam persatuan semasa menuntut di IPT sekarang ini kebanyakannya menjadi pemimpin didalam masyarakat. Apabila mereka mampu memimpin didalam IPT, maka mereka akan dapat menimba pengalaman mentadbir dan memimpin masyarakat.
Kita berdoa semoga mereka ini akan mencapai kejayaan didalam pelajaran dan seterusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.

Tuesday, August 11, 2009

Alahai, apo nak dikato!!

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Padang Merdeka, Batu Pahat dalam waktu terdekat bagi melaungkan perkataan ‘pengkhianat’ terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Tergelak sakan kawan ana bila membaca petikan diatas.
Nampaknya beginikah tahap pemikiran Naib Presiden depa ni , tu pulak dah jadi Menteri pulak tu la ni. Kalau tak silap ana dia nilah yang pangku jawatan Ketua Pemuda lepas DSAI kena tendang dari kabinet Dr M dulu. Tapi lepas tu seghot kepala macam kepala kora bila kena acah sikit, penakut piang.
La ni dah jadi Naib , nampak garang dan berani maklumlah jadi Menteri jaga tentera, tapi nampak macam otak dok dalam kepala lutut, atau kurang neuron bila dok dalam kepala betul. Dek kerana hanya nak kata khianat kepada seseorang, maka sanggup berhimpun , lepas tu mungkin dia rasa puas hati la kot. Bila balik pejabat, mula lah berkira agaknya berapa banyak tanah rezab Melayu yang tergadai di Johor akan dapat semula, berapa banyak rumah bangalow yang berharga 1/2 juta di JB akan dapat dibeli oleh orang Melayu, berapa ramai anak muda yang jadi penagih akan pulih, berapa ramai peniaga yang bukan kroni menjadi jutawan hasil tak khianat mereka, berapa ramai anak muda yang bersekolah aliran perdana yang pandai membaca jawi, berapa ramai murid yang mahir bahasa inggeris bila belajar Sains dan Matemetik dalam bahasa inggeris tapi lepas ni TPM kata nak hapuskan dah, berapa banyak Bank yang terpaksa tutup kerana orang yang tak khianat konon pinjam tak mau bayar walaupin sampai insolvansi terpaksa istihar muflis dan banyak lagi kalau nak tulis.

Apakah cerdik sifat begini, bila himpun, lepas tu kata pengkhianat, makan nasi bungkus, lepas tu balik. Apa tak dapat upah sekupang dua ke. Tak kan tak boleh claim kerana perniagaan rugi kut, itu pun kalau FRU berani bertindak sembur gas dan pancut air pemedih mata. ka dapat permit kot.

Rasanya tak kan Menteri nak laung khianat kepada seseorang pun polis tak boleh bagi permit. Kumpulan yang nak membela rakyat daripada dizalimi oleh akta ISA kerana tangkap dan kurung hingga 7 tahun tanpa bicara apa kesalahan yang jelas bertentangan dengan Islam sungguhlah tak boleh bagi permit. Kalau berkumpul secara aman tanpa senjata macam GMI buat tu memanglah tak boleh bagi permit kerana mereka bukan Menteri, tapi yang berkumpul nak laung khianat ni adalah untuk kepentingan negara. Polis memang boleh beri kerana ini adalah menepati Perlembagaan Malaysia. Akta polis mana boleh pakai dalam situasi ini kera ia tertakluk dibawah perlembagaan malaysia.

Dulu tak silap ana Menteri ni juga kata pegawai pusat tak boleh hadiri mesyuarat dengan kerajaan PR Perak, kalau tidak akan dikenakan tindakan. Lepas tu Menteri Pertanian pula buat kenyataan serupa, nampaknya memang Kabinet satu malaysia ni dipenuhi dengan Menteri-menteri yang kurang sel neuron didalam otak.

Sunday, August 9, 2009

Pengkhianat, !, siapa?

Bahasa Melayu hanya arca hiasan
mesyuarat kabinet Bahasa Inggeris
mesyuarat di pejabat Bahasa Inggeris
wawancara di TV Bahasa Inggeris
pengumuman di pasaraya Bahasa Inggeris
kain rentang Bahasa Inggeris
Sains Matematik 6 tahun Bahasa Inggeris
Bahkan nama sendiri pun masih menggunakan bahasa penjajah Inggeris
nak ubah PPSMI ke Bahasa Melayu terkemut-kemut 3 tahun
Nak tukar kebahasa Inggeris secepat kilat
precint, House of Justice, Bank Agro dan lain-lain
mana Bahasa Melayu, mana Bahasa Melayu
kerana mereka nampak Bahasa Melayu tiada nilai komersil

Antara sajak Panglima Gunung Keriang yang di petik dari blog Kedah lanie.

Banyak lagi kalau boleh kita semua tambah agar ia lebih mencelikkan mata orang kita sekelian.
Pokoknya siapa punya kerja semua ni , bahkan nama pun masih mengekalkan nama orang inggeris, tapi mana mungkin pakcik dan makcik di kampong tahu ini semua.
Yang menggadai LPN jadi Bernas dan sekarang pemilik terbesar Wang Tak dari Hong Kong tu siapa?
Yang menjadikan biasiswa untuk Melayu Bumiputra sudah ditiadakan saperti termaktub dalam perlembagaan tu siapa?
Yang menjadikan pencapaian 30 % saperti dilagangkan dalam DEB itu gagal siapa, dan beberapa kerat yang kaya raya jadi milionaire tu golongan mana dan kroni siapa?
Yang menghapuskan 30% equity dalam pembahagian saham untuk Bumi/ Melayu tu siapa dan yang menghabiskan 50 B saham sehingga tinggal 5 billion saham saja sekarang ni siapa?
Yang menganaktirikan syarikat Melayu Bumi yang ikhlas berniaga tanpa rasuah dan amalan bawah meja sehingga susah nak bergerak dan mendapat kemudahan segala-galanya tu siapa ?
Yang mendiskriminasi bapa dan ibu dikampong yang susah mendapat kemudahan rumah PPRT, bekalan air dan jalan tar kerana tak sokong mereka sehingga merdeka 50 tahun masih belum dapat lemudahan asas tu siapa?
Yang menghalang orang susah mendapat kemudahan pinjaman AIM, TEKUN dan rumah mesra rakyat kerana tak undi mereka tu siapa?
Yang menafikan mereka yang tak berumah menduduki rumah KEDA yang dibuat dengan duit KERAJAAN padahal diberi kepada orang yang sudah ada rumah tapi bila dapat rumah KEDA tak duduk pun kerana sudah ada rumah lain tu siapa?
Yang menempelak kerajaan pakatan kerana gagal menghalang pengawalan jualan arak padahal yang memerintah 50 tahun tapi menambah kilang arak sehingga orang Melayu sudah ketagih arak tu siapa?
Yang menjadikan orang Melayu hilang tanah rezab berjuta hektar diseluruh Negara angkara khianat siapa?
Yang menyebabkan BBMB sudah hilang nama dan lenyap terus akibat liat bayar hutang tu siapa?
Adakah dek kerana
setengah abad diberi tampuk kuasa
Melayu mendepani Rekod cemerlang di Malaysia:
Melayu jaguh dadah
Melayu jaguh rempit
Melayu jaguh buang anak haram
Melayu jaguh korupsi
Melayu jaguh lepak kosong
Melayu jaguh ragut
Melayu jaguh dan jaguh
Melayu jaguh segalanya yang bernama buruk dan keji.
Siapa yang merampas AJK daripada dipilih oleh ahli kariah kepada dipilih orang tertentu padahal liat kemasjid?
Siapa yang menafikan bantuan kepada orang miskin dan anak yatim walau telah dipilih diperingkat daerah hanya kerana berlainan fahaman politik?
Siapa yang mengagih-agihkan kemudahan asas keperluan rakyat mengikut kefahaman politik?
Banyak lagi kalau nak tulis sebenarnya siapakah itu pengkhianat sebenar?
Langlah dimana pun, rakyat pasti tahu dimana duduk perkara sebenar.
Usah pergi jauh, lihat di Johor Baru sudah lah, kalau hujung minggau berapa banyak rumah yang bernilai tinggi siapakah yang punya kalau bukan rakyat Singapura. Dulunya milik siapa tanah itu? Kenapa sudah berpindah tangan? Siapa yang berikan? Lihat pula apa akan terjadi pada Iskandar Malaysia 20 tahun akan datang? .

Rakyat perlu bertanya kepada Muhyidin , sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 1981 apa yang telah beliau lakukan terhadap tanah-tanah orang Melayu ? Apakah beliau sudah lupa Kerajaan Johor di bawah beliau telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura .

Kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan empangan yang setinggi 193 meter tersebut tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya dan dikawal rapi oleh Angkatan Tentera Republik Singapura . Sekiranya Kerajaan Singapura ingin menghancurkan rakyat , dengan memecahkan empangan tersebut Kota Tinggi dan Bandar Tenggara akan ditenggelami air .

Pemuda UMNO jangan menyalak tidak tentu pasal . Hendak perpayung di bawah seorang TPM yang merupakan pengkhianat kepada orang Melayu Johor terutamanya . Apakah jasa yang boleh dihitung dan disebut oleh Pemuda UMNO Johor kejayaan Muhyidin sebagai MB Johor dan Menteri selama ini ? Terlalu banyak pengkhianat yang dilakukan kepada Melayu terutama rakyat Johor sehingga sanggup menjual lot-lot tanah kubur kepada rakyat Singapura dengan harga puluhan ribu ringgit .

Rakyat perlu juga tanya siapa pula yang menyelamatkan sawah 4500 relaong milik Melayu di Yan daripada menjadi pusat penapisan minyak ? Siapa yang menambah kouta pemilikan Bumi didalan projek rumah tanah rezab yang ditukar menjadi milik bebas daripada 30 % kepada 50 %.?
Tulisan yang tebal dan italic itu tambahan penulis kepada sajak Panglima Gunong Keriang.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.