Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, April 18, 2009

Nak sebut nama pun tak boleh dah !!!

Ada maklumat menyatakan pihak pengurusan media prima melarang disebut nama Abd Razak Baginda apabila disebut kes Altantunya . Siapa yang mengarah dan siapa yang menjadi dalang disebalik arahan tersebut, tanyalah diri anda dan jawablah sendiri.
Apa yang menghairankan rakyat seluruh Negara adalah apabila ada tohmahan atau tuduhan ( kerana tidak ada siasatan) tentang penglibatan orang besar lagi penting dalam Negara dengan kes tersebut oleh akhbar dunia, tetapi tidak ada apa-apa penafian atau saman menyaman untuk membersihkan nama beliau, maka semacam ada satu pengesahan bahawa kemungkinan ‘ya’ tidak dapat dinafikan.
Kes saman diatas tohmahan rakyat Negara ini terlibat dengan kes yang berat lagi mencemarkan nama tertuduh dan Negara telah pernah berlaku dan individu terbabit terus mengambil tindakan saman balik dan ternyata tuduhan itu tidak benar dan mereka bersih sekarang, saperti kes Ku Li dalam isu BMF dan Jalil Ibrahim dibunuh di Hong Kong, beliau telah bawa kes kemahkamah dan sekarang beliau telah berpuas hati dengan saman tersebut yang memberikan kemenangan kepada beliau, begitu juga dengan kes Dato’ Seri Hj Abd Hadi Awang Presiden PAS yang di tuduh orang no 2 Al Qaeda, telah menyaman akhbar tersebut dan ternyata beliau menang dan sekarang beliau bebas dari tuduhan tersebut.
Yang satu lagi senyap dan tak berani nak saman takut mungkin tersangkut, hanya allah dan empunya diri saja yang tahu, tup-tup nama orang yang terlibat dalam perbicaraan ini dulu tak boleh disebut lagi sekarang ini, kenapa dan mengapa.
Rakyat makin keliru bila perbicaraan dari mula sampai jatuh hukuman tidak ada seorang pun yang pernah ditunjukkan rupa wajah yang membunuh yang disabitkan dengan hukuman gantung sampai mati itu. Banyak andaian boleh dan telah dibuat bahawa mungkin lepas ni ada kambing hitam lain yang akan digantung sampai mati tetapi yang dua orang ni akan lepas bebas kepelusuk dunia kerana tidak ada orang yang kenal mereka , atau kalau kenal pun hanya manusia bertopeng sahaja.
Baru-baru ni sebelum PM Pak Lah berhenti, telah diluluskan satu RUU bernama RUU Perlindungan Saksi dimana seseorang saksi boleh dilindungi identity mereka , diubah kad pengenalan, dipindah tempat tinggal dan diberi pekerjaan atau elaun khas untuk sara hidup mereka sehingga tidak ada sesiapa pun yang tahu identity sebenar mereka apabila mereka berada ditempat yang baru.
Umum menaruh syak dalam isu ini mungkin kebetulan dengan kes ini yang mana rupa sebeanr pesalah dalam kes ini tidak pernah dilihat oleh orang awam, maka kemungkinan RUU ini mungkin digunakan untuk menjadi pelindung kepada mereka berdua walaupun mereka bukan saksi tetapi pesalah, tetapi dek kerana apa mereka tidak ditunjukkan rupa kepada awam. Apa motif dan apa tujuan disamping banyak lagi kekeliaruan yang boleh ditanya dan tidak ada diberi jawapan sehingga kini.
Kebiasaan dalam sesuatu kes jenayah bunuh, alat yang digunakan untuk membunuh perlu dikenalpasti , dibuat ujian balistik kalau pistol atau senapang, macam kes Datuk Taha Talib dulu, bagaimana C4 boleh dikeluarkan dari simpanan di stor simpanan, bagaimana data kemasukan Altantunya boleh dihilangkan daripada data imigresen saperti diberitahu dalam perbicaraan kes ini, kenapa saksi penting yang disebut nama dalam perbicaraan tak dipanggil, kemana menghilang En Bala sesudah membuat 2 SD yang berbeza dan banyak lagi soalan yang rakyat masih keliru hendakkan jawapan tepat dan jitu. Yang penting apakah sebenarnya 'motif' pembunuhan tersebut dilakukan. Kenapa dan mengapa jahat sangat 2 orang pegawai polis ini sanggup menjadi pembunuh yang tak tahu punca kedatangan beliau kesini pun. Kenapa susah susah dari jauh datang kemari hanya untuk menyerah nyawa untuk dibunuh oleh mereka berdua saperti diputuskan oleh mahkamah tersebut.
Amat malang kamu wahai Altantunya Shariibuu. (? Aminah).

Thursday, April 16, 2009

Keajaiban di Zaman One Malaysia.

Dua keajaiban berlaku dalam Negara sehari dua ni.
Pertama.
Mahkamah dah boleh ganggu keputusan speaker DUN. Di perak, YB Sivakumar yang gantung MB belum sah dan EXCO telah dibatalkan oleh mahkamah. Keputusan oleh hakim-hakim yang bersidang. Orang tak tau undang-undang tak boleh komen. Macam ana ini tak reti nak kata apa, tetapi sering juga didalam parlimen diberitahu bahawa keputusan speaker parlimen dan DUN tak boleh dicabar didalam mahkamah. Kalau tidak apa yang dibuat dalam DUN dan paarlimen boleh dicabar dalam mahkamah, maka setiap rang undang—undang yang diluluskan dalam parlimen boleh dibawa didalam mahkamah dan dipertikaikan dalam mahkamah, hakim kata RUU tu tak boleh lulus, maka terpaksa buat RUU lain, begitu juga kalau speaker gantung ahli sama ada DuN atau Parlimen, tiba-tiba ahli tersebut bawa kemahkamah, maka keputusan speaker tu boleh batal dek hakim, maka akan jadi celaru dan haru biru habis dasar yang telah digariskan dalam perlembagaan kita selama ini.
Susah nak komen bab ni pasal nampaknya selama 5 perdana menteri tak pernah belaku pertikaian keputusan speaker sebelum ini sehinggalah Malaysia berperdana menterikan PM keenam tambah 4, ada hantu dibelakang yang menjadi mentor beliau, maka jadi haru biru habis Negara kita sekarang ni.
Segala pemahaman kita pasal pemisahan kuasa antara eksekutif, judiciary dan kehakiman yang termaktub dalam perlembagaan Negara sejak sekian lama tentu akan musnah dalam era kepimpinan yang wujud sekarang ini. Bak kata sahabat ana yang kalah dan tak masuk bertanding jadi menteri, yang menang dan masuk bertanding MT jadi ahli parlimen saja, maka sebagai precedent, lepas ni jangan ada yang bertanding, dah tentu chance untuk jadi menteri akan lebih baik dari yang masuk bertanding.
Juga lepas ni, mungkin YB Puchong boleh ambil tindakan mahkamah terhadap speaker dewan rakyat yang gantung beliau setahun dan ada ketika dimana yang kena gantung sehari dua dari menghadiri siding boleh start ambil tindakan mahkamah kerana di Perak sudah ada precident.
Kedua.
Masa 3 ADUn Perak yang serah surat letak jawatan kepada Speaker Perak hari tu, SPR kata mereka nak siasat dulu perletakan jawatan tu, kerana mereka pertikaikan perletakan jawatan tu walaupun disahkan oleh Speaker negeri Perak, tetapi bila Penanti isthar letak jawatan dan disahkan oleh Speaker, adakah SPR akan siasat juga atau terus nak diadakan PRK di Penanti nanti?. Juga kenapa di batang Air hari tu pengiraan kertas undi tak dibuat ditempat mengundi saperti ditempat lain di PRU 12 atau PRK di Permatang Pauh , KT , Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan dikira setelah kertas undi menaikki Helikopter ke tempat penjumlahan, apakah ini tidak menimbulkan andaian bahawa kertas akan ditukar atau dibuang kelaut atau ditambah atau apa-apa penipuan yang boleh dan layak berlaku .

Tuesday, April 14, 2009

One Malaysia, one BN atau one UMNO !!!

The pressure is piling up on Najib. And it's from within: Umno, MCA, MIC and Gerakan.

1. MCA terguris hati kenyataan Muhyiddin [MCA slighted by Muhyiddin's statement]
2. Gerakan bantah kenyataan TPM Muhyiddin [Gerakan objects to DPM Muhyiddin's statement]
3. MIC's (suicide) threat
4. Umno Adun revolt in Terengganu against MB Ahmad Said

Kata TS Muhyiddin bila ditanya pemberita,
“Tetapi bukankah setiap kali pilihan raya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN?”
His answer, among other things, was this: “Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam ‘ok’, sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah, pokoknya masalah isu Perak terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang mungkin telah dipengaruhi dengan sentimen simpati kepada Datuk Seri Ir.Mohamad Nizar Jamaluddin, kononnya dia ‘dijatuhkan’, lepas itu kononnya dasar memberi pegangan tanah selama 99 tahun dilihat dasar yang menguntungkan.
“Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi.
“Pada waktu itu, kita pun tidak berharap sokongan kaum Cina akan meningkat 40 peratus dan sebagainya cuma kita berharap ada peningkatan sedikit tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan.”

Kepala tajuk cerita ini ana copy dan paste daripada blog Rocky's Bru dan Malaysian insider.TQ.
Tertarik juga bila direnung akan semua kenyataan ketua parti komponen BN tu. Kemarahan MIC ada alasan kerana kalau Presiden Gerakan yang kalah boleh jadi Menteri, bahkan kata setengah daripada mereka yang kalah bertanding jadi Menteri, yang menang bertanding hanya jadi MP, kenapa Presiden mereka yang kalah tak boleh jadi menteri sama, padahal beliau sudah lama beliau berpengalaman menjadi Menteri dari zaman belum ada tol sampai kezaman semua jalan nak diadakan tol. Nasib baik pula zaman Zain ada yang dihapuskan tol dan didedahkan bagaimana perjanjian tol yang berat sebelah tu dibuat dulu-dulu, samapai kalah dia bertanding MT dan terkeluar dari barisan Menteri DS Najib.
Nampaknya angan-angan DS Najib nak One Malaysia tak kesampaian kerana beliau terpaksa bertungkus lumus menjadikan one BN dulu kerana masing-masing bercakaran hanya pasal tak dapat jadi Menteri dan kalah dalam PRK, tu belum kalah seluruh Malaysia lagi.
Jadi ana harap DS Najib lupakan dulu one malaysia beliau, tumpukan dulu one UMNO di Terengganu dulu , lepas tu one BN dan bila dah semua OK barulah kot rakyat boleh fikirkan idea one Malaysia beliau.
Lepas one Malaysia, maka fikirkanlah pula Islam apa yang dia hendak canang pada kali ini, dah kata Menteri baru yang tak payah bertanding Pilihanraya dan MT kata nak kaji semula Hadhari tu, maka agaknya apa pula slogan Islam yang hendak dibebankan atas batu jemala rakyat agaknya.
Pasal boikot DUN di terengganu tuh, ana tak hendak ulas panjang , tetapi cukup sekadar kalau ada yang hendak bawa usul tak percaya, maka jelas lagi bersuluh mereka ini menderhaka keatas pilihan yang diperkenan oleh DYMM Sultan Terengganu dulu, adalah lepas ini akan ada satu lagi siri '...................natang' di KT dalam masa terdekat ini.

Monday, April 13, 2009

Masyarakat Siam tidak dipinggirkan.



Penduduk Siam di Pendang keseluruhannya berjumlah 7 ribu orang dan mereka ini berada dibeberapa kampong dan setiap satu kampong mereka mempunyai satu wat untuk mereka beribadat mengikut ugama Buddha. Ketua sesuatu wat di Panggil Tok Tan dan mereka inilah orang yang berpengaruh dikalangan masyarakat Siam dan kepada Tok Tan lah mereka menaruh kepercayaan.
Baru-baru ini, pada 12 April 2009, sempena menyambut tahun baru Thai, maka satu sambutan di sebut Songkran, atau Pesta Air telah dilancarkan di Wat Padang Pusing. Ianya dihadiri oleh YB Dato' Hj Mohd Taulan Rasul mewakili MB Kedah dan juga Konsul Thailand di Pulau Pinang serta YB Manikumar ADUN Bukit Selambau yang baru.

Dalam ucapan beliau YB Dato' Taulan menyatakan didalam Kerajaan sekarang ini kita tidak mengamalkan pilih kasih dan diskriminasi berdasarkan kaum dan politik saperti dahulu. Apa yang mampu dibuat kerjaan negeri kepada rakyat yang memerlukan maka kita akan laksanakan kerana itulah ajaran Islam yang kita pegang dan kita akan bertanggong jawab dihadapan Allah bila kita mati nanti, Allah akan menghukum kita kalau kita tidak berlaku adil kepada rakyat.
Ana rasa ini merupakan satu penegasan yang cukup ikhlas dari kerajaan negeri , sebab itulah dalam PRK Bkt Selambau hari tu, kemenangan besar diberikan kepada Pakatan rakyat kerana rakyat sudah melihat apa yang telah dilakukan selama setahun ini. Diharap suasana harmoni ini dapat diteruskan dan Islam tetap diperjuangkan , insyaallah rakyat akan terus memberi sokongan kepada kita.

Hulurkan bantuan, ringankan beban.

Utara semenanjong sekarang ini memang musim hujan dan sering dilanda ribut. Sejak seminggu lepas, banyak rumah yang telah dilanda ribut dikawasan utara dan tidak terkecuali di Pendang ini. Fenomena ini sering berlaku dan setiap tahun dalam musim hujan inilah masalah inilah yang sering dihadapi penduduk di Pendang ini dan kami dari PKWR Parlimen dan DUN telah berusaha membantu mana yang mampu kepada mangsa ribut ini.
Sapertimana tahun lepas, juga dalam bulan April peristiwa angin dan ribut ini melanda, maka tahun ini ianya berulang bahkan sejak dahulu lagi ianya terjadi setiap tahun. Biasanya bila tiba bulan April, kalau tidak banjir maka ribut kuat akan sering melandi di Utara Semenanjong ini.
Ana pernah membangkitkan peruntukan Kerajaan Pusat berjumlah 27 juta yang dijanjikan oleh PM semasa melawat mangsa banjir di Pendang beberapa tahun lepas didalam Parlimen tetapi dari maklumat Pejabat Daerah, tidak ada satu sen pun lagi peruntukan itu turun untuk membersihkan sungai dan mendalamkan sungai Pendang saperti kata PM dulu yang kini sudahpun bersara.
Antara mangsa yang mengalami kerosakan sedikit dan ada mangsa yang teruk ditimpa bencana . Semalam saya bersam pembantu telah menziarahi sebuah rumah di Kpg Banggul Basin dan melihat sendiri kerosakan rumah dua beradik yang mengalami masalah mental yang tidak dapat dihuni langsung kerana disamping rumah yang sudah reput, bumbung diterbangkan angin terus meninggalkan tiang dan dinding yang sudah usang. Usaha untuk membaiki rasanya tidak dapat dilakukan kerana keadaan tiang dan dinding yang sudah reput.

Kedua beradik ini menghadapi masalh mental, dan siabang En Ghazali bin Din langsung tidak boleh bekerja jerana menghadapi masalah hallucination, tidak dapat keluar dari rumah kerana terlibat objek yang sentiasa menghalang beliau daripada keluar.Oleh itu beliau hanya terperap didalam rumah dan segala keperluan ditanggung oleh adik beliau En Ghazali bin Din yang juga menghadapi masalah mental tetapi agak terkawal.
Mereka berdua telah memohon bantuan kebajikan tetapi hingga kini masih belum mendapat respon sejak tahun 2001 lagi.Begitu juga ppermohonan untuk mendapat rumah PPRT juga tidak dilayan sejak sekian lama.


Ana mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai kebajikan yang telah turun padang bersama saya kelmarin dan diharap bantuan bulanan dapat dihulurkan kepada mereka berdua dan kami sedang berusaha untuk mencari tempat berlindung untuk mereka berdua.
Ana merayu kepada sahabat yang ingin membantu meringankan beban mereka berdua diharap dapat menghulurkan bantuan terus kepada mereka untuk membina penempatan baru yang telah rosak teruk ini.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.