Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, May 16, 2008

TK Tranung kite, sebarkan bersama pengalaman semua.

Ana petik disini tulisan ibnukhuzaimah dari laman Tranung Kite ,didalam menghadapi kemelut yang melanda kami sebagai wakil rakyat dalam negara demokrasi ala Malaysia ini, derma diminta, sumbangan dipohon, peruntukan tak diberi, tapi bila hendak masuk kedalam sekolah, tak dibenarkan, alasan arahan dari atas. Minta surat, tak ada pula. Walaupun negeri itu diperintah oleh PR. Pohon kalau sesiapa ada surat tolonglah email kepada ana untuk kita telanjangkan arahan orang atas itu didalam Parlimen.
"GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG".
Begitulah Tema Hari Guru pada tahun ini. Malaysia ini sememangnya negara yang penuh tema. Berlori-lori tema setiap tahun tetapi entah berapa yang berisi dan dihayati. Begitu juga Hari Belia, Tema yang sama, "Belia Cemerlang Negara Terbilang". Mungkin esok ada perayaan ulangtahun Islam Hadhari, "Hadhari Cemerlang Negara Terbilang"Perayaan hari guru tahun ini tidak langsung memberi makna yang mendalam melainkan satu ritual tahunan dengan sambutan dan slogan muluk dan syarahan-syarahan mual sehala dari pihak atasan yang bersuara atas kehendak pemerintah melalui menterinya yang lemah memimpin kementerian itu, Hishamuddin Tun Hussein.Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan peringkat kebangsaan pada tahun ini. Maka berbondonglah pegawai-pegawai pendidikan peringkat daerah dan negeri kesana untuk merealisasikan satu sambutan yang sudah tidak bermakna itu. Perbelanjaannya pastilah menggunakan wang rakyat.Mengapa sambutan ini tidak bermakna lagi? Apakah ertinya sambutan ini jika guru-guru diperlakukan sebagai pepatung yang dipaksa anguk-anguk ditarik talinya oleh Tok Dalang yang mabuk dengan kuasa memaksa?Kita sebuah negara yang demokrasi tetapi pada masa yang sama ejen pengembangan demokrasi, ejen yang mendidik idea demokrasi terhadap anak sekolah dikekang dari sistem demokrasi itu sendiri. Pelik tetapi benar. Maka apa yang boleh diharapkan? Akhirnya lahirlah satu jenerasi yang memahami demokrasi secara bobrok dan goblok. Peranan guru sebagai ejen perubahan sudah lama berkubur.Diberitakan, surat arahan menghalang sekolah tadbiran Kerajaan Persekutuan menjemput pemimpin Pakatan Rakyat sudah dikeluarkan. Beberapa guru yang ditemui tidak mengiakan tetapi tidak juga menafikannya. Soalnya adakah menjemput seorang Ahli Parlimen merasmikan program sekolah dikategorikan sebagai jemputan politik? Jika begitu, Menteri Pelajaran yang juga Ahli Parlimen, jangan sekali-kali datang ke sekolah atau merasmikan program pendidikan di sekolah atau mana-mana pusat pendidikan!Adalah amat mendukacitakan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor tidak dijemput untuk menghadiri Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor. Tindakan ini jika benar, merupakan satu tindakan yang mundur ke belakang oleh pihak berkuasa pendidikan negara ini. Apakah takrif Guru Cemerlang? Guru Cemerlang adalah guru yang mendidik anak bangsa akan kecintaan kepada ilmu, menghasilkan masyarakat yang berakhlak, cinta negara, agama dan keluarga. Membina masyarakat yang cintakan kebenaran dan ketelusan serta berani menyuarakan kebenaran dan menolak kemungkaran.Amat memilukan guru-guru hari ini ibarat operator mesin yang memastikan kelahiran produk berteraskan jumlah A1 dalam peperiksaan SPM yang semakin rendah kualitinya. Di zaman pendidikan negara ini dipimpin oleh sistem pendidikan yang termaktub dalam Penyata Razak, Penyata Rahman Talib dan lain-lain penyata yang sudah menjadi sejarah, untuk melihat pelajar SPM/MCE mendapat 8A1 sukar sekali, melainkan ia cukup hebat dan cukup bijak.Nampaknya dari segi persepsi pemerintah sekarang, cemerlang itu adalah ikut cakap dan arahan berniat politik pemerintah Barisan Nasional. Jika begitu lebih baiklah tema tahun ini diubah kepada, Guru Kencing Berdiri, Anak Murid Kencing Berlari (dengan kemaafan).Kepada sahabat dan masyarakat guru, anda tetap mulia dan dimuliakan. Selamat Menyambut Hari Guru."

Tempias juara Piala Liga hingga ke Kampong.







Semangat kemenangan Kedah menjuarai piala liga liga super baru-baru ini membuat remaja di Kpg Paya Rawa dan sekitarnya mengadakan pertandingan bolesepak 8 sebelah pada 3 Mei lalu. Sambutan amat menggalakkan , lebih dari 50 pasukan sekitar telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang julongkali diadakan oleh Pemuda Khariah Masjid Paya Rawa . Sumbangan kewangan dari pemimpin masyarakat, wakil rakyat, EXCO Kerajaan Kedah dan lain-lain peniaga tempatan dan sekitar menjadikan pertandingan lebih meriah pada hari pertandingan akhir.
Kemenangan adalah menyebelahi tuan rumah, pemuda Paya Rawa menumpaskan pemuda Carok Kudong dengan tendangan penalti. Cabutan nombor bertuah memeriahkan lagi pertandingan dengan kemuncaknya hadiah basikal yang dimenangi oleh En Hashim , seorang OKU dari Kampong Padang Nyior.
Juga diberikan sumbangan kepada beberapa orang daif dan miskin sebagai sumbangan ehsan hasil dari hadiah sumbangan yang disponsor oleh penderma budiman.
Diharap program ini akan berterusan untuk masa-masa yang akan datang.
Semoga terus berjaya Pemuda Paya Rawa, dipelopori oleh En Sobri.
GURU OH GURU: OLEH DATO' USMAN AWANG
Dialah pemberi paling setia,
Setiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segalanya,
Untuk manusia jadi dewasa
Dialah ibu bapa dan sahabat,
Alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliah segala umat,
Seribu tahun katanya berhikmat
Jika hari ini Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini Raja menaiki takhta
Jika hari ini Presiden sebuah Negara,
Jika hari ini ulama mulia
Sejarahnya dimulakanoleh guru biasa,
Dengan lembut sabar
Mengajar tulis baca
Di mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua di sekolah Hulu Terengganu,
Dia wakili guru seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya pada negara.
Jadilah apa pun pada akhirnya,
Budi yang diapung di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" terpahat,
Menjadi kenangan di akhir hayat.

Kepada semua guru dan bekas guru,
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.

Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru.


Selamat menyambut hari Guru kepada semua guru-guru ku yang telah memberikan ku ilmu sehingga menjadi manusia saperti sekarang ini dengan izin Allah, kalau tidak siapalah aku ni. Daripada manusia yang dilahirkan ibu tidak tahu apa-apa, hanya pandai menangis kepada yang boleh menjadi ahli parlimen sekarang ini, diucapkan berjuta terima kasih kepada semua guru baik di Sekolah Kebangsaan Pendang( 1964-1969), MaktabMahmud (1970-1074), Kolej Islam Kelang (1974-1975), SMSAH Jitra (Matrik) dan UKM (1977-1983), semuanya diharap mendapat ganjaran yang sewajarnya diatas ilmu yang dicurahkan kepadaku dan anak bangsa baik yang berada di Malaysia, Indonesia, Nigeria, England, Australia dan dimana saja yang telah mendidikku menjadi manusia begini dengan izin Allah. Ingatlah hanya 3 yang akan dibawa bersama kedalam alam kubur, ilmu yang bermanfaat, anak yang soleh yang sentiasa berdoa kepada kedua ibu bapa dan sedekah jariah. Yang lain termasuk pangkat, jawatan, harta benda , kereta, kapal, keretapi, motobot dan sebagainya akan ditinggalkan. Oleh itu berjuanglah melalui tiga perkara tersebut agar bekalan sebenarnya yang akan menolong kita diakhirat kelak.
Selamat Hari Guru, semuga sentiasa berada didalam keberkatan.
Gambar bersama Allahyarham Cikgu Mat Isa Kassim, Guru Kimia ana semasa di KIK, 1974-1975. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau, al-fatihah.

Ribut Nargis di Myanmar dan Gempa bumi di Sichuan China , bencana baru yang menimpa dunia sebelah sini harus dipandang sebagai suatu yang serius. Tokoh-tokoh agama telah memberi peringatan bahawa usia dunia ini sudah semakin tua dan hampir dengan waktu kiamat. Ribuan nyawa yang terkorban dan ribuan juga manusia yang hilang, masih belum ditemui. Kini sudah hampir seminggu bencana terjadi tetapi bagi Myanmar, masih lagi belum mahu memberikan visa kepada rombongan YAM dari Malaysia untuk sampai kesana memberikan bantuan kemanusiaan dan perubatan. Ini semua adalah kerana junta tentera yang memerintah Myanmar enggan menerima bantuan luar, takut mereka hilang kuasa bila rakyat bangun melawan. Walau bagaimanapun, sebagai warga yang prihatin dan hamba Allah yang taat, walau pun mereka tidak memberikan visa, pihak kita sudah bersedia dengan dana dan bantuan untuk kesana.

Baru-baru ini Presiden PAS telah mengadakan sidang akhbar dan melancarkan derma untuk Tabung Bencara Taufan Nargis Myanmar dan Gempa bumi di China di loby parlimen dan beliau menyeru agar rakyat menghulurkan sumbangan termampu untuk kita bantu mereka yang terkena bencana. Mana tau hari ni hari mereka, mungkin besok hari kita pula, macam tsunami 2004 dulu.

petikan hansard ucapan 5 minit ana semalam, apa boleh buat, tu pun kena tegur.

11.56 pg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih kerana memberi
kesempatan kepada saya untuk sama-sama berbahas dalam perbahasan menjunjung kasih
di atas titah perasmian Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Walaupun saya menyediakan teks sebanyak lima belas muka surat, tetapi oleh kerana hanya lima minit masa diberikan, oleh itu saya nak baca tajuk sajalah.
Yang pertamanya dalam para 37, Duli Yang Maha Mulia telah menyatakan tentang
Traditional and Complimentary Medicine (TCM) yang telah dipraktikkan sekarang ini di dalam hospital-hospital awam. Jadi saya rasa perkara ini merupakan satu bentuk complimentary yang agak baik untuk kita praktiskan kerana disebut tiga buah hospital telah mengadakan pioneer dalam program ini iaitu di Kepala Batas, di Putrajaya dan juga Hospital Sultan Ismail di Johor Bharu.
Ini cuma saya nak beri sedikit pandangan bahawasanya ada satu lagi bentuk
traditional medicine dan juga complimentary ini yang perlu dimasukkan dalam tiga bentuk
yang telah dibuat di tiga hospital ini iaitu homeopati. Ini merupakan salah satu daripada
bentuk perubatan yang telah pun berada di negara maju seperti Jerman, England dan juga di
India dan Pakistan yang telah mempraktikkan sehingga mereka mempunyai hospital-hospital yang agak canggih untuk merawat menggunakan Sistem Homeopati ini. Jadi saya rasa
kementerian boleh memberi satu ruang ataupun peluang sama ada membentuk kolej-kolej
homeopati ataupun hospital-hospital homeopati di dalam negara kita.
Tajuk yang kedua adalah tentang pertanian. Kalau kita lihat daripada laporan akhbar
semalam. Cuma dapat RM180 serelung untuk satu musim padi. Ini saya rasa sesuatu yang
menyedihkan kepada petani kita. Keringat yang mereka curahkan hasilnya hanya RM180
saja serelung. Ini bermakna mereka terpaksa mengeluarkan kos ataupun belanja yang
banyak untuk mengerjakan sawah mereka. Ini melibatkan kos-kos seperti berikut:
Perbelanjaan Kos (RM)
Merumput RM40
Membajak RM100
Benih padi RM75
Racun dan baja tambahan RM150
Membaja RM65
Tuai RM90
Sewa RM300
Apa yang menjadi masalah sekarang Tuan Yang di-Pertua, adalah tentang bekalan-bekalan
baja yang diberikan kepada petani. Kebanyakannya disebut oleh petani sebagai baja
second grade ataupun baja low quality. Begitu juga dengan vitamin yang diberikan. Vitamin
ini bukan vitamin orang Tuan Yang di-Pertua. Vitamin untuk padi tidak digunakan oleh petani kerana hasil yang didapati selepas mereka menggunakan vitamin ini, padi semakin
mengecut, semakin tidak ada hasil. Jadi mereka tidak menggunakan vitamin yang diberikan
oleh kementerian ataupun Jabatan Pertanian kerana pada anggapan mereka, vitamin ini,
vitamin yang tidak memberi vitamin yang sebenar kepada padi. Oleh sebab itu, berlonggoklonggoklah vitamin yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian di rumah-rumah mereka.
Tajuk yang ketiga adalah pampasan kepada mangsa-mangsa buruh paksa
pembinaan landasan kereta api Thailand ke Burma tahun 1942 hingga 1946. Saya telah
mendapat keluhan daripada rakyat di kawasan saya, yang telah menjadi buruh paksa yang
mengatakan mereka ini akan dibayar pampasan oleh satu persatuan ataupun Kerajaan
Jepun yang berjumlah RM1.6 juta untuk seorang buruh paksa ini. Akan tetapi sampai
sekarang, saya tidak tahu ke manakah perkara ini perlu dirujuk. Mungkin Kementerian Dalam Negeri ataupun Kementerian Luar Negeri, saya pun tidak arif. Saya harap pada kementerian
yang mempunyai maklumat berhubung dengan pampasan kepada buruh paksa Jepun yang
membuat landasan kereta api tersebut, supaya memberi perhatian terhadap keluhan yang
dikemukakan oleh rakyat ini.
Khabarnya seramai 72,000 rakyat negara ini telah pun menjadi buruh paksa. 30,000
pulang semula ke tanah air, 42,000 hilang entah ke mana. Mungkin telah menjadi makanan
harimau ataupun telah maut di Burma dan juga Myanmar.
Dan akhir sekali...
■ 1200
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Masa,
masa Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Akhir sekali. Akhir sekali, amaran
oleh JPJ laporan akhbar pada hari ini, mengatakan akan mengadakan sekatan jalan raya dan mengenakan tindakan ke atas mereka yang menggunakan kenderaan cermin gelap. Jadi ini
saya rasa merupakan satu masalah yang perlu dihadapi oleh Kementerian Pengangkutan
bahawa mereka yang mengimport kereta ini memang diimport kereta cermin gelap, terpaksa ditukar cermin yang cerah. Belanja RM300, mendapat kelulusan daripada PUSPAKOM tetapi
apabila diberikan kepada pengguna di cermin gelapkan balik kereta tersebut. Yang menjadi
mangsa adalah pengguna.
Jadi saya harap kalau hendak import itu biarlah daripada awal ia tidak gelap. Cerah
daripada Jepun sampai ke sini. Terima kasih.

Wednesday, May 14, 2008

Hari ni dalam soalan tambahan ana kepada Menteri Koperasi dan Pembangunan Usahawan, Dato' Noh Omar, ana sentuh pasal wujudnya usaha kementerian nak jadikan masyarakat kita masyarakat usahawan , gah sungguh bunyinya, ribu-ribu usahawan telah berjaya dilahirkan oleh kerajaan, dan menyatakan bangunan untuk usahawan memulakan perniagaan mestilah berada ditempat yang strategik, , ana bagi la contoh tentang bangunan Plaza Alor Star, ibu pejabat MARA di Alor Star, agensi yang nak melatih dan melahirkan usahawan terbilang dan gemilang kat menteri, terletak nun di hujong pekan, show case yang dibuat untuk usahawan mempamerkan produk mereka , ana tengok peniaga lebih banyak tidur daripada berniaga kerana tiada pengunjung, kerana itu ana harap mesti ada satu lonjakan yang dilakukan kepada bangunan ini supaya lebih memberi tariakan kepada bangunan yang menjadi pusat 'show case ' usahawan baru ini agar ianya tidak jadi hanya satu temberang kerajaan kepada rakyat. Harap ia akan jadi satu yang cemerlang saperti yang dikehendaki oleh PM dan rakyat.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Yang Berhormat Menteri yang memberi jawapan tadi. Tujuan kementerian ialah untukmembudayakan masyarakat terhadap menjadi usahawan. Apa yang saya lihat di Alor Star misalnya, ibu pejabat MARA sendiri di Plaza Alor Star, di bawahnya banyak showcase-showcase
yang diberikan kepada usahawan-usahawan untuk menunjukkan produk-produk IKS mereka tetapi lokasi tempatnya tidak strategik. Didapati kalau satu hari kita pergi itu, peniaga tersebut hanya tidur lebih banyak dari bangun kerana tidak ada orang yang pergi ke Plaza Alor Star tersebut.
Jadi, harapan saya kepada kementerian, apakah yang akan dilakukan oleh kementerian untuk menggemilangkan Plaza Alor Star ini sebagai sebuah showcase MARA yang di bawah kementerian Yang Berhormat, untuk dia menjadi mereka yang berada di situ benar-benar menjadi seorang usahawan yang gemilang dan terbilang dan bukannya temberang. Terima kasih. [Dewan riuh]
Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Kita sedar memang terdapat ada premis di bawah MECD seperti Arked MARA, Bangunan MARA yang mungkin kita lihat malap. Ini mungkin tempat yang dibina premis tersebut kurang strategik, jauh dan juga agak
terpencil. Ini kerana MECD membina bangunan-bangunan ini berpandukan kepada tanah yang ada ketika itu. Untuk kita mengatasi masalah tersebut, yang pertama, kita hari ini bukan sahaja hendak
membina bangunan-bangunan di tanah yang sedia ada, tetapi juga MECD melalui agensinya
akan membeli bangunan-bangunan sama ada rumah kedai ataupun di shopping-shopping
complex untuk memberikan ruang kepada bumiputera untuk berniaga. UDA sebagai contoh,
menyediakan peruntukan hampir RM85 juta untuk diberikan subsidi kepada usahawan-usahawan
yang baru berniaga di kompleks-kompleks sebagai contoh.
Yang kedua, bagi bangunan-bangunan yang sedia ada, kita akan mengadakan promosipromosi
dengan kita melantik event management dengan izin, untuk mengadakan programprogram
supaya dapat menarik orang ramai berkunjung ke premis-premis yang kepunyaan
MECD.
DR.15.5.2008 9
Semua yang kita buat hari ini, bukannya temberang. Kalau kita temberang Tuan Yang
di-Pertua, yang sebelah sana dahulu yang lahir daripada DEB hasil bimbingan daripada kerajaan,
dia sudah berjaya, dia lupa. [Dewan riuh] Dia lupa daratan, dia lupa tongkat yang kita bagi. Ini
bak kata pepatah Melayulah, ‘seperti melepaskan anjing tersepit’, selepas itu kita digigitnya balik.
Terima kasih. [Tepuk]
4.

Ana petik petik dari blog penarik beca yang ada hubungkait dengan jawapan YAB TPM bagi pihak Kementerian Pertahanan semalam kerana ia agak relevan, kerana pada 29 Jun lalu, Burmaa Oyunchimeg dilaporkan oleh Utusan Malaysia memberi keterangan seperti berikut dalam mahkamah (lihat juga berita Malaysiakini 29/7/07 bertajuk "Najib seen with Altantuya"):
Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat.Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).Karpal: “Boleh kamu terangkan gambar apa?"Burmaa: “Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat.”Karpal: “Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?Burmaa: “Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda).”Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah.Hari ini akhbar yang sama melaporkan seperti berikut:
(Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak, menegaskan bahawa beliau tidak pernah kenal atau berjumpa dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada Oktober 2006.Timbalan Perdana Menteri berkata, ekoran kes itu masih dibicarakan di mahkamah adalah tidak elok untuk sesiapa memberi komen.Saya juga mendengar Najib berkata beliau berdoa agar kes itu akan dibicarakan dengan adil sehingga kebenaran akhirnya terserlah. Sudah pasti, ibu
bapa serta keluarga Altanyuta dan ramai yang lain termasuk rakyat Malaysia juga mengharapkan bakal Perdana Menteri yang bersih juga berdoa begitu.Persoalannya, siapa bercakap benar? Jika Najib bercakap benar, Burmaa berbohong di dalam mahkamah. Jika Burmaa bercakap benar, Najib pula yang berbohong di dalam Dewan Rakyat. Persoalan juga berbangkit, mengapa Najib enggan menunjukkan rekod perjalanannya untuk membuktikan beliau tidak bersalah?Mengenai pembelian Sukhoi dan Scorpene, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah membangkitkan persoalan adakah keluarga Najib mendapat faedah dari perjanjian yang melibatkan pembelian 18 pesawat Sukhoi Su-30MK bernilai US$900 juta (RM3.2 bilion). Sudah hampir dua tahun persoalan itu dibangkitkan oleh Anwar.Lebih dari itu, hampir dua tahun juga Anwar mencabar Najib mengheretnya ke mahkamah jika dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ke atas Timbalan Perdana Menteri itu tidak benar."Saya tidak takut, kalau nak saman silakan sebab saya suka kalau masuk mahkamah nanti banyak benda yang boleh saya cakap dan bongkarkan. Saya percaya dia (Najib) takut kerana nanti banyak benda yang akan terdedah," tegas Anwar.Hari ini, Bernama melaporkan Najib berkata, pembelian Sukhoi dan Scorpene dibuat mengikut tatacara kontrak (lihat juga berita The Star di sini dan PR-Inside di sini). Jika benar ikut tatacara kontrak, Najib mesti menjawab tanpa sebarang keraguan soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dalam Dewan Rakyat tadi. Lebih kurang, Ibrahim bertanya, mengapa Najib tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduh berlaku rasuah dan penyelewengan dalam urus niaga tersebut?Saya tidak dengar dengan jelas jawapan Najib. Tetapi lebih kurang beliau menyifatkan tuduhan-tuduhan yang tidak henti-henti diulang-ulang selama kira-kira dua tahun itu hanya permainan politik semata-mata.Jawapan-jawapan Najib dalam kedua-dua isu yang hampir setiap hari menjerkah dan menghambat cita-cita dan impiannya itu jelas tidak mampu malah gagal sama sekali membersihkan dirinya dari segala syak-wasangka.Tidak ada sesiapa pun yang berhak menuduh Najib tidak bersih. Jika tidak ada bukti, jangan pandai-pandai menuduh Najib tidak bersih. Namun, pada masa yang sama, berapa kerat sangat yang berani berkata dengan tegas bahawa Najib bukan sahaja bersih malah dilihat bersih?Oleh kerana rakyat Malaysia mahukan bakal Perdana Menteri yang bukan sahaja bersih malah dilihat bersih, tolonglah yakinkan bahawa Najib bukan sahaja bersih malah dilihat bersih.

Cuma satu yang jadi kemushkilan ana adalah apabila beliau menyebut kontrak kepada Perimekar dalam kerja-kerja maintainence kapal selam, tetapi apa yang kita tahu , kapal selam tu masih lagi belum perlu dimaintainkan kerana kapal pun belum sampai lagi, tapi RM 450 juta dah pun diberikan. Jadi bila TPM jawab tidak ada rasuah dan penyelewengan dalam pemberian duit ni, cuma cara yang dibuat oleh kementerian ini menimbulkan banyak keraguan kepada rakyat.

Balik zaman Jepun la.

Ana tertarik membaca artikel dari pemudawilayah yang ana tolong paste disini untuk tatapan kita semua agar ianya menimbulkan kesedaran kepada rakyat yang ada otak mahu berfikir! "Cadangan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Dr Mahani Zainal Abidin berhubung pengambilan ubi keledek bagi menggantikan nasi ekoran krisis makanan dan kekurangan bekalan beras negara adalah tepat pada masanya.Di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah serta Jepun, rakyat mereka hanya makan ubi sebagai makanan ruji dan gandum atau nasi adalah sumber karbohidrat yang kedua.
Membaca cadangan ini pada kali pertama, secara tidak langsung membawa memori kita semua mengimbas kembali zaman Jepun bila mana beras amat susah dicari. Pada zaman itu, nenek moyang kita terpaksa mengorek tanah mencangkul ubi. Dari spesis ubi kayu hinggalah spesis ubi keladi. Semua yang ada jadi rebutan.Tamat sahaja zaman perang semuanya kembali seperti sedia kala dan beras makin mudah diperolehi. Sebaik sahaja negara Merdeka dari tangan British maka Umno ambil alih pemerintahan negara. Dari Parti Perikatan mereka membangun kepada Barisan Nasional.Namun malangnya, setiap kali musim Pilihanraya mereka kembalikan rakyat pada zaman perang. Setiap kali menjelang detik kemerdekaan kisah nenek moyang makan ubi dijaja sana-sini seolah-olah orang yang makan ubi itu adalah orang yang terdesak dan amat memalukan.Rakyat diugut agar tidak mengundi selain Umno dan Barisan Nasional. Sekiranya mengundi parti lain, maka rakyat akan hidup kebuluran dan terpaksa makan ubi sama seperti nenek moyang kita di zaman Jepun.Kisah Kemenangan PAS di Kelantan.Ketika PAS menang di kelantan lewat 18 tahun lalu, rakyat diseluruh negara dimomokkan oleh pemimpin Umno bahawa rakyat Kelantan akan kembali makan ubi sama seperti zaman perang dulu. Harga barang dikatakan akan naik, ekonomi menjadi lembap dibawah Kerajaan PAS.Selain itu, kadar pengangguran akan meningkat. Inflasi akan berlaku hingga menyebabkan para peniaga dan rakyat mendapat kerugian yang besar.Keadaan ini memaksa, saudara mara rakyat Kelantan yang duduk di luar Kelantan kembali lagi selepas musim Pilihanraya dengan membawa bekalan makanan seperti beras, gula dan lain-lain.Tetapi, apa yang diperkatakan oleh pemimpin Umno itu sebenarnya satu penipuan yang akhirnya memalukan diri mereka sendiri. Rakyat Kelantan tersenyum mendengar cerita 'Abu Nawas' Umno yang hakikatnya jauh berbeza dengan realiti.Kelantan membangun bukan sahaja dari segi ekonomi, malah modal insannya juga cemerlang hingga berjaya menghasilkan generasi pelapis yang kini menguasai pelbagai sektor di dalam dan luar negara.Kembali Makan UbiSetelah 50 tahun BN memerintah, krisis makanan tetap berlaku juga. Negara tidak berperang dan BN masih berkuasa. Namun ekoran dari sikap tamak dan pelbagai masalah jenayah serta korupsi, negara semakin undur kebelakang.Pemimpin Umno gadaikan tanah-tanah sawah untuk dijadikan tapak Industri. Sektor penanaman buah-buahan melebihi dari keperluan walhal itu bukanlah makanan ruji. Industri elektronik dan plastik menguasai ekonomi. Kita bangga menjadi pengeksport barangan elektronik dan plastik yang berdaya saing, tapi akhirnya kita terduduk bila mana rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi bagi mendapatkan sesuap nasi. Harus diingat bahawa rakyat kita makan nasi bukannya papan litar atau kepingan plastik!Pastinya cadangan Ketua Pengarah ISIS akan membuka mata semua bahawa memakan ubi itu bukanlah simbol kemiskinan atau pun kebuluran. Ianya adalah satu alternatif terbaik, malah rakyat kita juga mulai memakan ubi secara serius sejak tumbuhnya restoran fast food seperti KFC dan McD yang bercirikan makan ruji masyarakat di sebelah barat.Cuma namanya sahaja yang dimodenkan. Dari Ubi Kentang kepada Kentang Goreng atau Frenc Fries dan disesetengah tempat, makanan ini dianggap sebagai satu simbol kemodenan bukannya kemiskinan.
Jadi, Umno selepas ini tidak boleh lagi gunakan modal Ubi untuk menjakunkan rakyat dalam apa jua siri-siri kempen mereka. Rakyat tetap akan dapat makan walaupun Pakatan Rakyat yang memerintah.
Kalau dulu mereka selalu memomokkan bahawa zaman Jepun makan ubi kayu, bila dah Perikatan lepas tu BN perintah, negara maju, rakyat makan nasi dan ada jalan raya dan letrik, tapi sekarang ni kena tanya balik sapa yang perintah Malaysia, rakyat dinasihatkan makan ubi balik, dan kesihan zaman sapa perintah rakyat Sabah dan Sarawak mengeluh pasal tidak ada jalanraya , letrik dan masih guna air perigi lagi.
Hanya kesedaran akan dapat mengubah suasana, kita bukan tiada wang, tetapi cara mengagihkan wang itu yang pentingnya.
Kalau untuk orkestra philharmoni petronas sanggup habiskan berjuta-juta setahun, kalau untuk penasihat 3 orang tu habis berjuta setahun, kalau royalti petronas 7 billion lebih kepada Terengganu telah diberikan, maka apakah masih kita kata kita tidak ada wang untuk pembangunan untuk rakyat. Masih tidak ada wang untuk berikan biasiswa kepada rakyat.
Harapan agar pemimpin akan lebih mengasihi rakyat daripada memenuhi kocek masing-masing, kerana khazanah negara adalah hak untuk rakyat.

Kerajaan kaya, rakyat papa, nasib la jadi pendokong BN.


Alkisah dalam jawapan Menteri baru yang jaga EPU dalam Parlimen baru-baru ni,
Terengganu mendapat RM 7.364 bilion bayaran royalti oleh Petronas dari jumlah keseluruhan bayaran royalti yang dibayar Petronas kepada kerajaan Persekutuan, bagi tahun kewangan berakhir Mac 2004 hingga Mac 2007, yang berjumlah RM26.839 bilion. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Amirsham A.Aziz berkata jumlah royalti yang dibayar untuk kerajaan persekutuan berjumlah RM13.420 bilion, Terengganu RM7.364 bilion, Sabah RM1.234 bilion dan Sawarak RM4.821 bilion.
Untuk tempoh 2004 hingga 2007 , iaitu selepas PRU-11 tahun 2004, iaitu tahun dimana kerajaan UMNO/BN merampas kembali kerajaan dari pimpinan PAS , sejumlah RM 7,364,000,000.00 , dibaca RM 7.364 Billion atau Ringgit Malaysia Tujuh Billion Tiga Ratus Enam Puluh Empat juta , telah diserahkan oleh Petronas kepada kerajaan Terengganu. Bermakna sejumlah itulah bekas MB Derih Jusoh belanja sakan , dengan penuh sombong , bongkak dan angkuh , pendek kata beraja di hati bersultan di mata , membujur lalu melintang patah , tiada halangan hanyalah peluang dan memahat sejarah mencipta tamadun . Islam hadhari Terengganu bistari.
Sekarang , rakyat Terengganu mungkin lebih faham , kenapa bekas MB Derih Jusoh , sanggup menderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu. Duit adalah segala – galanya , duit boleh membeli segala – galanya. Dengan sebab duit juga Rosol Wahid sanggup jadi Jebat Penderhaka bersama geng 22 nya.
Kerana duitlah maka mereka sanggup memecah tradisi demontrasi bukan budaya kita, kerana duit jugalah maka wujud spanduk " kami nak deris ............" yang ditujukan kepada Sultan Terengganu. Bagai kata YB Mahfuz dalam parlimen, bapa pengajar kepada segala kemelut yang membabitkan konon penderhakaan kepada DYMM Sultan sekarang ini adalah PM sendiri kerana beliulah yang menjadi pemula kepada semua kemelut ini, bermula di Perlis, Terengganu bahkan PM dari UMNO yang menarik imuniti raja-raja dalam krisis dengan Raja-raja Melayu dizaman Dr M jadi PM dulu.
Bayangkan kalau sejumlah duit itu benar-benar sampai kepada rakyat Terengganu, maka mereka sudah tentu terkeluar dari status miskin dan miskin tegar nombor dua dalam negara selepas Sabah, insyaAllah. Tapi malang seribu kali malang, nasib badan ,rakyat tak mahu berubah, cuma yang diubah adalah badan MB kepada yang lain itu pun atas kehendak DYMM Sultan, tapi masih dari acuan UMNO yang sama , harap-harap para pewaris kekayaan ini sedarlah bahawa mereka ini akan masuk kubur hanya bawa kain putih saja, bukannya segala kemewahan bertimbun-timbun.

Cuma renung nukilan yang ana petik dari blok IB ini dan hazamkan betul-betul dan bandingkan dengan jawapan Timbalan Menteri EPU tu,
Pengumuman Amirsham menimbulkan banyak persoalan:
1.Jika ketika PAS memerintah, pemberiannya dihentikan bagaimana pula mungkin kini wang royalti disalurkan kembali? Apakah mekanisma penyaluran dana tersebut dilakukan?
2.Apakah ini dikira mendahului keputusan mahkamah?
3.Kenapa ianya tidak tercatat dalam akaun pembendaharaan kerajaan negeri?
4.Apakah kaedah pemberian kepada kerajaan negeri jika ianya tidak tercatat dalam pembendaharaan negeri?
5.Siapakah yang bertanggung-jawab dalam perbelanjaan jumlah wang yang berbillion itu?
6.Bagaimana akauntabiliti pembelanjaannya dibuat? Bagaimana urustadbir kewangannya dilakukan?
7.Kemana pula pergi wang yang dirampas semasa PAS memerintah?
8.Apakah nanti perbelanjaan ini termasuk dalam bidang pengauditan Jabatan Audit Negara? JIka ya, IB tersangat ingin melihat laporannya nanti.
9.Bagaimana pula nanti selepas keputusan mahkamah mengarahkan Terengganu berhak atas wang royalti tersebut? Apakah ada peruntukan lain? Atau akan dijawab … “dah habis dibelanjakan” …?
Sukar juga hendak menjawab sesuatu yang rumit sebegini sebabnya,

Perbahasan sekadar 5 minit.

Alhamdulillah, hari terakhir perbahasan baru ana dapat berbahas untuk ucapan menjunjung kasih kepada YDP Agong ketika meresmikan parlimen ke 12 29 April lalu. Tetapi masa yang diberikan adalah cuma 5 minit saja. Tetapi ana kata ana tulis teks sejumlah 15 muka surat, jadi terpaksa baca tajuk sajalah kalau macam ni.
Perkara pertama yang ana sentuh adalah berhubung kait dengan TCM dalam para 37 titah baginda, iaitu traditional and complimentary medicine dimana ada 3 hospital yang menjadi pioneer dalam program ini dan ana harap ia ditambah kepada bidang perubatan homeopathy yang menjadi satu bidang yang dipraktiskan dinegara maju saperti Germany, England, dan negara saperti Pakistan dan India mempunyai kolej dan hospital homeopathy. Diharap di negara kita perkara ini perlulah diberikan perhatian dan sumbangan mereka perlu juga dihargai iaitu dengan menubuhkan kolej homeopathy dan mengiktiraf jenis perubatan ini.
Perkara kedua adalah pasal masalah pesawah dimana pendapatan mereka yang sangat kurang iaitu hanya RM 180.00 serelong untuk sekali tuai . Puncanya adalah kerana kenaikan kos input pertanian akhir-akhir ini. Oleh itu diharap kerajaan dapat melihat perkara ini dengan serius dan menghuraikan masalah pertani ini dengan lebih berkesan. Penggunaan baja yang diberikan kerajaan yang dianggap oleh petani sebagai 2 nd class dan terpaksa beli baja tambahan, serta pemberian vitamin padi yang tidak menambah hasil padi sebaliknya merencatkan pertumbuhan padi yang perlu dihentikan kerana petani tak guna pun, hanya buang duit kerajaan saja.
Masalah ketiga adalah berhubung kait dengan masalah pampasan kepada mangsa-mangsa buruh paksa Jepun antara tahun 42 hingga 45 untuk membuat landasan keretapi Thailand ke Myanmar, , dan dianggarkan di Malaysia mangsa nya serama 72 ribu orang, yang pulang hanya 32000 orang sahaja dan yang tidak pulang adalah 40,000 orang, mungkin telah mati . Khabarnya mereka ini akan dibayar pampasan berjumlah RM 1.6 juta seorang oleh kerajaan Jepun dan janjinya pada Jun tahun lepas, tetapi sehingga kini masih lagi belum mendapat jawapan yang jelas daripada pihak berkenaan. Ramai antara waris mangsa ini masih menunggu untuk mendapatkan penjelasan dan pampasan tersebut
Perkara seterusnya adalah berhubung berita hari ini yang mana JPJ akan mengadakan operasi cermin gelap keatas kenderaan. Saya sebutkan tentang kaedah kerajaan yang silap dimana membenarkan pengimport membawa masuk kenderaan cermin gelap, kemudian diperiksa oleh puspakom setelah ditukar cermin tersebut kepada cermin cerah dengan kos RM 300.00, kemudian setelah lulus ditukar semula kepada cermin gelap untuk dijual kepada pembeli, apabila kena tahan, yang teruknya adalah pemilik kenderaan berkenaan, kena kompaun RM200 hingga RM500, oleh itu saya seru kerajaan agar syarat kepada pengimport ini kena bawa masuk hanya yang cermin cerah sahaja barulah adil kepada semua. Kalau cermin gelap jangan benarkan ianya diimport.
Belumpun habis perkara tersebut dibahas, speaker kata dah sampai masa 5 minit, nasib la kali ni, tapi dapat juga sampaikan hasrat rakyat dari kawasan ana.
ilal liqa'......

Petronas membazirkan duit rakyat.

Ulasan ucapan KM Pulau Pinang,
Petronas terpaksa membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysin Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas.Okestra ini dianggotai oleh hanya 5% rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah yang diimpot. Konduktor orkestra ini sahaja dibayar RM130,000 sebulan dan pembantunya RM50,000 sebulan (lebih mahal dari elaun Menteri-menteri Besar dan Menteri Kabinet Malaysia)!
Beginikah caranya Petronas menyalurkan keuntungannya kepada rakyat,sedangkan persembahan orkestra ini hanya dinikmati oleh kurang dari 1% rakyat Malaysia yang rata-rata dari golongan elit dan berada?
Jika benar dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu ini kita diminta berjimat-cermat maka penjimatan yang paling utama disaat ini bagi saya adalah untuk menghapuskan sahaja orkestra yang tidak memberi manfaat kepada lebih 24 juta rakyat Malaysia ini. Peruntukkan RM130,000 sebulan untuk membayar gaji konduktor MPO ini lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah. Ini tidak ditambah lagi dengan elaun kepada penasihat Petronas berjumlah RM 15,000.00 sebulan.
Bayangkan MTUC perjuangkan gaji minima buat kaum pekerja di Malaysia sebanyak RM1200.00 sebulan iaitu gaji RM900 dan COLA RM300, dengan RM130,000 sebulan ini dapat membayar gaji minima kepada 108 orang pekerja Malaysia dan membantu mereka mengatasi kesan kenaikkan kos hidup hari ini!
Kalau pun mahu memajukan industri musik Malaysia, tak perlulah bertaraf dunia sedangkan rakyat sedang berhempas pulas untuk hidup sehari-hari. Majukan sahaja pemuzik-pemuzik tempatan, kita sendiri memiliki orkestra tempatan yang boleh dibimbing dan diperkasakan, apa perlu kepada pembaziran sebegini rupa!
Kalaulah ini yang berterusan berlaku dalam negara kita , padanlah sehingga kini royalti yang dipohon Terengganu sehingga kini masih belum dipulangkan balik, inikah bentuk kerajaan yang hendak menolong rakyat. Rasanya jauh api dari semanggang, jauh langit dari bumi.
Ini ditambah lagi dengan pembaziran yang saya sentuh sebelum ini dimana gaji untuk penasihat-penasihat yang dimulakan oleh PM terdahulu bernilai RM1.2 juta setahun .

Tuesday, May 13, 2008

Apakah ketuanan Melayu sebenarnya terhakis atau ketuanan UMNO yang pudar!!!!

Adakah kedaulatan Melayu terhakis sekarang in, itu persoalan yang ditimbulkan oleh banyak pihak sekarang ini setelah 50 tahun merdeka dan setelah UMNO gagal mempertahankan status quo mereka didalam parlimen selepas PRU 12 lalu. Kalau sebelum ini tidak pernah terlintas dihati kita untuk menelusuri istilah dan ungkapan ini, tetapi kini itulah yang menjadi mainan dibibir ahli politik dan pengkaji sosial dalam universiti dan masyarakat serta cendiakawan Melayu. Kalau selama ini soal hak dan kemampuan Melayu yang bukan UMNOputera sering di abaikan, hanya kroni yang mendapat habuan, soal bahasa Melayu yang dipinggirkan hatta saya pernah berkata dalam Parlimen majlis orang Melayu dalam Malaysia pun pemimpin besar negara bercakap bahasa Inggeris tidak bahasa Melayu, soal tulisan jawi yang terlupus dizaman UMNO menjadi menteri Pelajaran sehingga anak-anak tak kenal jawi dan tak pandai baca Al quran dan hadis nabi saw, dan soal hak milik tanah Rezab Melayu yang kian terhakis sedikit demi sedikit dalam zaman UMNO menjadi Menteri Besar dan soal kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera yang tertinggi dan percapital income yang terendah juga dikalangan Melayu dan bumiputera, tak ada orang kisah pun, tetapi setelah mereka kalah teruk hasil daripada persempadanan semula oleh SPR selepas PRU 10, maka setelah seluruh kaum India dan Cina tidak lagi mahukan mereka, maka baru kini soal ketuanan dan kedaulatan Melayu mula dimainkan, setelah berita kedengaran dari Sabah dan Sarawak yang akan meloncat ke parti lain dan keluar dari BN, baru soal hak dan kedaulatan Melayu dimainkan. Inilah agenda politik murahan UMNO , bila survival mereka tergugat, maka barulah mereka akan mencari kambing hitam untuk disembelih dan dijadikan umpan korban. Setelah hampir tenggelam, barulah nak dicari ranting dan kayu mana yang nak berpaut.
Ana tertarik dengan ulasan pasal ketuanan Melayu oleh Prof Agus Mohd Yusof dalam satu bentangan kertas kerja di Johor baru-baru ni. Kata beliau sebenarnya ketuanan Melayu tidak luntur, cuma hanya berlaku perubahan daripada UMNO kepada parti lain. Orang-orang Melayu sebenarnya memberikan undi protes kepada UMNO dinegeri yang tradisinya dimenangi UMNO sebelum ini. Ini digambarkan dengan peratus keluar mengundi yang rendah dan undi rosak yang tinggi. Contohnya peratus undi rosak di Parlimen di Johor dalam lingkungan 2.95 %, berbanding dengan di Kelantan dan Trengganu hanya 1.29-1.41 % sahaja. Begitu juga di Negeri Perak, Kedah dan Selangor, peratus undi rosak juga agak tinggi disekitar 2.8% hingga 2.6 %. Juga dikatakan berlaku sabotaj politik didalam pemilihan yang lepas menyebabkan banyak undi yang dibuang adalah kepada pembangkang.
Beberapa faktor telah digariskan kenapa UMNO mengalami bencana tsunami politik kali ini, antaranya adalah saperti dihuraikan oleh Prof Agus Yusof,
. kos hidup yang tinggi, padahal pemimpin masih lagi bermewah-mewah.
.dasar yang dijanji tidak dilaksanakan., hanya umum tetapi nikmat pelaksaan tidak nampak berlaku pun.
.Isu-isu sejagat saperti rasuah, penyelewengan, kehakiman, keadilan dan hak asasi manusia masih lagi bermaharaja lela dilakukan oleh penguasa.
.media yang keterlaluan tanpa memberi gambaran sebenar apa yang terjadi dalam massa. Oleh itu internet dan laman blog menjdi medan meluahkan rasa dan mendapat berita.
.denial syndrome yang membuta tuli dan membabi buta.
.sombong kuasa dan tidak mesra rakyat,

.diskriminasi politik yang membuat rakyat lebih benci dan meluat.
.budaya bodek dan yes man dikalangan pemimpin pertengahan, menjadikan pemimpin besar merasa baik dan lega. Hakikat diakar umbi tidak difahami dengan sebenar.
.mengutamakan politik pembangunan sehingga mengabaikan kebajikan. saperti masalah makanan yang kurang, tetap mahukan bangunan sehingga tanah untuk pertanian disempitkan, terpaksa cari tanah baru dan memerlukan masa untuk menghidupkan tanah.
Ana cukup tertarik dengan ulasan beliau dan insyaallah akan ana sambung dilain ketika kerana hari ni menteri nak jawab, kena celah dan minta penjelasan. Semalam sampai jam 12 malam parlimen bersidang, ana memang tak mahu berucap lagi kali ni kerana ramai sahabat yang baru masuk nak berucap, beri peluang kepada mereka buka sayap dulu, kita dah 4 tahun lebih bersilat dan lepas ni barulah kita ambil bahagian.
Banyak perkara yang hendak dikemukakan dan hasrat rakyat dan pengundi dikawasan kena ditunaikan dan mendapat jawapan.
Jumpa lagi.......

Monday, May 12, 2008

Celahan yang tak dilayan.

Hari ni frust lagi ana. Berkali-kali ana bangun baik nak kemukakan soalan tambahan maupun nak celahan dalam perbahasan usul menjunjung kasih kepada SPB yang di Pertuan Agong, tetapi satu pun tak dapat. Ana cuma berminat pada masa soalan tambahan tadi adalah berhubung kait dengan pertanian padi yang menjadi isu sekarang ini. Semalam kalau kita rakyat Kedah tanam padi, tetapi apabila nak beli beras nak kena tunjuk KP pula, apakah bebanan yang terpaksa kita tempuh.
Kalau kita baca laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini dengan suasana yang berlaku mutakhir ini, maka padanlah dengan apa yang sedang dikeluh kesahkan oleh ramai petani yang melibatkan diri dalam penanaman padi negara ini. Kedah yang membekalkan 40 % beras negara, memberikan sumber makanan kepada rakyat Malaysia ini, baik PM, TPM, bahkan kepada semua rakyat, hatta kepada rakyat asing yang berada dinegara kita juga. Apakan tidak , apabila hasil yang diperolehi oleh petani hanya RM 180 ringgit untuk satu relong untuk semusim, kalau kita bahagi cuma akan dapat hanya RM 30.00 saja sebulan. Bayangkankan kalau kepada paktani yang membekalkan beras untuk makanan kepada rakyat dinegara ini hanya akan dapat hanya RM 30.00 sebulan, jauh lebih rendah daripada paras kemiskinan tegar yang digariskan oleh kerajaan.
Bebanan yang terpaksa ditanggung oleh petani ini adalah kerana kos input pertanian yang terpaksa ditanggung oleh petani pada hari ini meningkat berkali ganda, contohnya kos racun yang dulunya hanya RM 30.00, tetapi pada kali ini ianya berharga RM 90.00. iaitu 300 % . Begitu juga dengan kos-kos yang lain , baja tambahan dan upah bajak serta kos benih dan lain-lain, dan apabila hasilnya dijual kepada kilang, maka potongan yang dikenakan masih lagi tidak relevan dan membebankan rakyat. Begitu juga dengan potongan yang dikenakan, Bayangkan kalau 17 kg bahkan ada yang sampai 25 kg dipotong bagi setiap 100 kilo , maka yang tinggal hanya 83 kg atau 75 kg sahaja, ditambah dengan subsidi padi, maka hasilnya itulah yang akan diperolehi oleh petani kita. Tidak ada satu kaedah tetap atau mesin khusus yang disediakan untuk melakukan tahap potongan ini, bermakna standard potongan itu tidak sama antara satu kilang dengan kilang yang lain. Tetapi bukan itu yang ana runsingkan kerana apabila ana berbincang dengan pegawai yang bertugas dikilang-kilang pembelian padi dan petani yang menjual padi, maka satu perkara yang perlu diberikan penjelasan adalah ada dakwaan kilang-kilang tidak dibenarkan untuk memotong lebih rendah lagi kerana seandainya ini dilakukan, maka kadar timbangan padi bersih akan lebih tinggi lagi yang diterima petani dan ini menyebabkan jumlah subsidi yang kena dibayar kepada petani tentulah akan lebih dan ini akan membebankan kerajaan, kalau sekiranya ini dilakukan, ( kurang potongan dari 17 kg) ,oleh kilang, maka lesen mereka untuk beli padi mungkin akan dinafikan atau disenaraihitamkan, soal saya apakah ini satu penyataan yang benar atau hanya hear say oleh petani. Oleh itu saya harap perkara ini perlu dijelaskan oleh menteri, walaupun dia kata tadi subsidi yang diberikan adalah RM2500.00 bagi setiap petani.
Satu lagi perkara yang dikeluhkan oleh petani adalah pasal subsidi baja yang dibekalkan, yang tidak begitu berkesan dan vitamin padi yang diberikan juga bukan membesarkan padi,tetapi ianya hanya merencatkan pembesaran padi. Oleh itu ramai petani walaupun mendapat vitamin padi, tetapi mereka tidak menggunakannya. Jadi saya harap kalau dapat pihak berkenaan perlu menukar kepada jenis yang lain yang dibekalkan sekarang kepada yang lebih berkesan akan pembaziran tidak terus berlaku.
Begitu juga dengan masalah racun dan penyakit yang menghiggapi pokok padi. Kalau dulu hanya kesing saja, tetapi sekarang ini adanya siput gondang emas, penyakit padi angin, penyakit bom, ulat gulong daun dan lain-lain yang sudah tentu memberikan kesan kepada hasil padi kelak.
Teknik penanaman yang baik melalui usaha pengembang pertanian perlu diadakan selalu, bukan hanya berada didalam pejabat berhawa dingin sahaja dan tak ada pengetahuan yang tepat berhubung dengan masalah yang dialami oleh petani.

Nak beli beras kena bawa KP pula.

Amboi melampaunya, orang Kedah yang tanam padi, bila nak beli beras, kena tunjuk KP pula. Ini apa punya cerita pulak ni, tengah ana makan tengahari tadi bersama MP Pokok Sena, datang seorang pegawai kanan kerajaan puat dari Kedah menyatakan sekarang ni di negeri kita ada peniaga yang nak jual beras kat orang ,kena minta tengok KP dulu, kalau tidak mereka tak mau jual. Kalau macam ni, kira kes berat ni, dak la harga mahal, beras pulak tak elok, kalau masak pagi taruh dalam periuk sampai petang, gerenti nasi tu basi punya. Lepas tu pulak harga melambong naik sampai 80 sen sekilo menjadikan 8.00 naik untuk kampit 10 kg, punyalah membebankan rakyat nak makan nasi la ni, dah tu pak tani dibebankan dengan semua kos input pertanian yang meningkat tak turun -turun. Kos baja, kos racun naik sampai 300 peratus, disamping kos lain. Bila rakyat bising kerajaan kata padi tak boleh naik harga takut beras naik pasal nasi adalah makanan asasi rakyat. Tengok la ni, padi tak naik pun, beras naik mendadak. Oleh itu diharap lepas ni pak tani kena tuntut supaya dinaikkan harga padi kerana kerajaan tak ada alasan lagi nak kata sebab beras dah pun naik harga.
Sebab dalam celahan ana masa YB Pokok Sena berucap tadi, ana beritahu dia pasal di Negeri kita nu nak beli beras dah kena tunjuk KP, kalau macam tu kenalah cari polis pulak tunggu dikedai runcit pulak, buat periksa KP nak beli beras. Biar statistik jenayah yang sepatutnya dijaga polis tak naik , tetapi terpaksa jaga ceramah PR pula., dan kini kena jaga kedai runcit pula.
Ana bimbang nanti bila balik nanti, kita orang Kedah kena beli beras dari negeri lain pula, atau mungkinlah ini sabotaj kerajaan BN nak bagi rakyat nampak kerajaan PR tak boleh turunkan harga barang, padahal mereka tau yang kawal harga adalah Menteri pengguna.
Nasib badan, kalau semua jatuh macam lima negeri haritu kan
senang!.

Sunday, May 11, 2008

YB Sabah mula hentam kerajaan ( lemah )Pak Lah.

Ada Negeri yang kalah dapat Menteri, menteri yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak, hanya Menteri yang second class, diberikan tugas untuk Sadah dan Sarawak adalah menteri yang menghinakan orang-orang Sabah. Sebab negeri Sabah dan Sarawaklah yang memberikan kemenangan kepada Kerajaan BN dipusat tetapi tak diberikan ruang kepada mereka menteri yang betul-betul berpengaruh kepada kerajaan. Menurut wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak, berbagai peluang yang lebih baik yang mereka pohon baik dari segi peluang pangkat dan kewangan. Macam koridor di Sabah dan Sarawak, rakyat semenanjong mempunyai misi sehingga 2020, tetapi di Sabah dan Sarawak visinya adalah 2025. Sambil memberikan amaran kepada kerajaan pusat agar peluang ini diberikan kepada rakyat Sabah pada masa ini sebelum PRU 13 nanti BN Sabah akan dibenamkan terus oleh rakyat di kedua-dua negeri tersebut. Oleh itu amaran ini perlu dipandang serius oleh BN pusat. Maka Pak Lah sekarang ini berada dalam dilema, dahlah negeri-negeri di bawah PR perlu dibelai dan dibela agar terawat hati yang luka kerana kalah , tetapi desakan demi desakan daripada rakyat di Sabah dan Sarawak perlu juga diberikan oleh kerajaan pusat. Juga mereka menuntut kerajaan persekutuan juga diberikan tabung royalti minyak 20 % untuk pembangunan di Sabah .
Jika hasrat yang dipohon tidak dapat dibuat , maka Tsunami akan berlaku juga di Sabah dan Sarawak pada PRU 13 nanti. Itulah bahana yang berlaku kepada Malaysia dibawah kepimpinan Pak Lah pada masa ini dan untuk hari-hari berikutnya.
Nanti jumpa lagi.

Kacau sama dia, Sabah terabai lagi.

Semasa menantu Pak Lah berucap, maka berbagai gangguan yang telah dibuat oleh ahli-ahli parlimen kerana menantu membuat berbagai tuduhan tetapi tidak membenarkan ahli lain mendapatkan penjelasan. Beliau membuat berbagai tuduhan kepada semua parti pembangkang tetapi sampai kepada huraian dan hujahan yang inginkan penjelasan maka beliau tidak memberikan langsung masa untuk ahli-ahli lain memberikan penjelasan. Beliau hanya membaca apa yang telah diberikan kepada beliau membela bapa mertua beliau menujukan kepada orang yang lain tetapi tidak profesional untuk memberikan peluang kepada orang lain.
Berbagai tuduhan yang dibuat kepada orang lain tetapi apabila ditujukan kepada beliau maka beliau tidak dapat membuat penjelasan dan peluang langsung. Apabila masalah penyelewengan yang dilakukan oleh BN saperti pembangunan diSabah dan Sarawak bagi bumi dan langit.
Hari ini berbagai masalah timbul berhubung dengan masalah rakyat Sabah dan Sarawak, masalah pengangkutan, masalah harga barang, paip letrik dan pembangunan masih menjadi lagi tekanan kepada rakyat Sabah dan Serawak. Dengan suasana yang berlaku sekarang ini, maka ramai yang beranggapan bahawa sekiranya apa yang berlaku ini tidak dikendalikan dengan baik oleh kerajaan Persekutuan, maka hal-hal saperti lompat parti dan terbalik pemimpin akan kembali kepada PR dalam sedikit masa nanti. Rakyat Sabah merasa termalu apabila mereka merasakan dianaktirikan apabila mereka diberi Kementerian yang second class citizen, Menteri pun hanya jaga menari dan muzium. Rakyat masih lagi mengalami letrik yamg sering putus, air dari perigi atau air hujan, apa yang brlaku ini semuanya hanya saperti take for granted . Bukan saja BN akan hilang kerusi, tetapi kerajaan negeri semuanya akan kalah.
Apakah jembatan di Pulau Pinang bebilion tetapi jembatan di Sabah dan Serawak diabaikan oleh kerajaan. Perlulah diagihkan kepada rakyat Sabah dan Serawak sama, nanti hilang macam lima negeri yang lain di Semenanjong.
Antara keluhan lain dari Sabah, makanan yang berzat di Sabah saperti memberi makanan kucing, yang sampai kepada murid dari peruntukan makanan rakyat termiskin, yang sampai kepada rakyat hanya 30 sen sahaja, tetapi peruntukan yang berjumlah rm 3.00 dari atas tu kemana perginya yang lain.
Kalau sebelum ini, saya ada katakan yang jumlah Gaji dan elaun untuk penasihat saja 1.2 juta setahun, berpuluh ribu sebulan dan berbagai lagi jumlah pembaziran saperti komisyen untuk sukhoi dan scopene bernilai 450 juta saperti yang didedahkan oleh bekas TPM dan sedang dibicarakan didalam kes Altantunya sekarang ni.
Banyak lagi perkara yang di sentuh hari ni akan dimasukkan kedalam tulisan saya pada masa depan.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.