Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, April 26, 2008

Tahniah Juara Liga








Malam ni ana rasa bangga sungguh kerana dapat jemputan untuk menyaksikan perlawanan bolesepak antara Pahang dan Kedah di Stadium Darulaman , keputusan Kedah menang 1-0. Memang Kedah telahpun menjadi Juara Liga kalaupun tak menang dengan Pahang malam ni, tetapi semangat pemain Kedah memang best malam ni. Sebenarnya ana tak pernah pun jejak kaki ke stadium ni setelah tamat sekolah menengah, dulu biasa la masuk, masa Maktab Mahmud ( MM) lawan Kolej Sultan Abdul Hamid dulu, MM sentiasa menang, tapi lepas tu tak masuk dah .



Malam tadi dengan keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah, maka sebagai wakil rakyat yang mendapat jemputan, maka ana pun pergilah menonton. Pemain dan penonton yang penuh semangat memberi sokongan dan banyak peluang jaringan gol terlepas oleh pasukan Kedah dan Pahang, namun nasib menyebelahi Kedah mungkin kerana semangat dan kesungguhan pemain dan jurulatih Sdr Azraie, maka Kedah menjadi jura membawa balik piala dan wang RM 500 K. Lepas ni bolehlah Presiden KFA, YAB Ust Azizan Abd Razak memberi sedikit insentif kepada anak buah beliau sebagai hadiah tambahan diatas kemenangan.
Memang hebat pemain Kedah musim ini, diharap dengan kepimpinan baru Negeri Kedah dan KFA , akan wujud semangat baru dan pasukan Bolasepak Kedah akan terus mara menjadi pasukan tersohor di negara ini dan seterusnya mengembalikan prestasi bolasepak negara ke zaman Ghani Minhat, Soh Chin An dan Mokhtar Dahari, semoga terus berjaya,, bravo Kedah, Bravo Dr Hamdan EXCO sukan Kedah.
Datuk Ismail Sabri jangan pula pandang sebelah mata dengan Kedah pula, PR akan sentiasa bersama menteri demi memajukan sukan negara.

Friday, April 25, 2008

antara Aku, DO dan JKKK.


Mendengar berita malam tadi berhubung dengan pengunduran Iran dari menyertai pertunjukan DSA2008, atas bantahan Anerika, maka Menteri Pertahanan menyatakan ianya melanggar resolusi badan dunia berhubung dengan senjata pemusnah, maka amat sedih juga ana apabila kita sebagai sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat terpaksa mengikut apa saja yang Amerika bantah, nampak sangat kita ini macam terpaksa tunduk dengan desakan negara luar ataupun terlalu kecut perut dengan negara yang konon menjadi polis dunia itu tetapi sebenarnya merekalah yang telah menjadi pemusnah yang paling kejam didunia masakini selain anak didik mereka negara laknat Israel. Ana teringat semasa perbahasan berhubung dengan kementerian luar, masa tu Dato' Shabery Cheek jawab berkenaan dengan Malaysia tidak memberi layanan kepada Menteri Luar Palestin kerajaan Hamas, Shabery Cheek memperli ana menggunakan kesempatan berbahas untuk bermain politik dalam parlimen. Padahal merekalah yang tidak memberi layanan kepada Menteri luar tersebut sehingga terpaksa menjemput pemimpin PAS yang terpaksa menjemput beliau keluar dari hotel penginapan untuk menjadi tetamu kehormat PAS pula, dan atas bantahan Menlu tersebut, maka Kemenlu Malaysia ketika itu mendapat sedikit aib. Kerajaan pada masa itu sebaliknya memberi layanan istimewa kepada Menteri Luar yang kalah dalam pilihnraya Palestin dengan layanan negara kepada beliau. Inilah masalahnya bagi kerajaan Malaysia, tidak mahu menerima hakikat apabila bercakap tentang demokrasi, tetapi tidak mahu menerima hakikat demokrasi.
Macamlah apa yang berlaku di kpg ana, entah apa yang terjadi susah nak teka, JKKK berkuasa lebih daripada DO, ana kata dalam Mesyuarat tindakan daerah dan dalam perbahasan Parlimen, siapa yang lebih besar tugas, JKKK atau DO dalam melaksanakan pembangunan luar bandar.

Hakikat yang berlaku adalah JKKK, contohnya jalan luar bandar, peruntukan dah ada, tapi JKKK sekat, dibawa ketempat lain. Buat jalan ban sungai, dari tangga rumah JKKK ketengah jalan, dari jalan besar ketengah jalan, lepas tu kosong dengan tanah merah dan batu kerikil dipertengahan jalan , sebab peruntukan dah habis. Tak percaya dan kalau tak puas hati, tengok Jalan Alor Ali dan Alor Mengkuang, dan Jalan Paya Nedam Seberang, semuanya angkara JKKK lebih berkuasa dari DO.

Harapan semoga dengan perletakan jawatan JKKK yang diarahkan oleh MB Dato' Seri Mahadhir Khalid tempoh hari,diharap keharmonian di kampong akan lebih terjalin dan masyarakat akan lebih harmoni, tiada lagi pengacau dalam mengharu birukan suasana keakraban dalam kampong dikawasan kami dan DO pun senang nak menjalankan tugas.
Lihat gambar di Kpg Alor Ali ni, jalan putus, lebih kuran 50-60 meter ,sambung semula disebelah sana sampai ke tangga rumah JKKK. Nak jalan , kena masuk gear lompat macam ana cakap dalam parlimen hari tu.
minyak naik, barang naik pasal bn , itu adalah satu rangkaian kukuh yan disedari oleh semua rakyat, tak boleh dan tak perlu dinafikan lagi. oleh itu dengan kenyataan menteri pengguna semalam bahawa kerajaan akan mengkaji subsidi disel, maka sahihlah yang kerajaan malaysia ini tidak prihatin dengan bebanan yang rakyat terpaksa tanggung akhir-akhir ini. pak menteri tak pa la, semua free, tak kena bayar, rakyat semua kena keluar dari poket sendiri. bila kita merungut, oh dia kata harga sekerap mahal, tapi dia tak kata beras naik harga, org kampong tak makan sekerap dan sawit. satu komoditi naik, yang harga barang kegunaan beratus naik. salahnya rakyat juga, tak mau bagi ba menang hari tu, kalau semua negeri tak dak bn, senangla nak tambah subsidi untuk rakyat, tak sapa nak halang, bila rasuah tak ada, komisyen tak ada, runding terus tak ada, bawah meja tak ada, maka kantung negara bertambah dan boleh la sikit bagi kat rakyat dalam bentuk subsidi untuk kurangkan kos barangan. ni tidak, semua depa dapat, rakyat terkena bebanan. amerika pun bagi subsidi kat rakyat dia, ni lumrah la, tapi dalam suasana negara ada duit la, tapi kalau fulus kurang, pasal benda-benda tadi, macam mana nak tolong rakyat.

Thursday, April 24, 2008

Moga ribut ini lebih mnyedarkan kita akan balasan Allah dan ujiannya kepada kita semua. Tapi ingat, semua yang berlaku adalah kehendak Allah. Bantuan biarlah sama rata dan sama rasa, jangan saperti masa BN dulu, JKKK hanya pilih orang depa saja, tidak kepada yang warna lain daripada mereka. Kepada DO tahniah atas kesegeraqan anda, dan penghulu teruskan usaha murni ini, moga selamat dunia ajhirat. wassalam.

maaf saya dato'


ish,ish,ish, itu lah manusia. Manusia lebih takitkan manusia dari takutkan Allah. Dahla kena raba, entah satu badan kot, pas tu minta maaf pulak, katanya yang meraba tu mabuk pula. Polis kata mereka nak siasat DJ ekoran alleged mollest, yang mana satu pula ni. Macam-macam cerita dunia akhir zaman dalam kepercayaan Islam Hadhari ni no. Naik pening ana. mengikut si empunya badan, melawak atau gurauan kasar sering terjadi antara beliau dengan bekas menteri tersebut, tapi entak kenapa kali ini terpaksa buat report, pas tu tarik balik report, pas tu minta maaf pula dari bekas menteri,maklumlah mungkin dia mabuk, tak perasan yang tu bukan yang sah punya.

Mungkin selalu tak sekasar itu gurauannya maka tak perlulah buat report, tapi kali ni terlebih kasar, pasai tu buat report. Nak tanya lagi, ada ka pihak polis beluam selesai siasatan, dah lebih 24 jamni, yang black 14 hari tu cepat saja selesai siasatan.

Nak tanya lagi, yang tarik balik report ni pasai apa, tak kan polis tak nak siasat lagi, dengan mudah buat report pas tu dengan mudah tarik balik, ada berlaku ugutan atau belian ka, kena siasat jangan tak siasat.

Bekas menteri pula kena buat report juga pasai perempuan ni sudah buat malu dia saja, dah tuduh orang cabul pas tu tarik balik tuduh orang cabul, ingat maruah menteri boleh dipermain-main ka.

Report jangan tak report.

Wednesday, April 23, 2008

bantuan kepada mangsa ribut

Pagi tadi YB Dr Mohd Hayati bersama dengan kakitangan pusat khidmat wakil rakyat dan kawan-kawan yang lain telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa rinbut yang berlaku petang kelmarin di Kpg Cangkat Nering dan Panchor/Kolam serta Kpg Cegar. Bantuan adalah sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Pendang dan Pejabat Pegawai Daerah. Lebih kuran 60 buah rumah terlibat dengan kejadian ribut.

Tuesday, April 22, 2008

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.