Jangan tuding jari kepada UMNO pasal isu yang meletup sekarang ini , penggunaan nama Allah oleh akhbar Herald weekly tu la, kata PM DS Najib Tun Razak.
Kita tak nak tuduh siapa-siapa dalam isu yang hangat dan terkini ini, cuma beberapa persoalan muncul dalam pemikiran rakyat terbanyak sekarang ini.
Saperti yang kita baca dalam akhbar dan tengok dalam kaca TV , PM kata kita tak boleh halang rakyat nak demo dalam kawasan masjid.
Menteri Dalam Negeri kata kita tak boleh tegah rakyat nak buat demo membantah akhbar Herald weekly menggunakan perkataan Allah dalam akhbar mereka kalau buat dalam kawasan masjid , kita tak boleh halang mereka nak buat bantahan. Kata dia lagi, kerajaan tak teragak-agak untuk ambil tindakan termasuk ISA kepada yang terlibat.
Rakyat masih ingat apa yang disebut ‘op lalang’ , yang ramai kena berehat didalam Kemunting sana kes dia rasanya lebih kurang macam ni la, rakyat tak kata UMNO terlibat. Rakyat masih ingat-ingat lupa nama DS Najib dan Lee Kim Sai pada masa itu. Yang masuk berehat dalam Kemunting Mat Sabu, Mahfuz , LKS dan rakan-rakan depa. Ada yang pi bercuti di Australia, rakyat masih ingat lagi.
IGP mula-mula pun macam gayanya tak nak kata tak boleh juga, tapi bila ada kata-kata yang menyatakan kalau orang lain buat depa tembak air dan asid serta gas pembersih mata, maka barulah ketua polis ini kata depa akan bertindak jika buat demo juga. Memang nampak macam ramai yang pedih mata hari tu agaknya lah.
Kita tak kata UMNO terlibat, tapi rakyat tanya apasal Polis FRU tak kepong dan tak bawa gas pembasuh mata dengan lori hujan asid macam rakyat beribu berhimpun masa PPSMI hari tu. Hari yang sama juga depan kedutaan Mesir, awat uniform merah ini ramai yang berkumpul disana. Apakah mereka tersilap alamat antara demo yang dibuat didepan kedutaan Mesir lebih sensitive berbanding yang dibuat diperkarangan masjid dalam kontak hubungan antara kaum dan agama dalam Negara atau hubungan Israel dengan Mesir- Palestin yang seluruh dunia tengah marah tuh.
Agaknya kalaulah yang buat perhimpunan dalam perkarangan masjid Negara atau Masjid Kpg Baru diketuai oleh Mat Sabu ka, Dr Hatta Ramli ka, atau YB Azmin Ali ka, rakyat tentu akan tanya adakah sabahat uniform merah dan lori hujan acid dan pencuci mata nak mai ??
Rakyat tak kata macam DS Najib rasa tu, tak dak sapa nak tuding jari kepada UMNO pasal demo di masjid ni, tapi rakyat tengok yang arak kepala lembu hari tu pun tak ada juga nampaknya uniform merah mai , mungkin agaknya rakyat kata jumlahnya ramai sangat kut, sampai juta-juta orang yang terlibat dalam demo tu. Macam demo yang dibuat untuk desak PAS tarik diri daripada Pakatan di Selangor hari tu. Last-last bila cari nama dalam keahlian kawasan Gombak, kena buat laporan polis pasai cuba tipu rakyat kata depa tu ahli PAS.
Kesian juga, sanggup mengaku ahli walaupun tak jumpa dalam senarai, kot ahli kawasan lain kot, silap cari kawasan lah tui. Tapi kalau teringin sangat nak jadi ahli, apa salahnya isi borang dan masuk secara resmi. Boleh panggil RTM ke TV3 ke, siar secara langsung.
Rakyat tanya juga, sampai nak bakar gereja dan musnahkan gereja ni pasai apa. Kalau yang selalu buka kitab dan tadah kitab tu, rasanya rakyat faham bahawa memusnahkan tempat ibadat ugama lain tu berdosa, bahkan Mufti dan Tuan Guru pun ada ajar hukumnya haram. Bahkan masa Rasulullah berpesan kepada panglima perang Islam , masa berperang pun jangan bunuh wanita, kanak-kanak, sami atau paderi sedang beribadat ,jangan musnahkan tempat ibadat mereka , tapi kalau sanggup bakar dan cuba musnahkan tu, rakyat kata depa tu tak pernah buka kitab kot,atau ka tak pernah tadah telinga dengar tok guru baca kitab kut. Rakyat tak tuding jari kepada UMNO buat kerja tu aih.
Ana harap polis kita yang cekap tu dapat kesan dan tangkap segera mereka yang buat kerja tak berfaedah untuk keharmonian Negara dan agama ini dan humban mereka dalam lokap cepat supaya tak berlaku pula nanti bom masjid dan surau pula sampai nak sembahyang jemaah pun susah nanti.
Harap jangan lambat siasat macam siasat siapa yang bakar bendera di Terengganu hari tu sudah la. Ana pernah bertanya dalam parlimen pasal isu bakar bendera ni, SU dewan tolak soalan tu kata masih dalam siasatan polis lagi.
Monday, January 11, 2010
Lawat Paya Besar
Hujung minggu, masa yang sesuai untuk ana melawat kawasan kerana hari ini tiada aktiviti khusus untuk program parti, maka kesempatan ini digunakan untuk menziarahi sahabat yang sakit dan melihat masalah didalam kawasan.
Kesempatan minggu ini ana pergi ke Kpg Paya Besar, Kubor Panjang melihat Mohd Farizuan Abd Wahab yang menghadapi masalah Thallasemia Major sejak kecil, sekarang beliau berusia 12 tahun dan berulang alik ke Hospital Sultanah bahiyah 3 minggu sekali untuk memasuki darah kerana penyakit genetik ini menyebabkan badan beliau tidak dapat membuat darah merah, maka darah yang didalam badan beliau kena ditambah selalu, dan darah itu akan mudah pecah sehingga perlu ditambah setiap 3 minggu. Kebiasaan darah manusia berusia 120 hari( 3 bulan ), tetapi oleh kerana proses pembuatan darah biasanya memerlukan rangkaian alpha dan beta, maka beliau tidak dapat membentuk beta , maka darah tidak dapat dibuat dengan sempurna, oleh sebab itu beliau memerlukan penambahan darah sentiasa.
Darah yang pecah akan menyebabkan zat besi ( ferrous) akan mengumpul didalam badan dan ini terpaksa dibuat 'chelating' dengan rawatan desferoxamine' sejnis ubat yang dicucuk dengan menggunakan mesin yang mengambil masa beberapa jam untuk dimasukkan kedalam badan beliau.
Beliau bersekolah di Sek Keb Kubor Panjang dan diberitahu sering terponteng kerana masalah kesihatan ini. Dalam usia sebegini, memang badan beliau kelihatan lebih kecil berbanding dengan sahabat sekelas yang lain.
Walaupun kesil, tetapi kecergasan beliau saperti kanak-kanak lain , itu pun setelah mendapat bekalan darah yang cukup , tetapi sekiranya darah beliau berkurangan, maka beliau menjadi lemah dan tak bermaya.
Seterusnya ana dibawa melawat jalan menghubung Kg Paya Besar dengan Kpg Budi Daerah Pokok Senan yang runtuh ketika berlaku banjir tempoh hari , yang hampir memutuskan perhubungan di Kpg tersebut, Jalan ini menghubungkan penduduk yang ingin ke Kubor Panjang dan menghantar anak ke Sekolah Menengah dan rendah di Kubor Panjang.
Jalan ini dibawah kelolaan Pejabat Daerah dan MADA. Harapan agar ia dapat dibaiki segera sebelum terputus langsung.
Ana bersama MKK melawat kawasan jalan tersebut.

Sunday, January 10, 2010
Angkara siapa ini semua
Isu scopene dan komisyen 450 juta. Lalu datanglah polis Prancis atas satu misi untuk siasat siapakah emunya kerja sehingga terpaksa meningkat harga, kalau tanpa komisyen berapa pula harga sebenarnya, nanti Negara lain macam Brazil ke Argentina ke nak beli kena bagi komisyen juga, ala macam la nak beli Eurocopter hari tu, orang beli lebih murah tapi siap dengan technical knowhow, kita lebih mahal tetapi tanpa dilatih.
Isu Altantunya dan c4 yang hilang dari simpanan, bersama hilangnya rekod kemasukan warga Mongolia itu dari rekod imigresen. Lepas tu yang berpangkat rendah dan tak pernah dilihat muka kerana bertutup macam pocong 24 jam kena hukum. Bagaimana rupa kedua mereka, hanya Allah dan orang tu sendiri serta hakim dan peguam yang tahu, rakyat diluar tak pernah lihat.
Isu injin jet F5 yang besar gajah boleh dihilangkan oleh hanya pegawai berpangkat rendah hingga boleh keluar Negara tanpa diketahui oleh pegawai kastam berpangkat tinggi dan pegawai pemeriksa diatas kapal yang membawa injin tersebut, yang ajaibnya mula kata ke Argentina, tup-tup AG kata berada di Uruguay, memang hebat pegawai tentera udara berpangkat Surgent ini, bijak mengekspot injin hingga ke Argentina dan Uruguay hingga setahu lebih baru boleh dikesan dan diumumkan oleh AG kepada rakyat.
Tup-tup timbul isu perkataan ‘Allah’ yang tetiba menjadi hangat dan panas dimasa berates tahun penganut di Sabah dan Sarawak dah guna tanpa ada apa-apa bantahan menjadikan gereja sasaran Molotov koktail , lalu semua isu diatas lenyap dari ingatan dan perbincangan akhbar dan rakyat.
Isu kepala lembu yang dipijak dan diarak di Shah Alam hari tu siapa yang ada saham disana, lihat saja gambar dan video , muka siapa yang terpampang.
Isu demo suruh PAS keluar Pakatan di Selangor juga hari tu , siapa yang buat walau pun muka tak nampak jelas tapi lepas tu terbongkar bila janji tak ditunaikan, siapa yang punya koroja semua ni.
Suasana di Kelantan dalam tahun 1977, bakar tayar, demo sana demo sini hingga berlaku Mageran atas alasan suasana darurat perlu diambil iktibar dan contoh terbaik untuk dijadikan sandaran, tak boleh tanduk, telinga ku kan pulas juga, matlamat menghalalkan cara, Perak sudah terlaksana, kini negeri terkaya di Malaysia pula, hati-hati semua, jangan jatuh dalam lubang biawak kali kedua, pesan Rasulullah kepada orang beriman.
Orang Islam lagi beriman juga diharamkan memusnahkan tempat ibadat agama lain, hatta didalam peperangan pun dilarang membunuh ahli agama mereka saperti paderi, sami atau siapa juga. Tapi bagaimana kalau Melayu ??
Dikala itu harga tol akan dikaji semula, makanan pelajar asrama penuh ditarik balik pada Sabtu dan Ahad atau Jumaat dan Sabtu. Bagaimana elaun Cola lepas ni , bagaimana dengan bayaran tuisyen, dan bagaimana dengan bonus yang dijanjikan serta yuran anak-anak sekolah!!.
Apakah Isu perkataan Allah ini menjadi satu inspirasi baru untuk menjadikan himpunan rakyat sebagai medan menjual pengaruh menjelang PRU ke 13 nanti?.
Cuba Tanya, siapakah punya angkara semua ini??. Jawab sendirilah, saya tak tahu jawapannya!!.
Kata Menteri yang menang dengan satu undi 63 berbanding 64 dalam parlimen hari tu, kerajaan tak teragak-agak gunakan ISA untuk meredakan keadaan , macam sudah nampak jelas lagi bersuluh aje .

Subscribe to:
Posts (Atom)