Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, June 12, 2008

Sumbangan mangsa ribut


Bersama dengan petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat menziarahi mangsa ribut yang melanda Padang Kabu baru-baru ini dan menghulurkan sedikit sumbangan peribadi dan PAS Kawasan melalui Lajnah Kebajikan agar ianya dapat meringankan bebanan mangsa untuk membaiki bumbung rumah yang ditiup angin dan dapat berlindung daripada panas dan hujan. Pada awal bulan Jun ini, di Bendang Bukit dan di Padang Kabu ini ada lebih kurang 12 buah rumah telah dilanda ribut dan ini merupakan satu fenomena yang sering terjadi di Kawasan ana sejak 3-4 tahun kebelakangan ini saperti juga di negara lain yang mengalami perubahan cuaca yang tidak menentu . Cuma harapan kami agar pihak Kebajikan janganlah mengabaikan mereka yang terkena musibah ini daripada mendapat bantuan. Mangsa yang terkena musibah ini memeang memrlukan bantuan untuk membaik pulih rumah yang rosak, tetapi bagi wakil rakyat, setakat mana yang mampu itulah yang dapat kita sumbangkan disamping harapan agar pihak yang bertanggungjawap saperti Kemen Kebajikan dan Kerajaan Negeri yang mempunyai peruntukan dapat membantu dengan jumlah yang lebih sedikit.

Tubuh cawangan baru

Dalam suasana politik negara yang tak menentu sekarang ini, PAS Pendang malam tadi telah berjaya menubuhkan sebuah lagi cawangan menjadi 155 semuanya sekarang ini dengan cawangan terbaru Padang Nyiur dengan berketuakan seorang OKU . Harapan PAS kawasan agar cawangan ini dapat menjadi sebuah cawangan yang aktif dengan berbagai program dan aktiviti untuk menarik lebih ramai lagi ahli masyarakat kedalam wadah perjuangan PAS. Cawangan ini berada didalam DUN Sungai Tiang dan kebetulan sekarang kita sedang berusaha pula untuk memantapkan PAS cawangan didadlam DUN Sg Tiang supaya pada PRU 13 nanati Sg Tiang akan menjadi milik PR pula. Selama ini mereka berada dibawah BN tetapi didapati masyarakat di Sg Tiang lebih daif kalau dibandingkan dengan Tokai. Dengan adanya semangat baru yang ditunjukkan oleh anggota baru PAS ini diharap ia nya akan mencapai cita-cita dan tujuan murni ini. Difahamkan juga ada beberapa lagi cawangan didalam UPU Paya Rawa ini akan ditubuhkan dalam sedikit masa nanti dan insyaallah kita harap akan mendapat satu lonjakan besar didalam PRU 13 nanti.
Memang masyarakat sekarang ini sedang melihat suasana kelainan didalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru dan moga kelainan ini akan dapat memberikan kesejahteraan saperti mana termaktub didalam menifesto PRU 12 yang lalu dan moga ianya dapat dilunaskan dengan izin Allah.

Wednesday, June 11, 2008


Nisak Pendang baru-baru ni pada 7 Jun 2008 telah mengadakan kursus perkahwinan kepada bakal pengantin yang telah memasuki zaman remaja dan bersedia untuk mendirikan rumahtangga. Ana di jemput untuk perasmian penutup dan dalam ucapan ana menyeru agar mereka bersedia denganilmu pengetahuan agama yang mantap dan bersedia untuk menjadi suami dan isteri yang memegang kepada ugama dan bukan yang lain kerana inilah yang ditekankan oelh Rasulullah ' nikahi lah peremouan kerana empat, kecantikan, keturunan, harta dan ugama, tetapi peganglah kepada yang beragama niscaya ia akan menyelamatkan kamu.
Jadi itu sedikit pesanan, bila nak kahwin jemputlah saya, tapi jangan jadi macam artis pula, nak kahwin bukan main jek dan bodek suami atau isteri, manusia yang baik, bagus, prihatin tapi bila 3 bulan kahwin, masuk keluar mahkamah nak cerai, pasal tak sesuai. Masa nak kahwin macam belangkas, lepas tu periuk belanga melayang.

Susui kera dihutan, anak sendiri diberi tuba.


Bila baca pasal rungutan rakyat tentang kenaikan harga minyak dan barangan ni, meleleh air mata memikirkan apa yang telah dilakukan kera jaan BN kepada rakyat sendiri.
Cuba tuan-tuan bayangkan, kerajaan kata nak kurangkan subsidi minyak, agar kera jaan dapat jimatkan duit konon untuk pembangunan, tetapi sedarkah kita semua bahawa negara selatan kita Singapura, selama ini apakah mereka dapat hasil dari subsidi yang kera jaan BN berikan kepada mereka.
lihat subsidi air, Singapura beli 5 sen 1000 gelen dan diproses dinegara kita dan dijual balik kepada kita dengan harga 50 sen 1000 gelen. Dan perjanjian ini tamat pada 2061.
Berapa banyak kawasan tadahan hujan yang Johor kena simpan untuk buat tempat memacu kedatangan awan dan hujan agar boleh jadi takunagn air dan berapa banyak hasil balak yang terpaksa tak dapat dikeluarkan kerana kepentingan air Singapura ini, siapa yang buat perjanjian kalau bukan kerajaan Perikatan /BN .
Kalau kita renung masalah minyak masak baru-baru ni, berapa banyak minyak masak dan barangan lain yang dibawa keluar oleh rakyat Singapura kenegara mereka, tetapi apakah hasil belian mereka ini dirampas oleh kastam disempadan kita , padadhal kalau adik-beradik kita yang berada diThailand beli minyak masak lebih, dengan garan kastam kita merampas disempadan. Padahal dalam masa yang sama kita terhegeh-hegeh membawa masuk beras dari Thailand untuk kita membuncitkan perut berhari-hari.Mungkin kerana yang dari Thailand ini orang-orang Muslim.
Dalam soal minyak petrol dan disel, kita dapati kenderaan mewah dari singaoura bebas keluar masuk mengisi minyak tanpa apa-apa masalah tetapi kereta tak mewah dari Thailand dikenakan sekatan oleh Kera jaan Malaysia baru-baru ini, padahal kalau kita lihat statistik penggunaan minyak di sempadan Thailand adalah 10-12 juta RM sebulan berbanding Johor 45-50 juta RM sebulan. Bayangkan berapa banyak kenderaan yang masuk melalui sempda negara kita diutara dan selatan. Apakah kita mendapat hasil makanan yang disumbangkan oleh Singapura kepada rakyat untuk membuncitkan perut kita berbanding mereka yang berada di Thailand dengan buah-buahan , sayuran, beras dan bermacam jenis makanan lagi.
Tak payah sebutla subsidi yang lain saperti penjualan pasir, pemberian Pulau Putih Mata dan akan tiba nanti Iskandar Malaysia akan terlepas kepada Singapura kerana Menteri mereka berada dalam JK Pembangunan Iskandar Malaysia. Apa guna Menteri mereka duduk dalam JK nak membangun Negara kita kalau hanya untuk menguntungkan negara kita bukan rakyat dan negara singapura. Ini telah saya timbulakan berkali-kali dalam parlimen, tetapi jawapan PM adalah untuk menarik pelabur, biar negara hancur lebur baru rakyat tahu, undi BN lagi.

Bolehkah minyak diturunkan harga ni!!!

Ana membuat paste dari blog Datuk Paduka Husam Musa agar sama-sama kita fikirkan disini bahawa kalau nak tolong rakyat susah, memang boleh, dan ini memerlukan political will yang tinggi dan yakinlah apa yang berlaku didalam negara kita hari ini adalah kerana " memang BN ini tradisi menyusahkan kehidupan rakyat'. Cuba perhatikan apa juga tindakan yang dilakukan oleh kerajaan, memang rakyat yang terpaksa tanggung beban. Buat lebuhraya, tapi sampai berpuluh tahun masih kena bayar tol, naik tarik letrik, lepas tu dabik dada menyatakan kami buat keuntungan besar, begitu juga buang subsidi minyak, nak jimat .4 billion, nak baiki sistem pengangkutan awam, tapi rakyat makin merana nak naik bas. Ini diakui sendiri oleh Menteri Pengguna yang kononnya nak cuba belajar naik bas pergi kerja, kata dia naik turun bas, amat menysahkan. Tu baru beberapa bas dia naik, macam kekitangan bawahan yang kena naik bas hari-hari bagaimana. Oleh itu kalau kita lihat kenapa ramai rakyat Malaysia terpaksa beli kereta, adalah kerana nak senang pi kerja, harap kenderaan awam, macam Menteri kata la. Oleh itu perlu ada satu strategi yang konkrit untuk mengurangkan harga minyak ini. Kan kita dikatakan juga mengekspot minyak baik dan mengimport minyak kurang bermutu, jadi secara logiknya tentulah lebih banyak hasil akan masuk dan kalau ini boleh diagihkan kepada rakyat, alangkah baiknya suasana ini.
Disini saya ingin pengunjung sama-sama berfikir tentang apa yang ditulis oleh Naib Presiden PAS dibawah untuk kita sama-sama bandingkan apakah yang ada dalam pemikiran pemimpin PR dan dengan apa yang berlaku sekarang, iaitu apa yang ada didalam benak pemikiran pemimpin BN, mana satu lebih tong rakyat dan tolong kroni.
Penjimatan 4.4 billion hasil peningkatan minyak 30 sen lalu, untuk SPNB menaikkan tahap prasarana pengangkutan negara, tetapi bila kita lihat di Sungai Buaya, bukan buaya yang tersadai, tetapi bas rapid KL yang katanya dipunyai oleh SPNB yang mendapat limpahan wang hasil penarikan subsidi dari rakyat yang dapat, dan SPNB ini sapa punya kalau tidak ada hubungkait dengan orang yang duduk dibawak Ketiak PM.

Saya penuh yakin kita boleh menurunkannya sekali pun harga minyak dunia terus meningkat.

Satu dari strategi mudah dan praktikal ialah meluaskan penggunaan gas, baik LPG atau NGV untuk domestik, termasuk untuk kenderaan.

Bila lebih banyak gas digunakan, kita kurang menggunakan minyak. Lebih banyak pula minyak kita dapat di eksport dan kita mendapat lebih banyak wang. Wang minyak itu kita gunakan untuk mengekalkan harga minyak tempatan dan kita sendiri menggunakan lebih gas dari minyak.

Sebagai 'net exporter' minyak dan gas, Malaysia mendapat keuntungan yang banyak dari kenaikan harga minyak dari hasil penjualan lebihan hasil petroleum Negara.

Jika dicampurkan pengeluaran gas dan minyak negara jumlah keseluruhannya melebihi 1.7 juta tong sehari. Namun penggunaan Negara termasuk gas asli adalah kurang dari 1 juta tong sehari. Oleh itu subsidi yang diberikan masih boleh ditanggung oleh kerajaan.

Kenaikan harga minyak adalah kerana kegagalan pihak kerajaan BN merancang dan melaksana polisi tenaga Negara yang berkesan. Tidak ada satu forum untuk pakar-pakar terlibat sama merancang dasar tenaga negara kerana National Petroleum Advisory Council (NPAC) yang diwujudkan bersama lahirnya Petronas dulu mungkin telah menjadi arwah.

Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan PR ialah menurunkan harga minyak petrol dan disel dan seterusnya memperkembangkan penggunaan NGV dan gas asli untuk industri dalam tempoh tiga tahun bermula dari sekarang. Rakyat yang perlu berjimat boleh menggunakan NGV yang lebih murah dan mudah diperolehi dan rakyat yang berkemampuan boleh terus menggunakan bahan petrol yang lebih mahal.

NGV (Natural Gas for Vehicle)

Penggunaan bahan petroleum Negara ialah kira-kira 590,000 tong sehari.

Pengunaan bahan petroleum pasti dapat dikurangkan dengan bertambahnya penggunaan gas seperti NGV yang tentunya lebih murah. Kerajaan dengan itu dapat kurangkan kos subsidi minyak tanpa perlu naikkan harga minyak.

Sumber gas asli kita begitu kaya.

Malaysia adalah antara negara yang terbaik di rantau Asia dalam mempunyai rangkaian saluran paip gas asli - PGU. (Peninsula Gas Utilisation) Malang, penggunaan gas asli hanya tertumpu kepada stesen janakuasa dan industri tertentu sahaja. Rangkaian saluran gas PGU yang telah merangkumi semua negeri di semenanjung Malaysia, kecuali Kelantan, tidak digunakan sepenuhnya.

Setakat ini, Petronas hanya memiliki kurang dari 40 stesen NGV dalam negara. Jumlah ini tidak sampai 5% stesen yang dimiliki Petronas. Memandangkan hanya Petronas yang berhak membangunkan stesen NGV maka nyatalah Petronas tidak menumpukan usaha sepenuhnya ke arah meluaskan lagi kegunaan bahan bakar ini. Banyak industri yang perlukan bekalan gas asli dari system PGU untuk operasi mereka, gagal memperolehinya.

Dengan sumber gas asli yang begini banyak, rakyat negara ini sepatutnya sudah dapat merasakan faedah dan nikmat. Ia tidak berlaku kerana kurang perancangan dan visi.

Nyata benar lemahnya kerajaan pimpinan Abdullah. Negara kita tidak kekurangan sumber tetapi kekurangan kesungguhan dan kebijaksanaan.

Petronas yang telah gagal melaksanakan program NGV seharusnya tidak lagi terlibat dalam 'sales and distribution' untuk NGV dan gas asli. (buat masa ini pun penjualan gas asli kepada industi dilaksanakan oleh Gas Malaysia.)

Sebaliknya, Petronas seharusnya bertindak sebagai pembekal pukal dan memastikan bekalan mencukupi untuk keperluan rakyat.

LNG (Liquified Natural Gas)

Apa yang dilakukan oleh Petronas untuk sumber gas asli ini ialah dengan mengeksport LNG (gas asli cecair).

Penjualan LNG adalan sebanyak 22 juta tan setahun. Ini bersamaan dengan hampir 500,000 tong sehari minyak mentah iaitu hampir memenuhi keperluan bahan petroleum negara.

Penjualan LNG memerlukan kos memproses dan penghantaran yang tinggi. Oleh itu keuntungan menjual LNG adalah kurang berbanding minyak mentah. Seharusnya Petronas mengalakkan pengunaan gas dalam Negara yang akan membolehkan Petronas mengekspot minyak mentah yang lebih menguntungkan.

Pada masa ini Petronas membelanjakan lebih US$ 0.5 billion setahun untuk pengangkutan LNG ke destinasi pembeli. Untuk tempoh 20 tahun (jangkamasa perjanjian penjualan) kos ini adalah sebanyak US$10 billion. Wang sebanyak ini bukankah lebih baik di gunakan untu membina saluran paip gas di antara Sabah, Sarawak (tempat sumber) dan Semenanjung bagi membolehkan sumber gas asli ini disalurkan ke seluruh Negara?

Oleh itu kontrak penjualan LNG harus dikaji semula dan tumpuan harus di berikan dalam mengalakkan pengunaan gas asli untuk kenderaan dan industri di seluruh negara.

Tuesday, June 10, 2008

Hujah yang tak diterima rakyat, minyak dunia naik, minyak kita naik.

Ana paste tulisan ketua Penerangan PAS tuan Hj Mahfuz disini, agar sama-sama kita renungkan bersama pasal minyak naik la ni, dan jangan tunggu hingga rakyat naik minyak baru kerajaan nak turunkan harga minyak balik. Ana tertarik ulasan yang dibuat disini blok ini dengan bandingan statistik bahawa negeri yang mengeksport minyak saperti Arab Saudi, Iran, bahkan Venezuela mempunyai kadar harga minyak yang cukup rendah untuk kegunaan rakyat mereka. Bayangkan jika minyak naik, kita juga mengeksport minyak, tentulak kita juga akan dapat banyak duit hasil minyak, tak kan nak guna sendiri pun kena banyak harga yang lebih juga. Lainlah kalau kita tidak keluarkan minyak dan kita tidak eksport minyak, tetapi bagi negara lain yang tak ada minyak ,macam Singapura, pendapatan mereka lebih tinggi dari kita, jadi kalau nak banding tu rasanya tak moleklah nak banding hanya satu benda saja. Kena limau dengan limau dan buah tmbikai dengan tembikai la, jangan banding tembikai dengan labu.
Apabila kerajaan mendakwa penstrukturan semula harga minyak tidak memberikan keuntungan kepada kerajaan, ia adalah satu pembohongan pada siang hari. Rakyat ditipu hidup-hidup. Kerajaan telah mengaut untung yang besar sebagai pengeksport kerana kenaikan harga ini, sedangkan perbelanjaan telah susut dengan pengurang subsidi besar-besaran. Sudah tentu berlaku lebihan pendapatan kerana minyak yang dikeluarkan oleh Malaysia ialah 600,000 tong sehari, manakala penggunaan hanya sekitar 400,000 tong sahaja. Di sini pun sudah ada keuntungan atau lebihan yang dicatat, belum mengambil kira pengurangan subsidi dan perbezaan harga import eksport ekoran perbezaan kualiti minyak. Rakyat harus memahami bahawa minyak yang digunakan di dalam Negara adalah merupakan minyak yang diimpot dari luar Negara yang mana kualitinya rendah dan harganya lebih murah iaitu USD 135 setong berbanding dengan harga minyak yang dikeluarkan oleh Negara kita iaitu USD 145 setong.

Hakikat ini telah diakui sendiri oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zetti Akhtar Aziz yang memberitahu bahawa pendapatan Negara akan meningkat antara RM100 juta hingga RM200 juta setahun hasil kenaikan harga minyak sebanyak USD1. Ia turut diakui oleh Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohd Yaakub. Beliau menegaskan bahawa rakyat tidak perlu bimbang kerana ekonomi negara akan semakin kukuh dan kenaikan ini menjadi rahmat kepada negara kita. Jika kita mengandaikan Negara kita memperolehi tambahan pendapatan RM200 juta di atas kenaikan USD1, maka kenaikan USD60 semenjak kenaikan terakhir harga minyak pada 2006, bermakna kita mendapat tambahan pendapatan sebanyak RM12 bilion. Sedangkan apa yang berlaku dalam pengstrukturan semula subsidi harga minyak baru-baru ini, kerajaan mendakwa berjaya menjimatkan hampir RM 14 bilion. Ini bermakna kerajaan mempunyai lebihan pendapatan sebanyak RM 26 bilion. Ini membuktikan bahawa Dato’ Shahril Abd Samad berbohong kepada rakyat mengenai kerajaan tidak mendapat keuntungan daripada pengstrukturan semula harga minyak.

Kita tidak boleh menerima alasan bahawa dengan mengurangkan subsidi ini kita telah menjimatkan sekitar RM14 bilion, sedangkan penjimatan sebanyak RM4.5 bilion sebelum ini langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat. Tidak ada peningkatan dalam perkhidmatan pengangkutan awam, tetapi yang ada adalah peningkatan kos pengangkutan. Maka, penjimatan kali akan diagihkan kepada sektor mana pula? Apakah benar-benar berbaloi untuk rakyat menambahkan perbelanjaan sehingga 40 peratus untuk petrol sahaja, sedangkan kualiti perkhidmatan tidak bertambah.

Kerajaan sebenarnya harus keluar daripada kejumudan pentadbiran mereka bagi mencari satu pendekatan yang boleh menambahkan pendapatan Negara, jika itu menjadi alasan untuk menghapuskan subsidi. Lihatlah apa yang dibuat oleh Iran dan Venezuela yang mengalih transaksi minyak mereka dari USD kepada Euro. Negara dijangka dapat menambah sehingga 15 peratus pendapatan jika transaksi ini dibuat menggunakan euro kerana mata wang Eropah ini lebih kukuh. Mengapa kita harus terus terikat dengan Dollar sedangkan mata wang itu semakin lemah hari ini. Dahulu pemimpin BN menuduh pemimpin PR di Perak tidak tahu mencari wang sebagai pendapatan kerajaan, hari ini kerajaan BN mengambil kesempatan untuk menindas rakyat, bukannya mencari alternatif pandapatan bagi membela kepentingan rakyat.

Satu lagi pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan ialah dengan mengenakan cukai durian runtuh ke atas syarikat-syarikat berkaitan cari gali petroleum, khususnya syarikat asing. Pendapatan mereka telah meningkat ekoran kenaikan harga minyak, tetapi rakyat sebagai ‘tuan punya’ minyak semakin menderita. Syarikat asing seperti Shell, Exxon, Ludin, Total dan lain-lain termasuk Petronas patut dikenakan cukai durian runtuh ini apabila harga minyak melepasi satu tahap harga tertentu. Sama ada harga syiling ini ditetapkan mengikut nilai setong atau nilai keluaran, yang penting keuntungan tanpa jangkaan mereka akibat kenaikan harga minyak ini dicukaikan seperti mana cukai durian runtuh dikenakan ke atas minyak sawit dan IPT.

Malaysia sudah mengamalkan dasar percukaian ini ke atas minyak sawit dan ITP, maka mengapa ia tidak boleh dilaksanakan ke atas minyak sebagai timbal balik untuk membiayai kos subsidi. Keuntungan ini jika tidak dicukaikan ia akan memberikan manfaat yang besar kepada syarikat asing, sedangkan rakyat sendiri menderita. Adakah kerajaan tidak tergamak untuk mengenakan cukai tambahan ini kerana adanya Amerika Syarikat dan Zionis di belakang syarikat-syarikat tersebut. Jika kita mengandaikan cukai ini dikenakan sebanyak 10 peratus, bermakna negara akan mendapat sebanyak USD 7.8 bilion berdasar keluaran minyak 600,000 tong sehari pada harga USD13 setong.

Dengan pendapatan sebanyak itu, kerajaan tidak lagi perlu bimbang untuk membiayai subsidi dan pembangunan negara sekali gus. Bahkan, kerajaan boleh menstrukturkan semula pembelanjaan negara dengan mengurangkan defisit. Mengapa kita takut untuk melakukan satu reformasi terhadap kewangan Negara berasaskan sumber kekayaan yang begitu besar. Kekayaan hasil minyak adalah milik rakyat, dan ia harus ditadbir dengan berkesan supaya rakyat memperoleh manfaatnya, bukannya terpaksa hidup dalam ketakutan setiap kali berlaku kenaikan harga minyak. Kita boleh terima jika harga beras terpaksa naik kerana kita mengimport beras. Tetapi kita adalah pengeksport minyak, maka mengapa rakyat terpaksa membayar lebih untuk membeli minyak.

Rakyat telah mendengar empat langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk mengurangkan beban kenaikan harga minyak ini. Antaranya ialah penjimatan perbelanjaan sektor awam dengan mengurangkan pembaziran yang hanya bernilai RM 2 bilion sahaja termasuklah mengurangkan elaun keraian Perdana Menteri dan anggota kabinet. Kita berasa pelik apabila langkah penjimatan dibuat selepas harga minyak dinaikkan. Mengapa penjimatan atau menghapuskan pembaziran ini tidak dibuat lebih awal dan segala kebocoran dalam perbelanjaan kerajaan boleh disalurkan untuk mensubsidi rakyat dan harga minyak tidak perlu dinaikkan. RM 2 bilion penjimatan selepas pengumuman kenaikan harga minyak termasuk pemotongan 10% elaun Perdana Menteri dan kabinet sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan kepada meringankan beban rakyat. PM dan anggota kabinet hanya kekurangan 10% daripada pendapatan mereka tetapi rakyat terbeban dengan lebih 40% kesan kenaikan harga minyak. Sedangkan perjalanan harian PM dan anggota kabinet ditanggung sepenuhnya oleh wang rakyat. Dan RM 2 bilion penjimatan yang diumumkan jika dibahagikan dengan 27 juta rakyat Malaysia, rakyat hanya akan memperolehi RM 74 setahun atau 20 sen sehari sedangkan pemimpin negara masih boleh bercuti keluar negara walaupun hanya dihadkan di negara-negara asia sahaja termasuklah ke Mongolia, Jepun, Dubai dan sebagainya, sudah tentunya sejumlah wang rakyat akan dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Sepatutnya Perdana Menteri mengumumkan beliau dan semua anggota kabinet tidak layak untuk menerima gaji dan elaun kerana mereka tidak bekerja untuk membangunkan negara dan mengeluarkan rakyat daripada bebanan hidup. Kerajaan juga sewajarnya menghapuskan projek-projek membazir dan menghapuskan tender runding reka dan bina kerana ia melibatkan kos yang besar iaitu hampir sekali ganda daripada kos tender terbuka.

Banyak lagi projek-projek membazir dijalankan oleh kerajaan seperti menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Belia Asia (CYC) yang menelan kos hingga RM17 juta, tetapi diakui oleh Menteri Belia dan Sukan serta Presiden FAM sebagai tidak bermanfaat untuk Negara dan pembangunan bola sepak. Begitu juga projek seperti Taman Tamadun Islam di Terengganu yang menelan hampir RM1 bilion. Petronas sendiri membazirkan wangnya dengan banyak untuk orkestra di KLCC, termasuk membelanja sehingga RM3.5 juta sebulan untuk membayar gaji 105 orang pemuzik orchestra yang majoritinya rakyat asing. Maka, bagaimana Petronas boleh bersungut tentang peningkatan kos pengurusannya mencecah 200 peratus, sedangkan pembaziran begitu banyak berlaku. Jika dikaji Laporan Ketua Audit Negara, kita akan dapati begitu banyak pembaziran dalam perbelanjaan awam. Sepatutnya pembaziran ini telah lama diatasi.

Kesan kenaikan harga minyak ini memberikan dampak yang besar kepada kuasa beli rakyat. Jika kita mengandaikan setiap rakyat menggunakan 2000 liter petrol setahun dengan pandapatan perkapita sebanyak RM46,080, bermakna rakyat Malaysia yang mengeksport minyak telah menggunakan sejumlah 11.72 peratus pendapatannya hanya untuk membeli petrol sahaja. Berbanding Singapura yang mengimport minyak, berasaskan perkapita setinggi RM156,480, mereka hanya menggunakan 6.65 peratus pendapatan untuk membeli petrol yang berharga RM5 seliter. Di negara pengeluar minyak yang lain seperti Venezuela, rakyat hanya memperuntukan 0.78 peratus daripada pendapatan perkapita untuk membeli petrol.

Adakah kerajaan berfikir bahawa dengan duit rebet sebanyak RM625 setahun itu rakyat telah terbela? Bukankah ianya hanya bernilai tidak sampai RM1.70 sehari. RM1.70 itu tidak bermakna bagi pengguna motosikal apatah lagi pengguna kereta yang telah kehilangan kuasa beli berkali ganda, tidak termasuk kos kenaikan barangan dan perkhidmatan lain. Lagipun pembayaran ini hanya sehingga Mac 2009. Yang kita nampak ialah pembayaran rebet ini akan menguntungkan Pos Malaysia sebagai syarikat pembayar kerana mereka boleh meniagakan wang tersebut sebelum pembayaran dibuat. Mengapa Pos Malaysia? Adakah kerana ECM Libra mempunyai kepentingan di dalamnya?

Potong la banyak sikit, 10 % jadi apa.

“Kerajaan turut merasai keperitan rakyat dan merasakan pucuk pimpinan hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam menghadapi cabaran ini,” Perdana Menteri.

Mungkin semua lupa bahawa Pak Lah selaku Perdana Menteri adalah juga Menteri Kewangan! Adakah Pak Lah mempunyai dua gaji dan elaun yang berlainan kerana beliau memegang dua jawatan serentak! Adalah tidak efektif lagi membebankan beliau kerana memegang dua jawatan serentak. Patutlah Pak Lah tidak dapat fokus sebagai Perdana Menteri kerana pada masa yang sama beliau mengetahui jumlah wang kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan elaun keraian bulanan bagi Perdana Menteri sebanyak RM18,865 setiap bulan, Timbalan Perdana Menteri (RM15,015), Menteri (RM12,320) dan Timbalan Menteri (RM6,000) akan dikurangkan sebanyak 10 % mulai 1 Julai 2008 bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.

Sungguh banyak jumlah elaun tersebut jika nak dibandingkan dengan majoriti gaji rakyat setiap bulan! Itu baru elaun keraian, bagaimana dengan pelbagai lagi elaun yang tersedia? Berapakah dan apakah elaun yang lain? Selain elaun, pucuk pimpinan tertinggi juga mempunyai gaji bulanan yang tetap, bukan? Inilah dia pimpinan rakyat yang ingin menjaga kebajikan rakyat. Hanya memotong elaun ketika bencana menimpa.

Kenapa media cetak tempatan dan media elektronik tempatan tidak menyebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia berapakah ‘income’ Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah secara sukarela memotong incomenya bagi mengisi tabung tertentu? Inilah dia teladan yang baik!

Memang bila dah tersepit baru la nak potong, bila negara dan rakyat dah pokai, nak beli makanan pun tak dak duit, baru nak potong elaun, itu pun baru elaun entertainment, tidak elaun lain lagi, elaun meeting, elaun bedak dan gincu bini dan bermacam macam elaun lagi yang rakyat tak tau berapa banyak.

Tak tau kah Pak Lah, bahawa kami wakil rakyat yang didera oleh BN yang tak bagi peruntukan untuk disumbangkan kepada pelajar miskin , orang kurang upaya dan sebagainya yang diberikan kepada wakil BN tu telah lama membuat potongan 20 % elaun tetap kami untuk tabung kebajikan parti dan kawasan. Bukan macam wakil BN bila datang bagi sumbangan dari kem kebajikan, depa kata duit BN padahal itu semua duit kita, duit kebajikan dari kem kebajikan, dan duit rakyat.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.