Saturday, October 4, 2008
Selamat Hari Raya Eidul Fitri Dato' Seri MB.
4 Oktober 2008.
Hari eidul fitri yang keempat, di Mentalon, kediaman resmi MB Kedah telah diadakan jamuan hari raya untuk seluruh rakyat jelata Negeri Kedah , dan pada tahun ini kebetulan ianya diadakan oleh MB dari PAS . Ana kena tolong isteri ana yang jadi AJK Muslimat Negeri kena sediakan kacang kuda rebus.
Dari lepas Subuh pagi tadi, dari semalam maka bertongkos lomos anak beranak membasuh dan merendam kacang untuk direbus dan pagi tadi lepas saja solat Suboh terus rebus sampai jam 9 lebih, selesai toskan kacang tu terus bawa ke Mentalon, terkejut ana dah penuh tempat tu dengan manusia menyerbu makanan yang disediakan. Berbagai jenis hidangan dari lemang dan ketupat, keropok lekor
dan satay, cendol dan ais krim, teh tarik dan meehoon sup, nasi dalca ayam goreng, dan mertabak ,pasembur serta tapai dan tak ketinggalan kacang rebus dan kuih raya yang ana bawa tu lah.
Punya lah tak menang tangan isteri ana dengan AJK Muslimat Negeri melayan tetamu, dalam 45 minit habis bekalan kacang rebus ana tu, nasib baik ada juga menu kacang goreng masin meneruskan menu kekacang dan kuih raya.
Seronoknya raya begini adalah kerana semua kaum nampaknya datang menghadiri jamuan raya MB di Mentalon ni dan rasa kalau macam ni punyai kehadiran, semua juadah yang disediakan akan habis sebelum sampai tempoh 4 petang.
Apa yang paling seronok dan sudah tentu ini akan meninggalkan nostalgia ana masa kanak-kanak dulu adalah pemberian duit raya oleh MB dan isteri.
Berbagai kaum tanpa ketinggalan telah diberi duit raya oleh MB dan isteri yang beratur tertib menunggu giliran masing-masing dan ini sudah pasti menggambarkan betapa disiplinnya mereka dan harmoninya berbagai kaum saperti gambaran didalam majlis jamuan hari raya MB ini. Insyaallah kalau ditambah rezeki majlis jamuan Eidul Fitri bolehlah diadakan dengan lebih besar dan meriah lagi. Terima kasih juga kepada adik-adik penasyid yang telah menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu mengingati kebesaran ilahi sesuai dengan hari raya yang mana takbirnya dilaungkan membesarkan ilahi, tidaklah saperti ditempat lain dimana aturcara hiburan yang melekakan dan melalaikan dari membesarkan Allah dihidangkan. Syabas kepada pihak penganjur. Juga program ini dapat mempromosikan kumpulan nasyid adik-adik kita dari SAR dan SAN yang mengambil bahagian disamping mempromosikan album mereka.
Besok insyaallah akan diadakan pula di Kawasan Pendang, 5/10/2008 di Dewan Serbaguna Pendang dari jam 12 hingga 4 petang. Peringkat PAS Negeri khabarnya akan diadakan pada 11 Oktober ini di Sungai Petani.
Di Pendang satu kaum lagi yang menjadi kelainan adalah ramainya masyarakat Siam disini.
Wednesday, October 1, 2008
Minal 'aidin wal faizin
Selamat Hari Raya Eidul Fitri.
Hari ni ana diarahkan oleh PAS Kawasan untuk bersembahyang Eidul Fitri di Masjid Kampong Sena.
Alhamdulillah dapat bertemu dengan masyarakat setempat disana dan ramai yang sudah lama ana tidak bertemu dan pada kesempatan hari ini dapat bertemu dengan mereka dan mendengar masalah mereka dan bertemu dengan kaum keluarga mereka yang berada jauh diperantauan pulang sekali sekali saperti di hari lebaran yang syahdu ini.
Juga dikesempatan ini dapatlah kita bertemu muka dengan mereka dan dapat mengetahuai perkembangan semasa baik dari pihak kita atau dari pihak mereka.
Kesempatan baik dibulan yang mulia ini digunakan untuk bermaaf maafan diantara satu dengan yang lain dan diharap apa yang dijanjikan oleh Allah sepanjang Ramadhan lalu iaitu menjadi manusia yang bertakwa akan menyinari hidup kita ini.
Harapan semuga eidul fitri tahun hadapan ana dapat kesempatan untuk kemasjid yang lain pula.
Memang menjadi hasrat MB Kedah sekarang agar semua wakil rakyat Islam di Kedah dari PAS menjadikan membaca khutbah Jumaat dan raya sebagai salah satu medan berdakwah kepada masyarakat dan kesedaran kepada masyarakat untuk lebh mengenali dan mempraktikkan Islam dalam semua aspek kehidupan seharian kita agar pembentukan masyarakat yang takutkan Allah dapat berjalan dengan lebih mudah. Dengan adanya masyarakat yang takutkan Allah , maka akan ujud keharmonian dalam masyarakat dan segala bentuk jenayah dapat dihindarkan.
Tuesday, September 30, 2008
Setiap yang hidup pasti akan mati.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Tak kira apa bangsa dan agama, pasti akan menemui tuhan , cuma akhirnya orang itu dimana, dalam kalimah syahadah atau tidak. Firaun yang sombong dan karun yang kaya pun tanpa boleh melawan atau membantah telah diambil nyawa mereka oleh malaikat maut ( izrael).
Namun bagaimanapun, hujung jatuh kita diakhir dan amalan kita yang dilaksanakan itulah yang akan menentukan dimana kita diakhirat kelak. Sebagai seorang yang mendiami bumi Allah ini, dan mengikut sunnah nabi Muhammad SAW yang juga menghormati jiran yang berbangsa Yahudi dan tidak memeluk Islam, baginda tetap menghormati jenazah yang dibawa kerana mereka juga adalah makhluk Allah.
Tengahari tadi, walau pun dalam suasana sibuk untuk menyiapkan juadah berbuka dan menyambut hari raya besok, setelah diberitahu oleh SU Kelab Penyokong PAS Pendang, Sdr Kunasegaree, ana bersama Pengerusi Lajnah Antara Kaum PAS Kawasan Pendang Saudara Rusli Mat , ana telah sempat menziarahi seorang keturunan Siam di Kpg Padang Pusing yang meninggal dunia sebelum dibawa ke watt untuk dibakar. Ana sempat menziarahi keluarga mendiang dan menasihati mereka agar bersabar diatas kematian keluarga tersayang tersebut. Kebetulan masa ana sampai Tok Sami sedang mengadakan upacara mereka dan tak banyak dapat nak bercakap dengan keluarga mendiang. Lepas tu mereka hidangkan kenduri lepas upacara tersebut, jadi ana terus balik bersama rombongan.
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.
Sunday, September 28, 2008
Haiwan lebih hebat dari manusia.
Tajuk itu merupakan kata-kata Tuan Guru dari Yala yang kebetulan datang untuk bertazkirah dimasjid ana pagi tadi lepas solat Suboh. Ana sengaja bubuh tajuk tu pasal tertarik apabila beliau kata manusia sekarang ni lebih teruk dah dari lembu. Kita selalu kata manusia bodoh macam lembu, tetapi sedarkah kita bahawa ada ketika lembu itu lebih pandai dan cerdik serta hebat dari manusia.
Dia bagi contoh supaya kita tidak sombong dan bongkak dengan Allah, anak lembu yang baru dilahirkan, kita tak perlu bawa dia mencari puting susu emak dia untuk menetek, tetapi selesai saja ibunya mencuci dan kering kulit, terus dia bangun dan mencari puting susu ibunya dan menghisap susu tanpa perlu ada yang menunjukkan dimana puting itu berada. Lain daripada manusia, kalau lapar mengangis dan terus ibu atau bidan kena membawa mulut bayi itu kepada puting ibunya dan menyusu.
Begitu juga, anak lembu tak payah diajar bertatih dan berjalan, selepas beranak dan segar, terus mereka dapat berjalan macam ibunya.
Seterusnya kata beliau, lembu kalau tak mandi 1 tahun pun, baunya tetap sama macam lembu, tetapi manuisa kalau didalam cuaca kita ini tak mandi satu tahun, susah untuk kita dekati kena berbau busuk.
Lembu tak pernah sakit gigi walaupun tak pernah gosok gigi seumur hidup, tetapi manusia ini kalau sebulan tak gosok gigi, sudah tentu akan dihinggapi penyakit gusi atau gigi.
Itulah hebatnya kejadian Allah dan Allah jadikan semua itu untuk kita berfikir dan merenung akan kejadiannya untuk kita bertambah takwa dan iman kepada Allah.
Sekadar coretan untuk renungan bersama.
Ampun dan Maaf ku pinta,
Dibulan Syawal yang menjelang tiba,
Terkasar bahasa terlanjur kata,
Sama-sama bermaafan sesama kita.

Selamat bergembira di Hari Raya.
Alhamdulillah, hari ini ana mempunyai sedikit masa terluang ntuk bersama-sama dengan perugas pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR) Parlimen Pendang dan DUN Tokai untuk memberi sumbangan hari raya kepada anggota masyarakat yang kurang bernasib baik.
Sebelah pagi tadi ana telah bersama dengan pelatih dan pelajar di PDK ( pusat Pemulihan Dalam Komuniti ) Pendang menyampaikan sumbangan kepada 65 orang pelatih dan 7 orang tenaga pengajar disitu. Dalam amanat sebelum penyampaian sumbangan ana menyeru kepada ibu bapa sekelian menyedari bahawa anak istimewa yang dianugerahi Allah kepada mereka adalah merupakan ujian daripada Allah untuk menambah ketaqwaan dan ganjaran pahala terutama dibulan Ramadhan ini kalau kita redha dengan pemberian Allah dan bersabar menjaga mereka serta tidak menganiaya mereka. Walaupun susah menjaga mereka, tetapi berkat usaha ibu bapa memberi dorongan dan latihan serta kasih sayang kepada mereka, insyaAllah akan diberikan ganjaran kemudahan dalam bentuk rezeki dan apa juga faedah lain yang kita tidak menyangkakan nya.
Disebelah petang pula, ana telah bersama dengan mangsa banjir kilat yang melanda Pendang 2 minggu lepas, diawal Ramadhan dulu dan juga ibu tunggal dan orang kurang berada untuk sama-sama meraikan mereka dalam majlis sumbangan hariraya tersebut.
Lebih kurang 50 orang menerima sumbangan pada ketika itu yang diadakan di Markas PAS Kampong BaruMelalui ruangan ini ana memohon maaf kerana tidak menziarahi mereka semasa banjir kilat berlaku kerana ianya terjadi begitu cepat dan pada ketika itu ana sibuk dengan banjir ditempat lain, setelah diberitahu , rupa-rupanya ianya sudah surut dan kering. Padahal banjir ditempat lain saperti di Banggul Sanai memakan masa berhari-hari dan ada yang terpaksa dipindahkan.
Maaf sekali lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)