Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, January 24, 2009

Macam-macam didunia ni ada.

Sejak lepas pulang dari KT ni bermacam cerita telah didengar dan berbagai geraklaku ahli masyarakat yang dapat kita renungi dan ulas, kadang-kadang rasa meluat membaca cerita dan berita sampai sakit kepala untuk difikirkan.
Masalah nak kaji samada serban boleh dipakai ke tidak bila menunggang motosikal, apakah mereka yang pakai serban perlu buka serban dan pakai topi keledar pula, akan dikaji oleh polis dan JPJ. Bagi ana memang tak perlu nak kaji la wahai yang nak mengkaji, kalau nak berhujah pakai statistik macam selalu diajar kepada masyarakat, cukup lihat statistik yang ada pada polis dan JPJ, mana lebih ramai yang mati accident, yang pakai serban atau topi keledar, mana yang lebih ramai jadi mat rempit ganggu tugas polis dan orang ramai tengah malam ,yang pakai serban atau yang pakai topi keledar.



Satu hal lagi, kalau kaum Sikh dikecualikan dalam semua bidang bila mereka nak pakai turban, apakah adil kalau orang Melayu yang pakai serban kita kenakan tindakan atas kesalahan pakai serban kalau mereka menunggang motosikal?. Bukankah pengecualian pakai topi keledar itu pun diberikan kepada mereka yang memakai serban setelah bantahan dilakukan diperingkat awal pemakaian topi keledar dulu setelah pengecualian diberikan kepada kaum sikh , setelah bantahan pemakai serban dilakukan, maka kerajaan pada ketika itu memberi pengecualian kepada pemakaian serban, tak semesti haji atau lebai atau bukan haji atau lebai, kerana serban ini layak dipakai oleh siapa saja yang ingin memakai, dan perlindungan bukan ada pada title haji atau lebai, tetapi ada pada lilitan serban dikepala. Ini juga adalah merupakan sunnah nabi yang dituntut. Jadi kita harap KPN faham la sikit, walaupun dia tak pernah dilihat pakai serban atau dalam keluarga beliau pun tak pernah dilihat memakai serban .

Perkara kedua yang ana agak heran ialah bila Ketua Polis Selangor kata Kugan yang mati adalah kerana paru-paru dimasuki air. Sebenarnya sebagai pengamal perubatan yang sudah 25 tahun mengamalkan ilmu perubatan, belum pernah ana lihat orang yang paru-paru ada air mati terkejut setelah minum air akibat jatuh dan air masuk paru-paru lalu mati terkejut, kecuali kes pulmonary embolism. Itu pun tidak ada parut dan luka dibadan saperti dalam kes ini. Case TB yang sering kami rawat, case canser paru-paru yang kami rawat, biasanya paru-paru mereka penuh dengan air, itu pun mereka penat dan setelah di X ray dan diagnosed dimasukkan chest tube dan drain keluar air, boleh sihat dan hidup insyaallah dengan dirawat dan diizin allah sihat segar bugar. Tapi bila lihat gambar yang didedahkan, maka ana rasa ada perkara lain yang mungkin menyebabkan beliau mati mengejut dan ada perkara yang hendak dilindungi oleh polis.
Kita sering mendengar orang yang sedang disiasat mati dalam lock up, tiba-tiba sebab kematian memang tak boleh diterima dek akal. Ana setuju kalau diadakan satu siasatan bebas dan post mortem kedua dilakukan sebagai second opinion. Lihat pada kesan lebam dan luka pada leher, kita sebagai doktor sudah boleh agak kenapa ia boleh mati terkejut atau tiba-tiba, begitu juga kesan luka yang lain dan kesan gari ditangan, boleh menceritakan berbagai perkara hasil dari gambaran yang dipamerkan itu.

Semua ini berlaku diketika KPN adalah orang yang dipertikaikan dan yang terlibat dalam kes usung tilam dalam perbicaraan bekas TPM. Maknanya sekarang Allah nak menunjukkan apa yang patut beliau lakukan dikala beliau menjadi ketua setelah pengalaman yang telah beliau alami semasa menjadi pegawai penyiasat dulu. Isu mata lebam, siapa yang lakukan kalau bukan KPN ketika itu, setelah ditubuh suruhanjaya diraja baru tahu siapa yang terlibat dalam kes itu sebenarnya. Kalau kepada bekas TPM pun ketua polis ketika itu sanggup lakukan, bayangkan kalau orang biasa macam kita yang tidak ada title ini !.

Kes lain adalah mengenai pengakuan orang kuat UMNO yang mengaku parti mereka sudah tidak ada daya penarik lagi, baik di Perlis, baik di Johor, baik di Selangor bahkan ini dikuatkan lagi dengan tindakan manusia yang kurang cerdik di JPM yang mahu menyekat semua kerjasama antara kerajaan pusat dengan negeri seolah-olah kerajaan pusat hidup tidak bergantung kepada negeri, semacam dia tidak tahu bahawa hasil getah,minyak, kelapa sawit yang dihasilkan di Malaysia ini ditanam atau diambil dari tempat lain bukan hasil negeri-negeri dalam Malaysia ini. Macamlah kilang-kilang yang mengeksport barang keluar itu tidak terletak didalam negeri-negeri didalam Malaysia ini, macamlah kilang itu tak terletak diatas tanah yang terletak didalam negeri-negeri didalam negara ini, macamlah gaji beliau itu hasil dari atas langitm bukan dari hasil negara yang diperah dari negeri-negeri. Begitu juga dengan cukai yang dipungut, semacam bukan dari rakyat dari negeri-negeri didalam Malaysia ini. Suatu tindakan yang amat sesuai untuk mempercepatkan pelupusan UMNO dan BN dari bumi Malaysia ini kalau diteruskan juga.

Kes rasuah politik yang sudah menjadi begitu hot dan memenuhi dada akhbar saban hari mutakhir ini, kalau diperhati huraian orang besar UMNO, memang nampak jelas bahawa saatnya sudah tiba bagi rakyat untuk menilai apakah jenis manusia yang dilahirkan oleh UMNO selama ini apabila salah seorang MP BN menyatakan penubuhan SPRM adalah untuk membersihkan UMNO dari gejala rasuah. Ana rasa satu kenyataan yang mengesahkan bahawa selama ini penyakit rasuah ini memang tidak dapat dibendung oleh BPR kerana tidak dapat bertindak kalau tidak mendapat restu daripada pemimpin besar mereka, tetapi bila SPRM yang dimahukan oleh pemimpin besar agar lawan politik beliau di perkenakan maka ramailah nanti yang akan di "dakwa" kononnya, lepas tu atas alasan tidak cukup bukti, lalu lepas bebas, bila lepas bulan Mac nanti, maka menanglah pemimpin besar ini dan terus-terusan dapat jadi Menteri Perdana, sebab itu kita dapati sekarang ini semacam ada trend hanya satu negeri saja yang terlibat dengan rasuah politik ini, walaupun Dr M pernah dedahkan bahawa di Kubang Pasu ada pemberian rasuah untuk mesyuarat agong bahagian suatu masa dulu. Tetapi tidak ada tindakan pun yang diambil, mungkin SPRM belum ada kut.

Tuesday, January 20, 2009

Tahniah Dr Zahid sedang menempah tiket untuk kalah.

Timbalan Perdana Menteri menekankan, mereka perlu mengubah paradigma dan mengubah cara serta pendekatan berpolitik supaya ia sentiasa berorientasikan rakyat.

Justeru, Najib mahukan semua pemimpin kerajaan BN bangkit dan bingkas kembali menyusun strategi melakukan perubahan baik kepada diri mahukan kepada parti demi kesejahteraan bangsa dan tanah air.

Kerajaan BN perlu memastikan program-program kerajaan adalah berteraskan keperluan rakyat supaya ia sentiasa dekat di hati dan sanubari rakyat.

Itu kata DS Najib di Majlis pelancaran kereta MPV dari Cina.

Bila ana lihat kata-kata calun Naib Presiden yang bakal kecundang dan sedang menempah tiket untuk kalah Datok Dr Zahid Hamidi pula, agak 180 darjah bertentangan dengan saranan Bakal Presiden pula.

Senua kakitangan kerajaan pusat ditegah dan dilarang serta diharamkan (fatwa dari Menteri Jakim hadhari) dari menyertai mesyuarat kerajaan negeri ( PR kot). Kalau tidak akan dikenakan tindakan disiplin.

Tahniah Zahid kerana menempah kejatuhan anda lebih cepat dan ana menyeru agar anda lebih baik golong tikar bantal serta selimut tebal untuk balik Bagan Datuk jual goreng pisang lepas ni kalau itulah arahan yang nak dilaksanakan, kerana sangat jelas bertentangan dengan bakal PM anda dan bakal Presiden anda.

Ana tak maulah kata Menteri ni tak cerdik, kerana beliau baru saja dapat PhD dari UPM kalau tak silap, rasa nya tak mungkin PhD beli kot, kalau otak macam tu boleh keluar dari seorang Menteri, kalau keluar dari JKKKP ana boleh terima kerana sebab tulah 5 buah negeri jatuh , bila rakyat nak minta sain dan cop hari tu, depa suruh pi kat pemimpin pembangkang masa tu, last sekali rakyat naik meluat, jatuhkan seluruh kerajaan negeri. Rakyat tahu duit depa pegang, pasai pa nak suruh pembangkang sain pula. Amanah nak agih semua adalah pada hampa kerajaan ketika tu.

Ni yang sorang ni nak tempah penyakit pula, silap haribulan dengan kerusi menteri lingkup macam Datuk Wan Farid tuh. Rakyat sekarang bukan macam rakyat Bagan Datuk 50 tahun dulu wahai menteri, rakyat sudah celik IT dan dah masuk Universiti, mungkin yang Bagan Datuk tu ramai yang dok pusat Serenti kot, kalau dia menang lagi ana tak tau la , dah keluar idea kuno dan nanar macam ni pun nak lantik jadi Naib Presiden lagi, alamat hancur UMNO dan hancur dunia la.

Becakap pasal hak dan demokrasi, bila Zahid cakap macam tu, ana rasa tak ubah macam apa yang Mahmud Abas buat kat Hamas, last sekali sapa yang rugi, seluruh Palestin hancur, yang untung hanya Israel dan Amerika saja. Jadi otak Datok Zahid tu kalau nak banding lebih kurang sama macam yang Mahmud Abas buat la.

Tak kan signal yang rakyat beri pun tak faham lagi kut, orang baru masuk politik pun boleh faham, ni dah nak pencen politik pun masih ditakok lama juga, inilah taraf Menteri di zaman Pak Lah, harap spesis ini tak akan wujud dalam zaman Najib nanti. Oleh sebab tu, wajib dikalahkan dalam pemilihan Mac nanti.! Biar bungkuih semua sekali, dengan Naib dengan Menteri, buat habis elaun rakyat bayar saja. Datuk kena ingatm gaji tu duit cukai yang rakyat bayar, duit gaji pegawai persekutuan dan negeri juga duit rakyat yang bayar, kalau kerajaan negeri tak bagi pungut cukai, suruh egensi pusat semua pindah dari tanah kerajaan negeri semua lungguk dok di Putra Jaya apa macam boleh ka.?.

Jangan la buat peraturan yang melanggar perlembagaan?. Orang rancangan nak bagi senang semua, tapi dia ni lepas balik Mekah makin teruk nampak, kalau macam ni punya jenis, rakyat boleh nilai haji apa yang dia dapat! tolong habak mai sat.

Monday, January 19, 2009

Serban atau topi keledar ?


Andainya ana seorang Haji atau Lebai, tetapi tak pakai serban , tetapi ana pakai topi keledar , dari segi hukum negara Malaysia, apakah ana bersalah dan boleh dihukum di Mahkamah, tetapi bagi seorang Islam, ana memang tidak mengikut sunnah Nabi saw.

Cuba lihat nukilan dibawah yang ana copy daripada blog Kedah lanie,

KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) - Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban.

Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.

Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.

Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan.

Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan yang munasabah dan tiada keterangan saksi-saksi lain yang dapat mengesahkan Ahmad Nasir seorang lebai.

Bagaimanapun pelajar pondok itu yang diwakili peguam Ahmad Rizal Effande Zainol memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut bagi membolehkan rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

Namun mahkamah menolak permohonan peguam dan mengekalkan keputusan asal. Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.

Ahmad Rizal ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu beliau menyerahkan kepada anak guamnya untuk memilih sama ada ingin membayar denda atau sebaliknya.

Katanya, anak guamnya merasakan dirinya tidak bersalah kerana ia hanya mempertahankan sunah Rasulullah saw dengan memakai serban.

Oleh itu beliau akan memfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.

"Saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi dijadikan bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang," katanya.




Perkarangan mahkamah dipenuhi hampir 100 rakan Ahmad Nasir yang datang untuk memberikan sokongan moral.

Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.

Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.

Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan. - mj

Ana sedikit keliru, kena hukum tu pasai dia bukan lebai tapi tak pakai topi keledar atau pasal memang salah tak pakai topi keledar, tapi bukanlah ada pengecualian kepada mereka yang pakai serban lalu tak payah nak pakai topi keledar, macam kaum Sikh yang pakai turban lalu mereka tak payah pakai topi keledar macam Dato' Suret Singh yang kata topi keledar perlu ada surat beranak tuh, lebih usia lima tahun, kena lupuskan, salah kalau pakai juga. Macamlah lupusnya ubat yang dijual dikedai ubat atau klinik.

Kalaulah hukum macam ni nak pakai, lain kali kerajaan kena buat satu kolum dalam KP menyatakan seseorang itu Haji ke, lebai ke dan Sikh ke barulah boleh dihukum bersalah atau tidak, sebab kalau dah mengaji pondok tu maknanya lebai lah tu, macam Dr M satu masa dulu Almarhum Ust fadhil kata bila dah pencen esok ,elok masuk pondok belajar ugama, maka ketika tu bolehlah dipanggil Lebai Tun Dr Mahathir, maka kalau bawa motor boleh pakai serban, tak payah atau tak salah kalau tak pakai topi keledar.




Atau pun macam Perdana Menteri yang kita sayangi ni, kalau macam ni naik motosikal memang tak payah pakai topi keledar dan polis pun tak boleh saman, kerana pakai serban dan beliau sudah bergelar Haji, tapi kalau mereka yang digelar lebai mana nak tahu bukti dia tu lebai pula ya? lain la kalau ada sebut dalam nama nya di KP tuh !

Atau pun macam Bapa Menteri yang jaga polis ni, kalau beliau naik motor macam ni tak perlulah pakai topi keledar sebab sudah pakai serban, atau hanya bila ada title haji atau lebai saja tak payah pakai topi keledar, atau kerana ada serban yang boleh melindungi kepala yang menyebabkan ia tak salah kalau tak pakai topi keledar.

Satu perkara yang ana rasa nak tanya Menteri Pengangkutan, berapa jumlah penunggang motosikal yang mati kemalangan yang pakai topi keledar, yang mati tak pakai topi keledar dan yang mati pakai serban ketika berlaku accident dalam negara kita ini.




Bagus juga sahabat kita nak masuk penjara daripada nak bayar duit kepada kerajaan RM 90.00, biar jadi pengajaran kepada semua bahawa undang-undang yang manusia buat ni memang macam sarang labah-labah, yang kecil kena yang besar selalu terlepas, sampai bunuh orang pun tak boleh cari siapa yang buat, last-last terlepas.

Tahniah kawan-kawan semua.

Tahniah atas kurniaan pingat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah sempena keputeraan baginda yang ke 81 Ahad lepas.
Tahniah kepada para sahabat yang telah berkhidmat dengan cemerlang membuat jasa kepada rakyat sebagai mewakili rakyat dan membela nasib rakyat yang telah dicurahkan selama ini semuga apa juga khidmat yang diberikan mendapat ganjaran dari Allah serta pengiktirafan daripada Kebawah Duli Tuanku.

Kepada mereka moga dapat teruskan khidmat bakti ini demi untuk agama, bangsa dan negara.
Kepada sahabat ana Yb Dato' Amiruddin Hamzah, YB Dato' Mahfuz Omar, YB Dato' Dr Isa, YB Dato' Johari Abdul. YB Tuan Hj Yusof Husin, YB Ahmad Kassim, YB Tuan Hj Zamri, YB Ust Ghani Ahmad, YB Ust Taib Azamuddin, Ust Mat Isa Shafie dan lain-lain sama bergelar Dato' atau tidak, tahniah atas anugerah tersebut. Jasa anda kepada masyarakat tetap dikenang dan insya Allah moga berlebih-lebih lagi khidmat bakti akan dicurahkan selepas ini.

Kepada sahabat lain, teruskanlah khidmat bakti anda dan ingatlah bahawa setiap yang kita curahkan itu ada nilai ganjaran disisi Allah , cuma masa yang akan menetukan samada nama anda tersenarai atau tidak didalam senarai penerima anugerah tersebut. Harapan ana kepada sahabat yang lain, ingatlah bahawa perjuangan mendaulatkan Islam ini sejak dari zaman Rasulullah lagi, sering dihidapai dengan kesusahan dan kepayahan, teruskanlah ia dengan penuh keikhlasan kerana menurut pesanan Imam Ghazali, manusia akan rugi jika tidak berilmu, manusia berilmu akan rugi jika tidak beramal, dan manusia beramal akan rugi jika tidak ikhlas. Maka ikhlas dalam amalan sahaja yang akan memberikan ganjaran pahala.

Berjuanglah semasa senang atau susah, jangan hanya diketika susah kita berjuang, dikala senang kita leka, maka pasti kekalahan akan menimpa, begitu juga jangan diketika susah sahabat diperkuda dan diperah keringat, dikala senang mereka dilupa, nescaya kehancuran juga akan melanda. Begitu juga jangan hanya dikala senang kita bergembira, jasa mereka yang bertungkus lumus berjuang diketika susah tidak dikenang, juga ia akan membawa padah dan kehancuran.

Jangan diketika jong pecah, maka berebut-rebut yu menagih habuan, maka sudah pasti suatu ketika nanti dikala ingin menambah isi jong, kita akan menghadapi masalah besar kerana sukar mendapat kerjasama. Biar kita kalah kerana musuh membenci, tetapi jangan kalah kerana ahli yang lari.

Jasa dan kenangan merupakan suatu yang abstraks, tidak dapat dilihat dan dinilai dengan mata kasar, tetapi dapat dirasa oleh mereka yang sensitif dijiwa dan ianya pasti akan tergambar didalam perlaksanaan. Jangan sampai ada yang terasa diri tersisih bagai melukut ditepi gantang, ada tak menambah, tiada tidak mengurang, nescaya usaha kita akan terjejas, dek kerana jasa tidak dikenang.

Wang dicekau, ringgit dibelasah,
tenaga dikerah, keringat diperah,
Itulah sifat manusia hamba Allah,
susah sama dilapah , senang sendiri yang cecah.

Moga mereka yang mendapat kejayaan dan usaha yang berterusan di PRK KT baru-baru ni, dapat meneruskan usaha ditempat lain seandainya ada lagi PRK yang lain atau pun di Sarawak nanti. Insyaallah.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.