Saturday, September 4, 2010
Kampong Lincan.
Petang ini ana kemajlis iftar jamaie di rumah MKK Kampong Lincan, En Abd Rahman Ismail.
Beliau seorang yang gigih didalam usaha menaikkan pengaruh PAS di sekitar kawasan tersebut walaupun usia beliau agak lanjut, bahkan ada kalanya beliau sanggup datang ke pejabat di Gajah mati walaupun dimalam gelap, kerana semua tahu bahawa Kpg Lincan adalah kawasan paling hujung didalam parlimen Pendang, bersempadanan dengan Padang Terap. Kpg Lincan adalah bersempadan dengan Kpg Hujong Ketun, dimana Mat Komando pernah ditembak mati disini.
Dikesempatan kinjungan ini, ana menghulurkan jersy bola untuk anak muda disitu dan bola untuk mereka menghabiskan masa disebelah petang akan tidak melakukan perkara yang tidak diingini.
Di KL Melayu dilayan,!!! tapi di Penang ditindas, mana beritanya?
Aduhai UMNO..di Penang pulun nak bela Melayu..di KL hangpa tindas Melayu..
Bazar Ramadhan: Di mana media Umno?
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 3 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoal langkah berdiam diri media-media arus berhubung protes peniaga kecil Melayu di ibu negara.
Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu (PPPKM) Wilayah Persekutuan hari ini bertindak membantah Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) gara-gara tidak berpuas hati dengan agihan tapak bazar Ramadhan di sekitar Jalan Masjid India.
"Kalau dulu, media-media ini menggambarkan yang Ketua Menteri (Lim Guan Eng) pinggir peniaga-peniaga Melayu Pulau Pinang dari berniaga di Komtar, kenapa diam dalam isu protes peniaga Melayu hari ini," soalnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.
Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, jangan disebabkan insiden protes tersebut berlaku di negeri yang diperintah Umno BN, maka media-media propaganda Umo sanggup menggelapkan isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat, khususnya Melayu sendiri.
Sambil menganggap langkah berdiam diri media arus perdana sebagai usaha memperbodoh orang-orang Melayu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat berkata, ianya menyerlahkan sifat munafik Umno dalam memperjuangkan kepentingan Melayu.
Mewakili PAS, beliau menyuarakan sokongan kepada PPPKM kerana berani mempertikai kaedah agihan gerai-gerai bazar Ramadhan yang mungkin berpunca oleh amalan kronisme dan rasuah.
"Sepatutnya diagihkan pada ahli-ahli persatuan terbabit tetapi nampaknya DBKL beri pada syarikat-syarikat besar yang mungkin sebab kroni atau rasuah," ujarnya lagi.
Beliau mendakwa Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno) sebagai melampau kerana sanggup melihat sahaja DBKL menafikan hak Orang Kurang Upaya (OKU) dari mendapat 20 tapak yang sepatutnya dikhaskan pada golongan istimewa.
Kelmarin, Yang Dipertua PPPKM, Bahrim A. Razak dilaporkan mendakwa sebanyak 109 tapak perniagaan sepatutnya diperuntukan pada peniaga-peniaga Melayu.
Manakala, DBKL pula dilaporkan meluluskan hanya 380 tapak perniagaan dari 580 tapak perniagaan keseluruhannya sempena musim Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini.
Lanjutan itu, mereka yang terbabit bertindak menghantar suatu memorandum protes kepada Perdana Menteri.

Sumbangan Hari Raya.
Hari Raya menjelang tiba, gema takbir bakal menjelma berkumandang diudara, namun bagi yang kurang berupaya, bantuan yang tiba memberi satu kelegaan kepada mereka.
Petang ini, 4 September bersamaan 25 Ramadhan, satu majlis penyerahan bantuan untuk Hari Raya di Pejabat PAS Pendang telah disempurnakan , dan sumbangan ini telah diserahkan kepada Ketua Cawangan terpilih untuk diberikan kepada mereka yang dipilih khas oleh cawangan yang terdiri daripada yang mereka kurang berada . Harapan agar sedikit bantuan yang diberikan ini dapat menggembirakan mereka didalam menyambut hari lebaran nanti.
Friday, September 3, 2010
Toto dah tukar status ke?
Kecelaruan tahap cipan, apa nak jadi dengan negaraku Malaysia nih, kalau dah syarikat judi ni sama-sama sambut hari raya dengan memberi sumbangan macam ini, rasanya ini suatu contoh keserabutan yang terjadi didalam negara 1 Malaysia hari ini. Kita pohon dengan penuh takzimnya supaya mana-mana mufti yang selalu buat fatwa boleh beri pendapat dengan sumbangan daripada syarikat judi macam nih. Andaian ini macamlah yang berlaku kepada persatuan Islam di kilang arak di PJ tu, buat ceramah maulid nabi didalam kilang arak oleh persatuan Islam kilang arak tuh. juga kalau boleh tolong mufti beri pandangan sat, bagaimana hal ni semua.
Friday September 3, 2010
Sports Toto brings gifts to children at hospital and welfare homes
In conjunction with the coming Hari Raya celebrations, Sports Toto
reached out to about 300 people on separate occasions to spread the
festive cheer.
An entourage of Sports Toto staff made a goodwill visit to the
paediatric wards of Hospital Tengku Ampuan Rahimah in Klang and
Hospital Sungai Buloh recently.
They had a light-hearted moment mingling with about 150 children in
both hospitals and handed duit raya and gift packs to them. The
children were visibly brightened up by the surprises despite being
unwell.
Festive cheer: A group photo of all the invited guests with their goodies.
Thereafter, a breaking of fast was held in collaboration with Bukit
Kiara Equestrian & Country Resort for about 150 underprivileged
children and single mothers from Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu
Tunggal Kg. Medan, PJ and Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah
Kuala Langat, Banting.
Chartered buses were specially arranged to transport the invited
guests to the Country Resort.
They were treated to a rare and exciting experience of horse-drawn
carriage rides and poney rides around the scenic equestrian park, a
sumptuous dinner, duit raya and gift packs plus entertainment by
talented teen singer, Putri as well as some fun andgames with fabulous
prizes.
Easing the pain: Sports Toto staff giving a gift pack to a child
patient in Hospital Sungai Buloh.
The Raya charity programme has been listed in Sports Toto’s calendar
of charitable causes for many years as it is part of the company’s
tradition towards inculcating a sense of caring and sharing in the
community.

Sambutan Merdeka di Pendang.
Merdeka, merdeka, merdeka.
Oleh kerana bulan puasa, maka sambutan kemerdekaan ke 53 tetap diadakan tetapi dalam suasana berlainan daripada biasa.
Peringkat daerah Pendang telah menyambut kemerdekaan negara dengan program majlis berbuka puasa dan persembahan nyanyian lagu negaraku dan jalur gemilang.
Sambutan memang hangat kerana semua meja yang disediakan dipenuhi dengan para jemputan yang diadakan di dewan Pendang Lake Resort.
Walaupun perbarisan tidak diadakan, tetapi program berjalan mengingatkan kembali kepada sejarah perjuangan pejuang negara menuntut kemerdekaan walaupun semua memang akur bahawa suasana negara sekarang ini belum betul-betul berada didalam suasana kehidupan sebagai seorang rakyat yang merdeka kerana banyak peraturan dan undang-undang yang mengongkong rakyat khususnya mereka yang tidak sebulu dengan pemerintah khususnya kerajaan dipusat.
Program pemberian sumbangan duit raya kepada anak yatim dan mereka yang kurang berada kepada 56 orang kanak-kanak daripada pelbagai kaum di Daerah Pendang yang terdiri daripada Melayu, Siam, China dan India yang disempurnakan oleh penolong Pegawai Daerah En Norizan serta YB Dato' Taulan Rasul dan Ana sendiri.
Program petang 1 September itu diakhiri sebelum berbuka dengan tazkirah oleh Tuan Pegawai Agama Daerah iaitu Sheikh Mohamad Awang dan ana sendiri diberi masa lebih kurang 10 minit sebelum jam berbuka berdetik.

Tuesday, August 31, 2010
Herman Samsudeen
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukan Imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan. Tindakan cybertrooper Umno yang mengunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guang Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah. Demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat. Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno. Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP-Serdang-Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau. Ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.Dua hari lepas Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga manta Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan rakyat. DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat. Semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno. Semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno. Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun.
Herman Samsudeen
Pemangku KetuaDewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
Apakah geng ini tak tahu bahawa mereka sedang melakukan ibadat berpuasa didalam bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berekah ini, apakah mereka tidak pernah mengaji dengan tuan guru atau ustaz disurau atau masjid, ataukah tidak ada dalam silibus ulamak muda yang sering bertazkirah di PWTC tentang bahawa dan dosa fitnah , sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.
Kalau hukum membunuh dari perspektif Islam adalah qisas atau diat, maka apakah pula yang melakukan fitnah. Lihatlah kerja mereka , apakah hasil daripada pengalaman mereka memfitnah DSAI dan tahun 1998 dan kini berulang dalam tahun 2009 pula tidak serik dan tidak memberikan apa=apa pengajaran kepada mereka. Apakah mereka tidak takut kepada hukuman Allah yang maha pedih dan maha perit di Hari Akhirat kelak.
Kita harap dalam tazkirah Ramadhan nanti, pihak ulamak muda dapat memberikan pandangan jelas mereka apa yang dikatakan fitnah, dan kalau mambuat tuduhan tanpa ada bukti apakah pula keslahan qazaf, barulah mreka mungkin akan diberikan hidayah oleh Alllah, itu pun kalau ada yang sudi hadir, kalau tidak sampai kiamat lah geng ini akan terus membuat fitnah sehinggalah akhirnya akan terus terhumban kedalam api neraka Allah, waliyazubillah.
Monday, August 30, 2010
Cemar imej Islam, mana satu ni?.
Kalaulah begini apa pula mereka nak kata.
Hari tu bila YB Teo masuk surau,bermacam disebut dan ditohmah, dari UMNO BN hinggalah kepada sebuah NGO yang sokong YB Kamal Alan Nathan di Hulu Selangor, kononnya YB ini mencemarkan imej Islam , tetapi ana nak tanya pembaca sekelian, diantara yang dipaparkan dibawah ini, yang mana contoh yang dikatakan mencemar imej Islam itu sendiri.
YB Teo dan YB Hannah Yeoh ni nampak sudah boleh serasi dengan peraturan yang ditetapkan didalam masjid atau surau tetapi yang sedihnya yang satu lagi ni.Ada yang mengaku Islam, tetapi lagak gayanya saperti tidak mengikut apa yang termaktub didalam Al Quran dan Hadis, apakah ini boleh kita kata sesuai dan tak mencemar imej Islam, ada pula yang bukan Islam tetapi juga tak patuh dengan apa juga peraturan yang terdapat didalam Al Quran dan Hadis kerana memang mereka bukan Islam, agaknyalah yang mana satu mencemarkan imej Islam?
Sunday, August 29, 2010
Kemana hilang pahala puasa kita??
Membuat fitnah dibulan puasa ni, sudah pasti akan mengurangkan pahala puasa kita, lebih lebih lagi kalau yang difitnah itu bercampur baur dengan hasad dan dengki.
Ana rasa mutakhir ini ramai orang yang tergolong didalam hadis nabi yang membawa erti betapa ramai orang yang berpuasa tetapi apa yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga .
Apakah punca kenapa mereka tidak mendapat ganjaran puasa tersebut, mungkin kerana kita kuat membuat fitnah, mengata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih.
Sebagai bukti, ana hanya sekadar memautkan tulisan disini untuk kita renung dan menung bersama dibulan yang mulia dan penuh ganjaran ini. Ingatlah semasa rasullah diisrakkan dan dimikrajkan oleh Allah , apa yang baginda lihat semasa perjalanan baginda, ramai diantara penghuni negara adalah dari golongan wanita, kenapa dan mengapa, tanyalah Ustaz dan tok guru kalau tak tahu.

Subscribe to:
Posts (Atom)