Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, January 17, 2009

Tahniah kepada semua atas kemenangan PAS.



Ana nak ambil kesempatan ini nak ucapkan terima kasih atas kejayaan cemerlang PAS / Pakatan Rakyat dalam PRK KT kelmarin yang menjadi satu trend mutakhir ini dimana BN sudah menjadi satu liabiliti kepada kelangsungan politik negara.
Saperti dalam ceramah ana semasa membantu MAWE dalam siri ceramah di prk 036 lalu, kemenangan ini sudah barang tentu akan memberikan impak yang besar didalam menghadapi pilihanraya yang akan diadakan di Serawak dan PRU ke 13 nanti.
Berbanyak terima kasih kita ucapkan kepada manusia bernama En Ezam Mohd Noor yang telah menolong mengalahkan Dato' Wan Mohd Farid Wan Salleh dengan menggunakan peluru kapor beliau sejak keluar dari keadilan dan masuk lubuk UMNO, peluru yang sama digunakan di Permatang Pauh tetiba tak menjadi, dibawa pula ke KT, langsung melenyapkan impian Dato' Wan Farid nak jadi Timbalan Menteri.
Ana sudah kata sekadar TM orang tak kelapar la ni, bahkan YB Dato' Ghafur dari Kalabakan , Dato' Tunku Azlan dari Lipis dan YB Dato' Anifah Aman dari Kimanis pun tolak jawatan TM, ini pula dijanji kepada yang belum tentu menang.
Ana malas nak sentuh pasal personaiti calon BN masa kami behujah dengan beliau dalam parlimen masa dia jadi TM, tetapi dah rakyat tengok sendiri cara dia dan terus buat keputusan, maka biarlah rakyat yang lebih bijak menjadi hakim dalam PRK 036 KT ini.
Ana tertarik bila Tok Guru Nik Aziz kata, masuk mengundi ingatkan Allah, jangan ingatkan wang ringgit yang diberikan. Itu duit kita, walaupun duit royalti, tetapi itu duit kita yang dirampas oleh perompak masa PAS perintah terengganu dulu, apa salah kita ambil balik.




Sebab itu dalam setiap ceramah yang ana berikan, ana kata apa yang kita buat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk Allah persoalkan di Akhirat kelak, tak kan kita nak hidup junjung langit sampai macam umur nabi Nuh, 900 tahun lebih, paling panjang pun 70 ke 80 tahun , lepas tu mati dan lepas tu hidup semula. Bila dah hidup semula akan dihidupkan selama-lamanya tak mati dah, masa tu baru kita nak menyesal, kalau angkat atau pangkah orang yang buat zalim , buat aniaya dan buat onar kepada rakyat macam sedang berlaku la ni, apa macam , nak minta balik hidup didunia semuala dah tak ada can lagi dah.
Macam mana ana kata zalim dan aniaya yang BN telah buat, cuba pi kawasan ana, mini tar kalau nak bubuh hanya sampai depan tangga orang Umno saja, nak cula pun senang, kalau tak ada mini tar, maka orang pas lah, kalau ada tu sahih orang UMNO.
Begitu juga dengan bantuan kebajikan misalnya, berpuluh kali yang PAS mintak, tak dapat, Yang UMNO tak minta pun depa beri, itu keja JKKK/ JKKP sekarang ni. Begitu juga peruntukan yang patut disalurkan kepada kawasan Parlimen, ana langsung tak tahu kemana ia pergi, sampai nak bubuh lampu jalan pun depa tak bagi tau.
Tapi bila sampai nak kutip duit dan cukai, semua depa sapu, tak kira PAS atau UMNO. Dah tau depa tu jenis pelahap rasuah, dok tebiang pangkah juga bagi menang buat apa, nanti kita bersekongkol sama, masuk dalam lubuh dan jaras yang sama menzalimi orang lain, baru padan muka, jenuh nak jawab depan Allah nanti. Jangan kamu cenderung dengan orang yang zalim nanti kamu akan dihumban kedalam api neraka, itu amaran Allah saw.



Juga kita ucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat pakatan rakyat yang banyak membantu memenangkan PAS kali ini di DUN Bandar , kisah hudud yang cuba dibangkitkan oleh YB Rembau tak manjadi nampaknya , orang bukan Islam tak termakan dakyah jahat pihak yang tak suka dengan hukum Allah ini terlaksana terpaksa gigit jari kerana kalau dilihat dari keputusan undian mereka, agaknya mereka lebih faham tentang hudud dari pemimpin UMNO sendiri, yang mana jelas dalam Quran menyebut hukumlah mereka atau tinggalkan mereka.

Bercakap pasal ketelusan dan keadilan ni, memang banyak hujah yang boleh kita bawa kalau nak, tapi tengoklah cara dan bagaimana ia dilaksanakan dalam masyarakat kita sekarang ni.

Friday, January 16, 2009

Provokasi jahat ,mungkin ejen Yahudi.?

Semua manusia muslim tersentak dan amat marah dengan apa yang berlaku di Surau Akademi Islam UM pagi semalam, disuasana keheningan pagi yang sepi dan sunyi , terdampar kepala babi diatas bendera PAS yang diletakkan oleh manusia laknat selaknat Yahudi di Israel sana demi untuk menimbulkan provokasi antara kaum dalam negara kita. Pelaku kerja terkutuk ini kalau dapat dikesan dan ditangkap harus dikenakan hukuman yang amat berat disisi agama dan undang-undang negara.



Dalam suasana umat manusia bersedih dengan apa yang berlaku di Gaza sana, ditimbulkan satu lagi bentuk kesedihan iaitu kesedihan diatas provokasi yang melampau yang sudah tentu menguji keimanan dan kesabaran ummah dan sudah pasti ahli PAS sendiri.

Ana amat menyokong apa yang disebut oleh Ketua Pemuda PAS, YB Saudara Salehuddin Ayub, ia merupakan satu provokasi terancang yang dilakukan oleh pihak tertentu , untuk menguji kesabaran ahli yang sedang bergelut siang dan malam menghadapi PRK 036 di Kuala Terengganu. Kita tidak tahu pihak mana terbabit, tetapi apakah kaitan nya antara menggunakan kepala babi dengan bendera PAS tersebut.

Ana merayu dan menyeru agar seluruh ahli PAS bangun untuk berdoa kepada Allah, sembahyang hajat dan minta pertolongan Allah untuk menunjukkan kepada kita pihak yang bertanggungjawab melakukan provokasi laknat ala Yahudi ini didalam negara yang aman dan damai ini. Semua doa dipanjatkan kehadrat ilahi dan minta petunjuk serta memberi isyarat yang jelas dan terang agar pelaku diberi balasan yang setimpal dengan kelakuan durjana mereka ini.

Sebelum ini kita telah banyak kali dengar apa yang berlaku di Pantai Melaka dan sekitarnya, tetapi ia tidak melibatkan pihak tertentu, tetapi kali ini ia secara khusus menghina dan mengaibkan PAS , sebuah parti yang memperjuangkan agama Allah dan sunnah nabi Muhammad SAW.

Saya menyeru agar selepas PRK 036 ini semua kepimpinan PAS dapat duduk berbincang dan bermunajat kepada Allah melalui alim ulama dan Tuan Guru kita supaya perkara durjana dan penuh aib ini dapat dihindarkan dan moga kita dijauhkan dari segala mehnah dan malapetaka terutamanya yang melibatkan agama kita yang suci lagi mulia ini.

Kepada pihak berwajib, kita menyeru agar mereka dapat menjalankan siasatan terperinci dan jitu dengan segera untuk mencari pembuat onar durjana ini dan hadapkan mereka kemuka pengadilan dengan sekeras-keras hukuman kerana ia melibatkan maruah dan sensitiviti kaum dan agama.

Hingga kini sudah beberapa kali perkara sebegini telah berlaku, ana fikir tidak ada orang yang akan meretui perbuatan jijik dan keji ini pada pemikiran waras, kecuali manuisa itu adalah manusia yang mempunyai penyakit mental kronik atau gila.

Kita berharap dan berdoa semoga provokasi jahat ini tidak akan mencetuskan suasana yang tidak diingini demi untuk kerukunan dan kedamain serta keharmonian dalam negara kita. Kepada semua, diharap kesabaran dan ketajaman fikiran dalam menghadapi suasana getir ini perlu diberikan perhatian yang amat serius, kerana tersilap saja langkah, maka sesuatu yang buruk pasti akan menjerumus kita kedalam lurah durjana dan merosakkansemua.

Moga Allah memberi kesabaran dan keselamatan kepada semua.

Tuesday, January 13, 2009

Sama suap sama makan tak pa kot !

erima kasih Bakaq penarik beca di Gombak yang mengingatkan kembali dalam blog beliau yang ana copy dan paste dibawah supaya lebih ramai rakyat celik mata dan tahu yang yang diluluskan dalam parlimen baru-baru ni pasal PSRM tu hanya gimik nak menang pengaruh saja, bukan betul nak laksanankan kalau tak mendapat restu PM atau pihak sksekutif yang penuh berkuasa sebagaimana yang ana bahaskan dalam ucapan perbahasan diparlimen hari tu. Kalau kuasa pendakwaan ada pada AG dan mesti mendapat kelulusan AG dan tak boleh persoalkan AG dalam parlimen, sapa nak berani dakwa kalau tidak dapat restu.

Nak bercakap pasal rasuah macam mana kalau yang naik tu pun melalui jalan rasuah, padahal yang beri dan yang terima juga kena humban dalam neraka. Tapi oleh kerana fahaman hadhari mungkin la mereka tak merasa bersalah kalau berasuah sesama mereka, ala macam apa benda Yahudi kalau riba dengan bukan yahudi boleh, tapi , kalau riba dengan orang yahudi saja tak boleh, berdosa, begitu juga kalau yahudi binuh bangsa lain tak pa, tapi bunuh yahudi berdosa sebab depa anggap bangsa lain itu ghoiyyim, binatang. Itulah yang berlaku di Gazzah sekarang ni.

Bila UMNO rasuah sesama UMNO, BPR hari tu pun tak boleh siasat, bahkan tak boleh ambil tindakan, tapi kalau polis minta 10 20 ringgit, kena siasat sampai lubang cacing.

Buktinya saperti apa yang ditulis oleh Bakaq dalam blog dia dibawah ni yang ana tolong paste dan sebarkan supaya lebih ramai rakyat yang faham dan mengerti, agar senang nak tolak kalau dah erti dan faham.

Perwakilan kemuka akuan bersumpah rasuah di Kubang Pasu

KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan mesyuarat agung Umno dari Bahagian Kubang Pasu baru-baru ini, Rodzi Abdul Razak, mengakui bahawa beliau menerima RM200 dan diarahkan supaya jangan mengundi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perwakilan Umno bahagian tersebut ke Perhimpunan Agung parti itu minggu hadapan.

Dalam surat akuan bersumpahnya kepada Jawatankuasa Disiplin Umno yang disiarkan oleh Malaysia Today, Rodzi yang juga Setiausaha Umno Cawangan Kemunting, mengakui beliau mendapat "tiga sampul surat berwarna coklat muda" dari "Cik Gu Badly Bakar, Setiausaha Umno Zon Jitra".

Beliau "mendapati dalam setiap sampul surat tersebut mengandungi Ringgit Malaysia dua ratus (RM200), satu helai RM100 dan dua helai RM50 bersama dengan sehelai senarai undi nombor-nombor calon-calon".

Beliau diberitahu oleh Badly bahawa salah satu sampul surat itu untuk beliau sendiri dan dua lagi sampul "diarahkan diberi" kepada dua lagi perwakilan Umno Cawangan Kemunting, Nadzri Long dan Fazil Jamaluddin.

Rodzi jua diarah "memberitahu mereka untuk mengundi seperti senarai nombor-nombor calon-calon yang diberikan dalam sampul-sampul tersebut".

Dalam surat akuan bersumpah itu, Rodzi juga menyatakan bahawa Badly "juga memberitahu saya bahawa beliau mendapat arahan serta ditugaskan untuk memberitahu para perwakilan dalam Umno Zon Jitra termasuk saya juga supaya jangan mengundi Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan hanya memberi undi mengikut senarai nombor calon-calon yang disertakan dalam ketiga-tiga sampul surat tersebut".

Seorang lagi perwakilan ke mesyuarat agung Umno Bahagian Kubang Pasu, Ibrahim Arifin, mengemukakan surat akuan bersumpah bahawa beliau diarahkan supaya tidak terlibat dalam sebarang program berkaitan Dr Mahathir.Beliau yang juga Ketua Umno Cawangan Kampung Darat dan Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Tekun Kubang Pasu memberitahu, pada 5 September 2006, Pengarah Urusan Tekun, Syed Kamaruzaman; Pengurus Kanan Yayasan Tekun Nasional, Haji Yusof; Pengurus Tekun Negeri, Zambri Ahmad; Kamaruddin Awang dari Yayasan Tekun Negeri; Pegawai Pembiaya Tekun Negeri, Md Robai Desa dan Mansur datang menemui beliau di pejabat Tekun Kubang Pasu.

Mereka mendakwa bahawa mereka mendapat aduan dari Umno Kubang Pasu bahawa Ibrahim terlibat di dalam kempen untuk Dr Mahathir.

Ibrahim menafikan dakwaan itu dan beliau memberitahu di dalam surat akuan bersumpahnya bahawa beliau "telah diberi arahan lisan oleh Pengarah Urusan tersebut supaya tidak terlibat dalam sebarang program berkaitan Tun Dr Mahathir" sehingga 9 September 2006.

Dua lagi surat akuan bersumpah adalah dari Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Biak, Ismail Taib dan ahli Umno Cawangan Kampung Lembah Arang, Aminuddin Omar.

Mereka mengemukakan pengaduan mengenai ucapan Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom; Ahli Jawatankuasa Disiplin Umno, Tan Sri Osman Aroff dan Saad Man di dalam perjumpaan di Darulaman Golf and Country Club.

Menurut Ismail, dalam ucapannya, Osman yang juga bekas Menteri Besar Kedah "telah meminta perwakilan bahagian Kubang Pasu untuk tidak menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perwakilan G7 untuk Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur yang akan diadakan dalam bulan November 2006".

Johari yang kini Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Saad pernah berkhidmat sebagai setiausaha Dr Mahathir.

Walaupun Umno berjanji untuk mengumumkan hasil siasatan aduan perwakilan-perwakilan dalam mesyuarat agung Umno Kubang Pasu itu dalam masa dua minggu, tetapi sehingga kini, tidak ada sebarang berita mengenai pengaduan tersebut.

Sunday, January 11, 2009

Siapa menyalahgunakan dewan orang ramai??

Mat Taib, Ketua Penerangan Umno yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah benar-benar bikin drama dalam TV3 semalam. Beliau pagi-pagi lagi meluangkan masanya ke sebuah Tabika KEMAS di Kampung Seri Ampang, Ipoh, Perak. Kononnya pintu pagar tabika berkenaan yang terletak dalam premis milik kerajaan negeri telah dikunci oleh pihak JKKK lantikan kerajaan negeri. Akibatnya murid-murid tabika berkenaan tidak dapat masuk belajar.

Sketsa lakonan pelakon tambahan terhandal abad ini, tahniah. Tabi sayang penonton tak percaya lakonan tersebut.

Semasa dalam siri kempen PRK Kuala Terengganu dari 7 hingga 10 Januari 2009 , ana kebetulan ditempatkan di Surau Kuning Kpg Paloh berhadapan dengan dewan orang ramai Kpg Paloh. Apa yang amat memeranjatkan dan berlawanan dengan desakan oleh bekas MB Selangor adalah penyalahgunaan Dewan Orang Awam secara terang-terangan oleh UMNO dan BN dalam Pilihanraya ini. Sekarang siapakah yang menggunakan kemudahan awam untuk kepentingan parti ?.



Mungkin selepas ini kita akan lihat Dewan Orang Ramai ini akan diubah nama menjadi Dewan UMNO walupun dibina atas tanah kerajaan dan menggunakan duit kerajaan.

Sekarang apa yang dilakonkan oleh Ketua Penerangan UMNO itu jelas tergambar didalam parti UMNO sendiri, bukan lakonan lagi.

Aduhai Pak Menteri, sedarlah bahawa rakyat sekarang sudah cerdik dan peka dengan keadaan sekeliling, usah nak cuba kelentong rakyat lagi, yang kononnya dikatakan pengembalian wang royalti adalah hak rakyat yang dirampas semasa PAS memerintah Terengganu dulu , itu saja, tetapi yang banyak mengaut keuntungan hasil wang tersebut adalah para kroni dan orang terdekat dengan pemimpin.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.