Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU CIKGU SEMUA


Selamat menyambut hari GURU 16 Mei 2010.
Hari ini ana mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik yang telah melahirkan umat dan bangsa yang berjasa kepada Bangsa, Agama dan Negara dan tanpa mereka siapakah kita yang dilahirkan tanpa ada keupayaan untuk membaca, menulis dan mengira. Mujru jugalah atas kesedaran ibu dan bapa serta warga pendidik yang telah mendidik kita menjadi manusia yang boelh memnfaatkan apa yang allah taala beri ini untuk ugama dan kesejahteraan negara, cuma apa yang dikesalkan ada juga manusia yang mendapat didikan dari guru dengan ikhlas ini telah menjadikan pengetahuan mereka sebagai pengacau dan pengganggu mesyarakat saperti yang berlaku dalam negara kita mutakhir ini.
Mereka mendapat ilmu tetapi digunakan ilmu untuk melantak rasuah sehingga menyusahkan pegawai SPRM dan Polis serta kastam, mereka yang ada ilmu tetapi menggunakan ilmu untuk membunuh orang lain dengan C4 sehingga hancur lebur, mereka yang ada ilmu tetapi menggunakan ilmu untuk menghilangkan rekod kemasukan Altantunya kedalam negara kita, mereka yang ada ilmu sanggup menyimpan bukti sehingga dua hari dalam badan tanpa mandi manda bahkan tanpa sembahyang kerana tidak mandi takut hilang bukti dan mereka yang ada ilmu tetapi mengadakan perjumpaan pada 24 Jun padahal melaporkan peristiwa berlaku pada 26 Jun sehinggalah membuat laporan kepada polis pada 28 Jun.
Semua ini kerana mereka mendapat ilmu yang diajar oleh guru tetapi rasanya tidak diredhai oleh guru untuk melaksanakan peristiwa dan perkara saperti itu kalau diketahui oleh mahaguru tersebut.
Oleh itu, ilmu yang dipelajari oleh guru hendaklah digunakan untuk yang memberi faedah kepada ugama bangsa dan negara serta rakyat bukan hanya memberi faedah ditatkala nak mengundi hari ini, baru turun hulur segala macam bantuan yang sekian lama diabaikan. Sedih juga bila lihat bentuk rumah rakyat dikampong dan mahligai ketua dibandar, tak kanlah sampai atap dan dinding yang sudah tak boleh digunakan lagi pun hanya tunggu nak mengundi baru boleh beri, dimana selama ini hasil balak yang terkumpul dan hasil minyak yang mengalir, dimana royalti yang dinafi saperti di Kelantan dan Trengganu tu.
Aduhai Cikgu dan Cikgi, berbaktilah kamu sekelian dan tanamkan kedalam jiwa anak muridmu bahawa ilmu yang ku ajar ini adalah supaya kamu menjadi yang berguna dan bukan membuat onar, melantak makan rasuah, membuat fitnah sehingga menyusahkan ummah dan bukan untuk bercakap bohong hanya untuk satu dua juta RM, kerana itu semua akan menghumban kamu kedalam panas api negara Allah yang tak tertanggung oleh kamu diakhirat nanti.
Wahai muridku, ilmu yang ku ajar ini bukan untuk kamu memperkatakan sumpah yang mudah dilafaz tetapi kamu tidak mambawa empat orang saksi yang dikehendi kerana kita ini ada pegangan Agama dan Quran serta Hadis yang dipercayai, lainlah kalau kita tidak ada Iman.
Wahai muridku, ilmu yang ku ajar ini bukanlah untuk menolak mentah-mentah pelaksannan hukum qazaf yang terdapat didalam QUran dan Sunnah nabi, tetapi adalah untuk kamu laksanakan agar janji 2 dari tiga hakim akan dihumban kedalam negara Allah tidak terlaksana keatas mu yang menjadi anak muridku dan mendapat ilmu dari aku yang mengasuh dan mendidik mu. Ingatlah bahawa setiap orang itu mesti ada guru yang mengajarnya walau dimana juga ia berada, bahkan kalau ia tidak kesekolah pun, maka ibu bapanyalah yang mengajar ia menyuap nasi dan meneguk air bahkan kalau ibunya melempar dia semasa masih bertali pusat ditangga dan jamban masjid pun, masih ada lagi orang yang menjadikan ia anak angkat dan mengajar ABC dan Alif ba ta, serta mengeja ba bi bu ta. sehinggalah ia menjadi pemimpin dan pembimbing masyarakat, bukannya menjadi penjahanam tanahair.
SELAMAT HARI GURU CIKGU, MOGA ALLAH MERAHMATI MU ATAS ILMU YANG DIBERIKAN KEPADA KU.

Al fatihah untuk Ust Shaufik Affandi.

Al Fatihah.
Dengan perasaan yang amat sedih dan terharu, ana dimaklumkan dan memaklumkan kepada semua bahawa sahabat kesayangan kami didalam AJK PAS Kawasan Pendang telah kembali kerahmatullah malam tadi setelah sekian lama menderita sakit kencing manis dan masalh jantung dan buah pinggang. Minggu lepas semasa mesyuarat AJK PAS Kawasan, beliau mengutus surat untuk menarik diri dan meletak jawatan sebagai Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan dan telah diterima sebulat suara kerana alasan keuzuran beliau tersebut.
Kami amat menyanjungi khidmat beliau sepanjang menjadi AJK PAS Kawasan cuma sejak akhir-akhir ini kerana keuzuran, maka beliau tidak dapat memenuhi kehendak jemaah , walau bagaimanapun semua memahami akan hasrat dan kekangan tersebut dan selaku ahli jemaah kita redha dengan pemergian beliau dan didoakan moga roh beliau akan ditempatkan bersama-sama solihin dan auliaullah.
Beliau juga pada masa ini adalah Imam di Masjid Jamek Kubang Jelai sehingga menghembus nafasnya yang terakhir.
Khabarnya jenazah akan disembahyangkan di Masjid Kubang Jelai, jam 10 pagi ini.

Terbubarkah DUN Kedah.

MB hari ini menjelaskan bahawa rakyat akan mendengar hasrat hati daripada dalam sanubari wakil Rakyat yang dikatakan akan melompat parti dari mulut mereka sendiri pada 22 Mei nanti di Kompleks PAS batu 9.
Semua perancangan yang dibuat akan bakal didedahkan sendiri oleh mereka yang disebut-sebut sebagai akan memberikan saham untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan di Kedah. Apapun, setakat yang diberitahu sehingga hari ini, perancangan itu adalah merupakan gila meroyan UMNO yang tak sudah-sudah sehingga kehari ini hasil daripada kegagalan mereka membuat berbagai onar dan perancangan tetapi semuanya gagal. Dari berita ketidakcekapan Pakatan mentadbir kerana tidak ada air dikawasan tinggi pada musim kemarau hari tu hinggalah kepada demo prumahan awam Taman Wira hinggalah kepada sidang DUN yang dimanipulasikan melalui kerjasama semua media kongkongan mereka hinggalah kepada isu Penderhakaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sehinggalah kepada isu hendak lompat parti, setakat ini semuanya tidak mendatangkan hasil.
Apa yang sedang diusahakan sekarang adalah menggunakan khidmat beberapa ekor berudu yang sudah kehilangan ekor dan berkaki empat untuk membuat spekulasi rambang dan tidak berpijak dibumi nyata pada saat ini hasil dari kekenyangan memakan umpan dan habuan yang telah dihidangkan semasa menziarahi negeri Uncle Sam tempoh hari. Manusia yang pernah disebut oleh bekas pemimpim PAS dahulu dan mungkin masih boleh dipercayai hingga kini bahawa kalau dia ni bercakap sepuluh tajuk, dua belas tajuk memang tidak ada yang benar, semuanya tak benar maliankan tak benar belaka. Itulah tamsilan yang telah diberikan kepada hamba Allah ini, kadang-kadang kesian juga kita melihat gelagat beliau mutakhir ini. Kesana tak sampai, ke sini tak diterima, melainkan memainkan peranan memecahbelahkan kesatuan orang lain agar dia dapat terus menumpang makan selagi hayat dikandung badan. Nak mengharapkan hendak masuk semula kedalam sangkar lama, sudah tidak layak untuk diterima, semacam tidak layak diterima menjadi calon oleh kalangan ana pada PRU 12 hari tu.
Jadi, harapan semua rakyat Kedah yang cintakan keharmonian, maka 22 Mei ini datanglah ke KOMPAS batu 9 dan dengar sendiri apa yang akan diluahkan isihati oleh mereka yang dikatakan akan melompat tersebut oleh berudu yang sudah kehilangan ekor dan sudah tumbuh kaki itu.
Arakian tersebut juga kisah dimana seorang yang telah masuk parti ana pada tahun 1998 semasa isu reformasi dulu, kini khabarnya sudah tidak lagi bersama parti ana dan telah menyeberang kesana di Kawasan Alor Setar adalah kerana jalan tak dibuat dikampong beliau lagi dan terlepas jawatan Ketua bagi mengetuai masyarakat disitu, maklumlah beliau orang yang hebat.
Tersebut juga kisah dimana sebelum itu, hasil daripada arahan untuk membayar wang tertangguh didalam Perumahan Awam Taman Wira Mergong , maka beratus orang ahli dari parti sana telah berpindah menyerahkan borang termasuk bekas ketua Jawatankuasa orang besar-besar disitu kerana sudah tak mahu lagi bersama parti keris telanjang tersebut, maka itulah atas sebab hilang banyak sangat orang dia, maka dikaut 61 orang yang berada dikampong tadi untuk menyatakan telah keluar parti ana kepada parti keris telanjang tuh. Kawan ana kata tadi, yang sebenarnya yang ahli parti ana keluar hanya ketua tu sorang saja, yang lain 60 lagi tu bukan dari parti ana, pendak kata serah borang semula saja lah.
Harapan semoga fenomena kelaur parti menjelang pilihanraya kecil ini difahami oleh semua rakyat , akan pasti berlaku untuk melakukan akhbar yang sudah tidak berapa dihiraukan oleh pembacca lagi kerana internet lah yang menghidangkan berita yang lebih berwibawa sekarang ini.
Sekali lagi, 22 Mei jangan lupa, ya.KOMPAS batu sembilan , jam 9 malam.

Friday, May 14, 2010

Membaca beranika berita mutakhir ini,jelas menggambarkan kecacamerbaan yang terjadi didalam negara yang tak akan habis kalau nak diulas oleh sesiapa dan dimana tahap pemikiran seseorang pun.
Daripada kes perbicaraan liwat 11 hinggalah kepada melompatnya seorang lagi MP dari Wangsa Maju yang beritanya sudah tersebar sejak beliau ke US bersama rombongan PM pada sesi Parlimen yang lepas, bulan Mac hingga April lalu sehinggalah kepada berita yang dihebahkan oleh MP KBB mengenai Perak kedua yang bakal berlaku dinegeri Pakatan rakyat , sudah pasti apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah negeri tanah tumpah darahku Kedah.
Nampaknya sahabat ana dari sebelah selatan tu sudah mengikut umpan dan terkenyang dengan umpan yang maha besar dan menimbun tu dan dah mula memainkan peranan beliau mengikut tuannya dan inilah yang menyebabkan tuannya begitu gembira sekali mengenai apa yang akan mereka kecapi selepas ini.
Menelusuri kembali apa yang telah berlaku pada sepanjang minggu lepas khususnya didalam perbicaraan liwat 11, dimana sejarah menggambarkan bahawa mereka yang disebut nama didalam senarai yang terliwat semacam biasa kita dengar semasa YB Senator baru bertegang leher mempertahankan DSAI masa itu berhubung tohmahan kepada bos dia yang dikatakan meliwat bekas pemandu isteri beliau sehinggalah beliau masuk kedalam ISA dan penjara,tetapi kini beliau bangun mempertahankan pula bahawa DSAI tidak boleh dipercayai lagi.
Terkejut beruk sekelian rakyat bila mengenang dakwaan yang dibuat oleh budak ini bahawa sengaja dia tak mandi dan cuci buntutnya kerana naksimpan bukti. Alahai cukup pening lagi bila orang tanya kenapa kena 26 tak pi report 27 haribulan, tetapi simpan lagi sampai 2 hari kerana esoknya nampak jelas masih lagi boleh pergi angkat cawan kopi untuk minuman para blogger sekelian.
Juga lagi hairan bila dalam akhbar dilaporkan bahawa dia dah biasa kena di Hong Kong, Singapura dan Bangkok tapi tak dengar pun dia laporkan kepada anak buah Hishamuddin pun. Tapi top-top lepas jumpa DS Najib, ASP Rodwan dan lepas kena marah dek IGP baru dia report, walhal dia jumpa depa tu semua sebelum dia kena lagi pada 26Jun pun.
Tu yang ana kata rakyat dah pening sangat la ni, baca berita tak kena, tak baca pun takkena, takut nanti bila lepas selesai kes ni, semua kena pi jumpa pakar Psiakiatri nak betulakn balik otak yang masing-masing dah terpeleot.
Nasiblah jadi rakyat kalau macam ni. Lepas ni kita katakan pasai ulasan sahabat dari selatan Kedah pula. Ana tanya kawan yang dok disitu, berapa kali dalam setahun dia balik kawasan, depa kata sejak jadi wakil kepada depa tak pernah nampak rupa pun.

Tuesday, May 11, 2010

Malu, malu ,malu dan tak malu ke.

Malu ana bila membaca apa yang berlaku didalam sehari dua ini bila meneliti perbicaraan liwat II yang telah bermula dan hangat sekarang ini. Walupun Menteri Perdananya berlainan, tetapi rasanya skripnya hampir sama.
Apa yang diceritakan oleh Mr Saiful yang kata terkena dan diterpaksa diliwat tu adalah 24 Jun dia pergi jumpa TPM pada masa tu, dan pada malamnya jupa pula ACP Rodwan di Hotel Melia Jalan Imbi, lepas tu pada 26 Jun dia kena diterliwat oleh DSAI di bangunan yang sedia ada perbincangan dan disiang hari pula tu, lepas tu 28 Jun baru dia buat laporan polis dan diperiksa anusnya oleh Dr di Pusrawi dan kemudian diarah ke HKL untuk diperiksa oleh 3 pakar di HKL , apa yang malangnya dia didapati tidak ada kesan penembusan, itu hasil dari apa yang diambil dari laporan semasa perbicaraan yang sedang berlangsung sekarang ini .
Bila dikatakan tiada kesan luka maka dia kata dia guna pelincir. Yang peliknya bila pula orang yang terkena liwat dan tak rela diliwat ni menyediakan minyak pelincir dan menahan untuk diliwat supaya tiada kesan luka pada anusnya saperti yang diperiksa oleh 4 doktor tersebut tadi.
Yang pelik juga DSAI didakwa dibawa akta dan undang-undang 377B dan yang menahan dengan guna minyak pelincir tak pula kena dakwa kerana dari keterangan beliau menggambarkan bahawa beliau boleh menerima pelawaan tersebut , tanpa ada tendangan atau perlawanan yang menyebabkan harus berlaku luka atau cedera apabila nak memasukkan sesuatu dengan paksa.
Yang cukup memalukan dan ,emgaibkan bila dia kata tak mandi dan tak sembahyang lepas kena tu tetapi pergi pula sembahyang Jumaat walaupun dia mengaku berdosa dan tak sah bil;a sembahyang dalam keadaan tak mandi dengan sempurna.
Hanya setakat tu yang kita boleh baca dan lihat laporan perbicaraan kerana akan bersambung.
Anda bolehlah buat ulasan sendiri, apa kesudahan kes ini.
Kenapa jumpa TPM dan ACP Polis dulu sebelum kena di terliwat dan dua hari baru report dan tak mandi sampai dua hari, tetiba jumpa air mani dalam anus beliau tanpa ada kesan luka dan diperiksa oleh doktor tiada pula ada kesan jumpa air mani itu.
Apa yang lebih memalukan sebagai seorang Islam bila dia mengaku tak sembahyang 2 hari tu dan bila ditanya pasal sembahyang Jumaat dia kata dia pi dan tak mandi junub pun , hanya mandi sikit-sikit saja, tapi hari tu bicara kata tak mandi 2 hari, dan dia mengaku bahawa sembahyang dia tak sah.
Apa yang ana pelajari kalau berjunub bukan setakat tak sah tapi haram untuk kita membaca ayat-ayat suci al quran.
Nasib baik juga YB Karpal tak tekan pasal dosa pahala ni, kalau tidak malu lagi lah kita.
Itu saja yang dapat kita rakam hasil daripada laporan yang termuat dari perbicaraan hingga hari ini, yang bersambung tu tak tahu lah pulak apa nak jadi.

Nak tunjuk hebat kot.

Kadang kadang naik celaru fikiran kita. Depa ni buat peraturan macam mana pun tak tau, bila kita mohon permit nak buat ceramah, depa tak bagi , bila kita buat juga depa tangkap dan dakwa dimahkamah. Bila tanya pasai apa tangkap , depa kata tak dak permit, bila pohon tak bagi, bila tanya pasai apa tak bagi, alasan dari pihak atasan.
Ni yang satu ni heran juga ana, bagaimana boleh terlepas pun tak tau, hari tu Syarikat lain pohon nak bawa orang yang sama tak lulus, tapi kali ni syrikat lain pohon bawa yang sama lulus pula, mungkin ana agak ada kenalan dengan orang atas kot, maklumlah depa ni mai nak buat pertunjukan macam dengan yang duduk atas pokok, terloncat terkinja dan macam -macam perangai mereka sehingga kena buat peraturan kepada mereka.
Yang lebih hebat tu, nak buat sampai 12 jam pulak, ish,ish kalaulah depa bagi kita anjur ceramah macam tu, rasanya kita pun tak sanggup nak buat sampai 12 jam. Baru ceramah 3/4 jam macam ana ni, terbatuk-batuk tak keluar suara agaknya.
Mungkin sengaja depa buat nak masuk dalam buku rekod Malaysia kot, nak tunjuk pada dunia kami pun boleh buat terloncat macam yang atas pokok macam yang hampa buat di negara barat sana.
Bravo, BN, selepas menang di Hulu Selangor, dia dia habuan hampa.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.