Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, July 31, 2010

Malam Muhibbah DHPP.


Jamuan Muhibbah anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS telah sempurna diadakan pada 30 Julai lalu di Dewan Besar MBAS Alor Setar dengan tetamu kehormat terdiri daripada YAB MB Kedah dan Speaker DUN Kedah serta Ahli-Ahli EXCO Negeri Kedah .
Sambutan pada malam itu cukup memberangsangkan dimana tetamu memenuhi dewan dan terdiri dari pelbagai kaum Melayu , Cina, Siam dan India. Memang jelas ini cukup menggerunkan BN didalam PRU ke 13 nanti seandainya suasana ini akan berterusan dan diharap momentum ini dapat diteruskan .

Melihat kepada suasana perkembangan sebeginilah, maka usaha dilakukan oleh pihak sebelah sana untuk memecahkan tembok persepakatan ini agar kaum bukan Melayu menjauhkan diri daripada PAS dengan memainkan isu perpaduan yang dicanang hari-hari sekarang ini. Hanya itulah sahaja agaknya isu yang boleh dimainkan agar perpaduan dan muhibbah ini pecah maka akan teruslah mereka memerintah hingga kehari kiamat agaknya. Hendak gunakan isu keamanan misalnya, semua rakyat tahu apa yang terjadi di Kelantan dimana dah hampir 20 tahun PAS menjadi tunggak disana, bahkan ulamak pula menjadi MB, tidak ada apa pun pergaduhan yang berlaku, tidak ada pembunuhan bahkan 13 Mei 1969 pun, di Kelantan tetap aman damai tidak saperti dinegeri yang Perikatan perintah masa itu, begitu jjuga nak bercakap pasal pembangunan, langkan malunya kalau nak dibandingkan antara Perlis yang dikuasai BN atau Terengganu yang cukup kaya dengan minyak dengan Kelantan yang disekat kiri kanan dari geran perkapita , wang majlis tempatan hingga ke wang royalti, tetapi dari segi pembangunan fikikal dan spiritual bahkan rakyat yang berada pun, nampaknya Kelantan melebihi negeri lain yang dikuasai BN. Itu belum dibandingkan umat Kelantan yang tinggal diluar terutama di Lembah Kelang, ramai yang menjadi top man di sektor awam dan swasta serta menjadi upper class people juga mewakili umat Kelantan.


Ini bermakna rakyat sudah liwat baha bukan hanya BN sahaja yang mempu meminpin negara, bahkan akan lebih baik kalau selain BN yang menerajui Malaysia ini.
Lihat sahaja FDI yang menjunam, sehingga pelabur dalam negara sendiri pun dah kaut keluar kenegara lain, macamana nak harap keada pelabur luar nak masuk, sampai Menteri MITI kata kita dah tepu dengan pembangunan fizikal, sebab tu mereka tak diperlukan lagi, dan yang masuk adalah yang jenis high tech punya, yang high grade dan bukan jenis lekeh punya company kata orang utara. Dan pekerja mereka juga adalah yang mambawa kepada pendapatan tinggi. Itulah jawapan untuk menyedapkan cakap sahaja nampaknya.
Apa yang menarik diucapkan oleh En Hu Pang Chow dimajlis malam itu adalah mereka merasa lebih selesa berada dibawah kepimpinan kerajaan Pakatan yang lebih telus dan adil, tidak ada konsep bawah meja bila berurusan dan ikhlas didalam pentadbiran .
Menurut YAB MB, dan disetujui oleh Sdr Hj Sobri Othman merangkap CEO Kulim High Tech, pelaburan masuk ke Kulim HT pada tahun ini sehingga Julai adalah RM 1.53 billion, malah kerajaan terpaksa menambah keluasan tanah untuk fasa pembangunan seterusnya kerana memenuhi keperluan kilang yang bakal melabur disitu. Baru-baru ini, pihat kerajaan pusat telah bersetuju pula memberikan pinjaman RM 16 juta tanpa faedah kepada Kulim HT atas kemempuan menarik pelabur tersebut.


Juga disebut didalam majlis tersebut oleh MB berkenaan dengan jumlah perolehan wang tender balak yang sebelum ini dizaman BN hanya mendapat RM 1 ribu untuk 1 hektar, tetapi kini telah mencapai RM 18000 untuk satu hektar dan terkini kerajaan menambah kantung negeri mancapai tahap RM 38 juta.
Moga dengan adanya majlis pada malam tersebut, ia dapat mengeratkan lagi Pakatan dan mengukuhkan lagi DHPP ini disamping dapat meneruskan kesinambungan kerajaan PR di Kedah dan seterusnya dapat menduduki Putrajaya pula pada PRU ke 13 nanti insyaallah.

Friday, July 30, 2010

Pohon fikir masak-masak semua!.

Ana amat tertarik dengan apa yang diulas oleh sahabat blog Wfauzdin ini sehingga ana memohon keizinan beliau untuk memuatkan copy dan paste didalam bolg ana ini, biasanya ana hanya link sahaja didalam blog ini, tetapi kali ini biar ia menjadi bacaan terus bersama , harap saudara WFauzdin mengizinkannya insyallah.
MASIH JUGA GILAKAN PERPADUAN DENGAN PAS, GUNA NGO PULA

Oleh: WFAUZDIN NS


BEBERAPA NGO yang telah lama dikenal pasti pro kerajaan telah mengeluarkan pandangan mereka berkaitan isu perpaduan Umno - PAS. Meskipun PAS kini telah bosan dengan mainan pemimpin Umno dan media pencacai mereka tentang perpaduan Umno-PAS, namun kerana rendahnya martabat mereka yang mengampu Umno ini, mereka masih berselera besar untuk memperkatakan isu perpaduan Umno-PAS. Mungkin satu rayuan atau mohon simpati PAS agaknya. Baca di sini.

Di antara beberapa NGO yang tampil membantu Umno untuk merealisasikan tipu muslihat politik Umno yang tenat itu adalah dari Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan). Setiausaha Gagasan menyebut, PAS dan Umno sama sahaja dari segi anutan cuma berbeza dari segi ideologi. Maksudnya anutan Umno itu Islam, dan PAS juga Islam. Siapa yang nafikan? Memang benar majoriti ahli Umno itu Islam. Ideologinya apa? Sekular, bukan? Dan, PAS adalah Parti Islam dan ideologinya juga adalah Islam. Adakah ini bermakna Sekular dan Islam itu sama? Itukah yang difahami oleh Setiausaha Gagasan itu?

Mengapa susah sangat mahu bandingkan dasar PAS dengan dasar Umno? Butakah mata mereka melihat siapakah yang bersungguh-sungguh mahu melaksanakan dasar Islam dan siapakah yang bersungguh-sungguh menolak dasar tersebut? Umno bukan sahaja tidak mahu melaksanakan hukum Islam seperti Hudud dan Qisas, bahkan bercita-cita pun tidak pernah. Berbeza dengan PAS, yang telah pun membentangkan Perundangan Jenayah Hudud dan Qisas di Dun Negeri Terengganu sewaktu PAS memerintah Terengganu dan juga di Kelantan. Malangnya, siapakah yang menentang dan menghalang perlaksanaan hukum tersebut kununnya melanggar Perlembagaan? Yang pasti, bukan PKR atau DAP yang menghalangnya.

Siapa yang pernah memberhentikan bantuan kepada SAR? DAP atau PKR kah? Usahkan Hukum Hudud, Hukum Qazaf pun mahu dihalangnya. Di dalam kes Liwat II DS Anwar, siapa yang bersungguh-sungguh menghalang kes Qazaf dari dibicarakan di Mahkamah Syariah? Bukankah Menteri dari Umno yang bersungguh-sungguh menghalangnya? Bukan Karpal Singh atau Lim Kit Siang, walaupun dikatakan DAP kununnya menentang penubuhan Negara Islam. Apa yang membuatkan kita merasa pelik, mereka boleh menyamakan taraf penolakan DAP terhadap Perundangan Islam dengan mereka menolak Perundangan Islam. Mereka seolah-olah menyamakan akidah mereka dengan akidah DAP.

Takdir dan kuasa Allah tiada siapa yang boleh menjangkakannya. Di dalam keadaan DAP dikatakan menentang hasrat PAS untuk menubuhkan Negara Islam, tetapi bermula Pilihanraya Umum ke 12 dan beberapa Pilihanraya Kecil selepas itu, undi penyokong DAP dan sokongan pemimpin DAP terhadap PAS semakin padu. Semakin PAS kuat untuk menjayakan cita-cita Negara Islam, Umno semakin kuat menekan PAS. Lojiknya, memang wajar PAS berkawan dengan DAP dari berkawan dengan Umno.

Saya sdikit bersetuju dengan pandangan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia yang menyeru pertemuan Umno-Pas mestilah berpaksikan Islam dan Melayu. Apabila mahu berpaksikan Islam, tentulah Al-Quran dan Hadith dijadikan rujukannya. Al-Quran mengajar bersatu padu bukan sahaja di kalangan orang-orang Islam, bahkan perpaduan aamat penting dicapai bersama masyarakat yang bukan Islam. Maka, perpaduan itu mestilah dibincangkan bersama bukan hanya di antara Umno dan PAS sahaja. Sanggupkah Umno untuk mengadakan perbincangan secara terbuka melibatkan semua parti yang mewakili pelbagai kaum dan agama di negara ini? Jika Umno mahu bertemu dengan PAS sahaja, ini bermakna pertemuan itu tidak berpaksi kepada agama Islam. Ia hanya pertemuan untuk Melayu semata-mata.

Jika pertemuan sekadar mahu membincangkan soal orang-orang Melayu sahaja, maka wajarlah PAS melupakan Umno yang sudah ketinggalan di dalam arus politik sekarang. Sudah terlalu banyak dosa Umno terhadap Melayu apatah lagi terhadap Islam sepanjang lebih 50 tahun Umno menjadi tunggak pemerintahan negara. Rundingan dengan Umno wajib bersyarat kerana bukan baru kita mengenali Umno./wfauzdin.blogspot.com

Sebagai tambahan diharapkan perkara ini perlu difikir masak-masak oleh kepimpinan kerana sejarah telah melakarkan bahawa UMNO tidak pernah ikhlas dengan rakyat terutama yang tidak separti dengan mereka. Apabila lemah dan putus harap maka dicari apa juga dahan dan ranting untung bergantung, tetapu bila dah kuat, maka semuanya akan dibiarkan tenggelam, mampus pi lah hampa.
Sebagai seorang yang tahu bacaan politik, dan sebagai seorang yang arif dengan selok belok sejarah negara, rasanya kepimpinan memang amat arif dengan hal sebegini dan didoakan moga allah memberi hidayah kepada semua didalam mencari penyelesaian.

Thursday, July 29, 2010

Tahniah SMA Islah


Dua hari lepas ana dijemput untuk merasmikan hari anugerah cemerlang Madrasah Al Islah di Seberang Pendang, sekolah agama rakyat yang didirikan oleh Tuan Guru Hj Aziz seorang ulamak terdekat di Pendang ini yang baru saja meninggal 3-4 tahun lepas meninggalkan sebuah sekolah yang kini dikendalikan oleh cucu beliau .


Sekolah agama sekarang ini menjadi pilihan ibubapa muslim kerana melihat suasana persekitaran yang agak gawat dengan gejala sosial yang amat parah dengan masalah mengandung masa masih belajar, masalah merokok, dadah, mat rempit, mendedah arat dan seribu satu gejala yang amat sukar untuk dibendung sehingga ada negeri yang berhasrat untuk menubuhkan sekolah untuk pelajar mengandung. Mungkinkah guru besarnya nanti boleh dicari orang yang biasa mengandungkan kanak-kanak sekolah juga, diatas pengalaman beliau itu, maka diamanahkan untuk menjaga budak-budak yang berperangai begini.


Dalam ucapan ana mengucapkan tahniah kepada pelajar dan ibu bapa yang sanggup memilih sekolah agama untuk mendapat didikan walaupun tidak sempurna dari segi prasarana dan lain-lain, tetapi atas tujuan untuk mendapat didikan untuk melayari dunia dan akhirat besekali sesuai dengan apa yang disebut oleh nabi saw sesiapa yang hendakkan dunia, hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang hendakkan akhirat juga hendaklah dengan ilmu dan sesiapa yang hendakkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu.
Anugerah bukan sahaja diberikan kepada pelajar cemerlang, tetapi juga kepada guru lelaki cemerlang dan guru wanita cemerlang serta olahragawan dan olahragawati terbaik untuk tahun 2010 ini.
Tahniah kepada semua penerima anugerah, yang belum dapat usaha lagi ditahun hadapan.


Oleh kerana mereka disini didedahkan dengan 3 bahasa sekali gus, maka kelebihan ini hendaklah digunakan dengans ebaik mungkin untuk menimba ilmu dan peluang amat terbuka luas lebih-lebih lagi kerajaan Kedah sekarang ini telah membesarkan kursus di KUIN sehingga kepada 40 kuliah termasuk kursus profesional sains saperti perubatan dan kejuruteraan. Oleh itu rebutlah peluang ini dimana selepas ini ia akan berpindah ke kampus tetap di Kuala Ketil pada 2012 nanti yang dijangka mampu menampung 10000 pelajar.
Juga tahniah kepada mereka yang menerima anugerah pada hari ini moga berjaya terus dimasa akan datang insyaallah.

Bolehke Cikgu ni.

Mulai 1 Ogos 2010 nanti, maka terlepas bebaslah guru-guru berijazah dalam negara 1 Malaysia ini daripada tidak boleh berpolitik kepada bebas berpolitik, tetapi politik apakah yang dibenarkan dan politik apa pula yang akan dihalang?.
Memang sudah idak menjadi rahsia lagi, umum bercakap dan pegawai atasan dan bahawan juga bersuara bahawa alasan utama maka mereka dilepas bebaskan supaya boleh berpolitik adalah tidak lain dan tidak bukan kerana kurangnya ada sokongan untuk menyokong parti yang sudah tidak mendapat sokongan hasil daripada kurangnya lubuk emas untuk memungut hasil memenuhi tembolok lagi sekarang ini setelah kawasan lubuk emas mereka sudah tidak dapat digali lagi, sudah terlepas ketangan PR selepas Mac 2008 lalu.
Ramai yang sudah berjasa dan merasa akan segala keperitan dan kepayahan kalau guru berpolitik ini, lebih-lebih lagi kalau parti yang tak sebulu dengan yang berkuasa dipusat yakni lain daripada UBN,bahkan yang akan merasa kesan yang parah adalah anak murid yang diajar dan belum faham apa makna politik. Bahkan bukan sahaja anak murid yang terasa, tetapi bagi yang berpoltik bukan daripada politik parti memerintah saperti disebut oleh kawan ana MSO UBN. maka mereka tidak dapat lari daripada segala kesusahan dan kepayahan, terpaksa berjauhan daripada anak isteri, dihantar kelubuk segala negeri, dihantar kehujung segala belantara, terpaksa berpayah naik bot laju dan perlahan, memanjat bukit dan gunung , menuruni segala lembah dan ranjau ,tetapi apa yang berlaku kawasan tersebut akan besinar pula dengan penubuhan cawangan parti dan ahli bulan mengambang, dari tiada cawangan menjadi cabang dan kawasan, dari satu menjadi sepuluh dan begitulah seterusnya sehingga terpaksalah dikembalikan balik guru tersebut ketempat tumpah darah mereka dek kerana bertambah cawangan bulan purnama ditempat jin bertendang dan lubuk berhantu tersebut.
Maka dengan peraturan baru ini, rasanya makin parahlah lagi puak ni nanti untuk mendapat sokongan cikgu dan cikgi nanti.
Cuma apa yang mungkin kita boleh jangka adalah untuk parti politik berlambang dacing cikgu boleh aktif, tapi kalau sokong yang berlambang ada bulatan , tak kira yang mata lebam ke, yang roket naik kelangit ke, bahkan yang bola ping pong pun, mereka pasti akan dipantau dan dikenakan tindakan, mungkinkah begitu aduhai KSN,?
Pernah berlaku disekolah tempat ana pernah belajar, sisuami seorang kuat parti cap kapal dulunya, setiap kali pergi perhimpunan ke KL mesti bawa isterinya yang merupakan penolong kanan, maka setiap kali itulah juga tempatnya kena diganti oleh guru yang lain, sehingga naik meluat yang lain kerana dia mengambil cuti off record , maklumlah suaminya orang besar parti tersebut, orang lain tak boleh nak kata apa, maka jawapan kepada kemarahan tersebut hanya dapat digambarkan apabila suaminya masuk jadi calon, maka pakatlah kempen supaya semua cikgu dan cikgu tolong kalahkan suami dia. Arakian maka berhasillah cita-cita sekelian cikgu dan cikgi tersebut.
Jadi harapan kita kepada ketetapan KSN ini, kalau nak beri kelonggaran, biarlah semua dapat sama habuan, bukan untuk yang dacing sahaja, tetapi apa juga parti yang berdaftar biarlah semua boleh nergiat , kalau sama-sama nak berjaga malam, biar semua diberi peluang, kalau nak berceramah , jangan nanti ada yang dihantar SB dan ada yang dibiarkan dan dikenakan tindakan, kerana ini pernah berlaku maka sebab itu ana berani bercakap.
Satu lagi masalah yang mungkin terpaksa dihadapi adalah penggunaan segala kemudahan sekolah, walaupun sekarang ini kita dapati hanya parti dacing dan keris telanjang sahaja yang boleh guna premis sekolah, boleh guna masjid dan surau, boleh guna balairaya kecuali negeri PR, maka lepas ini semua kemudahan ini dapat digunakan oleh semua pihak tak kira parti mana pun asalkan mereka itu berdaftar dan sah, bukan pertubuhan bawah tanah dan perkauman sudahlah. Setujuka.

Wednesday, July 28, 2010

Persepsi kah atau realiti ni?.

Kata orang " the history will repeat by itself".
Kalau kita menelusuri sejarah kes liwat 1 pada tahun 1998 dulu, sudah pasti kita akan masih teringat seorang yang bernama En Azizan Abu Bakar dan juga kita masih terkenang kisah usung mengusung tilam masuk keluar mahkamah dan naik turun lori diangkut oleh polis Malaysia dan juga kita sudah pasti masih terkenang akan kisah usung mengusung tilam keluar masuk mahkamah Syariah apabila kes beliau sendiri di kendalikan di Melaka setelah beliau ditangkap bersama teman wanita beliau yang akhirnya menjadi isteri beliau.

Kisah beliau sudah pasti masih segar dalam ingatan kita dan sejarah itu kini kembali didalam kisah liwat 11 pula dimana kes En Saiful yang mengadu diliwat dan masih dibicarakan didalam mahkamah sekarang ini , timbul pula satu kisah di mana salah seorang yang terlibat didalam perbicaraan tersebut diceritakan telah mengadakan hubungan intim dengan beliau saperti diceritankan oleh RPK didalam blog beliau, entah benar atau tidak dan keputusan Peguam Negara menggugur pegawai berkenaan daripada pasukan pendakwa memberikan satu persepsi bahawa RPK berkata benar dan sahlah apa yang berlaku tersebut.

Kisah perbicaraan liwat 11 yang penuh dengan tekateki dan pertikaian ini masih lagi didalam penangguhan sehingga 2 Ogos ini dan mempunyai seribu satu persoalan saperti yang disebut oleh DSAI .

Kisah bertemu dengan PM sebelum dakwaan liwat berlaku dan kisah menyimpan bukti selama dua hari sehingga tidak 'berak' dan tidak mandi wajib saperti dimaklumkan didalam mahkamah sudah pasti akan melakarkan sejarah baru dalam kes mahkamah didalam negara 1 Malaysia ini.

Pembongkaran hubungan beliau dengan DPP yang ditulis didalam Malaysia Today yang dikatakan oleh Timbalan Menteri MITI yang hanya benar 40 % itu kini menjadi satu persoalan yang berlegar didalam Pejabat AG sehingga terpaksa digugurkan nama beliau demi hendak menjaga persepsi awam terhadap integriti Pejabat AG. Konon inilah cara terbaik untuk menjaga kreadibiliti Pejabat AG negara 1 Malaysia ini dimata dunia setelah teruk dibelasah oleh rakyat terutama selepas pemecatan Tun Salleh Abbas dizaman Dr M menjadi PM.

Rakyat sebenarnya masih kabur dan keliru apakah persoalan integriti dan kredibiliti Pejabat AG sebelum ini yang mengenepikan laporan perubatan dari Pusrawi dan Hospital Besar KL yang mengesahkan tiada 'penetrasi' itu masih lagi relevan untuk meneruskan kes. Rakyat juga bertanya dan inginkan jawapan seandainya tidak ada penetrasi bagaimanakah pula kesan DNA yang diperoleh dari semen yang terpaksa disimpan selama 2hari daripada dikeluarkan atau dicuci oleh sikena liwat tersebut.

Persoalan ini sudah tentu menjadikan soal persepsi integriti dan kreadibiliti menjadi tajuk utama bukan hanya dengan menggugurkan salah seorang DPP daripada pasukan pendakwa , maka sudah selesai dan boleh cuci tangan. Amat malang dan sedih sekiranya itu saja jalan penyelesaian yang difikirkan oleh penjawat di Pejabat AG tersebut. Apakah siasatan terperinci dan laporan polis dan pemeriksaan kesihatan akan dilakukan terhadap dakwaan PRK ini hasil tulisan didalam Blog beliau?. Rakyat juga ini tahu apakah tulisan ini terkandung didalam 40 % yang betul atau hanya berada didalam kategori 60 % yang tidak benar saperti yang diperakukan oleh Timbalan Menteri MITI tersebut.

Sebenarnya dunia makin celaru dan 1Malaysia makin keliru, mana satu yang boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana setiap yang timbul, selalunya dinafikan tetapi tindakan yang dibuat seolah-olah menyesahkan. Kalaulah begini yang terjadi, sudah pasti sampai kiamat pun segala persepsi akan menjadi realiti.

Satu persoalan yang menerpa didalam benak pemikiran ana apakah selepas ini akan ada satu lagi siaran langsung untuk upacara sumpah didalam mana-mana masjid yang akan menafikan tulisan PRK ini dan kemungkinan besar akan disaksikan oleh para ulamak yang menjadi ahli parti 1 Malaysia pula.

Tuesday, July 27, 2010

Macam alasan serigala dengan anggur masam aje!

Membaca jawapan Menteri MITI pasal kenapa pelaburan masuk ke Malaysia jatuh 81 % berbanding negara Aisean lain hanya 44.1 % dan 47 % sahaja, dia kata yang ada di Malaysia dan yang masuk kesini berkualiti. Walaupun sikit tetapi memberi kesan jangka panjang yang baik, memberikan peluang pekerjaan yang memberikan gaji lumayan.
Teringat cerita sang serigala dengan anggur masam pula bila baca cerita Menteri dari Jeli ni. Tak mampu ambil anggur yang tinggi tersebut, dia kata anggur itu masam. Tak mampu nak tarik pelabur , kata pelabur tersebut tidak membawa pelaburan yang berkualiti dan berpendapatan tinggi. Maklumlah kita sekarang nak menuju kepada ekonomi berpendapatan tinggi.Padahal kita masih belum mampu menyediakan pekerja yang berketerampilan dan berpendidikan tinggi, hanya 25 % sahaja pekerja kita yang ada ijazah berbanding 75 % yang masih memiliki SPM kebawah.

Rasanya dengan hujah beliau tersebut serta andaian dan dalil yang dibwanya, padan lah nampak gaya di Kelantan anak buah dia mesyuarat di dua kawasan sekaligus dalam satu bahagian.
Kalaulah alasan macam ini yang Singapura gunakan, sudah tentu negara mereka tidak akan berada di puncak apa juga statistik ekonomi berbanding dengan negara-negara lain.
Pelaburan yang masuk tak semestinya yang berkualiti saja dan memberikan peluang perkerjaan yang begaji lumayan saja yang masuk kita dalam UNCTAD ini, kerana cuba bayangkan pekerja yang ada didalam negara kita ini, berapa ramai rakyat dari warga tempatan dan berapa peratus pula rakyat negara seberang baik Indonesia atau Bangladash atau Myanmar dan lain-lain.
Ana rasa kalau fenomena ini berterusn, mungkin 10 atau 20 tahun lagi,negara kita akan jadi macam UAE atau Bahrain atau lain-lain setengah negara Teluk dimana rakyat luar yang datang sebagai pekerja jauh melebihi rakyat sendiri.
Satu lagi ana nak tumpang ucapkan tahniah kepada jurucakap terbaru MITI yang tolong beri pandangan dan jawapan kepada hujah UNCTAD ini iaitu adik kepada PM kita , samada jawapan untuk mewakili kabinet atau hanya menteri MITI atau Menteri Kewangan tak tahu lah, tetapi walau bagaimana pun mungkin ia ada kaitan dengan mempertahankan kabinet abangnya itu, nampak sama macam apa yang menteri MITI jawab saja, tetapi menteri jawab selepas jurucakap tersebut bercakap.

Monday, July 26, 2010

Dimana salahnya 'little Napoleon'?

Sebut pasal little Napoleon ni, tertarik juga ana nak sentuh. Bukan pasal apa, kerana Tan Sri Sidek KSN baru-baru ni ada buat arahan supaya kakitangan awam jangan layan surat daripada orang politik didalam pemberian kontrak tertentu, melainkan jika ada merit dan keupayaan.
Memang kita tak mahu bantah perkara tersebut, memang kalau dah ada merit dan kemampuan tidak ada siapa yang patut tolak dia, tetapi kenapa baru sekarang perkara ini berlaku dan hendak dilaksanakan, bukankah benda ni dah lama sepatutnya dipraktiskan .
Satu saja pada jangkaan ana, kerana 4 negeri yang diperintah pakatan rasanya menjadikan kakitangan awam itu lebih berautoriti dan berintegriti berbanding dengan sebelum ini dimana apa juga projek dan program yang hendak dilaksanakan adalah atas sokongan dan pertolongan ahli politik walaupun mereka tidak ada merit dan kemampuan, lihatlah apa yang berlaku kepada projek yang disiarkan tidak dapat diteruskan kerana kontraktor tidak kompeten dan wang tidak cukup, ada satu kes misalnya di Selangor sehingga terpaksa kerajaan negeri ambil alih dan pulihkan projek tersebut kerana kontraktor yang lama tak lagi mampu nak teruskan.
Begitu juga kes projek yang runtuh dan roboh saperti yang berlaku di Terengganu , negeri yang kaya tetapi rakyat miskin itu.
Satu pihak ana setuju dengan arahan begini, tetapi ada juga yang tak betulnya kes ini, tak kan tak boleh langsung surat sokongan dari kami sebagai wakil rakyat ni dipertimbangkan oleh kakitangan awam berdasarkan kepada merit mereka, ini semua kena ikut prioritilah, jangan semuanya nak dibuat secara 'blanket' sahaja.
Bila negeri dah diperintah oleh PR, maka semua sokongan politik langsung tak boleh pakai, tapi masa BN perintah semua dulu, kalau yang tak layak dan tak ada merit pun, semua hampa boleh buat, tak lah bermakna politik boleh menguasai awam, tetapi ada logiknya dengan pandangan YB Khairi Jamaluddin MP Rembau dalam hal ini, dalam kes tertentu kena ada pertimbangan juga, kalau dia ada merit dan kemampuan, apa salahnya sokongan daripada wakil rakyat diberikan perhatian oleh kakitangan awam juga, ya tak ?.

Sunday, July 25, 2010

Nak nafi lagi ke ni!

Malaysia akan bankrup 2019 kalau terus-terusan kerajaan beri subsidi kepada rakyat, macam tu lebih kurang apa yang disebut oleh Menteri dibawah JPM.
Kalau macam ni, baik tok sah jadi menteri, lebih baik anda dok di MAS , kendalikan kapalterbang atau jual bangunan ke supaya keuntungan berganda diperolehi, lepas tu cukup tahun, tambah bonus.
Apa yang rakyat nak lihat, bagaimana urusan ekonomi yang dibuat dapat membantu rakyat didalam menjalani penghidupan seharian, barang lebih murah dan perkualiti, perkhidmatan lebih baik dan efisien serta khidmat yang lebih bermutu .
Kalau nak kerat itu dan ini dari rakyat, lepas tu beban itu dan ini kepada rakyat sesuai dengan moto rakyat didahulukan, maka tok sahlah nanti suruh rakyat buat itu dan ini kepada kerajaan pula.
Bercakap pasal bangkrup ini, kalau kita semak apa yang dibentangkan oleh UNCTAD terbaru, amat terkejut kita boleh kalah dengan Philippine dan Vietnam didalam menarik pelabur asing . Kemasukan pelabur asing bagi Malaysia hanya 1.38 Billion USD ,menjunam melebihi 81 % berbanding dengan Vietnam 44.1 % dan Indonesia 44.7 % serta Thailand 30.4 %. Negara lain saperti Myanmar, Singapura dan Philippine boleh mencapai kadar positif .
Lagi menyedihkan bila Laos dan Timor Leste yang baru merdeka pun mendapat hasil FDI positif tetapi kita negative, dimana yang masuk hanya 1.38 Billion USD tetapi yang keluar USD 8.04 billion.
Memang logik dan benar apa yang menteri kata, cuma bukan kerana beri subsidi kepada rakyat negara akan jatuh bangkrup , tetapi kerana salah urus dan salah tadbir serta masalah korupsi yang menjadi buah mulut dan bualan seantaro dunia bagi Malaysia ini. Lihat saja apa yang terjadi di Selangor, hasil pasir semasa BN perinah dengan hasilpasir masa PR mentadbir, jauh beza perolehan kepada kerajaan negeri kerana tiadanya untuk kroni dan rasuah didalam pemberian projek. Begitu juga hasil balak di Kedah , kalau BN perintah hasil kepada negeri hanya 8 juta setahun, tetapi sepanjang 2009, hasilnya menjadi 35 juta kesan daripada tender terbuka kerajaan.
Bagi pasir selangor, dari 2005 hingga 2007, hasil pasir memberikan kerajaan negeri sebanyak dalam lingkungan 4 juta setahun, tetapi 2009, ia mencapai 13.76 juta dan sehingga Jun 2010 ia memberi hasil sebanyak 15.30 juta .
Rasanya amat terang lagi bersuluh, apa yang berlaku selama ini dalam penghasilan kepada negeri dan rakyat serta kemasukan pelabur dalam dan asing banyak bergantung kepada sikap pemerintahan kerajaan itu sendiri dan buka kerana memberi subsidi kepada rakyat.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.