Tony Blair mantan PM Britain telah menjejakkan kaki di Sunway Convention Centre untuk satu pengucapan dan disambut oleh YB Pasir Mas dan lebih kurang 100 penunjuk perasaan yang khabarnya menghadiahkan selipar kepada Blair.
Akan tetapi mereka tidak dapat bertemu dengan En Blair, tetapi hanya sempat menemui pembantu beliau dan menyerahkan memo bantahan atas kekjaman mereka di Iraq.
Saturday, April 24, 2010
Friday, April 23, 2010
Tak boleh selam, tetiba timbul di Paris
Hairan juga rakyat bila sebut kata kapal selam pertama Malaysia tak boleh tenggelam , jawapan yang diberikan adalah masalah teknikal dan masih dalam gerenti lagi, tok sah gaduh, depa akan repair dan lepas tu elok balik lah.
Cuma apa yang disebut dalam parlimen hari tu, kos RM 450 juta tu adalah kos untuk pengurusan dan 'maintainence ' tetapi yang hairan tu kepada syarikat yang tak pernah punya pengalaman dalam halehwal kapal selam nih.
Tetapi bila baca cerita ni, baru tahu yang itu rupanya sedang disiasat berikutan dakwaan yang berlaku di Perancis sana. Kita disini sudah banyak tahun macam lupa dah ( melayu mudah lupa kata Tun Dr M), kes kapal selam dan komisyen RM 450 juta ni, rupanya Mat Saleh di Perancis tak pernah lupa. Yang ni ana salute Tn Dr M yang kata memang Melayu mudah lupa lah.
Kita tunggu dan lihat apa akan terjadi lepas nih, apakah APCO akan menasihatkan Malaysia lagi dalam hal kes di Paris lepas ni, atau selepas kita hantar memorendum kepada Penyimpan Mohor besar Raja-raja Melayu, maka kerajaan akan tamatkan perjanjian mengambil APCO yang didalamnya ada penasihat Yahudi dan perisik tentera Yahudi daripada terus jadi epnasihat komunikasi Malaysia demi menaikkan balik imej kita dimata luar.
Apa yang paling membimbangkan kita adalah klausa 8(1) dalam perjanjian yang ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan APCO Worldwide itu adalah berhubung rahsia negara
8(1) All government document and materials used in the course of the services shall be the absolute property of the Government . Any of the documents designated as "confidential" shall be treated as confidential by APCO.
Rahsia Kerajaan adalah rahsia APCO juga.
8(3) APCO may retain a copy of the reports, certification or materials used and prodeced under this agreement for its own record but shall not used the same for purpose unrelated to this agreement without the prior written approval of the Government.
Menariknya sejak bila Yahudi laknatullah yang jadi ALP APCO yang disebut sejarah Yahudi dalam Al quran oleh Allah ni yang patuh kepada perjanjian. Berapa ribu perjanjian dan desakan dunia yang moden hari ni yang mereka patuh?. Tak kan kita nak percaya dengan mereka akan simpan segala rasia dan dokumen kita yang akan jadi milik mereka nanti. yang

Wednesday, April 21, 2010
Bahas Akta Persaingan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Pendang.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
2130
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
kerana memberikan saya kesempatan untuk sama-sama bahas dalam Akta Persaingan ini.
Pertama sekali, ia merupakan satu yang ditunggu-tunggu terutamanya oleh pengguna dan juga oleh persatuan pengguna. Jadi kita mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri.
Ini kerana kita tahu pada masa ini ada beberapa komoditi di mana telah wujud amalan
monopoli ini seperti umpamanya beras, gandum, gula dan sebagainya. Industri yang bersifat monopoli ini sering kali menaikkan harga barangan mereka sekiranya barangan terbabit bukannya berada dalam senarai barangan kawalan lebih-lebih lagi apabila berlakunya musim-musim perayaan. Ini sudah pasti akan menimbulkan kegelisahan kepada pengguna khususnya yang berpendapatan rendah.
Oleh itu apabila Akta Persaingan ini diwujudkan, amalan monopoli ini diharap dapat
dibanteras. Selain itu pengguna juga dapat menggunakan kuasa mereka untuk membuat pilihan terutamanya dalam industri perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan yang lebih baik. Saya juga ingin bertanya adakah kerajaan selepas ini akan juga meminda Akta Kawalan Harga Barang 1946?
Ini bagi memasukkan peruntukan mengenai anti mengaut keuntungan berlebihan ataupun
disebut anti pencatutan. Peruntukan undang-undang ini juga sudah lama diminta oleh persatuan pengguna dan juga pengguna agar ia dilakukan pindaan.
Ini kerana pengguna sering berhadapan dengan kenaikan harga barangan apabila
kerajaan mengumumkan kenaikan harga barang seperti contohnya bahan api, komoditi
keperluan asas dan sebagainya. Begitu juga apabila berlaku kenaikan tarif seperti elektrik, air dan seumpamanya. Setiap kali harga atau tarif ini dinaikkan, wujud reaksi jaringan bagi barangan lain yang menggunakan bahan yang dinaikkan harga ataupun tarif. Maksudnya kalau gula naik,habislah teh tarik kah atau perkara-perkara yang menggunakan gula akan turut naik beriringan dengan harga barangan komoditi tersebut.
Maknanya peruntukan undang-undang yang ada pada masa ini adalah bergantung juga
pada Akta Harga Kawalan iaitu peniaga perlu meletakkan tanda harga pada barang jualan
mereka. Sekiranya tanda harga diletakkan, terserah kepada pengguna untuk membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan berkenaan ataupun tidak. Akan tetapi apabila peraturan anti pencatutan ini dilaksanakan, jika berlaku kenaikan harga sewenang-wenangnya maka kerajaan boleh mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas perkara tersebut.
Sebenarnya ada beberapa isu yang timbul hasil daripada pembentangan akta ini.
Pertama, kita pergi kepada seksyen 7 misalnya yang membuat pembatalan melalui proses gazet. Saya ingin tahu adakah ini cara efisien ataupun belum kerana ia belum dapat dipastikan. Namun mungkin ia boleh dipertimbangkan oleh kerajaan untuk memberikan kuasa kepada Menteri atas rekomendasi daripada suruhanjaya untuk membuat pembatalan. Saya ingin menyokong apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka tadi, sepatutnya akta suruhanjaya itu disebut terlebih dahulu daripada akta ini tetapi mungkin ia mempunyai alasan yang mungkin diberitahu oleh Menteri selepas ini.
Di bawah seksyen 10 berkenaan dengan salah guna kuasa dominan. Mungkin ia
memberikan kesan kepada firma besar, contohnya Microsoft, TNB dan Telekom. Masing-masing dari syarikat ini berfungsi atas sifat monopoli ke atas perisian komputer misalnya Microsoft, atau membekalkan elektrik bagi TNB dan juga talian telefon yang lain bagi TM. Dalam seksyen 15 juga saya ingin tahu apakah aduan hanya boleh dibuat oleh seseorang dan tidak termasuk entiti lain seperti syarikat atau agensi kerajaan atau pertubuhan atau lain-lain seperti NGO yang ada
hubung kait dengan kepenggunaan.
Dalam seksyen 19 juga, adakah ia memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk
memegang dokumen untuk selama tempoh yang difikirkan perlu, mungkin kah ini akan
menyusahkan peniaga jika dibuat tanpa had masa yang tertentu. Seksyen 29(2) menyatakan
notis bertulis mengenai penyertaan tidak perlu diberikan jika suspek hadir. Mungkin berlaku salah guna kuasa di sini dan di sarankan supaya notis bertulis diberikan tanpa mengira suspek sama ada ia hadir ataupun tidak.
Seksyen 31 Tuan Yang di-Pertua, mengatakan tiada ganti rugi yang boleh diperoleh atas
sitaan. Maknanya kalau berlaku sesuatu - premis itu disita. Hal in bercanggah dengan Perkara 13(2) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tiada orang yang boleh dilucutkan harganya tanpa pampasan yang mencukupi. Seterusnya seksyen 41 - rejim kelonggaran.
Peruntukan seperti ini belum ada dalam akta lain tetapi kenapakah peruntukan seperti ini berada dalam Akta Persaingan ini. Biasanya dalam akta lain, dimasukkan peruntukan berkaitan kuasa untuk mengeluarkan kompaun sahaja.
Dalam seksyen 44, adakah tribunal rayuan persaingan ini hanya satu sahaja yang akan
dibentuk? Apakah rasional dibuat tribunal rayuan persaingan? Adakah ia model seperti mana dalam Mahkamah Persekutuan? Seksyen 45 yang disebut oleh Menteri tadi, saya juga ingin bertanya. Apakah keperluan melantik seorang hakim mahkamah tinggi menjadi presiden?
Memadailah dimasukkan peruntukan bahawa presiden itu hendaklah mempunyai kelayakan
sebagai seorang Hakim Mahkamah Tinggi.
Ini kerana dalam seksyen 47, Perdana Menteri boleh membatalkan pelantikan
sedangkan presidennya adalah seorang hakim. Seorang hakim hanya boleh dibuang ataupun
dilucutkan melalui satu tribunal dan ini akan menyebabkan satu embarrassment kepada presiden tersebut. Seterusnya keputusan tribunal kemudiannya akan boleh diulang kaji oleh sebuah Mahkamah Tinggi.
Oleh itu saya harap isu-isu yang saya timbulkan ini dalam perbahasan ini dapat
mendapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri dalam sesi jawapan nanti.
Sekian Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.

Sekelip mata kita berubah.
Berubah.
Itu antara tajuk yang menjadikan Hulu Selangor sekarang panas dan kelam dengan bunting, poster dan banner. Kadang-kadang susah nak teka siapa yang lawan sebeanrnya.
Apa yang menarik bila ada banner yang tulis BN mampu mengubah.
Tertarik ana bila baca komen Che Det kata, kita dah berubah, berubah kepada menekan rakan se Islam kita Iran dengan melutut kepada Amerika selepas 3 hari berjumpa Obama, bukan OOsama.
dimana ketelusan?
Menarik apabila membaca apa yang dijawab oleh calon BN di Hulu Selangor apabila ditanya oleh pemberita , beliau berkata dia tidak pernah mencium tangan TPM. Lalu ada orang bawa gambar dan paparkan apa yang berlaku sebenarnya, dan memang jelas dilihat dia mencium tangannya sendiri tanpa TPM sedar bahawa dalam suasana baru disebut nama menjadi calon beliau sudah pandai membelit dalam memberi jawapan.
Ana juga terpegun dengan silat lincah anak buah Samy Vellu ini, kalau ketua dia pandai memusing UMNO dengan 3-0, maka apa kurang calon ni, sanggup dia memperdaya TPM dengan jawapan yang benar diberikan kepada pemberita. Siapa sebenarnya tertipu dalam hal ini, ?. Maka ana nak tambah, sampai la, 4-0 TPM dah kena dengan calon Hulu Selangor dari BN ni. Kesian UMNO especially TPM.
Setakat 4-0 masih belum cukup, ianya perlu ditambah, maka satu lagi pasti akan memberikan markah yang amat menyenangkan BN untuk terus memperdaya rakyat dengan jawapan yang beliau berikan. Gol kelima beliau dapat dilihat disini.

Tuesday, April 20, 2010
MA, adakah anda berisiko bersalah di Klinik 1 Malaysia.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat Gombak.
Yang Berhormat Pendang, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
9.39 mlm.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
Butiran 010200 – Sumber Manusia. Saya masih ingin menyentuh tentang Klinik 1Malaysia
berhubung dengan Sumber Manusia ini. Saya tidak tahulah dari mana Yang Berhormat Menteri telah menggunakan perkataan ‘Assistant Medical Officer’. Kerana saya cari dalam Akta 50, Medical Act, Akta Medical Assistant, Akta 180 tidak ada istilah sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Ini kerana saya menyuarakan hasrat ini disebabkan oleh kita memerlukan RM150 juta untuk tambahan emolumen.
Ini kerana kalau kita sebut assistant medical officer, mereka tidak tergolong dalam
kategori mana dalam Akta 50 ataupun Akta 180. Bahkan kalau kita tinjau daripada Akta 366 iaitu Akta Racun pun. Assistant medical officer ini tidak termasuk dalam golongan mereka yang layak untuk memberi preskripsi di dalam Akta Racun ini.
Saya mendapat feedback daripada rakan-rakan yang bekerja sebagai pembantu
perubatan. Mereka ini tertakluk di bawah ketiga-tiga akta ini di dalam menjalankan tugas. Ini kerana kalau kita lihat daripada Fasal 33(1)(f), mereka ini sebenarnya tidak layak untuk menduduki mana-mana klinik, dispensari ataupun hospital ataupun mana-mana pusat apa juga nama pun tanpa pemantauan daripada pegawai perubatan.
Mereka tidak boleh disebut sebagai penolong pegawai perubatan kerana mereka ini adalah medical assistant (pembantu perubatan).
Oleh sebab itu apabila kita daripada akta yang digubal pada tahun 1986, iaitu
pengecualian daripada menggunakan alatan-alatan perubatan. Kalau kita melihat sendiri
daripada akta perubatan sendiri iaitu Medical Act 36(2)(p); “Penggunaan oleh seseorang dalam menjalankan amalan perubatan ataupun pembedahan iaitu menggunakan sphygmomanometer, stethoscope, hypodermic syringe atau alat lain yang digunakan khusus oleh orang yang berkelulusan menjalankan amalan perubatan atau pembedahan mengikut kaedah-kaedah sains yang moden hendaklah disifatkan sebagai penggunaan alat yang dimaksudkan untuk mendorong seseorang mempercayai bahawa dia berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan.”
Maknanya sekiranya mereka ini tidak berdaftar dengan lembaga perubatan, mereka ini tidak layak untuk menggunakan peralatan-peralatan perubatan ini.
Oleh sebab itu dibuat atau digubal satu akta khas - kalau tidak silap dalam tahun 1986
untuk mereka menggunakan peralatan perubatan ini. Senarainya memang panjang - jarum, alat tekanan darah, stetoskop. Bahkan untuk melihat melalui auriskop pun mereka ini mesti menggunakannya dibawah pemantauan pegawai yang berdaftar dengan lembaga perubatan.
Maknanya jika sekiranya kita meletakkan seorang pembantu perubatan ini di sebuah
klinik seperti mana sekarang ini disebut sebagai Klinik 1Malaysia tanpa pemantauan daripada pegawai perubatan yang khusus, mereka ini boleh disabitkan sebagai melakukan kesalahan sebagaimana yang disebutkan di bawah Fasal 33(1)(f); “Seseorang yang tidak didaftarkan atau tidak dikecualikan daripada pendaftaran di bawah akta ini mereka telah melakukan satu kesalahan didalam akta ini.”
Ini maknanya mereka amat terdedah kepada suatu kesalahan yang boleh disabitkan jika
sekiranya terdapat sesuatu masalah di dalam masa mereka memberikan rawatan. Saya bukan
hendak mempertikaikan apa yang dibuat oleh kerajaan tetapi mereka ini berada dalam keadaan berisiko.
Mungkin itulah sebabnya kerajaan telah meletakkan nama ini sebagai penolong
pegawai perubatan. Sebenarnya mereka ini adalah pembantu perubatan bukannya penolong
pegawai perubatan.
Kalau kita melihat jawapan daripada Dr. Noraini Baba pada 30 Mac - kalau tidak silap
saya berhubung dengan MC yang diberikan oleh medical assistant ini. Ia mengatakan mereka ini ‘not illegal’ tetapi ‘invalid’ MC yang dikeluarkan. Ini kerana kalau kita melihat dalam Employment Act 1955 dalam Fasal 60(f) – sick leave. Mereka ini memang tidak layak untuk mengeluarkan sijil cuti sakit.
Kalau kita lihat kepada Akta tahun 1986 – Medical Instrument Exemptions juga mereka ini jika hendak menggunakan peralatan perubatan mestilah di bawah pemantauan secara direct yang melihat penggunaan itu di dalam bilik pemeriksaan oleh pegawai perubatan yang berdaftar dengan medical council ataupun MMC. Saya rasa ini perlu diberi perhatian oleh kementerian kerana mereka ini...
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Sedikit, boleh?
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, tidak perlulah, Yang
Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Ini penting. Saya
mendengarkan ini sebagai mengikut satu persatuan aktiviti yang legislative activity.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang ini pun peringkat dasar, Yang
Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: ...Saya sedikit sahaja. Saya
hendak tanya kalau betul tambahan ini. Yang Berhormat Menteri boleh jawab nanti. Untuk tujuan perbelanjaan 1Malaysia kerana aktivitinya masih lagi di peringkat orang kata – kalau hendak dikatakan haram pun belum lagilah, mohon penjelasan. Akan tetapi kalau itu tujuan perbelanjaannya itu sebagai tambahan Klinik 1Malaysia, saya rasa perbahasan kita pada hari ini tidak wajar. Ia perlu diselesaikan dari segi legality nya itu. Mohon penjelasan, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Itulah yang saya menyentuh
dalam sumber manusia ini sebab...
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Akan tetapi isu yang ini dasar, Yang
Berhormat. Akan tetapi tidak mengapalah, Yang Berhormat Menteri akan menjawab nanti.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Sebanyak RM150 juta dipohon
daripada kita untuk diluluskan sebagai tambahan kepada emolumen...
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Emolumen itu gaji pekerja. Yang ini cerita
dasar mengenai Klinik 1Malaysia. Akan tetapi tidak mengapalah Yang Berhormat. Habiskanlah.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: ...Pekerja yang dibayar gaji.
Perkara yang kedua yang hendak saya sentuh adalah berhubung dengan keperluan kepada
bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan – RM25.8 juta.
Kalau kita renung kembali pada tahun lepas Malaysia menghadapi masalah dengan susu
yang diimport dari China yang dicemari oleh melamine. Yang Berhormat Menteri juga
mengatakan pada ketika itu kita tidak mempunyai makmal yang cukup untuk mengadakan ujian.
Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri pada hari ini, sebanyak manakah
pembangunan makmal ini yang telah kita lakukan? Ini kerana kita banyak mengimport bahanbahan makanan terutama sekali makanan-makanan yang kita rasa perlu dimasukkan ke makmal untuk diuji. Kita tidak mahu apabila satu ataupun dua orang telah mati barulah kita mengatakan kita tidak mempunyai cukup makmal.
Ketiga, berhubung dengan rawatan penyelidikan kanser dan juga peruntukan sebanyak
RM7.8 juta untuk Pusat Perubatan Kanser. Jadi saya ingin bertanya apakah terjadi dengan pusat perubatan kanser yang telah dibina di Putrajaya semasa Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri? Apakah berita yang mengatakan ia terbantut ataupun terberhenti daripada pembinaan itu benar?
Kenapakah tidak diwujudkan sebuah pusat rawatan kanser di sebelah utara kerana
sekarang ini kebanyakan rawatan kanser di sebelah utara diambil alih oleh Mount Miriam Cancer Hospital yang kerajaan juga memerlukan pembayaran yang banyak kerana ia merupakan sebuah hospital swasta yang digunakan untuk merawat pesakit-pesakit kanser. Jadi itulah sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Pendang. Saya hendak
jelaskan di sini bahawa apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Pendang bahawa MA kita
tidak menjalankan tugas di luar bidang kuasa atau pun di luar bidang kuasa undang-undang.
Saya hendak katakan bahawa itu tidak benar. Memang, di bawah Medical Act 1971, bidang
kuasanya hanya untuk doktor, pegawai perubatan.
Akan tetapi bagi medical assistant dan jururawat ada juga peraturan-peraturan dan juga
undang-undang yang lain untuk membolehkan MA dan jururawat memberi perkhidmatan
kesihatan yang sebaik mungkin. Oleh itu, apa yang diguna pakai sekarang di klinik 1Malaysia
bagi medical assistant iaitu pembantu perubatan memang kita mempunyai menurut undangundang
yang sedia ada. Kerajaan tidak akan melakukan apa-apa di luar undang-undang yang
disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Pendang.
Saya hendak jelaskan bahawa it is not bukan undang-undang yang disebut oleh Yang
Berhormat Pendang tadi. Ya.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Pertamanya, saya ada dua isu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya tentang nama dia. Memang jelas disebut di dalam
klinik 1Malaysia, Penolong Pegawai Perubatan. Kenapa digunakan sebagai Penolong Pegawai
Perubatan?
Keduanya saya hendak baca di sini Akta Poison 1952, Act 366 iaitu menjadi kesalahan
memberikan ubat, rawatan, apa semua ini. Kedua, Seksyen 22, “in this act where anything is
located to be done under the immediate personal provision in any person. Kemudian, it shall be
deem to held be so done if such person was at the time it was done open the premises where it
was done. Itu yang kedua.
Ketiganya, immediate consultation by the person doing such thing. Immediate
consultation maknanya sekiranya misal klinik 1Malaysia berada di Kerinchi dan pegawai
perubatan itu berada di hospital. Macam mana dia hendak boleh mengadakan immediate
consultation. Terlalu jauh tempat itu.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai: Biar saya jelaskan Yang Berhormat Pendang ya. Bahawa
yang disebutkan istilah Penolong Pegawai Perubatan, saya hendak jelaskan bahawa perubahan nama pembantu perubatan kepada Penolong Pegawai Perubatan dibuat berikutan daripada perubahan gelaran jawatan, JPA yang berkenaan dan seterusnya diikuti dengan perubahan nama skim perkhidmatan tersebut.
Sekarang di bawah akta. Kita ada Akta Pembantu Perubatan 1977. Kita sedang dalam
proses pindaan untuk menyelaras nama-nama gelaran yang dikatakan tadi. Memang di bawah akta ini menteri juga mempunyai kuasa untuk membuat peraturan-peraturan untuk memastikan bahawa semua pegawai yang dihantar di mana-mana tempat perkhidmatan menjalankan tugas dengan penuh tertib.
Itu berhubung dengan klinik 1Malaysia.
Berhubung dengan isu MC yang diutarakan tadi, saya hendak tegaskan di sini bahawa
memang kita tidak membenarkan MA untuk mengeluarkan MC. Memang hanya pegawai
perubatan sahaja yang mengeluarkan MC tetapi bagi sesetengah tempat di Sarawak dan Sabah, di kawasan pedalaman yang hanya mempunyai perkhidmatan pembantu perubatan, sesetengah pihaknya hanya pegawai tersebut yang ada di kawasan tersebut.
Oleh itu, MC yang dikeluarkan itu diberi pertimbangan oleh pihak-pihak yang tertentu.
Memang di Semenanjung kita tidak mempunyai masalah inilah. Saya hendak jelaskan bahawa semua pembantu perubatan klinik 1Malaysia adalah dipantau dengan rapi oleh doktor-doktor yang membuat lawatan berjadual ke klinik 1Malaysia.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak beri jalan lagi Yang Berhormat?
Dato’ Seri Liow Tiong Lai: Ya, boleh, boleh.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Yang pertamanya berhubung
dengan apa Yang Berhormat Menteri sebut tadi pengistilahan baru. Maknanya belum termaktub dalam akta sama ada Akta Medical Act atau pun MA Registration Act, Akta 180. Maknanya masih belum wujud lagi akta, kemudian telah diubah nama.
Maknanya yang saya sebut tadi tidak ada akta yang melindungi mereka jika sekiranya
berlaku sesuatu perkara sebab Yang Berhormat Menteri kata tadi akan dibuat akta yang akan dibentangkan tadi.
Keduanya, tentang MC tadi. Saya juga ingin mendapatkan gambaran bagaimanakah
seandainya misalnya dia buka sehingga 10 malam. Pekerja terpaksa mendapatkan MC tetapi MA tidak layak untuk mengeluarkan MC.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Jawatankuasa]
Maknanya mereka tidak dapat pergi bekerja dan saya pun tidak tahu bagaimana kita
hendak mengesahkan bahawasanya dia itu sakit dan tidak diterima oleh employernya bahawa dia sakit dan boleh mendapatkan MC. Padahal MA itu terdedah kepada undang-undang yang tidak membenarkan mereka memberi sijil cuti sakit.

Perbahasan Kem Pelajaran peringkat JK
DR. 19.4.2010
152
8.39 mlm.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Ada dua tiga perkara yang saya hendak
sentuh.
Pertama, tentang jaket keselamatan. Walaupun ini perkara baru yang disentuh dalam
perkara ini, saya ingin tahu siapakah atau murid-murid jenis manakah yang diperuntukkan untuk
jaket keselamatan ini? Sama ada mereka yang sekolah rendah, sekolah menengah ataupun
sesiapa sahaja daripada murid-murid tersebut? Apakah kategori murid ini? Pelajar miskin
ataupun mereka yang tidak tergolong kepada pelajar miskin? Juga syarikat manakah yang
dianugerahkan pembekalan jaket ini?
2040
Kedua, tentang elaun murid berkeperluan khas. Apakah maknanya berkeperluan khas di
sini? Apakah mereka ini tergolong mereka-mereka yang memerlukan cermin mata kah, misalnya
hearing aid atau yang kurang pendengaran atau pun apa juga bentuk-bentuk keperluan khas
yang di peruntukan kepada murid-murid ini. Ketiga, tentang elaun balik kampung. Saya
mendapat keluhan daripada guru-guru yang mengajar di Sarawak dan juga yang boleh berpindah
ke Semenanjung. Mereka mengatakan mereka tidak mendapat elaun kargo. Maknanya apabila
mereka membawa balik barang-barang dari Sarawak ke Semenanjung melalui kargo kapal,
mereka terpaksa menunggu hampir satu tahun. Apabila mereka menghantar borang untuk claim,
mereka tidak diberitahu bilakah barang-barang mereka akan sampai dan kadang-kadang mereka
terpaksa - sebab kalau menghantar kereta dari Sarawak ke Semenanjungnya mereka terpaksa
membeli kereta lain di Semenanjung ini kerana bila tidak dapat ditentukan kereta yang mereka
hantar di Sarawak itu akan sampai. Ini berlaku beberapa kali dan beberapa orang telah bertemu
dengan saya dan minta perkara ini dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat ini.
Saya harap pihak kementerian dapat memberi penerangan sejelas-jelasnya
bagaimanakah teknik atau cara sebenarnya mereka hendak menuntut atau claim balik elaun
balik kampung ini yang mereka terpaksa menggunakan modal yang lain untuk membeli barangbarang
keperluan yang mereka telah kelewatan hampir satu tahun tersebut. Seterusnya,
berhubung dengan keluhan yang disentuh oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu tadi, saya rasa
banyak juga kes-kes di mana sekolah-sekolah terpaksa membayar sendiri bil-bil menggunakan
kepandaian mereka untuk mencari dana untuk membayar bil. Saya rasa ini satu perkara yang
perlu diberi perhatian oleh pihak kementerianlah. Tidak mungkinlah sekolah yang diberi modal
oleh kerajaan juga terpaksa guru-guru dan guru besar sendiri mencari modal untuk membayar bil
utiliti ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Monday, April 19, 2010
Bahas titah Di Raja 25 Mac 2010
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Pendang.
6.39 ptg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Assalamualaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan
saya kesempatan untuk sama-sama berbahas menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pertama sekali saya
ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Polis” kepada Polis Di-Raja Malaysia.
Saya ingin memperingati Menteri Dalam Negeri supaya lihat-lihat sedikit balai polis yang
dibuat di Pendang itu sudah beberapa kali ditangguh-tangguh sehingga sekarang pun
belum diteruskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tiga perkara dalam perbahasan ini.
DR.25.3.2010
165
1840
Pertamanya, tentang pendidikan dan juga kesihatan. Seperti mana yang kita
tahu pendidikan dan kesihatan adalah merupakan dua perkhidmatan yang penting yang
menjadi kewajipan kepada pemerintah untuk dinikmati oleh rakyat. Oleh itu apa juga
persediaan mestilah dalam usaha untuk menjadikan rakyat ini sihat dan juga rakyat ini
cerdik. Usaha ke arah itu perlu dilakukan agar perubatan yang mampu diperoleh oleh
rakyat dan pendidikan yang berkualiti dan murah tidak membebankan demi melahirkan
generasi yang berilmu. Ini kerana generasi yang berilmu dan cerdik serta sihatlah yang
akan membantu untuk membangunkan negara.
Mutakhir ini rakyat agak hairan dan juga ibu bapa merasa terkilan apabila
mendengar peruntukan ratusan juta untuk Permata Negara. Padahal dalam masa yang
sama peruntukan untuk anak-anak sekolah biasa iaitu sekolah rendah dan juga
menengah khabarnya terpaksa dikurangkan sehingga 10% hingga 15% oleh kerana
kekangan daripada bajet 2010. Keluhan terhadap makanan asrama yang telah
dikurangkan daripada 250 hari kepada 200 hari pada setengah-setengah sekolah
memaksa setengah ibu bapa membawa balik anak mereka setiap hujung minggu ke
rumah yang sudah pasti akan lebih membebankan kalau mereka tinggal agak jauh
daripada asrama sekolah.
Bukan setakat kos minyak, kos tol bahkan masa dan tenaga terbuang begitu
sahaja. Begitu juga pakaian untuk pasukan beruniform yang diberikan semasa zaman
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah ditarik balik khabarnya dan peruntukan tuisyen juga
telah ditiadakan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian berhubung
dengan perkara ini. Jadi adakah berbaloi dengan kita memperhebatkan peruntukan
untuk pra-sekolah melalui Permata tetapi mengesampingkan sekolah aliran perdana
yang menjadi inti pati utama pendidikan anak-anak kita di sekolah.
Ada kedengaran baru-baru ini disebut di dalam Parlimen ini ada pihak PIBG
setengah sekolah di Pahang misalnya. Anak-anak terpaksa membawa cat sendiri ke
sekolah untuk menceriakan sekolah dan mengecat semula sekolah. Jadi saya rasa
perkara ini perlulah diberi perhatian oleh kementerian berhubung dengan peruntukan
untuk bidang pendidikan ini. Begitu juga daripada sahabat-sahabat yang menjadi guru.
Mereka mengatakan banyak sekolah sekarang ini telah membuka ruang yang begitu
luas untuk ibu bapa membayar yuran. Sehingga ke akhir tahun supaya sekolah dapat
mengutip yuran yang mana sebelum ini hanya dikhaskan kepada masa permulaan
persekolahan sahaja.
DR.25.3.2010
166
Apakah benar bahawa KWAM ataupun amanah untuk pelajar-pelajar miskin ini
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin sudah tiada ataupun menyusut jumlahnya
berbanding dengan dahulu. Juga biasiswa sukan untuk pelajar-pelajar di sekolah sukan.
Begitu juga Rancangan Makanan Tambahan untuk pelajar-pelajar sekolah dan juga
yuran tuisyen. Jadi saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian
agar ibu bapa lebih jelas dengan apa yang telah berlaku di dalam Kementerian
Pendidikan pada hari ini.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Apakah khabar ini hanya
merupakan khabar-khabar angin yang kita dengar di tepi-tepi jalan ataupun ia
merupakan perkara yang sebenar berlaku. Ini kerana banyak keluhan yang saya terima
daripada ibu bapa berhubung dengan pengurangan perbelanjaan seperti mana yang
telah saya sebutkan tadi.
Keduanya berhubung bidang kesihatan. Satu perkara yang juga menjadi
masalah kepada rakyat pada hari ini adalah pelaksanaan full paying patient ataupun
sebelum ini disebut sebagai private wing in major government hospital. Saya telah pun
menyentuh perkara ini dalam perbahasan pada sesi yang lepas iaitu Parlimen yang ke
sebelas kalau tidak silap saya dalam tahun 2005. Berhubung dengan private wing dalam
hospital kerajaan ini kita memberi perhatian khusus supaya benda ini tidak
dilaksanakan. Akan tetapi khabarnya daripada jawapan yang telah diberikan kepada
wakil dari Sungai Siput ianya akan dilaksanakan pada tahun ini melibatkan semua
hospital-hospital besar kerajaan yang mempunyai pakar.
Ini memberikan masalah kepada rakyat kerana pesakit akan ataupun pesakitpesakit
tertentu yang mempunyai wang akan membayar kos perkhidmatan untuk
mendapat rawatan pakar yang sama yang merawat pesakit-pesakit yang tidak
membayar di hospital yang sama. Ini sudah pasti akan menimbulkan conflict of interest
kerana mereka terpaksa melayan pesakit yang membayar. Maknanya swasta di hospital
awam ini melebihi rawatan terhadap pesakit biasa yang tidak membayar seperti petani,
penoreh getah dan juga lain-lain kategori yang tidak membayar di hospital berkenaan.
Sebenarnya fokus utama memberi rawatan tentulah oleh pakar ini kepada
mereka yang membayar. Walaupun dikatakan hanya boleh dilakukan perkhidmatan ini
selepas waktu pejabat. Ini kerana seperti mana yang kita tahu sakit ini dia tidak datang
sebelum waktu pejabat ataupun selepas waktu pejabat. Masa dia datang maka ketika itu
doktor sedang merawat pesakit yang dibayar ongkosnya untuk mendapat rawatan pakar
tersebut. Maka sudah tentulah doktor pakar ini akan memberi tumpuan kepada mereka
DR.25.3.2010
167
yang membayar daripada mereka yang tidak membayar. Inilah yang saya maksudkan
sebagai mempunyai conflict of interest di dalam memberi rawatan.
Kita hendaklah mengetahui bahawasanya 60% daripada rakyat kita ini daripada
28 juta masih lagi tidak mempunyai kemampuan untuk mendapat perkhidmatan rawatan
pakar yang berbayar seperti mana di hospital swasta. Tuan Yang di-Pertua pelaksanaan
skim full paying patient ini dilakukan adalah satu usaha untuk menghalang daripada
doktor pakar berhijrah ke sektor swasta. Akan tetapi kerajaan kena membuat kajian
yang lebih. Kalau hanya dua hospital iaitu Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya
yang dibuat kajian saya rasa ini belum cukup mampu untuk memberikan keputusan.
Bahawasanya ia wajar dilaksanakan di hospital dalam negara kita ini.
Tujuannya adalah untuk menghalang daripada doktor berhijrah daripada sektor
awam ke sektor swasta. Ini kerana memang diketahui di sektor swasta mereka
mempunyai memberi imbuhan yang lebih. Salah satu daripada puncanya adalah dengan
kewujudan banyak hospital-hospital swasta di satu-satu tempat. Jadi saya harap pihak
kerajaan ataupun kementerian perlu memberi perhatian supaya seboleh-bolehnya
mengehadkan jumlah hospital-hospital swasta bergantung kepada jumlah penduduk di
sesuatu kawasan tersebut. Ini kerana jika sekiranya terlalu banyak hospital swasta
memanglah ia akan menjadi faktor penarik kepada doktor-doktor pakar tersebut
mewujudkan skim perkhidmatan yang lebih baik kepada doktor-doktor pakar.
Memang telah diwujudkan sekarang ini skim yang disebut sebagai LOCAM.
Sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kurangnya penghijrahan doktor-doktor
pakar ke sektor swasta. Akan tetapi ia tidak boleh menyekat terus mereka ini daripada
pergi ke sektor swasta. Pada masa ini diketahui bahawasanya keseluruhan doktor yang
ada dalam negara ini 30% daripada mereka berada di sektor awam terpaksa merawat
70% pesakit yang datang -berbanding dengan 70% mereka yang berada di sektor
swasta merawat 30% pesakit yang pergi ke sektor swasta.
Oleh kerana perkhidmatan yang tidak seimbang inilah sudah tentu akan
menjadikan sektor awam membebankan mereka-mereka yang masih tinggal di
perkhidmatan awam tersebut. Kita amat bimbang pelaksanaan full paying patient ini
bukan nanti menghalang doktor daripada berhijrah ke sektor swasta. Akan tetapi ia akan
menambahkan lagi peritnya ataupun menambahkan jumlah doktor yang pergi ke sektor
swasta. Ini kerana yang berada awam ini terpaksa merawat pesakit yang ramai jadi
mereka pun merasa bebanan terpaksa merawat pesakit yang ramai tersebut lebih
DR.25.3.2010
168
baiklah mereka berhijrah ke sektor swasta. Jadi saya rasa ini merupakan satu faktor
yang perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian.
Tuan Yang di-Pertua usaha ini memang daripada awal lagi sudah nampak
bahawasanya usaha-usaha untuk menswastakan hospital awam yang telah diuaruarkan.
Sebelum ataupun pada zaman Perdana Menteri dahulu lagi pun kita sudah
dengar. Ini kerana dalam masa sekarang ini sekurang-kurangnya enam perkhidmatan di
dalam hospital sudah pun diswastakan iaitu pembekalan wad, dobi, pembersihan,
pelupusan sisa perubatan semuanya ini sudah pun diswastakan di hospital awam. Jadi
kemungkinan salah satu daripada caranya untuk tidak menampakkan sangat
penswastaan ini ataupun keputusan diswastakan adalah dengan mewujudkan full
paying patient di dalam hospital awam.
1850
Satu lagi perkara dalam bidang perubatan ini, saya berasa amat kesal apa yang
disebutkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan pada 17 Mac pada tahun 2010
ini mengatakan kementerian akan melaksanakan penghantaran ubat ke rumah melalui
pos laju. Ini satu perkara yang saya rasa perlu di fikir semula oleh pihak kementerian
kerana saya juga ingin tahu apakah penyakit sebenarnya yang dapat diberi rawatan
melalui pos laju ini. Ini kerana setiap rawatan yang kita hendak berikan kepada pesakit
mestilah melalui pemeriksaan, melalui diagnosis barulah kita memberi rawatan kerana
kalau dia kata hanya untuk menyambung rawatan, penyakit apa pun, rawatan apa pun
yang hendak kita berikan kepada pesakit, mestilah kita melihat pesakit itu terlebih
dahulu. Walaupun kita katakan penyakit kronik misalnya darah tinggi, kencing manis,
mereka ini perlu dilihat, diperiksa tekanannya, diperiksa kandungan gula di dalam
darahnya, barulah kita boleh memberi rawatan.
Apakah pula sekiranya kita memberi rawatan yang lama misalnya dua bulan
ataupun tiga bulan, padahal tidak melakukan pemeriksaan. Ini sesuatu perkara yang
perlu diberi perhatian dan di fikir semula oleh Ketua Pengarah ataupun pihak
Kementerian Kesihatan. Seterusnya tentang konsep Klinik 1Malaysia, juga saya
rasakan satu perkara yang perlu di fikir semula oleh Perdana Menteri kerana daripada
apa yang kita lihat, akta 586 yang digazet pada tahun 1998 berhubung dengan
pembukaan klinik swasta, perkhidmatan perubatan swasta. Walaupun ianya bukan
Klinik 1Malaysia ini bukan klinik perubatan swasta tetapi mungkin ianya tidak terletak di
bawah pusat kesihatan ataupun tidak terletak di bawah mana-mana hospital, hospital
daerah ataupun hospital besar, ia mestilah dikendalikan atau mengikut akta ini mesti
DR.25.3.2010
169
dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan. Ia tidak boleh dikendalikan oleh
pembantu perubatan kerana tanggung jawab terhadap pesakit ini merupakan satu
tanggung jawab antara hidup dengan mati.
Apa yang berlaku kepada pesakit, dia mempunyai risiko kepada orang yang
merawat tersebut. Seandainya sesuatu berlaku ke atas pesakit, apakah Pembantu
Pegawai Perubatan ini mempunyai autoriti untuk menjawab ataupun memberi maklum
balas terhadap kesan sampingan yang berlaku kerana sebuah klinik mesti dikendalikan
oleh seorang doktor bertauliah yang mendapat tauliah daripada Malaysia Medical
Counsil (MMC) dan juga sijil amalan, ianya mestilah diperbaharui setiap tahun. Jadi
saya tidak tahulah Klinik 1Malaysia ini apakah selain daripada rawatan demam, batuk
dan selesema yang diberikan oleh Pembantu Pegawai Perubatan tersebut kerana satu
kajian yang telah dibuat oleh Doktor T. Jayabalan yang mewakili Majlis Kesatuan
Sekerja Malaysia (MTUC) juga merupakan penasihat kesihatan kepada Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAPP), dia mengatakan Klinik 1Malaysia ada Pegawai
Pembantu Perubatan yang memberikan ubat yang silap kepada pesakit. Kejadian
berkenaan di Kampar, Perak.
Mereka memberikan preskripsi untuk ubat yang salah dan ada juga yang
membekalkan ubat yang mereka tidak ditauliahkan untuk berbuat demikian, sebab
pembantu perubatan ini dia hanya boleh memberikan ubat pada Kategori C, manakala
Kategori B dan A tidak boleh diberikan. Jadi maknanya mereka ini tertakluk kepada
regulation Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan. Ada juga yang didapati gagal
mengenal pasti sakit yang dihadapi oleh pengunjung klinik ini, seandainya tidak dapat
membuat diagnosis, maka mereka tidak dapat melakukan rawatan yang sebenarnya.
Jadi inilah merupakan kesilapan yang berlaku pada Klinik 1Malaysia.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan masalah pelajar cemerlang
yang banyak disebut oleh sahabat-sahabat kita tadi, saya juga agak keliru dengan
kategori pelajar cemerlang yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran pada
keputusan 2009 yang lepas. Pelajar cemerlang tersebut adalah Gladys Tan Yee Kim
dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching yang mendapat 10A+.
Sememangnya kita mengucapkan tahniah kepada beliau tetapi ada lagi-saya hendak
tahu bagaimanakah pengkategorian pelajar cemerlang ini kerana kalau kita lihat
daripada pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong, saudara Zamir Izzat
Abdul Raihan, dia mendapat 14A, 13A+ dan 1A serta hafiz 30 juzuk dan juga Ahmad
Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhamadi Lelaki mendapat 15A, 12A+, 2A dan 1ADR.
25.3.2010
170
dan juga Habibah Hanan Mat Yusof Maahad Muhamadi Perempuan mendapat 15A,
10A+. Jadi kita tidak tahu kategori bagaimana yang dikatakan ianya cemerlang, adakah
bergantung kepada “A+” yang banyak ataupun sama ada sekolah, sama ada sekolah
menengah biasa ia masuk dalam kategori cemerlang, kalau sekolah yang bukan
sekolah menengah biasa tidak termasuk dalam kategori cemerlang ini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menegur sedikit kepada
Kementerian Penerangan berhubung dengan apa yang berlaku di negeri kedah, kita
semua tahu bahawa negeri Kedah satu-satunya orang kata RTM ini menyiarkan
laporan-laporan setiap malam daripada pembangkang. Kalau negeri-negeri lain tidak
ada laporan daripada pembangkang tetapi negeri Kedah ini memang, kalau rakyat tidak
bayar kos rumah rendah pun masuk dalam TV, kalau rakyat mempunyai masalah air
pun masuk dalam TV. Ini semua dipelopori oleh mereka dari golongan pembangkang.
Jadi saya rasa inilah satu-satunya pembangkang yang mendapat tempat dalam
RTM, jadi saya harap selepas ini pihak RTM, tolong-tolonglah memberi juga liputan
kepada Menteri Besar yang merasmikan program-program yang dibuat oleh pihak
negeri yang memerintah di negeri Kedah masa kini. Ya, sila Yang Berhormat Kota
Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih, terima kasih Tuan
Yang di-Pertua, saya cuma ingin berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat, dua
malam yang lepas...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]:
Ringkaskan soalan, kerana dia ada dua minit sahaja Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Dua malam yang lepas rakyat Kota
Belud diinterview oleh RTM dan TV3 berkaitan dengan masalah di kawasan saya. Jadi
tidak ada satu pilih kasih yang dibuat oleh RTM ataupun TV3 tentang masalah dan
aduan rakyat, asalkan aduan dan masalah rakyat itu adalah legitimate atau sah, hendak
beritahu kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih kepada
Yang Berhormat Kota Belud, saya harap perkara yang sama juga boleh berlaku di
negeri Kedah apabila Menteri Besar turun untuk merasmikan program-program atau
apa-apa untuk rakyat maka disiarkan juga di negeri Kedah, Kelantan.
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Maknanya Menteri besar
kita boleh beri penjelasan kenapa, contohnya masalah air berlaku, masalah rakyat tidak
DR.25.3.2010
membayar perumahan awam kos rendah, kenapa ini berlaku. Jadi saya rasa perkara ini
perlu diberi perhatian, rasa saya itulah apa yang saya hendak cakap pada hari ini,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Mana pampasan alam sekitar untuk Kedah ni.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat
Pendang.
7.12 mlm.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi
kerana memberikan saya kesempatan pada kali ini. Maksud B.29. saya hendak sentuh hanya
perkara berhubung dengan SPAN iaitu RM15 juta peruntukan tambahan. Seperti mana yang kita
bahaskan pada sesi yang lepas iaitu Akta 655 di mana SPAN diberikan kuasa bebas untuk
mengawal selia perkhidmatan bekalan air, mengawal selia sistem pembetungan dan kawal selia
ekonomi dan sosial. Jadi, daripada RM15 juta ini saya ingin - dan perbahasan yang hangat juga
pada sesi yang lepas berhubung dengan ada negeri-negeri yang ternyata tidak berapa enak
dengan penubuhan SPAN ini. Saya hendak tahu masih adakah negeri-negeri itu tidak bersetuju
dengan penubuhan SPAN dan pada mulanya ada negeri yang menentang.
Kemudian, saya ingin tahu apakah sumbangan setakat ini yang dapat diberikan oleh
SPAN dalam meningkatkan peningkatan pemberian bekalan air kepada negeri-negeri kerana
salah satu daripada tugas SPAN ini adalah untuk mengurangkan NRW (non-renewable water)
kerana kita tahu proses untuk meningkatkan perkhidmatan air ini cukup besar belanjanya.
Misalnya di negeri Kedah kita terpaksa ataupun Kedah terpaksa berhutang RM1.6 bilion tidak
silap saya dari segi untuk meningkatkan perkhidmatan air kepada rakyat di negeri Kedah dan
juga apakah RM15 juta ini termasuk di dalam janji yang telah diberikan oleh Perdana Menteri
yang lalu berhubung dengan pampasan alam sekitar yang dijanjikan kepada Kerajaan Negeri
Kedah supaya tidak menebang hutan ataupun kawasan tadahan air sebanyak RM100 juta bagi
setahun. Apakah RM15 juta ini termasuk di dalam kos ini. kemudian, saya juga ingin tahu Forum
Air Malaysia juga terletak di bawah SPAN ini, berapakah banyak aduan yang telah diterima oleh
Forum Air Malaysia ini? Apakah jenis-jenis aduan yang telah dilontarkan di dalam Forum Air
Malaysia ini dan juga berapa banyakkah kes-kes yang diselesaikan oleh Forum Air Malaysia ini?
Berhubung dengan kempen teknologi hijau RM1.5 juta. Apakah bentuk dan jenis kempen
yang telah dijalankan oleh kementerian di dalam mempromosikan teknologi hijau setakat ini
DR. 12.4.2010
127
kerana kita hanya mendengar teknologi hijau, apakah promosi ataupun kempen yang telah
dilancarkan? Seperti yang pernah saya cadangkan iaitu penggunaan air di dalam kita
menjalankan kenderaan. Apakah ini merupakan salah satu daripada perkara yang masuk di
dalam kementerian ini untuk kita mempromosikan atau melaksanakan kerja-kerja menggunakan
air sebagai bahan bakar dalam kenderaan. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.

Apalah malang nasib mu wahai Altantunya.
Dalam dunia ini, pelbagai perkara sanggup dilakukan oleh manusia untuk senang dan kaya. Maklumlah Allah taala telah menerima permohonan Nabi Muhammad saw manusia agong agar azab dan bala kepada umatnya ditangguhkan sehingga hari kiamat. Kalau tidak sudah banyak yang dapat kita lihat saperti yang berlaku kepada umat sebelum ini saperti umat Nabi Soleh , umat nabi Huud, dan berbagai lagi kesan peninggalan azab Allah yang banyak kedapatan dibumi anbia sana.
Kisah letupan Altantunya yang malang datang ke Malaysia , tetapi rekod kehadiran beliau hilang, kisah pembunuhan beliau kemudian diletupkan tanpa diketahui motif pembunuhan dan penggunaan bahan letupan C4 yang dari mana diperolehi banyak menimbulkan persoalan yang lebih daripada jawapan hasil daripada perbicaraan dalam mahkamah serta berselindungnya pembunuh yang dibicarakan daripada diketahui bagaimana rupa paras mereka amat menjadikan banyak tandatanya yang memerlukan jawapan demi jawapan yang tak kesudahan .
Kini muncul pula pelbagai persoalan hasil daripada siasatan yang sedang berlaku di Perancis , negara pengeluar kapal selam yang dibeli Malaysia untuk pertahanan, tetiba keluar berita ianya tidak dapat menyelam kerana kerosakan teknikal yang menjejaskan reputasi pasukan pertahanan kita, apakah ini satu kebetulan atau dirancang atau memang juga perlu siasatan lagi.
Banyak songeh dan kekeliruan yang menjadikan kita terpaksa membuat penjelasan kepada dunia sehingga mengambil satu badan yang khusus untuk melakukan kerja ini, cari punya cari maka terjumpalah syarikat APCO wprldwide yang didalamnya terdapat para diplomat Israel dan perisik tentera Isarael Yahudi laknatullah yang menjadi anggota pengarah.
Apakah ini akan menggembirakan kita kalau setelah 3 hari hasil nasihat ini , bertemulah PM kita dengan Barrack Obama, lalau muncul cerita dalam berita dunia bahawa Malaysia menghentikan perhantaran gasoline ke Iran.
Aduh malangnya nasib rakan Islam di Iran yang mendapat ilham dari Obama setelah dinasihatkan oleh APCO yang diterajui oleh rakyat Yahudi Israel yang dikutuk oleh Allah didalam Al quran sejak zaman Nabi lagi.
Apalah malangnya nasib kita hari ini yang lebih mengagungkan syarikat komunikasi luar daripada anak sendiri.
Dalam kepanasan PRK Hulu Selangor, fitnah dan tohmahan kepada calon dan parti memang tak dapat dielakkan, bahkan kalau tidak keterlaluan dikatakan inilah kerja golongan yang tak meletakkan iman diatas segalanya, maklumlah mungkin ini juga hasil nasihat APCO kot, namun dalam proses ftnah dan tipu ini, rupanya mereka juga tersilap bahawa sekarang ini dunia siber, satu perkara berlaku boleh dihidu dengan cepat dan tangkas oleh rakyat seluruh dunia, maka muncullah pula kesisihan disebalik penipuan tersebut.
Oh tuhan, tolonglah kami.

Macam-macam masa PRK ini.Nak aib tapi tak pandai.
Memang semasa pilihanraya ni bermacam jenis fitnah dan kerja jahat dibuat hanya sanya untuk mengaibkan lawan dalam pertandingan pilihanraya terutamanya semsa pilihanraya kecil macam di Hulu Selangor sekarang ini.
Disini memang adalah gambar superimpose yang boleh dilihat dengan jelas dalam blog yang ini.
Mereka sanggup lakukan apa saja untuk menyebarkan tohmahan mereka ini agar rakyat percaya, tetapi segala apa yang mereka buat dapat dikesan oleh rakyat yang sudah cerdik dan celik ICT kini.
Kalau beliau sendiri dah mengaku pernah meminum arak dan sudah pun bertaubat, apakah kita masih lagi nak mendesak beliau untuk membuka aib beliau tersebut.
Kalau kita kaji sejarah Islam pun, Saidina Omar yang pernah semasa jahiliah beliau dan sebelum Islam pun pernah meminum arak dan setelah datang Islam dan memeluk Islam maka dipecahkan tempayan arak ramai-ramai dan baginda juga sebelum Islam pernah diceritakan dalam sejarah menyesal dengan masa jahiliah baginda pernah membunuh anak perempuan baginda dengan menanam hidup-hidup, tetapi menyesal amat sangat selepas memeluk Islam.
Apabila mereka mendapat hidayah Allah,maka mereka bertaubat atas kesalahan mereka dimasa lampau dan itulah sebabnya apabila seseorang yang sudah bertaubat dan menyesal maka apakah salahnya mereka ini diberi kesempatan dan menerima hasrat hari beliau yang menjadi calon tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)