Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, November 8, 2008

Sambutan 5 tahun Maktab Mahmud Pendang.

Tahniah kepada Maktab Mahmud Pendang kerana menyambut ulangtahun penubuhan ke 5 . 2 hari diadakan program disitu dengan konsert kesenian Islam dan ceramah perdana ehwal Islam serta petang tadi diadakan jamuan sumbangsih untuk memungut dana sekolah untuk membeli van dan kelengkapan surau.

Maktab Mahmud yang mengambil alih Sekolah Ah Hidayah Al Islamiah yang di kendalikan oleh Allahyarham Ust Majid dulu kini menjadi sekolah negeri dan InsyaAllah akan terus maju menjadi sebuah sekolah yang akan melahirkan pemimpin Islam dan mujahid yang bertaqwa kepada allah.

Moga sekolah ini akan meneruskan kesinambungan Al Hidayah dulu dan Maktab Mahmud yang ditubuhkan untuk menambah jumlah pelajar yang ingin mendalami Ilmu Islam dan akademik saerti sekolah biasa. Harapan ana agar sekolah ini akan menjadi medan untuk melahirkan pejuang Islam dan pemandu manusia kejalan yang diredhai Allah.

Maktab Mahmud yang asal dan induk berada di Simpang Kuala Alor Star telah melahirkan begitu ramai pemimpin Islam dan cendiakawan Melayu yang berjiwa Islam dan ia juga merupakan salah satu sekolah yang agak berusia di Negeri Kedah ini. Diantara kelebihan yang wujud disekolah ini dulu adalah mempelajari ilmu agama dalam bahasa Arab disamping pelajaran lain dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Oleh itu secara otomatik kami yang belajar disitu boleh memahami 3 bahasa serentak dan ini membolehkan ramai diantara sahabat yang menyambungkan pelajaran ke negara Timur tengah dalam bidang sains dan perubatan selain bidang tradisinya agama.

Apa yang menariknya di Maktab mahmud ini, kebanyakan kami duduk dipondok dan memasak sendiri untuk makan seharian. Oleh itu sedikit sebanyak ilmu memasak ini akan dapat digunakan didalam kehidupan harian apabila keadaan mendesak.



Majlis peresmian disempurnakan oleh YB Hj Abdullah Jusoh, EXCO Pendidikan Kedah mewakili YAB Ust Azizan Abd Razak, MB Kedah yang berada di Langkawi tadi.

Nasib mereka perlu dibela.

Petang tad setelah mendapat berita berhubung dengan wujud keluarga yang daif dan kurang bernasib baik, maka ana dan sahabat dari kelab Penyokong dan AJK Kawasan bertolak ke Pokok Tai berhampiran dengan tempat menternak ayam Federal Flour untuk meninjau sendiri perkabaran tersebut.
Sedih apabila melihat keadaan yang sebenar disitu. Bentuk kediaman mereka ana lampirkan dalam gambar disebelah ini untuk tatapan semua. Tak sangka rupanya ini nasib bangsa yang masih lagi belum mendapat pembelaan , khabarnya sudah berkali-kali dipohon rumah PPRT, bantuan zakat dan berbagai bentuan kebajikan, tetapi masih belum bernasib baik, belum dapat.
Satu keluarga di Kepala Bukit, sudah minta rumah berkali-kali sejak dulu, tetapi entah apa punca masih belum kesampaian hajat. Tinggalah beliau dengan 7 anak didalam rumah tersebut.



Gambar Yang diatas ni ana ambil bersama En Kuna, SU Kelab Penyokong PAS Pendang, dihadapan rumah seorang yang tidak berkemampuan, beliau ada 9 orang anak,pergi bekerja memotong buah kelapa sawit diladang berhampiran, bayangkan bagaimana nak hidup dalam keadaan begini, mana anak perempuan dan mana anak lelaki nak tidur kalau dah besar panjang nanti. Jadi harapan ana agar sesiapa saja yang ada tenggungjawab tolonglah beri kerjasama meringankan beban mereka, bagi pihak ana selaku wakil rakyat insyaAllah akan berusaha melalui saluran yang ada boleh untuk mendapatkan bantuan bagi keluarga ini.
Alahai bagaimana kalau anak sudah akli baliqh, bagaimana tempat tidur dan rehat mereka. Bayangkan nasib yang kurang baik ini, mereka mesti dibantu. Kepada sesiapa sahabat yang ada kelebihan, hulurkan bantuan termampu untuk membantu mereka. Boleh terus sumbang kepada Tabung Harakah atau PAS Kawasan Pendang, KM 3. Gajah Mati, 06700, Pendang atau BIMB 02011010015089

Friday, November 7, 2008

Futsal Parlimen Pendang.


Makluman untuk semua kekawan dan sahabat ana yang ada di Pendang dan sekitarnya, bahawa pada 22 November 2008 satu pertandingan futsal yang akan diadakan digelanggang futsal En Mee di Tanjong Radin .

Harapan agar kekawan semua dapat tolong hebahkan berita ini supaya sama-sama kita meriahkan acara ini demi untuk memupukkan semangat ukhuwah dan kesukanan didalam masyarakat kita .

Terima kasih ana ucapkan kepada En Shukri , En Mee dan Pak Su serta lain-lain yang bertongkos lomos menganjurkan pertandingan ini dan diharap semoga berjaya.


Ana juga merayu kalau ada yang nak tolong ringankan beban penganjur boleh beri sumbangan kepada BIMB 02011010015089

Memang menteri tak nafi penswastaan bius dan makmal.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Sungai
Siput, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum masuk kepada garis kemiskinan saya tertarik
dengan konsesi penswastaan di hospital. Selama ini beberapa unit dobi sisa klinikal telah
diswastakan. Sebenarnya ini tidak direct kena kepada pesakit dan saya telah pun menyentuh
dalam perbahasan iaitu berhubung dengan x-ray, bius dan juga makmal. Tiga unit ini merupakan
bebanan direct yang terkena kepada pesakit yang bakal diswastakan dan saya mendapat beritaberita
daripada mereka yang bekerja di Makmal Patologi khususnya, sedang dipanggil oleh
kementerian dan di brainwash supaya mereka ini menerima penswastaan ini. Jika sekiranya tidak
diterima pakar-pakar dari uar negara akan dibawa masuk menggantikan mereka di dalam
hospital kerajaan.
Apakah pandangan ataupun ulasan daripada Yang Berhormat Sungai Siput tentang
penswastaan yang akan dikenakan direct kepada pesakit yang terpaksa membayar ini. Terima
kasih.

Dalam jawapan Menteri Kesihatan, memang tak nafi tentang penswastaan yang akan secara diract membebankan rakyat ini, sekarang memang sudah ada peasakit yang kena buat ujian di Pathlab untuk ujian darah dan lain-lain , kerana disuruh oleh nurse begitu atas arahan orang atas, lepas tu bawa keputusan pergi tunjuk dihospital balik.
Kalau macam ni lebih baik pi hospital swasta terus, lebih cepat dan memuaskan, dapat jumpa pakar terus walau pun kena bayar terlalu lebih, kata mereka.

Itulah senario yang berlaku kini, memang rakyat akan semakin sukar dan menanggung bebanan bila biarkan BN terus memerintah, ayoh mulakan perubahan.

Jawapan menteri ada ada copy dan pastekan dalam tajuk 'jawapan kepada bajet 2008'.
Sekadar sedikit renungan kepada antum semua dengan apa yang berlaku didalam dewan rakyat baru-baru ni, boleh nilai sendiri dan buat telahan sendiri la, ana malas nak ulas.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You tarik balik. [Disampuk] You
tarik balik.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir
Salak, sudahlah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya boleh tarik balik tetapi dia tarik
balik.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Apa yang Yang
Berhormat sebut tadi, minta tolong tarik balik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tarik balik, saya tarik balik.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya tidak cakap yang tidak betul.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Don’t try to be funny.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: This man is wild.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa yang dia marah?
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Dia liar, apa saya hendak buat?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa yang dia marah sangat itu?
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Dia amuk for no reason.
Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Amuk, amuk.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You don’ try...
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Kalau pengundi di Pasir Salak tidak suka sama
Yang Berhormat, saya tahu kerana saya...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: How do you know?
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: What is wrong?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You are bloody bastard!Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: You see, look at him.
Beberapa Ahli: [Bangun][Menyampuk][Dewan riuh]
DR. 5.11.2008
91
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir
Salak.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ini kelam kabut punya orang.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir
Salak. Yang Berhormat Pasir Salak.
Seorang Ahli: Apa ini cakap bastard?
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah, sudah. Yang
lain duduk.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudahlah, sudahlah,
saya sudah dengar, Yang Berhormat. Saya sudah dengar. Yang Berhormat Pasir Salak, Yang
Berhormat Pasir Salak...
Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Dua kali dia sebut.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: ...perkataan itu
unparliamentary, Yang Berhormat.
Beberapa Ahli: Tarik balik, tarik balik.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya tidak ada pilih....
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya boleh tarik balik tetapi dia
mesti tarik balik.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Apa yang dia kata kena
tarik balik?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia kata orang India Pasir Salak
benci dengan saya, buktikan! Bukti!.
Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Esok bagi bukti.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Hei, ini Yang Berhormat Bukit
Mertajam jangan campurlah! Rambut putih! [Ketawa]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir
Salak, macam mana kita hendak bercakap?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Rambut pun putih beria-ia.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk, duduklah, Yang
Berhormat Pasir Salak, dengar dulu.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: You duduk dulu. You
duduk dulu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tarik balik.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduklah dulu.
Kenapa ini?
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Yang Berhormat pun macam kita, rambut
putih.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Jadi, Yang Berhormat,
kadang-kadang kita ini kalau kita tidak mahu orang kata kita macam itu, kita tunjuk perangai macam itu, macam itulah kita.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Slow, slow.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You suruh slow, slow, I yang kena.
Beberapa Ahli: [Menyampuk][Dewan riuh]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudahlah Yang
Berhormat Segambut. Saya hendak you tarik. Okey, Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh
Barat, soalan benci itu tadi saya kata tarik baliklah benci. Saya akan minta dia tarik balik.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Yang Berhormat, saya ada asas. Tolong dengar
saya, selepas itu Tuan Pengerusi boleh bagi arahan. Saya ada pergi ke Pasir Salak, saya sebelum ini pernah jadi Ahli Parlimen Telok Intan, it is beside Pasir Salak. Saya ada keluarga disana, I got friends, a lot of them yang tidak suka kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Itu salahkah? Itu tohmahan-tohmahan politik saya yang saya dapat. Ini dari apa yang...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah, sudah, Yang
Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: So is it wrong for me to speak the truth?
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat,
duduk dulu Yang Berhormat. Nanti saya bagi penjelasan. Saya dalam masa seminggu ini, Yang Berhormat, saya hendak janji dengan Yang Berhormat Ipoh Timur, buat penjelasan atas point of order yang dibangkit oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya sudah baca banyak, Yang Berhormat, termasuk apa yang Yang Berhormat sebut juga unparliamentary. Apa yang boleh diterima di mana-mana tempat, tidak boleh disebut di sini, Yang Berhormat. Jadi, Yang Berhormat, saya minta kalau tidak Yang Berhormat, kita tidak boleh menjalankan mesyuarat kita.
Yang Berhormat tidak payahlah gunakan perkataan benci itu dahulu.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Menyampuk]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak, dengar dulu.
Bila lepas Yang Berhormat menarik balik, saya akan minta dia tarik balik.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan sedemikian. It is not one to one. Saya
rasa apa yang saya kata..
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Dimulakan,Yang
Berhormat.
DR. 5.11.2008
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: No, yang mula betul, saya boleh tarik balik. No
harm, tetapi apa yang saya kata adalah yang benar yang dikatakan oleh orang ramai di sana. Adakah itu satu kesalahan mereka? Kalau Yang Berhormat Pasir Salak menang dengan 100% undi dari Pasir Salak, saya hormatkan dia. Menunjukkan satu bantahan pun tak ada. He won by luck.
■1640
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Itu Yang Berhormat,
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: He won by luck. Jadi saya pernah pergi ke Pasir
Salak.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kalau kita nak argue
dengan...
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya ada pernah pergi. So tak boleh salahkan
saya. I’m not saying something...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya tahu Yang
Berhormat, saya tidak kata nafikan Yang Berhormat dah pergi.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya pernah pergi, banyak kali pergi.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya tidak nafikan itu.
Saya menerima hakikat Yang Berhormat pergi tapi perkataan itu tadi Yang Berhormat...
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan, saya rasa dengan... I don’t think...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Perkataan itu tadi, benci
itu kepada wakil rakyat yang mewakili tempat itu Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan, bila pengundi bencikan...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya boleh, kalau saya
diberi peluang, saya boleh tunjuk Yang Berhormat yang saya dah fotostat ada kat pejabat saya sekarang tapi saya tak ada bawa dekat sini. Apa benda yang dikatakan unparliamentary. Dalam konteks Yang Berhormat, bukan satu perkataan. Ha ini saya sebut.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bila pengundi bencikan wakil rakyat, itu salah ke?
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kadang-kadang Yang
Berhormat, orang buta kalau kita sebut dia buta, kalau dia sendiri sebut dia buta tak salah Yang Berhormat. Kalau kita yang sebut buta, itu salah.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: With the highest respect to the Chair, I think the
unparliamentary word is extended to an extend a debate non sceptical become in this House.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kenapa?
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Because you’re asking me to...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kenapa gunakan
perkataan yang kesat Yang Berhormat?
DR. 5.11.2008
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan Tuan Pengerusi, dengan highest respect,
kalau seseorang... saya ada pernah dengar banyak rintihan di Dewan ini...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Benci itu tinggi Yang
Berhormat. Kalau Yang Berhormat sebut...
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: No, not but unparliamentary word that actually...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kalau Yang Berhormat
kata tak sokong, tidak menyokong, tidak kerjasama itu kita boleh terima Yang Berhormat, tapi benci itu lain Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Benci? I’m surprise. Oh, tak suka, okey saya kata.
Okey, boleh saya buat macam ini Tuan Pengerusi? Saya tarik balik yang benci, saya kata orang
tak suka sama dia Yang Berhormat Pasir Salak. Okey?
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir
Salak, saya mahu tarik yang perkataan bastard dan perkataan-perkataan yang betul-betul unparliamentary itu tadi.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya

Thursday, November 6, 2008

Jawapan menteri atas perbahasan bajet 2008 ana, tu pun tak habis.

Mengenai pertanyaan Yang Berhormat
Pendang berkaitan pengurangan penghijrahan doktor dengan adanya private wing di teaching
hospital.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat terdapat tiga buah universiti yang mempunyai
sayap swasta di hospital pengajar iaitu UM, UKM dan juga USM. Peratusan pensyarah
perubatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang meletak jawatan telah
menurun daripada 7.3% kepada 4.7 % sejak sayap swasta ditubuhkan. Manakala peratusan
pensyarah perubatan yang meletak jawatan di HUSM ialah 2.18% namun selepas penubuhan
sayap swasta beroperasi secara aktif dan menyeluruh peratusan pensyarah perubatan yang
meletak jawatan menurun kepada 1.66%. Peratusan pensyarah perubatan yang meletak jawatan
di UM juga menurun selepas sayap swasta diwujudkan iaitu daripada 7.09% kepada 2.6%.
Secara umumnya peratusan pensyarah perubatan yang meletak jawatan adalah masih
lagi rendah. Penubuhan sayap swasta di hospital pengajar sedikit sebanyak mampu
mengurangkan penghijrahan doktor ke sektor swasta.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu Yang Berhormat Batang Sadong dan Yang Berhormat
Pendang ada menyentuh mengenai sistem pengairan dan saliran sama ada tunjuk ajar ada
diberikan kepada petani. Saya ingin maklumkan bahawa memang ada kursus-kursus dan
program-program tertentu dianjurkan untuk petani bagi menguruskan air dengan sebaik mungkin
supaya tidak terjejas aliran air ke sawah. Dengan itu padi akan mendapat mengeluarkan hasil
seperti mana yang kita harapkan.
Jadi sebagai jawapan kepada Yang Berhormat Batang Sadong dan Yang Berhormat
Pendang, saya ingin maklumkan, kita akan meningkatkan lagi hasil saranan daripada kedua-dua
Yang Berhormat tersebut, kita akan tingkatkan lagi program untuk memberi pendedahan kepada
petani tentang kawalan air.
Yang Berhormat Pendang ada menyebut tentang projek 10 tan di MADA dan juga beliau
menegur ada maklumat-maklumat yang disampaikan Yang Berhormat Pendang kurang tepat.
Mengenai projek 10 tan, ini merupakan projek yang dilancarkan kira-kira tiga, empat tahun
dahulu. Sebenarnya 10 tan ini tidak banyak tempat dalam negara kita Malaysia mengeluarkan
padi 10 metrik tan satu hektar. Kita sedang mengkaji semula program ini. Oleh yang demikian,
di MADA umpamanya program ini sudah dinamakan program untuk mengestetkan sawah padi.
Pada masa ini terdapat kira-kira 2,000 hektar di bawah pengurusan estet menjelang
2010, kita berharap akan menambah sawah di bawah pengurusan estet kepada 10,000 hektar
dan ini adalah untuk menggantikan projek 10 metrik tan. Ini bukan bermakna kita menyatakan
bahawa 10 metrik tan ini mustahil untuk dicapai tetapi kita dapati bahawa dengan mengadakan
sasaran terlalu tinggi yang mungkin kurang realistik bagi keseluruhan kawasan, mungkin di
kawasan tertentu boleh dicapai maka itu kita sedang mengkaji semula program ini.
Berkaitan dengan maklumat yang disampaikan kepada kementerian oleh pegawaipegawai,
memanglah pegawai digalakkan untuk turun ke sawah, turun ke padang untuk
mengumpulkan maklumat dan memberi maklum balas kepada kementerian termasuk saya
sendiri dan selain itu pegawai juga menggunakan telefon dan kaedah-kaedah yang lain.
DR. 3.11.2008
59
Jadi atas saranan Yang Berhormat kita akan terus memperbaiki sistem menyampaikan
maklumat dan maklum balas kepada kementerian termasuklah dari menteri, daripada bukan
sahaja MADA tetapi agensi-agensi di bawah kementerian bertujuan untuk mengemas kini dan
memperbaiki lagi delivery system ataupun sistem penyampaian oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Pontian, Seputeh, Petaling Jaya Selatan,
Hulu Langat, Rompin dan Pendang telah membangkitkan isu berkenaan sumber tenaga alternatif
kepada minyak fosil. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat isu yang telah dibangkitkan telah pun
diberikan perhatian oleh kerajaan khususnya oleh kementerian kita iaitu MOSTI. Penyelidikan
dan pembangunan di peringkat R&D tenaga boleh diperbaharui dan alternatif telah dijalankan
semenjak RMK-7 melalui geran-geran penyelidikan.
Sebanyak 120 projek penyelidikan berkaitan sumber tenaga solar, angin, ombak, hidro
mini, geoterma dan biomas seperti yang saya sentuhkan tadi yang merangkumi bio diesel, bio
etanol, bio gas dan bio hidrogen yang melibatkan pembiayaan sebanyak RM109.2 juta telah
dilaksanakan. Hasil penyelidikan tersebut terutama tenaga solar dan angin akan dibangunkan ke
skala komersial dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.
Bagi memantau kesan penggunaan bio negatif bermula dengan penggunaan biomas,
SIRIM Berhad sentiasa menjalankan ujian toxicity penggunaan biomas agar ia tidak mencemar
alam sekitar. Kerajaan telah memperuntukkan semenjak Rancangan Malaysia Ketujuh sehingga
Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM3.75 juta untuk penyelidikan dan pembangunan
solar atau photovoltaic seperti yang saya nyatakan tadi.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Bangun]
Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh): [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ada dua
bangun Yang Berhormat.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Bagi memastikan ianya mampu dipergunakan
oleh orang awam kajian lanjut akan dijalankan untuk mengurangkan kos dengan menggunakan
cadmium telluride. Saya habiskan dulu ini.
Untuk menghasilkan bio etanol kajian menggunakan AFB, ‘empty food bun’ daripada
minyak sawit sedang dijalankan dan kajian melalui SIRIM Berhad sedang dalam rangka untuk
menubuhkan pilot plant di Malaysia bagi menghasilkan bio etanol yang menggunakan teknologi
usaha sama antara SIRIM Berhad dengan .....Russia. MOSTI juga sedang mengkaji
kemungkinan penggunaan tenaga nuklear yang saya sentuhkan tadi yang selamat untuk
penjanaan kuasa elektrik di negara ini pada masa akan datang memandangkan ianya hanya
lebih murah. Ianya lebih murah sebanyak 30% daripada sumber tenaga fosil dan hidro dalam
jangka masa yang panjang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat mana satu? Yang Berhormat Pendang ...
DR. 3.11.2008
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Bangun]
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Yang Berhormat ada bahas pada masa dasar ke?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat, Yang Berhormat Menteri...
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tadi ada sebut, Menteri ada sebut tadi
Pendang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat tidak ada bangkit apa benda pun.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Saya teruskan dahulu saya teruskan dahulu
sebab sudah peringkat dasar ini kepada mereka yang telah pun membahas...
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tadi ada Menteri sebut Pendang tadi.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Ada?
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ada tadi.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Pendang?
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ya.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Okey, last one.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang
Berhormat Menteri. Sebenarnya saya ada sentuh beberapa kali dalam perbahasan sebelum ini
berhubung dengan penggunaan biodiesel ini, sebab kita tahu dalam negara kita trend kepada
fast food ini sudah meningkat di dalam masyarakat. Lebih banyak restoran-restoran makanan
segera ini membuang hasil minyak kelapa sawit yang digunakan untuk menggoreng dalam kitar
semula. Saya rasa salah satu daripada kitar semula yang perlu kita turuti adalah seperti mana
yang dibuat di Amerika Syarikat. Mereka menggunakan hasil daripada fried chicken ini lebih
kurang satu trilion liter satu tahun untuk dijadikan biodiesel.
Apakah kementerian mempunyai pandangan bahawasanya minyak-minyak yang dibuang
ini tidak dimasukkan dalam saliran alam sekitar kita tetapi diproses digunakan sebagai biodiesel.
Ini untuk menggantikan minyak sawit yang khabarnya akan dikurangkan pengeluarannya dalam
negara kita kerana minyaknya sudah pun berkurangan harga untuk satu tan sekarang ini. Apa
pandangan daripada kementerian? Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Yang Berhormat Pendang terima kasih kerana
begitu fussy dengan apa yang terjadi dalam sektor ini. Pihak kementerian melalui SIRIM kita
sedang sebenarnya meneliti teknologi yang ada dalam perkara ini. Kita sedia maklum adalah
DR. 3.11.2008
83
banyak jenis-jenis minyak yang terbuang sahaja mahupun hasil daripada industri kereta, industri
kelapa sawit. Jadi soal sekarang ini melihat kepada teknologi yang berskala kecil ataupun
sederhana, di mana minyak-minyak ini boleh diproses.
Baru sahaja dua bulan lalu kami berada di Indonesia sebenarnya untuk melihat satu
teknologi di mana dia multisource bukan sahaja daripada jatropha, bukan sahaja daripada
minyak kelapa tetapi minyak-minyak lain seperti minyak buangan. Itu peringkat-peringkat perintis
dan kita sedang menelitikan dari segi adaptasinya ataupun pembentukan sendiri di peringkat
SIRIM atau industri tempatan dan melihat jika ada usahawan-usahawan yang ingin masuk dalam
sektor ini. Pasti kita sedang menggalakkan penggunaan teknologi seperti tersebut
Untuk langkah jangka panjang, RTB Sungai Gurun division telah diluluskan dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan untuk kerja-kerja ukur dan reka bentuk. Bagi Yang Berhormat
dari Pendang juga menyentuh mengenai masalah banjir di kawasan beliau. Untuk makluman
Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran telah pun melaksanakan kajian untuk
menangani masalah banjir di Daerah Pendang termasuk kawasan berdekatan Lebuh Raya
Utara-Selatan.
Kajian yang dimaksudkan ini ialah Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir dan Pengurusan
Sungai Kedah yang telah disiapkan pada tahun 2007. Hasil kajian tersebut berupa skop kerja
telah pun dikenal pasti. Masalah banjir di Bagan Serai, untuk makluman Yang Berhormat punca
utama banjir di Bagan Serai ialah hujan lebat di kawasan tadahan Sungai Kurau dan bukan
disebabkan oleh laluan kembar KTM yang sedang dalam pembinaan di kawasan ini. Di samping
itu juga, tindakan untuk melepaskan air dari kolam Bukit Merah bagi menjamin kestabilan
embankment empangan dan kestabilan landasan KTM yang melintas kolam ini apabila paras ini
mencapai aras bahaya semasa banjir turut menyebabkan kejadian banjir di kawasan berkenaan.
DR. 3.11.2008
141
Untuk makluman Yang Berhormat dari Sri Gading yang juga membangkitkan mengenai
masalah banjir besar yang berlaku di Daerah Batu Pahat tahun 2006 telah mencadangkan
supaya Projek Tebatan Banjir dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut. Untuk makluman
Ahli Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran akan melaksanakan projek-projek tebatan
banjir jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir di daerah Batu Pahat.
Sebagai langkah segera pihak JPS akan melaksanakan kerja-kerja membuang, merodak, dan
mendalam Sungai Simpang Kiri, Simpang Kanan dan Sungai Bengkok serta menjalankan kerjakerja
di muara Batu Pahat di bawah di bawah Projek Tebatan Banjir Negeri Johor. Kos
keseluruhan projek ini adalah dianggarkan berjumlah RM128 juta dan pembinaan fizikal projek
pelaksanaan akan dimulakan Februari 2009.
Di samping itu, JPS juga sedang melaksanakan Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir bagi
lembangan Sungai Batu Pahat. Matlamat ini adalah untuk mengenal pasti isu dan masalah yang
menyebabkan kejadian-kejadian banjir. Kajian ini dijangka siap pada awal tahun 2009 dan akan
mengesyorkan pelbagai kaedah-kaedah pencegahan yang bersesuaian untuk mengatasi
masalah banjir jangka panjang untuk membolehkan kementerian menjalankan projek untuk
membantu di daerah Batu Pahat dan kawasan sekitarnya
Tuan Yang di-Pertua, berhubung kekhuatiran yang disuarakan oleh Yang Berhormat
Pendang, menyatakan kebimbangan beliau sekiranya penswastaan unit makmal dan unit bius
dilaksanakan di hospital kerajaan yang akan membebankan pesakit dengan kadar caj hospital
yang lebih tinggi, suka saya nyatakan di sini, di dalam Dewan yang mulai ini bahawa pihak
kementerian sememangnya prihatin terhadap kesihatan rakyat akan sentiasa memberikan
perkhidmatan kesihatan perubatan terbaik tanpa membebankan mana-mana pihak terutamanya
kepada pesakit-pesakit negara ini. Justeru itu, sebarang perubahan dasar atau polisi termasuk
penswastaan sesuatu perkhidmatan hanya akan dibuat bertujuan untuk meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan tersebut tanpa membebankan pesakit
dengan kadar caj hospital yang lebih tinggi.

Wednesday, November 5, 2008

Yang mana satu !!

Yang mana satu nak pakai ni.!
Itu persoalan yang timbul dalam benak ana pasal bajet yang sedang diperingkat jawatankuasa la ni.
Pak Lah bentang bajet pada 29 Ogos lalu dan menjanjikan apa yang dibentangkan tersebut kepada rakyat untuk belanja tahun depan, dan kita pun bahas la untuk memenuhi syarat peraturan mesyuarat agar boleh belanja tahun depan, itu pun setelah bertungkus lumus mendesak agar angka baru dan unjuran baru dibuat supaya ianya lebih relevan dengan suasana semasa dalam ekonomi dunia yang merudum sekarang ni, adjust mana yang perlu sebelum kita nak bahas, kerana kita takut bila bahas tetapi duit nak pakai tak ada dan nak belanja tak cukup kerana unjuran pendapatan dan kadar defisit sudah berubah kerana harga minyak dan komiditi negara sudah menguncup, tetapi mereka degil, Menteri Duit degil, suruh bahas juga, bahkan dia sekali pun tak masuh jengok masa kami berbahas selama dua minggu.

Tiba-tiba bila dia datang nak menggulung, dia datang dengan pembaharuan dan angka yang lain serta adjustment yang berbagai, maka kami bantah kerana yang dibahas lain tetapi yang nak dipakai tahun depan saperti dibentang oleh MOF ni lain pula. Kalau nak adjust mesti ikut peraturan mesyuarat dan bentang atas meja dengan angka dan pembaharuan yang nak dibuat, kerana yang kita bahas sebelum ini adalah yang dibentang oleh Pak Lah, suatu angka yang lain.Pembangkang dah beritahu awal lagi hari tu, kecoh masa mula nak bahas peringkat dasar agar bajet tak jadi macam ni, tapi memang dasar bodoh tak boleh diajar, ni semua orang BN, maka jadilah macam ni.

Ransangan dan unjurannya adalah lain dari yang terdapat dalam kertas perintah 40 yang dibentangkan dihadapan dewan, maka ini tak ikut peraturan, sepatutnya 2 hari mesti diberikan sebelum dibentangkan dihadapan dewan, ini bodoh sombing namanya, orang nasihat tak dengar, orang jemput hadir tak mahu, buat kerja tak ikut procedure, maka sekarang segaka ransangan dan unjuran beliau yang dibakul sampahkan oleh dewan rakyat.
Semalam masa nak mula bahas peringkat JK, segala detail yang ada dalam setiap kementerian kena dibuat penelitian, jumlah banyak mana sesuatu kementerian dapat dan nak belanja baik urus atau pembangunan, maka itulah yang akan diperuntukan. Jadi speaker kata yang dibahas pada peringkat dasar dan yang dibentang oleh Pak Lah saja yang akan berkenaan, maka yang dibawa oleh TPM MOF baru tak termasuk, maka jelas lagi bersuluh bahawa yang MOF baru janji tu hanyalah fatamorgana, tak jejak dibumi nyata dan masuk bakul sampah.
Jadi ransangan 7 billion yang dijanji tu adalah hampas yang tak boleh diguna kerana yang dibahas dan akan di setujui kalau disokong oleh semua la adalah yang pak lah bentang saja.

Kesian, MOF baru, nak tunjuk dia pandai, rupanya orang yang nak jadi bakal pm lebih pandai. Mungkin peranan tingkat 4 pada saat terakhir ni boleh merubah situasi pada Mac 2009.

Janji retorik MOF baru.

Terkejut dan tersentak kebanyakan Ahli Parlimen tadi bila dewan terpaksa ditangguhkan kerana atas desakan dari ramai YB Pembangkang yang menyatakan bahawa bajet yang dibawa oleh Menteri Kewangan baru tidak ikut peraturan mesyuarat. Bajet yang dibahas adalah bajet pada masa Pak Lah jadi menteri kewangan, bila datang untuk menggulung MOF yang baru memberikan beberapa ransangan baru dan unjuran yang baru dan bila tiba diperingkat jawatankuasa , kami tidak tahu angka dan jumlah wang yang mana nak dibahaskan kerana buku bajet yang diberi untuk perbahasan adalah lain dari apa yang disebut oleh MOF semalam.
Sebab itu pagi tadi dewan ditangguh dan lepas masuk semula pada 2.30 petang, Speaker dewan mengumumkan bahawa perbahasan yang akan dibuat dalam peringkat jawatankuasa ini adalah menggunakan buku bajet yang dibentang pada 29 Ogos dulu, bukan yang dibuat pindaan oleh MOF yang baru.
Jadi selama ini apa yang kita dengar unjjjuran dan ransangan yang dibuat oleh MOF bari DS Najib ini adalah hanya omongan kosong dan retorik semata-mata yang tidak boleh digunakan kerana tidak boleh dibahas untuk diluluskan kerana ia tidak ikut peraturan mesyuarat yang ada dalam buku peraturan mesyuarat.



Kini jelas kepada rakyat akan bentuk dan jenis bakal PM yang akan datang. Semalam kami bertindak keluar dewan kerana sikap bongkak beliau yang tak benarkan penjelasan dari pihak pembangkang, tetapi rupanya apa yang beliau buat semalam adalah melanggar peraturan mesyuarat. Apa yang akan dibahas dan diluluskan diperingkat JK ini adalah bajet pak Lah dan bajet DS Najib tidak boleh dibahas untuk kelulusan kerana ia memerlukan notis 2 hari sebelum boleh dibahas, jadi MOF yang tak ikut peraturan ni hanya membuat janji yang retorik dan tak boleh nak laksanakan kerana tak boleh diluluskan.
Itulah masa perbahasan hari tak mahu mari dengar, dan tak mahu buat unjuran baru, tiba-tiba mai buat janji itu dan ini, tiba-tiba tak boleh bahas pasal tak ikut peraturan. Kalau kami bahas juga maka ianya akan memberi implikasi undang-undang yang akan menjadi bahan ketawa masyarakat akan datang.

Aduhai bakal PM baru, terserlah apa yang terlindung selama ini. Nasib la UMNO, mendapat presiden yang macam ni.

Belum pernah berlaku menteri Kewangan bentang bajet tetapi tak boleh nak laksanakan bajet tersebut pasal tak boleh bahas kerana tak ikut peraturan mesyuarat. Dalam bajet setiap sen yang kita nak guna dan agihan yang kita nak buat mesti mendapat kelulusan parlimen. Kalau pembangkang tak ramai , sudah tentu bajet yang tak ikut peraturan ini akan diluluskan oleh ahli parlimen BN ini.

Soal OKU dan kerja.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri
dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang
pendaftaran OKU. Saya ingin bertanya, apakah pendaftaran OKU ini telah dimatching dengan
pekerjaan? Misalnya saya pernah sentuh tentang orang kurang pendengaran. Mereka ini patut
diberi kerja-kerja yang tidak memerlukan pendengaran tetapi hanya sesuai dengan pekerjaan
mereka menggantikan mereka-mereka yang cukup sempurna sifatnya tetapi mereka boleh
memberi pekerjaan kepada orang yang kurang upaya. Apakah pendaftaran di KSM ini mengikut
kategori kecacatan ataupun kurang upaya yang mereka ada di dalam negara kita ini? Terima
kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Yang Berhormat. Ini memang satu perkara
yang telah dilakukan oleh kementerian dan isu tentang kebolehan dan kekurangan mereka
diambil kira di dalam menetapkan pekerja-pekerja yang sesuai untuk mereka. Contohnya,
adalah satu factory di Raub, Pahang yang menawarkan pekerjaan untuk pihak OKU.
Kebanyakan daripada golongan yang mendengar ini kerana factory ini adalah satu factory di
mana ada mengeluarkan bunyi yang bising sangat.
So, suasana semacam itu kebanyakan pekerja yang ada di situ adalah pekerja-pekerja
yang kurang mendengar dan factory itu menawarkan pekerjaan kepada mereka. Oleh itu perkara
ini memang diambil kira oleh kementerian dan tiap-tiap kebolehan dan kekurangan seseorang
adalah diambil kira semasa menawarkan pekerjaan kepada mereka. Untuk isu yang selanjutnya
adalah berkenaan dengan gaji minimum yang dibangkitkan oleh...

Awas bau ayam goreng diudara kita.

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Bangun]
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Yang Berhormat ada bahas pada masa dasar ke?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat, Yang Berhormat Menteri...
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tadi ada sebut, Menteri ada sebut tadi
Pendang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat tidak ada bangkit apa benda pun.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Saya teruskan dahulu saya teruskan dahulu
sebab sudah peringkat dasar ini kepada mereka yang telah pun membahas...
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tadi ada Menteri sebut Pendang tadi.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Ada?
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ada tadi.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Pendang?
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ya.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Okey, last one.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang
Berhormat Menteri. Sebenarnya saya ada sentuh beberapa kali dalam perbahasan sebelum ini berhubung dengan penggunaan biodiesel ini, sebab kita tahu dalam negara kita trend kepada fast food ini sudah meningkat di dalam masyarakat. Lebih banyak restoran-restoran makanan segera ini membuang hasil minyak kelapa sawit yang digunakan untuk menggoreng dalam kitar semula. Saya rasa salah satu daripada kitar semula yang perlu kita turuti adalah seperti mana yang dibuat di Amerika Syarikat. Mereka menggunakan hasil daripada fried chicken ini lebih kurang satu trilion liter satu tahun untuk dijadikan biodiesel.
Apakah kementerian mempunyai pandangan bahawasanya minyak-minyak yang dibuang
ini tidak dimasukkan dalam saliran alam sekitar kita tetapi diproses digunakan sebagai biodiesel.
Ini untuk menggantikan minyak sawit yang khabarnya akan dikurangkan pengeluarannya dalam negara kita kerana minyaknya sudah pun berkurangan harga untuk satu tan sekarang ini. Apa pandangan daripada kementerian? Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Yang Berhormat Pendang terima kasih kerana
begitu fussy dengan apa yang terjadi dalam sektor ini. Pihak kementerian melalui SIRIM kita sedang sebenarnya meneliti teknologi yang ada dalam perkara ini. Kita sedia maklum adalah banyak jenis-jenis minyak yang terbuang sahaja mahupun hasil daripada industri kereta, industri kelapa sawit. Jadi soal sekarang ini melihat kepada teknologi yang berskala kecil ataupun sederhana, di mana minyak-minyak ini boleh diproses.

Tuesday, November 4, 2008

Renungilah wahai umatku !!!

Untuk renungan semua pihak, khususnya dalam negara Islam Hadhari.

Dari blog si Lembik.

257,411 Bayi Luar Nikah - Malaysiakini
Gejala keruntuhan akhlak dikalangan muda mudi di Malaysia berada ditahap begitu kritikal. Ini ekoran makluman dari salah sebuah akhbar tempatan bahawa seramai 257,411 bayi luar nikah dilahirkan sejak tahun 2000 sehingga Julai lalu.

Malangnya Malaysia yang dipanggil sebagai Negara Islam selama ini rupa-rupa antara negara penyumbang untuk melahirkan 'produk haram'. Sedih sekali bila membaca berita ini, Apa agaknya usaha kerajaan selepas mendengar permasalahan ini. Bagi saya ia sudah terlalu serius dan wajar untuk diperbincangkan bagi mengatasi masalah ini.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.
Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

Walaupun tiada perincian dibuat tetapi saya dapat jangkakan majoriti yang terlibat di dalam gejala ini adalah bangsa Melayu yang beragama Islam. Inilah kesannya jika Islam pun dipolitikkan dan bukannya untuk dilaksanakan..Jika keadaan ini berterusan tidak mustahil jika Malaysia akan menjadi seperti negara jiran kita, Thailand. Apa yang dapat saya risaukan, bagaimana agaknya generasi ini hendak mentadbir negara pada masa akan datang ??

Wahai kaum dan bangsa seagamaku, renungilah apa yang telah dijawab oleh Men. Dalam Negeri tersebut supaya ia menjadi iktibar kepada kita dan anak-anak kita serta masyarakat kita , kerana ianya juga akan menjadi contoh kepada masyarakat kita yang akan datang.
Ini semua adalah kerja daripada semua pihak yang perlu memberi perhatian, ini kerana kebebasan anak-anak remaja yang berleluasa kini dapat dikekang . Apakah semua ini sudah diberi perhatian oleh kita semua yang mempunyai anak-anak remaja kita yang perlu diberi perhatian oleh kita semua.

Unisel ,dimana kredabiliti akademiknya untuk mencapai ranking dunia !!

Kedudukan Universiti Malaya (UM) yang merupakan universiti tertua yang kian merosot dalam sistem ranking universiti dunia THE QS -WUR dikaitkan dengan faktor peribadi Naib Canselornya Dato' Dr Rafiah salim yang tidak mempunyai ijazah kedoktoran atau PhD.

Isu tersebut ditimbulkan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohd Khaled Nordin ketika beliau menyampaikan ucapan penggulunggan Bajet 2009 di Dewan Rakyat 3 November lalu.

"Universiti Malaya merupakan satu-satunya universiti yang mempunyai Naib Canselor yang tidak bergelar Profesor iaitu tiada PhD," katanya kepada Khaled.

"Mungkin ini yang menyebabkan kedudukan ranking UM jatuh sejak akhir-akhir ini," katanya lagi.

Sejurus selepas itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pula bangkit mempertikaikan kedudukan Malaysia yang ternyata lebih teruk berbanding beberapa negara lain di Asia Tenggara.

"Universiti di Indonesia lebih baik daripada Malaysia, ianya sangat memalukan dan pihak KPT perlu serius menangani masalah ini.

"Kemungkinan UM tidak layak dinobatkan antara 100 universiti terbaik adalah disebabkan oleh NC nya yang tiada PhD,"katanya.

Itulah yang dikatakan syok sendiri.

Biarkan kita tak diiktiraf tapi kita kata kita adalah yang terbaik dirantau ini, walaupun dari segi taraf dunia biarkan negara kita tidak ada VC yang ada PhD.

Ana tertarik dengan desakan dibawah agar MB Selangor mencari ganti Cancellor Unisel ini agar reputasi akedamiknya akan bertambah dan insyaAllah dapat memasuki ranking dunia dimasa depan jika Cancellornya terdiri dari mereka yang mempunyai latar belakang akademik yang tinggi sesuai dengan reputasi unisel itu sendiri .

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak nampak keberkesanan peranan isteri timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) selama ini.

Ketuanya, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, Unisel merupakan satu institusi akademik oleh itu pelantikan Canselor mesti ada hubungkait dengan tokoh akademik dan orang yang bebas atau tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

Memandangkan pelantikan Rosmah sejak zaman kerajaan BN, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid tidak ada alasan untuk menggantikan canselor yang lebih layak dan mempunyai latarbelakang akademik, tegasnya.

"Unisel berorientasikan ilmu bukan politik maka amat tidak sesuai Rosmah dilantik sebagai canselor. Jika Unisel merupakan pusat teater atau kebudayaan maka sesuai Rosmah diletakkan disitu,"katanya.

Beliau berkata, ramai lagi tokoh yang sesuai diletakkan di Unisel yang boleh dijadikan model atau rujukan pada pentadbiran dan akademik.

Ana tak nak komen apa, cuma kalau dah industri menjadi keutamaan universiti tu, maka sepatutnya tokoh industrilah yang menerajui nya kalau ada dan layak, kalau tak ada apa boleh buat.

DS Najib juga ada 'niche' tersendiri sebagai PM.

Sejak sekian lama kita didedahkan dengan bakal PM baru Malaysia ini dengan segala sifat dan watak yang semua rakyat sudah arif dan faham. Saperti yang telah ana ulas sebelum ini bahawa bekas PM kita Tun Dr Mahathir dengan nichenya yang ultra Malay , dan bekas PM DS Abdullah Badawi dengan nichenya Mr Clean, tetapi yang bakal sorang ni kelmarin dalam sidang Parlimen baru semua rakyat Malaysia tahu dan faham bahawa niche yang ada pada beliau adalah angkuh dan bongkak.
Semasa perbahasan yang memakan masa dua minggu, ahli-ahli YB telah berbahas bagai nak rak tetapi beliau sekali pun tak nampak hadir untuk mendengar hujah ahli YB yang dilantik oleh rakyat, bahkan menteri yang bakal dipimpin beliau juga tidak ramai yang hadir saperti yang pernah ana lihat sebelum ini dimana perbahasan bajet diadakan. Tetapi apa yang kami nampak, banyak kali beliau datang dan menyembunyikan diri dalam bilek beliau ditingkat 3 blok menara , maknanya beliau ada tetapi tidak masuk dewan untuk mendengar sendiri perbahasan dari ahli parlimen.

Bila semalam beliau datang dengan beberapa unjuran dan ransangan baru, maka ramai ahli dari pembangkang membawa beberapa peraturan mesyuarat untuk membantah pembentangan yang sebenarnya pada pandangan pembangkang memerlukan satu usul baru kerana ianya melibatkan beberapa perubahan dalam perkara-perkara bajet yang telah dibentangkan oleh PM dan menteri Kewangan sebelum ini, tetapi saperti biasa bantahan itu ditolak. Cuma apa yang jelas tergambar oleh rakyat adalah sikap bakal PM yang mungkin menjadi niche beliau iaitu tidak berani dan tidak mahu memberi jalan kepada ketua pembangkang dan ahli YB lain untuk bangun minta penjelasan.

Sebenarnya semalam adalah masa penggulungan setelah bahas diperingkat dasar sudah berlalu, tetapi Menteri Kewangan baru tidak memberi ruang untuk kami masuk bertanya segala hujah dan angka baru yang dibawa beliau. Apabila Tuan YDP bertanya beliau, jelas nyata beliau menjawab beliau tidak mahu beri jalan sehinggalah beliau selesai membentang segala unjuran dan ransangan baru .

Setelah hampir satu jam beliau membentang angka baru dan unjuran serta berbagai ransangan baru yang merupakan saperti satu bajet tambahan baru, dan didesak beberapa kali untuk mencelah dan dibawa berbagai peraturan mesyuarat, tetapi tidak juga memberikan ruang untuk minta penjelasan, maka kami rasa tidak ada guna kita hanya mendengar apa yang diberikan tanpa ada ruang untuk penjelasan, dari mana wang yang akan diperolehi dan untuk apa wang dibelanja dan sebagainya, maka keputusan diambil untuk meninggalkan dewan, kerana tujuan dewan adalah untuk berbahas dan meminta penjelasan.

Apakah bermakna selepas ini akan ada lagi perbahasan peringkat dasar terhadap apa yang baru dipersembahkan oleh Menteri Kewangan yang baru ini.
Sebenarnya semalam apabila kita lihat dalam dewan memang agak penuh dengan ahli YB terutama dipihak BN kerana mereka menganggap bahawa akan diadakan undi belah bahagian kerana kami akan menolak bajet tersebut.

Dari peristiwa terbaru ini, sudah jelas bahawa niche yang ada pada bakal PM baru ini adalah saperti yang beliau tunjukkan semalam. Beliau tiada Mr Clean, atau for Malay atau for Islam, tetapi ada yang tergambar semalam. Tahniah bakal PM Malaysia. Cuma yang ana belajar dari sejarah saperti yang Pak Lah mahu semua penuntut kita belajar sejarah adalah belum ada dalam sejarah negara kita selagi Periktan atau BN perintah, menteri kewangan akan menjadi Perdana Menteri. Oleh itu masa untuk DS Najib menjadi PM masih lagi jauh, hanya bulan Mac 2009.

Kita tidak hairan kalau sifat ini wujud dalam diri beliau, maka jelas lagi bersuluh saperti apa yang dinukilkan oleh bakal bekas Mufti Perlis akan menjadi kenyataan.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.