Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, July 25, 2009

Program 'aurat dijaga maruah terpelihara'

Pagi tadi bertempat di Dewan Serbaguna Pendang telah berlangsung satu acara anjuran NGO yang bernama PEWANGI atau Pertubuhan Wanita Prihatin Daerah Pendang ; Program diberi nama Program Ketrampilan Diri Muslimah .
Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid oleh Pelajar-pelajar Sek Menengah Islah , Pendang dan Sek Men Agama An-Nadhah Bukit Besar..




Program julong kali diadakan adalah atas inisiatif PEWANGI yang ingin membantu Kerajaan Negeri Kedah di bawah PR didalam kempen menutup aurat dikalangan wanita Muslim di Negeri Kedah bersesuain dengan bulan Rejab yang baru saja berlalu dimana amaran keras telah diberikan terhadap mereka yang mengabaikan aurat .


Tujuan program tak lain tak bukan adalah untuk mengajak kaum wanita untuk menutup aurat mengikut kod etika atau ISO yang telah ditetapkan oleh Islam. Yg berbahagia Tok Puan Faekah Sh Hamzah isteri MB Kedah telah berkenan merasmikan program tersebut. Sambutan luar biasa dari kaum wanita Pendang dimana hampir 800 orang telah hadir memenuhi dewan. Antara acara yang mendapat sambutan hangat adalah forum yang bertajuk AURAT TERJAGA MARUAH TERPELIHARA. Ahli panel terdiri daripada Ustaz Ahmad Yahya , Ustazah Zaharah Abu Bakar dan Ustazah Che Nazrah.
Rata rata penonton berpuas hati dengan kupasan jitu tentang aurat wanita yang Berjaya dikupas oleh ahli panel.

Mudah mudahan hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan Kedah Sejahtera akan tercapai hendaknya. Selain dari forum satu pertunjukun fesyen yang diberi nama Islamic Fashion Show turut diadakan.





Model model terdiri daripada ahli ahli Unit Amal Nisa kawasan Pendang seramai 30 orang semuanya. Islam tak menghalang wanita berfesyen tetapi kena ada batasnya . Pandai sungguh adik adik ni menggayakan fesyen. Kita megharapkan banyak lagi NGO tampil membantu kerajaan negeri dalam melaksanakan kerja kerja Islam seperti ini . Kita tak mau tengok ramai orang perempuan keluar rumah pinjam baju adik. Pakai tudung dengan baju pendek lengan sekerat, seluar ketat lagi sendat, nampak pusat.

Thursday, July 23, 2009

Ha baru dia tau, !!


PUTRAJAYA - Tindakan 100 penternak ayam daging di Johor yang melepaskan 4,000 ekor anak ayam di hadapan pejabat Jabatan Veterinar negeri merupakan perbuatan yang kejam dan tidak bertanggungjawab, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.

Beliau yang kesal dengan tindakan penternak berkenaan berkata, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan mengkaji semula kaedah pengagihan subsidi dan insentif kepada penternak, petani dan nelayan bagi memastikan pengagihan lebih adil.

Katanya, perkara itu akan dibawa ke peringkat Kabinet untuk dibincangkan.

"Langkah itu telah dimaklumkan kepada persatuan tetapi mereka telah mengambil tindakan yang tidak bertanggungjawab.

"Jika syarikat yang besar pun nak dapat insentif, bagaimana kita nak membela penternak kecil-kecilan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Cabaran Perdana Kepimpinan Dalam Ekonomi Inovasi di sini semalam.

Eh eh, sedap cakap si Samdol kurang sel neuron otak nih. Dengan tokeh besar tau pula takut kena ugut. Tu baru 100 penternak, yang hang pi kata kat negeri Pakatan Pegawai tak boleh hadiri mesyuarat dan kursus dengan kerajaan pakatan berkuatkuasa serta merta tu apsal!

Bayangkan kalau bersandarkan jawapan Menteri ni dalam parlimen terhadap bantuan kepada petani dinegeri pakatan mesti melalui JKKP, maka apakah analogi penternak ini disambut sama oleh petani yang didiskriminasi di 5 negeri pakatan , bayangkan kalau ribuan bawa bertan-tan hasil padi dan lain-lain tanaman dan longgokkan didepan pejabat menteri pula .

Pak menteri ooi, macam mana pegawai nak menjalankan tugas kalau menteri buat arahan tak masuk akal. Tanah dok didalam negeri Pakatan, hasil pertanian kena guna air dan tanah yang berada dalam negeri pakatan, bagaimana pegawai nak jalankan tugas kalau tak boleh hadiri mesyuarat dengan kerajaan yang jaga tanah dan air, samdol punya menteri. Nasib lah Najib ooi dapat menteri kurang neuron macam ni.
Datuk Noh Omar semalam yang melarang semua pegawai agensi dan jabatan di bawah kementeriannya menghadiri sebarang mesyuarat atau kursus anjuran kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang,( ni satu lagi samdol, mana ada kerajaan yang diterajui pembangkang dalam dunia ni, di negeri Pakatan BN lah jadi pembangkang), berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Noh, arahan itu dikeluarkan ekoran kegagalan kerajaan negeri menyumbang dana atau bantuan kepada jabatan dan agensi di bawah kementerian itu.

Beliau menegaskan, kehadiran pegawai di bawah kementeriannya ke mesyuarat atau kursus di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang hanya membuang masa tanpa ada sebarang usaha boleh dilakukan demi kebaikan rakyat.

Azizan berkata, beliau lebih bersifat terbuka dalam penganjuran pelbagai program atau mesyuarat yang melibatkan Kerajaan Persekutuan.



''Apa saja Kerajaan Pusat buat dan jemput, kita akan turut serta. Tapi bila Kerajaan kita buat dan dia tak mau mai (datang),

itu hak dia, (program) kita jalan macam biasa," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa kerajaan negeri gagal menyumbang dana atau bantuan kepada jabatan, Azizan memberitahu, isu tersebut tidak timbul memandangkan di Kedah, gaji semua pegawai Jabatan Pertanian dibiayai oleh Kerajaan Negeri.

''Kita memang bagi peruntukan. Gaji pun kita bayar tiap-tiap bulan," jelasnya.

Beliau berkata, Noh patut menilai semula tindakannya memandangkan ia bercanggah dengan hasrat Kerajaan Persekutuan sebelum ini beria-ia untuk memajukan bidang pertanian dan menambahkan keluaran makanan negara.

Tu dia baru tau, rupanya gaji pun ambil dari kerajaan negeri pakatan, awat duit MOA pi mana habis, tak kan macam toyol , hilang duit juga ka. Tu la lain kali jangan ex sangat, mentang-mentang jadi menteri, boleh buat apa dia suka . Kalau pasal bendera nak sambut merdeka, SPRM siasat sampai ada yang mati, kalau berjuta -juta duit rakyat yang hilang, diam macam buah cempedak atas simen, kematu. Pernah kita mendengar cerita menteri disiasat, kereta masuk lokap, orang terlepas.

Harap menteri MOA ni lihatlah sikit apa nak buat dengan durian bersepah, dokong yang pecah , rambutan yang kemerah, manggis dan rambai yang tak sapa dah nak kedarah . Tugas menteri buat kerja ikut peratutan , bela rakyat kerana menteri makan gaji hasil duit daripada rakyat, bukan nak dera rakyat.

Kalau dengan petani lemah dikampong dia nak tindas, tenyeh dan buat sekupang dua, tapi bila dia kena dengan tokeh ternak ayam, baru dia tau keli jantan ke keli betina. Penternak dikampong ,keli pondan pun dia boleh kenai pak menteri ooi.

Wednesday, July 22, 2009

Bahana jadi pembangkang.



Gambar EXCO negeri Kedah yang terletak diatas lantai belakang pentas Dewan Majlis Daerah Pendang yang diturunkan pada Majlis Persidangan UMNO Pendang pada 18 Julai lalu, tempat kosong yang sepatutnya gambar itu berada.

Semasa menjadi pemerintah, mereka ini bukan main eksyen lagi. Semua yang orang ramai depa yang punya. segala dewan dan premis, segala bangunan dan tempat, segala sekolah dan institute, depalah yang kuasai. Kononnya itulah hak mutlak harta merdak mak pak depa, sampai orang lain pun tak boleh nak tupang guna, seolah-olah nak buat semua tu datang dari duit dalam kocek depa semua.
Kalau diperingkat kerajaan tempatan, sebut saja apa program dan aktiviti, maka dewan serbaguna orang ramai itulah yang jadi medan depa nak berhimpun, nak bagi orang lain guna kalau ada nama dan bau politik pembangkang sikit, haram nak bagi, senut saja pun dah cukup macam menafikan sewaan tuh.
Baru-baru ni, 17 dan 18 Julai 2009, bertempat di Dewan Majlis Daerah Pendang, UMNO Pendang telah dibenarkan menyewa Dewan tersebut untuk persidangan mereka . Pada hari Jumaat Puteri dan Pemuda dan hari Sabtu persidangan sebenar/ penuh.
Cukup tak sopan jenis manusia ni, kalaupun pihak berkuasa dewan beri sewa, tapi depa ni memang jenis tak tau nak terima kasih dah lah dapat sewa walau pun perkara macam ni tak pernah pembangkang dapat bila depa jadi pemerintah, diturunkan habis gambar MB dan ahli EXCO yang ada didewan tu diletakkan dibelakang dewan. Punyalah tak sopan punya manusia.
Inilah bahana kalau tak pernah jadi pembangkang, sepanjang masa ingat depa tu masih memerintah. Kalau orang buat peraturan macam depa dulu buat kat orang, jenuh nak cari dewan mana nak buat persidangan .
Ana harap cubalah jadi pembangkang yang baik sikit wahai UMNO ooi, malu kat budak tadika , padan la TPM suruh masuk sekolah semula, belajar ABC balik.
Kami walaupun sudah jadi wakil rakyat pemerintah di Kedah dan pembangkang di peringkat pusat, masih dinafikan hak untuk memasuki sekolah atau menghadiri program disekolah kebangsaan atau menengah , bahkan nak berucap diprogram sekolah memang jauh sekali, nak gunakan premis yang dipunyai sekolah memang tak dibenarkan langsung. Itulah kelainan antara PR dengan BN, walaupun PR memerintah tetapi kita membenarkab mereka menyewa dewan dan ini pula yang mereka buat kepada kita, harap rakyat dapat fikirkanlah dan membuat penilaian!

Tuesday, July 21, 2009

Patut masuk tadika balik lah! tahniah TPM ada Menteri macam ni..

Berkuat kuasa serta-merta semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata ini kerana kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.



Dalam posting blog yang lepas , ana ada kirim video Menteri ni jawab pasal permohonan petani nak dapat bantuan baja dan sebagainya kena sign JKKP di Negeri PR, dan ulasan dapatlah para pembaca buat sendiri kerana ana malas nak tulis. Cuma ana nak komen pasal tulah agaknya TPM nak ahli UMNO ni masuk sekolah semula, bahkan dia kata prasekolah akan dijadikan sebagai sistem persekolahan seperti sistem darjah satu sampai enam.
Ana rasa amat molek kerana kalau menteri pertanian yang ada pun otak dia taraf budak tadika, maka yang bawah tu mungkin lebih teruk lagi kot. Bukan sekadar masuk sekolah TPM ooi, tapi kena masuk tadika balik.
Nak tanya Menteri Pertanian kita ni, tak bertani atas apa kalau bukan tanah, lain ah kalau ada projek tanam padi atas bumbung macam zaman TS Sanusi jadi MB Kedah dulu.
Hasil usaha petani, siapa yang makan, orang PR saja atau semua rakyat, rasanya belum ada manusia dalam Malaysia ni yang makan vitamin macam angkasawan naik ke ISIS atau bulan.
Siapa yang usahakan bidang pertanian, rakyat sokong PR saja atau semua parti tak kira UMNO, PAS, MCA, MIC, Gerakan dsbnya.
Apakah petani ni tak bayar zakat atau income tax dan sapa yang dapat manfaat hasil dari bayaran tersebut?
Bukankah ramai yang mengusahakan hasil pertanian ini juga membekalkan hasil tersebut kepada negara seluruhnya.
Dengan arahan Menteri ini, menjadikan Pegawai dalam dilema, nak datang mungkin Menteri akan ambil tindakan, tak datang nanti bumi tak hijau kerana pegawai kena pantau kerja petani dan memberi maklumat tentang penghasilan yang dikeluarkan.
Ana rasa inilah Menteri yang tak tahu apa itu konsep satu Malaysia yang diwar-warkan oleh PM.

Monday, July 20, 2009

Cuba teka ?

1. Kumpulan mana yang mengadakan demo depan Pejabat Daerah Pendang mendesak/ membantah dibina pusat sembelih/ potong babi di Pendang. Tahniah buat kamu.


2. Kumpulan mana yang mengadakan demo di Daerah Yan / parlimen Jerai membantah pusat sembelih/ potong babi di Ladang milik bukan Melayu di Sg Tok Pawang. Tahniah juga untuk kamu sekelian.
3. Kumpulan mana yang membiarkan hampir 30 tahun pusat sembelih/ potong babi wujud di Kg Berjaya Alor Setar, di Jalan Putra sampai semua kaum buat bantahan pasal pencemaran kumbahan dan bau busuk mengganggu penduduk sekitar dan mencemarkan air Sungai Kedah derhadapan dengan Hotel Royale.
4. Kumpulan mana yang terhalang daripada merobohkan pusat sembelihan babi di Kg Berjaya sejak lessen di tarik balik pada tahun 1985.
5. Kumpulan mana yang tidak mahu pusat sembelihan babi/potong babi diwujudkan untuk makanan kaum Cina sebagai sumber makanan yang dibolehkan mereka makan. Apakah kumpulan ini berada didalam kelompok bersama-sama dengan parti kaum Cina dan India.
6. Kumpulan mana yang tak merasa bersalah kalau arak, judi, empat nombor ekor , kelab malam berleluasa tanpa ada demo untuk mendesak pihak berwajib menghapuskan atau menutupnya.
7. Kumpulan mana yang tak merasa nak buat demo kalau ada orang yang sedang disiasat atau dalam jagaan sesuatu badan atau agensi tiba-tiba ditemui mati tanpa ada alas an yang kukuh.
8. Kumpulan mana yang berusaha untuk meneruskan ISA dan merasakan tahan seseorang tanpa beri peluang untuk dipersoalkan kesalahan beliau dalam mahkamah atau tanpa bicara sampai 8 tahun .
9. Kumpulan mana yang rasa tak bersalah kalau anak isteri mereka tak mahu tutup aurat.
10. Kumpulan mana yang rasa hukum hudud saperti curi, rompak, bunuh, minum arak, zina tak sesuai dilaksanakan didalam negara kita dan tak mahu penerangan diberi kepada kaum lain pasal hukuman hanya kepada orang Islam daripada difahami oleh mereka.
11. Ana menyeru agar kumpulan ini lepasni buat demo pula bantah banyaknya wujud pusat jual arak di Langkawi, sejak mula jadi bebas cukai dulu, banyak pusat hiburan dan pub yang dikendalikan sesiapa juga agar sama-sama senang di tiadakan lagi.

Teka lah sendiri kumpulan mana mereka ini.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.