Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, May 22, 2010

Noktah selepas ini.

Spekulasi dan khabar angin yang bertiup kencang nampaknya malam tadi terhenti dengan dengan adanya penegasan daripada 4 wakil rakyat yang berada didalam PR di Kedah malam tadi yang mendapat liputan meluas daripada seluruh media negara sejak sebulan yang lalu sehingga setiap mereka tidak dapat menumpukan kepada kerja dengan baik dan bersemangat dek sanag mulut capoi yang menyatakan ada ADUN dan MP yang akan melompat menjadi katak di Kedah ini.
Dengan adanya penegasan daripada mereka malam tadi, maka ternoktahlah apa yang disebarkan selama ini oleh menusia yang dengki dan irihati dengan apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan PR di Kedah ini yang berusaha membantu rakyat keluar daripada kepompong penindasan dan kezaliman BN sebelum ini.
Mereka yang dimaksudkan oleh YB Hj Ahmad Kassim Ketua PKR Kedah malam tadi sebagai manusia dari Merbok. Harap rakyat tahu siapa manusia yang dimaksudkan itu.!
Irihati mereka melihat kesepakatan ADUn daripada Pakatan mentadbir sehingga menggangu pentadbiran MB DS Ust Azizan untuk melaksanakan janji kepada rakyat .
Mereka irhati melihat apa yang dilakukan mereka sebelum jatuh dahulu, menaikkan cukai tanah sehingga membebankan rakyat tetapi diturunkan semasa PR memerintah sehingga 70 %, maka ramailah rakyat ana di Pendang ini terutama kaum Siam yang terkejut dengan apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan PR ini, bawa RM 1000 tetapi masih ada baki lagi 300 untuk dibawa balik, kalau dulu kata mereka bawa sebanyak itu mungkin tak cuklup.
Walaupun kerajaan kekurangan RM 50 juta dengan penurunan hasil dari cukai tanah ini, tetapi kerajaan atas kecekapan dan ketelusan pentadbiran, mendapat balik sejumlah RM 38 juta hasil tender balak setahun yang sebelum ini hanya RM 8 juta sahaja setahun dengan seluasan yang sama, ditambah dengan hasil perbatuan senyak 18 juta setahun. Maka sejumlah RM 56 juta tersebut sudah boleh menampung penurunan cukai tanah yang faedahnya dapat dinikmati secara langsung oleh rakyat.
Begitu juga mereka irihati melihat rakyat mendapat faedah dari skim kafalah yang dilaksanakan dengan menyumbangkan RM500 kepada waris setiap kematian yang berlaku kepada mereka yang miskin dan kurang berkemampuan. Ini tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini, wang hasil penjimatan kerajaan yang dapat dilaksanakn oleh PR di Kedah ini.
Mereka juga irihati dengan perkembangan KUIN yang sedang membangun di Kuala Ketil dengan keluasan 830 ekar kerana selama 14 tahun ia berjalan, mereka tidak dapat mengembangkan sayapnya , kerana daripada 4 kursus yang ada pada masa mereka memimpin, kini setelah 2 tahun diterajui oleh PR, ia sudah mengembang kepada 40 kursus dan penuntut seramai 7000 orang, termasuk pelajar antarabangsa dan PHD serta mereka dilatih dalam 3 bahasa untuk fasih dan cekap. Walaupun Kedah tidak banyak wang, tetapi Bank swasta sanggup membantu membangunkan KUIN ini dengan pembiayaan daripada mereka, alhamdulillah.
Mereka juga irihati dengan perkembangan positik yang berlaku di Pantai Sg Limau dimana kalau dulu semasa BN perintah, 4000 relong tanah dan kampung akan musnah nak dibuat pusat penapisan minyak, kini SULIHH akan dibuat didalam laut dan tidak mengganggu tanah sawah petani dan kampong dan khabarnya akan dimulakan pada September nanti.
Mereka irihati bila mendapat seorang Ketua Perhubungan orang luar nun dari Sabah untuk mengendalikan hal ehwal politik mereka dengan mengenepikan Ketua mereka dahulu yang pernah menjadi Menteri Besar, seolah-olah bekas MB mereka ini tiada nilai lagi bagi mereka untuk mengendalikan politik mereka ditanah tumpah darahnya sendiri.
Mereka irihati diatas keakraban hubungan Istana dengan pentadbiran politik pakatan dan keakraban dengan KCS maka dibuat pelbagai tohmahan sehingga sanggup menfitnah derhaka dan sebagainya, padahal merekalah yang menjadi punca kepada penghapusan imuniti raja-raja semasa bekas PM menjadi PM Malaysia dahulu, bahkan merakalah yang menendang pagar Istana, merekalah yang membuat spanduk menggelarkan 'natang' dan merekalah yang menelanjangkan segala tingkah laku raja kita suatu ketika semasa krisis perlembagaan dahulu, sejarah tidak boleh dipadan wahai mereka dan kamu sekelian.
Oleh itu, maka wujudlah manusia yang disebut oleh Allahyarham Dato'Fadhil Nor, kalau beliau bercakap 10, 11 tak boleh percaya , digunakan untuk menyatakan ada MP dan ADUN Kedah akan lompat parti, dan PR Kedah tergugat.Itu saja ceritanya, tujuannya hanya nak mengharu-birukan pentadbiran , tetapi selepas malam tadi, diharap tidak ada lagi gangguan ini berlaku.
Sejarah PAS menguasai 13 ADUN Kedah semasa YB Saifuddin menang di Lunas dahulu, perlu dijadikan iktibar kerana PAS tidak melobi untuk mereka lompat parti walaupun MB ketika itu cukup di meluati oleh ADUN mereka, tetapi kita tunggu dan buat kerja parti sehingga pilihanraya, kita masuk secara gentleman walaupun lepas tu kita kalah teruk , tetapi terus berusaha ikut lunas demokrasi, jadi kita juga menyeru agar mereka juga tunjukkan sikap gentlemen sehingga PRU 13 dan lihat siapa yang akan diberi kepercayaan oleh rakyat. England menjadi pak turut kita dalam demokrasi , kenapa bila Goldon Brown jatuh, dia serahkan tugas denganbaik dan tidak pun menunggu untuk ada ahli yang nak lopat parti, dan sekarang Cameron pula yang menjadi PM.
Belajarlah menjadi pembangkang yang baik dan berdisiplin.
Manusia yang cakap 10 tak boleh dipercayai sebelas ini, pasti akan berkubur sebelum mati.

Bertegaslah wahai Menteri, kami setuju.


Menteri Dalam Negeri DS Hishamudin menegaskan bahawa PDRM akan bertegas dalam memantau kegiatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Ana amat setuju dan 100% menyokong penegasan beliau tersebut dan berharap ia akan berterusan dan berkekalan serta sentiasa mendapat sokongan terutama daripada ahli agama kita terutama Majlis Agama dan Jabatan Agama serta Mufti-mufti didalam negara kita ini.
Ana juga menyeru agar beliau juga wajib dan perlu bertegas didalam kegiatan yang bertentangan dengan ajaran Islam yang hendak dibawa dan diluluskan oleh Menteri Kewangan yakni meluluskan lesen untuk rakyat berjudi kerana berjudi adalah jelas dan qat'ii bercanggah dengan ajaran Islam." wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar( arak), judi, dan tenung nasib itu adalah najis daripada amalan syaitan, maka jauhilah ia moga-moga kamu mendapat kejayaan".
Oleh itu kita menyeru agar beliau sekali lagi menegaskan bahawa akan mengarahkan supaya pihak PDRM perlu bergerak seirang dengan sura rakyat dan orang agama untuk mencegah dan menghalang daripada Menteri meluluskan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam iaitu meluluskan lesen judi bolasepak piala dunia oleh Kementerian Kewangan. Seandainya kita tidak mahu menjauhinya, ada dua kemungkinan yang mungkin terdapat didalam diri kita, samada tidak beriman atau tidak mahu kepada kejayaan.
Ana berharap ketegasan dan komitment beliau ini mestilah juga disambut oleh KPN yang rasanya amat bersetuju dengan hasrat beliau untuk menghapuskan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam tersebut.
Jadi gunakanlah apa cara sekalipun untuk menghapuskan judi bola sepak ini , apatah lagi yang semacam digalakkan oleh Menteri Kewangan dengan memberi lesen, ingat judi tetap bercanggah dengan ajaran Islam baik ada lesen atau tidak ada lesen. Jadi bertegaslah didalam menghalang perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Friday, May 21, 2010

Judi oh judi, rakyat papa aku apa peduli, asalkan aku dapat undi.

Sekadar memanaskan badan.
Ana ucapkan tahniah kepada warga Malaysia yang prihatin dan anti kepada kemusnahan dan kepapaan angkara judi ,kerana anda semua terlibat didalam demo membantah JUDI BOLASEPAk piala Dunia yang diberikan lesen kepada Berjaya Group , milik jutawan TS Vincent Tan itu, tunggu 3 Julai , demo betul akan melunaskan hasrat sebenar rakyat apa itu erti tandatangan seorang Menteri untuk memberi dan meluluskan lesen judi.
Kata orang hanya dengan 'one stroke' saja, sudah bertambah kekayaan En Tan ini dan bertambahlah kepapaan rakyat Malaysia nanti kerana teringin nak kaya tapi malas nak berusaha.
Ana pernah mendengar kuliah Tok Guru Nik Aziz menyebut bahawa judi ni kalau Prof Universiti pun main, belum tentu dia boleh menang dan boleh kaya, kayap boleh lah, tetapi yang akan menjadi bertambah kaya adalah taukeh judi, macam yang disebut tadi diatas tu. Sebab itulah mereka suka sangat , mudah sangat dan senang sangat bagi duit juta-juta kerana dapat mudah, hanya main nombor dan tipu sana sikit dan tipu sini sikit, dah dapat duit juta-juta. Semuanya dah diset di komputer dan yang jual komputer dan set tu lah selalunya yang dapat duit, komputer laku, program laku dan yang rugi rakyat yang main judi inilah. Sebab itu judi tak perlu lulus tinggi -tinggi nak main dia, tak perlu pergi kuliah U pun, hari-hari tu dalam tu, kalau tak kaya kayap lah cepat. Selama ini belumpun pernah ana dengar orang main judi yang jadi kaya, kalau menang pun, akhirnya jadi kayap balik, pasal duit haram mana nak berkat dalam hidup.
Ada dua tiga kisah di Kedah ni, buka kilang padi la, buka kilang itu ini setelah menang judi, nombor ekor dan macam-macam lagi yang jutawan taukeh judi buat, tapi lepas tu bawa kereta accident, terus mati, tak dan nak rasa hasil duit haram tu, mungkin Allah sayang kat dia lagi , kalau tidak mungkin lagi bertambah dosa dia. wallahu aklam .
Walaupun rakyat ramai bantah, tetapi mereka tak heran pun, kerana mereka tak nampak kesan kepada rakyat, yang nampak hanya juta-juta dapat, bila tiba masa pilihanraya curahlah juta juta kepada pengundi dan lepas tu harap dapat undi dan menang, lepas tu syarikat nak rugi bilion ke, juta ka, aku apa peduli , janji kocek aku penuh.
Lihatlah apa yang berlaku kepada Sime Darby, apa terjadi kepada blik L dan M minyak di serah kepada Brunei tanpa perbahasan dalam Parlimen dan persetujuan Aogng, nanti tak tahu apa mereka nak beri alasan bila rakyat dakwa di Yaumul Mahsyar nanti.
Mungkin APCO boleh tolong buat skrip jawapan kot .

Padan la marah sangat, rahsia terbongkar rupanya!.

Marah bebenor nampaknya Timbalan Bos SPR yang menyatakan bahawa DAP yang menyebabkan lambatnya keputusan undi POS diumumkan pada malam kiraan undi. Kalau anda baca dibawah ini, baru kita tahu pasal apa demo tu marah sangat kerana segala kerja buat dema tu dah dihidu oleh DAP awal awal lagi.
Ana kutip ini dari infojelas , harap tak marah no, demi untuk pengetahuan semua agar tahu siapa itu SPR dan dimana duduknya SPR dalam sesuatu PRK.

I wanted to backtrack again to re-highlight the many postal voting irregularities that might have been missed in all the excitement.

ps- always been a fan of YB Anthony Loke: great job!

Loke said the most serious discrepancy was that several codes (police or army personnel voter-groupings) saw returned ballots in excess of the number that were issued on May 12.

He identified Code 708 (police) where six ballots were distributed, and 24 returned. Code 429 (army) saw 160 ballots issued and 161 returned. For Code 43 (army), 47 were issued and 67 returned.
:| I think that’s pretty self explanatory. 213 ballots given out, 252 ballots returned. O.O

The second discrepancy, noted Loke, involved the 290 ballots that were issued to EC workers who applied to be postal voters because they were working on polling day.

Loke said that about 200 of such voters did not vote on the same day (May 12) and went home with their ballots, which he argued could then be “sold”.

“If taken out of the polling centres, ballots becomes a commodity to be sold. Now, no one will know who actually marked those ballots that were issued,” he said.
So, the EC apparently didn’t see a problem with issuing out ballots, LETTING PEOPLE TAKE THEM HOME, and then bring them back another day?!

The only question that remains is: how much did they sell for? :P

Loke added that there were also dubious individuals among the 200-odd voters who returned their ballots yesterday, some of whom refused to be identified by party scrutineers.

“One person looked more like a VCD seller than an EC worker (left). He had some young people with him. Our people tried to check their ICs but they all claim that they forgot to carry it with them,” he said.

The third discrepancy detected by DAP was that out of the 290 postal voters who were EC workers, two were not even in the electoral roll.

“When we demanded for their IC, they promptly left,” he said.
Hantu much? :P

All these incidents demonstrate only one thing: brazen shamelessness.

Will we allow the dirtiest EC in the world to run roughshod over our democratic rights? Or will we stand up and continue the fight that Bersih started?

Thursday, May 20, 2010

Ini dia hebatnya zaman PM kita.

Memang hebat PM kita yang satu ni.
Sebut apa saja, memang beliaulah orangnya.
Semasa beliau mula naik menjadi PM dulu, maka terpampang dalam akhbar seantario dunia akan kisah yang berlaku kepada seorang warga Monggolia yang meletup di Puncak Alam , hanya yang tinggal tulang belulang. Mujur teknologi DNA boleh memberitahu bahawa kesan itu adalah warga Monggolia, siapa punya kerja, wallahu aklam. Nanti di yaumul mahsyar kita boleh lihatlah nanti empunya kerja itu semua, ditatkala mana mulut akan dikunci , tangan dan kaki akan memberitahu siapakah yang melakukan kerja jahat itu semua dan siapa pula yang mengarahkan , mahkamah dunia hanya setakat menghukum daripada apa yang diperolehi didalam perbicaraan, tetapi mahkamah akhirat akan memberitahu segala mak nenek apa yang berlaku sehingga apa yang terhasrat dalam hati pun boleh digambarkan, itulah kekuasaan Allah yang maha besar dan perkasa.
Hebat juga bilamana juga seantario dunia tahu bahawa syarikat APCO worldwide adalah syarikat besar yang boleh membantu menaikkan imej seseorang dan juga diketahui bahawa beberapa pemimpin dunia yang terhebat dengan sejarah tersendiri telah mendapat nasihat dari asyrikat ini saperti digambarkan oleh Times of India demi meniakkan nama dan imej yang tercalar dek perkara yang tak disukai oleh kebanyakan manusia, maka itulah juga syarikat yang dibayar 76.8 juta oleh Malaysia saperti jawapan menteri didalam Parlimen semata-mata untuk membantu Malaysia dan pemimpin dalam hal mengembalikan imej ini.
Begitu juga hebatnya PM kita yang sedang menerajui negara sekarang ini amat prihatin dengan nasib rakyat di Hulu Selangor dan Sibu hingga dalam sekelip mata dapat menganugerahkan berjuta ringgit kepada sekolah yang dia suka atas alasan you tolong saya, saya tolong you, esok menang, lusa pergi pejabat saya saya beri cek 3 juta , 5 juta dan juta-juta lagi habuan yang sanggup diberikan , tetapi saperti kata pemimpin besar SPR mereka tak boleh kata itu melanggar peraturan SPR dan terus menggelecek bola tersebut kepada SPR M. Hampa tolong sisat sat, kami tak boleh siasat hal in, maklumlah kami pun dok bawah JPM, pasai pa nak masukkan pasir dalam periuk nasi kami, kalau yang buat pembangkang maka agaknya belum buat laporan, dah habis kami siasat. Aduhai TS Aziz, mahsyar ada untuk rakyat tuntut ketelusan kamu!.
Dalam hal banyak bala dan musibah yang menimpa, rasanya gah juga kita menerima apa yang dipaparkan bahawa Genting Highland merupakan yang pertama dalam senarai Kasino yang mendapat pengunjung paling ramai didunia mengalahkan Las Vegas di USA sana , bravo negara Malaysia, tahniah PM Malaysia, mungkin atas sebab itulah maka diabsahkan bahawa kita telah memberi satu lagi lesen hampa nak main judi, kali ni judi bolasepak pisala dunia, orang Islam bantah, orang bukan Islam bantah, tapi yang beri Kementerian Kewangan yang di pimpin oleh orang Islam. sekali lagi dunia mengucapkan tahniah kepada PM Malaysia dalam hal meluluskan lesen judi mungkin pertama didunia. Harap para Mufti , mufta dan sesiapa saja tolong kalau nak beri sokongan sila tampil buat kad ucapan besar besar lepas tu hantar kepada APCO Worldwide kerana nasihat mereka telah berjaya agaknya.
Analogi beri lesen agar tidak berlaku penipuan dan berleluasa yang haram, sangat tidak pelik untuk difikirkan dalam dunia dibawah nasihat APCO hari ini. maklumlah yang duduk diatas sebagai lembaga pengarah siapa dia kalau bukan rakyat Yahudi yang digambarkan didalam Alquran yang dibaca oleh umat Islam setiap hari.

Monday, May 17, 2010

Hari Muzium Antarabangsa di Sabah.


18 Mei 2010
Hari ini ana berada di Sabah kerana menghadiri peresmian Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di Perkarangan Muzium Sabah dan ia di sempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan Dato' Joseph Salang Gandum .
Apa yang menariknya adalah ianya diadakan saban tahun pada 18 Mei sempena hari Muzium Sedunia yang bertajuk Muzium Untuk Keharmonian Sosial pada tahun 2010 ini dan ini merupakan kali ke 14 ia disambut.
Oleh kerana kita dari Kedah dan daripada Pakatan Rakyat, maka tahun ini saja merupakan tahun yang kita berpeluang menjadi peserta dan negeri Kedah telah membawa "kalong Gajah Puteh" yang di anugerahkan oleh Raja Siam kepada Al Marhum Sultan Abdul Hamid dan juga tengkolok yang dipakai baginda yang menjadi idaman kebanyakan peniaga di Negeri Kedah untuk menghiasi kedai mereka dan dikatakan mendatangkan ong didalam melariskan perniagaan. Kalau dulu gambar baginda hitam puteh, tetapi kini sudah diberi warna warni pula.

Dalam suasana kemeriahan peresmian tadi, ana mendapat bberita sedih kemalangan salah seorang daripada MKK dari Pendang di Kpg Pokok Asam kemalang dan kematian isteri beliau on the spot dan khabarnya beliau berada dalam keadaan kritikal.
Ana sekeluarga mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan berharap bersabar diatas ujian Allah ini serta memberikan ketabahan didalam mereka menghadapi ujian getir ini.


Semalam sebelum bertolak ke Sabah ana sempat bergurau dengan beliau pasal katanya susah nak dapat borang e sinar untuk mendaftar penduduk dibawah kawalan beliau. kerana mereka ke Dewan MDP semalam untuk mengambil elaun MKK dan pembayaran wang skim kafalah yang diberikan untuk waris simati pada tahun ini.

Sunday, May 16, 2010

Alahai SPR, kelentong pun berpada-pada la sikit .

17 Mei 2010.
temuramah RTM dengan Datuk Aziz. SPR.
Datuk Aziz menjelaskan:
... mengucap terima kasih kepada pengundi Sibu yang menunaikan amanah Pilihanraya TANPA kejadian yang tidak di ingini seperti kepala berdarah, baling batu atau bergaduh sebagaimana PRK di Semenanjung.
Sehingga Jam 5.00 petang, semua pusat mengundi ditutup.
56 % telah menunaikan tanggungjawab mengundi.
Keputusan boleh diketahui sebelum jam 9 malam.

Pertama sekali nak ucapkan Takziah kepada SPR dan BN diatas kekalahan mereka didalan PRK Sibu semalam. Kedua takziah kepada penaung BAM , yang mendapat gelaran' First Lady Malaysia 'dalam Iklan akhbar New Yorks Times 16 April lalu kerana kekalahan dengan China dalam Piala Thomas.
Ucapan kepada SPR bukan apa, kerana seluruh negara dah tahu, sebagai anggota yang ke 14 dalam BN kalau boleh dikatakan, mereka bertungkus lomos sedaya upaya kudrat yang ada berusaha bersungguh sungguh untuk memenangkan BN dalam setiap PRK dan Umum supaya senang nak teruskan makan , apa tidaknya dalam suasana terang benderang PM umum dan ugut untuk mendapatkan undi dengan habuan juta-juta duit negara pun depa (SPR) kata itu bukan rasuah pilihanraya, tapi kalau itu yang dibuat oleh pemimpin yang pegang negeri Pakatan Rakyat, awal-awal lagi mereka kata 'void and null 'keputusan tu.
Satu lagi yang cukup menghairankan kita adalah bilamana pada masa tutup pusat pengundian, pengerusi SPR kata turn out 56 %, tetapi tetiba bila masa nak bilang pula turn out jadi 70 %. Macam mana angka ni naik mendadak jadi 70 % wahai manusia yang cekap matemetik oi?. Anta kira macam mana Tan Sri Aziz , dari 59 jadi 70 %. Apa yang rakyat boleh buat andaian sebab hampa tak bagi alasan adalah bila mana nampak BN jauh ketinggalan dan tong dah nak habis kertas undi, maka ditambahlah jumlah pengundi agar kot-kot ada lagi yang nak sokong parti berkarat bitu haru tu. Tetapi nampaknya yang berlebihan pada DAP jauh melebihi jumlah pengundi yang dikatakan keluar sehingga 70 % tersebut. Itulah anatara sebab kenapa cop jari dakwat kekal tidak dibuat pada PRU ke 12 lalu, kerana nak bawa masuk hantu jembalang dan jin pelesit mengundi sama, rakyat dak tahu bila lihat saja terkilas ikan diair aduhai TS ooi.!.
Rakyat juga amat hairan kenapa peratus yang keluar mengundi diketahui selepas kertas buang undi dikira, bila pegawai SPR kata kita tunggu kiraan undi baru tahu berapa peratus yang keluar. Pening kepala nak fikir, dimana integriti SPR kini, kalau dah ada senarai daftar undi dan dipotong siapa yang keluar dan siapa yang belum, awal-awal lagi dah boleh beri jawapan yang tepat berapa peratus yang keluar dan yang tak keluar, tak payahlah tunggu dan tipu rakyat dari 59 % boleh naik jadi 70 %.
Kalaulah keadaan macam ni berlaku lagi ditempat lain, dan mengkin akan berlaku lagi selagi SPR dinamakan SPR dan diletakkan dibawah JPM, maka tak payah ada senarai daftar pemilihlah macam ni, siapa nak mengundi pi saja mengundi,lepas tu bila kira kertas undi baru beritahu sekian peratus yang keluar mengundi macam yang berlaku kepada PRK Sibu kelmarin.
Amat malang bagi Malaysia mempunyai PM yang memberikan rasuah sebelum mengundi juta-juta, mana ambil duit kalau bukan dari kantung negara hasil mahsul negara dan cukai dari rakyat. Kalau duit tu dari kocek Taib Mahmud dan DS Najib, lantak hampa la,tapi tak nampak pula PM pergi atas kapasiti Pengerusi BN tetapi atas tugas PM.
Satu lagi pasal undi POS, kenapa keputusan mereka diketahui begitu lewat, padahal mereka mengundi lebih awal dan hanya 2 ribu lebih pengundi yang boleh diketahui sebelum tong yang lain diketahui, apakah saperti yang berlaku di Pekan pada PRU 1999 dahulu nak dibuat di Sibu kerana melihat kekalahan demi kekalahan tong-tong yang dibawa kepusat pengiraan undi, nampaknnya sekali lagi SPR hanya membawa tong yang telus dan tembus, tetapi cara mereka buat PRK tak telus pada kacamata rakyat.
Oleh kerana terlalu besar kemenangan kepada pihak DAP, maka undi POS yang 2 ribu lebih pun tak dapat menimbusi kekalahan BN, maka terpaksa umumkan juga lah kemenangan DAP walaupun lewat kerana menunggu keputusan undi pos tersebut.
Seperkara yang ana rasa paling ajaib bila ada pegawai SPR kata , peratus mengundi yang tepat akan diketahui bila kita habis kira jumlah undi pos. Anda ulaslah sendiri kata-kata ini, bagi ana sah nak tipu rakyat kalau macam ni.
Walaupun begitu, sekali lagi ana ucapkan Tahniah kepada penduduk SIBU yang telah mengajar SPR dan BN serta PM dan Menteri kabinet bahawa apakah erti pilihanraya yang sepatutnya dikendalikan oleh SPR.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.