Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, March 7, 2009

Tahniah pembela bahasa Melayu

Ya Allah berilah pertolongan kepada anak bangsa kami yang ingin memperjuangkan bahasa ibunda kami ini daripada dimusnahkan oleh pengkhianat bangsa .
Ya Allah berilah pertolongan kepada kami yang ingin mempelajari ilmu dalam bahasa ibunda kami sendiri, dan alimkan kami dengan ilmu menggunakan bahasa asing yang engkau ujudkan didunia ini.
Ya Allah berikanlah hidayah kepada mereka yang menzalimi kami dengan air asid dan gas pemedih mata yang menyusahkan kami dan sedarkanlah mereka bahawasanya anak-anak mereka juga menghadapi masalah mempelajari sains dan methametik dalam bahasa inggeris .
Ya Allah tunjukkanlah mereka bahawa melakukan kerja-kerja menzalimi orang itu adalah satu kerja-kerja syaitan, dan mereka yang cenderong kepada orang zalim itu akan akan disambar oleh api neraka mu , dan tidak akan mendapat pertolonganmu ya Allah.
Ya Allah berikanlah kekuatan kepada pejuang bahasa kami agar meneruskan supaya perjuangan menggunakan bahasa ibunda dalam mempelajari ilmu yang payah ini dikembalikan kepada bahasa ibunda kami.
Ya Allah, tunjukkanlah mereka bahawa mereka ini telah sesat dan kesesatan mereka yang hendak mengilmukan rakyat dengan bahasa asing itu sudah terlalu teruk dan sukar untuk kami pulihkan hati-hati mereka, hanya engkau sajlah ya Allah tuhan yang boleh membalikkan hati mereka kejalan yang benar.
Ana rasa terharu dan pilu bila melihat pak Samad kena gas pemedih mata dan Tuan Guru juga tertempias sama hasil dari tindakan pihak polis kepala merah ini. Masa inilah baru ana terkenang kembali akan kata-kata nenek ana 30 tahun dulu, hampa nak kerja apa pun tok tak kisah, tapi jangan kerja polis sudah lah, sebabnya tak pula ana Tanya, tapi bila lihat apa yang berlaku semasa ramai rakyat nak hantar memo kat Yang Dipertuan Agong kelmarin barulah rakyat boleh lihat kenapa nenek ana kata macam tu.
Kalaulah dibenarkan rakyat berjalan secara aman dan teratur menghantar memo tu, apakah salahnya, ni bila orang berkumpul dalam masjid pun ditembak gas, apa cerita. Kalau di Israel boleh juga kita percaya, pasal pejuang Palestin baling polis mereka dengan batu, tapi disini rakyat hanya nak serah memo saja kepada ketua Negara yang kita sanjung tinggi kedaulatannay dan boleh bertindak untuk kesejahteraan rakyat, tanpa bawa apa-apa senjata dan Seurat bulu roma polis pun tak tercabut, tiba-tiba dengan gas, air asid dan belantan kena kepada rakyat, ana bimbang nanti polis Israel gelak kat kita pasal Nampak kita lebih takut daripada mereka dalam menghadapi rakyat. Kalau macam ni cara, nampaknya sekarang ni berlindung dalam masjid pun taka man lagi, saperti kata nabi kepada musuh-musuh Islam sesiapa yang masuk masjid dia akam aman, tidak diganggu , nampaknya kita walaupun Islam( hadhari), tetapi perlakuan kita tidak mengikut ajaran nabi, ( masih nak mengaku Islam ke).
Ana ucapkan tahniah kepada bakal bekas PM yang berkata sesuatu perlu dilakaukan agar masalah PPSMI ini tidak menjadi bertambah teruk dan rumit, benar tu wahai Pak Lah, tetapi Datuk dah nak di bakalkan bekas PM oleh ahli parti Datuk sendiri, kalau boleh cepatkan sikit hal ini sebelum habis bulan Mac ni bagus la. Kalau tak sempat, harap Dato’ Kadar dan Mazlan boleh buat injunksi supaya tempoh ini dapat dilanjutkan lagi baik agar kerja yang belum selesai ni dapat dibereskan.
Satu yang menarik perhatian ana bila Dato’ A Samad Said menyatakan, ‘macam ni ka susahnya nak mempertahankan bahasa ibunda kita ‘ bila beliau terkena gas pemedih mata yang ditembak oleh penjaga keamanan Negara kita. Maklumlah anak-anak mereka semuanya pandai bila belajar sains dan math dalam bahasa inggeris, itu yang selalu dapat hadiah pelajar cemerlang tu, anak-anak penjaga keamanan dalam Negara kita semua lah tu. Tahniah ana ucapkan .

Friday, March 6, 2009

Polis dihantar untuk kendurkan ketegangan.

Nampaknya 7 April nanti akan berentaplah gergasi BN dan gergasi Pakatan didalam mereput 3 kerusi , 1 parlimen dan 2 DUN. dikatakan dua bukit dan satu batang. Kita tak berapa kisah sangat sapa yang akan masuk bertanding, kerana semua sudah tahu bahawa pakatan dan BN merupakan dua musuh politik yang akan pasti bertarung dan daripada mood rakyat yang ditunjukkan pada mutakhir ini, kita semacam boleh mengagakkan apa keputusannya nanti, tetapi sat yang harus difikirkan kenapa diadakan juga Sarawak yang Batang Ai tadi ditarikh yang sama dengan dua bukit tadi, hanya Allah dan SPR saja yang tahu.
Ana teringat kembali semasa ceramah Dato' Kapt Zahar tempoh hari di Batu 9, Kota Sarang Semut pasal kelab penyokong UMNO yang terdiri daripada PDRM, SPRM, dan sekelian jabatan dari JASA, RTM dan berbagai lagi yang berusaha tongkos lomos untuk menaikkan kembali BN yang tersungkur layu pada 8 Mac 2008 lalu. Segala peruntukan akan digunakan semaksima mungkin untk menaikkan kembali imej dan apa juga usaha dan daya yang ada agar mereka dapat tampuk pemerintahan kembali walau pun terpaksa menggunakan Istana dan jabatan kerajaan dan mengenepikan perlembagaan negeri dan negara serta institusi DN dan Parlimen.
Semua dah maklum, bahawa SU dewan berada dibawah speaker DUN, tetapi di Negeri bukan Emas tu, SU DUN yang buat arahan supaya speaker dengar kata dia.Dan polis sepatutnya tidak mengganggu ADUN nak pi mesyuarat, tiba-tiba polis pula yang sekat ADUN nak masuk mesyuarat, ini yang pelik dalam dunia ni, bahkan dalam usul setiap sidang pun dinyatakan bahawa jangan ada apa-apa sekatan semasa ahli dewan nak masuk bersidang. Bahkan kalau dilihat ulasan pakar perlembagaan negara, baik Tommy Thomas atau Dr Aziz Bari atau Prof Agus Yusof, memang menyatakan persidangan bawah pokok Sena di Perak tu sah dan sesiapa yang menghalang adalah ingkar arahan usul yang diluluskan dalam dewan. Mana pi pemisahan legislatif, judisiari dan eksekutif yang disanjung selama ini, takkan hanya dengan arahan dari Putrajaya saja semua boleh hancur lebur dan terpaksa dibakul sampahkan semuanya bahkan perlembagaan negeri dan negara.
Dalam hal ini, ana tertarik bila dalam persoalan yang ana tanya dijawab bersama oleh Menteri di Parlimen pasal jumah dana yang digunakan dalam PRK Kuala Terengganu tempoh hari, YB Menteri Dato' Nazri jawab RM 15 juta lebih diperuntukkan untuk KT hari tu dan RM 4 juta adalah untuk makanan, yang lebh untuk kenderaan, sewa kanopy dan lain lain.
Ana tertarik bila dia kata jumalah polis hanya 3 ribu, tetapi belanja nampaknya agak banyak, dan tujuan ramai polis adalah untuk mengurangkan ketengangan di kawasan pilihanraya. Sebab tu malam tadi dalam ceramah di Gajah Mati, YB Dato; Mahfuz Omar kata didalam pilihanraya 2 bukit dan satu batang nanti, polis juga mungkin akan ramai kerana tidak mahu berlaku ketegangan dibatang ai (I) dan dan untuk mengurangkan ketegangan di batang Ai (I), maka kita akan menempatkan ramai anggota polis. Maka polis dihantar adalah untuk mengendurkan ketegangan di Batang Ai.

Wednesday, March 4, 2009

Kes Kugan terdedah akhirnya.

A second post-mortem conducted on A. Kugan who died in police custody revealed 45 injury marks on his body believed to have been caused by beating repeatedly with a blunt object, according to the family lawyer N. Surendran.


Surendran said he received the results of the post-mortem, issued by the Universiti Malaya Medical Centre (UMMC), at 5pm yesterday. The post-mortem team was headed by Dr Prashant N. Samberkar.

"Extensive haemorrhaging was present within the fatty tissues and the muscles of the upper trunk, lower trunk, both upper limbs and both lower limbs. The findings are consistent with injuries on the external surface," Surendran told a news conference here today.



"Rhabdomyolysis is the rapid breakdown of skeletal muscle tissue due to muscle damage. The muscle damage may be caused by physical, e.g. crush injury, chemical or biological factors," he said.

Kerosakan pada tisu yang disebabkan oleh hentaman kuat dengan benda tumpul seterusnya menyebabkan terjadi kerosakan pada buah pinggang dan menyebabkan kerosakan buah pinggang yang teruk dan penyebabkan kepada kematian beliau, dan post mortem juga mendedahkan bahawa beliau dihentam pada bahagian atas badan, bawah badan, anggota atas dan anggota bawah dan kecederaan dalam badan setelah dibuat post mortem selari dengan kecederaan pada luar badan dimana kesan luka dan lebam terdapat dimerata tempat didada, abdomen dan kaki serta tangan saperti yang dipaparkan didalam gambar di Internet dan surat khabar.

Ana merasa hairan dan ajaib bahawa post mortem pertama yang dijalankan oleh Hospital kerajaan itu yang hanya menyatakan ia mati kerana paru-paru berair yang tidak langsung selaras dengan apa yang didapati luka diluar badan beliau.

Kalau kita tanya orang yang biasa , tidak mempunyai asas perubatan pun boleh menjangka bahawa kerosakan diluar tidak selaras dengan kerosakan didalam kalau melihat gambar Kugan yang telah disiarkan saperti yang didedahkan oleh post mortem pertama itu.

Kita harap selepas ini tidak berlaku lagi perkara yang saperti mana yang dihidapi oleh Sdr Kugan ini. Kita pernah dengar cerita yang didedahkan oleh YB Senator Hj Yusof Husin dalam perbahasan di dalam Dewan Negara tentang beliau menjadi mangsa tahanan ISA yang dilakukan saperti mana yang pernah didedahkan oleh mereka-mereka yang pernah kena siasatan polis berhubung dengan ancaman fizikal yang dilakukan semasa siasatan.

Tuesday, March 3, 2009

Pening-pening, tu la kalau tak ikut perlembagaan negeri Perak.

Peguam Sivakumar, Chan Kok Keong dan Augustine Anthony , sidang dewan telah ditangguhkan pada November lalu dan pada yang demikian itu, Speaker mempunyai kuasa untuk meneruskan semula satu persidangan yang baru.

" Walau bagaimana pun, sekiranya Yang Kebawah Duli Tuanku menggantung atau membubarkan Dewan Undangan Negeri ke-12, maka , Yang Dipertua Dewan perlu mendapatkan perkenan kebawah Duli Sultan untuk mengadakan persidangan Dewan Negeri ke-13.

Chan berkata, yang demikian adalah jelas bahawa, Sivakumar mempunyai hak sebagai Speaker Dewan dibawah Seksyen 90 , Standing Orders Perlembagaan Negeri Perak untuk memanggil persidangan dewan tanpa perlu merujuk kepada kebawah Duli Sultan Perak.
Kenyatan Chan tersebut turut diperkuatkan lagi oleh peguam perlembagaan Tommy Thomas yang menghantarkan 7 muka surat ‘fax’ untuk edaran kepada pihak media yang memuatkan kenyataan :
“Adalah mudah dan jelas bahawa Speaker yang dilantik bagi Dewan Parlimen British , Dewan Rakyat, mempunyai budi bicaranya sendiri untuk memanggil semula persidangan dewan yang sedang dalam penangguhan .

Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Perak telah berlangsung dibawah pohon tadi . Zambri dan gerombolan Exco haramnya itu , termasuk bakal PM DS Najib mendakwa persidangan tersebut tidak sah! Tidak sah! Tidaksah!

Tetapi tiba-tiba sahaja para peguam yang mewakili Mentri Besar Haram Zambri Kadir dan Exconya terburu-buru memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini dalam usaha mengenepikan arahan penggantungan yang menghalang mereka daripada menghadiri persidangan dewan negeri.

Nampak sangat katunnya puak-puak Zambri ini. Sebelum ini mereka mendakwa sidang tergempar yang dipanggil Speaker V Sivakumar tu tidak sah? Apahal tiba-tiba kini mencecet pergi ke Mahkamah Tinggi pula?

Tindakan mereka ke Mahkamah pun nampak katun kerana sudah jelas bahawa mana-mana mahkamah tidak boleh mempertikai atau mencabar apa-apa keputusan yang dibuat oleh Speaker kerana masing-masing mempunyai bidang kuasa tersendiri.

ADUN Kamunting, Mohd. Zahir Abdul Khalid hari ini menyerahkan notis merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana salah guna kuasa, menghina DUN dan ketidaksetiaan kepada titah Sultan Perak.

Lagi-lagi puak Umno ni cuba sedaya upaya untuk heret Istana kedalam kemelut yang yang mereka mulakan. Sebelum ini mereka menafikan kuasa yang ada pada Speaker apabila speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Halam, Zambry Abd. Kadir dan enam Exco Halam daripada menghadiri persidangan DUN.

Mereka anggap tindakan Speaker menggantung Zambri dan Enam EXCO halam itu sebagai amat melucukan dan kelakar. Tetapi kini mereka terpaksa menjilat semula kata-kata mereka itu.
Langkah yang mereka ambil itu membuktikan bahawa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa yang vital.

Tidak berapa lama dulu, puak Umno/BN sibuk satu negara menimbulkan isu tentang kelas KEMAS di beberapa Dewan Orangramai Negeri Perak kononnya telah dikunci oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Tetapi hari ini , gara-gara mahu menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) tadi, kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu dikunci oleh mereka.

Apa yang menghairankan apabila Hakim tidak benarkan speaker Sivakumar diwakili peguam swasta dengan alasan ia entiti kerajaan - hanya boleh diwakili oleh LA atau AG . Persoalannya mengapa pula MB – juga entiti kerajaan boleh pula diwakili peguam swasta? (dia anggap MB tu tak sah agaknya?).

MB Zamri hanya minta injunksi halang speaker adakan sidang DUN tergempar sahaja - dia buat keputusan larang speaker adakan sidang tanpa perkenan Sultan. - lain minta lain pulak keputusan.

The restriction in the Government Proceedings Act on “public officers” using private lawyers only with the permission of the Attorney General does not apply to the Speaker of the Legislative Assembly of Perak defending a suit brought against him in his capacity as Speaker. Thus, the Ipoh High Court decision to bar Tommy Thomas and others from acting for Speaker Sivakumar is, with respect, wrong.

It appears that Ipoh High Court Judicial Commissioner Yang Arif Tuan Ridwan bin Ibrahim has ruled that private lawyers cannot appear on behalf of Speaker of the Perak State Assembly Sivakumar in the litigation against him brought by UMNO Assemblypersons because of the Government Proceedings Act 1956.

This decision is of particular interest to those concerned with the right of litigants to have an advocate to champion his cause in Court without fear or favour. Regrettably, and with respect, it appears that this decision does not seem to be in line with the provisions of the Government Proceedings Act 1956 read together with the Federal Constitution.

Section 24(3) of the Government Proceedings Act 1956 seems to suggest that the State Legal Adviser must retain advocates and solicitors in order to act on behalf of the “State government” or “State officers” in “civil proceedings by or against the Government of a State or a State officer”. This follows on from sections 24(1) and (2) which provide that law officers (meaning lawyers from the Attorney General’s Chambers) “may” act on behalf of “public officers” who are sued by virtue of his office.

Thus, the law allows for the Attorney General’s Chambers to act or to appoint private lawyers to act for cases against public officers.

The term “public officer” is not defined in the Government Proceedings Act 1956. The Interpretation Act has the following definitions:-

“public office” means an office in any of the public services;

“public officer” means a person lawfully holding, acting in or exercising the functions of a public office;

“public services” means the public services mentioned in Article 132 (1) of the Federal Constitution;

Article 132(1) of the Federal Constitution lists out several public services such as the armed forces, the judicial and legal services, the police service and the general public service. In a nutshell, the public services are what is commonly called government service or civil service.

But Article 132(3)(b) is instructive. It categorically states that “the public service shall not be taken to comprise” the Speakers of Parliament and the Legislative Assemblies of the State.

Hence, it appears that the restriction in the Government Proceedings Act on public officers using private lawyers only with the permission of the Attorney General does not apply to the Speaker of the Legislative Assembly of Perak defending a suit brought against him in his capacity as Speaker.

Thus, the Ipoh High Court decision to bar Tommy Thomas and others from acting for Speaker Sivakumar is, with respect, wrong.

Monday, March 2, 2009

Alahai U turn lagi ke!!

Baru-baru ni bila Menteri Kerja Raya Dato' Zin kata kadar tol di 5 lebuhraya naik, maka habis gelisah rakyat nak kena tambah bajet diketika ekonomi dunia dan Malaysia tengah merudum, tetapi bila mai PM kata tok sah la kot, rakyat tengah sesak, maka ditangguhkan pulak. Buat U turn juga nampaknya Menteri kita ni. Masa nak naik hari tu rasanya yang mempengerusikan mesyuarat depa kata bakal PM, tapi bila PM tegur, maka menteri kena ikut . Maknanya masih power lagilah PM kita ni.
Lepas tu Menteri Dalam negeri pula Datok Syed Hamid Albar, dalam warta kata Orang Kristian boleh guna perkataan Allah yang dikeluarkan pada 16 Jan 2009, baru saja lagi, tetapi bila rakyat bising, maka dengan muka selamba dan sedih konon, maka ditarik balik , buat U turn juga mengharamkan penggunaan perkataan Allah kerana najlis fatwa dah keluarkan fatwa lama dah pasal perkataan Allah ni daripada digunakan oleh bukan Islam. Memang perkara ni kalau nak ulas boleh panjang dengan nas dan hadis, tetapi dah ada fatwa, maka malas lah kita nak campur tangan , mengeruhkan suasana.
Yang ana cukup rasa lucu dan sedih apa yang berlaku dalam kuasa eksekutif dan legislatik kita ni, bila dalam parlimen Menteri jaga polis kata Ketua Polis mengaku tak boleh masuk dan ganggu didalam parlimen , tak ada kuasa nak ganggu didalam parlimen, tempat buat undang-undang, bahkan dalam usul yang dikeluarkan oleh Menteri dalam Negeri pada 17 Februari 2009 pun, menyatakan polis hendaklah memastikan tidak ada halangan bagi ahli dewan untuk memasuki dewan untuk membahas dan berbincang untuk persidangan dewan, tetapi bila speaker panggil menyuarat di dewan Undangan Negeri Perak, maka polis yang halang ahli dewan masuk, hairan bin ajaib. Diparlimen kata polis hendakalah meastikan tak ada halangan, tapi di DUN polis yang membuat halangan, U turn lagi.!!

USUL
JALAN-JALAN MASUK KE PARLIMEN
12.58 tgh.
Menteri Dalam Negeri [Dato’ Seri Syed Hamid Albar]: Tuan Yang di-Pertua, saya
mohon mencadangkan usul seperti berikut:
“Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga
supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui
lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh
dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi
dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan
menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan
ini dan berhampiran dengan bangunan ini; dan Setiausaha Dewan Rakyat
hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang
tersebut itu”.
Menteri Luar Negeri [Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim]: Tuan Yang di-Pertua, saya
mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah usul oleh Yang
Berhormat Menteri Dalam Negeri yang telah dikemukakan tadi hendaklah dipersetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.
Usul disetujukan.

Tapi mereka kata pula dah sidang tu tak sah, tak dapat perkenan Tuanku Sultan, bila ana baca perlembagaan Perak, mengikut katanya kalau sidang tu ditanggunhkan sebelumnya, maka nak buat sidang pula tak perlu perkenan Raja, tetapi kalau bubar barulah kena perkenan Raja, itu kena tanya pakar undang-undang la. kita dok bidang lain tak boleh nak ulas. Cuma yang yang ana belajar dalam parlimen, pihak luar tak boleh kacau kuasa speaker dalam parlimen, macam Tun Dr M kata la, sebab kuasa legislatif yang diberikan kepada Parlimen dan DUN, sebab tu apa juga perkara yang dibawa dalam Parlimen tidak boleh disaman diluar melainkan ada beberapa perkara tertentu yang termaktub dalam buku peraturan mesyuarat tak boleh sentuh la.
Walau bagaimana pun daripada ulasan yang dibuat oleh speaker, ana terbaca bahawa sesiapa yang menghalang sidang dewan boleh dihukum sampai 7 tahun penjara, nak kena tanya oerang bidang undang-0undang la dalam hal ni.

Sunday, March 1, 2009

Bakal PM ke tu!!

Nampak sangat bakal PM kita ni ada sikit kurang dalam menghadapi situasi semasa .

Pertama sekali masa kes Saiful dulu. mula-mula bakal PM ni cakap tak kenal Saiful dan tak pernah jumpa Saiful, tapi bila dah orang bawak keluar gambar Saiful dekat pejabat dia, baru bakal PM ni tukar kenyataan cakap kenal pula.

Tu baru gertak dengan gambar Si Saiful dekat ofis ,belum tunjuk gambar Saiful salam dengan dia lagi...

Pernah jumpa sekali awal tahun dulu masa Saiful mintak tolong bagi sokongan untuk mohon biasiswa. padahal seluruh dunia tau yang budak Saiful tu kelulusannya tahap mana yang nak mintak biasiswa nak jadi juruterdang berlatih di Kota Baru Negeri dibawah kawalan TG Nik Aziz ,jumpa bakal PM nak bagi sokongan untuk dapat biasiswa yang sepatutnya tak layak dapat biasiswa kerana mengaji tak lulus pun.

Lepas tu tambah lagi kenyataan dari si Saiful sekali lagi pergi jumpa bakal PM dan Isteri yang cukup prihatin sebab nak mengadu masalah bahagian belakang kena ganggu oleh DSAI pada waktu tengahari padahal sebelum tu bakal PM dah cakap jumpa si Saiful sekali cuma masa dia nak mintak sokongan untuk biasiswa. Lepas ni kalau sesiapa yang tak lulus periksa nak minta biasiswa bolehlah pergi jumpa bakal PM ke atau PM ke minta sokongan nak dapatkan biasiswa.


Kali kedua bakal PM tersasar ialah bila dengan bangganya beliau mengeluarkan kenyataan bahawa "OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…" dan jugak "OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…". Tapi selang tak lama lepas tu beliau memberi amaran supaya semua rakyat Malaysia bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi...

Tak lama lepas tu jugak satu lagi kenyataan dikeluarkan bahawa negara Malaysia juga tak dapat lari dari menerima kesan kemelesetan ekonomi global. padahal sebelum tu dengan bangganya semasa menjawab perbahasan bajet 2009 mengeluarkan kenyataan bahawa "OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…" dan jugak "OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…", ketika baru menjawat menteri jaga kantung Negara katakan.
sejak bulan Oktober 2008 di mana penunjuk-penunjuk
ekonomi utama seperti eksport negara mengalami penurunan sebanyak -2.6% dalam bulan
Oktober dan begitu juga bagi November -4.9% dan Disember -14.9%. Manakala Indeks
Pengeluaran Perindustrian (IPI) juga merosot dalam tempoh yang sama iaitu Oktober -2.8%,
November -8.2% dan Disember -15.5%.
Jumlah pemberhentian pekerja bagi tempoh Oktober 2008 hingga Januari 2009 adalah
seramai 11,595 orang sementara di bawah Skim Pemberhentian Sukarela adalah seramai 2,752
orang dalam tempoh yang sama. Harga komoditi terus berada pada paras yang rendah. Harga
minyak mentah (WTI) kini berada pada paras purata USD40 setong berbanding paras tertinggi
USD147 setong pada 15 Julai 2008. Harga minyak sawit juga terjejas pada paras purata RM1800
setan metrik berbanding paras tertinggi RM4203 setan metrik pada 4 Mac 2008, manakala harga
getah terus rendah pada paras RM4.50 sekilogram berbanding dengan RM10.52 sekilogram
pada 2 Julai 2008.
Kedudukan pasaran saham negara masih di paras kedudukan yang rendah pada 903.52
mata pada 10 Februari 2009 berbanding paras tertinggi 1519.22 mata pada 11 Januari 2008.
Penunjuk-penunjuk ekonomi ini menggambarkan situasi ekonomi negara ini berdepan dengan risiko yang amat mencabar seperti mana yang dialami oleh semua negara di seluruh dunia.
Perkembangan ini dijangka berterusan dalam tahun ini dan akan memberi kesan pada kegiatan ekonomi negara pada keseluruhannya pada tahun 2009. Berdasarkan perkembangan yang semakin mencabar ini serta dengan mengambil kira pakej rangsangan RM7 bilion yang diumumkan pada 4 November 2008 lepas, unjuran pertumbuhan 3.5% KDNK negara bagi tahun 2009 tidak lagi menggambarkan kedudukan terkini ekonomi negara.
Berikutan kelembapan pertumbuhan dan perdagangan dunia mungkin menjadi lebih ketara jika pakej-pakej rangsangan seluruh dunia tidak memberi kesan positif yang amat diharapkan, ada kemungkinan besar permintaan ke atas eksport negara kita akan terjejas dengan teruknya dan merosot pada kadar dua angka.

Oleh itu, unjuran kadar pertumbuhan 3.5% tersebut akan disemak semula bagi tahun
2009. Unjuran pertumbuhan baru yang akan diumumkan itu akan mengambil kira kekuatan dan kelebihan ekonomi negara kita dalam menangani persekitaran luar yang tidak menentu. Ini memandangkan Malaysia mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh untuk menyokong daya ketahanan dan pertumbuhan ekonomi, antaranya reserve antarabangsa negara terus meningkat kepada USD91.3 billion pada 30 Januari 2009 dan mampu membiayai 7.5 bulan import tertangguh. Sistem perbankan negara juga kukuh dengan nisbah wajaran modal risiko berada pada paras yang tinggi iaitu 12.6% pada Disember 2008 melebihi kadar 8% piawaian antarabangsa Basel.
Apa kata DS Najib dalam jawapan pada 18 Feb 2009 lalu dalam parlimen,
Terbaru sekali bakal PM ni keluarkan lagi kenyataan yang seolah mengiakan bahawa memang wujud kes pembelian ADUN-ADUN Pakatan Rakyat sebagaimana yang didakwa oleh beberapa pihak. kenyataannya ialah bilamana beliau di soal oleh wartawan "benarkah tuduhan sesetengah pihak bahawa ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di bayar sejumlah wang sebanyak RM50 juta untuk melompat?"

Apa yang dijawab oleh bakal PM "mana ada sampai 50 juta..!"... apa maknanya tu? adakah maksud sebenarnya kenyataan beliau "tak sampai 50 juta lahhh...!!! dalam 5-6 juta je...!!!" macam tu la kut ana agak dalam hati beliau?


Ada lagi bakal PM ni sebut nak menjerat MB haram Perak ni komen beliau pasal isu speaker DUN Perak yang panggil para ADUN Perak untuk satu Sidang Tergempar DUN. Apa kata beliau - "DUN Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu..."... sambung beliau lagi "dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan." sejak bulan Oktober 2008 di mana penunjuk-penunjuk ekonomi utama seperti eksport negara mengalami penurunan sebanyak -2.6% dalam bulan Oktober dan begitu juga bagi November -4.9% dan Disember -14.9%. Manakala Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) juga merosot dalam tempoh yang sama iaitu Oktober -2.8%, November -8.2% dan Disember -15.5%.
Jumlah pemberhentian pekerja bagi tempoh Oktober 2008 hingga Januari 2009 adalah
seramai 11,595 orang sementara di bawah Skim Pemberhentian Sukarela adalah seramai 2,752 orang dalam tempoh yang sama. Harga komoditi terus berada pada paras yang rendah. Harga minyak mentah (WTI) kini berada pada paras purata USD40 setong berbanding paras tertinggi USD147 setong pada 15 Julai 2008. Harga minyak sawit juga terjejas pada paras purata RM1800 setan metrik berbanding paras tertinggi RM4203 setan metrik pada 4 Mac 2008, manakala harga getah terus rendah pada paras RM4.50 sekilogram berbanding dengan RM10.52 sekilogram pada 2 Julai 2008.
Kedudukan pasaran saham negara masih di paras kedudukan yang rendah pada 903.52
mata pada 10 Februari 2009 berbanding paras tertinggi 1519.22 mata pada 11 Januari 2008.
Penunjuk-penunjuk ekonomi ini menggambarkan situasi ekonomi negara ini berdepan dengan risiko yang amat mencabar seperti mana yang dialami oleh semua negara di seluruh dunia.
Perkembangan ini dijangka berterusan dalam tahun ini dan akan memberi kesan pada kegiatan ekonomi negara pada keseluruhannya pada tahun 2009. Berdasarkan perkembangan yang semakin mencabar ini serta dengan mengambil kira pakej rangsangan RM7 bilion yang diumumkan pada 4 November 2008 lepas, unjuran pertumbuhan 3.5% KDNK negara bagi tahun 2009 tidak lagi menggambarkan kedudukan terkini ekonomi negara. Berikutan kelembapan pertumbuhan dan perdagangan dunia mungkin menjadi lebih ketara jika pakej-pakej rangsangan seluruh dunia tidak memberi kesan positif yang amat diharapkan, ada kemungkinan besar permintaan ke atas eksport negara kita akan terjejas dengan teruknya dan merosot pada kadar dua angka.
Oleh itu, unjuran kadar pertumbuhan 3.5% tersebut akan disemak semula bagi tahun
2009. Unjuran pertumbuhan baru yang akan diumumkan itu akan mengambil kira kekuatan dan kelebihan ekonomi negara kita dalam menangani persekitaran luar yang tidak menentu. Ini memandangkan Malaysia mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh untuk menyokong daya ketahanan dan pertumbuhan ekonomi, antaranya reserve antarabangsa negara terus meningkat kepada USD91.3 billion pada 30 Januari 2009 dan mampu membiayai 7.5 bulan import tertangguh. Sistem perbankan negara juga kukuh dengan nisbah wajaran modal risiko berada pada paras yang tinggi iaitu 12.6% pada Disember 2008 melebihi kadar 8% piawaian antarabangsa Basel.
Tetapi mereka sebenarnya tidak sedar kuasa memanggil sidang Dun hanya terletak ditangan Speaker yang menangguhkan sidang tidah bertarikh pada November yang lalu.

Perlu diingat kuasa Sultan untuk perkenan sidang Dun adalah setelah Dun dibubarkan dan satu sidang Dun baru hendak dibuat barulah Sultan diminta perkenan untuk merasmikan sidang Dun.

Seksyen 90 peraturan (standing order) Dewan Undangan Negeri Perak, jelas kepada Speaker untuk memanggil sidang DUN tergempar tanpa merujuk kepada Sultan.


Apa maknanya tu? Sudah terang lagi bersuluh bahawa dia pun belum pasti yang kerajaan rampas kuasa ni sah ke tidak ikut perlembagaan. Memang itu sajalah tahap pemikiran yang kita ada nak pimpin kita nanti, sampai semua rakyat dah tau pun beliau masih belum tahu lagi.
Rupanya beliau pun tak yakin yang kerajaan yang dia bangga-banggakan di Perak tu adalah kerajaan yang tak sah dan dalam masa yang sama dia dah mengakui bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah Kerajaan Negeri Perak yang sah!

Apa tunggu lagi, cepat-cepat suruh MB kerajaan rampas kuasa ni bungkus dan balik Pulau Pangkor saja .

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.