Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, August 21, 2010

Sumbangan Ramadhan


Sempena kedatangan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, maka program sumbangan untuk mereka yang kurang berada masih diteruskan .Sebagai meneruskan program ini,pada hari semalam Muslimat PAS Kawasan Pendang telah turun padang ke Kampong Becah dan Carok Kudong memberi sumbangan kepada mereka yang kurang berada dan warga emas serta bekas veteran PAS yang sudah uzur sekarang ini.

Program berlangsung sepanjang pagi semalam diketuai isteri Ahli parlimen Pendang sendiri, Dr Hajjah Rahimah Sahit, Ketua Dewan Muslimat PAS Pendang.

Terima kasih kepada penyumbang yang sudi melaburkan sumbangan mereka untuk saham akhirat yang mana digandakan pahala pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Thursday, August 19, 2010

Pejuang Bahasa Melayu, .


Kesian depa.
Inikah yang dikatakan pejuang bahasa Melayu dari Pulau Pinang.
Ataukah inikah kesan daripada PPSMI dipelopori oleh bekas PM bin Iskandar Kutty tu.

Sumbangan PIKAT di bulan Ramadhan..

Ramadhan diawalnya rahmat, dipertengahannya keampunan dan diakhirnya pembebasan daripada api neraka, hadis Nabi Muhammad saw.


Begitulah setiap kali tiba Ramadhan,maka berbagai bentuk bantuan diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan sebagai memenuhi tuntutan sedekat di Ramadhan ini, siang tadi Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat PR Kedah telah mengadakan suatu majlis penyampaian sumbangan di Markas PAS Alor Setar Kedah di Batu 2 Tandop.

Ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang kurang berada telah diberikan sumbangan keperluan harian sebagai memperlihatkan keprihatinan mereka kepada golongan ini.
Ada yang sebak menangis kegembiraan menerima sumbangan tadi, maklumlah selama ini mereka tidak pernah dipandang sebagai anggota masyarakat yang layak menerima sumbangan.

Moga majlis ini dapat memberikan manfaat kepada semua terutama ganjaran pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

Wednesday, August 18, 2010

bubur lambuk



Tolong edar bubur lambuk sat.
Masjid Jamek Al Lutfi Batu Hampar, Pendang.

Tuesday, August 17, 2010

Tazkirah di Langgar.

Atas jemputan bidan terjun pada Sabtu lepas, sempat juga ana menunaikan amanah yang diberikan oleh YB Ust Aizat dari DUN Bukit Lada untuk jemaah di Markas Langgar.

Lebih kurang 20 minit ana gunakan untuk memberi sedikit kesedaran kepada diri sendiri dan juga anak jemaah pada malam itu, yang diimami oleh pelajar Insaniah yang macam Imam Masjid di Makkah.

Diharap pada malam itu tazkirah yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua.
Terima kasih kepada blogger sgkasai yang telah membuat ringkasan tazkirah ana tu.

Sunday, August 15, 2010

Ingat sama kita ni posa no, nak tembak tengok dulu lah..

Saja nak tolong hebhkan cerita dari SU Politik MB Kedah ni agar yang dok jaja kata banjir di Sik dan Baling kelamrin dulu tu kena mengena dengan kerajaan lulus kawasan balak dan pembalakan HARAM.
Bukan apa, ni yang disuruh oleh nabi saw supaya bulan puasa ni kena jaga semua pancaindera agar posa kita jadikan kita sebagai manusia yang bertaqwa, kalau tidak hanya dapat lapar dan dahaga saja lah.
Nak fitnah dan tohmah kena tau dulu faktanya, nanti terbalik kena diri sendiri ssah juga nak selindung. Kita ada badan kawal selia dan badan pemantau, ada akta parlimen yang menghadkan dan menjaga hutan, ada yang kawal dari perkara haram berlaku dan ada yang pantau benyak mana kena sapu secara haram, jadi depa tu semua dok buat kerja dan pada lazimnya kalau yang terjadi di negeri buka BN perintah, baru nampak asap dah cepat-cepat depa hantar bomba, lainlah kalau negeri tu BN perintah, dah terbakar hangus pun buat-buat tak tau saja.
Harap kalau baca tulisan SUP MB ni, tak ada lagi lah kot kata-kata macam fitnah dan tohmah tu, maklumlah semua nak dapat pahala maksima dibulan posa ni no.

Banjir & Balak di Sik - Jaga-Jaga UMNO Jangan Celupar Sangat nanti Tidoq Tak Lena
#fullpost {display:none;}
Banjir Di Sik Dan Baling...Pasai Pembalakan La Pulak.
Wartawan TV3 dan Utusan hari ni gelak sakan la...buleh tibai kerajaan yang kununnya meluluskan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Rimba Teloi, Kawasan Tadahan Sg Semeliang lalu menyebabkan banjir teburuk dalam tempoh 40 tahun.
.
Saya bersimpati dan merakamkan takziah kepada semua mangsa banjir di Baling dan Sik. Kerajan melalui Pejabat Daerah dan JKM sedang bertungkus lumus membantu apa yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ni, tentu perit rasanya ditimpa musibah banjir. Kepada Allah kita berserah...ini semua ujian kepada hambanya yang kerdil seperti kita.
.
Ada pulak YB UMNO yang cari publisiti, tanpa usul periksa, cepat-cepat buat kesimpulan. Banjir ni puncanya kerajaan negeri punya pasai, lulus balak ikut suka. Esok, dia nak angkut mangsa-mangsa banjir pi SPRM nak buat laporan pembalakan haram di Rimba Teloi. Saya nak habaq, Jitra pun kena, tak ada pembalakan pun! Tahun lepas Jeddah bah besaq, ramai jemaah haji terkandas dan ada yang meninggal. Mana ada balak ditebang di Jeddah. Tak tau la kot-kot UMNO jadi kerajaan di Arab Saudi masa tu.
.
Saya alu-alukan langkah politiknya tu, kita tengok la apa hasilnya. Tapi mau ingat juga, sejak 2 tahun setengah kerajaan PR di Kedah, belum ada kelulusan pembalakan di Rimba Teloi, kalau ada pun, ia lulus di zaman bos dia jadi MB dan menguasai kerajaan. Kita boleh tengok lah sapa yang dapat kawasan tu, berapa depa bayaq masa tu, sapa nak kena jawab!
.
Maklumat yang saya ada, kali terakhir balak ditebang di Rimba Teloi/tadahan Sg Semeliang yang bersambung dengan Sg Chepir ialah sewaktu DS Syed Razak jadi MB, lepas tu Big Boss dia pulak jadi MB dan menguasai kelulusan kawasan pembalakan. Tiba-tiba YB UMNO tu mendakwa pembalakan berlaku September tahun lalu (2009). Maka kerajaan la ni bertanggungjawab. Jawapan saya begini.
.
Setiap kawasan pembalakan melalui proses kelulusan yang ketat, dibawah seliaan, kajian dan recommendation Jabatan Perhutanan. Mana-mana kawasan yang diluluskan dalam Jawatankuasa Hasil Bumi mengambil masa 1 hingga 3 tahun untuk proses tagging (tanda pokok yang boleh ditebang), persempadanan kawasan, dan memproses lesen menebang. Ini prosedur biasa. Boleh rujuk Jabatan Perhutanan atau mana-mana taukey balak. Paling cepat satu tahun, tapi jarang berlaku.
.
Oleh kerana sepanjang bulan Mac 2008 hingga kini belum ada kelulusan pembalakan di kawasan itu oleh kerajaan sekarang; dan proses mengubahasil yang memakan masa hingga 3 tahun, MAKA, kalaupun ada pembalakan di situ pada bulan September 2009, ia adalah kawasan yang diluluskan oleh kerajaan BN dan dalam tangan big bosnya dalam tahun 2006 -2009. Ia adalah tanggungjawab dan kawalan mutlak kerajaan BN.
'
Nanti ada orang akan kata pulak... "Ha! ni lah keja kerajaan PR, tak habis-habiskan nak salahkan kerajaan dulu. Dah jadi kerajaan, pandai-pandai lah jaga negeri". Jawabnya mudah. Kawasan yang telah lulus ikut proses masa itu, tak ada peraturan lain yang boleh menarik balik kelulusan itu. Proses itu 'mengikat' semua pihak! Kalau nak kena saman dan didenda macam kerajaan Pahang kena RM63 juta, cubalah batalkan mana-mana kawasan. Ada kes di Kelantan, kerajaan la kena bayar beratus-ratus juta walaupun kes kelulusan pembalakan itu berlaku di zaman BN memerintah Kelantan. Kalau Kedah kena, bingkuih kita!
.
Mana-mana kawasan yang telah lulus atas tanggungjawab Jabatan Perhutanan telah melalui proses standard yang termaktub dalam undang-undang (Akta Parlimen) yang telah diluluskan. Cuma, telah diketahui umum, kelulusan pembalakan dizaman 2006-2009 sangat 'memilukan' kantong kewangan negeri. Hanya sekitar RM6 juta hingga RM10.8 juta masuk sebagai hasil pembalakan kepada negeri dalam tempoh itu. Kuota tebangan ditetapkan ialah 2,340 hektar, tidak termasuk tanah kerajaan dan kuota tahun sebelumnya yang tidak dihabiskan..
.
Di zaman itu juga, kuota yang disimpan di zaman Tan Sri Sanusi Joned di habiskan. (TS Sanusi Joned meminimumkan pembalakan di zamannya). Dengan kuota tahunan yang sama, kerajaan sekarang menghasilkan RM35-RM38 juta (premium sahaja, belum masuk cukai kayu per/tan) pada tahun 2008-2009. Itupun kawasan yang diluluskan melalui tender terbuka adalah di Bkt Kachi, Tiang Layar, Ulu Muda dan Gunung Inas sahaja. Tidak ada di Rimba Teloi.
.
Esok, Jabatan Perhutanan akan masuk memeriksa dakwaan YB UMNO itu dalam akhbar hari ini. Saya bimbang ada yang tidur tak lena malam ini dan malam esok. YB, jangan asal nampak pokok bergoyang, YB pi tembak, mana tau itu bos YB sedang bersembunyi dari isterinya yang mengamok! YB pi la awai-awai pagi esok, sebaiknya lepas sahur terus naik bas MARA ke Alor Setar...Maaflahhh kawan!M. Sanusi M. NorSETPOL MB.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.