Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, April 2, 2010

Hari ni mati seorang lagi.


Ada yang hidup, ada yang mati.
ada yang lahir, ada yang meninggal.
itulah adat dunia , kalau tidak penuhlah bumi ini.
nak cepat, mari gempa ka, tsunami ke, tanah runtuh ka, maka ramai yang hilang.
hari ini, dikesempatan yang ada , ana menziarahi kawan dari keturunan Siam yang mati 4 hari lalu,di Kampong Pak Pom , Kubor Panjang bersama En Rusli AJK Hubungan antara kaum PAS Kawasan Pendang bersama MKK Kubang Pisang En Abdul Latiff.

Bila pula Malaysia laksana hudud ni!.

Tersentak juga benak ana bila baca ulasan TS Harussani berhubung dengan apa yang berlaku kepada Kartika pasal minum arak dikhalayak ramai ni. Ulasan dia tentang pengampunan daripada sebat kepada kerja amal pasal minum arak ni kerana ia bukan hudud. Ana rasa seluruh dunia tahu kalau hukum hudud sabit minum arak 80 rotan, macam juga qazaf tuduh orang buat kerja tak senunuh tu , kerja masuk memasuk kena nampak macam celak masuk lubang celak tu la, kena 4 saksi, kalau tidak kena 80 sebatan juga, tu baru hudud, bila masa Malaysia ni laksana hukum yang Allah wajibkan nih wahai TS Mufti oii.
Risau juga la bila orang Alim bercakap, kadang-kadang naik kelabu asap kepala kita mana satu nak pegang, dulu masa Ustaz mengajar rasa macam lain, tapi bila dah bercampur macam-macam jadi macam keliru pulak. Rasanya kena masuk mengaji lagi la macam ni.
Cuma satu lagi mungkin sedang menerobos pemikiran ana bila memikirkan kes ini akan jadi precedent kepada kes lain dimasa depan terutama bilamana ianya berlaku di Negeri Pahang darul makmur ini.
Pernah berlaku dulu seorang tokoh politik negara ditangkap sedang berjudi di Genting Highland, tetapi tak tahu ana adakah dia minum arak ke tidak, tak tau nak kata la, kes ni dah agak lama dah.
Jadi harap-harap lepas ni tak akan ada yang ambil kesempatan kalau dah kena hukum, jaja seluruh negara pasal kesalahan dia sampai orang nak tidur pun tak senang. Hukuman pula dilambatkan pasal tukang sebat tak ada. Yang syoknya yang disebat dalam Penjara Kajang hari tu ada pula tukang sebat, mai mana tak tau , import dari Aceh kot.
Kita kena arif yang sebat dalam hudud ni tak sama macam ana pernah tengok sebat dalam penjara , sampai melaung sakit dan pecah kulit meninggalkan parut sepanjang hayat, tapi selang dua tiga tahun buat lagi benda yang sama dan sebat lagi, tak serik sebab tak ada ruh hukuman.
Setahu ana yang cetek ilmu ni, sebat dalam hudud tak boleh menyakitkan, tak luka, kena berlapik bagi wanita, rotan sederhana saiz, kena pegang ditengah bukan hujung, tidak boleh dimuka atau organ peranakan, biasanya dibelakang atau punggung dan berbagai lagi yang boleh dibaca lah dalam buku, cuma yang peliknya di Malaysia mengaku negara Islam ni, masih belum ada tukang sebat untuk kes arak.
Jadi ada beza yang besar antara sebat syariah dengan sebat biasa dalam penjara sekarang ini, cuba lihat gambar yang dipaparkan berhubung hukuman sebat dikhalayak kepada pelaku jenayah syariah di Aceh baru-baru ni.

Kawan-kawan tak terkejut ke!

Dalam keriuhan Islamisasi di Zaman Dr M, dalam kerancakan Islam Hadhari di Zaman Pak Lah, kini muncul satu kontradik didalam zaman DS Najib yang pasti akan menggegarkan dunia Malayu Islam dan ledakan semangat oleh PERKASA Datuk Ibrahim Ali ( menang atas tiket PAS), sudah pasti berita ini tidak akan menggembirakan kita sebagai seorang Islam dibumi Malaysia ini.
Alasan, negara rugi ratusan juta pasal mereka berjudi secara haram tanpa lesen, maka wajar diberi lesen, akan jadi halalkah judi tersebut?? Kena tanya to Mufta la, ana tak mengaji bab ni secara mendalam. Ternyata berita yang didengar dari hujung telinga setelah didesak oleh pihak tertentu akan dibenarkan judi sukan, mungkin sempena dengan bola Piala Dunia yang akan menjelang tiba, sudah pasti ratusan juta akan masuk wang haram ni.
Kata orang puteh, 'if you cannot beat them, you join them ', mungkin salah satu nasihat penasihat antarabangsa APCO yang diterajui oleh pemikir dan diplomat Israel ke US dan German itu boleh beri komen tentang apa yang berlaku dinegara mereka, riba sesama Yahudi halal, dengan bukan Yahudi tak boleh, agaknya kot (ana tak tahu), judi sesama depa halal , cuma dengan orang lain tak boleh (haram).

Tak boleh jawab, tutup mulut dia.

Dalam Malaysia ni bermacam benda yang pelik ada, macam iklan dalam TV dulu ada orang tua tu kata, "macam-macam ada".
Ada satu tulisan ana baca, yang pelik di malaysia ni dalam bahasa orang Putih le, maklumlah dah pandai pasai belajar sains dan math dalam bahasa orang puteh hari tu, depa kata,
sodomy without penetration,
jet without engine,
submarine without diving capability,
murder without motive,
clinic 1 Malaysia without doctor.

Yang lagi peliknya, tak boleh bukti dalam mahkamah, tangkap dan kurung bawah ISA,
( bukan Israel Security Agency) dimana salah seorang bekas boss dia tu jadi orang kuat APCO yang Malaysia ambil jadi penasihat depa, tapi Internal security act.

Apa yang jadi masalah lani, ambil syarikat yang orang Yahudi jadi tekong dan bawa balik masuk kelambu tak apa, tapi bila sebut One Malaysia adalah idea One Israel , pasal depa tak boleh nafi, maka akan dirujuk ketua pembangkang ke JK Hak dan Kebebebasan Dewan, kata depa fakta tak betul.
Inilah agaknya kut antara nasihat APCO yang dibuat dimerata dunia termasuk kepada pemimpin Kazashtan, dan Abacha dan ramai lagi pemimpin besar dunia , kalau tak boleh jawab, gantung depa. Sebab tu depa marah sangat bila rahsia depa rakyat tahu.
Nasiblah hampa wahai APCO oii, dapat menasihatkan orang yang memang melenting marah bila sebut Israel takluk bumi Palestin.

Wednesday, March 31, 2010

Bahas Titah Di Raja


Habuan hampa la APCO oii

6 bulan USD 420,000 , itulah habuan yang didermakan oleh rakyat untuk syarikat yang didalamnya ada orang Yahudi yang sedang mengkenduri negara kita dimata dunia agar imej kita bertambah , baik atau burk, namapun Yahudi yang dalam Quran pun Allah kutuk dan laknat, tapi kita sign kontrak suruh depa promosi kita pula.
Kesian kat kita, dok fikir selama ni kita dah pandai, ambil syrikat antarabangsa, rupanya ambil ketua segala pemikir dan diplomat yang berada dibawah puak Yahudi ni buka pejabat didalam kelambu kita.
Macam menteri Mindef kata semalam, rahsia negara telah terbocor, tapi orang tu bukan pengkhianat negara, kerana dia insaf dan boleh counter attack balik melalui saluran diplomatik dengan menolong kita balik.
Kalau dah bocor pun dikatakan tak khianat, macam mana la lagi kita nak kata ana pun tak tahu. Tu pasal enjin jet pun boleh hilang tu, entah rahsia ni kot yang bocor tu.
Menteri juga mengaku dia jumpa Ehud barak di Paris dan dengan lantang menyatakan ada menerangkan penentangan kita terhadap Yahudi Israel ni, beliau bersemuka sendiri, menerangkan bantahan kita kepada Ehud Barak.
Pak menteri oii, jenis Yahudi Israel ni dengan peluru pun depa tak heran, ni pula dengan lemah lembut dan longlai gemalai kita bertemu secara senyap dengan depa lepas tu bila rakyat tahu, baru nak tepis. Macam Dato' Mahfuz kata dalam dewan kelmarin, entah ni pa yang Ehud barak nasihat tu, pasal tu ko APCO boleh buka pejabat dalam kelambu kita.

Tuesday, March 30, 2010

Terengganu Darul runtuh

Sekarang ni sebut saja Negeri Terengganu, rakyat akan teringat bangunan runtuh, atau sebut saja runtuh, maka rakyat akan nampak negeri Terengganu. Yang jelas ternampak hasil dari penarikan balik royalti inilah yang menyebabkan berlakunya segala macam runtuh dan roboh di negeri penyu bertelor tersebut.
Memang hak rakyat Terengganu dinafikan oleh PM terdahulu disambung pula oleh Pak Lah dan kini DS Najib, maka kini Kelantan pula akan mengalami situasi yang sama saperti di Terengganu kalaulah Royalti yang termaktub dalam perjanjian Akta Pembangunan Petrolium 1974 itu dilanggari oleh kerajaan BN Pusat nanti, tunggulah segala keruntuhan bukan saja dari aspek perjanjian dan perundangan tetapi juga dari aspek fizikal dan pembangunan kerana duit sudah tidak disalurkan kepada saluran yang betul dan benar.

Nak merokok lagi?

Penemuan terbaru yang telah dibuat di Belanda menunjukkan ada syarikat yang membuat penapis ( filter) rokok yang dihisap dengan mencampurkan Hemoglobin darah babi ( sejenis protein dalam darah) , untuk memerangkap bahan kimia toksik yang ada semasa sipenghisap menghisap rokok .
Dah bermcam kaedah digunakan untuk menghalang budaya menghisap rokok yang membakar duit dikalangan umat Islam diseluruh dunia , fatwa sudah, membantu yahudi sudah, kini menghisap darh babi didedahkan oleh Prof Chapman dari Australia ini diharap dapat menyedarkan kita umat Islam akan budaya yang tidak mendatangkan keuntungan ini.
Harap lepas ini jangan ada pihak menyeru JAKIM suruh letak tanda halal pada kotak rokok sudahlah.

Macam-macam ada, hai dunia.

Kesian pula kat ketua wanita sorang ni, bertegas hari itu nak lepas jawatan bila yang menang jenis yang suka buat cerita tak senonoh dengan kaum sejenis ketua wanita nih, tapi bila menang sungguh DS Chua, maka baru rasa dah nak terjatuh bagai telor dihujung tanduk baru nak bincang dengan sayap pergerakan tersebut. Tak kan nak flip flop bacam bos dia PM tu kot.
Memang kita juga hairan bagaimana seorang yang terpecat pasal ada kes atas katil dengan wanita lain , pelakon bukan artis tetapi tetiba menang pula jadi ketua, siapa tak malu lebih-lebih lagi kaum sejenis mereka. Mana nak letak muka dan apa nak beriahu dunia, kalau dibarat manusia macam ni dah lama ditolak rakyat dan masyarakat, tapi di Malaysia buatlah apa pun, akan terus disanjung, yang dikeji bila yang buat kerja tu penguasa, dihina dan diaibkan walaupun bukti tidak ada.
Yang peliknya yang sorang ni, tak tahulah apa pegangan dia, menteri yang jaga HIV dan AIDS dengan program harm reductionnya boleh bersama dengan manusia yang ada perangai macam tu, bukan ana tuduh tapi dia sendiri mengaku yang jadi pelakon betul tu adalah dirinya.

Belanja tak kurang, tapi kemana duit pergi?

Menteri menjawab persoalan yang ana timbulkan didalam perbahasan Titah Yang Dipertuan Agong hari Khamis lepas berhubung dengan penguranagan peruntukan kepada Kementerian Pelajaran pada 2010 ini sebanyak 6.7 %. Apa yang dimushkilkan adalah ianya dijawab oleh Menteri Kewangan , bukan Menteri Pelajaran yang lebih detail pengetahuannya didalam bidang tugas beliau.
Ana kemukakan berhubung dengan wang KWAM, biasiswa sukan untuk pelajar sekolah sukan, peruntukan uniform untuk ko korikulum, rancangan makanan tambahan dan wang tuisyen yang telah dilaksanakan pada masa Pak Lah jadi PM dulu, begitu juga dengan makanan asrama yang dikurangkan daripada 250 hari kepada 200 hari, inilah yang menjadi permasalahan ibubapa yang Menteri Kewangan tak jawab dan Menteri Pelajaran pun tak jawab juga, habis tu apa lagi saluran yang rakyat nak dapat jawapan.

Siapa jadi agen

Ketua pembangkang hari ini menjawab apa yang dikatakan menjadi penasihat kepada kerajaan Malaysia dan siapa yang membawa APCO untuk menjadi penasihat imej dan komunikasi kepada Malaysia untuk menaikkan kembali imej PM kepada mata dunia saperti apa yang pernah dilakukan oleh kebanyakan pemimpin dunia yang merudum imej mereka dengan pelbagai masalah dalaman negara mereka dan APCO menjadi penasihat mereka.
Dari Nigeria, ke Gujerat, ke Kazhastan, ke Rusia dan yang menerajui APCO ini adalah terdiri dari mereka yang menjadi orang kuat Israel dalam kerja-kerja diplomatik dan bussiness .
Semua maklumat ini diulas oleh beliau dalam dewan rakyat tadi setelah 1 minggu diberi masa oleh dewan melalui aturan mesyuarat yang dibawa oleh Kota Belut, tetapi tiada usul setakat ini untuk merujuk beliau kepada JK Hak dan Kebebasan dewan.
Ada juga nama MP yang disentuh dalam dewan tadi yang juga ada saham dalam usaha untuk membawa APCO ini menjadi penasihat diperingkat awalnya.
Nampak jelas bahawa disatu pihak kita memusuhi Israel yang menjadi musuh segala nabi dan rasul, dan sanggup membunuh nabi dan rasul, tetapi rupanya mereka ini sedang menjadi penasihat kepada negara kita. Ini sudah pasti amat berbahaya kepada keselamatan negara kita, begitulah kata Ketua Pembangkang pagi tadi.
Dalam ulasan balas MP Rembau juga menyatakan nama-nama beberapa individu yang juga menjadi sahabat baik Ketua Pembangkang, dan apa yang menjadi persoalan adalah mereka yang disebut Ketua Pembangkang tadi sekarang ini berada didalam angoota yang menjadi penasihat kepada Malaysia dan mendapat ganjaran atas khidmat mereka tersebut.
Apakah ini yang menjadi puncanya kenapa kita tidak meletakkan tekanan diatas perbuatan biadap Israel yang terbaru merempuh penempatan rakyat Palestin di Gaza baru-baru ini, adakah ini nasihat APCO padahal negara jiran kita yang lain semuanya menghantar bantahan diatas sikap biadap Yahudi Israel tersebut.?.
Adakah ini hasilnya ??
Apa pula cerita yang disebut mengenai kemasukan APCO kedalam negara kita ni, siapa yang pandai-pandai beri celah untuk dia menyelinap kedalam kotak penasihat untuk menaikkan imej Malaysia dan pemimpinnya dimata dunia.

Monday, March 29, 2010

Perbahasan Titah Diraja 2010.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Pendang.
6.39 ptg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Assalamualaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan
saya kesempatan untuk sama-sama berbahas menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pertama sekali saya
ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Polis” kepada Polis Di-Raja Malaysia.
Saya ingin memperingati Menteri Dalam Negeri supaya lihat-lihat sedikit balai polis yang
dibuat di Pendang itu sudah beberapa kali ditangguh-tangguh sehingga sekarang pun
belum diteruskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tiga perkara dalam perbahasan ini.
DR.25.3.2010
165
1840
Pertamanya, tentang pendidikan dan juga kesihatan. Seperti mana yang kita
tahu pendidikan dan kesihatan adalah merupakan dua perkhidmatan yang penting yang
menjadi kewajipan kepada pemerintah untuk dinikmati oleh rakyat. Oleh itu apa juga
persediaan mestilah dalam usaha untuk menjadikan rakyat ini sihat dan juga rakyat ini
cerdik. Usaha ke arah itu perlu dilakukan agar perubatan yang mampu diperoleh oleh
rakyat dan pendidikan yang berkualiti dan murah tidak membebankan demi melahirkan
generasi yang berilmu. Ini kerana generasi yang berilmu dan cerdik serta sihatlah yang
akan membantu untuk membangunkan negara.
Mutakhir ini rakyat agak hairan dan juga ibu bapa merasa terkilan apabila
mendengar peruntukan ratusan juta untuk Permata Negara. Padahal dalam masa yang
sama peruntukan untuk anak-anak sekolah biasa iaitu sekolah rendah dan juga
menengah khabarnya terpaksa dikurangkan sehingga 10% hingga 15% oleh kerana
kekangan daripada bajet 2010. Keluhan terhadap makanan asrama yang telah
dikurangkan daripada 250 hari kepada 200 hari pada setengah-setengah sekolah
memaksa setengah ibu bapa membawa balik anak mereka setiap hujung minggu ke
rumah yang sudah pasti akan lebih membebankan kalau mereka tinggal agak jauh
daripada asrama sekolah.
Bukan setakat kos minyak, kos tol bahkan masa dan tenaga terbuang begitu
sahaja. Begitu juga pakaian untuk pasukan beruniform yang diberikan semasa zaman
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah ditarik balik khabarnya dan peruntukan tuisyen juga
telah ditiadakan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian berhubung
dengan perkara ini. Jadi adakah berbaloi dengan kita memperhebatkan peruntukan
untuk pra-sekolah melalui Permata tetapi mengesampingkan sekolah aliran perdana
yang menjadi inti pati utama pendidikan anak-anak kita di sekolah.
Ada kedengaran baru-baru ini disebut di dalam Parlimen ini ada pihak PIBG
setengah sekolah di Pahang misalnya. Anak-anak terpaksa membawa cat sendiri ke
sekolah untuk menceriakan sekolah dan mengecat semula sekolah. Jadi saya rasa
perkara ini perlulah diberi perhatian oleh kementerian berhubung dengan peruntukan
untuk bidang pendidikan ini. Begitu juga daripada sahabat-sahabat yang menjadi guru.
Mereka mengatakan banyak sekolah sekarang ini telah membuka ruang yang begitu
luas untuk ibu bapa membayar yuran. Sehingga ke akhir tahun supaya sekolah dapat
mengutip yuran yang mana sebelum ini hanya dikhaskan kepada masa permulaan
persekolahan sahaja.
DR.25.3.2010
166
Apakah benar bahawa KWAM ataupun amanah untuk pelajar-pelajar miskin ini
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin sudah tiada ataupun menyusut jumlahnya
berbanding dengan dahulu. Juga biasiswa sukan untuk pelajar-pelajar di sekolah sukan.
Begitu juga Rancangan Makanan Tambahan untuk pelajar-pelajar sekolah dan juga
yuran tuisyen. Jadi saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian
agar ibu bapa lebih jelas dengan apa yang telah berlaku di dalam Kementerian
Pendidikan pada hari ini.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Apakah khabar ini hanya
merupakan khabar-khabar angin yang kita dengar di tepi-tepi jalan ataupun ia
merupakan perkara yang sebenar berlaku. Ini kerana banyak keluhan yang saya terima
daripada ibu bapa berhubung dengan pengurangan perbelanjaan seperti mana yang
telah saya sebutkan tadi.
Keduanya berhubung bidang kesihatan. Satu perkara yang juga menjadi
masalah kepada rakyat pada hari ini adalah pelaksanaan full paying patient ataupun
sebelum ini disebut sebagai private wing in major government hospital. Saya telah pun
menyentuh perkara ini dalam perbahasan pada sesi yang lepas iaitu Parlimen yang ke
sebelas kalau tidak silap saya dalam tahun 2005. Berhubung dengan private wing dalam
hospital kerajaan ini kita memberi perhatian khusus supaya benda ini tidak
dilaksanakan. Akan tetapi khabarnya daripada jawapan yang telah diberikan kepada
wakil dari Sungai Siput ianya akan dilaksanakan pada tahun ini melibatkan semua
hospital-hospital besar kerajaan yang mempunyai pakar.
Ini memberikan masalah kepada rakyat kerana pesakit akan ataupun pesakitpesakit
tertentu yang mempunyai wang akan membayar kos perkhidmatan untuk
mendapat rawatan pakar yang sama yang merawat pesakit-pesakit yang tidak
membayar di hospital yang sama. Ini sudah pasti akan menimbulkan conflict of interest
kerana mereka terpaksa melayan pesakit yang membayar. Maknanya swasta di hospital
awam ini melebihi rawatan terhadap pesakit biasa yang tidak membayar seperti petani,
penoreh getah dan juga lain-lain kategori yang tidak membayar di hospital berkenaan.
Sebenarnya fokus utama memberi rawatan tentulah oleh pakar ini kepada
mereka yang membayar. Walaupun dikatakan hanya boleh dilakukan perkhidmatan ini
selepas waktu pejabat. Ini kerana seperti mana yang kita tahu sakit ini dia tidak datang
sebelum waktu pejabat ataupun selepas waktu pejabat. Masa dia datang maka ketika itu
doktor sedang merawat pesakit yang dibayar ongkosnya untuk mendapat rawatan pakar
tersebut. Maka sudah tentulah doktor pakar ini akan memberi tumpuan kepada mereka
DR.25.3.2010
167
yang membayar daripada mereka yang tidak membayar. Inilah yang saya maksudkan
sebagai mempunyai conflict of interest di dalam memberi rawatan.
Kita hendaklah mengetahui bahawasanya 60% daripada rakyat kita ini daripada
28 juta masih lagi tidak mempunyai kemampuan untuk mendapat perkhidmatan rawatan
pakar yang berbayar seperti mana di hospital swasta. Tuan Yang di-Pertua pelaksanaan
skim full paying patient ini dilakukan adalah satu usaha untuk menghalang daripada
doktor pakar berhijrah ke sektor swasta. Akan tetapi kerajaan kena membuat kajian
yang lebih. Kalau hanya dua hospital iaitu Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya
yang dibuat kajian saya rasa ini belum cukup mampu untuk memberikan keputusan.
Bahawasanya ia wajar dilaksanakan di hospital dalam negara kita ini.
Tujuannya adalah untuk menghalang daripada doktor berhijrah daripada sektor
awam ke sektor swasta. Ini kerana memang diketahui di sektor swasta mereka
mempunyai memberi imbuhan yang lebih. Salah satu daripada puncanya adalah dengan
kewujudan banyak hospital-hospital swasta di satu-satu tempat. Jadi saya harap pihak
kerajaan ataupun kementerian perlu memberi perhatian supaya seboleh-bolehnya
mengehadkan jumlah hospital-hospital swasta bergantung kepada jumlah penduduk di
sesuatu kawasan tersebut. Ini kerana jika sekiranya terlalu banyak hospital swasta
memanglah ia akan menjadi faktor penarik kepada doktor-doktor pakar tersebut
mewujudkan skim perkhidmatan yang lebih baik kepada doktor-doktor pakar.
Memang telah diwujudkan sekarang ini skim yang disebut sebagai LOCAM.
Sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kurangnya penghijrahan doktor-doktor
pakar ke sektor swasta. Akan tetapi ia tidak boleh menyekat terus mereka ini daripada
pergi ke sektor swasta. Pada masa ini diketahui bahawasanya keseluruhan doktor yang
ada dalam negara ini 30% daripada mereka berada di sektor awam terpaksa merawat
70% pesakit yang datang -berbanding dengan 70% mereka yang berada di sektor
swasta merawat 30% pesakit yang pergi ke sektor swasta.
Oleh kerana perkhidmatan yang tidak seimbang inilah sudah tentu akan
menjadikan sektor awam membebankan mereka-mereka yang masih tinggal di
perkhidmatan awam tersebut. Kita amat bimbang pelaksanaan full paying patient ini
bukan nanti menghalang doktor daripada berhijrah ke sektor swasta. Akan tetapi ia akan
menambahkan lagi peritnya ataupun menambahkan jumlah doktor yang pergi ke sektor
swasta. Ini kerana yang berada awam ini terpaksa merawat pesakit yang ramai jadi
mereka pun merasa bebanan terpaksa merawat pesakit yang ramai tersebut lebih
DR.25.3.2010
168
baiklah mereka berhijrah ke sektor swasta. Jadi saya rasa ini merupakan satu faktor
yang perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian.
Tuan Yang di-Pertua usaha ini memang daripada awal lagi sudah nampak
bahawasanya usaha-usaha untuk menswastakan hospital awam yang telah diuaruarkan.
Sebelum ataupun pada zaman Perdana Menteri dahulu lagi pun kita sudah
dengar. Ini kerana dalam masa sekarang ini sekurang-kurangnya enam perkhidmatan di
dalam hospital sudah pun diswastakan iaitu pembekalan wad, dobi, pembersihan,
pelupusan sisa perubatan semuanya ini sudah pun diswastakan di hospital awam. Jadi
kemungkinan salah satu daripada caranya untuk tidak menampakkan sangat
penswastaan ini ataupun keputusan diswastakan adalah dengan mewujudkan full
paying patient di dalam hospital awam.
1850
Satu lagi perkara dalam bidang perubatan ini, saya berasa amat kesal apa yang
disebutkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan pada 17 Mac pada tahun 2010
ini mengatakan kementerian akan melaksanakan penghantaran ubat ke rumah melalui
pos laju. Ini satu perkara yang saya rasa perlu di fikir semula oleh pihak kementerian
kerana saya juga ingin tahu apakah penyakit sebenarnya yang dapat diberi rawatan
melalui pos laju ini. Ini kerana setiap rawatan yang kita hendak berikan kepada pesakit
mestilah melalui pemeriksaan, melalui diagnosis barulah kita memberi rawatan kerana
kalau dia kata hanya untuk menyambung rawatan, penyakit apa pun, rawatan apa pun
yang hendak kita berikan kepada pesakit, mestilah kita melihat pesakit itu terlebih
dahulu. Walaupun kita katakan penyakit kronik misalnya darah tinggi, kencing manis,
mereka ini perlu dilihat, diperiksa tekanannya, diperiksa kandungan gula di dalam
darahnya, barulah kita boleh memberi rawatan.
Apakah pula sekiranya kita memberi rawatan yang lama misalnya dua bulan
ataupun tiga bulan, padahal tidak melakukan pemeriksaan. Ini sesuatu perkara yang
perlu diberi perhatian dan di fikir semula oleh Ketua Pengarah ataupun pihak
Kementerian Kesihatan. Seterusnya tentang konsep Klinik 1Malaysia, juga saya
rasakan satu perkara yang perlu di fikir semula oleh Perdana Menteri kerana daripada
apa yang kita lihat, akta 586 yang digazet pada tahun 1998 berhubung dengan
pembukaan klinik swasta, perkhidmatan perubatan swasta. Walaupun ianya bukan
Klinik 1Malaysia ini bukan klinik perubatan swasta tetapi mungkin ianya tidak terletak di
bawah pusat kesihatan ataupun tidak terletak di bawah mana-mana hospital, hospital
daerah ataupun hospital besar, ia mestilah dikendalikan atau mengikut akta ini mesti
DR.25.3.2010
169
dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan. Ia tidak boleh dikendalikan oleh
pembantu perubatan kerana tanggung jawab terhadap pesakit ini merupakan satu
tanggung jawab antara hidup dengan mati.
Apa yang berlaku kepada pesakit, dia mempunyai risiko kepada orang yang
merawat tersebut. Seandainya sesuatu berlaku ke atas pesakit, apakah Pembantu
Pegawai Perubatan ini mempunyai autoriti untuk menjawab ataupun memberi maklum
balas terhadap kesan sampingan yang berlaku kerana sebuah klinik mesti dikendalikan
oleh seorang doktor bertauliah yang mendapat tauliah daripada Malaysia Medical
Counsil (MMC) dan juga sijil amalan, ianya mestilah diperbaharui setiap tahun. Jadi
saya tidak tahulah Klinik 1Malaysia ini apakah selain daripada rawatan demam, batuk
dan selesema yang diberikan oleh Pembantu Pegawai Perubatan tersebut kerana satu
kajian yang telah dibuat oleh Doktor T. Jayabalan yang mewakili Majlis Kesatuan
Sekerja Malaysia (MTUC) juga merupakan penasihat kesihatan kepada Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAPP), dia mengatakan Klinik 1Malaysia ada Pegawai
Pembantu Perubatan yang memberikan ubat yang silap kepada pesakit. Kejadian
berkenaan di Kampar, Perak.
Mereka memberikan preskripsi untuk ubat yang salah dan ada juga yang
membekalkan ubat yang mereka tidak ditauliahkan untuk berbuat demikian, sebab
pembantu perubatan ini dia hanya boleh memberikan ubat pada Kategori C, manakala
Kategori B dan A tidak boleh diberikan. Jadi maknanya mereka ini tertakluk kepada
regulation Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan. Ada juga yang didapati gagal
mengenal pasti sakit yang dihadapi oleh pengunjung klinik ini, seandainya tidak dapat
membuat diagnosis, maka mereka tidak dapat melakukan rawatan yang sebenarnya.
Jadi inilah merupakan kesilapan yang berlaku pada Klinik 1Malaysia.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan masalah pelajar cemerlang
yang banyak disebut oleh sahabat-sahabat kita tadi, saya juga agak keliru dengan
kategori pelajar cemerlang yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran pada
keputusan 2009 yang lepas. Pelajar cemerlang tersebut adalah Gladys Tan Yee Kim
dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching yang mendapat 10A+.
Sememangnya kita mengucapkan tahniah kepada beliau tetapi ada lagi-saya hendak
tahu bagaimanakah pengkategorian pelajar cemerlang ini kerana kalau kita lihat
daripada pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong, saudara Zamir Izzat
Abdul Raihan, dia mendapat 14A, 13A+ dan 1A serta hafiz 30 juzuk dan juga Ahmad
Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhamadi Lelaki mendapat 15A, 12A+, 2A dan 1ADR.
25.3.2010
170
dan juga Habibah Hanan Mat Yusof Maahad Muhamadi Perempuan mendapat 15A,
10A+. Jadi kita tidak tahu kategori bagaimana yang dikatakan ianya cemerlang, adakah
bergantung kepada “A+” yang banyak ataupun sama ada sekolah, sama ada sekolah
menengah biasa ia masuk dalam kategori cemerlang, kalau sekolah yang bukan
sekolah menengah biasa tidak termasuk dalam kategori cemerlang ini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menegur sedikit kepada
Kementerian Penerangan berhubung dengan apa yang berlaku di negeri kedah, kita
semua tahu bahawa negeri Kedah satu-satunya orang kata RTM ini menyiarkan
laporan-laporan setiap malam daripada pembangkang. Kalau negeri-negeri lain tidak
ada laporan daripada pembangkang tetapi negeri Kedah ini memang, kalau rakyat tidak
bayar kos rumah rendah pun masuk dalam TV, kalau rakyat mempunyai masalah air
pun masuk dalam TV. Ini semua dipelopori oleh mereka dari golongan pembangkang.
Jadi saya rasa inilah satu-satunya pembangkang yang mendapat tempat dalam
RTM, jadi saya harap selepas ini pihak RTM, tolong-tolonglah memberi juga liputan
kepada Menteri Besar yang merasmikan program-program yang dibuat oleh pihak
negeri yang memerintah di negeri Kedah masa kini. Ya, sila Yang Berhormat Kota
Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih, terima kasih Tuan
Yang di-Pertua, saya cuma ingin berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat, dua
malam yang lepas...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]:
Ringkaskan soalan, kerana dia ada dua minit sahaja Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Dua malam yang lepas rakyat Kota
Belud diinterview oleh RTM dan TV3 berkaitan dengan masalah di kawasan saya. Jadi
tidak ada satu pilih kasih yang dibuat oleh RTM ataupun TV3 tentang masalah dan
aduan rakyat, asalkan aduan dan masalah rakyat itu adalah legitimate atau sah, hendak
beritahu kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih kepada
Yang Berhormat Kota Belud, saya harap perkara yang sama juga boleh berlaku di
negeri Kedah apabila Menteri Besar turun untuk merasmikan program-program atau
apa-apa untuk rakyat maka disiarkan juga di negeri Kedah, Kelantan.
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Maknanya Menteri besar
kita boleh beri penjelasan kenapa, contohnya masalah air berlaku, masalah rakyat tidak
DR.25.3.2010
171
membayar perumahan awam kos rendah, kenapa ini berlaku. Jadi saya rasa perkara ini
perlu diberi perhatian, rasa saya itulah apa yang saya hendak cakap pada hari ini,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Jawab pun macam tak mau jawab je Menteri ni.

Sunday, March 28, 2010

Ziarah Siam mati

Pendang merupakan salah satu kawasan yang mengandungi peti undi yang ramai dari golongan Siam. Undi penentu boleh dikatakan terletak ditangan mereka. Oleh itu kalau ada kematian bagi pihak Siam, maka menjadi salah satu tugas ana sebagai wakil rakyat untuk mengunjungi rumah mereka dan menziarahi kaum keluarga atas kematian tersebut. Oleh itu, berkunjung kerumah Siam dan India sudah menjadi satu kelaziman sejak menjadi wakil rakyat. Cuma kaum Cina mereka biasanya hanya berkunjung kekedai sahaja, kerana mereka lebih banyak berada dikedai.
Kunjungan ana ke Kpg Wat Paya Mat Inson hari Jumaat lepas sebelum mayat dibawa untuk dibakar di Kpg Huma, dekat dengan tempat kematian tersebut.
Ana sempat berbual dengan suami simati , beliau juga lumpuh dibawah badan, berjalan dengan tungkat dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak jauh.
Kemudian ana bersama Su Kelab Penyokong PAS En Kunasegari melawat rumah mangsa ribut di Kpg Cina , Kubor Panjang untuk melawat kawasan bencana dan berbual dengan tuan rumah, kebetulan ianya berlaku semasa ana dalam perjanan hendak ke sidang Parlimen hari Ahad lepas, jadi semua kerosakan sudah dibaiki oleh tuan rumah. Moga mereka bersabar menerima ujian ini, dan bancian sedang dibuat untuk memberi saguhati keatas kerosakan melalui Penghulu dan Pejabat Daerah, insyaAllah. Ana berbual dengan abang mangsa, En Putit, Kpg Cina.

Ziarah ibu tunggal



Didalam kesempatan ruang masa dihujung minggu ini ana bersama isteri telah menziarahi ibu tunggal bagi menyampaikan rasa simpati diatas kesedihan dan kepayahan mereka menjalani kehidupan tanpa orang tersayang didalam membesar dan menyekolah anak-anak mereka.
Nor Rahani Lat
baru kehilangan suami pada 7 Mac lalu tinggal bersama enam anak yang masih membesar , yang sulung sedang menunggu permohonan untuk memasuki UiTM Merbok dan yang paling kecik berusia 4 tahun.
Moga beliau tabah menghadapi unjian setelah kehilangan suami tersayang yang mengidap kencing manis dan meninggal akibat komplikasi penyakit tersebut. Moga Allah mencucuri rahmat keatas roh suami beliau, Allahyarham Mohd Tajudin Man, al fatihah.
Begitu juga sumbangan disampaikan kepada ibu tunggal yang ada disitu sekadar meringankan sedikit bebanan mereka .
Seterusnya sumbangan kepada surau di Kampong Baloh sekadar termampu untuk menambah sejadah untuk mereka menunaikan sembahyang dengan lebih selesa kepada En Din.AJK Surau/markas Kpg Baloh.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.