Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, March 7, 2011

PRK Kerdau: BN kuat atau PAS yang lemah?

PRK Kerdau: BN kuat atau PAS yang lemah?

Selepas ini rasanya perlu ada pemantauan dari pihak PAS terhadap semua janji-jani yang dihamburkan semasa kempen PRK ini apakah ianya dilaksanakan atau hanya janji untuk menghadapi pilihanraya semata sebagaimana yang telah terjadi dimana-mana sebelum ini . Jambatan di Manik Urai adakah sudah boleh dilalui. Menarik didalam menghadapi suasana PRK, kita sering tersalah jalan bilamana dipagi hari melalui jalan tidak berturap, bila pulang dipetang hari, sudah berturp, itulah sebenarnya nikmat bila berlaku PRK. Kalau tidak ada, maka kata orang kampong, tunggu sampai kucing bertanduk pun tak akan ada peruntukan daripada Kemneterian berkenaan.

Untuk renungan mereka yang berkuasa.

.: Pandangan Sabtu: "Muhyiddin Amaran Rakyat, Kita Amaran Muhyiddin MUHYIDDIN Yassin, Zaid Hamidi dan Hishamuddin Hussein memberi amaran supaya golongan terte..."

.: Senda Ahad, satu perumpamaan yang cukup memberi keinsafan .

.: Senda Ahad: "Gajah Dan Manusia SEMALAM seorang penoreh getah Lee Che Hassan 46 dari Gua Musang Kelantan telah mati kerana dihempas oleh seekor gajah di..."

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Friday, March 4, 2011

Orang kata jahiliah depa marah, tapi ni lah dia buktinya.

GELEK M.DAUD KILAU DAN DANGDUT MELALAIKAN ORANG FELDA DI KERDAU
Gambar Hiasan


Oleh: WFAUZDIN NS


PUNYALAH haprak puak tu. Ajak berdebat secara ilmiah tentang ekonomi negara takut, kecut. Bila kita berceramah, puak tu cari jalan jangan kasi rakyat mendengar ceramah kita agar rakyat akan menjadi bangang macam mereka. Maka, di kawasan felda kat Kerdau, dibawanya artis M.Daud Kilau dan konsert dangdut. Ya Allah.

Maka bergolek punggung lah si Daud Kilau bersubahat dengan puak tu. Ada ke Daud kilau

bercakap macam artis Bob Lokman yang baru masuk PAS itu? Jika Bob Lokman bercerita tentang keinsafannya dan keindahan Islam, apa pula M.Daud Kilau buat di Kerdau? Golek punggung je lah dan si tua lelaki perempuan yang masih tak sedar diri di kawasan tu pun tersengeh dan terangguk-angguk menonton. Kesihan Melayu....

Kalau tak ada Wakil Rakyat yang meninggal dunia kat situ, gamaknya sampai mati orang situ tak dapat tengok M.Daud Kilau atau menonton dangdut. Terasa rugi besar mereka, agaknya. Di sebelah kita bercerita pasal harga barang naik, pasal pemimpin rasuah, pasal tanah kita dan hak kita telah dirampas, pasal moral remaja semakin teruk, tetapi puak tu pasang speaker kuat untuk hanyutkan orang-orang Melayu dengan alunan gelek M.Daud kilau dan nyanyian dangdut. Berbaloi M.Daud kilau dapat Datuk kerana `berjihad' untuk orang-orang Melayu. Patut lah Bob lokman tak dapat Datuk. Kalau Bob Lokman buat macam M.Daud kilau tu, tak lama lagi dapatlah Datuk. Shah Rukh Khan yang nyanyi guna `miming' suara pun dapat Datuk kat Melaka. Itulah hebatnya ketuanan Melayu.

Kesihan Melayu...Melayu semakin `Me-Layu'./

Umur umatku antara 60 dan 70 tahun, tak kan tak ingat pintu kubur lagi Pak Cik Daud ooi, kalau pi Kerdau ajak anak-anak muda pi surau ka, masjid ka, apa salahnya. Semua kita nak kesitu , jadi dalam usia yang nak masuk kuburni, ingat sama dengan mati noooo. Ana takut nanti tengah bergolek, malaukat maut mai, terus tak dan nak sebut kalimah Allah. Dalam solat sering kita doa, ya Allah matikan aku dengan 'husnul khatimah'. tetapi dalam hidup seharian, kita lakukan perkara-perkara yang menuju kearah suul khatimah.
Dalam suasana kehangatan kita menyambut maulid nabi, selawat sana selawat sini, lepas dua tiga minggu, dicemari dengan pesta dangdut, amat jelas berlawanan dengan apa yang kita sanjung dan sambut masa maulid hari tu. Dikala syfaat nabi kita tagih, tetapi dikala itu juga syariaat dan ajaran nabi kita lawan, kita tentang dan kita perlekeh. Apakah ini hasrat penasihat agama menteri besar Pahang. alahai kaum ku, dimana Ulamak Muda perlu berada?????

Buat kenangan, maklumlah duit aku juga.

Senarai "GULA-GULA" duit pembayar cukai BN buat duit mereka di Kerdau & Merlimau
Antara Gula-gula Politik di Merlimau & Kerdau





Saya jumpa senarai pemberian barangan/perkhidmatan oleh BN yang gagal ditentukan oleh SPR sebagai rasuah politik seperti ditegaskan oleh oramh kuatnya baru-baru ini.
[MU] Salah guna kuasa/sogokan/rasuah/pancing/beli undi dan penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau. Kes-kes berikut telah dicatatkan berlaku menjelang penamaan calon sehingga kempen 2 Mac 2011:

1. Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Kampung Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) - Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit.

2. Muhyiddin dalam lawatannya ke DUN Merlimau (1 Mac), memancing undi dengan menjanjikan peruntukan geran pembinaan sekolah agama rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berjumlah RM1.5 juta (Utusan online 3 Mac).

3. Pihak Felda turut membantu BN di PRK Kerdau membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta. Majlis membeli undi itu dijadualkan pada Jumaat ini (4 Mac), dua hari menjelang pengundian (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac).

4. Umpan untuk beli undi ibu bapa pelajar telah dilakukann oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan memberi sumbangan kepada seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu termasuk 29 pelajar dari Sekolah Menengah Dang Anum. Majlis mengumpan itu diadakan di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau (dlm. Sinar Haroiana online - http://www.sinarharian.com.my/merlimau/).

5. PAS menerusi Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki telah mengadu secara rasmi kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melibatkan penggunaan jentera kerajaan/premis awam pihak BN di Kerdau sebagai tindakan salah guna kuasa dan penggunaan melampau premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 serta Balai Raya Kuala Tekal. Di situ telah didirikan khemah dan menaikkan bendera parti serta aktriviti kempen.

6. Tan Sri Muhyiddin telah berjanji bersifat menyogok 300 seramai ibu bapa merupakan pengundi Dun Kerdau sedia meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan turut mempengaruhi pengundi sebagai pancing undi dengan sanggup dimasukkan cadangan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10. Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta (Malaysiakini 1 Mac).

7. Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN pada rumah masing-masing dan dibuktikan lagi (sogokan dari BN) kerana pada kotak itu ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin (Malaysiakini 28 Februari).

8. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000 (Malaysiakini 27 Februari).

9. Kehadiran Mohd Najib dan isterinya Rosmah menaiki helikopter berkempen sebelum penamaan calon di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur dilihat sebagai salah guna kuasa kerana menggunakan wang kerajaan. Helikopter itu tidak dibiayai oleh Umno Kerdau (Malaysiakini 28 Februari).

10. Masjid as-Sujjah Merlimau (premis awam) juga digunakan sebagai pentas menyampaikan kempen oleh pengkuliah antara waktu maghrib-isyak (pada Isnin, 2 Feb). Antara ucapan pengkuliah yang sempat dicatatkan ialah "Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orang Melayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik. Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan." Memahami konteks itu, jelas pengkuliah itu adalah berkempen untuk BN atas masjid (Malaysiakini 2 Mac).

11. Tan Sri Muhyidin mengumumkan akan membina sekolah agama rakyat di Taman Muhibah dekat Masjid as-Sujjah Merlimau berjumlah RM1.5 juta di majlis perjumpaan pegawai agama masjid yang dihadiri sama calon BN Roslan (Berita Harian 2 Mac). Pengumuman itu satu sogokan dan mempengaruhi pengundi dari kalangan pegawai masjid seluruh Dun Merlimau.

12. Satu majlis di SMK Dang Anum, Merlimau (premis awam) pada hari Isnin (28 Februari) Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengeluarkan kenyataan, berikutan pengumuman kenaikan gaji para guru oleh Tan Sri Muhyidin, lalu beliau meminta 311 orang guru di Merlimau dapat membalasnya dengan mengundi BN (Malaysiakini 2 Mac).

13. Agensi kerajaan Pusat, Biro Tata Negara Negara (BTN) turut menyertai kempen pilihan raya kecil Merlimau dengan mengadakan tiga ceramah setiap hari bermula Ahad (27 Mac) lalu. Misinya ialah memburuk-burukkan DAP yang kononnya ‘menentang Islam dan mengancam orang Melayu’ (Malaysiakini 1 Mac).

14. Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari telah membuat laporan SPRM berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan pentadbrian di bawah Mohd Ali Rustam melibatkan projek dan dana Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM13.85 juta. Penyelewengan didakwa berlaku dalam kes pembinaan kompleks MAIM dan penyerahan milik lot PT 83 kepada kontraktor dan penjualan lot 106 dan 106 oleh kontraktor terbabit kepada pihak ketiga serta kelewatan jadual pembinaan kompleks yang tidak diambil sebarang tindakan (Berita Harian 2 Mac). Atas kes ini ada isu amalan kronisme, subhat dan semacam melindungi penyelewengan oleh MAIM dan Mohd Ali selaku Ketua Menteri.

15. Mana-mana kontraktor yang ingin mendapatkan projek dan kelulusan tender di Melaka perlu mendapat surat akuan daripada runner tertentu dan perlu berjumpanya terlebih dulu, kemudian membuat beberapa komitmen untuk kepentingannya (Laporan menerusi SMS 3 Mac).

Perkara yang sama turut dilaporkan oleh seorang profesor dari salah sebuah universiti di USA yang membuat kajian berkaitan pembangunan negeri Melaka....- Wan Nik Wan Yussof

Saturday, February 26, 2011

Tagniah APCO, nasihatmu nampaknya berjaya.

Qardawi penjenayah: Presiden PAS gesa Najib bertaubat
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.

Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.

"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.

Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.

Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu
sendiri.

Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara
jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini.

Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan
pemimpinnya dizalimi.

Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.

"Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.

"Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya

Friday, February 25, 2011

Ayuh DS Najib baca ni, jangan gelojoh nak hina ulama dan pejuang Islam sangat!

The Jasmine Revolution in Tunisia has sent a shock wave through the Arab world. Never before has the street toppled a dictator. Now Egypt is shaking, Hosni Mubarak’s 30-year-old regime faces its most serious threat ever. The prospect of change in Egypt inevitably raises questions about the oldest and strongest opposition movement in the country, the Muslim Brotherhood, also known as Ikhwan. Can America work with an Egypt where the Ikhwan is part of a transition or even a new government?
A protester runs in front of a burning barricade during a demonstration in Cairo January 28, 2011.

View Larger

© Goran Tomasevic / Reuters

RELATED CONTENT
What's the Truth About the Muslim Brotherhood?
Bruce Riedel
USA Today
February 15, 2011


The Real Loser in Egypt's Uprising
Bruce Riedel
The Daily Beast
February 13, 2011


The End of the Mubarak Era
Bruce Riedel
The Daily Beast
January 29, 2011


More Related Content »
The short answer is it is not our decision to make. Egyptians will decide the outcome, not Washington. We should not try to pick Egyptians' rulers. Every time we have done so, from Vietnam’s generals to Afghanistan’s Hamid Karzai, we have had buyer’s remorse. But our interests are very much involved so we have a great stake in the outcome. Understanding the Brotherhood is vital to understanding our options.

The Muslim Brethren was founded in 1928 by Shaykh Hassan al Banna as an Islamic alternative to weak secular nationalist parties that failed to secure Egypt’s freedom from British colonialism after World War I. Banna preached a fundamentalist Islamism and advocated the creation of an Islamic Egypt, but he was also open to importing techniques of political organization and propaganda from Europe that rapidly made the Brotherhood a fixture in Egyptian politics. Branches of the Brotherhood grew across the Arab world. By World War 2, it became more violent in its opposition to the British and the British-dominated monarchy, sponsoring assassinations and mass violence. After the army seized power in 1952, it briefly flirted with supporting Gamal Abdel Nasser’s government but then moved into opposition. Nasser ruthlessly suppressed it.

Nasser and his successors, Anwar Sadat and Mubarak, have alternatively repressed and demonized the Brotherhood or tolerated it as an anti-communist and right-wing opposition. Technically illegal, it has an enormous social-welfare infrastructure that provides cheap education and health care. In Egypt’s unfair elections, it is always the only opposition that does well even against the heavily rigged odds.

The Egyptian Brotherhood renounced violence years ago, but its relative moderation has made it the target of extreme vilification by more radical Islamists. Al Qaeda’s leaders, Osama bin Laden and Ayman Zawahiri, started their political lives affiliated with the Brotherhood but both have denounced it for decades as too soft and a cat’s paw of Mubarak and America.

Egypt’s new opposition leader, former International Atomic Energy Agency head Mohamed ElBaradei, has formed a loose alliance with the Brotherhood because he knows it is the only opposition group that can mobilize masses of Egyptians, especially the poor. He says he can work with it to change Egypt. Many scholars of political Islam also judge the Brotherhood is the most reasonable face of Islamic politics in the Arab world today. Skeptics fear ElBaradei will be swept along by more radical forces.

The truth is that Mubarak held on to power for so long--with no vice president, no succession process anointing an heir (even his son Gamal has never been publicly made the chosen one), and no end to martial emergency rule--that Egypt is entirely uncharted waters now. No one knows how the army and security forces will react to changes that could threaten their hold on power and their prerogatives. No one knows who really controls the street or if the demonstrations will have legs. But it looks like the beginning of the end of Mubarak’s time.

For America, this is all uncharted waters, too. Washington has been confronted with unexpected change in big Muslim countries before, Iran in 1978 and Pakistan in 2007, and never gotten right the difficult balance of helping history move forward and preserving our equities.

The most problematic issue between the Ikhwan and America will be Israel. The Brotherhood raised an army to fight Israel in its war of independence in 1948. Its Palestinian branch was the nucleus for Hamas, and the Brotherhood retains links to the rulers of Gaza. The Ikhwan’s leaders understand the peace treaty with Israel is the cornerstone of modern Egyptian foreign policy and underwrites America’s $2 billion annual aid as well as the lucrative tourist trade, but they are very critical of Israel, its leader, and policies. Their base is fundamentally opposed to any Egyptian cooperation with Israel.

The Israelis find themselves in the very unpleasant position of having a huge stake in the outcome of what happens in Egypt and absolutely no ability to influence the course of events, except to do harm by foolish statements or actions. No wonder a former Israeli ambassador to Cairo said this week that “I am very much afraid that [the opposition] wouldn’t be as committed to peace with Israel and would be bad for Israel.”

The crisis in North Africa has come up unexpectedly for President Obama and Secretary Clinton. They have moved quickly to grasp the challenge. They know the stakes and the delicacy of our options. Neither complacency nor panic is the right American response.

They should not be afraid of the Muslim Brotherhood. Living with it won’t be easy but it should not be seen as inevitably our enemy. We need not demonize it nor endorse it. In any case, Egyptians now will decide their fate and the role they want the Ikhwan to play in their future.

Tak boleh kritik sikit!, ni amanah rakyat.

Dah terbukti dah dah dihukum oleh parti sendiri, bukan fitnah atau kangaroo court yang buat bicara, tetapi lembaga disiplin parti yang gantung dia , dah bersalah sungguh, tapi manuisa inilah yang diangkat nak jaga amanah rakyat, dah pasti dan dalam saham yang banyak dimainkan oleh persepsi, maka orang yang rasuah sudah tentu tidak akan menjadikan saham itu naik, bahkan akan sedikit demi sedikit menurun dan akhirnya jenis inilah yang akan membangkrapkan negara.
Tapi apakan daya, oleh kerana nak jaga pengaruh politik, nasihat dan pandangan berbeza tidak boleh diterima oleh kerajaan yang ada walaupun oleh orang yang profesional didalam pembangunan negara, tunggu dan hadapilah apa yang akan terjadi kepada negara dan sumber ekonomi negara ini. Suruh perompak menjaga harta kita, tunggulah saat kehancuran. Sejarah sempena Maulidirrasul ini, dimana Abu Jahal pun menyimpan hartanya kepada Rasulullah saw kerana beliau tahu Muhammad ini seorang yang beramanah, dia tidak menyimpan dirumah Abu Suffian atau Abu Lahab, kerana sudah barang pasti kalau masuk dalam gok mereka, maka sudah pasti habis hilang nanti kerana penyangak menjagi amanah.
Kenapa sejarah nabi disambutan maulid ini tidak mahu diambil sebagai iktibar didalam kehidupan seharian kita?????
Tunggu apa lagi, tak kan nak biarkan kita terus menjadi mangsa manusia jenis ini???PAS kecam pengkritik Tengku Zafrul
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Feb: PAS mengecam sikap para pemimpin Umno dan akhbar mereka yang meminta dua tokoh korporat yang mengecam perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda agar meletakkan jawatan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, para pemimpin Umno perlu hormati pandangan berbeza dari mereka yang bertanggungjawab dalam pembangunan negara.

Ini kerana, beliau yakin kenyataan-kenyataan mereka ini berdasarkan kepada kajian yang berpaksi kepada fakta yang sebenar.

Mustafa mengulas laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia, yang berturut-turut hari melaporkan kenyataan agar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Invensment Bank Berhad, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) ekoran kritikannya terhadap perlantikan Isa.

Bagi Tengku Zafrul, perlantikan Isa yang mempunyai rekod rasuah dan disahkan oleh Umno sendiri telah memberikan kesan tidak baik kepada dunia perniagaan di Malaysia.

Kenyataan Tengku Zafrul juga dikongsi oleh Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd. Yusof.

Hari ini, Utusan menyiarkan kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee yang mengecam kenyataan Tengku Zafrul yang disifatkan Ketua Umno itu sebagai memperlekeh perlantikan Isa oleh Perdana Menteri sebagai Pengerusi Felda.

Semalam akhbar Umno ini juga melaporkan kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzil yang mendesak Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar agar bertindak ke atas Tengku Zafrul.

Selain menyiarkan berita, akhbar ini juga menyiarkan surat pembaca yang mengkritik Tengku Zafrul untuk menekan tokoh korporat itu.

"Pandangan ini adalah contoh yang terbaik daripada orang yang tahu tentang hal ehwal ini. Pandangan yang meminta orang berbeza pandangan dengan kerajaan letak jawatan adalah satu pandangan yang tidak matang dan lojik yang gambarkan sikap pemimpi parti yang memerintah yang tidak boleh ditegur walaupun silap," kata Mustafa mengulas laporan itu.

Menurut Mustafa, bukan mereka berdua sahaja yang tidak bersetuju dengan perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, bahkan ia dikongsi oleh pelbagai pihak.

"Pandangan ini bukan dia seorang sahaja bahkan ramai di kalangan tokoh korperat dan juga pemimpin politik kerana track rekod Isa yang dipertikaikan dari sudut intergritinya.."

"Siapa yang tak tahu ...dalam Umno dia dipecat dari jawatan Naib Presiden kerana melakukan politik wang atau rasuah politik dalam parti itu sendiri...dia sepatutnya di siasat oleh SPRM tetapi terlepas begitu sahaja."

"Tokoh yang terbukti integritinya terjejas, macamana hendak memimpin sebuah konglomerat besar macam Felda," kata Mustafa.

Menurut Mustafa, kalau Tengku Zafrul berkata ia beri salah persepsi kepada dunia korperat dan antarabangsa, ia mempunyai asas yang kukuh dalam busines dan dunia perniagaan, "apa yang nak marah kat dia," kata Mustafa

Sunday, February 20, 2011

Kemana teori domina ini akan terus berlaku?

Siapa kata facebook tak berperanan.
Dunia hari ini memang menyebarkan berita dengan pantas menerusi internet dan laman soaial yang boleh dicapai semua , salah satunya adalah facebook.
Perhimpunan 30 K pemuda PAS di Kota Sarang Semut ada antara media yang tolong mnyebarkan berita adalah facebook.
Sejarah kejatuhan Hosni Mubarak akan dipahat oleh dunia adalah salah satunya melalui laman sosial ini dimana gerangan pemuda dan rakyat bangun menentang Hosni dan kerajaan pimpinan beliau adalah dengan matinya saudara Khalid melalui hentakan dikepala hingga mati pemuda Khalid ini, maka lahirlah Kulluna Khalid dan penyebaran berita ini meluas sehingga ada yang ditangkap dan dikurung kerana peranan facebook dan laman sosial ini.
Sebab itu lang Hosni adalah menyekat penyebaran internet dan laman sosial ini sehingga rakyat bangun menentang sehingga sejutaan oranag di Medan Tahrir dan kini teori domino ini sudah merebak ke Libya dan Kuwait dan entah kemana lagi sehinggakan sudah ramai yang menemui ajal kerana keganasan yang tak dapat dibendung lagi.
Punca yang boleh disimpulkan adalah kerana ketidakadilan diddalam corak kepimpinan yang terlalu rakus dan lama dipegang oleh pemimpin yang tidak mahu turun dan penyelewengan wang negara yang cukup mengkayakan pemimpin sehingga banyak wang dan harta negara dikaut mereka keluar negara, ketidak teluhan media didalam menyalurkan maklumat kepada rakyat berlainan dengan maklumat sebenar yang mereka perolehi melalui internet yang lebih tepat dan cepat, kerakusan dan ketidakadilan didalam pilihanraya yang dijalankan sehingga pihak pemerintah berjaya mencapai 99 peratus undi.
Apabila diteliti, maka didapati adda banyak berlaku penyelewengan didalam menjalankan pengundian. Menyekat parti lain ddaripada mendapat hak yang adil didalam pilihanraya yang dijalankan.
Apakah faktor ini tidak ujud didalam negara kita, ayuh mari sama sama kita fikirkan, rasanya memang ada dan bahkan semakin dikira maka semakin berleluasa sekarang ini.
Khabarnya internet nak disekat, ceramah nak dikawal, himpunan diluar markas memang dah lama disekat bahkan dimandi dengan air asid .
Pilhanraya diatas padang yang senget, TV digunakan semahu mahunya menghentam parti bukan BN, dan penggunaan agensi kerajaan semahu-mahunya dan amat berleluasa serta dana yang diambil dari sumber kerajaan bukan dari parti yang bertanding diddalam emembuat projek segera didalam masa kempen pilihanraya.
Maka tak hairanlah bila ada rakyat yang berkata, kalau macam ni lebih baik ramai lagi wakil rakyat mati agar kami boleh dapat b projek yang dah lama dipohon, tetapi tidak ada peruntukan. Bila ada yang mati, tak minta pun akan dapat. bahkan jalan ketandas pun akan ditarkan.

kejahilan Melayu kerana akhbar ini lah! dah 53 tahun dibelit dan ditipu!

AKHBAR `BERLIDAH SYAITAN' PUTAR BELIT UCAPAN NIK AZIZ

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM merasmikan 'Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa -Jaminan PAS' yang bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam kelmarin, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz berkata di dalam ucapannya, " Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda DAKWAH pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini." (Teks ucapan sebenar).

Malangnya, akhbar bangsat yang semakin tidak laku di pasaran Mingguan Meloya atau Utusan Meloya keluaran Ahad baru ini melaporkan seperti berikut, "Bagi PAS, orang Melayu perlu diutamakan dalam PERJUANGAN kerana kerana ia adalah kaum terdahulu", katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini (Mingguan Meloya).



Sekali lagi akhbar bangsat ini memainkan peranan `lidah syaitan' untuk menukar fakta dan memutarbelitkan ucapan Tuan Guru Nik Aziz agar dilihat seolah-olah Mursyidul Am Pas itu sama seperti pemimpin Umno yang gila sangat kepada `Ketuanan Melayu' sehinggakan melupakan agenda perjuangan Islam yang menjadi dasar PAS.

Kesihan buat orang-orang Melayu di kampung-kampung, di hulu-hulu dan juga di rancangan Felda yang masih menjadikan akhbar bangsat ini sebagai `kitab khazah ilmu' harian mereka. Sebab itu, tidak pelik jika kita lihat Umno amat laku di kawasan seperti ini. Mereka amat gembira kerana akhbar bangsat ini ditatap setiap hari oleh orang-orang Melayu di kawasan seperti itu.


Di bandar dan di tempat yang maju, akhbar ini hanya layak dijadikan tisu di dalam tandas. Sebab itu lah di kawasan bandar orang-orang Melayu sedar dan kenal siapa Umno. Akhbar bangsat ini mencari keuntungan dengan cara memperbodohkan orang-orang Melayu.

Akhbar ini tidak akan bersetuju dengan cita-cita PAS untuk mendirikan sebuah negara Islam berpandukan Al-Quran dan Hadith. Mana mungkin akhbar yang mencari untung dengan paparan keputusan judi boleh menerima Islam memerintah. /wfauzdin.blogspot.com

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.