Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, June 16, 2008

Rebut jangan tak rebut, rebut sampai dapat.


Punya la berebut macam pelarian dinegara-negara luar yang berebut makanan, mungkin itu yang dapat kita gambarkan hasil dari idea bernas PM kita dalam menenangkan hati rakyat bila minyak dinaikkan harga 78 sen bagi petrol dan 1.00 bagi disel. Kalau bab naik harga, selamba saja PM kita umum, terpaksa dan dikatakan masih lagi rendah berbanding dengan Thailand dan Singapura. Ana malas dah nak ulas bab bandingan antara durian dengan epal ni, tetapi yang yang ana rasa mungkin PM nak tengok bila berlaku krisis makanan dalam negara kita nanti akibat gelojoh dan boros BN membelanjakan wang negara, bagaimana rusuhan dan suasana yang berlaku. Selama ni FRU sudah dilatih untuk menembak gas dan water cannon kepada rakyat yang tak pernah merusuh, tetapi polis yang start dulu, tetapi bila suasana ini berlaku , maka senanglah mereka boleh ambil tindakan, kerana sudah ada banyak pengalaman.
Ana juga rasa hairan, dalam banyak-banyak menteri yang ada tak adakah menteri yang cerdik sikit nak bagitau PM bahawa kalau buat macam ni, bagi ribet cash ni, sudah tentu akan menimbulkan ketegangan didalam pejabat pos, dan nak tahu juga kenapa dipilih pejabat Pos dan bukan bank atau tempat lain, macam tabung haji ka atau lain -lain. Semak punya semak, baru ku tahu bahawa ada juga sumber yang berada dibawah ketiak PM yang mempunyai syer didalam Pos ni. Kalau kita teliti, didalam Pos ada Aveneu dan dalam tu ada ECM Libra dan dalam tu ada sapa, tanya dan jawab sendiri la. Ana bukan tak ada idea bagaimana nak bagi penyelesaian, tapi biar lah depa selesai sendiri, baru la otak tu berjalan sikit, tak la tidur sangat.Ana kekadang malas dah nak bagitau, kerana selagi orang Melayu tak sampai kena makan cacing, depa dok percaya kat UMNO tu la lagi macam DR M tu la, marah pun tapi masih sayang kat parti yang dah nak reput tu.
Kalau kira berapa banyal POS Malaysia dapat hasil komisyen memberi repat wang 625 ni, kita dapat sikit, depa dapat berjuta-juta. Mudah sangat nak tipu rakyat.
Dulu macam tu juga, kata jimat 4.4 billion nak meningkat prasarana awam tetapi bila bas Rapid KL tersadai, baru tahu sapa punya. Akhirnya yang dapat kontrak buat badan bas, Scomi lagi dan bila tak dapat leksana tugas, terpaksa import bas dari Cina, berapa banyak harga kontrak dan untuk yang mereka dapat.
Biar rakyat susah asal anakberanak bawah ketiak aku senang lenang. Sebab tu bila PM nak letak jawatan, ada orang halang kerana masih belum cukup kaya lagi. Mungkin nak masuk kubur macam karun tak tahu la ana.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.