Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, November 12, 2008

Teringat perbahasan lama 2.4.2007.

5.27 ptg.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya hendak mulakan perbahasan ini berhubung
dengan perkhidmatan perubatan. Sektor perkhidmatan perubahan dan kesihatan di dalam negara
kita hampir meliputi segenap pelosok dalam negara kita ini tetapi masih ada ruang yang boleh dan
perlu dibaiki selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan ratio doktor:penduduk, 1:600 pada
tahun 2020.
Melihat kepada perkembangan yang berlaku sekarang ini dengan bertambahnya pusat
pengajian perubatan di dalam dan juga luar negara, saya rasa tahap ini akan dapat dicapai dengan
lebih cepat lagi. Perkembangan industri kesihatan di bidang swasta dengan bertambahnya pusatpusat
perubatan dan hospital swasta, maka jumlah pakar dan juga pegawai perubatan yang
meninggalkan perkhidmatan awam juga akan bertambah setiap tahun. Bahkan ini berlaku pada
setiap bulan.
Ini sebaiknya diganti dengan pegawai yang baru. Cuma yang masalahnya dari segi
pengalaman terutamanya pegawai-pegawai yang mempunyai skill yang tinggi seperti
neurosurgery, plastic surgery, micro surgery dan sebagainya, banyak kalau kita hendak katakan.
Bagi mencapai perkhidmatan kesihatan yang baik yang memerlukan sebuah badan ataupun
organisasi yang tersusun dan komprehensif seperti dalam perkhidmatan awam, kita mempunyai
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Dalam pendidikan kita mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran. Begitu juga polis mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Polis. Begitu juga dengan
tentera, mempunyai satu badan khusus untuk melatih ataupun mengambil anggota tentera.
Saya rasa perlu bagi pihak Kementerian Kesihatan mempunyai satu suruhanjaya yang
dinamakan Suruhanjaya Perkhidmatan dan Perubatan yang bakal melatih doktor-doktor gigi,
jururawat, pembantu perubatan, ahli-ahli farmasi, makmal dan sebagainya yang memerlukan
latihan yang berhubung kait dengan rawatan dan juga penjagaan kesihatan manusia yang lebih
tepat dikendalikan oleh sebuah suruhanjaya khas.
DR 2.4.2007
112
Soal-soal seperti pengambilan pegawai, kenaikan pangkat, skala pegawai, latihan kepada
pegawai, keperluan kepakaran dalam bidang tertentu dan pengkhususan dan juga kepada
distribusi pegawai kepada kawasan-kawasan tertentu termasuklah dalam masalah berhubung
dengan peperiksaan PTK.
Tuan Yang di-Pertua, kerja seorang doktor misalnya doktor siswazah yang terpaksa
bertugas sampai berhari-hari di dalam wad, dari siang ke malam dan malam ke siang kerana ada
seorang doktor siswazah yang lain bercuti. Sepatutnya mendapat perhatian suruhanjaya yang
bakal dibentuk ini. Kerana ini merupakan satu bidang yang khusus untuk memerhati tugas dan
juga kerja-kerja yang dilakukan oleh pegawai tersebut. Bagaimanakah tentang elaun lebih masa,
tentang elaun risiko tinggi, tentang cuti ganti dan berbagai-bagai lagi senarai yang kalau hendak
sertakan memang terlalu panjang.
Tetapi siapakah yang dapat memahami ini semua kalau tidak wujud satu suruhanjaya khas
yang memikirkan tentang keperluan ini termasuklah risiko kepada doktor ini terhadap penyakit HIV
misalnya tibi, STD, pendedahan kepada radiasi x-ray misalnya radioterapi dan juga lain-lain radiasi
yang kita rasa cukup berbahaya kepada kesihatan seorang manusia. Begitu juga dengan masalah
penamatan tugas seorang pegawai pakar ataupun pegawai perubatan biasa, penghijrahan ke
sektor swasta. Tidak dinafikan ini memberikan kesan terhadap ratio doktor dan penduduk yang
bakal diperolehi oleh negara pada tahun 2020 nanti.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini iaitu pada tahun lepas dalam senarai Kementerian
Kesihatan disebut tentang adanya perubatan tradisional dan juga complementary yang telah
didaftar oleh Kementerian Kesihatan. Di mana time massage 80, reflexology 40, akupunktur 22,
ayurveda 48. ini merupakan perubatan tradisional yang telah didaftarkan di bawah Kementerian
Kesihatan. Saya rasa apakah salahnya Kementerian Kesihatan sekarang ini mengiktiraf perubatan
homeopathy yang juga merupakan satu unit daripada perubatan complementary yang boleh
memberi faedah kepada kita kerana ini merupakan satu bentuk jenis perubatan yang telah begitu
berkembang di negara maju seperti Jerman dan juga di England.
Yang kedua adalah tentang masalah kemudahan kesihatan kepada pesara kerajaan. Kita
tahu pesara kerajaan ada yang masuk dalam skim pencen dan mereka ini mendapat pencen dan
kemudahan kesihatan. Tetapi ada di antara pegawai yang telah lama berkhidmat dengan kerajaan
yang tidak masuk skim pencen tetapi mereka ini tidak mendapat kemudahan kesihatan di dalam
hospital kerajaan. Apakah salahnya jika sekiranya mereka yang tidak masuk dalam skim pencen
ini juga dimasukkan ke dalam senarai kemudahan untuk mereka dapat setelah mereka berhenti
berkhidmat dengan kerajaan kerana mereka juga telah memberikan khidmat yang begitu banyak di
dalam masa mereka bertugas sebagai pegawai kerajaan. Begitu juga dengan kemudahan
kesihatan untuk ibu bapa.
DR 2.4.2007
113
Kalau sekiranya anak-anak dan juga kadang-kadang yang mempunyai dua ataupun tiga
isteri dapat kemudahan kesihatan di dalam sistem hospital kerajaan, kenapakah ibu bapa juga
tidak dimasukkan sebagai senarai di dalam kemudahan kesihatan untuk kakitangan kerajaan.
Seterusnya saya hendak menyentuh tentang pembangunan luar bandar. Oleh kerana Yang
Berhormat Menteri ada di sini, saya rasa mungkin perkara ini boleh direct terus sampai kepada
menteri. Antara peranan yang dimainkan oleh JKK misalnya pegawai-pegawai daerah misalnya,
ini memberikan kesan yang besar dalam pembangunan di luar bandar.
Di kawasan saya terutamanya di kawasan Kampung Charok Tukmin, sudah berapa kali
saya masuk dalam senarai untuk disampaikan kepada Kementerian Luar Bandar, tetapi sampai
hari ini masih lagi belum mendapat bekalan air. Hanya jarak dengan main pipe dalam 100 ke 200
meter. TV3 pun sudah pergi tengok, Harian Metro pun sudah masuk dan akhbar perdana yang
lain pun sudah masuk. Sudah berapa kali dilihat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah
dan juga ADUN Sungai Tiang. Jadi, saya harap pihak menteri dapat mengarahkan pegawai untuk
meneliti perkara-perkara seperti ini. Begitu juga dengan jalan-jalan bertar. Semasa pegawai dari
Kementerian Luar Bandar datang ke Parlimen, saya telah menyenaraikan senarai-senarai ini,
seperti mana di
(i) Kampung Alur Nan Kokbah dan Bukit Cepat;
(ii) Paya Nedam Seberang Sungai Baru; dan
(iii) Kampung Bakar Arang.
Ini yang telah saya senaraikan tetapi sampai sekarang masih lagi belum mendapat apaapa
perhatian daripada pihak kementerian. Seterusnya tentang benih padi sah. Saya
mengucapkan terima kasih kepada menteri yang telah pergi ke kawasan Pendang baru-baru ini
yang menyampaikan input pertanian dan juga sumbangan jentera pembajak kepada petani-petani
di kawasan Pendang. Apa yang disarankan oleh menteri adalah pada tahun 2010, kementerian
tidak lagi mengiktiraf petani-petani yang menanam padi menggunakan benih selain daripada benih
padi sah. Apa yang menjadi masalah adalah sekarang ini pun benih padi sah ini tidak dapat
mencapai tahap pertumbuhan 85% ke atas seperti mana yang dijanjikan.
Mereka juga apabila musim petani berada dalam keadaan sibuk, tidak dapat memberikan
benih-benih padi yang cukup kepada petani. Mereka akan mengambil benih-benih padi daripada
kawasan yang lain dan kadar pertumbuhan tidak dapat menepati 80% ke atas seperti mana yang
dijanjikan. Syarikat-syarikat yang mengeluarkan benih padi ini pula hanya satu ataupun dua
sahaja yang dimonopoli oleh syarikat ini dan kita harap kementerian akan dapat meluaskan dan
memperbanyakkan lagi jumlah syarikat-syarikat ini dan berikanlah syarikat-syarikat ini ataupun
mereka yang mengeluarkan benih padi sah ini kepada orang-orang yang betul-betul melakukan
proses ataupun menanam padi dengan cara yang sempurna kerana kita dapati benih yang
DR 2.4.2007
114
diberikan kepada petani ini memang dijaga, dibelai, ditanam dengan sempurna macam mak jaga
bayi dalam buai.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan mesyuarat]
Apabila padi atau benih ini dimasukkan ke dalam ladang yang terbuka, sudah tentulah ia
akan dihinggapi oleh pelbagai masalah ataupun penyakit daripada yang melata, yang merayap,
yang terbang, yang berjalan dan macam-macam racun terpaksa digunakan oleh petani dan ini
sudah tentulah akan meningkatkan kos pertanian ataupun input pertanian tersebut. Dan yang....;
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang terakhirlah.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Belum, dua yang terakhir. Tentang
pengecualian yuran peperiksaan oleh Kementerian Pelajaran dan baru-baru ini semasa Yang
Berhormat bagi Kuala Pilah memberi perbahasan saya hendak menyentuh tentang yuran untuk
STAM. Saya rasa ini merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh kementerian kerana
STPM diberikan pengecualian dan mereka yang lulus STPM boleh masuk universiti begitu juga
dengan mereka yang mengambil STAM. Mereka ini juga berhak untuk masuk universiti dan
apakah salah atau silapnya mereka ini juga diberikan pengecualian di dalam yuran peperiksaan
STAM. Ini akhir Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan identiti AirAsia. Apabila kita naik AirAsia,
mungkin Tuan Yang di-Pertua tidak pernah naik kot...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kita naik AirAsia kita tidak nampak ada identiti
Malaysia di dalam AirAsia kerana kalau kita naik Singapura Air Line, ada dengan batik, dengan
kebaya, begitu juga dengan MAS ada identiti Malaysia tetapi AirAsia ini saya berharap pihak
pengurusan akan dapat mengubah pakaian pramugari dia kepada yang beridentitikan Malaysia,
terima kasih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.