Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, December 22, 2008

Runtuh lagi, sampai bila da !

Menurutnya, jeti yang dibina pada tahun 2000 dengan kos RM9 juta sebagai transit mengangkut barang-barang keperluan harian, urusan harian penduduk ke pulau besar dan pengangkutan pelancong.

“Disebabkan jeti ini roboh, semua penduduk terjejas dan kami amat malu kerana para pelancong akan takut datang ke sini kerana bimbangkan keselamatan mereka,” katanya.

Tambahnya, pihak JKKP telah beberapa kali membuat aduan tentang perkara tersebut, namun tiada tindakan susulan dibuat.

Hari tu dalam usul 18(1) ana dalam parlimen untuk membahaskan Hospital QEH yang retak nak kena roboh tu, speaker tak beri ruang untuk bahas dan kini menunggu masa nak menyembah bumi kerana terpaksa dirobohkan pasal dibuat dengan pasir laut yang mudah mengkaratkan besi, kerana ada garam , lalu menjadi mudah retak bila terkena gegaran walau sedikit pun, itu baru dibina dalam tahun 1985 , baru 23 tahun, sudah nak dirobohkan, harga dekat 85 juta.

DiPulau Tuba ni. baru dibina dalam tahun 2000, siapa punya kerja dan kontraktor mana punya hal dan kita harap lepas ni SPRM kena masuk siasat la tengok, betul ke harganya berjuta tapii lapan tahun sudah ranap menyembah laut. Sayang duit rakyat, hangus begitu saja, ni tak lain dan tak bukan daripada kerja tangan ghaib yang meluluskan projek yang tak sepatutnya diluluskan, mungkin kerana ada manusia yang makan duit haram ni.

Apa yang syok nya JKKP yang baru terlantik, sebuah organisasi asing didalam negeri Kedah ni kata dah lapor, tapi tak ada orang/agensi ambil tindakan. Kalau dah buat dengan bahan yang low quality sampai senang-senag boleh runtuh, nak maintain macam mana lagi aduhai JKKP oi, pi la suruh Tok Menteri hampa tu maintain tengok, kot-kot dapat yang terlebih bawa balik duit cash dari Australia tu boleh lah tumbang semangkuk.

Lepas ni tak tau apa benda lagi yang bakal menyembah bumi, lepas satu satu Allah taala tunjuk kesan daripada kerja tak baik yang dilakukan , lalu yang terima akibatnya adalah rakyat juga, nasib baik tak ada yang mati dalam peristiwa tu, kalau tidak tambah lagi la juga yang masuk dalam statistik kematian terkena bencana alam, padahal manusia yang melakukannya dengan cara yang tak ikut spesifikasi.


Baru ni di Bukit Antarabangsa,

kawasan curam yang tak sepatutnya dibuat rumah pun, boleh diluluskan untuk buat bangalow dan rumah teres sampai JKR kata selamat pun , penghuni tak berani nak duduk semula dirumah mereka. Siapa yang meluluskan projek tu walaupun sudah digazetkan tak boleh diluluskan, tentu ada tangan ghaib yang memberikan lampu hijau.

Ana cuma risau satu saja, takut jadi macam apa yang ana sebut dalam perbahasan SPRM hari tu, menteri lepas, KSU yang kena, arah hanya dengan tulis tangan, pakai pensil pula tu, bila nampak nak sangkut, terus padam. Masuk mahkamah, hilang bukti, ana teka saja tu, tapi kalau betul sungguh, apa tindakan kita selepas ni, agar nyawa manusia tidak menjadi pertaruhan kerana wang dan fulus berjuta-juta.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.