Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, April 30, 2008

Peresmian Sidang Parlimen 12.


29 April selamatlah sidang dewan Parlimen ke 12 di Resmikan oleh Baginda Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan dengan penuh adat istiadat dan bewarna warni. Ana juga pada hari itu berpakaian istiadat dan sempat bersua muka dengan ramai rakan ahli dewan rakyat dan negara dan juga tetamu asing yang kebetulan dijemput hadir sama pada majlis tersebut.

Ana rasa banyak perkara yang disentuh oleh baginda yang perlu diberi perhatian oleh rakyat dan akan ana bahaskan didalam ucapan perbahasan ana nanti insyaallah kalau ada masa.

Antara perkara yang menarik perhatian adalah berhubund dengan bebanan hidup rakyat kerana kos hidup yang tinggi kerana harga barang yang meningkat dan juga rasuah dan penyalahgunaan kuasa . Kalau sebut salahguna kuasa ni mestilah daripada orang yang berkuasa, kalau tak berkuasa bagaimana pula dia nak salahgunakan, maknanya Baginda menasihatkan kerajaan la tu.

Juga ana tertarik bila baginda menyebut tentang TCM, traditional and complimentary medicine, ani satu perkara yang telah ana biasa bahaskan didalam sessi yang lepas, yakni alternatif medicine kepada yang ada sekarang ini. Tetapi kita ungin mendapat penjelasan yang lebih lanjut daripada kerajaan apakah yang terdapat didalam komponen traditional itu. Sudah pastilah rasanya tidak termasuk menurun dan menggunakan hantu dan polong. Kalau sekadar patah, urut, terseliuh dan sebagainya ana rasa memang boleh diterima, tetapi bagaimana pula dengan kelayakan mereka, apakah semuanya mendapat pengiktifan dari masyarakat dan berkelulusan dari institut pengajian khusus. Ini tidak perlu dilakukan diskriminasi kerana seandainya sesuatu institusi itu ujud dinegara tertentu, sudah tentulah ianya mesti mendapat pengiktirafan dinegara lain juka kualitinya memang diakui baik, tetapi bagaimana kalau ada pengiktirafan yang dilakukan hanya kerana pengalaman tetapi tida kursus yang khusus.

Ini perlu diberikan perhatian oleh kerajaan dalam kita mahu mengiktiraf kepakaran mereka. Pakar patah misalnya, pakar urut contohnya, apakah hanya dengan pengalaman mengurut 2-3 orang sudah boleh dibawa masuh hospital untuk di tauliah sebagai pakar. Juga dari segi bperundangan, apakah pakar patah berhak diterima MC yang mereka berikan untuk digunakan didalam pejabat kerajaan maupun swasta, terserah kepada semua untuk memikirkan.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.