Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, August 14, 2009

Tahniah , teruskan usaha anda semua!!!

Kejayaan anak melanjutkan pengajian kepusat pengajian tinggi merupakan satu kebanggan kepada ibu bapa, baik IPTA maupun IPTS. Ilmu pengetahuan merupakan asset yang penting untuk masa ini dan sebagai persiapan untuk masa depan.



Kejayaan seseorang untuk melangkah kaki kemenara gading patut diraikan dan sempena dengan kejayaan tersebut, maka pada hari Selasa 11 Ogos lepas, satu majlis penyampaian sumbangan sebagai tanda meraikan kejayaan sebahagian anak-anak dari Daerah Pendang melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS yang memohon sumbangan melalui PKWR ADUN Tokai dan AP Pendang.

Sumbangan dikeluarkan dari tabung Pelajaran PAS Kawasan Pendang dan sumbangan Kerajaan Negeri Kedah kepada lebih dari 60 orang pelajar mengikut kategori pendidikan,iaitu ijazah, diploma, sijil dan ada juga sumbangan sebagai insentif kepada ibubapa sebagai motivasi untuk mendidik anak-anak dimasa depan yang sekarang masih disekolah rendah dan menengah.
Turut hadir memberi sumbangan bersama ana adalah Dato’ Hj Mohd Taulan Mohd Rasul EXCO Pelajaran ddan Koperasi Kedah .

Didalam ucapan sebelum memberikan sumbangan ana menyeru agar ibu bapa memberikan galakan kepada anak mereka untuk aktif didalam persatuan mengikut kemampuan masing-masing , bukan hanya menjadi ulat buku dan hanya menghabiskan masa didalam perpustakaan kerana pada pandangan ana kebanyakan mereka yang aktif didalam persatuan semasa menuntut di IPT sekarang ini kebanyakannya menjadi pemimpin didalam masyarakat. Apabila mereka mampu memimpin didalam IPT, maka mereka akan dapat menimba pengalaman mentadbir dan memimpin masyarakat.
Kita berdoa semoga mereka ini akan mencapai kejayaan didalam pelajaran dan seterusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.