Thursday, May 14, 2009
MM teruskan keunggulan anda walau dimana.
Maktab Mamud, mengingatkan ana kepada nostalgia semasa menjadi penghuni dedepan Kedai Kapoor di Simpang Kuala sekitar 60an dan 70an dan ini semua memberikan satu semangat untuk mengimbau kembali pengalamn getir didalam menimba ilmu dalam kepayahan ketika itu. Semuanya mesti dilakukan sendiri tanpa bantuan ibu bapa walaupun baru melangkah usia remaja .
Semangat yang kental untuk merubah cara hidup itulah maka aku bersama dengan rakan sepondok ketika itu iaitu Dato' Mohd Nor Rofie, Pengarah Tanah dan Galian Kedah sekarang menjalani kehidupan pelajar pondok dan akhirnya alhamdulillah Allah taala memberi peluang untuk meniti sedikit kejayaan.
Itulah antara pesanan ana semasa memberi ucapan kepada majlis mesyuarat PIBG MM Pendang baru-baru ini. Lihat saja anak-anak MM yang sekarang sudah ramai menjadi pentadbir negeri dan negara kita, DO Kuala Muda, DO Pendang, Ketua Pengarah EPU Negeri Kedah, DO Kulim bahkan ramai Penghulu-penghulu diseluruh negeri Kedah kebanyakannya adalah anak didik MM belaka bahkan termasuk juga yang jaga JPM bahagian agama walaupun masuk tanpa melalui saluran biasa iatu Menteri dan Timbalan Menteri di JPM bahagian Agama ( semestinya bukan hadhari kut) dan Ketua Pengarah JAKIM.
Harapan agar segala teladan yang dicontohi oleh mereka semua ini akan menjadikan pelajar MM Pendang tidak merasa tersisih bahkan kejayaan didalam akedemik dan sukan serta kokurikulum telah menaikkan nama MM Pendang dipersada pendidikan di Kedah ini.
Moga warga MM Pendang terus mencapai kejayaan dalam menggilap segala bakat anak bang untuk bertakwa kepada Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment