Thursday, February 11, 2010
Terima kasih daun keladi, nak tambah dosa hantarlah lagi !!
Dalam ruangan hari ini ana nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat dari belah sana ana rasa yang mengambil inisiatif menghantar surat berbentuk fitnah kedalam post box dan menghabiskan begitu banyak cd dan stem untuk pos surat dari pusat mel Alor Setar saban hari berhubung dengan kes sodomi 2 dan krisis Perak yang khabarnya tidak dapat diterima oleh lebih 80 % rakyat Perak sendiri.
Ana memang cukup faham dengan kegelisahan puak ini dan mempertikaikan kenapa DSAI tak mahu bersumpah menafikan dia men'sodomi' Si pemuda Saiful ini. Dengan bangga mereka menyatakan bahawa yang benar adalah yang berani bersumpah, yang tak berani bersumpah adalah yang tak benar, maknanya Saiful benar mengaku dia di sodomi dan DSAI tak berani bersumpah bermakna ianya benar men'sodomi' Saiful. Satu analalogi yang tak berpijak kepada nas dan juga hukum.
Didalam Islam wahai sahabat yang menulis surat fitnah ooi, bukti hendaklah dikemukakan oleh sipenuduh dan bukan oleh orang yang mempertahankan diri (yang kena tuduh). Dalam hal ini si Saiful kenalah bawa bukti yakni empat orang saksi yang melihat apa yang berlaku tersebut macam dengan batang celak masuk dalam lubang ibu celak, kalau tak mampu dia jangan buat tuduhan dan kalau buat tuduhan juga maka kenalah dia dibawa kemuka pengadilan melalui hukum qazaf pula, yakni membuat tuduhan tanpa empat saksi boleh dikenakan hukuman 80 sebatan dan persaksian beliau tidak boleh diterima selama-lamanya , dan Allah menempelak mereka sebagai orang yang fasik melainkan bertaubat dan kembali an ber’islah ‘.
4. Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.
Dalam hal ini ana sungguh hairan bila sahabat ana di Maahad Mahmud dulu yang mengaji ugama lebih daripada ana yang duduk dibawah dagu DS Najib sekarang membuat permohonan agar permohonan Qazaf yang termaktub dalam surah Annur ni ditolak oleh mahkamah syariah, sepatutnya beliaulah menjadi contoh dan teladan bahawasanya hukum Alquran ini kita mulakan dengan Qazaf ini dahulu lepas tu diikuti dengan hudud pula . Agaknya ada yang rasa panas punggung kut, maklumlah daripada mula lagi rakyat dah nampak banyak percanggahan fakta yang berlaku dalam pertuduhan sodomi 2 ini.
Daripada cerita dia jumpa TPM nak mohon biasiswa tapi selepas kena pecat dari U kerana tak lulus, lepas tu dua hari kena sodomi baru pi periksa doktor setelah tahan berak 2 hari pula tu, kawan tanya ana lepas kena tu tak mandi wajib ke , kerana kalau ada ‘dukhul ‘macam dalam cerita dia tu kena la mandi wajib, cuci bersih-bersih. Lepas tu kata kena paksa, tapi dalam laporan kata 8 hingga 9 kali, kalau dah banyak kali kena paksa pa namanya. Lepas Nampak pula gambar di pi pula ke pejabat DSAI buat kopi kepada peserta meeting pada 27 hb , padahal kena paksa pada 26 hb. Sukar sikit rakyat nak percaya macam sukarnya nak percaya logic akal apa yang berlaku keputusan di Perak. Mengaku sokong tanpa ada apa-apa petunjuk ke, undi tak percaya ke, terus dapat kuasa jadi MB. Lepas ni kena ambil kaedah yang sama kepada PM kita, baru dia tau kot .
Bercakap pasal bersumpah ni, rasanya Abdullah bin Ubai dizaman Rasulullah saw pun boleh kata setiap hari bersumpah dengan nama Allah walaupun dia bukan Islam pun.
Dalam surah Munafiquun Allah menempelak mereka yang suka bersumpah ini menjadikan sumpah mereka sebagai perisai didalam menafikan sesuatu perkara dan itulah sifat-sifat golongan munafiqun.
2. Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.
Harapan mereka dengan bersumpah maka jalan yang dikehendaki Allah yakni membawa 4 orang saksi tak perlu lagi dan harapan orang terus percaya dengan sumpah mereka itu.
Sekali lagi terima kasih kepada golongan desperado ini yang menghabiskan wang membuat sebaran fitnah yang tiada alamat dimana dicetak dan mengepos sehingga rasanya sudah beribu wang habis untuk kerja fitnah kali kedua ini , apakah mereka menyangka Allah tidak akan bertanya kemana wang mereka dipergunakan untuk kerja fitnah ini?.
Walaupun didunia yang serba fana ini mereka terlepas, tetapi diakhirat besok ingatlah azab api allah yang maha panas membakar dan igantikan semula dengan kulit yang lain lalu dibakar lagi dan angatlah bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.
Ana menjadikan kertas sebaran mereka ini sebagai kertas pembakar sampah dikebun ana dan berharap kirimlah lagi kertas tersebut kerana banyak lagi longgokan sampah yang ana nak bakar ni, terutama dalam musim kering ni, mudah sikit nak dilupuskan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment