Ahad baeu ni, 24 Oktober 2010, berita ana terima dari rakan sekampong, satu kejadian kemalangan jalanraya melibatkan lori pasir dan motosikal penunggang wanita dari Tok Sedau, Kpg Bharu, diatas jambatan sempit Masjid Pondok Hampar, Pendang, katanya mangsa meninggal ditempat kejadian diatas jembatan itu juga, takziah kepada keluarga mangsa.
Apa yang ana kesalkan adalah kerja pelebaran jalan Penddang ke Sungai Tiang ni, tender sudahpun dikeluarkan pada 12 Julai 2005 lagi, masa tu DS Samy Vellu jadi menteri JKR.Menurut beliau, projek itu akan dimulakan penghujung tahun 2005.
Sudah ana bangkitkan perkara ini diddalam perbahassan bajet semasa PM dulu dan dulu persoalan sudah ditimbulkan kepada Menteri didalam sessi soaljawab parlimen juga.
Sampai bilakah agaknya hal ini akan berterusan dengan jalan yang sempit ini, kerana mengikut warta kerajaan bertarikh 31 Ogos 2006, no 431 pengambilan balik tanah untuk menaiktaraf jalan K128 dan K151 dari Pekan Pendang ke Kampong Sawa Kechil , Mukim Padang Pusing dan Ayer Puteh , Kedah Darulaman.
Tender JKR juga telah dikeluarkan pada 12.7.2005.
Apakah lagi yang harus ditunggu, apakah kerana Menteri sudah bertukar dan kerajaan negeri sudah bertukar maka rakyat akan terus dimangsakan sehingga lebih ramai lagi yang akan menjadi mangsa kerakusan lori tanah dan pasir yang bermaharajalela dijalanraya ini.
Begitu juga dengan jembatan yang menjadi bottle neck dibeberapa tempat yang menjadi masalah kepada kenderaan kecil, di Pondok hampar, di Seberang Pendang, di Tajar dan Titi Haji Idris, sudah banyak kali ana timbulkan didalam perbahassan baik bajet maupun Titah diraja,namun masih tidak diberi perhatian, dari satu RMK ke satu RMK yang lain, apa yang depa nak buat warisan Merdeka 100 tingkat, MRT 43 billion, dan kelab malam untuk tingkatkan ekonomi rakyat jadi negara berpendapatan tinggi.
Hai, apa nak jadi dengan rakyat, akhirnya rakyat diutamakan , rakyat yang kena geles lori, rakyat yang makan sehari sekali, kos nak baiki Mahligai PM saja menelan belanja RM 65 juta, padahal masa TUn Abdullah nak masuk hari tu, baru saja ubahsuai....nasib badan la aduhai rakyat Malaysia..!!
Wednesday, October 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment