Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada jam 8.15 malam tadi, Astro Awani membincangkan dengan panjang lebar tentang isu Terminal Bersepadu (ITT) Selatan di Bandar Tasik Selatan. Antara yang menjadi topik perdebatan adalah mengenai Perintah daripada Datuk Halimah Mohd Sadique (Pengerusi LPKP) yang mengarahkan semua bas operator (bas ekspress ke Selatan) memulakan operasi di Terminal Bersepadu Selatan selewat-lewatnya 16 Januari 2011 ini atau bakal dikenakan tindakan.
Maka dalam perbincangan tadi saudara Razali Endun (wakil Persatuan Pengusaha Bas Pan Malaysia) dan saudara Muhammad Zulkarnain Hamzah dari TRANSIT - Malaysia bersepakat menyatakan rasa tidak kepuashatian mereka terhadap caj yang bakal dikenakan oleh Maju Holdings terhadap bas – bas yang masuk ke terminal tersebut.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, projek Terminal Bersepadu (ITT) yang dibina di Bandar Tasik Selatan merupakan antara 3 ITT yang bakal dibina oleh kerajaan dalam mengambil alih peranan Hentian Puduraya.
Dua lagi ITT yang bakal dibina adalah di Gombak dan Kota Damansara yang mana pembinaannya bakal dilaksanakan penghujung tahun ini. Tujuan Bandar Tasik Selatan dipilih sebagai lokasi terminal pengangkutan bersepadu adalah kerana kedudukan geografinya yang mudah diakses daripada Selatan yang mana ia juga berperanan mengelak bas – bas daripada Selatan ini memasuki Bandar (Baca:Puduraya). Di samping itu juga, ia dipilih kerana lokasi ini mudah dicapai oleh pelbagai rangkaian mod pengangkutan yang sedia ada seperti LRT, Komuter, ERL dan teksi. Mengikut perancangan asal juga, sebaik sahaja terminal ini siap PRASARANA akan meningkatkan kekerapan basnya ke terminal tersebut.
Mengikut kertas dasar asal terminal ini, projek ini dimiliki oleh Kementerian Pengangkutan dan Kontraktor Turnkey nya adalah Maju Holding. Manakala perundingnya pula dari KLIA Consultancy Services Sdn Bhd yang pernah terlibat secara langsung dalam mengurus Projek Pembangunan Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Dan apabila siap, Terminal Bersepadu ini akan diurus oleh PRASARANA selaku anak syarikat Minitsry of Finance.
Mengapa PRASARANA dan bukannya Maju Holding? Ini kerana mengikut dasarnya, Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) adalah sebuah syarikat milik penuh Kerajaan yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan, bagi memudah, melaksana dan mempercepatkan projek infrastruktur yang telah diluluskan oleh kerajaan. PRASARANA dan syarikat kumpulannya adalah pemilik dan pengendali kepada beberapa perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang
Apa yang malangnya, dengan menggunakan kedudukan dan pengaruh politik, Maju Holding berjaya mendapatkan hak selaku pengendali terminal ini dan menafikan peranan PRASARANA yang turut terlibat sedari awal lagi dalam merancang pembangunan terminal ini.
Kesan daripada pelacuran ekonomi dan politik ini mengakibatkan pengusaha bas ekspress dan pengguna bakal dibebani kos yang meningkat. Pengusaha – pengusaha bas ekspress terpaksa melaksanakan ‘cross subsidy’ bagi membolehkan semua bas mereka bergerak atau mereka terpaksa berhadapan permit mereka ditarik balik. Dan apabila Maju Holding cuba menangguk air keruh dalam industri pengangkutan ini, ia merupakan tindakan kurang ajar dan tidak berperi kemanusian
Semua dari kita sedia maklum, industri pengangkutan awam bukan industri yang kaya. Sebagai contoh, kerajaan terpaksa mengeluarkan Billion ringgit untuk mengambil alih Syarikat Bas Intrakota, Putra LRT dan STAR LRT bagi memastikan rakyat tetap menikmati pengangkutan awam dengan harga yang mampu bayar. Dan berapa billion lagi yang perlu kerajaan tanggung untuk berdepan dengan satu lagi kegagalan dek tangan – tangan yang rakus ini.
Di samping itu juga, LPKP dan SPAD yang sepatutnya berperanan sebagai payung yang mendasari pengangkutan awam negara, tidak berperanan dengan sewajarnya. Sehingga berita ini ditulis, Pengerusi SPAD tidak langsung bersuara dalam permasalahan ‘caj’ yang dikenakan oleh Maju Holding ini. Hanya kelibat Pengerusi LPKP yang bersuara, itupun untuk memberi kata dua kepada ‘penguasaha bas eskpres’ ini.
Malah yang paling mengecewakan, mengikut sumber En Zaharin terminal ini tidak mempunyai CF daripada DBKL. Entah apa yang nak jadi dengan negara ini, apabila negara diurus dengan keadaan caca marba sehinggakan Menteri Kabinet langsung tidak punya kuasa dan melihat harta rakyat dirompak sebegitu sahaja.
Justeru itu, saya mendesak supaya operasi Terminal Bersepadu Selatan ini dikembalikan kepada PRASARANA supaya segala kos yang tidak perlu dapat dikurangkan dan pengusaha bas serta rakyat tidak akan terbeban dengan segala kos yang melampau. Di samping itu juga segala pencabulan undang – undang perlu disiasat bagi mengenal pasti bagaimana Maju Holding dipilih sebagai Pengendali Terminal Bersepadu ini seraya menafikan peranan PRASARANA selaku GLC Kerajaan.
Akhir kalam, sesungguhnya bumi yang kita diami sekarang bukanlah hak milik kita, tetapi kita hanya meminjam dari generasi akan datang. Oleh itu, janganlah kita menjadi tangan – tangan hantu yang merosakkannya.
ikhqoi MOHD IKHMAL BIN MOHD ISKANDAR (IKHQOI) BBA(HONS)TRANSPORT, UiTM Mantan Bendahari Sekretariat Pemuda Dun Selat Klang.
Ana sengaja memasukkanntulasan ini didalam blog ini agar dapat diingati kerana kita sudah pun menjangkakan bahawa inlah yang akan terjadi, kerajaan buat, taukeh yang kaut untung, rakyat yang akan tanggung beban.
Masa Pak Lah jadi PM, harga minyak telah dinaikkan agak mengejut dan tinggi, kononnnya untuk melakukan penjimatan melalui penarikan subsidi dan dapat menjimatkan 4.4 billion duit negara dan akan digunakan untuk MENINGKATKAN PRASARANA PENGANGKUTAN AWAM NEGARA, tetapi apa yang rakyat dapat adalah saperti keluhan diatas.
Tak kanlah kita nak dikelentongkan oleh puak yang sama dalam semua masa, bangkitlah aduhai rakyat sekelian.
No comments:
Post a Comment