Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, April 17, 2011



Dah lama rasanya tak menulis didalam blog ini terutama bila mempunyai kemudahan BB yang boleh terus memasukkan gambar dan cerita didalam FB terus dari mana tempat yang ada hubungan telefon. Lagi pula dengan FB ada interaksi yang cepat dan mudah , maka respon dari kawan-kawan dapat membantu dalam menjalankan tugas.
Sempena dengan PRN Sarawak, ana berssma beberapa kawan telah diberi amanah nuntuk membantu kempen dengan menggunakan khidmat rawatan,maklumlah itu bidang kita .
Mulai bertolak pada 10 April maka berkelanalah kami ke Kuching denga Air Asia dan seterusnya dengan van ke Sebuyau dipenempatan Kedah .


Menjejak kaki kekawasan sapaerti ini, menginagtkan ana kepada apa yang dilihat di Kuala Kedah, tetapi apabila diarahkan pula ke Kpg Tongkah Melayu,maka berkobar kobar hati untuk bersama Masyarakat Melayu disana untuk berkempen untuk ememenangkan Tuan Hj Adam Ahid, PJ PAS Sarawak .

Di Kpg ini, kami menginap dirumah yang disewa khas untuk pe
tugas Kedah , rumah agak selesa dan luas kepunyaan seorang kakitangan Kerajaan Sarawak, setiap malam datang bergurau senda dan bercakap dengan kami mengenai perlunya kepimpinan di Sarawak ditukar kerana kerakusan wakil rakyat membaham tanah rakyat dengan tidak memberi pampasan atau pampasan yang amat sedikit.


Suasana kehidupan masyarakat disini amat ddaif, tiada pekerjaan tetap kecuali sawah yang tidak seberapa dan kelaut dan sungai mencari ikan dan mengambil upah mengopek kelara.Kmi lihat banyak juga kawasan lapang yang ditumbuhi rumput panjang,tetapi tidak nampak walau seekor pun lembu yang diternak disini.


Persoalan yang timbul, kenapa tidak dipelihara lembu untuk kegunaan sendiri atau untuk kenduri, tanya punya tanya rupanya tiada jawapan yang memuaskan diberikan ,masing masing menyatakan tidak ada tempat khusus padahal tanah Sarawak sama besar dengan semenanjong ini, rupanya apabila hendak lembu,maka pengimpotnya dikatakan adalah dari puak dan golongan KM juga, bayangkan kos untuk 1 kilo daging disini adalah RM 40 . Hendak korban kata mereka seekor lembu RM 6 ribu, macam kita beli untu pula, sudah pasti pengimpot lembu adalah mereka yang berada dikalangan puak itu juga.
Begitu juga apabila melalui kawasan yang sudah dicerahkan untuk kelapa sawit, kaum Iban memang amat marah tanah mak bapak kami usahakan, tetiba dengan senang mereka datang dan ambil hasil titik peluh kami dan halau kami, sebab itu rata-rata kaum Iban amat marah denga kepimpinan kerajaan negeri yang ada, tetapi apakan daya , bila sampai masa nak nyonteng, mereka tanya kami berapa umpan nak diberi, bebuih kita menajar mereka mengenai tanggungjawab mengundi dan memilih pemimpin untuk 5 tahun akan datang,emmbantu mereka menaikkan rahaphidup ,,mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat melalui berbagai program pertanian, tetapi apa yang mereka lebih ghairah adalah berapa umpan untuk mengundi dan itulah yang akan dijaja sehingga tiba 5 tahun akan datang walaupun habis tanah disapu, mereka duduk dalam kesusahan begitu juga walau sudah 30 tahun diperintah oleh BN di Sarawak ini.
Melihat keadaan rumah dan suasana persekitaran tiadak percaya kita bahawa ini adalah keadaan sebuah negeri yang amat kaya di Malaysia dengan hasil bumi yang subur dan balak yang banyak serta minyak yang dianugerahkan ilahi. Rakyat papa tetapi pemimpin mereka menjadi kaya raya dengan mengumpulakan hasil kekayaan dari khazanah negeri lalu diangkut keluar negara.
Itulah Sarawak dan bergembiralah mereka dengan habuan 5-10 ringgit untuk umpan nyonteng sehinggalah 5 tahun akan datang, walaupun dalam hati menyumpah dan marah klehilangan tanah dan tak dapat nak mengecapi sedikit kemudahan nikmat hidup .
Bayangka air hujan terpaksa ditakung untuk minuman da kegunaan lain kerapa air paip sentiassa terutus, jalanraya yang ada kalanya amat teruk, bayangkan kalau rumah panjang memang 2-3 jamberjalan kaki atau naik bot, kemudahan letrik yang hanya menggunakan gen set dan untuk malam hari ssahaja, bagaimana mereka hendak mensejahterakan hidup kalau begini berterusan selagi tidak yang datang membantu mengurangkan kerakuran mengumpulkemewahan oleh kepimpinan negeri didalam suasana limpahan kekayaan negeri, tetapi rakyatbtetap miskan merana??? sayang Sarawak. Bilakah akan timbul kesedaran.
Kehadiran PAS di Sarawak juga diharap dapat memberikan kefahaman mengenai ajaran Islam dengan lebih mendalam dan mendidik mereka menjadi umat nabi Muhammad yang patuh kepada ajaran Islam sebenar. Agak keliru bila kita lihat kehidupan mereka,mana satu yang Islam dan mana satu pula yang Iban,kerana cara mereka seharian agak serupa, baik pergaulan mahupun pakaian,mungkin bezanya tatoo dan tiada tatoo dan makanan yang agak berlainan, moga Allah terus memberikan istiqamah kepada pecinta Islam untuk menyemarakkan lagi Sarawak denga nur Islam, Insyaallah.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.