Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, April 25, 2008

antara Aku, DO dan JKKK.


Mendengar berita malam tadi berhubung dengan pengunduran Iran dari menyertai pertunjukan DSA2008, atas bantahan Anerika, maka Menteri Pertahanan menyatakan ianya melanggar resolusi badan dunia berhubung dengan senjata pemusnah, maka amat sedih juga ana apabila kita sebagai sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat terpaksa mengikut apa saja yang Amerika bantah, nampak sangat kita ini macam terpaksa tunduk dengan desakan negara luar ataupun terlalu kecut perut dengan negara yang konon menjadi polis dunia itu tetapi sebenarnya merekalah yang telah menjadi pemusnah yang paling kejam didunia masakini selain anak didik mereka negara laknat Israel. Ana teringat semasa perbahasan berhubung dengan kementerian luar, masa tu Dato' Shabery Cheek jawab berkenaan dengan Malaysia tidak memberi layanan kepada Menteri Luar Palestin kerajaan Hamas, Shabery Cheek memperli ana menggunakan kesempatan berbahas untuk bermain politik dalam parlimen. Padahal merekalah yang tidak memberi layanan kepada Menteri luar tersebut sehingga terpaksa menjemput pemimpin PAS yang terpaksa menjemput beliau keluar dari hotel penginapan untuk menjadi tetamu kehormat PAS pula, dan atas bantahan Menlu tersebut, maka Kemenlu Malaysia ketika itu mendapat sedikit aib. Kerajaan pada masa itu sebaliknya memberi layanan istimewa kepada Menteri Luar yang kalah dalam pilihnraya Palestin dengan layanan negara kepada beliau. Inilah masalahnya bagi kerajaan Malaysia, tidak mahu menerima hakikat apabila bercakap tentang demokrasi, tetapi tidak mahu menerima hakikat demokrasi.
Macamlah apa yang berlaku di kpg ana, entah apa yang terjadi susah nak teka, JKKK berkuasa lebih daripada DO, ana kata dalam Mesyuarat tindakan daerah dan dalam perbahasan Parlimen, siapa yang lebih besar tugas, JKKK atau DO dalam melaksanakan pembangunan luar bandar.

Hakikat yang berlaku adalah JKKK, contohnya jalan luar bandar, peruntukan dah ada, tapi JKKK sekat, dibawa ketempat lain. Buat jalan ban sungai, dari tangga rumah JKKK ketengah jalan, dari jalan besar ketengah jalan, lepas tu kosong dengan tanah merah dan batu kerikil dipertengahan jalan , sebab peruntukan dah habis. Tak percaya dan kalau tak puas hati, tengok Jalan Alor Ali dan Alor Mengkuang, dan Jalan Paya Nedam Seberang, semuanya angkara JKKK lebih berkuasa dari DO.

Harapan semoga dengan perletakan jawatan JKKK yang diarahkan oleh MB Dato' Seri Mahadhir Khalid tempoh hari,diharap keharmonian di kampong akan lebih terjalin dan masyarakat akan lebih harmoni, tiada lagi pengacau dalam mengharu birukan suasana keakraban dalam kampong dikawasan kami dan DO pun senang nak menjalankan tugas.
Lihat gambar di Kpg Alor Ali ni, jalan putus, lebih kuran 50-60 meter ,sambung semula disebelah sana sampai ke tangga rumah JKKK. Nak jalan , kena masuk gear lompat macam ana cakap dalam parlimen hari tu.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.