Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, April 26, 2008

Tahniah Juara Liga








Malam ni ana rasa bangga sungguh kerana dapat jemputan untuk menyaksikan perlawanan bolesepak antara Pahang dan Kedah di Stadium Darulaman , keputusan Kedah menang 1-0. Memang Kedah telahpun menjadi Juara Liga kalaupun tak menang dengan Pahang malam ni, tetapi semangat pemain Kedah memang best malam ni. Sebenarnya ana tak pernah pun jejak kaki ke stadium ni setelah tamat sekolah menengah, dulu biasa la masuk, masa Maktab Mahmud ( MM) lawan Kolej Sultan Abdul Hamid dulu, MM sentiasa menang, tapi lepas tu tak masuk dah .



Malam tadi dengan keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah, maka sebagai wakil rakyat yang mendapat jemputan, maka ana pun pergilah menonton. Pemain dan penonton yang penuh semangat memberi sokongan dan banyak peluang jaringan gol terlepas oleh pasukan Kedah dan Pahang, namun nasib menyebelahi Kedah mungkin kerana semangat dan kesungguhan pemain dan jurulatih Sdr Azraie, maka Kedah menjadi jura membawa balik piala dan wang RM 500 K. Lepas ni bolehlah Presiden KFA, YAB Ust Azizan Abd Razak memberi sedikit insentif kepada anak buah beliau sebagai hadiah tambahan diatas kemenangan.
Memang hebat pemain Kedah musim ini, diharap dengan kepimpinan baru Negeri Kedah dan KFA , akan wujud semangat baru dan pasukan Bolasepak Kedah akan terus mara menjadi pasukan tersohor di negara ini dan seterusnya mengembalikan prestasi bolasepak negara ke zaman Ghani Minhat, Soh Chin An dan Mokhtar Dahari, semoga terus berjaya,, bravo Kedah, Bravo Dr Hamdan EXCO sukan Kedah.
Datuk Ismail Sabri jangan pula pandang sebelah mata dengan Kedah pula, PR akan sentiasa bersama menteri demi memajukan sukan negara.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.