Datuk Peter Chin Fah Kui: Apa yang disebutkan oleh...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Boleh saya sambung? Sedikit sahaja. Saya rasa itu senang sahaja, kita hantar balik kepada Peguam Negara supaya buat pindaan dan bentangkan semula.
Datuk Peter Chin Fah Kui: Tuan Pengerusi, mengenai apa yang disebutkan oleh Yang
Berhormat Titiwangsa tadi, soalnya ialah sama ada kita hendak menghentikan tanaman
tembakau. Kalau begitu, tidak usahlah kita banyak berbincang. Hanya ada satu soalan, hendak berhenti atau tidak. Kalau saya rasa itu soalan yang kita hendak bincangkan, senang. Kita boleh tanyalah Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada kita boleh bersetuju atau tidak, tetapi saya rasa itu bukan soalan yang kita hendak bincangkan. Saya tidak tahulah macam mana you ambil pendirian yang begitu. Saya rasa industri tembakau ini masih akan wujud hingga suatu hari nanti kita ada satu tanaman gantian supaya kita tidak payah menanam tembakau lagi. Namun itu bukan satu hari...
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Yang Berhormat Menteri, bukankah kenaf
ini memang tanaman gantian yang tujuan kita untuk menggantikan tembakau? Jadi, kenapa kita bertanya begitu? Kenalah ada komitmen ini! Apa gunanya kita ada Lembaga Kenaf ini kalau kita tidak bertujuan untuk mengecilkan industri tembakau? Sebenarnya apa tujuannya? Tidak payah kenaf, kita promote dan galakkan sahaja industri tembakau, habis cerita.
Datuk Peter Chin Fah Kui: Tuan Pengerusi, kita pun tahu lima tahun dahulu jumlah
penanam tembakau ialah 15,000 orang tetapi pada hari ini dalam lingkungan 9,000 orang sahaja, bukan 11,000. Kita ada angka.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
[Tuan yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri boleh sambung jam 2.30 petang nanti.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung lagi perbahasan di sebelah petang pukul 2.30 nanti.
Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.
[Timbalan Yang d-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Tuan Pengerusi, tidak cukup kuorum lah.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Setiausaha bunyikan loceng untuk kuorum.
[Loceng di bunyikan]
[Ahli-ahli dikira: Lebih daripada 26 Ahli hadir]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk
menyambung penggulungan.
Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, selepas
dalam satu jam ini yang saya berkesempatan untuk berbincang dengan pegawai-pegawai
kementerian saya termasuk juga pegawai dari Jabatan Peguam Negara. Adalah didapati
bahawa antara huraian-huraian yang kita terima pagi ini memang ada perkara-perkara yang kita kena teliti dengan lebih mendalam, khususnya untuk akta fasal 13 dan 12. Di mana kita rasa adalah sesuai pindaan-pindaan kita akan lakukan untuk fasal ini, terutamanya tidak bercanggah.
Keduanya untuk supaya ia memang mengikut fasal-fasal atau kandungan yang telah dimasuki dalam akta-akta yang diluluskan oleh Dewan yang mulia ini sebelum petang ini. Oleh sebab itu, saya minta satu tangguhan bagi akta ini sehingga selepas pindaan
kepada Akta Pelajaran yang disenaraikan nombor dua dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usulusul bagi hari ini. Ini bermaksud Tuan Pengerusi, saya sangat berharap peringkat Jawatankuasa ini akan disambungkan sejurus selepas Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008 ini diselesaikan.
Ini untuk memberi sedikit masa bagi pegawai saya dan juga Peguam Negara untuk
menentukan perkataan-perkataan yang perlu kita pindakan dalam seksyen 12 dan 13 itu. Saya memohon supaya ahli-ahli yang di sebelah sana jangan object lah untuk permohonan ini untuk ditangguhkan.
Seorang Ahli: Setuju.
[Rang Undang-undang Kenaf dan Tembakau Negara 2008, di peringkat Jawatankuasa
ditangguhkan sementara]
Ana rasa nak tergelak juga pada sidang kali kerana dalam sejarah ana jadi MP inilah kali pertama RUU yang dibawa oleh Menteri terpaksa ditarik balik lepas ada percanggahan diantara artikel 12 dan 13 dan kerana tiadanya usaha untuk mengurangkan usaha penanaman tembakau dan menambah usaha penaman kenaf, tetapi nampak seolah kerajaan tidak berapa mahu mengurangkan usaha penanaman tembakau dan menambah usaha penanaman kenaf.
Last sekali setelah tak boleh hendak cari helah lagi, maka menteri pun tarik balik RUU sebagaimana yang ana syorkan dan akan dibentangkan semula pada peringkat jawatankuasa untuk dibuat pembetulan dan pindaan.
TK Menteri.
Wednesday, August 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment