Tindakan bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah (sumpah laknat) jelas bermotifkan politik kotor.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan perbuatan Saiful adalah sesuatu yang bodoh serta tidak mengikut lunas Islam.
“Ianya satu kebodohan terhadap hukum Islam lebih-lebih lagi yang memakai jenama agama (Islam),” katanya dalam sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 di sini hari ini.
Petang semalam Mohd Saiful melakukan sumpah dihadapan bapanya, Azlan Mohd Lazim dan Imam Masjid Wilayah Persekutuan.
Abdul HAdi juga melahirkan kekesalan kerana institusi agama turut diheret dalam permasalahan ini.
“Perkara ini mesti difahami dengan jeas. Bagi kita orang Islam kita ada li’an. Li’an adalah sumpah yang melibatkan suami isteri.
“Tetapi Anwar dan Mohd Saiful bukan suami isteri. Cara sumpah guna al-Quran juga seperti amalan Kristian yang gunakan Bible untuk bersumpah,” katanya.
Menurut Abdul HAdi, pada hakikatnya Mohd Saiful tidak perlu melakukan sumpah menggunakan al-Quran kerana berliau sendiri tidak memahami kandungan kitab suci itu.
“Namun itu hak dia, dia boleh buat apa sahaja. tetapi harus diingat kita perlu dengar dari kedua-dua belah pihak,” katanya.
Tambah beliau, penyelesaian terbaik bagi kes ini ialah dengan merujuk ke Mahkamah Syariah.
“Ini melibatkan hal orang Islam. Jadi termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Perkara 121 (1)(A).
“Pandangan kami (PAS) jelas, perkara ini (tuduhan liwat) perlu dirujuk mengikut hukum qazaf (tuduhan fitnah) yang memerlukan empat orang saksi atau berikrar bagi kedua-dua pihak,” katanya.
Katanya lagi Anwar tidak perlu mengikut jejak Mohd Saiful untuk bersumpah.
Jelas Abdul Hadi tindakan Mohd Saiful itu (bersumpah) tidak akan menjejaskan sokongan PAS terhadap Anwar.
“PAS tetap berpendapat bahawa Anwar tidak bersalah selagi perkara ini masih belum dibuktikan di mahkamah,” katanya.
Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan.
Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din kepada Harakahdaily hari ini di Muktamar Tahunan PAS kali ke-54.
“Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh,” katanya.
Bahkan tambahnya, pihak yang kena tuduh (Anwar) pula sedang menunggu perbicaraan. Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga bertambah hairan apabila Saiful bersungguh-sungguh meminta Allah melaknat dirinya beserta keluarganya dalam sumpah tersebut.
“Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?”
“Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan,” ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful.
“Saya tidak nampak ini suatu cara yang sebenarnya berlaku dalam hukum syarak.
“Iaitu siapa yang menasihati dirinya, sama ada orang politik atau siapa?” tegasnya.
Beliau tidak menolak kemungkinan Saiful dinasihati orang politik yang mempergunakan agama untuk memenuhi agenda politik mereka malah menggunakan masjid atau mempergunakan pegawai masjid untuk melakukan perkara yang amat janggal serta tidak kena pada tempatnya.
Dalam pada itu, Haron turut mempertikaikan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful sebagai tidak dibuat dengan persiapan yang rapi apabila Saiful tersasul menyebut kalimah sumpah tersebut.
“Ianya seolah-olah tidak diprogramkan secara teliti, dengan persiapan yang tidak cukup sehingga sampai ke peringkat menyebutkan kalimah sumpah pun tersasul,” katanya lagi.
Selain itu, beliau menyatakan bahawa mesej Saiful yang kononnya tidak mengetahui tarikh penamaan calon Anwar dengan mengatakan ianya suatu kebetulan adalah bermotif politik.
“Ianya dibuat secara tergesa-gesa sebab dirujuk kepada orang yang benar-benar mengetahui prosiding sumpah sperti ini atau mungkin Saiful tidak diberi penerangan yang sejelas-jelasnya tentang akibat sumpah.
“Kenapa beliau tidak boleh menunggu sehingga proses mahkamah berjalan dan hukuman dijatuhkan dan apa kepentingan dirinya untuk bersumpah?
“Adakah ia agenda dirinya atau orang lain,” ujarnya lagi.
Walau apapun, Haron berkata ia hanya boleh dijawab dengan meninggalkan tanda tanya.
Semalam upacara ‘bersumpah’ Saiful telah dijalankan di Masjid Wilayah Persekutuan terletak berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Upacara itu diadakan sehari sebelum Anwar mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.
Sebelum Saiful ‘bersumpah’, pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar, setelah diberitahu upacara sumpah ‘mubahalah’ akan dilakukan oleh Saiful.
Sebelum itu, Saiful didapati telah hadir di masjid tersebut sekitar pukul 4.30 petang semalam. Adalah difahamkan, Saiful telah ‘disorokkan’ di salah sebuah bilik dalam masjid itu.
Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita sedang menunggu di hadapan pintu bilik tersebut yang sementara di hadapan pintu pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu berwarna ungu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan.
Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama ‘Uncle Pet’ sedang bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan sesuatu tentang mengambil ‘wudhu.’
Sejurus selepas itu, Uncle Pet memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam.
“Dia kat dalam…,” kata Uncle Pet tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut.
Cadangan ‘bermubahalah’ ini pertama kali diusulkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Julai lalu.
Sekadar membwa apa pandangan yang dibuat oleh Ulamak PAS berhubung dengan sumpah yang dibuat oleh Saiful tempoh hari.
Beberapa perkara pelik dan ajaib telah berlaku dan diulas oleh Dato' Haron Din, kenapa laknat itu mengenai beliau dan keturunan beliau, siapakah penasihat dalam sumpah ini. Sepatutnya bila beliau menuduh Anwar meliwat beliau, maka tugasnya adalah membawa empat orang saksi saperti dalam surah An-nur ayat 4, dan DSAI lah yang sepatutnya bersumpah, inilah kalau skrip ditulis oleh mereka yang tak faham agama, mereka menggunakan Al quran hanya untuk dibuat alat untuk bersumpah tetapi kandungan ayat dan suruhan ayat tak difahami dan tak dibuat panduan hidup.
Dah tu dia kata pula dalam wawancara dengan wartawan bahawa dia bukan liwat dengan sukarela , tetapi dipaksa oleh DSAI, dan bukan banyak kali saperti didalam akhbar sebelum ini, hanya sekali saja pada 26 Jun, tetapi dalam sumpah beliau , beliau tersasul menyatakan diliwat pada 26 Ogos, teringat pula dia tarikh PRK Permatang Pauh. Mungkin terlalu banyak bercakap pasal politik PR Permatang Pauh sebelum itu kut, maklumlah sebagai senjata untuk mnyerang DSAI dalam kempen. Rakyat semua dah maklum dan arif.
Dan apabila kita teliti pertuduhan yang dikenakan kepada DSAI adalah 377B, iaitu melakukan liwat suka sama suka, tapi Saiful kata dipaksa, dan ada pula terdengar kata-kata yang meyatakan tuduhan tersebut yakni sukarela boleh ditukar kepada dipaksa didalam perbicaraan nanti. Ana rasa skrip yang lama akan berulang kembali selepas 10 tahun berlalu dimana tarikh ditukar 3 kali pada fasa liwat pertama dan pada fasa liwat kedua ini pengakuan sukarela boleh ditukar kepada terpaksa, maklumlah penulis skrip masih orang yang dari kumpulan yang sama, ambil Islam sebahagian dan tolak Islam sebahagian.
Ana juga rasa pelik bila bekas PM pun sekarang ni makin aktif buat ulasan bila sebut pasal sumpah ni, kenapa dulu masa dia buat tuduhan dia tak bawa pula kes ni kemahkamah syariaah, apabila Allah dah kenakan kepada dia apa yang terkandung dalam ayat 4 surah annur tu, baru dia tahu langit ni tinggi ka rendah, bila apa yang dia cakap orang tak percaya, dan kenyataan beliau sendiri ahli yang dia pernah pimpin pun tak terima, macam rasuah di Kubang Pasu dulu, kerana Allah dah pesan mereka ini tidak boleh dibuat persaksian selama-lamanya. Saya seru kepada Tun supaya pi cari mana-mana pondok, telaah kitab atau kaji dan faham tafsir bersama zaujah beliau agar insyaalah dapat bersama denga mereka yang soleh diakhir usia ini. Mungkin apa yang didoakan oleh Ust Fadhil Nur dulu sudah terpampang sekarang ni, dimana ia sendiri akan melihat apa kerosakan yang dia sendiri telah lakukan didalam negara dan masyarakat ini.
Ana tertarik bila kepimpinan PAS awal-awal lagi menyatakan ini adalah sumpah politik dan ada kena mengena dengan politik. Kalau tidak kenapa dalam kenyataan DSN menyatakan Saiful berjumpa beliau pada 25 Jun dan lepas tu DSAI liwat dia pada 26 Jun. Pelik tapi benar, itulah dunia, macam-macam boleh berlaku dan apa yang kita risau adalah orang yang menuduh pula minta Allah kenakan laknat kepada dia dan keluarga dan keturunan, kesian, dimana penasihat agamamu wahai saudara Saiful.
Sunday, August 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment