Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, August 2, 2008

Patuhilah Nasihat Mufti.


Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan,Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh - Ustaz Asri

Mufti Perlis tegur Pak Lah letak kalungan bunga Tugu Peringatan


01-08-2008 06:42:21 PM



PETALING JAYA: Perbuatan bertafakur, meletakkan kalungan bunga atau tabik hormat yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin membuat kenyataan ini ketika mengulas tentang istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan semalam yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah memulakan upacara meletakkan kalungan bunga itu, diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Terdahulu, Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan penghormatan membabitkan 103 anggota dan pegawai Askar Melayu Diraja.

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan,” jelas Dr Asri.

Kata beliau lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati.

“Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin,” jelas Dr Asri.

Menurut Dr Asri, jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

“Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar,” katanya.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”

Perbuatan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara ini juga difahamkan melanggar Fatwa Mufti (Edisi 2008).

Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan, ” Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan”
Hairan bin ajaib ana bila lihat apa yang dihidupkan semula oleh Imam Hadhari kita ni, dulu semasa Cik Det jadi PM bila Mufti kata haram, maka terus ditinggalkan , tapi mai PM yang lulusan bidang pengajian Islam ni , tak taulah mungkin lebih alim dari Mufti maka dihidupkan semula amalan khurafat, bidah dan mengagungkan tugu macam nak semabah berhala lagaknya, nauzubillah kita pohon mereka yang terlanjur ini bertaubat sebagaimana diseru oleh Mufti Perlis, walaupun negeri dia kecik, tapi Mufti dia berani macam cili padi. Sebab tu kita lihat masa YDP Agong dari Perlis tidak ada kerja buboh bunga kat patung tugu Negara ini. Kalau PM masih berdegil lagi nak buat pada masa depan, maka ana rasa tak ada beza dengan apa yang Datok Samy Vellu letak dalam rumah dia tu la, cuma mungkin dia letak bunga lepas tu dia sembah hari-hari, tu tak apalah pegangan agama dia macam tu, ni kita yang mengaku Islam tapi buat kerja nak kearah itu pasal apa, mungkin Islam Hadhari kut.
Ana rasa Pak Lah patut bertaubat kalau macam tu, tapi kalau tak mau ikut nasihat Mufti Perlis, mungkin dia ikut Islam Hadhari la tu, sebab Islam di Perlis adalah Sunnah wal Jamaah. Pasal tu la bila ana dengar iklan dalam radio IKIM FM dulu ada satu program yang akan dihadiri oleh Mufti Perlis, tiba-tiba sekarang iklan tu dah tak ada nama Mufti Perlis lagi sebagai penceramah dia, hanya tinggal Pengarah IKIM, Pengarah JAKIM dan Dr Aziz Bari sahaja, Mufti dah di blaklistkan, mungkin keran suruh PM bertaubatla kut. Itu lah zaman sekarang, tegur sikit dah kena gam, zaman saidina Omar dulu nak angkat pedang nak bunuh Saidina Umar pun tak pa kalau dia buat salah. Mungkin inilah zaman keagungan Islam Hadhari.!!!

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.