Sejarah akan berulang, jangan kita kata tak berulang. Kesilapan manusia yang menyebabkan sejarah akan berulang. Mereka yang tak belajar dari sejarah adalah mereka yang akan sering melakukan kesilapan, lebih-lebih lagi mereka yang tidak pernah merasa jerit payah menghadapi suasana yang susah dizaman kegelapan. Kita tidak mahu mereka yang hidup dizaman senang lenang dan mewah ini lupa akan kepayahan yang dihadapi oleh kepimpinan terdahulu yang terpaksa bertarung dan bertungkus lumus menghadapi mehnah dan tribulasi yang amat mencabar. PAS pernah berpecah , kepimpinan PAS pernah lari dan pernah kena bunuh, tetapi ini semua sudah tentu menjadikan PAS lebih matang dan berhati-hati dalam menghadapi situasi, bahkan inilah yang menjadikan PAS lebih digeruni dan dipuji kerana ketahanan ahli dan kepimpinannya. Ana amat setuju dengan apa yang diulas oleh Ketua Penerangan saperti yang ana paste dibawah ini, semoga selepas ini tidak ada lagi titik bengit yang memecahbelahkan ahli PAS yang sudah pun dilihat selesa dengan suasana yang ada sekarang ini. Kita buatlah persediaan menghadapi PRU 13 nanti dengan suasana yang lebih mantap dan jitu dengan saf yang akan menerajui kita dimasa mendatang . Moga apa yang Allah berikan ini kita terima dengan penuh iltizam dan keazaman yang kuat agar apa yang dicita-citakan akan tercapai hendaknya, insyaallah
"Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.
Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.
Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila �muzakarah� tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.
Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.
Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat."
Monday, July 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment