Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, October 9, 2008

Dimana keistimewaan bakal PM.

Membaca banyak ulasan yang dibuat oleh penganalisa politik berhubung dengan peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada DS Najib ni memang menarik. Ana cuma lihat dari aspek kredibiliti mereka yang pergi dan mereka yang mendatang.
Semasa Pak Lah ambil alih tampuk kepimpinan daripada Dr M dulu dalam tahun 2003, beliau memang dipilih oleh Dr M ketika iu atas dasar Mr Clean dan apabila diadakan PRU pada 2004, maka banyaklah kerusi pembangkang yang tumbang sehingga Terengganu pun ketika itu hanyut dibawa gelombang biru BN, cuma yang tak terkena badai BN hanya Kelantan, itu pun cuma majority 2 kerusi sahaja, sehinggakan di sebelah pantai barat ni, ana dan DS Wan Azizah sahaja yang menang, yang lain habis bungkus. Tetapi setelah 5 tahun menjadi PM, maka barulah semua rakyat nampak betapa tak cleannya mr Clean tadi sehingga semua dunia sudah tahu apa yang berlaku kepada kantung negara, apa yang terjadi kepada projek negara dan apa yang diperolehi oleh keliling kelalang Mr Clean tersebut sehingga PRU 12 memberikan jawapan terhadap persoalan tersebut. Apabila Pak Lah menyatakan hasrat ingin melepaskan jawatan, maka termaktub dalam sejarah Malaysia Book of record bahawa beliau adalah PM yang terpendek berkhidmat dalam keadaan masih segar bugar, pelan peraluhan dalam suasana beliau masih berkuasa penuh . Program Islam Hadhari yang tersasar jauh yang tak dapat diterima rakyat kebanyakan, sehinggakan SU Politik beliau pun tak boleh memahamkan rakyat apa itu Islam Hadhari apabila dipersoalkan, dan program koridor pembangunana yang entah akan terjadi atau pun tidak, PM yang palin kerap membuat U turn dalam pemerintahan beliau dan menjadi PM yang paling banyak didesak oleh ahli parti sendiri dan bekas orang yang melantik beliau supaya berhenti.
Bila terkenang yang bakal nak jadi PM pulak, kita tidak dapat melihat apa itu niche beliau yang dapat dipersembahkan kepada rakyat. Cuma yang rakyat masih belum mendapat jawapan hasil dari pendedahan SD Balasubramanianm yang sampai sekarang masih hilang dalam Kes Altantunya dan kisah Kapal selam scopene dan jet sukhoi. Kisah yang terdedah dalam parlimen pasal apabila cabaran supaya diambil tindakan mahkamah keatas mereka yang menyebarkan khabar dan berita yang dikatakan palsu yang tak disahut oleh DS Najib apabila dicabar oleh YB Pasir Mas tempoh hari . Rakyat masih lagi nak tahu dimana kebenaran berita tersebut, apakah khabar angin yang boleh dipercayai atau betul-betul khabar angin palsu yang perlu ditolak.

Kalau Dr M terkenal dengan Ultra Malay beliau semasa menjadi PM, kalau Pak Lah dengan Mr Clean beliau, ana tak dapat nak ceritalah apa dia 'niche' yang ada pada bakal PM yang akan terlantik pada Mac 2009 nanti ni, apakah ia akan jadi kenyataan atau akan ada sesuatu yang bakal berlaku dalam masa 5 bulan lagi ini. Semuanya ini adalah dalam ketentuan ilahi.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.