5 Oktober 2008.
Alhamdulillah petang tadi bermula dari jam 12.00 tengahari hinggalah jam 4.00 kami PAS Kawasan Pendang telah mengadakan rumah terbuka aidil fitri 1429 hijrah dan kali ini sempena dengan pemerintahan kerajaan PAS bersama Pakatan Rakyat di Kedah, pertama kali ianya diadakan di Dewan Majlis Daerah Pendang .
Kesempatan ini digunakan oleh PAS selaku pemerintah di Negeri Kedah ini, maka kemudahan yang ada perlu digunakan asalkan sewanya dibayar saperti yang ditetapkan, ini kerana sebelum ini yakni pada tahun dimana kita tidak menjadi pemerintah maka hak untuk menggunakan kemudahan ini dinafikan oleh BN yang memerintah ketika itu. Bagi kerajaan PR pimpinan PAS di Kedah ini, sesiapa yang ingin menggunakan dewan ini boleh berbuat demikian asalkan membayar sewa dan masa kegunaan tidak bertembung dengan program yang telah dahulu dirancang disitu.
Ana berasa seronok kali ini kerana kami dapat mengadakan ditengah pekan Pendang dan ianya dihadhiri oleh berbagai golongan rakyat berbagai kaum
Terima kasih ana kepada semua yang terlibat menyediakan juadah dan membuat persiapan sejak dari kelmarin dan kepada tukang masak yang menyiang daging sejak semalam dan memasak sejak awal pagi tadi untuk juadah nasi tomato pada jamuan tadi. Juga kepada muslimat dan amal nisak yang membuat kerja-kerja penyelenggaraan hidangan serta unit amal yang menjaga kelancaran perjalanan majlis.
Kepada tuan DO
Kanak-kanak yang sudi hadhir dan disamping bergembira dengan juadah hidangan dapat juga menambah koleksi sampul berisi duit raya , harapan kita semoga duit raya kali ini dapat dikumpul untuk meringankn bebanan ibu bapa dalam menghadapi suasana keperitan dan peningkatan inflasi dalam negara mutakhir ini terutama menjelang musim bersekolah awal tahun depan.
Segala kekurangan ana mohon maaf dan insyaalah kita akan adakan lagi ditahun depan sempena Eidul fitri kalau dipanjangkan usia.
No comments:
Post a Comment